SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

31 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PENJAWAT AWAM KUARTES JPM JALAN COCHRANE BERSAMA PRESIDEN CUEPACS

Media Cuepacs
31/8/2010



KUALA LUMPUR: Perjumpaan Presiden Cuepacs Tuan Haji Omar Osman dengan Penjawat Awam Kuartes JPM dan AJK Penduduk Jalan Cochrane telah diadakan dengan jamuan berbuka puasa serta solat tarawih. Perjumpaan dan dialog ini adalah rintihan masalah semua penjawat awam dikawasan tersebut dikehendaki berpindah sebelum 15 Disember 2010.

Arahan perpindahan ini datang dari Jabatan Perumahan Negara (JPN). Jawatankuasa bertindak telah diketuai oleh Sdr. Bustaman dan beberapa jawatankuasa bertindak. Presiden Cuepacs kecewa kerana tindakan JPN memberi notis terlalu singkat dan tanpa ada apa-apa pampasan. Suatu memorandun akan dihantar kepada Perdana Menteri untuk meminta menangguhkan perpindahan ini. Presiden meminta jika ada yang mengarah dan menyuruh pindah, maklum bahawa kami telah menyerahkan perkara tersebut kepada Cuepacs untuk tindaka selanjutnya kata Tuan Haji Omar Osman.


Presiden Cuepacs tidak menghalang kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut tapi biar lah dilakukan secara bijak sana. kebajikan penjawat awam jalan cochrane hendaklah dijaga katanya. Seramai 150 orang yang hadir mendengar taklimat dan dialog. Turut hadir Puan Lok Yik Pheng (Setiausaha Agung NUTP merangkap Timbalan Setiausaha Agung I Cuepacs), Sdr Jaafar Mansor (Bendahari Kesatuan Pegawai Kastam merangkap Timbalan Setiausaha Kewangan Cuepacs), Sdr. Hamzah Masri (Presiden Kesatuan JPJ merangkap Penolong Gred Pentadbiran dan Sosial Cuepacs), Sdr. Abdul Rahman Mohd Nordin (Naib Presiden KESUKMA UKM, merangkap pegawai media Cuepacs ) dan Sdr. Mahamad Baharom Naib Presiden PACSU.
_________________________________________________________________

PENJAWAT AWAM NEGERI SEMBILAN TURUT DAPAT BANTUAN KHAS KEWANGAN RM500

Bernama
31/8/2010




SEREMBAN, 31 Ogos (Bernama) -- Lebih 6,000 penjawat awam kerajaan negeri Negeri
Sembilan juga akan menikmati bantuan khas kewangan sebanyak RM500 seorang, kata
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata bantuan itu akan diberi untuk semua penjawat awam kerajaan negeri
dan agensinya termasuk mereka yang berkhidmat secara kontrak.

"Perkara ini akan kita bawa pada mesyuarat exco esok untuk diputuskan dan
diluluskan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan kemerdekaan ke-53
peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada hari
Selasa.

Pada 25 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu
kenyataan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan itu untuk penjawat awam
Gred 1 hingga 54 dan pesara.

PEGAWAI BERSEKONGKOL PENGKHIANAT

Berita Harian
Oleh Rohaniza Idris dan Nor Fazlina Abdul Rahim
bminggu@bharian.com.my
2010/08/29



KDN janji tindakan tegas pihak seleweng, salah guna kuasa di sempadan negara


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang dikesan menyeleweng atau menyalahgunakan kuasa di tempat keluar masuk negara ini. eri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sudah mengarahkan semua pintu keluar masuk negara dipantau pa-sukan khas dari agensi tertentu di bawah kementeriannya sejak tahun lalu lagi.
Katanya, kegiatan jenayah merentasi sempadan seperti keganasan, dadah, pemerdagangan manusia dan pengubahan wang haram yang sangat membimbangkan.“Jenayah berkenaan bukan hanya membimbangkan kita, malah negara lain di dunia tanpa sempadan ini,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.Sementara itu, Presiden CUEPACS, Omar Osman, menyifatkan pegawai dan anggota pihak berkuasa yang bersekongkol dengan sindiket membawa keluar masuk pendatang tanpa izin dari Indonesia melalui Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang sebagai pengkhianat negara.“Jika apa yang dilaporkan betul, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa. Apa tidaknya, ketika kerajaan mencari penyelesaian untuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin, ada kakitangan awam membantu pula pendatang asing memboloskan diri,” katanya. Beliau mengulas laporan Berita Harian mengenai sesetengah anggota penguatkuasa dari J
abatan Imigresen, Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin dipercayai dibayar kira-kira RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram terbabit, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada dokumen.Habuan diterima anggota penguatkuasa itu dibiayai sekurang-kurangnya empat sindiket yang dianggotai kira-kira 80 ejen warga Indonesia yang dikatakan beroperasi di jeti itu, selain berpuluh ribu pendatang tanpa izin yang menggunakan khidmat chalo setiap hari.Omar berkata, empat agensi berkenaan perlu segera mengadakan pertemuan bagi mencari pendekatan terbaik untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat dan mengelakkan Jeti Pulau Ketam daripada terus mudah dibolosi pendatang tanpa izin Indonesia.

29 Ogos 2010

KAKITANGAN AWAM KEDAH, PERLIS JUGA DAPAT RM500

Malaysiakini
Ogos 28, 10 1:14pm



Kerajaan negeri Kedah hari ini turut mengumumkan pemberian bayaran khas RM500 kepada kakitangan awam negeri itu sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bayaran RM500 setiap orang itu diberikan kepada semua kakitangan sehingga kumpulan Gred 54 dan membabitkan dana sebanyak RM3 juta.

Beliau yang dpetik HarakahDaily berkata semua kakitangan kerajaan negeri akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh seminggu sebelum hari raya.

"Dengan sumbangan ini, ia dapat menampung keperluan keluarga dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Walaupun sumber kewangan kerajaan negeri adalah terhad, berkat daripada tindakan kerajaan negeri melaksanakan penjimatan dalam pentadbiran, maka hasil tersebut dapat dikongsi bersama sebagai satu penghargaan kepada semua kakitangan," katanya.

Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata, apa yang diberikan oleh kerajaan negeri kali ini adalah kadar yang termampu.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian wang khas sebanyak RM400 sempena Aidilfitri kepada 3,577 kakitangan awamnya.

Ini disusuli oleh kerajaan pusat yang mengumumkan pemberian RM500 manakala Selangor, Pahang, Terengganu dan Melaka juga tidak ketinggalan dalam pemberian wang itu menjelang Aidilfitri.

200 di Perlis juga dapat RM500

Sementara itu, Kangar, Bernama melaporkan lebih 200 warga kerajaan negeri Perlis akan menikmati bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebelum 1 Syawal ini, kata
Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu.

Beliau berkata bantuan itu akan diberi kepada semua penjawat awam negeri dari semua peringkat termasuk mereka yang berkhidmat secara kontrak.

"Kita harap pembayaran ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung semua penjawat dalam menjalankan persiapan menjelang Aidilfitri," katanya.

Md Isa juga berharap warga kerajaan negeri akan memanfaatkan sepenuhnya bantuan tersebut untuk persediaan sambutan Aidilfitri dan bukan untuk pembaziran.

PENJAWAT AWAM SELANGOR TURUT TERIMA DUIT RAYA RM500

Bernama
29/8/2010



SHAH ALAM, 26 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Selangor pada Khamis mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Hari Raya RM500 kepada 9,089 penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan pada Khamis berkata pembayaran bonus hari raya itu melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM4.5 juta dan akan dibayar sebelum 1 Syawal.

"Bayaran bonus itu diberi kepada semua petugas kerajaan negeri kecuali dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) ke atas," katanya.

Khalid juga berkata kerajaan negeri memperuntukkan bayaran khas RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (KAFA) yang akan melibatkan pembayaran berjumlah RM1.3 juta.

Pada Rabu kerajaan pusat mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam dalam Gred 1 hingga 54 dan 590,000 pesara kerajaan yang akan dibuat sebelum 1 Syawal, dan ia diikuti dengan pengumumaan oleh kerajaan negeri Melaka dan Perak, mengenai pemberian bantuan RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

-- BERNAMA

28 Ogos 2010

BONUS RM500 : KELANTAN BELUM BUAT KEPUTUSAN

Malaysiakini
Ogos 27, 10 4:21pm




Kongsi 5Kerajaan Negeri Kelantan belum membuat keputusan mengenai bayaran khas sebanyak RM500 untuk kakitangan awam kerajaan negeri sempena Aidilfitri ini sebagaimana dilaksanakan kerajaan pusat dan beberapa negeri lain.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perkara itu akan bergantung kepada kemampuan kerajaan negeri.

"Setakat ini kami belum berbincang di peringkat Exco perkara ini, tengoklah jika ada kemampuan kita akan beri,” katanya selepas mengadakan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu, hari ini.

Beberapa kerajaan negeri semalam mengikut langkah kerajaan pusat apabila turut mengumumkan bayaran khas RM500 kepada kakitangan awamnya sebagai bantuan Aidilfitri termasuk Melaka, Selangor, Kedah, Pahang dan Terengganu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembayaran khas RM500 kepada kakitangan awam di seluruh negara sempena Aidilfitri tahun ini.

Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan negeri Kelantan turut membayar bonus kepada kakitangan awamnya apabila kerajaan pusat berbuat demikian.

