SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

30 Ogos 2008

BUDGET 2009: CIVIL SERVANTS UNHAPPY WITH BUDGET, SAY CUEPACS

From New Straits Time
30/8/2008
They felt that the bonus of one month's salary announced by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yesterday fell short of what the public sector expected.Cuepacs deputy president Husain Mohd Yasin said civil servants were expecting to receive a bonus of 11/2 months' salary. He added that Cuepacs was disappointed because there was no increase in the cost of living allowance (Cola) or the housing allowance for civil servants.Husain also said the annual free return airfares between Peninsular Malaysia and Sabah and Sarawak only benefited those who were from the two states.
Workers in Peninsular Malaysia, he said, should also be given the same privilege, as they too had homes they wanted to go back to.On the the extension of housing loans to 30 years, he said the pressing issue was not how long the loan was for, but what kind of interest rates were charged."All it means is that we will be paying the same interest rates for a longer period, which doesn't mean all that much to us."We hoped for a reduction of at least one per cent on the four per cent interest we are paying now," he added.Husain said on the whole, the 2009 budget was "a disappointing one".

29 Ogos 2008

PRESIDEN CUEPACS OMAR OSMAN TOKOH TERBILANG UPM

Petikan dari Berita UPM
29/8/2008

SERDANG, 28 Ogos – Staf Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Presiden Ceupacs, Omar Osman diumumkan sebagai Tokoh Putra Terbilang UPM bagi Anugerah Khas Universiti pada Majlis Gemilang Putra 2008 yang telah berlangsung pada hari ini. Omar, 58 yang telah berkhidmat selama 35 tahun di UPM menerima hadiah berupa sijil simpanan premium RM15,000, sebuah trofi, sijil dan seutas jam tangan. Juruteknik Kanan Pusat Sukan itu berkata beliau tidak menyangka menerima anugerah itu kerana beliau dimaklumkan dijemput sebagai tetamu jemputan pada majlis tersebut. ”Saya amat berbangga kerana menjadi orang pertama menerima anugerah tersebut memandangkan ia julung kali diadakan di UPM” katanya selepas menerima anugerah yang disampaikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah. Beliau dipilih sebagai penerima anugerah berdasarkan sumbangan menuntut hak pekerja bawahan seperti bantuan sara hidup serta keberaniannya mengemukakan masalah pekerja bawahan kepada pihak atasan. Omar berpuas hati dengan perjuangannya menuntut hak kesamarataan telah dicapai di semua agensi pekerjaan di negara ini walaupun satu ketika dulu percubaannya dipandang rendah oleh semua pihak. Prof. Datuk Nik Mustapha R. Abdullah diiringi Wan Azman Wan Omar merasmikan Buku Program Pembangunan Profesional Staf UPM. Sementara itu, lima penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor ialah Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Talib (Fakulti Sains) bagi Kategori Cemerlang dalam Pengajaran, Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit (Fakulti Kejuruteraan) bagi Kategori Cemerlang dalam Penyelidikan, Prof. Madya Dr. Syed Omar Syed Rastan (Fakulti Pertanian) dan Dr. Dasrilsyah Syahrial (Pusat Kesihatan Universiti) bagi Kategori dalam Perkhidmatan Profesional dan Sn. Rokiah Akhiar (Pusat Kesihatan Universiti) bagi Kategori Cemerlang dalam Perkhidmatan Sokongan. Kesemua penerima anugerah menerima geran bernilai RM10,000, sebuah trofi dan sijil pengiktirafan. Pada majlis kali ini, seramai lima orang staf menerima anugerah Fellowship Naib Canselor, dua orang anugerah Jasamu Dikenang, 83 orang anugerah Jasa Putra, 26 anugerah Setia Putra, 447 anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 66 anugerah Bakti Putra. Majlis ini dahulunya dikenali sebagai Anugerah Fellowship Naib Canselor, Jasa Putra, Setia Putra dan Perkhidmatan Cemerlang yang diperkenalkan pada tahun 2002 tetapi telah digabungkan menjadi satu nama iaitu Majlis Gemilang Putra bermula tahun 2006 hingga sekarang. Anugerah itu merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada staf UPM dalam aktiviti berkaitan pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan profesional serta sokongan. Dr. Nik Mustapha dalam ucapan perasmiannya berkata staf yang dipilih untuk menerima anugerah tersebut mempunyai kualiti dan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun. Beliau berkata banyak inisiatif telah dikaji dan digunapakai dalam usaha meningkatkan kualiti staf UPM dalam menyampaikan perkhidmatan untuk menjadi satu IPT yang unggul. Majlis tersebut diakhiri dengan pelancaran Buku Program Pembangunan Profesional Staf UPM iaitu maklumat lengkap mengenai semua kursus latihan yang ditawarkan untuk pegawai dan staf UPM.

26 Ogos 2008

CUEPACS WANTS CM TO INTERVENE IN SOFA RETRENCHMENT ISSUE

From Daily Sabah
26 August, 2003

Kota Kinabalu: Cuepacs President Datuk Siva Subramaniam Monday appealed to Sabah Chief Minister Datuk Musa Haji Aman to use his good office to resolve the issue of retrenchment of 33 workers of the Sabah Forest Development Authority (Safoda) in June.
He said the Chief Minister’s intervention was necessary as the appeal of the workers, mostly from the support group, had gone unheeded previously.
Cuepacs felt that the workers’ retrenchment compensation should be commensurate with their period of service - one month’s salary for every year of service or be given the opportunity to work with another government agency, Siva said.
“Most of them had served Safoda for between 15 and 24 years but they have just been given an honorarium of three months’ salary...surely this is not fair to the workers concerned,” he told the media after meeting the affected workers.
“They used their services for so many years and when their services were no longer needed, they were stopped just like that with so little compensation. Their welfare should be taken into account, especially when most of them have families,” Siva said.
He said Cuepacs was seeking an early appointment with the Chief Minister to find a way of resolving the issue amicably.
“Cuepacs is confident that the Chief Minister will help settle this problem and we will do our best to ensure the welfare of the workers concerned.”
Siva said all the workers were aged 45 and above and received their service termination notices on June 9 and became effective June 15.
“It is not that Safoda cannot downsize its operations, but it should also give due consideration to the workers’ welfare. The children of some of the workers are still studying and they need money,” he said.
He said Cuepacs would also write to the Chief Minister so that investigations could be made over the issue of EPF contributions by Safoda employees.
“The workers’ salary slips showed deductions had been made for EPF but records at the EPF showed that no money had been sent over...we want this matter to be investigated,” he said.
Siva said the Prime Minister and Deputy Prime Minister always gave the opportunity for trade union representatives, including those from Cuepacs, to meet them to discuss problems faced by workers and he expressed the hope this would also be practised in Sabah.
“Cuepacs hopes heads of government department in Sabah will be ready to meet trade union representatives to resolve problems that arise,” he said.
“Many problems remain unresolved because of the refusal of the heads of department to meet representatives of unions including those from Cuepacs,” Siva said.
Siva also regretted the attitude of the Sabah Labour Department, which was said to be not interested in helping the Safoda workers to resolve their problem.
“Even if the problem being raised does not come under its jurisdiction, the Labour Department should still try to help...that it is why there is such a thing as Labour Department...to look after the welfare of workers,” Siva added.- Bernama

