SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

30 Julai 2010

16 NGO KEMUKA MEMO MENGENAI ISU AIR

Bernama
2010/07/29




SHAH ALAM: Enam belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengemukakan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon persetujuan kerajaan negeri bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). Memorandum disampaikan bersama oleh antara lain, Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Selangor Water Watch dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kepada anggota Exco negeri bagi Alam Sekitar, Pelancongan dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, di pejabat Menteri Besar di sini.
Jurucakap NGO itu, Datuk N.Marimuthu, yang juga presiden Fomca berkata, memorandum itu antara lain menggesa kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan persekutan dalam projek air itu oleh kerana penangguhannya akan mengakibatkan penduduk di Lembah Klang mengalami krisis air yang serius pada masa depan.
"Kami mahukan kerajaan negeri mewarta kawasan tadahan air kekal untuk menjamin kualiti bekalan air dan melindungi alam sekitar," katanya kepada pemberita. Fasa awal projek air bernilai RM8.65 bilion itu telah diluluskan oleh kerajaan Selangor semasa di bawah perintah Barisan Nasional, tetapi fasa berikutnya terhenti selepas Pembangkang menguasai Selangor dalam pilihan raya umum 2008. Sementara itu, Wong berkata kerajaan negeri menyambut baik projek itu pada dasarnya tetapi prihatin terhadap kerja-kerja pembinaan oleh kerana ia akan menjejas bekalan air dan alam sekitar. "Projek yang dicadangkan itu mungkin melalui kawasan tadahan air di kawasan selatan negeri ini yang boleh menjejas bekalan air," katanya. Wong berkata kerajaan negeri telah mengambil pelbagai langkah mengumpul bekalan air termasuk tuaian air hujan, mewartakan semua kawasan tadahan air dan kolam simpanan air. Beliau juga berkata kerajaan negeri akan melaksanakan dasar tidak lama lagi bagi mewajibkan semua pembangunan perumahan baru mempunyai kemudahan tuaian air hujan. "Langkah ini akan membantu pengguna menjimatkan air antara 25 hingga 30 peratus," katanya. - BERNAMA

28 Julai 2010

PENEMPATAN 4,000 ANGGOTA AWAM DALAM PDRM BANTU TURUNKAN JENAYAH

Bernama
28/6/2010



JOHOR BAHARU, 27 Julai (Bernama) -- Penempatan kira-kira 4,000 anggota awam dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membantu polis menumpukan perhatian membanteras jenayah di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata melalui langkah itu kadar jenayah di negara ini berjaya diturunkan sebanyak 37 peratus memandangkan anggota polis kini tidak lagi dibebani dengan tugasan pejabat.

"Penempatan anggota awam itu membolehkan seramai 7,402 anggota berpangkat rendah kini menjalankan tugasan luar. Tindakan ini akan dilakukan berterusan bagi memantapkan PDRM," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu) ke-33, di sini Selasa. Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Ismail berkata walaupun budaya kerja dalam perkhidmatan polis agak berbeza dengan perkhidmatan lain, namun anggota awam yang terlibat berjaya melakukan kerja mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Ismail berharap anggota awam di dalam PDRM mencari strategi baru bagi mewujudkan sistem penyampaian yang lebih berkesan selaras dengan kehendak kerajaan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Katanya, PDRM juga memerlukan anggota awam yang berdisiplin dalam usaha mencapai mutu perkhidmatan yang berkualiti.

"Budaya persaingan juga perlu diwujudkan bagi menyuntik semangat bekerja dengan lebih mantap sebagai satu pasukan," katanya.

-- BERNAMA

GURU BOLEH AKTIF POLITIK

Berita Harian
Oleh Haspaizi Mohd Zain
2010/07/28

CUEPACS mahu semua pegawai dapat peluang sama


KUALA LUMPUR: Selepas 17 tahun dilarang aktif dalam politik, pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan semula bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik, berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Keputusan itu yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam, membabitkan 140,000 guru. Bagaimanapun, CUEPACS berharap kebenaran itu turut diperluaskan kepada semua 350,000 pegawai Gred DG41 hingga DG48 dan tidak terhad untuk guru saja.
Presidennya, Omar Osman, berkata semua pegawai awam harus diberi peluang sama selari dengan hasrat kerajaan yang mahu kakitangannya turun padang dan mendekati rakyat. Mereka juga tidak kurang hebatnya, termasuk mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang sains politik, katanya mengulas keputusan kerajaan meminda Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi membolehkan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 aktif semula dalam politik. Pindaan itu sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan tindakan sedang diambil untuk mewartakannya. Ketika ini, hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan. Mohd Sidek dalam kenyataannya menjelaskan sudah tiba masa guru dibenarkan aktif semula dalam politik kerana golongan itu suatu masa dulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat, terutama dalam senario politik negara. Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai satu langkah pembaharuan dalam perkhidmatan awam, beliau bagaimanapun menegaskan kebenaran berkenaan diberi dengan syarat ketat agar tugas dan fokus utama guru mendidik anak-anak tidak terjejas dengan pembabitan dalam politik. Beliau berkata, mereka hanya dibenarkan bergiat aktif dalam politik selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberi kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan keputusan beliau adalah muktamad, katanya. Mohd Sidek juga mengingatkan mereka supaya mematuhi syarat berkaitan dengan batasan tugas sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. Syarat mengenai perkara ini sedang disediakan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran, katanya.

27 Julai 2010

KHAIRY: SURAT SOKONGAN MP BUKAN SALAHGUNA KUASA

Malaysiakini
27/7/2010



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak benar sekiranya kita mengatakan bahawa setiap daripada surat sokongan yang ditulis seorang ahli politik adalah 'salah guna kuasa' untuk kenalan-kenalan politiknya.

"Seringkali sesuatu sokongan diberikan atas kapasiti seorang wakil rakyat yang hanya menjalankan tugas mahu membantu rakyat yang tidak mendapat bantuan yang sewajarny," tulis Khairy yang juga ahli parlimen Jelebu dalam blognya.

Tegasnya, mungkin ada yang akan mempersoalkan keperluan surat sokongan atausokongan secara lisan oleh ahli politik, biarpun untuk mereka yang tidak mempunyai hubungan politik.

Beliau mengulas pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan baru-baru ini yang menegaskan sebarang keputusan dalam pemberian kontrak kerajaan perlu berdasarkan merit dan kelayakan sesuatu permohonan, bukan sebarang hubungan politik.

Pada dasarnya saya menyokong sepenuhnya usaha membanteras penyalahgunaan kuasa serta mengutamakan merit dan keperluan dalam apa jua permohonan kepada Kerajaan.

Berikutan itu, kakitangan awam kini diarahkan melaporkan sebarang kes ahli politik cuba mempengaruhi pemberian kontrak kerajaan melalui surat sokongan mahupun secara lisan.

Khairy berkata, pada dasarnya beliau menyokong sepenuhnya usaha membanteras penyalahgunaan kuasa serta mengutamakan merit dan keperluan dalam apa jua permohonan kepada kerajaan.

"Kita sedia maklum pada masa lalu memang wujud kes-kes di mana pemohon yang mempunyai hubungan politik diberi kontrak kerajaan atas dasar sokongan dari ahli politik.

"Saya juga bersetuju dengan Presiden Cuepacs Omar Osman bahawa fenomena ini adalah tidak adil bagi pemohon lain yang tidak mempunyai 'kabel' hubungan politik ini.

"Namun, berdasarkan pengalaman selaku seorang wakil rakyat, saya juga menyedari bahawa bukan semua yang datang meminta surat sokongan adalah mereka yang tidak layak dibantu jauh sekali bergantung harap kepada sokongan dari ahli politik semata-mata," tambahnya.

Malah, tegas Khairy, terdapat beberapa kes di mana pemohon yang ternyata berkelayakan terpaksa datang meminta sokongan beliau selaku wakil mereka di Rembau kerana permohonan mereka gagal atas sebab-sebab kelemahan birokrasi.

"Mereka ini bukanlah kenalan saya jauh sekali mempunyai hubungan politik dengan saya. Mereka berkesempatan berjumpa saya sewaktu saya berada di Pusat Khidmat Masyarakat Rembau," tegasnya.

Seringkali, katanya, sesuatu sokongan diberikan atas kapasiti seorang wakil rakyat yang hanya menjalankan tugas mahu membantu rakyat yang tidak mendapat bantuan yang sewajarnya.

"Mungkin ada yang akan mempersoalkan keperluan surat sokongan atau sokongan secara lisan oleh ahli politik, biarpun untuk mereka yang tidak mempunyai hubungan politik.

"Jika sesuatu permohonan itu mempunyai merit seperti kelayakan teknikal dan rekod kerja yang baik atau kerperluan yang mendesak, bukankah ia akan dipertimbangkan sewajarnya tanpa perlu sebarang campurtangan ahli politik?

"Sama juga bagi permohonan lain yang perlu melalui sistem awam seperti permohonan kerja, kediaman kos rendah mahupun biasiswa - bukankah semuanya boleh ditentukan oleh kakitangan awam berdasarkan merit dan keperluan?

"Di sini, saya ingin mengatakan bahawa suka atau tidak, di kalangan penjawat awam juga terdapat 'Napoleon Kecil' yang bertindak atas motivasi tertentu. Hakikatnya, kakitangan awam juga tidak terlepas daripada kemungkinan salah guna kuasa melalui tindakan 'pilih kasih'," tegas Khairy.

Akibat, daripada kelemahan birokrasi ini, ramai pemohon yang layak dan melalui saluran biasa ditolak.

"Dalam erti kata lain, sistem awam yang sedia ada telah menggagalkan mereka, lantas mereka terpaksa meminta bantuan dari wakil rakyat.

"Dalam hal ini juga, saya ingin membangkitkan persoalan mengenai peranan ahli politik yang dipilih rakyat. Apa guna kita mengadakan pilihanraya untuk memilih wakil rakyat sekiranya perkara seperti menulis surat sokongan pun tidak dibenarkan?

"Jika seorang wakil rakyat gagal membuktikan kebolehan membantu dan membela rakyat, maka beliau akan diundi keluar, manakala kakitangan awam pula tidak dipilih.