- Bernama

27 Ogos 2010

MINDA PENGARANG: PENJAWAT AWAM KENA KERJA KUAT BALAS KEPRIHATIN KERAJAAN

Berita Harian
27/8/2010




KEPUTUSAN kerajaan membayar RM500 sebagai 'duit raya' kepada lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara sebelum 1 Syawal, membuktikan kepemimpinan negara sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat. Langkah itu juga menunjukkan kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Bantuan Khas Kewangan ini yang akan dinikmati pekerja kumpulan sokongan dan pengurusan/profesional pastinya mampu meringankan sedikit beban kewangan mereka berikutan kenaikan harga barangan keperluan seperti gula, gas memasak dan minyak kesan penyelarasan subsidi baru-baru ini. Pengumuman bantuan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan, kelmarin membabitkan perbelanjaan berjumlah RM934.6 juta, iaitu masing-masing RM639.6 juta bagi kakitangan awam, manakala RM295 juta dibayar kepada pesara. Kita percaya, pengumuman ini tentunya disambut baik dan memberi sedikit kelegaan kepada kira-kira 1.83 juta penjawat awam dan pesara. Mereka boleh memanfaatkannya secara bijak dan berhemah untuk melengkapkan persiapan menyambut 1 Syawal, manakala kalangan peniaga turut dapat berkongsi nikmat secara tidak langsung apabila sebahagian daripada wang itu dibelanjakan untuk memenuhi keperluan masing-masing. Dalam apa juga keadaan, termasuk menceriakan suasana menjelang Aidilfitri, kerajaan sentiasa prihatin menjaga kebajikan kakitangan awam, terutama kumpulan sokongan bergaji rendah yang perlu membuat persiapan tambahan, termasuk membeli pakaian anak dan keluarga, membuat kuih-muih serta menyediakan perbelanjaan tambahan lain untuk balik ke kampung. Memperuntukkan RM295 juta kepada pesara juga membuktikan kerajaan tidak pernah lupa kebajikan mereka yang tiada sumber pendapatan kecuali pencen, selain menghargai khidmat dan sumbangan mereka sebelum ini. Pada masa sama, wang itu perlu dibelanjakan secara berhemah dan tidak dibazirkan dengan membeli barang tidak perlu.

Kemampuan memberi bantuan khas ini turut membuktikan kerajaan mempunyai kedudukan kewangan yang baik kerana disokong perkembangan ekonomi negara sehingga 9.5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini seperti diumumkan Bank Negara Malaysia, Rabu lalu. Peningkatan nilai ringgit ke paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat minggu lalu juga satu manifestasi yang menyokong kekukuhan kewangan negara. Justeru, keputusan membayar Bantuan Khas Kewangan itu turut terselit mesej menangkis tohmahan pembangkang sebelum ini mengenai kedudukan ekonomi negara, sekali gus menunjukkan kewibawaan kepemimpinan negara menguruskan kewangan ketika ini.

PERMOHONAN KAUM CINA SERTAI SEKTOR AWAM MENINGKAT 100 PERATUS

Bernama
27/8/2010




KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bilangan permohanan dan pelantikan kaum Cina dalam perkhidmatan awam pada tahun 2009 mencatatkan peningkatan 100 peratus berbanding 2007, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima 25,789 permohonan daripada kaum Cina pada tahun lepas berbanding 12,872 dua tahun sebelumnya manakala 2,600 dilantik sebagai penjawat awam pada 2009 berbanding 1,323 pada tahun 2007.

Beliau berkata data yang diperoleh setakat Jun tahun ini menunjukkan jumlah penjawat awam di Malaysia adalah sebanyak 1.29 juta orang yang merangkumi kaum Melayu 77 peratus, diikuti Bumiputera Sabah dan Sarawak (8.7 peratus), Cina (6 peratus), India (4 peratus) dan lain-lain (4.3 peratus).

Kerajaan berazam untuk menambah bilangan penjawat awam bukan Melayu dalam pentadbiran negara dan pelbagai langkah telah diambil sejak tiga tahun lepas bagi menarik minat golongan ini, katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan wakil dari Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) mengenai isu pengambilan kaum Cina sebagai penjawat awam.

Turut hadir pada sesi dialog tersebut ialah Presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah, Naib Presiden Lau Chee Boon dan Setiausaha SPA Datuk Lamien Sawiyo.

"Antara langkah yang telah diambil oleh pihak SPA termasuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang terdiri daripada timbalan pengerusi SPA dan anggota-anggota SPA bukan Melayu untuk menjalankan pelbagai usaha."

Koh berkata usaha itu dipergiatkan lagi setelah gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kerajaan Malaysia mementingkan kepelbagaian dalam menawarkan perkhidmatan kepada rakyat. Maka kami berharap semua kaum dapat mengambil wataknya dalam perkhidmatan awam untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam."

SPA dan Hua Zong akan mengadakan sesi permohonan sebagai penjawat awam pada 4 Sept di pejabat Hua Zong di sini bagi membolehkan orang awam terutamanya kaum Cina yang berminat untuk memasuki bidang perkhidmatan awam menghantar permohonan.



-- BERNAMA

26 Ogos 2010

CUEPACS BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN ATAS BANTUAN KHAS KEWANGAN

Sinar Harian
26/8/2010



KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Okt ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini, mengumumkan pemberian bantuan khas itu yang akan melibatkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan dan 590,000 pesara kerajaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata, pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan.

"Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya.


Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

BANTUAN RINGAN BEBAN KEWANGAN

Berita Harian
Oleh Alzahrin Alias
2010/08/26


KUALA LUMPUR: Kakitangan awam dan pesara menyifatkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sempena Aidilfitri ini sebagai tanda prihatin kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat bagi membuat persiapan hari lebaran.

Kakitangan kerajaan, Saifuddin Jaafar, 31, berkata pemberian bantuan kewangan itu amat berbaloi dan kena pada masanya ketika rakyat sedang berjimat cermat berikutan kenaikan harga beberapa barang keperluan ketika ini. Memang bagus...kami yang setiap hari bekerja mengharapkan supaya wang ihsan ini dapat mengurangkan beban kami menyambut hari lebaran dan sekali gus meringankan beban kewangan semasa.
Gembira sangat, walaupun hanya RM500 diberikan. Namun, harapan kami supaya jumlah wang ihsan ini ditambah lagi pada masa akan datang, katanya di sini, semalam.

G Gunasilan, 30, yang juga kakitangan kerajaan mengakui pemberian sebanyak RM500 itu melegakan ramai golongan terutama yang berpendapatan rendah, berikutan peningkatan kos untuk menyambut hari raya.

Bantuan kewangan ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Islam membuat persiapan membeli barangan keperluan menyambut raya. Walaupun saya bukan beragama Islam, atas dasar 1Malaysia saya tetap prihatin dengan keperluan
rakan yang lain, katanya.
Pesara kerajaan, Aswad Tasman, 66, berkata pemberian wang ihsan itu sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan dan membolehkannya menyambut hari lebaran dengan selesa.

Langkah ini untuk kebaikan semua dan dalam jangka panjang, yang mana pelbagai keperluan raya boleh dibeli dengan lebihan wang yang diberikan kerajaan ini, katanya

Suri rumah Rakizah Ahmad, 49, berkata pemberian bantuan kewangan itu sebagai tanda prihatin kerajaan melakukan pembaharuan dalam pelbagai segi untuk kesenangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Dengan suami saya seorang kakitangan kerajaan, pemberian wang ini sudah tentu juga memberi manfaat kepada seorang suri rumah seperti saya, katanya

PERAK JUGA UMUM DUIT RAYA RM500 UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI PERAK, PERSARA

Bernama
26/8/2010




IPOH, 25 Ogos (Bernama) -- Lebih 7,000 kakitangan awam dan pesara kerajaan negeri Perak akan turut menerima bayaran khas RM500 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk petugas awam pusat pada Rabu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata bayaran khas itu akan dibuat sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan dalam Gred 1 hingga 54 serta pesara kerajaan.

"Setidak-tidaknya bayaran khas ini akan meringankan beban kakitangan awam kerajaan negeri terutama bagi kakitangan sokongan. Kerajaan negeri juga sedia maklum Perdana Menteri juga mengumumkan perkara yang sama bagi kakitangan awam di peringkat Persekutuan, dan Perak turut mengikut langkah yang sama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bubur lambuk kepada semua kakitangan kerajaan di sini pada Rabu.

Terdahulu, Zambry yang mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, berkata kerajaan negeri akan meneliti semula keberkesanan sistem penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terutama kepada ibu tunggal dan golongan berusia 40 tahun ke bawah.

"Penelitian semula terhadap bilangan dan sistem bantuan yang kita ada ini adalah untuk memastikan bantuan yang diberikan benar-benar berkesan dalam mengatasi masalah kemiskinan," katanya.

Zambry berkata ada penerima bantuan ini boleh dianggap sebagai golongan yang berupaya dan berada dalam usia lingkungan 40-an kerana mereka mempunyai keupayaan untuk bekerja.

"Tetapi disebabkan faktor kemiskinan, mempunyai anggota keluarga yang ramai dan juga kekangan minda menyebabkan mereka tidak mahu keluar dari kepompong kemiskinan itu," katanya.

Zambry berkata golongan itu akan diberikan satu semangat baru melalui beberapa bentuk bantuan di bawah Skim Azam yang akan disediakan olah Yayasan Bina Upaya dengan kerjasama JKM dan kerajaan negeri.

Mereka akan diberikan latihan dalam bidang-bidang baru dan peluang untuk diusahakan supaya boleh berdikari, katanya.