24 Ogos 2008

CUEPACS HARAP ADA BONUS

Petikan dari Utusan Malaysia
24/8/2008

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan akan mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2009, 29 Ogos ini.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, pihaknya yakin kerajaan tidak akan membiarkan kakitangan awam terutama yang berpendapatan rendah berasa terbeban.
''Kita berpandangan positif tentang pemberian bonus ini. CUEPACS pernah membuat permohonan kepada kerajaan dengan menyerahkan surat pertimbangan bonus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiga bulan lalu.
''Kita juga sudah mendapat surat maklum balas daripada Perdana Menteri mengatakan kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan perkara itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang meminta kakitangan kerajaan menunggu pembentangan Bajet untuk mengetahui keputusan pemberian bonus pada tahun ini.
Omar memberitahu, pihaknya akur dengan keadaan ekonomi negara tahun lalu sehingga menyebabkan hampir 1.3 juta kakitangan awam tidak menerima bonus.
''Kita tahu pemberian bonus ini tertakluk kepada kemampuan pihak kerajaan. Oleh yang demikian, harapan kita memang tinggi terutama semasa hendak menyambut perayaan tidak lama lagi," ujarnya.
Ditanya tentang jumlah pemberian bonus, Omar memberitahu, ia masih belum dapat dipastikan dan terpulang kepada kerajaan.

22 Ogos 2008

SARINGAN TEMU DUGA SAMA HARI

Petikan dari Berita Harian
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
22/8/2008


Cuepacs pastikan proses tidak beban calonKUALA LUMPUR: Cuepacs mahu prosedur menemu duga calon kakitangan awam termasuk proses awal iaitu peperiksaan dan penilaian dipermudahkan dengan dibuat pada hari sama. Saranan itu dibuat ekoran kos yang terpaksa ditanggung calon jika terpaksa menghadiri proses temu duga pada hari berasingan.
Presidennya, Omar Osman, berkata walaupun pihaknya menyambut baik saranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk memperkenalkan proses saringan iaitu peperiksaan dan penilaian, mekanisme terbaik perlu diteliti bagi mengelak calon terutama yang miskin menanggung beban sehingga terpaksa tidur di masjid atau surau. "Jika calon berjaya, mungkin proses yang panjang dianggap berbaloi, namun jika calon berjaya pada proses saringan, gagal ketika ditemuduga pada hari lain, akan membebankan mereka," katanya, semalam. Akhbar semalam melaporkan jumlah calon yang dipanggil untuk temu duga bagi jawatan dalam SPA pada masa akan datang dijangka jauh lebih kecil berbanding sekarang, kerana sebelum dipanggil menghadiri temu duga, mereka perlu melalui dua proses saringan iaitu peperiksaan dan penilaian.
Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri, dilaporkan berkata dengan cara itu proses temu duga lebih singkat. Omar berkata, SPA juga disaran tidak memanggil terlalu ramai calon untuk ditemu duga jika tidak banyak kekosongan jawatan. Beliau juga menggesa kakitangan kontrak yang berpengalaman tidak disamakan dengan calon baru ketika proses temu duga. Sementara itu, Omar menjelaskan kakitangan sokongan I dan II sektor awam dibenar menyertai kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh jika mendapat kebenaran ketua jabatan mereka.
Bagaimanapun, kakitangan peringkat pengurusan dan profesional tidak dibenarkan untuk menyertai majlis atau kempen mana-mana parti.

KSN TEGUR KETUA JABATAN 'KASIHAN' AMBIL TINDAKAN

Petikan dari Berita Harian
Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my
22/8/2008

KUCHING: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, menegur sikap sebilangan ketua jabatan yang tidak mengambil tindakan terhadap pegawai kerajaan yang melakukan kesalahan dan melanggar tata kelakuan, semata-mata atas dasar kasihan atau kerana ingin memberi satu lagi peluang untuk mereka berubah. Katanya, kegagalan mengambil tindakan tatatertib dengan cepat sebenarnya boleh mendatangkan kesan buruk kepada perkhidmatan awam di negara ini.
"Justeru, semua ketua jabatan hendaklah memberi tumpuan ke atas tindakan tatatertib dan menganggap tindakan tatatertib sama pentingnya dengan urusan perkhidmatan lain," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Negeri dan Pelajaran ke-XI berakhir di Damai Puri Resort, Santubong, di sini semalam. Mohd Sidek berkata, dalam melaksanakan tindakan tatatertib, mereka perlu memastikan prosedur dan tatacara diambil bertepatan dan mengikut peraturan ditetapkan serta tidak dapat dicabar, walaupun kes berkenaan dibawa ke mahkamah. "Kita harus memastikan aspek 'condonation' tidak berlaku dalam tindakan tatatertib memandangkan perlakuan sedemikian boleh mendatangkan kerugian kepada kerajaan.
"Selain itu, kita juga perlu ingat dalam proses tindakan tatatertib, hukuman yang dikenakan mestilah setimpal dengan kesalahan disabitkan, dengan peluang pembelaan diri secukupnya diberikan sebelum hukuman dikenakan," katanya. Beliau turut menyentuh mengenai isu kelewatan perakuan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan oleh ketua jabatan kepada Pihak Berkuasa Melantik (PBM) (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan SPA Negeri), yang antara lain berpunca daripada ketua jabatan terlepas pandang. Mohd Sidek berkata, ada kes pegawai yang tamat tempoh percubaan tetapi ketua jabatan hanya mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh percubaan selepas 18 bulan tamat percubaan. Perkara sebegini katanya, dapat dielakkan jika setiap jabatan mempunyai mekanisme pemantauan yang berkesan terhadap pegawainya. Menyentuh tuntutan Cuepacs supaya kerajaan mempertimbangkan penyerapan secara tetap 45,000 pegawai lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam, beliau berkata dasar pelantikan semasa tidak menjanjikan seseorang pegawai lantikan kontrak dilantik secara automatik ke dalam perkhidmatan awam, seperti dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan 2 Tahun 2008. Sementara itu, Mohd Sidek, memberi amaran bahawa tindakan disiplin akan dikenakan terhadap mana-mana pegawai dan kakitangan awam yang tidak mematuhi peraturan dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