"Oleh itu, janganlah kita terlalu cepat memandang serong peranan wakil rakyat dalam menyokong sesuatu permohonan kepada kerajaan," tegasnya.

Menurut Khairy lagi, bukan niat beliau untuk memburukkan kakitangan awam, malah beliau yakin sebahagian besar daripada mereka mempunyai integriti dan keikhlasan yang tinggi.

"Namun, selagi wujud fenomena 'Napoleon Kecil' di kalangan kakitangan awam, kita tidak boleh menolak langsung peranan ahli politik yang mewakili kepentingan rakyat.

"Di sini saya ingin mencadangkan satu jalan tengah yang dapat menangani isu-isu berhubung pemberian kontrak.

"Cadangan saya, jika penjawat awam berperanan melaporkan sebarang surat sokongan dari ahli politik, maka ahli politik juga perlu diberi ruang untuk memanjangkan sesuatu permohonan apabila dirasakan sistem birokrasi telah menggagalkan permohonan itu sungguhpun mempunyai merit untuk diterima.

"Saya melihat kaedah ini dapat membantu dalam memantau penyalahgunaan kuasa di kalangan mereka yang mempunyai hubungan politik, serta kegagalan birokrasi atau juga rasuah dalam perkhidmatan awam.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa cadangan ini dibuat bukan berasaskan dasar campurtangan politik, tetapi atas prinsip merit dan keperluan," katanya.

26 Julai 2010

DEWAN RAKYAT: BERI PELUANG PENJAWAT AWAM LANJUT PENGAJIAN SECARA PERCUMA DI IPTA

Bernama
26/7/2010



KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kerajaan disaran membuka peluang kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi lima tahun untuk menyambung pengajian secara percuma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Senator Noriah Mahat berkata ianya selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan inovasi penjawat awam terutama dalam memainkan peranan secara langsung sebagai ejen pelaksana dasar yang dirangka kerajaan.

"Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) juga terletak di tangan 1.2 juta penjawat awam di negara ini dan mereka terlibat secara langsung sebagai ejen pelaksana kepada dasar yang dirangka ini.

"Oleh yang demikian, setiap individu dalam perkhidmtan awam memainkan peranan untuk meningkatkan tahap efisiensi dan produktiviti kerja untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju," katanya semasa membahaskan RMK-10 di Dewan Negara, di sini Khamis.

Beliau berkata dengan cara itu, semua penjawat awam akan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti mereka sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Noriah turut meminta kerajaan mengkaji kedudukan dan kebajikan pesara-pesara penjawat awam agar kebajikan mereka dijaga dan pengetahuan serta pengalaman mereka diguna pakai untuk membangunkan negara.

Katanya terdapat kira-kira 48,000 pesara sektor awam yang telah membuat pelbagai sumbangan terutama dalam memberi panduan membuat dasar dan polisi untuk membangunkan negara.

"Atas sumbangan mereka ini kerajaan wajar mengkaji dari semasa ke semasa manfaat dan kebajikan seperti pemberian wang ehsan, peningkatan kadar bayaran pencen agar selaras dengan keadaan semasa," katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mengkaji semula skim perkhidmatan awam agar dapat diselaraskan bersesuaian dengan peningkatan kemahiran dan pengalaman, sekali gus meningkatkan peluang kerja pada kalangan penjawat awam.

23 Julai 2010

GUAN ENG SERANG KSN

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Amin Ridzuan Ishak
bhnews@bharian.com.my
2010/07/23






Pertelingkahan Ketua Menteri dengan Pegawai Kemajuan Pulau Pinang melarat ke Putrajaya

KUALA LUMPUR: Pertelingkahan antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus, kini melarat ke Putrajaya apabila Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pula dikritik Setiausaha Agung DAP itu. “KSN sering mengatakan kerajaan tidak mahu wujud ‘Little Napoleon’ dalam sistem perkhidmatan awam, tetapi dia mempertahankan pula golongan itu. Beliau harus sedar Nik Ali adalah ‘Little Napoleon’ yang selama dua tahun ini tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

“Kini, timbul persoalan adakah Mohd Sidek benar-benar serius mahu mewujudkan sistem penyampaian awam cekap tanpa wujudnya ‘Little Napoleon’, sedangkan beliau membelanya,” katanya.

Little Napoleon bermaksud orang yang kedudukan sebenarnya tidak tinggi, tetapi mempunyai kuasa seolah-olah berkedudukan tinggi.

Sementara itu, Mohd Sidek ketika dihubungi Berita Harian, menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak akan menukar atau mengambil tindakan disiplin terhadap Nik Ali.
“Beliau adalah lantikan Kerajaan Persekutuan untuk mengetuai pejabat Persekutuan di negeri itu. Tiada sebab untuk menggantikannya dengan pegawai lain,” katanya.

Pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Forum Garis Panduan Pemerolehan Nasional di sini pula, Mohd Sidek berkata, tindakan Nik Ali mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan berhubung kritikan Guan Eng terhadapnya adalah wajar.

Katanya, perkara itu dibincangkan oleh Jemaah Menteri kelmarin yang berpendapat perbuatan mengkritik penjawat awam di khalayak ramai mengenai suatu yang tidak benar, patut dihentikan.

“Ketua Menteri tidak sepatutnya menyalahkan Nik Ali kerana isu berbangkit bukan di bawah tanggungjawab beliau. Mengapa pegawai kerajaan (Nik Ali) balas balik... jika dihentam seperti itu berkali-kali, beliau pun ada nilai diri juga. Sekiranya tidak jawab, nanti orang kata beliau yang bersalah,” katanya.

Ditanya kemungkinan tindakan disiplin dikenakan terhadap Nik Ali, Mohd Sidek mempersoalkan apakah kesalahan dilakukan pegawai Persekutuan itu hingga memerlukan tindakan itu diambil.

Mengenai pertikaian terhadap kehadiran beberapa pemimpin UMNO pada sidang media Nik Ali, Mohd Sidek berkata: “Adakah menjadi satu kesalahan untuk saya mengadakan sidang media bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, jika itu tugas beliau sebagai Perdana Menteri dan tugas saya selaku Ketua Setiausaha Negara?”

Pertelingkahan antara Guan Eng dan Nik Ali memuncak kelmarin apabila mesyuarat Exco Pulau Pinang memutuskan perkhidmatan SDO itu tidak lagi diperlukan di negeri itu. Nik Ali juga diminta memohon maaf secara terbuka serta menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Guan Eng sebagai dayus dan biadab.

Kenyataan itu dibuat Nik Ali selepas Guan Eng beberapa kali menyerangnya, termasuk menuduh SDO itu tidak menyediakan tempat duduk untuknya pada majlis pelancaran projek Kereta Api Bukit Bendera, 20 Oktober lalu. Tuduhan Guan Eng bagaimanapun disangkal beberapa pegawai kerajaan yang turut hadir pada majlis itu.

Seorang pegawai di pejabat SDO menjelaskan kerusi disediakan untuk Guan Eng di bahagian tetamu kehormat sebaris dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

“Nik Ali pun duduk di barisan belakang. Sebab itu, saya hairan apabila Ketua Menteri membuat tuduhan itu.

“Ketua Menteri turut diberi cenderahati berbentuk gambar lama kereta api Bukit Bendera pada akhir majlis,” katanya.

CUEPACS TO SEE NIK ALI OVER ROW WITH GUAN ENG

Malaysian Today
By Hawkeye
23/7/2010


GEORGE TOWN: Cuepacs is seeking a meeting with state development officer Nik Ali Mat Yunus, who has become the country’s most conspicuous civil servant since he lashed out at Penang Chief Minister Lim Guan Eng at a press conference organised by Umno.

The umbrella union for public servants is keen to find out why the state development officer chose to air his grievances through the media.

Cuepacs president Omar Osman said today it disturbed him that politicians were now openly criticising civil servants instead of using the discreet channels available to do so.

He said politicians from both Pakatan Rakyat and Barisan Nasional were guilty of being unfair to civil servants.

"We should not treat civil staffers as slaves,” he said. “Treat them as partners in nation building. Engage them and use the proper forums."

Omar said civil servants in Pakatan and some BN states had been complaining to Cuepacs over politicians’ lack of regard for their role in serving the public.

Former Cuepacs president N Siva Subramaniam, who is now an adviser to the union, said this was the first time he had seen such an open quarrel between a federal officer and the chief executive of a state.

Siva has been involved in union affairs for more than 30 years.

However, he added, he was once caught in a situation that was nearly as bad. Twenty-five years ago, when he was the secretary-general for the National Union of the Teaching Profession, MIC President S Samy Vellu publicly rebuked him for his stand against relocating some Tamil schools.

"Samy Vellu allegedly told the teachers to remove me as the secretary-general."

Opposition Leader Anwar Ibrahim, who was then the education minister, came to his defence, he said.

Siva called on both politicians and bureaucrats to use “proper channels” to resolve their differences. “Fighting it out through the media is just not right,” he said.

"In the case of Lim and Nik Ali, both parties are wrong for using the media. And two wrongs do not make a right."


22 Julai 2010

HENTI PERSALAHKAN PENJAWAT AWAM, CUEPACS BERITAHU GUAN ENG

Bernama
22/7/2010



KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- CUEPACS meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng agar tidak menjadikan penjawat awam sebagai kambing hitam akibat kelemahannya.

Ahmad Shah Mohd Zin, setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, berkata tidak wajar bagi ketua menteri sesebuah negeri menegur seorang penjawat awam kanan di khalayak ramai akibat kelemahan dalam pentadbiran negeri.

Ahmad Shah mengulas kenyataan Lim di media mengenai pegawai pembangunan negeri Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus, dengan Lim menyifatkan Nik sebagai "tidak cekap, tidak berguna, tidak profesional dan pengecut" dan beliau patut dipecat.

Nik Ali menyatakan bahawa Lim telah sudah tiga kali mencari kesalahannya, kali pertama mengenai isu sebuah kerusi pada pelancaran Projek Penang Hill, kedua berkaitan pembinaan gerbang kembar di Taman Botani dan ketiga mengenai kegiatan melombong pasir di Kampung Kenanga.