-- BERNAMA

DUIT RAYA

Berita Harian
2010/08/26




PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 SyawalKUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal. Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan. Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya. Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan. Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu. Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya. Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara. Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

25 Ogos 2010

'DUIT RAYA' RM500 UNTUK KAKITANGAN AWAM, PESARA

Bernama
2010/08/25



KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

CUEPACS BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN ATAS BANTUAN KHAS KEWANGAN

Bernama
25/8/2010




KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan pada Rabu.Presiden Cuepacs Omar Osman berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan."Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di sini pada Rabu.Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Okt ini.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan pada Rabu mengumumkan pemberian bantuan khas itu yang akan melibatkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan dan 590,000 pesara kerajaan.Najib yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan."Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya.Raja Wan Mahmood berkata pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.-- BERNAMA

PSD: ISSU OVERTIME ORDER ONLY IF VERY NECESSARY

The Star
25/8/2010





PETALING JAYA: Government department heads have been warned not to issue overtime work orders unless it is absolutely necessary.
This, the Public Service Depart-ment said, would help ease the dissatisfaction among civil servants who were ordered to do overtime by department heads but were given leave in lieu of payment because of the lack of financial allocation.
“The order to work overtime cannot be issued arbitrarily.
“Department heads must ensure that the order is only issued when the job really needs to be carried out as per the guidelines.
“They must also ensure that their departments have the necessary allocation to pay for overtime work,” PSD said in its latest circular.
According to the circular, overtime could only be done when the situation required it, such as emergency work to restore disrupted services; urgent work that cannot be delayed until the next day as it would disrupt services; work needed to be done by an officer beyond his job scope; and work that needed to be completed in a short time-frame.
“All civil servants including department heads must optimise and manage their working time in the best way possible to ensure the said work is carried out well,” the circular stated.
Meanwhile, Cuepacs president Omar Osman welcomed the new directive, stating that it would help government departments manage overtime issues in a more systematic manner.
He said it was unfair to give civil servants replacement leave when they were entitled to overtime payment.
“Civil servants, especially support staff need the extra cash instead of the additional days off to help ease their economic burden.
“Some of them, such as drivers, have no choice but to work overtime,” he said yesterday.
He suggested that departments pay 70% cash and 30% replacement leave if they could not afford to pay 100% cash for overtime work

PEMUDA BN GESA KERAJAAN SEGERAKAN PENETAPAN GAJI MINIMUM

Bernama
25/8/2010



KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) pada hari Selasa menggesa kerajaan menyegerakan penetapan gaji minimum sebagai menyokong matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya perkara itu tidak dimuktamadkan dengan segera, maka agak sukar untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi yang adil, saksama serta tiada jurang pendapatan yang begitu ketara.

"Kita mendapati melalui kajian kita pada waktu ini, 34 peratus daripada 1.3 juta pekerja di Malaysia mendapat pendapatan kurang daripada RM700 sebulan, iaitu pendapatan yang lebih rendah daripada garis kemiskinan (RM720 sebulan).

"Berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat oleh Bank Dunia pula, Malaysia telah mencatat kenaikan gaji purata 2.6 peratus setiap tahun dalam tempoh masa 10 tahun yang lepas, berbanding dengan purata dunia iaitu 3.2 peratus.

"Kalau kita lihat dari segi gaji minimum juga, umum tahu bahawa 90 peratus daripada negara di dunia ini telahpun memperkenalkan beberapa bentuk gaji minimum," katanya kepada pemberita selepas bertemu pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi membincangkan isu berkenaan di sini.

Khairy berkata Pemuda BN dengan kerjasama MTUC dan Cuepacs, akan menganjurkan "Forum Gaji Minimum" dalam masa terdekat dan segala ketetapan serta resolusi yang dihasilkan akan diserahkan kepada kerajaan supaya isu tersebut dapat ditangani dengan kadar segera.

"Pada waktu ini, masih terdapat banyak kes yang mana soal gaji ini tidak mencerminkan gaji yang boleh menampung kos sara hidup biasa, maka kita percaya bahawa isu ini telah menjadi terlalu mendesak.

"Apabila gaji itu tidak meningkat mengikut peningkatan kos sara hidup ataupun inflasi, maka akhirnya rakyat Malaysia menjadi lebih miskin, bukannya lebih berpendapatan tinggi.

"Jadi, atas kesedaran itu, hari ini Pemuda BN mencadangkan kepada pihak MTUC dan Cuepacs agar kita menganjurkan satu forum gaji minimum yang kita harap akan dapat dihadiri Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Beliau juga berharap soal gaji minimum akan dapat diselesaikan sebelum dasar Model Baru Ekonomi diperkenalkan Oktober ini.

"Tiada gunanya mempunyai Model Baru Ekonomi bila satu aspek penting iaitu gaji minimum tidak ditangani, diperhalusi dan dilaksanakan oleh kerajaan," katanya.

Dasar gaji minimum dijangka dibentangkan di Kabinet pada akhir Oktober ini.

-- BERNAMA

23 Ogos 2010

NASIHAT DAHULU SEBELUM KAKITANGAN KERAJAAN DIHALAU DARI KUARTERS

Utusan Malaysia
23/8/2010




KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kakitangan awam diberi nasihat dan dipantau sebelum tindakan menghalau mereka dari kuarters kerajaan diambil atas kesalahan tertentu.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, tindakan yang membawa kepada disingkir dari kuarters ataupun dibuang kerja perlu dielakkan dengan memberi peluang kepada kakitangan awam tersebut berubah terlebih dahulu.
"Tindakan menyingkir dari kuarters ini bukan satu hukuman baru atau untuk kes khalwat sahaja, ia juga boleh dikenakan ke atas kakitangan awam yang terlibat dengan dadah, judi ataupun menjejaskan imej (jabatan atau kerajaan).
"Jika sudah terbukti mereka melanggar peraturan yang ditetapkan di kuarters masing-masing, tindakan menyingkir mereka dari kuarters tersebut memang boleh diambil.
"Namun, kita berharap itu menjadi pilihan akhir dengan memberi pengajaran melalui kaunseling, amaran akhir secara bertulis atau menahan kenaikan gaji terutamanya di kalangan mereka yang berkeluarga (mengikut jenis kesalahan)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali yang mahu kakitangan awam disingkir dari kuarters kerajaan di Putrajaya sekiranya didapati bersalah melakukan kegiatan tidak bermoral dan maksiat.
Semalam, Che Mat turut memaklumkan Jawi dan Badan Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan kerjasama bagi mengambil tindakan terhadap mereka yang sudah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Syariah sejak awal tahun ini.
Omar turut menasihatkan semua kakitangan awam yang menerima kemudahan kuarters kerajaan mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya tidak menjejaskan imej diri dan kerajaan seterusnya menyusahkan hidup mereka sendiri.
"Saya cadangkan mereka yang terbukti melakukan kesalahan membuat surat pengakuan tidak akan mengulanginya lagi.
"Surat ini boleh dijadikan bukti jika mereka mengulangi kesalahan supaya tindakan tegas seperti disingkir dari kuarters boleh dikenakan," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak), Rahimuddin Md. Harun berharap saranan Jawi itu bukan hanya untuk kakitangan bawahan malahan melibatkan pegawai kerajaan.
"Kami merasakan tindakan mengusir ini agak berat bagi kakitangan awam. Tetapi, jika diteruskan juga, tindakan menyingkir kakitangan awam yang terbukti bersalah perlu meliputi semua pangkat termasuk jawatan tinggi kerajaan.
"Jika kita boleh meluluskan hukuman mati untuk membuang bayi, tindakan menyingkir ini juga boleh diterima dan digunakan sebagai satu cara mencegah gejala sosial daripada terus menular di negara ini," tegasnya.

HANYA SUKARELAWAN POLIS DAPAT KENAIKAN ELAUN

Berita Harian
2010/08/10



KUALA LUMPUR: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menjelaskan kenaikan elaun 50 peratus mulai tahun depan seperti dilaporkan akhbar hanya dinikmati sukarelawan polis (PVR). JPAM dalam satu kenyataannya berkata, 1,041 anggota dan pegawai bakal menikmati kenaikan elaun itu selaras objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk memerangi jenayah jalanan.
Akhbar semalam melaporkan sukarelawan khususnya di JPAM dapat kenaikan elaun 50 peratus mulai tahun depan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, dilaporkan berkata sukarelawan itu menerima kenaikan elaun baru daripada RM4 kepada RM6 sejam, manakala bagi kategori pegawai kenaikannya daripada RM5.80 sejam kepada RM8.70 sejam. Beliau berkata, kertas kerja mengenai kenaikan elaun berkenaan sedang dalam penilaian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan lanjut.

GURU GESA BERI SEMULA ELAUN PINDAH

Berita Harian
2010/08/23



SAYA ada melayari portal sistem perpindahan guru secara online yang dinamakan eg-Tukar. Alangkah terkejut apabila terlihat di laman web itu maklumat yang menyatakan elaun perpindahan tidak dapat dituntut. Berita ini mendukacitakan warga pendidik terutama yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Mengapakah kemudahan yang sangat diperlukan ini ditarik ketika ekonomi negara berada di kedudukan yang baik?

Bayangkan guru yang sudah lama berkhidmat di Sabah dan Sarawak memerlukan kemudahan kargo untuk membawa pulang semua barang. Bukankah kosnya terlalu tinggi? Manalah kami Perkara ini sangat merisaukan kami sehinggakan takut untuk mohon berpindah ke Semenanjung. Adakah ini helah Kementerian Pelajaran untuk menghalang kami mohon berpindah? Harap kerajaan menimbangkan semula pemberian elaun perpindahan seperti dilaksanakan pada tahun sebelum ini sebagai membuktikan komitmen slogan 1Malaysia. Kami juga menunggu berita baik mengenai bonus yang dituntut oleh CUEPACS.

MUALIM,
Daro, Sarawak.