21 Ogos 2008

TUNGGGU BAJET 28 OGOS UNTUK TAHU PEMBERIAN BONUS: KSN

Petikan dari Bernama
21/8/2008

KUCHING 21 Ogos - Kakitangan kerajaan diminta menunggu pembentangan Bajet pada 29 Ogos ini untuk mengetahui sama ada mereka akan menerima atau tidak bonus untuk tahun ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika ditanya oleh media sama ada kerajaan akan membayar bonus pada tahun ini enggan memberi sebarang bayangan.
"Itu terserah kepada kerajaan. Kita sama-sama tunggu," katanya selepas menutup Persidangan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia, Negeri dan Pelajaran, di Santubong, dekat sini, hari ini.
Sebelum ini Cuepacs meminta kerajaan memberi bonus dan mengkaji semula kadar pemberian Elaun Kos Sara Hidup (COLA) untuk kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2009 ini.
Mengenai penglibatan kakitangan awam berkempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Mohd. Sidek berkata tindakan tegas diambil sekiranya kakitangan awam terbabit melanggar peraturan yang termaktub dalam pekeliling kerajaan.
Terdahulu, semasa berucap, beliau berkata kakitangan awam kontrak yang memohon lantikan tetap dalam perkhidmatan awam perlu diberi keutamaan jika telah memenuhi syarat skim perkhidmatan.
Beliau berkata pegawai-pegawai kontrak yang telah berkhidmat secara kontrak selama satu tahun atau lebih, mencapai tahap prestasi yang baik dengan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan melebihi 85 peratus dan diperakukan oleh ketua jabatan harus diutamakan untuk diserapkan secara tetap dalam perkhidmatan awam.
"Janganlah samakan mereka ini dengan pemohon baru kerana pengalaman, pengetahuan serta kemahiran yang mereka peroleh sewaktu bekerja secara kontrak merupakan satu kelebihan dan ia harus dipertimbangkan untuk lantikan tetap," katanya.
- Bernama

20 Ogos 2008

PROSES KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PEMBANTU AADK TIMBUL KEMUSYKILAN

Petikan dari Berita Harian
20/8/2008

SAYA menjawat jawatan Pembantu Antidadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan ingin meluahkan rasa kecewa dengan cara AADK menaikkan pangkat Gred S17 ke Gred S22 baru-baru ini. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya jangan kecewa mungkin kali ini bukan rezeki anda. Bagaimanapun, saya berasa pelik dengan cara kenaikan pangkat ini. Ada kakitangan baru bertugas tidak sampai lima tahun dan tidak pernah berkhidmat di Pusat Serenti dapat naik pangkat, namun ada yang bertugas lebih 15 tahun tidak dapat naik pangkat, tentu menimbulkan kemusykilan banyak pihak.
Jika sebelum ini lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dikatakan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Namun, dalam kenaikan pangkat baru-baru ini, ramai kakitangan yang gagal PTK dilantik. Tindakan pihak pengurusan itu mengecewakan ramai kakitangan lain. Saya percaya pegawai yang benar-benar layak, terutama yang mendapat anugerah khidmat cemerlang, mendapat anjakan gaji kerana lulus PTK berasa kecewa dengan cara pemilihan kenaikan pangkat ini. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu membuat siasatan mengenai masalah ini.
Kepada pihak atasan AADK saya tidak iri hati kepada mereka terpilih, tetapi ingin tahu kriteria sebenar diguna pakai dalam kenaikan pangkat ke gred S22 ini. Saya tetap mencari jawapan untuk menilai apa kekurangan yang menyebabkan saya tidak terpilih. Untuk makluman saya pernah mendapat Anugerah Cemerlang, Lulus PTK dan mendapat anjakan gaji. ORANG LAMA AADK, Kuantan, Pahang.

ELAUAN BASIKAL WAJAR DISEMAK

Petikan dari Berita Harian
20/8/2008

SEBAGAI Pembantu Am Pejabat (PAP) di sebuah institut pengajian tinggi awam di Johor, saya yang mewakili rakan lain ingin menarik perhatian kerajaan atau Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhubung pemberian elaun basikal. Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003 menyatakan, setiap penjawat awam menggunakan basikal sendiri dalam menjalankan tugas rasmi melebihi 10 hari dalam sebulan layak menerima elaun basikal. Namun, sehingga kini kami masih belum menikmati elaun itu sedangkan kakitangan berjawatan sama di bawah Kementerian Pelajaran sudah menerimanya. Kenapa kami di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi masih tidak menerima elaun itu?
Kami merayu kerajaan mengkaji semula elaun basikal dengan menukar nama elaun itu atau mewujudkan elaun baru atau dipinda sekali lagi pekeliling berkenaan elaun basikal untuk kebajikan penjawat awam. RAYUAN N1,Batu Pahat, Johor.

CUEPACS PASTIKAN PROSES TIDAK BEBAN CALON

Petikan dari Berita Harian
20/8/2008

Cuepacs mahu prosedur menemu duga calon kakitangan awam termasuk proses awal iaitu peperiksaan dan penilaian dipermudahkan dengan dibuat pada hari sama. Saranan itu dibuat ekoran kos yang terpaksa ditanggung calon jika terpaksa menghadiri proses temu duga pada hari berasingan.
Presidennya, Omar Osman, berkata walaupun pihaknya menyambut baik saranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk memperkenalkan proses saringan iaitu peperiksaan dan penilaian, mekanisme terbaik perlu diteliti bagi mengelak calon terutama yang miskin menanggung beban sehingga terpaksa tidur di masjid atau surau. "Jika calon berjaya, mungkin proses yang panjang dianggap berbaloi, namun jika calon berjaya pada proses saringan, gagal ketika ditemuduga pada hari lain, akan membebankan mereka," katanya, semalam. Akhbar semalam melaporkan jumlah calon yang dipanggil untuk temu duga bagi jawatan dalam SPA pada masa akan datang dijangka jauh lebih kecil berbanding sekarang, kerana sebelum dipanggil menghadiri temu duga, mereka perlu melalui dua proses saringan iaitu peperiksaan dan penilaian.
Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri, dilaporkan berkata dengan cara itu proses temu duga lebih singkat. Omar berkata, SPA juga disaran tidak memanggil terlalu ramai calon untuk ditemu duga jika tidak banyak kekosongan jawatan. Beliau juga menggesa kakitangan kontrak yang berpengalaman tidak disamakan dengan calon baru ketika proses temu duga. Sementara itu, Omar menjelaskan kakitangan sokongan I dan II sektor awam dibenar menyertai kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh jika mendapat kebenaran ketua jabatan mereka.
Bagaimanapun, kakitangan peringkat pengurusan dan profesional tidak dibenarkan untuk menyertai majlis atau kempen mana-mana parti.

13 Ogos 2008

PEKERJA ASING PERLU DIBENARKAN TUBUH PERSATUAN - SUHAKAM

petikan dari Bernama
12/08/2008

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) meminta kerajaan membenarkan pekerja asing di negara ini menubuhkan persatuan bagi membolehkan mereka menyuarakan sebarang masalah yang dihadapi dengan majikan.Pesuruhjaya Suhakam Datuk N. Siva Subramaniam berkata melalui cara itu, segala aduan dan masalah yang dihadapi mereka dapat disalur secara formal.Banyak negara telah membenarkan penubuhan persatuan seumpama itu dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah, katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan meja bulat bersama kesatuan-kesatuan sekerja di pejabat Suhakam di sini hari ini.Beliau berkata Suhakam banyak menerima aduan mengenai hak asasi pekerja termasuk daripada pekerja asing dan antara masalah yang diterima ialah dibuang kerja, menafikan hak yang terkandung dalam perjanjian pekerjaan, gaji dan aduan mengenai mereka dijadikan hamba."Sekurang-kurangnya dua kes berkaitan hak asasi pekerja diterima (oleh Suhakam) setiap hari. Isu mengenai hak asasi pekerja itu perlu diatasi segera," katanya.Sementara itu, Setiausaha Agung MTUC G. Rajasekaran berkata MTUC menerima 1,200 aduan daripada pekerja tahun lepas membabitkan masalah majikan tidak membayar gaji.Perbincangan sehari yang melibatkan wakil Cuepacs, MTUC, Majlis Peguam, Tenaganita, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persekutuan Majikan Malaysia itu antara lain membincangkan isu mengenai kebebasan untuk berpersatuan, diskriminasi serta hak asasi pekerja.-- BERNAMA