Ahmad Shah memberitahu Bernama bahawa ketua menteri tidak mempunyai kuasa menegur seorang pegawai persekutuan yang hanya menjalankan tugas mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutaun.

Sebagai penjawat awam profesional, beliau berkata pegawai-pegawai itu menjalankan tugas mereka dengan terbaik mengikut kemampuan mereka berdasarkan peraturan.

Ahmad Shah, yang berharap agar tidak ada lagi perbalahan terbuka menerusi media pada masa depan, berkata sebarang perselisihan pendapat antara ahli politik dengan penjawat awam hendaklah diselesaikan secara tertutup demi memelihara integriti dan kehormatan perkhidmatan awam dan juga pentadbiran negeri.

-- BERNAMA

CHIEF: MOVE MAY FORCE WORKERS TO TURN TO 'AH LONGS'

BorneoPost
by Georgette Tan
July 22, 2010, Thursday



KUCHING: Barring employees from taking personal loans will drive them to borrow from loan sharks, Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Omar Osman said yesterday.

Omar Osman

Omar Osman

Speaking at a press conference yesterday, Omar said he received a letter from the Sarawak Public Works Department (JKR) employees on March 26, highlighting the fact that they were barred by the department from taking personal loans.

This is allegedly because a certain number of employees were unable to repay their loans.

“Do all the employees owe money or is it just a handful?” Omar asked.

“Don’t tell me everyone can’t take out loans just because of a few people.”

He added that according to the letter, only housing loans are allowed and the ban includes all banks in Sarawak.

“What are the employees going to do if they are desperate? They might have no choice but to borrow from ‘ah longs’.”

Stating that this is the first time Cuepacs received such a complaint, Omar appealed to JKR to study the matter to get a clearer picture and reconsider their directive.

“If it’s true that a lot of employees are taking loans they could not afford to repay, don’t let the repercussions affect those who can repay them,” he said.

CUEPACS GESA JKR KAJI SEMULA SURAT PEKELILING PINJAMAN PERIBADI

BorneoPost
22/7/2010



Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak agar mengkaji dan mempertimbangkan semula surat pekeliling mengenai pinjaman peribadi kakitangannya.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata surat pekeliling yang menyatakan semua pinjaman peribadi melalui poto- ngan gaji daripada institusi kewangan swasta oleh semua kakitangan dibawah JKR Sarawak adalah tidak dibenarkan harus dikaji secara menyeluruh.

“Jika perkara seperti ini (pinjaman peribadi) dihentikan ia akan menjurus kepada kakitangan awam untuk membuat pinjaman dengan ‘ah long’.

“Justeru CUEPACS amat berharap surat pekeliling berkenaan dikaji semula secara menyeluruh dan dipertimbangkan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurut beliau, surat pekeliling itu telah difaksimilikan kepada CUEPACS di peringkat kebangsaan pada 26 Mac lalu di mana semua kakitangan JKR Sarawak dihalang membuat pinjaman peribadi.

“Ia mungkin disebabkan sifat keberhutangan kakitangan namun tidak semua kakitangan berbuat demikian, jangan hanya kerana segelintir pekerja sahaja semua terkena.

“Kalau mereka tidak boleh membuat pinjaman di bank, di mana lagi mereka boleh membuat pinjaman? Kita bimbang nanti kalau sudah tidak dapat membuat pinjaman di bank, ‘ah long’ menjadi sasaran,” tegas Omar.

Menurut beliau, pinjaman peribadi adalah hak kepada individu malah surat pekeliling mengenai perkara itu telah pun sedia ada.

Tambahnya arahah sedemikian tidak sepatutnya berlaku tetapi ia harus difikirkan secara rasional terlebih dahulu dan mengambil kira kepentingan semua.

Omar turut berkata aduan sedemikian merupakan yang pertama sekali berlaku termasuk di peringkat kebangsaan.

BERI PELUANG PENJAWAT AWAM LANJUT PENGAJIAN

Utusan Malaysia
23/2/2010




KUALA LUMPUR 22 Julai - Kerajaan disaran membuka peluang kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi lima tahun untuk menyambung pengajian secara percuma di mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Senator Noriah Mahat berkata, ia selaras dengan hasrat untuk meningkatkan kemahiran dan inovasi penjawat awam terutama dalam memainkan peranan secara langsung sebagai ejen pelaksana dasar yang telah dan akan dirangka kerajaan.

"Pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) juga terletak di tangan 1.2 juta penjawat awam di negara ini dan mereka terlibat secara langsung sebagai ejen pelaksana kepada dasar yang dirangka ini," katanya semasa membahaskan RMK-10 pada sidang Dewan Negara hari ini.

TIADA TINDAKANTATATERTIB - KSN

Utusan Malaysia
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
saiful.sahak@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 22 Julai – Tiada tindakan tatatertib akan diambil terhadap Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus berikutan tindakannya memberi kenyataan balas berhubung dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng terhadapnya.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, tindakan Nik Ali itu dilihat untuk mempertahankan diri daripada tuduhan yang dilemparkan Guan Eng.

‘‘Nik Ali dituduh dengan perkara tidak benar dan dihentam berkali-kali. Dia pun ada nilai diri. Jika dia tidak memberi penjelasan, nanti rakyat ingat dia bersalah, jadi wajarlah dia memberi penjelasan.

‘‘Kita tidak akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Nik Ali kerana dia cuba mempertahankan diri daripada tuduhan-tuduhan yang tidak benar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Garis Panduan Perolehan Kebangsaan 2010 bertemakan ‘Kenapa Perolehan Dilakukan Secara Senyap’ di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia, Ahmad Shahab Din; Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Pertelingkahan Guan Eng dan Nik Ali tercetus apabila Ketua Menteri Pulau Pinang itu didakwa beberapa kali mengeluarkan kenyataan menyerang pegawai terbabit.

Terbaru, Guan Eng menuduh Nik Ali tidak profesional, tidak kompeten, pengecut dan patut dipecat berikutan isu curi pasir di tapak cadangan pembinaan politeknik di Balik Pulau yang terletak di bawah bidang kuasa SDO.

Sebelum ini Guan Eng juga didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Ali ketika majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera dengan menuduh pegawai itu tidak menyediakan tempat duduk untuknya.

Guan Eng juga ‘menyerang’ Nik Ali berhubung keputusan kerajaan Pusat merobohkan dua pintu gerbang Taman Botani Pulau Pinang dengan menuduhnya membazirkan wang kerajaan sedangkan projek itu dilaksanakan agensi kerajaan negeri iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Taman Botani.

Selepas diserang tiga kali, Nik Ali bertindak balas dengan menganggap kritikan Guan Eng terhadapnya sebagai melampau dan biadap sehingga memaksanya membuat kenyataan mengkritik Ketua Menteri berkenaan.

Menurut Mohd. Sidek, Guan Eng sepatutnya tidak menyalahkan Nik Ali kerana peranan dan tanggungjawab pegawai itu terletak di bawah kerajaan Persekutuan.

‘‘Tanggungjawab Nik Ali bukan terletak di bawah bidang kuasa Guan Eng. Kalau ada kesalahan tak perlu pergi kepada media dan menyalahkan Nik Ali. Guan Eng sepatutnya mematuhi prosedur dengan menyalurkan aduan mengenai isu itu kepada jabatan atau agensi yang berkenaan,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Nik Ali akan dihalau keluar dari negeri itu Mohd. Sidek berkata, tindakan itu jika dilakukan mencerminkan sikap kerajaan negeri yang tidak prihatin terhadap peranan dan tanggungjawab penjawat awam di negara ini.

‘‘Tindakan itu adalah zalim dan merendah-rendahkan peranan penjawat awam yang dilantik di negeri yang dipimpin mereka. Lagi pun Nik Ali merupakan pegawai Persekutuan yang dihantar untuk mengetuai pejabat Persekutuan di negeri itu.

‘‘Saya amat takut akan sikap dan kelakuan yang ditunjukkan oleh pemimpin berkenaan,” katanya.

PEGAWAI PENILAI ATUR MARKAH, KENAIKAN PENJAWAT AWAM DIKESALI

Berita Harian
22/7/2010



SAYA ingin merujuk tulisan ‘Pesara PTD’ dari Seremban seperti yang tersiar di ruangan ini bertarikh 14 Julai lalu. Kenyataan itu membuka mata dan hati penjawat awam seperti saya untuk tampil mendedahkan buruk laku sesetengah Pegawai Penilai Pertama (PPP) yang cuba mengatur markah atau mencatur kenaikan pangkat seseorang penjawat awam mengikut acuan di jabatan mereka berkhidmat.

Ini adalah realiti dan bukannya satu retorik sebagaimana dakwaan pihak tertentu yang tidak menyenangi pendedahan ini. Jika dibuat aduan kepada ketua jabatan di kementerian, rasanya tidak sampai ke mana dan pasti dibakulsampahkan. Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman pahit yang menimpa saya sewaktu berkhidmat di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan pada 2005-2006. Waktu itu saya berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Kanan, Gred 44 di bawah penyeliaan Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, PTD M52 (memangku).Atas kesungguhan saya membantu dalam mewujudkan pejabat baru untuk wilayah dan daerah dalam Wilayah Selatan, maka saya dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah, Gred 48 pada awal 2006. Pada awal 2007 saya ditukarkan ke APMM Wilayah Utara sehingga sekarang.

Saya memangku Gred 48 sejak dua tahun lalu dan sehingga sekarang masih belum disahkan kenaikan pangkat ke Gred 48 meskipun sudah lulus PTK (TK3) untuk melayakkan disahkan kenaikan pangkat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pemangkuan.

Saya menyemak kepada pihak berkenaan mendapati markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2006 saya adalah di bawah 40 peratus. Selepas empat tahun berpindah jabatan, saya baru berpeluang untuk menyemak markah prestasi (laporan sulit) dalam HRMIS bagi pelaksanaan Penilaian Landasan Kerjaya (PLK).