KSM MENGIKUT ARUS PERDANA

Utusan Malaysia
Oleh AZMI ABDUL MALEK
8/8/2010



Salah seorang kakitangan KSM menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam (tengah) di Putrajaya, baru-baru ini.
PEGAWAI dan kakitangan Kementerian Sumber Manusia (KSM) boleh menjadi contoh kepada tenaga kerja sektor awam dan swasta yang lain di negara ini. Ini kerana para pegawai dan kakitangan kementerian itu menunjukkan prestasi yang baik dalam perkhidmatan iaitu sebanyak 7,173 atau 98.4 peratus daripada jumlah keseluruhan sebanyak 7,291 mencatatkan prestasi cemerlang dengan memperoleh markah 85 peratus ke atas. Daripada jumlah itu, lapan peratus atau 575 daripada mereka layak diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S Subramaniam, berkata, hasil usaha gigih dan ikhlas kakitangan KSM, pada tahun lalu kementerian berkenaan berjaya mencatatkan pelbagai kejayaan cemerlang. Menurutnya, KSM juga berjaya melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) I dan II untuk mengurangkan kesan krisis kewangan yang dialami negara.
Menurutnya, KSM menerima peruntukan sebanyak RM650 juta bagi melaksanakan pelbagai program di bawah PRE. Antaranya ialah pelaksanaan Program Latihan dan Penempatan (Train and Place) yang melibatkan seramai 39,035 peserta diberi latihan kemahiran dalam 17 bidang dan sehingga kini seramai 22,714 peserta iaitu 58.2 peratus mendapat pekerjaan baru.
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) pula memberikan pinjaman kepada seramai 7,743 peserta yang mengikuti 93 jenis kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di pusat-pusat latihan kemahiran awam dan swasta. Melalui Sistem Latihan Dual Nasional Khas, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) turut berjaya melatih sebanyak 20,687 peserta dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Selain itu, KSM juga melatih 383 peserta dalam pelbagai bidang keusahawanan selain daripada 2,370 ibu tunggal menyertai 99 kursus kemahiran di seluruh negara, manakala 1,039 Orang Asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak menjalani 42 jenis kursus kemahiran asas yang disediakan.
Bagi mengatasi masalah pemberhentian pekerja ekoran kemelesetan ekonomi pula, pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di bawah program Community Employment Support Service (CESS) telah membuka 11 buah pusat JobsMalaysia termasuk menambah baik 99 JobsMalaysia Point.
Dr. Subramaniam berkata, KSM berjaya mengatasi masalah pemberhentian pekerjaan akibat kegawatan ekonomi. Melalui Bilik Gerakan Pemantauan Pemberhentian Pekerjaan yang ditubuhkan, seramai 46,860 pekerja yang diberhentikan telah direkodkan dan daripada jumlah itu, seramai 37,781 adalah pekerja tempatan.
"Usaha gigih pegawai dan kakitangan KSM berjaya menempatkan seramai 22,443 atau 59.4 peratus pekerja melalui program Train and Place dan Penempatan Pusat JobsMalaysia," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sijil APC kakitangan KSM di Putrajaya baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha KSM, Datuk R. Segarajah dan beberapa pegawai kanan kakitangan kementerian berkenaan. Kejayaan terbesar KSM dalam bidang kemahiran jelas kelihatan apabila kerajaan bersetuju menggerakkan latihan kemahiran dan vokasional mengikut arus perdana.
Menurutnya, kerajaan mengiktiraf SKM 4 dan 5 setaraf dengan Diploma dan Diploma Lanjutan. KSM kini mengemukakan pula cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya 57 skim perkhidmatan memasukkan syarat kelulusan SKM sebagai kelayakan masuk.
Katanya, kerajaan bersetuju KSM mengambil alihnya daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memikul tanggungjawab mengendalikan Pertandingan Kemahiran Malaysia termasuk menyediakan persiapan negara dalam pertandingan antarabangsa seperti ASEAN Skill Competition dan World Skill Competition.
Manakala Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berjaya mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja sebanyak enam peratus iaitu daripada 5.95 kes per 1,000 pekerja pada 2008 kepada 5.59 kes per 1,000 pekerja pada 2009. Beliau berkata, Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) juga mencapai kejayaan pada tahun lalu apabila sejumlah 71 peratus kes Pemulihan Kerja dapat diselesaikan melalui Rundingan Damai.
Jumlah penyelesaian kes pemulihan kerja melalui Rundingan Damai meningkat sebanyak 882 kes iaitu daripada 2,772 kes pada 2008 kepada 3,654 kes pada tahun lalu. Selain itu, bilangan majikan yang mengamalkan Productivity Linked Wages System (PLWS) bertambah sebanyak 1.5 peratus iaitu daripada 71,547 majikan pada 2008 kepada 72,602 pada tahun lalu. Daripada jumlah bilangan pekerja pula, terdapat peningkatan sebanyak enam peratus iaitu daripada 2.62 juta pekerja pada 2008 kepada 2.78 juta pekerja pada tahun lalu.
Sementara itu, Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) berjaya melatih seramai 19,874 pelatih iaitu melepasi sasaran 18,000 pengambilan pelajar iaitu melebihi 10.4 peratus daripada sasaran asal. Prestasi pembayaran bil dalam tempoh 14 hari menyaksikan sebanyak 75,855 bil diproses dan sejumlah 68,617 bil atau 90.46 peratus berjaya diproses dalam tempoh tujuh hari; 6,937 bil atau 9.2 peratus diproses dalam tempoh 14 hari dan baki 301 bil bersamaan 0.34 peratus diproses lebih daripada 14 hari.
Dr. Subramaniam berkata, KSM turut mendapat penarafan empat bintang dan berada dalam kelompok lima terbaik daripada 27 kementerian dalam penetapan Star Rating.
"Saya menyeru semua warga KSM melaksanakan projek RMK-9 agar ia dapat diselesaikan dalam tahun ini bagi dimanfaatkan kepada rakyat dan kita ada masa lebih kurang lima bulan lagi untuk menyelesaikannya," katanya.

Penulis ialah Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia.

21 Ogos 2010

MINDA PENGARANG: CUEPACS PERLU LEBIH BERTIMBANG RASA ISU BAYARAN LEBIH MASA

Berita Harian
2010/08/21





PERMINTAAN CUEPACS supaya kerajaan membayar 70 peratus tunai dan 30 peratus cuti gantian untuk kerja lebih masa bagi kira-kira 450,000 kakitangan kumpulan sokongan yang memperoleh gaji di bawah RM1,500 sebulan pastinya disambut baik pekerja sektor awam dalam kategori ini. Ini adalah antara cadangan penyelesaian CUEPACS berhubung rasa tidak puas hati ahlinya yang diarah bekerja lebih masa oleh lebih 40 ketua jabatan yang tidak dibayar tunai kerana kekangan peruntukan kewangan, sebaliknya diberi kemudahan cuti gantian. Kita percaya kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memahami hasrat CUEPACS ini dan akan menimbang pendekatan terbaik untuk mewujudkan keadaan ‘sama-sama menang’.

Bagaimanapun, dalam membuat desakan sebegini, sewajarnya CUEPACS meneliti terlebih dulu kemampuan kewangan kerajaan ketika ini, selain memastikan hak kakitangan awam dalam kumpulan lain, termasuk profesional turut diberikan perhatian sama. Penumpuan berlebihan ke atas sesuatu kumpulan pekerja sektor awam boleh mewujudkan perasaan kurang senang dalam kalangan kelompok lain, sekali gus menyebabkan kelancaran perjalanan pentadbiran awam terjejas. Tidak dinafikan kakitangan termasuk pemandu, pekerja rendah awam, pembantu am pejabat, pekerja bengkel, pekerja teknikal dan pembantu rawatan kesihatan lebih memerlukan pembelaan kewangan daripada CUEPACS, namun sumbangan semua kakitangan awam kepada negara tidak boleh dipinggirkan. Jika CUEPACS sebelum ini melihat tindakan ketua jabatan menggantikan kerja lebih masa dengan kemudahan cuti gantian untuk kakitangan kumpulan sokongan sebagai melunturkan semangat pekerja dan boleh menjejaskan produktiviti, sewajarnya ia juga memikirkan kesan sama dirasai kumpulan profesional yang ketika ini langsung tidak dibenarkan membuat tuntutan lebih masa atau tuntutan perjalanan. Kelmarin, Presiden CUEPACS, Omar Osman mengemukakan dua syor kepada kerajaan supaya membayar kerja lebih masa kepada kakitangan kumpulan sokongan dua Gred 1 hingga 16 iaitu diberi 70 peratus tunai dan 30 peratus cuti gantian dan cara kedua ialah bayaran tunai diberi secara tertunggak seperti diamalkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sehari sebelumnya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata mengikut Perintah Am 11 Bab G, kakitangan boleh diarah bekerja lebih daripada masa bekerja biasa dan boleh diberi bayaran lebih masa atau cuti gantian jika mempunyai sembilan jam tempoh bekerja lebih masa. Arahan itu hanya boleh dikeluarkan apabila sesuatu tugas itu benar-benar perlu dilaksanakan mengikut peruntukan. Kita yakin masalah tuntutan bayaran kerja lebih masa yang timbul di antara ketua jabatan dan kakitangan ketika ini tidak akan menjejaskan mutu perkhidmatan awam kepada rakyat. CUEPACS dan kakitangan awam perlu bertolak ansur dan bertimbang rasa dalam soal ini kerana sebarang keputusan oleh kerajaan membabitkan peruntukan kewangan tambahan akan mengambil masa untuk diteliti dan mengambil kira kesannya kepada ekonomi negara. Yang pasti, kerajaan akan turut mengambil kira kepentingan kakitangan awam sebelum membuat keputusan membabitkan masa depan mereka.

Adalah tidak wajar, terutama CUEPACS melihat isu kerja lebih masa ini sebagai satu eksploitasi ke atas kakitangan awam, sedangkan kerajaan seboleh-bolehnya mahu memenuhi setiap permintaan dikemukakan kesatuan terbabit. Hakikatnya, ketika ekonomi negara kukuh dan kedudukan kewangan kerajaan baik, kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan pekerja sektor awam, termasuk menyediakan pelbagai insentif dan ganjaran sebagai galakan untuk terus kuat bekerja.

20 Ogos 2010

CUEPACS SYOR DUA KAEDAH BAYAR KERJA LEBIH MASA

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
2010/08/20




KUALA LUMPUR: CUEPACS mencadangkan kerajaan membayar 70 peratus tunai dan 30 peratus cuti gantian untuk kerja lebih masa kepada kira-kira 450,000 kakitangan kumpulan sokongan dua Gred 1 hingga 16 yang memperoleh gaji di bawah RM1,500 sebulan. Presidennya, Omar Osman, berkata cadangan itu antara dua syor dikemukakan bagi membayar kerja lebih masa kepada kakitangan termasuk pemandu, pekerja rendah awam, pembantu am pejabat, pekerja bengkel, pekerja teknikal dan pembantu rawatan kesihatan.
Kaedah kedua ialah bayaran tunai diberi secara tertunggak apabila jabatan memperoleh peruntukan kewangan mencukupi. Antara agensi yang diketahui mengamalkan kaedah seperti ini ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagi kaedah pertama katanya, pihaknya mencadangkan supaya hanya diberi jika kerja lebih masa dilakukan melebihi 100 jam sebulan. Contohnya jika seorang kakitangan kerja lebih masa 150 jam sebulan, 100 jam dibayar tunai dan bakinya diberi cuti ganti. Ada beberapa jabatan sudah memberi maklum balas dan perhatian kepada cadangan ini tetapi masih belum melaksanakannya. Oleh itu, amat penting ada perbincangan serta penggunaan budi bicara berhubung isu pembayaran kerja lebih masa ini antara kakitangan dan ketua jabatan, termasuk mengambil kira aspek kemampuan peruntukan kewangan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Omar berkata demikian mengulas rasa tidak puas hati sesetengah kakitangan yang diarah bekerja lebih masa tidak dibayar tunai kerana kekangan peruntukan kewangan sebaliknya diberi kemudahan cuti gantian.