12 Ogos 2008

SYOR BENAR PEKERJA ASING TUBUH KESATUAN

Petikan Berita Harian
12/8/2008


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mencadangkan kerajaan supaya membenarkan pekerja asing di negara ini menubuhkan kesatuan, khusus bagi menjaga kebajikan mereka untuk tempoh jangka panjang. Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam, berkata langkah itu penting untuk menangani segera masalah pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini tetapi dibiarkan menderita oleh ejen tidak bertanggungjawab. “Suhakam percaya langkah menubuhkan kesatuan pekerja asing akan menyelesaikan pelbagai masalah membabitkan mereka (pekerja asing), contohnya ditipu dan dianiaya majikan.
“Sikap tidak bertanggungjawab individu atau agensi tertentu yang menjadikan pekerja asing seperti hamba abdi menjejaskan nama negara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Persidangan Meja Bulat antara Suhakam, MTUC, Cuepacs, Tenaganita dan Majlis Peguam di sini, semalam.

LET ALL WORKERS UNIONISE

The Star
12/8/2008

KUALA LUMPUR: The Government should allow all workers, including foreign ones, to form unions to protect their welfare, said the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam).
Commissioner Datuk N. Siva Subramaniam said that as a member of the United Nations and in keeping with the Federal Constitution and Human Rights Act, Malaysia should have by now automatically recognised and ratified the International Labour Organisation (ILO) Convention 87 on freedom of association.
“Associations and unions are not kongsi gelap (secret societies) but to protect workers' welfare, employment terms and entitlement while ensuring that labour laws are followed,” he told reporters at the Suhakam roundtable talk with trade unions yesterday.
He also said foreign workers needed a formal avenue to voice their plight and get redress.
The discussion was participated by MTUC, Cuepacs, Bar Council, Tenaganita, Suaram and the Malaysian Employers Federation.
Suhakam vice-chairman Tan Sri Panglima Simon Sipaun said the views relayed would be studied by Suhakam, which would then make recommendations to the Government.
MTUC secretary-general G. Rajasekaran said the Government had reasoned that Malaysia was still at a developing stage and was not ready to adopt the ILO Convention No. 87.
Tenaganita director Dr Irene Fernandez said foreign workers were susceptible and vulnerable to exploitation because they were not allowed to form or join unions.
At a separate press conference, Bar Council vice-chairman Ragunath Kesavan said that the body had submitted a memorandum to the Government on July 16 recommending 16 ways which were discussed at a forum earlier this year to produce a more comprehensive labour policy.
He said among the topics raised were overcrowding prisons with foreign workers at the expense of taxpayers, accessibility for them to seek justice, protection of domestic servants, documentation of migrant workers and Rela's inability to verify documentation.

KEPUTUSAN JPA JEJAS 'PERIUK NASI' PENIAGA

Petikan dari Berita Harian
12/8/2008


DALAM kesuraman ekonomi sekarang yang berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia, semua orang ingin berusaha meneruskan kehidupan, walau berdepan keadaan sukar. Maka dengan keprihatinan kerajaan membenarkan kakitangan berniaga sambilan diharap pendapatan mereka bertambah. Umum sudah tahu bekerja dengan kerajaan yang pada hemat saya tentu selesa dan terjamin kerana cukup bulan gaji akan masuk. Kalau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs hanya menjaga kepentingan kakitangan kerajaan dengan berusaha menambah pendapatan, gaji, elaun, dan sebagainya dalam bentuk ganjaran kewangan, bagaimana dengan produktiviti mereka dan bagaimana dengan integriti dan tugas hakiki mereka untuk berkhidmat kepada rakyat? Dalam keadaan ekonomi sekarang ramai khususnya berpendapatan rendah dan sederhana hidup agak mencabar. Kesulitan yang dihadapi kakitangan kerajaan tidak sama dengan pekerja swasta, peniaga kecil-kecilan, kontraktor dan sebagainya. Susah kakitangan kerajaan hanya disebabkan harga barang naik, tetapi gaji tetap ada dan mendapat kenaikan baru-baru ini.
Bagaimana pula dengan kakitangan swasta, pekerja kilang, peniaga kecil-kecilan, peniaga pasar malam, kontraktor kecil dan sebagainya yang kebanyakannya mendapat hasil terus daripada jualan atau kerja mereka. Kalau ekonomi suram begini, orang kurang membeli, kerajaan juga kurang membeli atau memberi kontrak, jadi bagaimana kontraktor dan peniaga mencari pendapatan. Pendapatan mereka ialah hasil pendapatan jualan atau kerja mereka. Bukanlah tujuan saya untuk menyekat rezeki sesiapa, tetapi janganlah melupakan kakitangan swasta, peniaga sendiri, kontraktor dan sebagainya yang bukan bekerja dengan kerajaan. Mereka juga tertekan dengan kenaikan harga barang. Orang yang tidak berkerja dengan kerajaan pun menyumbang untuk negara dan bukan semuanya berpendapatan tinggi.
Stigma yang menyatakan kakitangan swasta atau peniaga berpendapatan tinggi sudah jadi sejarah sekarang, malah kakitangan kerajaan mampu meraih gaji dan elaun lebih baik daripada sesetengah pekerja sektor swasta. Ini kenyataan, tambahan lagi, kemudahan lain yang tidak ada di sektor swasta seperti pinjaman perumahan, faedah kesihatan dan cuti tentu menjadikan pekerja sektor swasta lebih tertekan. Sekali lagi bukan nak menyekat rezeki sesiapa. Cuma, kalau JPA membuka peluang untuk kakitangan kerajaan berniaga sambilan, susahlah orang lain yang berniaga tetap. Sudahlah pasaran sedia sengit dan mencabar, datang pula kakitangan kerajaan yang berniaga. Peluang berniaga tidak banyak sangat. Kalau orang yang sudah ada gaji tetap, tentulah boleh main harga, dan akhirnya orang yang berniaga tetap terpaksa bersaing menurunkan harga yang akhirnya mengurangkan pendapatan mereka.
Kerajaan kena adil kepada semua lapisan masyarakat. Kakitangan kerajaan sudah terbela dengan baik. Hari ini kerajaan menggalakkan kakitangan berniaga dengan memberi pinjaman mudah sehingga RM50,000. Kami yang berniaga sekian lama tidak pernah dapat pinjaman semudah itu. Sudah jenuh naik turun bank mohon pembiayaan tetapi tidak dapat juga.

ANUAR MANJALARA,
Kuala Lumpur.