Saya berasa amat terkejut, kesal dan kecewa memikirkan selaku PPP yang menyediakan LNPT 2006 itu. Tidak disangka dalam LNPT 2006 dimasukkan laporan prestasi yang mencemarkan reputasi perkhidmatan saya.
Secara langsung PPP ini berjaya mengatur markah prestasi saya dan seterusnya berjaya mencaturkan perkhidmatan saya dengan menafikan kenaikan pangkat sekurang-kurangnya terpaksa menunggu tiga tahun lagi untuk disahkan kenaikan pangkat ke Gred 48.

Tahniah kepada penulisan Pesara PTD M52 kerana berani mendedahkan keburukan perilaku PPP dan ketua jabatan di kementerian dan jabatan tertentu demi kebaikan semua pihak terutama kakitangan awam yang teraniaya.

90 PENJAWAT AWAM TERBABIT JENAYAH RASUAH TAHUN LALU

Bernama
2010/07/21



KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini dimaklumkan 190 orang penjawat awam telah ditangkap kerana terlibat dengan jenayah rasuah pada 2009. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata jumlah itu adalah merangkumi 38 peratus daripada keseluruhan 500 tangkapan yang dibuat pada tahun berkenaan.
Malah, Liew berkata jumlah yang dicatat pada 2009, menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya, iaitu seramai 282 daripada 605 atau 46.6 peratus, yang ditangkap adalah terdiri daripada penjawat awam.
"Oleh itu, kenyataan yang dikeluarkan Cuepacs adalah tidak tepat. Kenyataan ini tidak bertanggungjawab kerana pihak berkenaan tidak mengkaji dan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan. "Saya harap pihak berkenaan dapat mengeluarkan kenyataan yang bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah sebegini dan tidak mengelirukan orang awam di negara ini," katanya ketika menjawab soalan Senator Mohamad Ezam Mohd Nor di Dewan Negara di sini hari ini. Mohamad Ezam dalam soalannya meminta supaya menjelaskan sejauh mana dakwaan Cuepacs mengenai 41 peratus atau senarai 418,200 orang daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan jenayah rasuah. Liew berkata perangkaan itu juga telah diperjelaskan oleh Ketua Setiausaha Negara di mana sebenarnya ia melibatkan perbandingan jumlah tangkapan penjawat awam berbanding dengan jumlah keseluruhan tangkapan pelaku rasuah dan bukannya penglibatan 41 peratus daripada keseluruhan penjawat awam. Sementara itu, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha membanteras jenayah rasuah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)seperti memperkenalkan Akta Perlindungan Data Peribadi bagi melindungi pemberi maklumat dalam sesuatu kes. "Ini adalah komitmen kerajaan untuk pastikan rasuah dapat dikurangkan di kalangan masyarakat," katanya. - BERNAMA

21 Julai 2010

KENYATAAN CUEPACS PENJAWAT AWAM RASUAH SALAH

Utusan Malaysia
21/7/2010



KUALA LUMPUR 21 Julai - Hanya 190 penjawat awam ditangkap kerana rasuah tahun lalu, bukannya seramai 418,200 atau 41 peratus seperti didakwa oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menafikan kenyataan CUEPACS itu dan penjelasan mengenainya sudah pun dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan baru-baru ini.

"Ia sebenarnya melibatkan perbandingan jumlah tangkapan penjawat awam dengan jumlah keseluruhan tangkapan pelaku rasuah dan bukannya penglibatan 41 peratus daripada keseluruhan penjawat awam dalam jenayah rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor pada sidang Dewan Negara hari ini yang bertanyakan sejauh mana kebenaran dakwaan CUEPACS bahawa hampir separuh penjawat awam terlibat dengan rasuah.

Mengulas lanjut, Vui Keong berkata, mengikut perangkaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, hanya 190 orang daripada 500 orang yang ditangkap ialah penjawat awam.

"Ini merangkumi 38 peratus daripada keseluruhan tangkapan pada tahun berkenaan. Jika dibandingkan dengan 2008, terdapat penurunan tangkapan di kalangan penjawat awam iaitu seramai 282 orang berbanding 605 orang yang ditangkap," katanya.

Tambah beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh CUEPACS itu amat tidak tepat dan tidak bertanggungjawab kerana dibuat tanpa terlebih dahulu membuat kajian dan mendapatkan penjelasan kerajaan.

Mohamad Ezam yang mencelah kemudiannya menyatakan kesyukuran kerana kenyataan CUEPACS itu tidak betul dan sekiranya keadaan sebaliknya ia adalah satu malapetaka kepada negara.

"Jumlah 41 peratus merupakan satu angka besar dan jika betul, ia akan meruntuhkan tamadun negara ini. Cuma saya fikir penjelasan harus dilakukan sebaik mungkin kerana kenyataan itu telah dihebahkan oleh semua media.

"Sudah tentu ia memberikan imej yang tidak baik kepada kakitangan awam," katanya.

190 PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH TAHUN LEPAS

Bernama
21/7/2010



KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Dewan Negara hari ini dimaklumkan seramai 190 orang penjawat awam telah ditangkap kerana terlibat dengan jenayah rasuah pada 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata jumlah itu adalah merangkumi 38 peratus daripada keseluruhan 500 tangkapan yang dibuat pada tahun berkenaan.

Malah, Liew berkata jumlah yang dicatat pada 2009, menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya, iaitu seramai 282 daripada 605 atau 46.6 peratus, yang ditangkap adalah terdiri daripada penjawat awam.

"Oleh yang demikian, kenyataan yang dikeluarkan oleh Cuepacs adalah tidak tepat. Kenyataan ini tidak bertanggungjawab kerana pihak berkenaan tidak mengkaji dan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan.

"Saya harap pihak berkenaan dapat mengeluarkan kenyataan yang bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah sebegini dan tidak mengelirukan orang awam di negara ini," katanya ketika menjawab soalan Senator Mohamad Ezam Mohd Nor di Dewan Negara pada hari Rabu.

Mohamad Ezam dalam soalannya meminta supaya menjelaskan sejauh mana dakwaan Cuepacs mengenai 41 peratus atau senarai 418,200 orang daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan jenayah rasuah.

Liew berkata perangkaan itu juga telah diperjelaskan oleh Ketua Setiausaha Negara di mana sebenarnya ia melibatkan perbandingan jumlah tangkapan penjawat awam berbanding dengan jumlah keseluruhan tangkapan pelaku rasuah dan bukannya penglibatan 41 peratus daripada keseluruhan penjawat awam.

Sementara itu, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha membanteras jenayah rasuah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)seperti memperkenalkan Akta Perlindungan Data Peribadi bagi melindungi pemberi maklumat dalam sesuatu kes.

"Ini adalah komitmen kerajaan untuk pastikan rasuah dapat dikurangkan di kalangan masyarakat," katanya.

-- BERNAMA

20 Julai 2010

KESATUAN GURU SETUJU MANSUH UPSR, PMR

Utusan Malaysia
20/7/2010




PUTRAJAYA 19 Julai – Kesatuan-kesatuan guru bersetuju dengan cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada perbincangan Meja Bulat pertama di sini hari ini.

Bagaimanapun, pemansuhan itu bersyarat dengan menggantikan kedua-dua peperiksaan awam tersebut dengan ujian penilaian lain untuk mengukur tahap pencapaian pelajar.

Perbincangan Meja Bulat yang bermula pukul 2 petang dan berakhir pukul 5.30 petang itu dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan disertai kesatuan-kesatuan guru, wakil-wakil institusi pengajian tinggi (IPT) dan wakil-wakil guru.

Bercakap kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Pengerusi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamad Sabri Mohd. Arsad berkata, fungsi sebenar UPSR dan PMR kurang jelas kerana ia berasaskan penilaian kognitif melibatkan penilaian intelek semata-mata.

“PMR dan UPSR boleh diertikan sebagai penilaian yang hanya menggunakan pensil dan kertas sahaja kerana tidak melibatkan bentuk penilaian yang meluas,” katanya.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng pula berkata, pihaknya sebelum ini memang menyatakan pendirian mereka menyokong cadangan pemansuhan PMR dan UPSR.

3,286 GURU TABIKA BAKAL DISERAP KE JAWATAN TETAP

Bernama
20/7/2010





KANGAR, 19 Julai (Bernama) -- Semua guru dan pembantu guru tabika Perpaduan di seluruh negara yang selama ini berkhidmat secara kontrak bakal diserap ke jawatan tetap.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah berkata cadangan menyerapkan 3,286 guru dan pembantu guru tabika itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)."Sudah sampai masanya mereka diberi jawatan tetap yang menjanjikan masa depan yang lebih baik. Saya harap proses penyerapan dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam "Untaian Kasih" Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis di sini Ahad malam, Murugiah berkata pada masa ini kesemua guru dan pembantu guru di 1,643 tabika Perpaduan berstatus kontrak dan ada yang telah berkhidmat selama 30 tahun.Majlis makan malam Untaian Kasih yang diadakan sempena klinik Dodgeball 1Malaysia peringkat negeri Perlis itu dikendalikan Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) dan disertai kelab Rukun Negara, Jiran Muda dan Jiran Wanita.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan negeri Perlis Abdul Jamil Saad dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Azizah Ariffin.

19 Julai 2010

PENJAWAT AWAM PERLU TUKAR CARA LAKSANAKAN KERJA BERFIKIR - MB PERAK

Bernama


GERIK, 6 Julai (Bernama) -- Penjawat awam perlu menukar cara melaksanakan kerja dan berfikir bagi mencapai sasaran serta matlamat program transformasi kerajaan merealisasikan Wawasan 2020 serta status negara pendapatan tinggi, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata penjawat awam perlu prihatin kepada keperluan rakyat dengan mendapat maklumat secara terus dan melaksanakan pembangunan untuk mereka.

"Dalam konteks Jabatan kerja Raya (JKR), jabatan ini perlu merangsang untuk mencapai sasaran lebih baik dan lebih tinggi dengan idea baru yang lebih bernas. JKR perlu melakukan tugas secara telus kerana rakyat akan menilai dan membuat penentuan sama ada JKR dapat memenuhi janji atau sebaliknya," katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan JKR daerah Hulu Perak dan Jamuan Rakyat di Jalan Air Suda di sini pada Selasa.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah berkenan menyempurnakan perasmian bangunan yang mula dibina pada Februari 2007 dengan kos sebanyak RM3.36 juta itu.

Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah turut berangkat ke majlis yang dimeriahkan kira-kira 1,000 hadirin.

Zambry berkata adalah menjadi harapan kerajaan Perak dalam aspek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dapat diagihkan dengan seimbang di setiap daerah dan lapisan masyarakat untuk menikmatinya secara adil dan saksama.

"Untuk mencapai aspirasi ini kerajaan negeri akan melaksanakan jaringan insfrastruktur dan kemudahan awam keperluan setempat mengikut kesesuaian yang merupakan antara bidang keberhasilan utama dalam wawasan Perak Amanjaya," katanya.

Beliau turut berkata daripada segi Indeks Pemajuan Jalanraya, Perak masih jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

"Perak memerlukan pembangunan dan pembinaan jalan raya yang dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pembangunan negeri dengan mengadakan akses kepada kawasan pedalaman serta pusat pembangunan setempat," katanya.

Bagi merealisasikan pembangunan daerah seimbang, beberapa projek di bawah program inisiatif kewangan swasta (PFI) seperti projek pembinaan jalan raya Jelapang-Selama dengan kos anggaran RM2.6 bilion dan jalan raya Bagan Datoh-Slim River bernilai kira-kira RM2 bilion dilaksanakan.

-- BERNAMA

15 Julai 2010

CUEPACS PUJI KAKITANGAN AWAM

Bernama
14/7/2010



SEREMBAN, 14 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Rabu memuji kakitangan awam di seluruh negara kerana tiada tindakan tatatertib dikenakan terhadap mereka sepanjang pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 berlangsung di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 12 Julai lepas.

Presidennya Omar Osman berkata setakat ini Cuepacs tidak menerima laporan mengenai kakitangan awam dikena tindakan tatatertib termasuk menerima surat tunjuk sebab kerana kesalahan datang lambat ke pejabat, mengambil cuti kecemasan dan sebagainya ekoran menonton Piala Dunia.

"Kalau dulu kita ada terima laporan penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib kerana kesalahan datang lambat dan sebagainya sebab tengok bola punya hal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan tri tahunan Cuepacs Bahagian Negeri Sembilan di sini, pada Rabu.

Katanya ini bermakna mereka tahu tanggungjawab mereka sebagai kakitangan awam.

"Kali ini kita dapati yang terbaik dan inilah yang kita kehendaki agar penjawat awam menjaga imej mereka seiring dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu memantapkan lagi kakitangan awam," katanya.

Omar berkata sebab lain kesalahan ini tidak berlaku kerana pada kali ini Cuepacs telah memberi taklimat awal iaitu jika hendak menonton Piala Dunia dan bimbang datang lewat ke pejabat maka jika perlu mereka mengambil cuti rehat.

"Saya berterima kasih kepada semua kakitangan awam kerana mengambil berat perkara ini," katanya.

-- BERNAMA

13 Julai 2010

PERANGAI KAKITANGAN AWAM CURI TULANG

TERINGIN sangat hati penulis hendak bersarapan nasi kerabu. Pilihan terbaik ialah kedai Kak Mah Nasi Dagang, Sungai Merab di pintu belakang Putrajaya yang terletak berhampiran dengan rumah di Bangi. Seperti biasa pengunjungnya ramai, setiap meja dipenuhi pelanggan termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan berdasarkan jaket 'korporat' yang dipakai dan tag nama yang jelas terpapar nama-nama agensi atau kementerian masing-masing.

Jam hampir menginjak ke pukul 10 pagi, mereka masih lagi rancak berborak, sambil menghirup teh tarik yang sudah sejuk dan sesekali menyedut asap rokok. Sesuatu yang pasti mereka ini sudah berada di kedai ini seawal pukul 9 pagi.

Apabila penulis bergerak untuk membayar kira-kira pukul 9.50 pagi, langsung tidak kelihatan mereka akan bangun dan kembali ke pejabat masing-masing.

Soalannya, tidak bekerjakah mereka atau sudah siap semua kerja yang diamanahkan? Berapa jam sebenarnya mereka ini bekerja dalam sehari, jika ditolak masa terbuang semasa bersarapan dan makan tengah hari.

Adilkah perbuatan ini? Mereka mendapat gaji yang sudah semestinya daripada duit rakyat, berbanding dengan kakitangan lain yang tekun bekerja seperti guru yang memulakan tugas seawal 7.30 pagi dan akan habis pada sebelah petang jika tidak ditambah dengan aktiviti kokurikulum atau kerja-kerja perkeranian.

Selain itu, saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan berjuang untuk meminta bonus dan kenaikan gaji. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkali-kali mendambakan perkhidmatan terbaik kelas pertama daripada penjawat awam.

Tetapi pada masa sama masih terdapat segelintir yang seolah-olah sekadar menumpang dan mengambil kesempatan daripada nikmat yang dilimpahkan kerajaan. Oleh itu, jangan hanya kerana segelintir atau kerana nila setitik akan menyebabkan seluruh sektor awam dipandang serong.

Beberapa tahun lepas, masih segar diingatan penulis teguran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terhadap segelintir penjawat awam yang sanggup memandu hingga ke Nilai atau Port Dickson dari Seremban hanya semata-mata untuk bersarapan atas alasan makanan di tempat berkenaan lebih lazat.

Apa salahnya sesekali pihak-pihak berkuasa dalam sektor awam ini turun padang dan membuat kunjungan 'hormat' ke restoran-restoran yang mempunyai rating tinggi bagi melihat sendiri perangai anak-anak buah mereka.

Kerja iaitu mencari rezeki halal adalah ibadah yang akan diperhitungkan soal dosa pahala di akhirat. Dalam mengerjakan ibadah tiada istilah jalan pintas semuanya wajib dilakukan mengikut turutan atau rukun.

Berkatkah rezeki yang diperoleh jika jalan pintas diamalkan? Bagaimana hukumnya pendapatan yang dituai pada hujung bulan itu diberi makan kepada anak-anak dan untuk saraan keluarga?

Malah pada padang mahsyar nanti, segala perbuatan kita akan dihisab dan dipertontonkan kepada umum, mulut akan terkatup rapat, anggota badan pula yang akan mengambil peranan menjelaskan setiap apa yang dilakukan oleh tuan punya badan, walaupun sekecil zarah sekalipun.

Timbang-timbangkanlah hidup di dunia hanya sementara sebelum meneruskan perjalanan abadi ke akhirat

12 Julai 2010

SUSUN SEMULA SISTEM PENJAWATAN AWAM

Berita Harian
2010/07/12





SAYA terpanggil untuk menyambung kenyataan Jurutera Terpinggir, di ruangan Surat dan E-Mel, Berita Harian, Jumaat, 9 Julai 2010. Sememangnya apa yang dinyatakan beliau adalah bukan saja mewakili kelompok jurutera saja, malah boleh mewakili kebanyakan pegawai dan anggota perkhidmatan awam lain. Perkara ‘susah naik pangkat’ adalah fenomena biasa bagi pegawai atau anggota awam yang sudah lama berkhidmat terutama di dalam klasifikasi perkhidmatan pertanian, sosial, agama, kewangan dan berpuluh perkhidmatan lain lagi.

Seperti kenyataan beliau, jurutera muda sekarang yang baru dilantik mudah mendapat kenaikan pangkat sehingga gred 48 sehingga sama taraf dengan jurutera yang sudah lama berkhidmat. Fenomena yang sama juga berlaku perkhidmatan pertanian, sosial dan pelbagai klasifikasi perkhidmatan lain. Pegawai muda yang baru dilantik lima enam tahun dengan mudah dapat melompat ke gred 48 walaupun dengan pengalaman, kemahiran dan kebolehan yang masih diragui. Terima kasih kepada pengurusan tertinggi jabatan kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana memudahcara peningkatan ini. Ia menjadi rezeki bagi pegawai muda kerajaan dan secara langsung dapat meningkatkan pendapatan secara mudah dalam tempoh masa yang lebih singkat berbanding dan setanding dengan pegawai lama. Selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat berpendapatan tinggi. Sekurang-kurangnya satu kelompok penduduk negara kita dapat menikmatinya.
Bagi pegawai lama seperti Jurutera Terpinggir dan kebanyakan yang dilantik menjadi pegawai kumpulan A pada era 1980-an, samalah merasai ketidakadilan dan kurangnya prihatin terhadap kemajuan kerjaya masing-masing oleh pihak yang lebih berkuasa. Berlakunya keadaan masih ‘prebet’ biarpun sudah menjangkau 20 ke 25 tahun berkhidmat adalah perkara biasa pada kebanyakan pejabat kerajaan. Tetapi kini keadaan sudah berubah sedikit, pegawai baru menikmati rasa, pegawai lama memendam rasa. Seperti kata Jurutera Terpinggir, bekerja lama pun sama taraf saja dengan pegawai baru. Itulah penghargaan yang sama-sama kita peroleh di dalam perkhidmatan awam. Bukan sindiran tetapi kenyataan era kini. Keadaan lebih teruk bagi kumpulan sokongan (dahulunya kumpulan B, C dan D). Ketiadaan penstrukturan semula jabatan adalah antara sebab anggota kumpulan sokongan tidak ke mana. Peluang kenaikan pangkat yang amat sedikit mengecewakan anggota. Mujurlah luahan melalui CUEPACS dilayan kerajaan pada tahun lalu. Merasa juga kenaikan pangkat melalui kenaikan Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi mereka yang berkhidmat melebihi 15 tahun.
Terima kasih CUEPACS. Walaupun begitu, sehingga kini masih ramai yang kekal sebagai prebet kerana kekangan (tidak lulus) Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) dan juga kerenah pegawai atasan jabatan yang menyusahcara pelaksanaan KUP berkenaan. Soal ketidakadilan dan kejatuhan semangat bekerja sudah lama bermain dalam kalangan anggota sokongan terutama bagi anggota yang sudah lama berkhidmat. Masakan tidak, seolah-olah tiada jasa walaupun sudah berpuluh tahun berkhidmat tetapi masih di takuk lama. Tiada pengiktirafan terhadap berpengalaman. Tidak seperti di sektor swasta. Kita tidak pernah belajar daripada swasta walaupun sudah ramai pegawai tinggi yang terdedah dengan cara kerja swasta. Tidak usahlah kita hendak berkata yang tidak baik terhadap pegawai dan anggota kumpulan sokongan ini sekiranya mereka menjalankan kerja sampingan seperti berniaga dan sebagainya. Mereka terpaksa melakukannya demi untuk meneruskan kehidupan. Penambahbaikan di dalam perkhidmatan awam memang berlaku tetapi tidak menyeluruh. Hanya segelintir saja yang terbabit seperti perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah, tukang masak, jurumudi, kelasi dan juru enjin. Sedangkan ada beratus perjawatan dan berpuluh skim perkhidmatan lagi. Di manakah keadilannya? Apakah pegawai dan anggota lain tidak memberi sumbangan untuk negara? Sehingga kini, ramai anggota kumpulan sokongan yang pencen dengan ‘prebet’ saja. Sebelum ini ramai yang menikmati pencen di bawah paras kemiskinan (di bawah RM720 sebulan ) terutama bekas anggota kumpulan D.
Setelah penyelarasan pencen dibuat dua tahun lalu, dapatlah mereka itu melepasi paras kemiskinan. Bekas anggota kumpulan sokongan lain iaitu B dan C pun kebanyakannya sekadar cukup makan. Hakikat dan kenyataannya memang begitu. Tiada yang senang dengan hasil pencen. Sehubungan itu, saya berharap pengwujudan pihak berkuasa, sama ada peringkat menteri atau badan bebas tertentu yang mampu mengkaji, menyelidik, mengatur, menyelaras dan menyusun semula perjawatan awam terutama di jabatan kerajaan yang tertinggal secara lebih baik, menyeluruh dan berdaya maju. JPA dan ketua jabatan seolah-olah saling mengharap antara satu sama lain dan setelah sekian lama, masih ramai pegawai dan anggota sokongan yang ketinggalan. RUSDEE, Besut, Terengganu.