Semalam, akhbar melaporkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata mengikut Perintah Am 11 Bab G, kakitangan boleh diarah bekerja lebih daripada masa bekerja biasa dan boleh diberi bayaran lebih masa atau cuti gantian jika mempunyai sembilan jam tempoh bekerja lebih masa. Beliau mengarahkan supaya ketua jabatan memastikan arahan bekerja lebih masa dikeluarkan kepada pegawainya hanya apabila sesuatu tugas itu benar-benar perlu dilaksanakan mengikut peruntukan. Surat edaran bertarikh 11 Ogos lalu yang bertujuan memberi penjelasan mengenai keperluan bekerja lebih masa dikeluarkan ketua jabatan kerajaan, sejak kebelakangan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan terbabit. Selain kumpulan sokongan dua, Omar berkata, kakitangan kumpulan sokongan satu Gred 17 hingga 40 yang berkelulusan diploma, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gaji bulanan antara RM2,500 hingga RM5,000, turut layak mendapat bayaran tunai untuk kerja lebih masa.

Bagaimanapun, katanya, dalam keadaan jabatan kerajaan menghadapi kekangan peruntukan, kakitangan awam juga perlu bertolak-ansur jika kaedah pembayaran tunai tertunggak digunakan bagi kerja lebih masa yang mereka lakukan. Dalam soal ini, harus ada pertimbangan dua hala antara ketua jabatan dan kakitangan kerana yang penting ialah perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas. Oleh itu, kakitangan awam juga perlu bertimbang rasa dan menunjukkan kematangan kerana ketika peruntukan kewangan bagus, kerajaan tidak ketinggalan memberi ganjaran kepada mereka sebagai galakan, katanya

KOPERASI KREDIT GULUNG TIKAR JIKA BANK TAWAR POTONGAN GAJI

Bernama
2010/08/19



KUALA LUMPUR: Sebanyak 552 koperasi kredit yang mempunyai 2.7 juta anggota akan gulung tikar jika cadangan perkhidmatan potongan gaji penjawat awam kepada bank dan syarikat kewangan tempatan dilaksana. Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Dr Mohd Ali Baharum, berkata ini kerana langkah itu akan menyebabkan koperasi kredit terpaksa bersaing dengan sektor perbankan yang mampu memberi pinjaman lebih besar berbanding koperasi.

"Pelaksanaan sistem pemotongan gaji oleh bank akan menggugat fungsi koperasi kredit yang telah berjasa kepada anggotanya yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang sebelum itu menyampaikan peralatan persekolahan dan bantuan berbuka puasa kepada Rumah Titian Kasih, berkata ANGKASA akan memastikan cadangan pejabat Akauntan Negara itu tidak akan dilaksanakan. Tahun lalu, Akauntan Negara membuka tawaran perkhidmatan potongan gaji kepada bank dan syarikat kewangan tempatan yang memberi pinjaman kepada penjawat awam sebagai alternatif kepada perkhidmatan yang sehingga kini dipelopori koperasi kredit, termasuk Bank Rakyat. - BERNAMA

KERJA LEBIH MASA IKUT PERUNTUKAN

Berita Harian
Oleh Azrina Ahzan
2010/08/19




PUTRAJAYA: Semua ketua jabatan diarah memastikan arahan bekerja lebih masa dikeluarkan kepada pegawainya hanya apabila sesuatu tugas itu benar-benar perlu dilaksanakan mengikut peruntukan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991, arahan bekerja lebih masa hanya boleh dikeluarkan apabila keadaan memerlukan pegawai terbabit berbuat demikian.

Antaranya, kerja kecemasan yang membabitkan pemulihan gangguan perkhidmatan, kerja penting yang tidak boleh ditangguhkan kerana khuatir boleh menjejaskan perkhidmatan, kerja yang perlu dilakukan seseorang pegawai melebihi bidang tugasnya dan kerja yang perlu diuruskan dalam jangka masa terhad.

Mengikut Perintah Am 11 Bab G, pegawai boleh diarah bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang ditetapkan dan mereka boleh diberi bayaran lebih masa atau cuti gantian jika mereka mempunyai sembilan jam tempoh bekerja lebih masa. Bagaimanapun, ketua jabatan perlu memastikan arahan bekerja lebih masa dikeluarkan bila sesuatu tugas itu benar-benar perlu dilakukan. Mereka juga perlu memastikan jabatan mempunyai peruntukan kewangan mencukupi bagi membayar bayaran lebih masa, katanya dalam surat edaran bertarikh 11 Ogos lalu yang dipaparkan di laman web jabatan itu, semalam.

Surat edaran itu bertujuan memberi penjelasan mengenai keperluan bekerja lebih masa dikeluarkan ketua jabatan kerajaan yang sejak kebelakangan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pegawai terbabit. Ada kes apabila pegawai yang diarah melakukan kerja lebih masa tidak dibayar bayaran kerana kekangan peruntukan kewangan, sebaliknya diberi kemudahan cuti gantian. Malah, Februari lalu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dilaporkan menuntut kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding cuti rehat.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin dilaporkan berkata, hampir 50,000 kakitangan sokongan pelbagai jabatan kerajaan dan badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun lalu
.

19 Ogos 2010

PENANG GOVT SERVANTS TO GET RM400 EACH AS HARI RAYA GIFT

The Star
By ANN TAN
18/8/2010




GEORGE TOWN: Penang government servants will each get a RM400 one-off gift for Hari Raya on Sept 3, said Chief Minister Lim Guan Eng Wednesday.
This gift to 3,577 state civil servants, to be made a week before Hari Raya, was approved during the state exco meeting Tuesday and would cost a total of RM1.5mil, Lim said.
“The special payment shows that the state government values the services of Penang’s state civil service.
“We hope the employees will be motivated to work harder to enhance the delivery system and give better service,” he said at a press conference.
Lim said Penang’s success in transforming itself into an international city depends on the success of rooting out “Little Napoleon” tendencies and delivering international standards of service.
“After all, Penang cannot transform itself unless our civil service leads the way with international benchmarks.
“Despite discriminatory and reduced allocations from the Federal Government, Penang state public service has improved and many feels that Penang is cleaner and brighter.
“If we succeed, it is only fair that our civil servants enjoy international-scale pay,” he said.

18 Ogos 2010

RUMAH PRESIDEN KESATUAN PEGAWAI KASTAM DILONTAR CAT

Bernama
18/8/2010




JOHOR BAHARU, 18 Ogos (Bernama) -- Belum selesai kes keretanya dibakar dipercayai perbuatan khianat pada 1 Jun lepas, Sabtu lalu rumahnya pula dilontar cat merah.Kesal dengan perbuatan tersebut, Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia Ibrahim Ahmad berkata kejadian terbaru itu berlaku kira-kira pukul 2 petang."Saya tidak berada di rumah ketika kejadian. Saya dimaklumkan oleh anak perempuan saya ada sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki yang berhenti di hadapan rumah lalu melontar dua bungkus cat merah sebelum beredar," katanya, di sini Rabu.Ibrahim yang juga Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia cawangan Johor berkata selang beberapa minit kemudian, kedua-dua lelaki itu datang semula dan melontar sebungkus lagi cat.Kesemua cat itu mengenai tingkap, pintu masuk hadapan serta jeriji, kata beliau sambil menambah laporan polis dibuat pada hari yang sama."Saya percaya perbuatan khianat ini dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak berpuas hati terhadap saya. Mungkin tugas saya sebagai pegawai dan Presiden Kesatuan Kastam mengundang kemarahan pihak tertentu," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan siasatan lanjut mengenainya sedang dilakukan.--BERNAMA

GAJI MINIMUM: PEMUDA BN JUMPA KESATUAN, MINTA KERAJAAN SEGERA

The Malaysian Insider
18/8/2010



KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Susulan pertemuan bersejarah dengan dua badan induk kesatuan sekerja hari ini, Pemuda Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan menyegerakan penetapan gaji minimum sebagai menyokong matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Ini kali pertama sayap BN itu membuat pendirian ini seiring dengan ‘sokongan positif’ ke arah itu.

Pertemuan lebih sejam berlangsung di Menara Dato’ Onn tengah hari ini.

Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan persidangan kebangsaan mengenai isu itu awal bulan ini.

Ketika ditemui wartawan selepas pertemuan dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya perkara itu tidak dimuktamadkan dengan segera, maka agak sukar untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi yang adil, saksama serta tiada jurang pendapatan yang begitu ketara.

Rombongan MTUC diketuai oleh Setiausaha Agungnya G Rajasekaran manakala Cuepacs pula Presidennya Omar Osman.

“Kita mendapati melalui kajian kita pada waktu ini, 34 peratus daripada 1.3 juta pekerja di Malaysia mendapat pendapatan kurang daripada RM700 sebulan, iaitu pendapatan yang lebih rendah daripada garis kemiskinan (RM720 sebulan).

“Berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat oleh Bank Dunia pula, Malaysia telah mencatat kenaikan gaji purata 2.6 peratus setiap tahun dalam tempoh masa 10 tahun yang lepas, berbanding dengan purata dunia iaitu 3.2 peratus.

“Kalau kita lihat dari segi gaji minimum juga, umum tahu bahawa 90 peratus daripada negara di dunia ini telah pun memperkenalkan beberapa bentuk gaji minimum,” kata beliau dipetik Bernama.