11 Ogos 2008

CUEPACS, MTUC SOKONG NAIK GAJI SECARA SISTEMATIK

Petikan dari Utusan Malaysia
10/8/2008

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan menaikkan kadar gaji pekerja di negara ini secara sistematik.Kedua-dua pertubuhan mewakili kira-kira 3.5 juta pekerja sektor awam dan swasta itu berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengkaji perkara itu memandangkan kehidupan kos masa ini yang semakin meningkat.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, kajian skim perkhidmatan gaji pekerja awam akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pekerja terutama yang berpendapatan rendah terbeban.
"Hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada kerajaan agar gaji yang dinikmati seimbang dengan keadaan semasa,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan menaikkan kadar gaji pekerja negara ini secara sistematik.
Kata bekas Perdana Menteri itu, jika kenaikan tersebut dilakukan dengan penuh berhati-hati, kesan kenaikan harga barangan tidak akan dirasai.
Omar memberitahu, perkara itu mungkin akan memakan sedikit masa untuk pelaksanaan bagaimanapun percaya, kerajaan tidak akan membiarkan rakyatnya terus terbeban dengan kenaikan kos hidup.
Mengulas isu sama, Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata, sistem gaji sistematik itu sepatutnya dipertimbangkan semasa zaman bekas Perdana Menteri itu memerintah dahulu.

09 Ogos 2008

CUEPACS YAKIN BAJET 2009 ADA BONUS

Petikan dari Berita Harian
Oleh S Anand Kumar
9/8/2008

Wang sagu hati ringan beban kakitangan: OmarKUALA LUMPUR: Cuepacs yang mewakili hampir 1.2 juta anggota sektor awam di negara ini yakin kerajaan akan mengumumkan bayaran bonus kepada kakitangannya ketika membentangkan Bajet 2009 pada 29 Ogos ini. Presidennya, Omar Osman, bagaimanapun berkata, kesatuan tidak berniat menekan atau mendesak kerajaan dalam hal itu tetapi percaya pembayaran bonus dapat membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah.
Katanya, kerajaan ketika ini masih belum memberi kata putus berhubung perkara itu dan ia masih di peringkat pertimbangan. "Cuepacs amat berharap, kerajaan akan mengumumkan pembayaran bonus kepada anggota sektor awam ketika membentangkan Bajet pada 29 Ogos ini," katanya kepada Berita Harian, semalam. Bulan lalu, Omar berkata, kerajaan sedang menimbang tuntutan Cuepacs untuk pemberian bonus kepada kakitangan bagi tahun ini serta penyelarasan elaun kos sara hidup (Cola) kepada RM500 sebulan.
Katanya, perkara itu dinyatakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, dalam surat maklum balas kepada kesatuan itu. Tahun lalu, kerajaan menolak tuntutan Cuepacs untuk pemberian honorarium sebanyak RM2,000 kepada setiap kakitangan kerajaan bagi menggantikan bonus berikutan kenaikan gaji sektor awam antara 7.5 dan 35 peratus.

08 Ogos 2008

KERAJAAN PERLU WASPADA SALUR BANTUAN KEWANGAN

Petikan dari Berita Harian
8/8/2008

KUALA LUMPUR: Cuepacs dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mahu kerajaan berhati-hati menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Bajet 2009 ini. Mereka berharap kerajaan ikhlas menjalankan tanggungjawab sosial untuk memberi keselesaan hidup kepada rakyat berpendapatan rendah yang dihimpit kenaikan pelbagai harga barangan dan minyak sekarang. Setiausaha Agung Fomca, Mohammad Sha’ani Abdullah berkata, kerajaan perlu menetapkan kadar pendapatan golongan pendapatan rendah di bandar dan luar bandar yang layak diberi bantuan itu.
Katanya, bantuan itu juga perlu disalur menepati kumpulan sasar. “Fomca berharap bantuan ini tidak dianggap beban baru kepada kerajaan. Kita juga cadangkan bantuan disalur kepada mereka yang layak mengikut bilangan tanggungan dalam keluarga, bukan berasaskan gaji saja. “Kerajaan juga perlu memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan ke atas bantuan ini apabila yang berkemampuan pun menikmati kemudahan itu,” katanya di sini, semalam.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya tidak pasti golongan berpendapatan rendah mana akan mendapat kemudahan itu atau hanya untuk golongan miskin seperti petani, nelayan dan penternak saja. Katanya, Cuepacs berharap bantuan itu juga akan membabitkan kakitangan awam yang berpendapatan rendah. Beliau berkata, mengikut perkiraan Cuepacs kakitangan awam berpendapatan kurang RM2,500 sebulan dan tinggal di ibu kota seperti Kuala Lumpur adalah golongan berpendapatan rendah. “Ada kira-kira 650,000 kakitangan awam Kumpulan Sokongan Dua yang berpendapatan RM1,500 ke bawah sebulan dan Kumpulan Sokongan Satu (RM1,501 hingga RM3,500) seramai 200,000 orang.
“Cuepacs menyambut baik langkah kerajaan memberi bantuan itu dapat membantu meringankan beban tanggungan golongan itu. “Kita tunggulah apa akan diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2009 tidak lama lagi mengenai bantuan itu dan pihak mana yang layak menikmatinya,” katanya.

CUEPACS SOKONG PIAGAM KHAS GANTI AKUJANJI

Petikan dari Berita Harian
7/8/2008

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong syor Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu akuan akujanji bagi kakitangan awam digantikan dengan piagam khas jika ia boleh meningkatkan lagi integriti sektor awam dan keterbukaan dalam hubungan antara pemimpin politik dengan kerajaan. Presidennya, Omar Osman, bagaimanapun berkata, mekanisme khusus seperti had keterbukaan dalam hubungan perlu ada sebagai garis panduan kepada penjawat awam bagi memastikan kerjasama yang dijalin berjalan lancar dan tidak disalahgunakan kakitangan awam. Beliau berkata, matlamat dan kandungan piagam berkenaan juga hendaklah berupaya memberi kesan yang positif kepada sistem penyampaian dan perkhidmatan kakitangan awam termasuk meningkatkan integriti kakitangan serta mengurangkan masalah birokrasi yang sering dikaitkan dengan sektor itu.