11 Julai 2010

AHMAD SAID BERI AMARAN PENJAWAT AWAM SALAH GUNA KUASA

Bernama
11/7/2010




KEMAMAN, 11 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Ahmad Said memberi amaran kepada penjawat awam di Terengganu supaya tidak menyalah guna kuasa, jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Beliau berkata beliau menerima aduan dan laporan bahawa terdapat perbuatan salah guna kuasa dalam beberapa jabatan kerajaan negeri.

"Saya beri amaran, jika berterusan perkara ini berlaku, saya sendiri akan turun bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membuat pemeriksaan mengejut," katanya ketika ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam bagi Daerah Kemaman pada Ahad.

"Kita memikul amanah, jadi kita perlu berhati-hati dalam apa jua tindakan kita, jangan sampai kita diheret ke penjara kerana gagal melaksanakan amanah.

"Saya juga mahu semua urusan rakyat disegerakan dan jangan dilengahkan. Malah kita harus beri perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Mengulas lanjut kepada pemberita kemudiannya, Ahmad berkata beliau telah memaklumkan mengenai aduan salah guna kuasa tersebut kepada ketua jabatan berkenaan.

Beliau turut meminta penjawat awam tidak mensabotaj kerajaan dengan menyebarkan dakyah yang tidak betul mengenai dasar-dasar kerajaan.

-- BERNAMA

10 Julai 2010

The Borneo Post
July 7, 2010, Wednesday



KOTA KINABALU: The government has been urged to approve the proposal to extend the maternity leave for women civil servants from 60 days to 90 days immediately.

SAFETY EQUIPMENT: Omar (left) escorted by Maiman (second left), Laurence (second right) and Dr Safree (right) check out the exhibition booth.

SAFETY EQUIPMENT: Omar (left) escorted by Maiman (second left), Laurence (second right) and Dr Safree (right) check out the exhibition booth.

Malaysia’s Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Omar Osman said they had proposed to the government this issue in 2007 but due to certain reasons, the decision was postponed.

“The government is waiting for the right time to make a decision on the proposal.

“In 2009, the government had allowed women employees to take advance leave of 14 days but Cuepacs did not agree with this as the 14 days were included in the 60 days’ maternity leave,” he said in his talk in conjunction with the Occupational Safety and Health Week for the public sector in a Putatan clinic, here yesterday.

Omar said the new regulation would enable women employees to have more time to care for their babies and families during their confinement period.

“The proposal has been brought forward to the Women, Family and Community Development minister Datuk Seri Sharizat Jalil and by the end of this year, the ministry would decide on this matter,” he said.

Asked if they had received any request from male employees to seek extra leave to accompany their wife in hospital, he said they had received such request but at the moment, they want to focus on giving 90 days maternity leave to women employees.

“For male employees, we would consider to increase the leave up to 10 days to accompany their wife during the confinement period,” he added.

On other issue, Cuepacs had proposed to reduce the loan interest for housing loan for civil servants from four per cent to less than two per cent.

“It is because housing cost is very high and this is to enable civil servant employees to have their own houses. We have discussed this issue with the National General Secretary (KSN) recently and would bring this matter up to the Public Services Department (PSD) for further action,” he said.

He said apart from the proposal, they were also seeking for an incentive to be given to employees who worked night shifts.

“It is an effort to motivate them to work harder. With the incentives, employees would not do part time jobs and would also prevent them from take extra leave. It would also prevent employees from corruption,” he said.

Also present were Sabah Medical Services Union (SMSU) president Maiman Muntial, SMSU general secretary Laurence Vun and Penampang health officer Dr Mohd Safree Jeffree.

SPRM TAHAN 194 PEMBERI BERI RASUAH

Berita Harian
10/7/2010





KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 194 orang yang didapati menawarkan rasuah kepada penjawat awam sejak Januari hingga bulan lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata mereka yang memberi rasuah kini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, sama seperti penerima rasuah. Beliau berkata, orang awam yang ditahan kerana kesalahan rasuah juga membabitkan rakyat asing, antaranya dari Bangladesh, Singapura, Vietnam, Sepanyol dan Argentina. "Antara kesalahan mereka kerana cuba memberi rasuah kerana ketiadaan dokumen perjalanan diri dan ada yang ditahan kerana memberi rasuah kepada anggota polis trafik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan "Bulan Julai sebagai Integriti Amanahraya" di Wisma Amanahraya di sini hari ini.

Katanya, dalam tempoh sama, seramai 140 penjawat awam turut ditahan kerana kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

"Statistik bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini menunjukkan agensi penguatkuasa di negeri ini masih terdedah kepada jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

"Bagaimanapun kini orang awam yang ditahan lebih ramai dari penjawat awam, ini mungkin kerana peningkatan integriti dan kesedaran menjauhi rasuah di kalangan penjawat awam," katanya.
Mengenai aktiviti mencegah rasuah di kalangan pekerja di sesebuah organisasi termasuk sektor awam dan swasta diteruskan, SPRM akan menganjurkan kursus "Sijil Pegawai Integriti" (CIO) yang akan dimulakan pada bulan ini.

Beliau berkata, kursus pertama itu bakal memberi pengetahuan menyeluruh dan teknik terkini mengenai fahaman integriti dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.

Katanya, kursus bagi kumpulan pertama itu akan dijalankan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca) selama seminggu pada setiap bulan selama enam bulan.

"Sebelum ini kita meletakkan pegawai kita sebagai CIO di Amanahraya Berhad dan kita dapati langkah itu efektif dalam membudayakan integriti dan meningkatkan sistem perkhidmatan organisasi.

"Justeru kita mengaplikasi langkah itu dengan mengambil dan memilih pegawai-pegawai dari beberapa organisasi termasuk sektor awam dan swasta untuk menjalani kursus tersebut supaya dapat menjadi CIO di organisasi sendiri," katanya.

Beliau berkata, pada pengambilan pertama ini tiada sebarang yuran dikenakan dan kini SPRM sedang meneliti permohonan untuk memilih hanya 30 pegawai dari pelbagai sektor.