Khairy berkata Pemuda BN dengan kerjasama MTUC dan Cuepacs, akan menganjurkan “Forum Gaji Minimum” dalam masa terdekat dan segala ketetapan serta resolusi yang dihasilkan akan diserahkan kepada kerajaan supaya isu tersebut dapat ditangani dengan kadar segera.

“Pada waktu ini, masih terdapat banyak kes yang mana soal gaji ini tidak mencerminkan gaji yang boleh menampung kos sara hidup biasa, maka kita percaya bahawa isu ini telah menjadi terlalu mendesak.

“Apabila gaji itu tidak meningkat mengikut peningkatan kos sara hidup ataupun inflasi, maka akhirnya rakyat Malaysia menjadi lebih miskin, bukannya lebih berpendapatan tinggi.

“Jadi, atas kesedaran itu, hari ini Pemuda BN mencadangkan kepada pihak MTUC dan Cuepacs agar kita menganjurkan satu forum gaji minimum yang kita harap akan dapat dihadiri Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau juga berharap soal gaji minimum akan dapat diselesaikan sebelum dasar Model Baru Ekonomi diperkenalkan Oktober ini.

“Tiada gunanya mempunyai Model Baru Ekonomi bila satu aspek penting iaitu gaji minimum tidak ditangani, diperhalusi dan dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Dasar gaji minimum dijangka dibentangkan di Kabinet pada akhir Oktober ini.

17 Ogos 2010

JANGAN GUNAKAN PERKHIDMATAN AWAM WADAH RAIH POPULARITI - CUEPACS

Bernama
17/8/2010



KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Ahli politik seharusnya tidak menjadikan perkhidmatan awam sebagai wadah untuk meraih populariti, kata Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin Selasa.

Beliau berkata "kebelakangan ini telah menjadi satu ikut-ikutan ahli politik untuk mengkritik perkhidmatan awam apabila mereka mahu mewajarkan alasan mereka kepada para pengundi mengapa projek tertentu lewat atau ditangguhkan".

"Sering kali kelewatan (pelaksanaan projek) bukan disebabkan ketidakcekapan penjawat awam tetapi kerana faktor-faktor di luar kawalan mereka," katanya.

Beliu menjelaskan sikap suka menyalahkan orang lain perlu dihentikan dan dibiarkan kerana ia mungkin melemahkan semangat para penjawat awam.

"Cuepacs sebagai badan induk kepada 1.2 juta penjawat awam amat menyedari akan peranan yang dimainkan para anggotanya bagi memastikan pentadbiran kerajaan di setiap peringkat lancar," katanya.

Ahmad bagaimanapun bersetuju bahawa masih ada ruang untuk memperbaiki kecekapan sistem penyampaian dan para penjawat awam di seluruh negara sedang melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat.

"Ada kala kita melakukan kesalahan tetapi kesilapan ini kecil. Apa yang menjengkelkan adalah kebanyakan kekurangan ini diperbesar-besarkan lantas memberi gambaran negatif kepada rakyat," katanya.

Namun, pencapaian yang jauh lebih banyak daripada kekurangan jarang pula dihargai," bidasnya.

Ahmad Shah berharap media dapat menonjolkan pencapaian-pencapaian dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam tempoh lima tahun lepas.

"Pada masa berkenaan, kami telah berjaya mencatatkan tahap pencapaian yang memberangsangkan dalam sistem pencapaian.

"Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia dan badan kehakiman telah meningkatkan sistem penyampaian dengan amat baik," katanya.

Jabatan Imigresen, contohnya memproses permohonan pasport antarabangsa dalam tempoh dua jam dan (JPJ) hampir meletakkan kesemua perkhidmatannya secara online bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai.

Badan kehakiman juga mewujudkan satu sistem yang berjaya mengurangkan kes tertunggak manakala polis berjaya mengurangkan jenayah dengan melakukan lebih banyak rondaan di kawasan panas, katanya.

Ahmad Shah berkata banyak lagi jabatan Persekutuan dan negeri yang telah meningkatkan sistem penyampaian tetapi tidak menjadi tumpuan ramai kerana mereka kurang atau mungkin tiada kaitan dengan orang ramai.

"Secara keseluruhannya, saya ingin menyatakan bahawa perkhidmatan awam Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan ini sepatutnya menjadi kebangaan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Ahmad Shah memberi jaminan bahawa Cuepacs akan sentiasa memberi motivasi kepada para penjawat awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan berharap orang ramai, media dan ahli politik melaksanakan peranan mereka.



-- BERNAMA

MEKANISME BENARKAN PEKERJA LAKUKAN KERJA SEPARUH MASA PERLU KAJIAN TELITI - CUEPACS

Bernama
17/8/2010



PUTRAJAYA, 16 Ogos (Bernama) -- Mekanisme yang membenarkan petugas dalam sektor awam dan swasta bekerja separuh masa mulai 1 Okt tahun ini perlu dikaji dengan teliti bagi memastikan produktiviti dan prestasi pekerja tidak terjejas.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata kebenaran itu akan memberi manfaat besar kepada golongan pekerja khususnya kakitangan awam kerana berpeluang menambah pendapatan mereka, tetapi ia perlu dikaji daripada segenap aspek agar tidak memberi masalah di kemudian hari.

Keputusan itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi produktiviti dan prestasi pekerjaan sebenar petugas terbabit, apatah lagi jika mereka memperoleh pendapatan yang lebih lumayan dalam kerja separuh masa itu berbanding gaji yang diperoleh daripada pekerjaan tetap, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa di Sri Perdana di sini Isnin malam.

Beliau diminta mengulas pengumuman Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam hari ini bahawa lebih satu juta pekerja sektor awam dan swasta akan dibenarkan melakukan kerja separuh masa selepas peraturan baru mengenainya siap digubal dalam masa dua bulan lagi.

Omar berkata tindakan itu perlu disusuli dengan pemerhatian teliti dalam segenap aspek, termasuk perlindungan ke atas pekerja sewaktu melakukan kerja separuh masa berkenaan.

"Kita nak tahu, sekiranya kakitangan awam ini ditimpa kemalangan sewaktu sedang melakukan kerja separuh masa, adakah mereka tertakluk dalam insurans dan pampasan oleh majikan sebenar atau majikan separuh masa mereka," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan Cuepacs meminta agar kerajaan memberi bantuan kewangan kepada penjawat awam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Omar berkata perkara itu telah pun dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya telah sampaikan kepada Perdana Menteri tadi, meminta jasa baik kerajaan untuk memberi pendahuluan berjumlah RM1,000 hingga RM1,500 kepada kakitangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Seperti yang diketahui, gaji pada bulan Ogos telah digunakan untuk persiapan menyambut Ramadan, justeru sedikit bantuan kewangan amat diperlukan bagi membolehkan persiapan lebaran dilaksanakan dengan sempurna," katanya.

-- BERNAMA

PERATURAN KERJA SEPARA MASA DIKUATKUASA

Malaysiakini
Ogos 16, 10 2:04pm



Kongsi 0Kerajaan akan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Oktober ini yang memberi jaminan faedah tertentu kepada orang ramai yang bekerja separa masa.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata peraturan itu, yang telah diwartakan baru-baru ini, adalah bagi memastikan hak dan perlindungan pekerja separa masa daripada segi terma pemburuhan lebih jelas dan menyeluruh.


Peraturan tersebut mengandungi formula yang menentukan pembayaran gaji, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia di Dewan Alamanda Jasin di Jasin hari ini.

Subramaniam berkata peraturan baru ini akan memberi jaminan faedah kepada 6.5 juta orang seperti suri rumah, ibu tunggal, pesara, orang kurang upaya dan pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin bekerja secara separa masa.

Beliau berkata kerajaan meluluskan peraturan tersebut bagi memudahkan majikan mandapatkan tenaga kerja untuk kerja separa masa di samping menggalakkan majikan mengutamakan pekerja tempatan.

Subramaniam berkata peraturan itu juga bagi mengelak pertikaian antara majikan dan pekerja berhubung kerja separa masa.

Beliau berharap suri rumah terutama mereka yang berkelulusan tinggi akan memanfaatkan langkah itu.

Katanya penjawat awam juga akan mendapat faedah di bawah peraturan baru itu sekiranya mereka ingin melakukan kerja separa masa selepas waktu pejabat.

--Bernama

16 Ogos 2010

PERATURAN KERJA SEPARA MASA DIKUATKUASA 1 OKTOBER

Bernama
16/8/2010



JASIN, 16 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Okt ini yang memberi jaminan faedah tertentu kepada orang ramai yang bekerja separa masa.Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata peraturan itu, yang telah diwartakan baru-baru ini, adalah bagi memastikan hak dan perlindungan pekerja separa masa daripada segi terma pemburuhan lebih jelas dan menyeluruh.Peraturan tersebut mengandungi formula yang menentukan pembayaran gaji, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia di Dewan Alamanda Jasin di sini Isnin.Subramaniam berkata peraturan baru ini akan memberi jaminan faedah kepada 6.5 juta orang seperti suri rumah, ibu tunggal, pesara, orang kurang upaya dan pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin bekerja secara separa masa.Beliau berkata kerajaan meluluskan peraturan tersebut bagi memudahkan majikan mandapatkan tenaga kerja untuk kerja separa masa di samping menggalakkan majikan mengutamakan pekerja tempatan.Subramaniam berkata peraturan itu juga bagi mengelak pertikaian antara majikan dan pekerja berhubung kerja separa masa.Beliau berharap suri rumah terutama mereka yang berkelulusan tinggi akan memanfaatkan langkah itu.Katanya penjawat awam juga akan mendapat faedah di bawah peraturan baru itu sekiranya mereka ingin melakukan kerja separa masa selepas waktu pejabat.-- BERNAMA

12 Ogos 2010

HATI-HATI DENGAN PELBAGAI PROMOSI PINJAMAN SEMPENA RAMADAN- PERSATUAN

Bernama
Oleh Noor Farhana Ahmad Norain
12/8/2010





KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bagai 'menangguk di air keruh', koperasi dan syarikat pinjaman wang berlesen dilihat semakin galak mempromosikan pinjaman peribadi mereka bersempena bulan Ramadan dan juga jualan mega sekarang.

Slogan seperti 'Jangan ketinggalan, promosi pinjaman peribadi kami - Ramadan Special' yang menawarkan kadar faedah rendah disebar menerusi pelbagai cara termasuk internet.

Promosi serupa turut disertai sektor perbankan yang menggunakan sistem pesanan ringkas dan media massa untuk memberitahu pelanggan tentang pinjaman kecil mereka.

Bagi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), isu itu bukan perkara baru sebaliknya telah ramai yang 'terpikat' dan akhirnya terperangkap dengan hutang setiap kali musim perayaan.

"Daripada apa yang kita perhatikan memang ramai penjawat awam terlibat dengan hutang, tambahan pula di musim perayaan. Bila ditolak segala hutang, wang gaji yang tinggal tidak sampai 40 peratus," kata Presidennya Omar Osman kepada Bernama.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ramai penjawat awam akan bertindak serupa tahun ini memandangkan Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 10 Sept, iaitu hampir dua minggu sebelum gaji yang seterusnya.

"Kita bimbang apabila gaji bulan Ogos telah habis dibelanjakan untuk raya dan mereka tidak mampu menanggung perbelanjaan sepanjang September menyebabkan mereka berhutang, ambil wang pendahuluan dan sebagainya," katanya.

Justeru beliau mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pembayaran gaji bulan September lebih awal bagi mengelakkan masalah itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman berkata perbelanjaan pada bulan Ramadan seharusnya dibuat secara teliti dan berdisiplin.

"Ukur baju di badan sendiri. Adakan senarai keutamaan dan beli ikut keperluan. Dapatkan pandangan dari pihak kedua seperti pasangan dan keluarga agar tidak menyesal di kemudian hari," katanya.

Beliau mencadangkan agar setiap pembayaran dibuat secara tunai agar aliran wang keluar dapat dilihat dan seterusnya menjadikan penjawat awam lebih berhati-hati ketika berbelanja.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Sha'ani Abdullah pula berkata isu berhutang dapat dielakkan jika masyarakat dapat menghayati makna sebenar Ramadan iaitu mengingati nasib mereka yang tidak berkemampuan.

"Tawaran pinjaman memang banyak, tapi kalau keadaan tidak mendesak dan kita tidak perlu wang itu, jangan ambil.

"Hiasan dan perabot baru bukan benda penting. Jangan rasa rendah diri atau cemburu dengan jiran-jiran, fikir panjang sebelum buat keputusan dan jangan hidup berhutang," katanya.

Katanya, orang ramai harus bertanya pada diri sendiri sama ada mahu kemewahan tetapi dibebani hutang, atau hidup selesa tanpa kerisauan apabila kemeriahan Aidilfitri berakhir.

-- BERNAMA

11 Ogos 2010

40,000 PEKERJA BANK BAKAL TERIMA 'DURIAN RUNTUH'

Bernama
11/8/2010




KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Lebih 40,000 pekerja bank akan menerima 'durian runtuh' antara RM3,700 dan RM12,000 sebagai bayaran tunggakan hasil rundingan perjanjian bersama (CA) di antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA).

Setiausaha Agung NUBE J. Solomon memberitahu Bernama hari ini sebahagian daripada tunggakan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri dan bakinya dalam tempoh 60 hari bermula semalam, iaitu tarikh perjanjian ditandatangani.

Beliau menyifatkan CA yang berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas hingga 31 Dis 2011 sebagai "yang terbaik dalam sejarah NUBE" kerana ia membuka ruang baru selain menawarkan faedah baru kepada pekerja.

Antara faedah tersebut ialah cuti bersalin 90 hari berkuat kuasa semalam, elaun sara hidup, peningkatan umur bersara daripada 55 kepada 57 tahun, dan faedah perubatan sehingga RM25,000 setahun yang dilanjutkan selama tiga tahun selepas bersara.

Faedah lain ialah kenaikan gaji secara menyeluruh sebanyak sembilan peratus, kenaikan gaji tahunan sebanyak 21 peratus dan elaun makan dinaikkan 20 peratus.

Solomon juga memuji persatuan kerana berjaya mencapai persetujuan dalam masa kurang setahun.

Beliau memberi jaminan pekerja sektor itu akan meningkatkan produktiviti selaras dengan penyelesaian yang dicapai.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia mengalu-alukan CA baru sektor bank tersebut dan menggesa agar majikan sektor lain mengambil langkah serupa.

"Kami khususnya menggesa sektor perkilangan dan perladangan agar menyediakan suasana bekerja yang lebih baik dan faedah bagi pekerja mereka," kata Naib Presidennya A. Balasubramaniam said.

-- BERNAMA

10 Ogos 2010

MALAYSIA AKAN WUJUD MODEL GAJI MINIMUM SENDIRI

Bernama
10/08/2010 2:34pm




SHAH ALAM 10 Ogos - Malaysia akan mewujudkan model gaji minimum tersendiri berdasarkan kepada kedudukan ekonomi negara serta mengambil kira kepentingan pekerja dan majikan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam hari ini.

Beliau berkata, cadangan model gaji minimum itu yang mengambil kira faktor sektor pekerjaan nasional dan serantau akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri akhir Oktober ini bagi mendapat arahan selanjutnya.

"Pungutan data mengenai gaji minimum di setiap sektor pekerjaan di negara ini sudahpun dibuat dan kementerian akan berjumpa dengan wakil setiap sektor untuk bincang (cadangan mewujudkan model gaji minimum) sebelum kertas Kabinet bagi tujuan itu disediakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Ke arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi Melalui Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) di sini.

Mengenai tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahu kerajaan membincangkan pengurangan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia sebanyak RM8,000 yang disifatkan terlalu tinggi, Subramaniam berkata, kementerian sedang membincangkan perkara itu dengan Indonesia. - Bernama

07 Ogos 2010

CUEPACS MINTA JPA SEMAK KAEDAH PEPERIKSAAN PTK

Bernama
Oleh Noor Hayati Muda
7/8/2010





KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bercadang mengemukakan memorandum kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyemak semula peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi memastikan ia relevan dengan hasrat kerajaan.

Presidennya Omar Osman berkata berdasarkan maklum balas yang diterimanya, matlamat PTK tidak tercapai sepenuhnya selain boleh mengekang aspirasi kerajaan di bawah Gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

"Daripada apa yang kita dapat, ramai penjawat awam tidak berpuas hati dengan PTK kerana ada yang cemerlang melaksanakan tugas hakiki tetapi tidak diiktiraf prestasi mereka kerana gagal melepasi syarat PTK.

"Dalam pada itu, ada pula yang tidak seberapa (prestasi) tapi disebabkan lulus PTK, dinaikkan pangkat. Ini menyebabkan yang lain patah semangat khususnya mereka yang tidak lulus," katanya kepada Bernama.

Diperkenalkan pada November 2002, peperiksaan PTK bertujuan menghapuskan budaya mengampu ketua jabatan dan memastikan hanya yang layak menerima pengiktirafan.

Selain itu, katanya, pelaksanaan PTK juga tidak selaras kerana bukan semua jabatan kerajaan menjalankan peperiksaan sebaliknya menghantar penjawat berkursus dan melakukan pembentangan yang disifatkan lebih sesuai dengan taraf profesionalisme yang diinginkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kalau difikirkan, bila masa mereka mahu mengulang kaji sedangkan pada masa yang sama mereka juga perlu melaksanakan tugas hakiki selain menguruskan hal peribadi. Malah saya difahamkan ada yang mengabaikan tugas untuk mengulang kaji semasa waktu kerja semata-mata untuk lulus PTK," katanya.

Omar berkata budaya mengampu ketua jabatan boleh diatasi jika urusan anjakan gaji dan kenaikan pangkat dikendalikan oleh satu jawatankuasa yang tidak berkepentingan.

"Jabatan boleh melantik dua atau tiga orang yang tidak berkepentingan untuk menilai prestasi warganya, iaitu ketua jabatan tidak mempunyai kuasa mutlak untuk kenaikan pangkat," katanya.

Omar juga tidak menolak pandangan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan PTK turut melibatkan pembaziran masa dan kos kerana mereka yang berkenaan harus mengikuti kursus sebelum menduduki peperiksaan, selain kos untuk mengendalikan PTK itu sendiri.

Pandangan Omar dikongsi Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan yang bersetuju dengan pendapat bahawa mereka yang berkhidmat di sektor awam dibebani dengan peperiksaan.

Beliau berkata sewajarnya kerajaan mempermudahkan kenaikan gaji dan gred penjawatnya terutama yang telah berkhidmat puluhan tahun dan hampir bersara namun masih di takuk lama sekalipun terbukti mereka cemerlang ketika bertugas.

Hashim berkata walaupun PTK digubal untuk tujuan yang baik iaitu mengelakkan unsur pilih kasih dan memastikan hanya yang layak diiktiraf, pelaksanaanya menyebabkan ada yang tertindas.

"Tidak semua antara kita pintar semasa di sekolah tetapi lain pula keadaannya ketika telah bekerja. Justeru konsep peperiksaan dalam PTK ini sudah tidak sesuai digunakan bagi menentukan prestasi seseorang penjawat awam," katanya.

Seperti dalam sektor am, beliau berkata ada anggota yang gagal menginjak pangkat kerana gagal melepasi peperiksaan sekalipun prestasinya sebagai penguatkuasa undang-undang cemerlang.

-- BERNAMA

06 Ogos 2010

CUEPACS BIDAS TINDAKAN MURUGIAH MOHON MAAF

Oleh Anwar Hussin dan Ahmad Fayadh Abdul Manap
anwarhussin@bharian.com.my
2010/08/06

Kesatuan gesa Timbalan Menteri mohon maaf

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, memohon maaf kepada empat pegawai Majlis Perbandaran Kangar (MPK) atas tindakannya menghalau mereka keluar daripada bilik mesyuarat. “Ini bukan zaman kolonial untuk seseorang yang berpangkat tinggi bertindak sesuka hati dengan menghalau pegawai kerajaan daripada mesyuarat yang mereka hadiri. Kalau tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, jumpa pegawai berkenaan secara tertutup untuk menyelesaikan masalah itu dan bukan bertindak demikian,” katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas isu empat pegawai MPK yang diarah keluar dari bilik mesyuarat penyelesaian aduan di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) negeri kelmarin oleh Murugiah.

Murugiah bertindak demikian selepas berang apabila pegawai berkenaan tidak dapat memberikan penjelasan munasabah mengapa masalah yang dihadapi penduduk di lima taman perumahan masih tidak dapat diselesaikan, walaupun berlarutan sejak lebih lima tahun lalu.

Omar menggambarkan tindakan Murugiah itu seolah-olah pegawai kerajaan itu statusnya seperti hamba apabila mereka boleh diaibkan di hadapan orang lain serta meminta Timbalan Menteri itu menyelesaikan masalah melalui kebijaksanaan dan bukan bertindak bagi mencari populariti.
Di KANGAR, Yang Dipertua MPK, Rosley Mat menyifatkan tindakan Timbalan Menteri itu bukan saja menghina, malah menjatuhkan maruah serta melemahkan semangat pegawai terbabit.

05 Ogos 2010

BOMBA MOHON KERAJAAN PERTIMBANG ELAUN RISIKO

Bernama
5/8/2010



LANGKAWI, 5 Ogos (Bernama) -- Kesatuan Pekerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia akan memohon kepada kerajaan agar mempertimbangkan pemberian elaun risiko kepada anggota pasukan itu yang menyertai tugas-tugas operasi.

Presidennya Salimin Ayed berkata jika diluluskan, kira-kira 8,000 anggot
a bomba seluruh negara layak menerima elaun itu.

"Pihak kesatuan memikirkan elaun itu perlu diberi pertimbangan kerana anggota bomba menjalankan tugas operasi dalam keadaan risko berbahaya," katanya kepada Bernama selepas mesyuarat perwakilan kesatuan itu di sini.

Katanya skim gaji anggota bomba sama seperti penjawat awam yang lain walaupun mereka terdedah dengan risiko berbahaya.

"Sebagai contoh anggota bomba terbabit dalam operasi di Marang, Terengganu baru-baru ini yang menyebabkan seorang meninggal dunia dan seorang cedera yang masih dirawat di hospital, katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang menyediakan butiran permohonan itu untuk diserahkan kepada pengurusan jabatan secepat mungkin untuk dipanjangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurutnya kesatuan akan meminta sokongan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Salimin berkata pihaknya juga menyokong permintaan Cuepacs agar JPA mempercepatkan pembayaran insentif khas kepada anggota bomba yang memandu jentera bomba kerana jentera itu tidak sama seperti kenderaan awam lain dan memerlukan kemahiran pengendalian.

Cadangan insentif itu adalah sebanyak RM250 kepada lebih 1,000 anggota yang akan ditentukan oleh jabatan terbabit.

-- BERNAMA

CUEPACS MINTA JPA SEMAK GRED ANGGOTA BERPAKAIAN SERAGAM

Bernama
5/8/2010





LANGKAWI, 4 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Rabu meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar menyemak semula gred anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen.

Presidennya Omar Osman berkata ini kerana anggota jabatan terbabit tidak boleh disamakan dengan anggota perkhidmatan awam yang lain kerana mereka terdedah dengan keadaan tidak menentu.

"Cuepacs juga meminta JPA mempercepatkan insentif khas kepada anggota bomba yang memandu jentera bomba kerana jentera itu tidak sama seperti kenderaan awam lain dan memerlukan kemahiran pengendalian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan perwakilan Kesatuan Pekerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia di sini.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dengan JPA dan Cuepacs berharap
pembayaran dapat dilakukan segera.

"Kita mencadangkan insentif itu dipertimbangkan sebanyak RM250 kepada lebih 1,000 anggota yang akan ditentukan oleh jabatan terbabit," katanya.

Beliau berkata pemberian insentif itu akan memberi galakan kepada mereka agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga jentera dan penyelenggaraannya.

Mengulas perkara lain, Omar berkata Cuepacs berharap kerajaan dapat menimbang permintaan agar penjawat awam diberi bonus dua bulan gaji.

Cuepacs juga berharap kerajaan dapat menimbang semula dalam pembentangan bajet tidak lama lagi mengenai beberapa permintaan mereka seperti elaun perumahan, elaun sara hidup dan umur persaraan wajib.

Selain itu Omar berkata pihaknya juga menerima maklumat daripada penjawat awam yang bertugas di negeri-negeri di bawah kerajaan pakatan pembangkang tidak dapat bekerja dengan baik.

Perkara itu katanya, tidak patut berlaku kerana penjawat awam melaksanakan tugas mereka tanpa mengira parti yang mentadbir kerajaan.

-- BERNAMA

04 Ogos 2010

TIDAK PERLU SKUAD PANTAU 'CURI TULANG' - KSN

Utusan Malaysia
3 Ogos 2010



KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Kerajaan tidak perlu menubuhkan skuad bagi mengawasi para penjawat awam yang 'curi tulang' ketika waktu bertugas, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Beliau berkata, apa yang penting adalah sikap, kesedaran serta tanggungjawab penjawat awam itu sendiri dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

"Sepatutnya kita tak perlu ada apa-apa skuad. Apa yang penting adalah (sikap) sumber tenaga manusia seperti saudara-saudari (wartawan) juga. Kalau (ditugaskan) datang ke sini tetapi 'curi tulang.'

"Tak datang atau pergi tempat lain, tak temu bual menteri. Itu bukan soal syarikat kena tubuh skuad (tetapi) ia atas diri sendiri untuk pastikan yang kita laksanakan apa yang patut atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan rasmi bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ke tapak projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II di Bukit Payong, Marang hari ini.

Mohd. Sidek diminta mengulas laporan akhbar semalam bahawa penjawat awam yang cuba 'curi tulang' dengan menghabiskan masa di kafetaria atau pusat beli-belah pada waktu pejabat akan dipantau anggota skuad.

MASALAH CURI TULANG PENJAWAT AWAM TIDAK SERIUS - KSN

Bernama
02/08/2010 6:43pm



KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, masalah ”curi tulang” dalam kalangan penjawat awam tidak serius dan hanya berlaku sekali-sekala.

"Di kalangan 1.2 juta penjawat awam mungkin ada sekali sekala tidak melaksanakan apa yang patut dilaksanakan tetapi ia (masalah curi tulang) tidaklah serius,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penubuhan dua pasukan pemantau dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan pejabat Ketua Setiausaha Negara bagi mengesan sesetengah penjawat awam di Putrajaya yang didakwa orang ramai banyak membuang masa di lokasi-lokasi tertentu di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Mohd Sidek berkata, penubuhan skuad pemantau warga perkhidmatan awam itu juga tidak perlu jika masing-masing tahu menjalankan tugas dan tanggungjawab.

”...seperti saudara saudarilah (pemberita) kalau ditugaskan ke sini tapi tidak datang itu sudah curi tulang. Jadi ini bukanlah soal menubuhkan skuad, tetapi lebih kepada soal diri kita sendiri,” katanya.

Mohd Sidek sebelum itu bersama-sama Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor melawat tapak projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 di sini. - Bernama

03 Ogos 2010

PENJAWAT AWAM 'CURI TULANG' DIRAKAM

Utusan Malaysia
2/8/2010



PUTRAJAYA 31 Julai - Awas! penjawat awam yang cuba 'curi tulang' dengan menghabiskan masa di kafetaria atau pusat membeli-belah pada waktu pejabat di sini.

Ini kerana gelagat anda akan dirakamkan menerusi kamera kompak oleh anggota dua skuad pemantau dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Skuad yang ditubuhkan itu akan berkeliaran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti antaranya Taman Warisan Pertanian dan Alamanda untuk merakam perbuatan seumpama itu.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan di JPA, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya memberitahu, pemantauan itu dilakukan ekoran aduan orang ramai terhadap sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di pusat membeli-belah semasa tempoh tersebut.

Waktu rehat bagi sektor awam adalah antara 1 hingga 2 petang sahaja tetapi kelonggaran diberikan kepada penjawat awam yang mempunyai urusan rasmi pada waktu itu.

''Pegawai awam yang ditangkap semasa operasi dilaksanakan akan diambil maklumat peribadi mereka dan dipanjangkan kepada ketua jabatan masing-masing untuk diambil tindakan sewajarnya.

''Ketidakpatuhan waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah-Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974.

''Juga, menyalahi Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta Tatakelakuan Pegawai Awam di bawah Peraturan 4," katanya dalam surat Edaran JPA 2020 yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mohd. Azhar berkata, susulan dari tindakan itu, ketua jabatan diminta menguatkuasakan peraturan mengenai pematuhan waktu masuk bekerja pada sebelah pagi dan tengah hari.

''Mereka juga perlu membuat pemantauan secara berterusan di kantin, kafeteria dan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pegawai di bawah seliaan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Korporat JPA, Nik Noraini Nik Ya berkata, meskipun waktu anjal bekerja diperuntukkan kepada penjawat awam namun ia bukan faktor atau alasan untuk duduk minum di kafetaria semasa waktu pejabat.

''Kita ada tiga waktu anjal bekerja iaitu antara 7.30 pagi hingga 4.30 petang, 8 pagi - 5 petang dan 8.30 pagi - 5.30 petang namun kakitangan tidak boleh sewenang-wenang keluar untuk sarapan pada pukul 9 pagi walaupun anda masuk 7.30 pagi.

''Bagaimanapun di sini, pengecualian tertentu bergantung kepada situasi misalnya jika penjawat awam itu dari kalangan guru. Dengan masa bekerjanya antara 7 pagi hingga 1 petang, takkan skuad berkenaan mahu menahannya atas kesalahan itu jika ternampak dia di Alamanda sekitar pukul 3 petang," katanya.