06 Ogos 2008

TINGKATKAN KECEKAPAN TERLEBIH DAHULU

Petikan dari Utusan Malaysia
MERUJUK kepada laporan Utusan Malaysia 31 Julai lepas, saya berasa amat kecewa dengan tindakan Presiden CUEPACS yang terus mendesak kerajaan mengenai pemberian bonus dan kajian semula pemberian Elaun Kos Sara hidup (COLA) untuk kakitangan awam dalam Bajet 2009.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada ketika ini, apa yang sepatutnya dilakukan oleh Presiden CUEPACS ialah menyeru ahli-ahlinya supaya melipatgandakan usaha dan meningkatkan tahap kecekapan dalam pekerjaan.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Beliau terus mendesak kerajaan untuk tetap memberikan bonus dan kajian semula pemberian COLA yang pada dasarnya akan menambahkan beban kewangan kerajaan dan berkemungkinan menjejaskan pembiayaan kewangan kepada sektor-sektor yang lebih utama.
Harus diingat, imbuhan berbentuk wang ini lambat laun pasti tidak akan mencukupi. Tiada maknanya CUEPACS mendesak kerajaan untuk terus memberikan bonus dan kajian semula pemberian COLA jika kualiti perkhidmatan awam masih di takuk lama.
Amat melucukan kerana apa yang boleh beliau janjikan jika tuntutan ini ditunaikan dalam Bajet 2009 nanti hanyalah akan menganggap bajet kali ini adalah yang terbaik untuk kakitangan awam, bukannya peningkatan tahap kecekapan dalam pekerjaan.
Memetik kata-kata beliau yang menyebut kenaikan harga petrol dan diesel telah menyebabkan kenaikan harga barang keperluan yang menyebabkan kakitangan awam berpendapatan rendah dalam keadaan tersepit; tidakkah beliau sedar bahawa berdasarkan kepada situasi kenaikan gaji kakitangan awam yang lalu, pengumuman pemberian bonus atau pemberian sebarang imbuhan oleh kerajaan kepada kakitangan awam akan menyebabkan para peniaga cenderung untuk menaikkan harga barangan.
Inilah yang lazimnya berlaku. Natijahnya, tempias kenaikan harga barangan ini akan turut dirasai oleh para pekerja swasta seperti kami yang berusaha berhempas-pulas untuk memastikan survival syarikat kami, yang akhirnya turut tertekan tanpa mendapat apa-apa pembelaan. Apa lagi orang kampung yang kerjanya tidak tetap.
Akhirnya apa yang akan berlaku ialah, Presiden CUEPACS akan mengatakan dengan kenaikan harga barangan ini, pemberian bonus atau apa saja imbuhan dari kerajaan tidak membawa sebarang makna dan seterusnya terus membuat pelbagai tuntutan yang lain pula.
Suka saya nyatakan, jika permintaan CUEPACS ini ditunaikan, saya seharusnya berasa gembira kerana isteri saya juga adalah salah seorang kakitangan perkhidmatan awam. Namun, mengambil kira tahap perkhidmatan yang diberikan oleh kebanyakan kakitangan awam pada masa ini, lebih baik tuntutan oleh CUEPACS ini dikaji semula.
Biarlah ia berdasarkan merit. Lebih-lebih lagi, konsep bonus adalah imbuhan yang diberikan sebagai penghargaan kepada kakitangan di atas pencapaian terbaik yang dicapai serta berdasarkan kemampuan semasa organisasi/syarikat.
Maka jika organisasi/syarikat tidak mampu, usahlah dipaksa. Janganlah sampai anda kelihatan seperti hanya pandai meminta-minta sahaja.
Justeru, tingkatkan kecekapan dalam perkhidmatan terlebih dahulu dan bantulah kerajaan menguruskan negara ini dengan lebih cemerlang. Kemudian mintalah apa saja, saya yakin permintaan anda pasti akan ditunaikan.
BULAZ BUJAMILSetapak

KERAJAAN TUBUH MAJLIS EKONOMI, KATA ABDULLAH

PUTRAJAYA, 5 Ogos (Bernama) --

Kerajaan menubuhkan Majlis Ekonomi yang berperanan sebagai badan penasihat bagi menangani masalah inflasi dan kelembapan ekonomi global yang memberi kesan kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Majlis 40 anggota itu yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, wakil pihak kerajaan dan sektor swasta, dipengerusikan oleh Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai Timbalan Pengerusi.Abdullah dalam satu kenyataan berkata antara peranan majlis itu ialah:

* Memantau dan menganalisis aliran dan perkembangan ekonomi domestik dan antarabangsa.
* Menggubal strategi untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan
pelaburan dalam dan luar negara.
* Mengenal pasti cara untuk mengawal keadaan inflasi dan merancang strategi bagi memastikan
pembekalan yang kukuh ekoran kenaikan harga minyak, komoditi dan makanan.
* Menilai semula kaedah atau sistem pemberian subsidi dan kawalan harga bagi mengurangkan
gangguan dalam ekonomi
* Merangka satu jaringan keselamatan sosial yang komprehensif bagi mengurangkan impak
terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana akibat kenaikan kadar inflasi dan
kelembapan ekonomi.

Abdullah berkata keadaan ekonomi semasa lebih sukar dan tidak menentu disebabkan faktor-faktor seperti kenaikan harga komoditi makanan dan bahan api."Keadaan ini menuntut negara menyediakan dasar dan strategi yang khusus agar pertumbuhan ekonomi dapat dikekalkan seperti yang disasarkan, inflasi adalah terkawal dan rakyat dapat terus menikmati kehidupan yang berkualiti, terutama bagi golongan yang tidak berkemampuan," katanya.Oleh itu, katanya, Majlis Ekonomi akan menyediakan pendekatan bersepadu serta dasar-dasar yang telah dikenal pasti mampu menangani segala isu dan cabaran yang dihadapi.Penubuhan majlis itu juga akan membantu kerajaan memperkemas dan menyelaras dasar-dasar dan prosedur sedia ada, bagi merangsang pertumbuhan ekonomi serta menghadapi sebarang ketidaktentuan yang mungkin berlaku, katanya.

Perdana Menteri berkata Majlis Ekonomi akan mengambil alih peranan Jawatankuasa Kabinet Antiinflasi dan Majlis Membanteras Inflasi Negara yang menumpukan perhatian terhadap menyelesaikan isu-isu yang berhubung kait dengan kenaikan harga.Menteri kabinet yang menganggotai majlis itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Kewangan II), Datuk Mustapa Mohamed (Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan).Datuk Noh Omar (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Datuk Dr S. Subramaniam (Sumber Manusia), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Penerangan), Datuk Shahrir Abdul Samad (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna), Tan Sri Amirsham A. Aziz (Jabatan Perdana Menteri).Pegawai kanan kerajaan termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Setiasaha Perbendaharan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Abdullah, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Sukarti Wakiman dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Wilson Baya Dandot.

Tokoh korporat meliputi Pengerusi Public Bank Tan Sri Thong Yaw Hong, Pengerusi dan CEO LIN Associates Sdn Bhd Tan Sri Dr Lin See Yan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ISIS Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Pengarah Urusan Royal Selangor Tan Sri Yong Poh Kon, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad Tan Sri Azman Mokhtar.Tokoh korporat lain ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif RAM Consultancy Services Sdn Bhd Tan Sri C. Rajandram, Ahli Kumpulan Kerja Majlis Ekonomi Datuk Dr Zainal Aznam Yusof dan Datuk Dr R. Thillainathan, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Datuk Zarinah Anwar, Pengerusi Eksekutif Federal Flour Mills Berhad Datuk Oh Siew Nam.

Tokoh korporat seperti Pengarah Urusan Kumpulan Felda Datuk Mohd Bakke Salleh, Ketua Eksekutif CIMB Datuk Nazir Razak, Pengerusi Eksekutif NadiCorp Holding Sdn Bhd Datuk Mohd Nazmi Salleh, Ketua Eksekutif Kumpulan Sympohony Berhad Datuk Azman Yahya, Pengarah Urusan Kumpulan MRCB Sharil Ridza Ridzuan, Pengarah Urusan Ethos and Company Omar Mustapa, turut menggangotai majlis itu.Tokoh akademik dan media pula terdiri daripada Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabuddin, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya Datuk Seri Panglima Andrew LT Sheng dan Pengerusi Lembaga Pengelola BERNAMA Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini.