09 Julai 2010

KEWAJARAN BERI STATUS PR PELAJAR ASING

Utusan Malaysia
2010/07/08




Kerajaan kena bijak buat keputusan sedia pakar majukan negara tanpa jejas peluang rakyatPENGUMUMAN Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa kerajaan mengkaji cadangan untuk menawarkan pemberian status penduduk tetap (PR) kepada pelajar luar negara cemerlang yang mendapat biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencetuskan pelbagai reaksi pelbagai pihak.Hampir semua pihak yang memberikan maklum balas tidak begitu bersetuju dan senang hati dengan cadangan berkenaan. Alasan yang dikemukakan memang ada kebenarannya dan logik serta rasional untuk dipertimbangkan. Antaranya maklum balas daripada Presiden Cuepacs yang berkata, pihaknya kurang senang dengan tawaran status PR kerana ia membabitkan isu kerakyatan dan tahap kesetiaan warga asing terhadap raja dan negara yang boleh dipersoalkan.
Soal pemberian kerakyatan memang perkara serius dan tidak boleh diambil mudah atau sewenang-wenangnya dianugerahkan kepada pihak yang belum tentu kesetiaannya kepada negara. Namun, cadangan pemberian PR kepada pelajar antarabangsa ini perlu dilihat dari perspektif berbeza dan lebih menyeluruh. KPT bercadang memberi PR kepada sebahagian pelajar tajaan mereka yang cemerlang sebagai daya tarikan untuk kekal berkhidmat dalam negara selepas menamatkan pengajian sarjana dan doktor falsafah (PhD).
Melalui pendekatan ini, KPT percaya kepakaran pelajar itu dapat digembleng dan diterjemahkan untuk pembangunan negara dalam pelbagai bidang sama ada di sektor awam mahupun swasta. Kita perlu melihat cadangan ini dari konteks lebih positif dengan minda lebih terbuka. Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 yang hanya berbaki 10 tahun lagi, kita perlu tenaga mahir yang berkemahiran tinggi dan profesional dalam segenap bidang.Dalam hal ini, kita perlu terima hakikat tidak boleh hanya bergantung kepada tenaga mahir rakyat tempatan semata-mata. Untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi juga kita perlukan modal insan luar biasa kemampuannya yang boleh berfikir di luar kotak dan menterjemahkan segala transformasi yang dirangka kerajaan.Dalam keadaan ini, negara kita sebenarnya kekurangan tenaga pakar dan mahir pelbagai bidang kritikal yang memerlukan penerokaan ilmu baru melalui pembudayaan elemen inovatif dan kreatif. Seperti kata Khaled, pelajar ini akan ditawarkan menjadi penyelidik dalam usaha mengekalkan mereka yang kebanyakannya sedang melakukan penyelidikan dalam bidang masing-masing. Katanya, usaha ini bertepatan pada era global yang mementingkan ilmu dan pemikiran sebagai penyumbang pembangunan ekonomi negara kerana semua orang boleh bekerja di mana-mana sekarang. Ini jelas menunjukkan KPT berada di landasan betul dan ia langkah progresif dan maju dalam menyediakan sumber modal insan diperlukan negara.Apakah kita lupa dengan pendedahan tidak lama dulu mengenai penghijrahan graduan perubatan ke luar negara jiran, Singapura. Malah masih ramai rakyat kita yang boleh dikategorikan sebagai profesional dan mahir berkhidmat di pelosok dunia dan belum terbuka pintu hati untuk kembali menyumbang bakti fi tanah air. Ramai juga yang menjadi penduduk tetap negara terbabit.Senario ini jelas menunjukkan budaya bekerja di mana-mana adalah suatu yang normal dan untuk itu tawaran disediakan negara yang berhasrat mendapatkan perkhidmatan tenaga profesional selalunya cukup menarik dan lumayan. Olej itu, cadangan pemberian PR oleh KPT ini bukan perkara yang mengejutkan atau luar biasa. Pada masa sama kita mengharapkan pihak berkenaan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menguruskan pemberian PR dan KPT yang akan mengemukakan cadangan nama pelajar yang layak dan untuk dipertimbangkan perlu duduk semeja untuk berbincang dan meneliti cadangan ini, di samping kaedah pelaksanaannya kelak. Hal ini penting kerana sudah pastinya kita tidak mahu tersalah pilih calon untuk dianugerahkan PR kerana implikasinya cukup besar malah turut membabitkan aspek keselamatan dan kedaulatan negara.Segala maklum balas daripada khalayak juga perlu diambil kira supaya kita dapat merumuskan satu keputusan yang menang-menang kepada kedua-dua pihak iaitu pelajar luar dan negara kita.Jika benar cadangan ini diluluskan kerajaan, kita percaya KDN membuat tapisan sewajarnya terhadap calon pelajar, apatah lagi dalam keadaan sekarang yang menunjukkan ramai warga asing terbabit jenayah di negara kita. namun, ini adalah cadangan cukup berani dan boleh ditafsirkan sebagai langkah bijak daripada KPT. Penulis ialah Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Kesihatan Universiti, UPM, Serdang

07 Julai 2010

90-DAY MATERNITY LEAVE EXPECTED SOON: CUEPACS

Daily Express
7/7/2010



Kota Kinabalu: Expectant women working in the country's public sector can expect longer maternity leave of up to 90 days by next year.

Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Servants (Cuepacs) President, Omar Osman, said they are working with Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Jalil to bring this to fruition soon.

"Cuepacs has included this proposal of extending maternity leave from 60 days to 90 days plus paid leave in our memorandum to the Government in 2007.

"We were working together with Shahrizat at that time but later we found out that implementation was postponed as it was seen to be not suitable to be enforced yet.

"But when we raised the proposal in a meeting with the Government last year, pregnant women working in the public sector were allowed to take 14 days' advance leave ahead of giving birth," he said.

However, Osman said Cuepacs did not agree with such advance leave of 14 days as it would be deducted from their 60-day maternity leave and they would be left with 44 days to recuperate.

He said this to reporters after delivering a talk on the welfare of civil servants at the Luyang Health Clinic here, Tuesday.

The talk was part of activities being held in conjunction with Occupational Safety and Health Week from July 5 to 9, organised by the Sabah Medical Services Union (SMSU), to enhance awareness among medical government staff on their rights to safety and welfare.

Also present were Penampang Health Officer Dr Mohammad Saffree bin Jeffree and SMSU President Maiman Muntial.

Osman said Cuepacs is thus still pushing for 90-day maternity leave plus paid leave from the Government.

Towards this end, he said Cuepacs totally supports Sharizat's effort to address the implementation of the proposal before the end of this year.

As for paternity leave, Osman said Cuepacs received feedback that husbands are asking for extended leave to care for their wives, from seven days to 10 days.

However, he said, Cuepacs needs to give focus to realising the proposed 90-day maternity leave before attending to the husbands' demand for more leave as well.

On another proposal, Osman said the Public Service Department (JPA) is currently studying Cuepacs' proposal for a review of the interest on home financing.

"We are asking the Government to consider reviewing the interest from the present four per cent to one per cent because of the high cost of purchasing homes these days and to lessen the financial burden of the civil servants.

We submitted the proposal to JPA on April 5 this year and the department is studying it."

As for the Cost of Living Allowance (Cola), he said the union has asked for this to be streamlined but that they are applying for the regional allowance for Sabah and Sarawak to be raised from five per cent to between 10 and 12 per cent.

He said Cuepacs also wants civil servants in Sabah and Sarawak to be given the opportunity to travel for free to the peninsula either once every two years or once every three years.

"We have also submitted a proposal to the Government through JPA to consider providing incentives to civil servants working on shifts.

"We are applying for a special incentive like cash to be awarded to these government servants as a motivation which could raise their income and prevent them from accepting bribes or being lazy to go to work," Osman said.

RAMAI BANTAH TAWAR PR PELAJAR ASING CEMERLANG

Berita Harian
2010/07/07




KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak mempertikaikan cadangan pemberian status penduduk tetap (PR) kepada pelajar asing cemerlang yang mendapat biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana menganggap ia anugerah yang terlalu tinggi untuk bukan warga negara. Sebaliknya, mereka mencadangkan kerajaan menimbang insentif lain bagi menarik minat rakyat asing yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk bekerja di negara ini, sekali gus memberikan sumbangan kepada pembangunan Malaysia.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya kurang senang dengan tawaran status PR kerana ia membabitkan isu kerakyatan dan tahap kesetiaan warga asing terhadap raja dan negara yang boleh dipersoalkan.

Ia adalah penghargaan terlampau tinggi dan tidak sepatutnya status PR sewenang-wenangnya diberikan kepada rakyat asing, Ia adalah suasana tidak sihat, katanya. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kelmarin berkata, langkah itu antara usaha menarik bakat dan tenaga kerja berkemahiran tinggi dari luar negara menyumbang kepada pembangunan Malaysia. Insentif termasuk PR itu dijangka diberi kepada pelajar tajaan kementerian dan sedang melanjutkan pengajian dalam peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD). Sementara itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mempertikaikan tawaran status PR walaupun menyambut baik usaha kerajaan memberikan insentif kepada pelajar asing yang cemerlang. Presidennya, Mohd Hamzah Zainul Abidin, berkata kerajaan boleh melanjutkan visa pelajar asing cemerlang selain insentif lain yang tidak berkaitan dengan isu kerakyatan. Bagusnya cadangan ini ialah apabila negara mempunyai tenaga pakar berkemahiran untuk program pembangunan dan secara tidak langsung pelajar tempatan berusaha meningkatkan daya saing dengan pelajar asing. Pelajar tempatan juga tidak seharusnya terlalu jumud untuk menganggap peluang mereka dalam pasaran pekerjaan terjejas dengan kehadiran pelajar asing, katanya. Presiden MPP Universiti Malaya (UM), Khairul Anuar Abu Kasim, berkata status PR tidak harus dijadikan sandaran untuk menarik minat tenaga kerja asing ke negara ini sedangkan pada masa sama, ramai sudah memohon sejak berpuluh tahun lalu tetapi permohonan mereka tidak dilayan. Beliau berkata, kerajaan mungkin boleh memikirkan imbuhan setanding dengan yang ditawarkan negara lain bagi menarik pelajar asing datang ke negara ini. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud, turut meminta kajian lebih teliti bagi memastikan cadangan itu tidak menjadi kes rujukan yang memberi kesan negatif pada jangka panjang

06 Julai 2010

IKTIRAF INDIVIDU AWAM, SWASTA BERPRETASI TINGGI - PM

Utusan Malaysia
6/7/2010



PUTRAJAYA 5 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu seluruh ekosistem sektor awam dan swasta memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada mereka yang mampu menampilkan prestasi tinggi bagi memastikan negara mencapai matlamat induk menjadi negara maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, pengiktirafan juga perlu diberikan kepada tenaga-tenaga muda berbakat, kreatif dan inovatif bagi melonjakkan tahap ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.

''Inisiatif yang kita perkenalkan satu persatu ke arah memupuk nilai tambah itu, sebagai contoh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kita hendak tukarkan kepada biasiswa kepada mereka yang mendapat ijazah kelas pertama dan biasiswa nasional kepada 30 pelajar setiap tahun.

''Begitu juga dengan Hari Inovasi, kita beri RM1 juta kepada agensi kerajaan juga satu pengiktirafan kepada prestasi tinggi dan kita kaitkan dengan nilai kreativiti dan inovatif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri antaranya Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Perdana Menteri menegaskan, sistem dalam agensi kerajaan perlu mengenal pasti syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi untuk diberikan bantuan termasuk firma yang berinovasi.

''Dalam pameran Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMEDEC), saya dapat lihat syarikat yang berjaya itu ialah mereka yang memang telah membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam negara oleh anak-anak tempatan tetapi sistem kita kadang-kala tidak iktiraf dan memberi peluang kepada syarikat sebegini," katanya.

Dalam hal ini, Najib yang juga Menteri Kewangan memberi teguran tentang nasib syarikat tempatan yang sering kali diketepikan akibat spesifikasi tender kerajaan yang lebih menguntungkan firma antarabangsa.