Tokoh-tokoh persatuan yang menduduki majlis itu ialah Presiden Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia Datuk Mohamad Ashfar Mohamad Ali, Presiden Fomca Datuk Marimuthu Nadason dan Presiden Cuepacs Omar Osman.Ketua Urusetia Majlis Ekonomi, Datuk Dr K. Govindan, turut menganggotai majlis itu.Menurut Perdana Menteri, majlis itu akan dibantu oleh sebuah urusetia sepenuh masa iaitu Unit Perancang Ekonomi. Abdullah berkata struktur dan modus operandi Majlis Ekonomi akan dirangka bagi membolehkan ia berfungsi dengan cekap, dan keputusan segera dapat dibuat supaya dapat segera dilaksanakan.Majlis Ekonomi, katanya, akan dibantu oleh anggota jawatankuasa eksekutif (Exco Majlis Ekonomi).

Exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri bersama Timbalan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengerusi, akan mempertimbang dan membuat keputusan berkaitan isu-isu mengenai dasar.Beliau berkata Exco Majlis Ekonomi akan dibantu oleh Kumpulan-kumpulan Kerja Majlis Ekonomi, yang akan mengenal pasti pelbagai isu, termasuk perkembangan dan aliran pertumbuhan ekonomi doemstik dan antarabangsa, pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan domestik dan pasaran modal.Kesan sosial ekoran kelembapan pertumbuhan, kenaikan dan penurunan harga serta jaringan keselamatan sosial, turut diambil kira.Katanya Urusetia Majlis Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan Kumpulan Kerja untuk menganalisis dan menyediakan kertas kerja yang berkaitan dasar, di samping membuat pemantauan mengenai kemajuan pelaksanaan keputusan yang telah dibuat.Selain Abdullah dan Najib, anggota Exco Majlis Ekonomi terdiri daripada Muhyiddin, Nor Mohamed, Mustapa, Ong, Shahrir, Amirsham dan Mohd Sidek manakala Zeti, Dr Wan Abdul Aziz, Dr Sulaiman dan Dr Govindan, sebagai ex-officio Exco Majlis Ekonomi.-- BERNAMA

05 Ogos 2008

CUEPACS MOHON 113 PEKERJA SAMBILAN DISERAP

Petikan dari Utusan Malaysia
5/8/2008

KOTA BHARU 4 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan menyerap 113 pekerja sambilan di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan sebagai pekerja tetap berikutan tempoh perkhidmatan mereka tamat pada 31 Julai lalu.
Pengerusi CUEPACS negeri Kelantan, Shamsuddin Mohd. Noor berkata, mereka yang berusia antara 30 hingga 50 tahun itu telah bekerja antara lima hingga 18 tahun dengan JPN Kelantan dan bergantung pada pekerjaan tersebut untuk menyara kehidupan.
Katanya, iklan untuk mengisi jawatan pembantu am dan pembantu tadbir rendah JPN telah dikeluarkan pada Mac lalu dan mereka yang terlibat telah membuat permohonan dengan harapan yang sangat tinggi.
''Mereka wajar diserapkan ke jawatan tetap kerana dapat menyelesaikan banyak masalah dan dengan pengalaman yang panjang dalam melakukan pelbagai tugas sebagai pekerja am, mereka boleh bekerja dengan baik di sekolah-sekolah terlibat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Shamsuddin berkata, pihaknya telah membuat perjumpaan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran berhubung masalah yang dihadapi oleh pekerja sambilan terlibat.
''Mereka pada dasarnya bersetuju untuk menimbangkan perkara tersebut tetapi sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang keputusan dan kita berharap akan mendapat jawapan positif," ujarnya.
Sementara itu, salah seorang bekas pekerja, Ahmad Sabri Awang, 43, berharap perkhidmatannya dan rakan-rakan senasib dapat disambung kerana ia merupakan punca rezeki keluarga.
Dia yang telah berkhidmat selama 18 tahun memberitahu, menerima imbuhan sebanyak RM28.20 sehari dan bekerja secara purata antara 19 hingga 20 hari sahaja.
Menurutnya, walaupun dengan pendapatan kira-kira RM600 itu, dia dapat menanggung perbelanjaan keluarganya dan kini buntu untuk mencari pekerjaan baru.
''Saya tidak tahu apa pekerjaan yang boleh dilakukan selepas ini," katanya.
Faridah Zakaria, 43, berkata, dia bekerja sebagai pekerja sambilan sejak sembilan tahun lalu dan menggunakan pendapatan itu untuk membantu persekolahan enam orang anaknya.
''Saya amat berharap dapat diserapkan ke jawatan tetap supaya terus dapat bekerja dan menampung pendapatan keluarga. Selama ini saya telah cuba melakukan tugas sebaik mungkin," ujarnya.

MRR2 PATUT DIBINA SEMULA CEGAH ROBOH

Petikan dari Berita Harian
Oleh Mohamed Farid Noh
dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
5/8/2008

KUALA LUMPUR: Dua kesatuan pengguna serta pekerja di negara ini meminta kerajaan menubuhkan satu tribunal bebas bagi menyiasat masalah sebenar keretakan jejambat di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sehingga terpaksa ditutup kepada laluan kenderaan buat kali ketiga sejak 2004. Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Cuepacs berpendapat penubuhan tribunal itu amat penting kerana sejak jejambat berkenaan dibuka kepada laluan pada 1999, masalah keretakan pada struktur MRR2 terus berulang. Cadangan itu dibuat wakil Fomca dan Cuepacs yang membuat lawatan ke jejambat itu semalam selepas terkejut dan bimbang terhadap kejadian terbaru yang berlaku terhadap MRR2.
Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, berkata penubuhan tribunal itu penting bagi memastikan keselamatan pengguna jejambat itu terjamin selain mengetahui punca sebenar keretakan di MRR2. “Tribunal ini perlu siasat sejak awal pembinaan MRR2. Kita perlu tahu apakah masalah sebenar yang sedang berlaku pada jejambat ini dan adakah ia selamat digunakan oleh kenderaan. “Tanggungjawab penyiasatan awal dan menasihat tribunal ini juga perlu dipertanggungjawabkan kepada bahagian Kejuruteraan Kementerian Pertahanan supaya penyiasatan dapat dilakukan dengan bebas serta telus.
“Kita tidak mahu apabila berlaku saja keretakan, jejambat ini dibaiki saja kerana ia membabitkan nyawa orang ramai. Kalau jejambat itu membahayakan pengguna, kerajaan perlu membina semula MRR2,” katanya ketika dihubungi semalam. Kelmarin, MRR2 yang menghubungkan Kepong dan Selayang ke ibu kota terpaksa ditutup lagi - kali ketiga dalam tempoh empat tahun - kerana mengalami rekahan. Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kesatuan itu bimbang dengan keadaan terkini yang berlaku terhadap jejambat berkenaan dan mahukan kerajaan bertindak segera termasuk menubuhkan tribunal bebas bagi menjamin keselamatan pengguna. “Kami menyokong cadangan Fomca kerana membabitkan kepentingan pengguna yang juga kakitangan awam,” katanya.

RAKYAT MARAH MRR2 RETAK

Petikan dari Berita Harian
Oleh Wan Hazmir Bakar, Mohamed Farid Noh
dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my

KEADAAN TERKAWAL: Lalu lintas berjalan lancar di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), semalam. Cuepacs, Fomca syor bentuk tribunal khasKUALA LUMPUR: Marah, bimbang dan terkejut. Itulah reaksi pemimpin kerajaan dan masyarakat berhubung keretakan tiang jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kelmarin, yang ketiga dalam tempoh empat tahun. Sehubungan itu, kerajaan disaran menubuhkan tribunal bebas bagi menyiasat punca sebenar keretakan terbaru itu bagi mengelak kejadian berkenaan berulang hingga membahayakan keselamatan orang ramai.
Cadangan itu dibuat Presiden Cuepacs, Omar Osman dan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah yang meninjau jejambat berkenaan semalam selepas terkejut dan bimbang dengan kejadian itu. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas kejadian itu pula menegaskan keretakan berkenaan boleh dielakkan jika pihak yang bertanggungjawab berhati-hati dan memastikan masalah sama tidak berulang pada masa yang singkat. Perdana Menteri berkata, kejadian itu bukan saja menyebabkan rakyat marah, tetapi boleh menimbulkan pelbagai andaian yang bersifat negatif.
"Mereka buat pelbagai rumusan dan sudah tentu rumusannya tak baik. Dulu apabila rosak kita belanja RM70 juta, itu satu perbelanjaan yang besar, sekarang retak lagi... inilah cerita yang buat rakyat tak seronok, tak senang hati, bahkan marah. "Masalah ini boleh dielak jika kita berhati-hati memastikan apa yang sudah dibaiki teguh dan tidak akan berlaku kerosakan atau keretakan," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Putrajaya, semalam. Kelmarin, jejambat berharga RM238 juta yang menghubungkan Kepong dan Selayang ke ibu kota itu, terpaksa ditutup lagi selepas sebuah tiangnya dikesan mengalami kerekahan. MRR2 yang mula dibuka pada 1999, kali pertama mengalami keretakan pada Ogos 2004 dan kedua, Februari 2006.
Abdullah berkata, jika semuanya dibuat dengan baik, sudah tentu rakyat tidak akan marah dan laluan itu boleh digunakan dengan selamat serta tidak menakutkan. "Menakutkan jika berlaku runtuhan atau kemalangan. Jadi, sudah tentulah ini tidak baik," katanya. Kelmarin, Presiden Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar, turut menyuarakan kekecewaannya kerana kejadian itu masih berulang di sebalik memorandum dikemukakan persatuan itu mendesak penyelesaian segera dibuat selepas berlaku keretakan dua tahun lalu. Beliau juga mahu kerajaan mendedahkan laporan syarikat perunding, Halcrow Group Ltd berhubung hasil siasatan jejambat itu sebelum ini. Beliau bimbang keretakan itu boleh membahayakan pengguna

03 Ogos 2008

SETUJU PTK DIMANSUH

Petikan dari Berita Harian

SAYA bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan kerana ia tidak banyak memberi manfaat kepada sebilangan besar kakitangan kerajaan yang sudah menduduki peperiksaan berkenaan. Contohnya, ada kakitangan yang lulus peperiksaan itu tetapi tidak mendapat apa-apa faedah daripadanya selain hanya menjadi rekod simpanan peribadi. Lebih menyedihkan ada juruteknik yang menduduki peperiksaan itu pada 2006 di Sarawak, namun masih belum mendapat keputusannya sampai sekarang. Jadi kalau macam itu, bagaimana kakitangan kerajaan berkenaan boleh memajukan kerjayanya.
Justeru, saya berpendapat adalah lebih baik PTK dimansuhkan dan diganti dengan sistem yang lebih berkesan untuk memajukan kerjaya kakitangan kerajaan.

PATUT TINGGAL KENANGAN (PTK),
Sri Aman, Sarawak.

TIMUR: JPN TAMAT KONTRAK 133 PEKERJA RENDAH

Petikan dari Berita Harian
Oleh Betty Subaryati dan Nor Fazlina Abd Rahim
bhkb@bharian.com.my

Semua kakitangan berusia antara 30 hingga 55 tahun kini terpaksa menganggur KOTA BHARU: Seramai 113 pekerja rendah awam kontrak yang sudah berkhidmat antara lima hingga 18 tahun dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, kehilangan pekerjaan selepas kontrak mereka ditamatkan berkuat kuasa semalam. Semua kakitangan kontrak berusia antara 30 hingga 55 tahun yang berkhidmat sebagai pekerja rendah awam di sekolah seluruh negeri di bawah JPN Kelantan itu kini terpaksa menganggur dan hilang mata pencarian bagi menyara keluarga.
Pengerusi Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Kelantan, Shamsudin Mohd Noor, berkata kebanyakan mereka yang diberhentikan itu memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan masing-masing. Beliau berkata, pihaknya kesal kerana perkara itu sebelum ini pernah dibincangkan dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, yang berjanji menyelesaikan masalah terbabit. "Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang tindakan lanjut diambil pihak terbabit bagi membolehkan 113 pekerja kontrak berkenaan menyambung semula perkhidmatan. Jika masalah ini dibiar berlarutan, kita bimbang apa akan jadi kepada mereka selepas ini," katanya di sini, semalam.
Shamsudin yang juga Naib Presiden Cuepacs Kebangsaan berkata, pihaknya berharap Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan memberi perhatian terhadap isu ini supaya nasib semua pekerja terbabit dibela kerana mereka mempunyai tanggungan yang ramai untuk disara. "Sebahagian besar daripada pekerja terbabit terdiri di kalangan mereka yang sudah lanjut usia dan hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tentunya menyukarkan mereka mencari pekerjaan lain dalam tempoh terdekat ini," katanya. Beliau berkata, kontrak 113 pekerja terbabit sepatutnya berakhir 31 Disember 2007, tetapi disambung mulai Februari lalu dan ada pihak tertentu sebelum ini berjanji mereka akan diserapkan sebagai kakitangan tetap selepas pilihan raya umum lalu. "Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran mengiklankan kekosongan jawatan pembantu am pejabat dan hampir semua pekerja terbabit mengisi borong permohonan tetapi sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan," katanya.
Sementara itu, seorang pekerja sambilan yang sudah berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok sejak tujuh tahun lalu, Faridah Zakaria, 43, berkata beliau kehilangan punca pendapatan apabila menerima surat penamatan kontrak, mulai semalam. "Saya mempunyai tujuh anak yang masih bersekolah, manakala suami Sidik Ahmad, 64, hanya bekerja sebagai pemandu teksi dan tidak memiliki pendapatan tetap. "Saya buntu memikirkan masa depan keluarga... saya berharap pihak berkaitan dapat membantu kami kerana saya kehilangan pendapatan RM650 sebulan yang diperoleh dari gaji bulanan bekerja di sekolah terbabit," katanya.