Beliau menjelaskan keadaan itu berlaku kerana spesifikasi tender yang diguna pakai disediakan oleh perunding antarabangsa yang sudah tentu akan lebih bermirip kepada syarikat asing.

''Ada syarikat tempatan yang telah membangunkan satu produk yang telah ditempah oleh negara luar tetapi bila hendak masuk dalam tender sebuah agensi, dia telah diketepikan kerana dikatakan tidak mengikut spesifikasi yang disediakan oleh syarikat perunding.

''Bukan kata syarikat antarabangsa tidak baik tetapi syarikat tempatan yang berpotensi sudah awal-awal ditolak, belum masuk pertandingan sudah disingkirkan kerana spesifikasi disediakan perunding antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri mengingatkan penjawat awam agar membuat pemantauan rapi terhadap sasaran negara untuk terus mencapai pertumbuhan sebanyak enam peratus sepanjang 10 tahun akan datang.

Katanya, mereka perlu membuat analisis bagaimana sasaran itu boleh dicapai bagi memastikan ekonomi negara berada pada landasannya untuk mencapai status negara maju dengan pendapatan negara perlu mencecah AS$504 bilion (RM1,814.4 bilion) pada 2020.

''Suatu perangkaan berhubung pencapaian ekonomi sebanyak enam peratus bahawa pelaburan swasta dan kerajaan mesti mencatat tahap RM115 bilion setiap tahun, ini bererti kita sebagai perancang dan pelaksana mesti membantu sebagai pemangkin untuk memastikan sasaran itu tercapai.

''Kita mesti tentukan sumbangan sektor-sektor dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) boleh dicapai oleh negara, jadi kalau kita ingat tentang perangkaan induk ini sepanjang masa, saya percaya kita boleh tingkatkan peranan kita sebagai perancang dan pelaksana, macam mana sekali pun kita mesti menjadikan ini berlaku," katanya.

SEMUA JABATAN KERAJAAN SEDIA KHIDMAT ONLINE AKHIR TAHUN: KSN

Bernama
6/7/2010




PUTRAJAYA: Kerajaan mensasarkan menjelang akhir tahun ini bagi semua jabatan kerajaan menggunakan perkhidmatan secara dalam talian (online) bagi perkhidmatan yang bersesuaian, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata, setakat ini 50 peratus sahaja jabatan kerajaan yang memperkenalkan perkhidmatan secara online dan yakin sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai."Satu lagi cabaran yang perlu dihadapi jabatan kerajaan ialah bagaimana untuk meningkatkan keyakinan masyarakat bagi menggunakan perkhidmatan dalam talian," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mohd Sidek berkata, masih ramai anggota masyarakat cenderung untuk menggunakan proses manual berbanding perkhidmatan online meskipun sistem itu dapat menjimatkan tenaga dan masa.

"Misalnya perkhidmatan yang disediakan Jabatan Tanah dan Galian untuk membayar cukai tanah terlalu sedikit yang menggunakan perkhidmatan dalam talian kerana lebih rasa yakin untuk menggunakan cara manual," katanya.

Terdahulu Mohd Sidek menjalankan proses bancian di kediamannya secara online dan merasakan proses itu lebih mudah berbanding secara manual sebelum ini, kerana ia boleh dibuat walau di mana seseorang itu berada dengan syarat perlu mempunyai kod akses.

Banci Penduduk dan Perumahan 2010 bermula hari ini hingga 22 Ogos ini.
Ia adalah satu usaha kerajaan untuk mengetahui bilangan penduduk Malaysia ketika ini dan jangkaan akan datang untuk tujuan perancangan kemudahan bagi rakyat.

Proses bancian penduduk kali ini menggunakan tiga kaedah iaitu temu ramah secara bersemuka, drop off and pick up dan secara online dikenali e-Census di laman web www.statistics.gov.my.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof, berkata keputusan awal bancian daripada aspek gender dijangka dapat diperoleh pada November ini manakala keputusan lengkap termasuk umur dan pendapatan hanya boleh diperoleh dalam tempoh dua hingga tiga tahun. - BERNAMA

PENGGUNA MESTI PROAKTIF PERTAHAN HAK

Berita Harian
2010/07/05



Rakyat perlu anjakan minda ubah tingkah laku kepenggunaan, bijak pengaruhi harga


PADA 2008, pengguna Malaysia mengalami krisis kenaikan harga makanan dan minyak secara mendadak. Ia membawa kesan negatif kepada rakyat khususnya yang miskin dan terpinggir. Krisis kenaikan harga makanan dan petroleum ketika itu bukan saja memberi impak kepada pengguna di Malaysia, pengguna seluruh dunia sebagai fenomena global. Walaupun kenaikan harga fenomena global, di Malaysia wujud masalah serius iaitu persepsi rakyat.
Apabila harga makanan dan minyak naik, ramai pengguna marah terhadap kerajaan dan pengeluar minyak. Mereka berpendapat, menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan mengekalkan harga pada paras rendah tidak kira apapun yang berlaku di pasaran dunia. Persepsi seperti ini tidak tepat dan tidak realistik.
Pasaran Malaysia agak terbuka. Oleh itu, sebarang perubahan harga di dunia ada kesan secara langsung atau tidak langsung kepada pengguna Malaysia. Tambahan pula, harga ditentukan penawaran dan permintaan. Dalam konteks dunia sekarang, yang menyaksikan penawaran semakin menurun lantaran sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui semakin berkurangan. Selain itu, perubahan iklim dan permintaan semakin naik kerana pengguna kelas pertengahan yang baru di China dan India juga mewujudkan tekanan kepada kenaikan harga barangan pada peringkat antarabangsa. Peranan kerajaan dalam penentuan harga agak terbatas. Kerajaan dapat menentukan harga barang tertentu melalui mekanisme kawalan harga iaitu melalui subsidi makanan dan minyak. Dalam pembentangan pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi, Datuk Seri Idris Jala, memberi gambaran bahawa pada tahap sekarang ini kerajaan secara purata mengeluarkan sehingga RM12,900 setahun bagi setiap isi rumah pada 2009 tidak kira sama ada miskin atau kaya. Seterusnya subsidi menggalakkan penyeludupan, sorok dan penggunaan berlebihan. Pemberian subsidi yang diamalkan kini secara jelas tidak mapan. Dalam konteks ini pengguna harus memahami perkara berikut.

Peranan pasaran dalam penentuan harga.

Keterbatasan kerajaan dalam penentuan harga.

Kesan subsidi kepada ekonomi negara bukan saja kepada rakyat pada masa kini tetapi juga kesan kepada generasi akan datang. Seterusnya, pengguna tidak harus berasakan mereka mangsa pasif kepada kesan ekonomi. Mereka sebenarnya mampu menjadi pengguna yang bijak dan proaktif.Namun, sudah tentu ini tidak akan berlaku secara automatik. Pengguna perlu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap. Dengan itu, mereka akan melakukan anjakan minda seterusnya mengubah tingkah laku penggunaan. Perubahan ini hanya berlaku melalui kesedaran, latihan dan pendidikan pengguna. Dalam konteks ini, FOMCA dengan kerjasama tiga organisasi peringkat kebangsaan iaitu Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) melancarkan Kempen Konsumer Kebangsaan pada 6 Mei 2008. Pada 1 Januari 2009, Petronas turut menjadi rakan kongsi kelima. Tema kempen iaitu Perubahan Bermula Dengan Saya mencerminkan asas kempen iaitu pengguna harus lebih bertanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan. Mereka tidak harus mengharapkan semata-mata kepada kerajaan untuk menjaga kepentingan itu. Mereka harus memperoleh ilmu untuk menjamin kepentingan diri. Kempen 3K dikendalikan melalui tiga kaedah. Pertama, melalui media massa. Dua rancangan radio diadakan untuk memberi panduan kepada pengguna mengenai kaedah menguruskan kewangan serta mengurangkan perbelanjaan. Seterusnya satu laman sesawang 3K juga diwujudkan. Kedua, sempena kempen 3K, FOMCA mengendalikan beberapa kempen kebangsaan untuk menyedarkan pengguna mengenai beberapa aspek kepenggunaan iaitu:

Minggu Tidak Menonton Televisyen.
Hari Tidak Berbelanja.

Kempen Melindungi Anak Kita.

Kempen tanam Sendiri.
Kempen Gaya Hidup Sihat.

Kempen Wanita Sebagai Pengguna.Ketiga, FOMCA mengendalikan program latihan 3K pada peringkat akar umbi. Ia dianggap program paling penting dalam pelaksanaan kempen 3K. Program itu dikendalikan secara bersemuka dengan pengguna khususnya yang miskin di bandar, pinggiran bandar dan luar bandar. Program latihan itu merangkumi topik seperti hak dan tanggungjawab pengguna, penggunaan berhemat, pengurusan kewangan dan cara berkesan membuat aduan. Selain itu, 25 risalah diterbitkan merangkumi topik seperti penggunaan berhemat, pengurusan kewangan, berkebun di rumah, gaya hidup sihat, jimat penggunaan elektrik, lindungi alam sekitar, jimat penggunaan air dan cara mudah menjimatkan petrol. Objektif utama kempen 3K adalah perubahan corak penggunaan pengguna. Adakah program dan aktiviti kempen 3K yang dijalankan pada 2009 mencapai objektif? Berdasarkan soal selidik dikendalikan, didapati ada perbezaan signifikan antara pengguna yang menghadiri program 3K dengan mereka yang tidak hadir, berkaitan kepelbagaian niat untuk mengubah tingkah laku. Seramai 30 peserta program latihan 3K dipilih secara rawak selepas sebulan menghadiri program ini. Mereka diminta memberi maklum balas mengenai perbezaan pada diri sebelum dan selepas menghadiri program latihan 3K. Antara jawapan diterima termasuk mengurangkan penggunaan elektrik, merancang kewangan, menyenaraikan barangan sebelum keluar membeli-belah, menanam sayuran di halaman rumah dan mengetepikan wang untuk simpanan sebelum membelanjakan pendapatan. Maka jelas, kempen ini memberi kesan kepada pengguna dan mempengaruhi mereka untuk menjadi pengguna yang bijak dan proaktif. Penulis ialah Penyelaras Nasional 3K dan Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA