SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

31 Disember 2010

MTUC PERLU BEBAS PENGARAUH PARTI POLITIK

Berita Harian
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2010/12/31



Pendekatan guna pentas demonstrasi tak lagi relevan

KUALA LUMPUR: Kekalahan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) kelmarin dilihat sebagai petanda awal dasar dan program transformasi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mula diterima rakyat khususnya golongan pekerja. Keputusan pemilihan yang tidak memihak kepada Ketua PKR Cabang Kelana Jaya, Syed Shahir Syed Mohamud apabila kalah kepada bekas timbalan presiden kongres, Mohd Khalid Atan dengan majoriti 42 undi itu juga membuktikan kaedah dan pendekatan menggunakan pentas demonstrasi dan piket bagi memenuhi tuntutan ahli kesatuan tidak lagi relevan. Bagaimanapun MTUC yang menaungi 260 kesatuan sekerja dengan keahlian lebih 500,000 orang perlu menonjol sebagai badan bukan kerajaan (NGO) bebas daripada mana-mana pengaruh parti politik jika mahu dilihat sebagai pertubuhan memperjuangkan kepentingan dan nasib golongan pekerja.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata perubahan kepemimpinan itu bertujuan memperingatkan kepemimpinan baru bahawa kepemimpinan lama lebih mengutamakan nilai politik sehingga membelakangkan isu dan kepentingan pekerja.

Beliau yakin kepemimpinan kerajaan BN semakin mendapat kepercayaan dan keyakinan di kalangan pekerja dan peluang yang diberikan itu seharusnya digunakan sepenuhnya oleh kerajaan untuk meningkatkan perancangan dan dasar supaya sokongan daripada golongan berkenaan akan berterusan.

“Kerajaan harus menggunakan peluang kerana peluang tidak datang dua kali,” kata Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
Kelmarin, Syed Shahir yang menyandang jawatan presiden sejak 2004 mendapat 213 undi, manakala Mohd Khalid yang buat pertama kali bertanding jawatan Presiden MTUC menerima 255 undi.

Pensyarah Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Samsul Adabi Mamat, berkata keputusan pemilihan kongres memberi impak kepada politik semasa apabila reputasi pakatan pembangkang terutama PKR mula menurun sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, keputusan itu juga menjadi petunjuk kepada perubahan minda rakyat, sekali gus memberi ruang kerajaan untuk memperkasakan sokongan terhadap kerajaan melalui dasar yang lebih mesra kepada pekerja.

“Apa yang berlaku ketika ini membuka ruang kepada kerajaan melakukan usaha pemulihan kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan,” katanya.

Penganalisis politik dari USM, Dr Mohd Zaini Abu Bakar, berkata kemungkinan ahli mahu melihat MTUC berubah dan melalui anjakan paradigma selain memerlukan kepemimpinan yang selari dengan dasar kerajaan.

PRESIDEN CUEPACS ENGGAN ULAS ADUAN PERTIKAI PEMILIHAN

The Malaysian Insider
December 30, 2010


KUALA LUMPUR, 30 Dis — Presiden Cuepacs Omar Osman enggan mengulas pemilihan yang kini dipertikaikan sambil berkata segala bantahan yang dikemukakan beberapa kesatuan gabungannya semalam tidak menghalang beliau meneruskan amanah yang diberikan.

Beliau yang dipilih buat penggal kedua bagi sesi 2010-2013 pada Persidangan Tritahunan Ke-25 minggu lepas tidak mahu memberikan apa-apa komen mengenai bantahan itu.

“Fokus utama kepimpinan baru Cuepacs adalah untuk tahun depan, mengenai bantahan itu saya tidak mahu komen apa-apa,” kata beliau dipetik Bernama selepas mesyuarat khas di Wisma Cuepacs di sini.

Semalam beberapa kesatuan anggota gabungan Cuepacs mengemukakan bantahan mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan di konvensyen pemilihan yang berlangsung dari 21 hingga 23 Disember lepas.

Sementara itu Omar berkata tahun depan Cuepacs akan berusaha membanyakkan jumlah anggota gabungan selain mahu semua penjawat awam yang layak menganggotai kesatuan.

Beberapa kesatuan ahli gabungan Cuepacs mengemukakan bantahan mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan pada Konvensyen Cuepacs ke-25 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Disember lalu.

Surat bantahan itu disampaikan oleh bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai.

Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya berkata, bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959.

“Misalnya notis konvensyen yang diberikan kepada ahli gabungan tidak mengikut perlembagaan iaitu tidak mencukupi tempoh, dan wujud kepincangan tatacara ketika pelaksanaan proses pengundian.

“Ia seperti calon memancing undi semasa perwakilan sedang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan kertas undi dan keputusan pengundian tidak diumumkan setelah proses pengiraan undi selesai tetapi ditangguhkan hingga keesokan pagi,” katanya.

Husain, yang kesal dengan insiden berkenaan, menyifatkan kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sepanjang pemilihan diadakan sebelum ini.

Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Universiti Utara Malaysia (UUM), katanya.

Husain berharap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan akan melakukan siasatan dengan segera untuk menentukan kedudukan Konvensyen Cuepacs kedua itu.

OMAR REFUSES TO COMMENT ON CUEPACS ELECTION CONTROVERSY

Bernama
30/12/2010



KUALA LUMPUR, Dec 30 (Bernama) -- Cuepacs president Omar Osman said today that all the protests raised by several affiliated members of the congress yesterday would not stop him from continuing with the trust placed on him.

Omar, who was elected for a second term for the 2010-2013 session at the 25th Triennial Convention last week, refused to comment on the protests.

"The new leadership will continue the mandate given at the convention by focusing on the planning for next year. We want to carry out the decisions of the convention...where our direction for 2011 is to raise the standard of the service scheme and the existing grades.

"Our focus is for next year...on the protests, I don't wish to comment," he told reporters at Wisma Cuepacs, here.

Yesterday, several affiliated members of the Cuepacs had submitted protests claiming that there were breaches to the constitution and regulations at the convention from Dec 21 to 23.

Meanwhile, Omar said that next year, the congress would endeavour to get more affiliated members besides getting all eligible civil servants to become members of the union.

"For the year 2011, we are targeting to raise the integrity of civil servants, raise productivity ...and want to resolve the problems of the more than 6,000 workers, who were reported to have problems by the Director-General of Public Service Department, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah recently. We will try to help," he said.

He also planned to meet with the Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin in the near future to discuss the problems of civil servants under the State Education Department whose contracts were not renewed.

He said that on Jan 12, he would attend the meeting with the Public Service Department (PSD) at Putrajaya to discuss the new evaluation to replace the Efficiency Level Assessment (PTK) examination.

-- BERNAMA

30 Disember 2010

BANTAHAN KONVENSYEN

Harian Metro
30/12/2010



PUTRAJAYA: Akibat tidak berpuas hati dan mendakwa Konvensyen Cuepacs ke-25 pada 21 hingga 25 Disember lalu tidak mengikut perlembagaan dan peraturan, lapan kesatuan sekerja menyerahkan memorandum bantahan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) di sini, semalam.

Kesatuan sekerja terbabit termasuk Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya, Kesatuan Sekerja Fama, Kesatuan Sekerja Mardi dan Kesatuan Sekerja Universiti Utara Malaysia (UUM).


Memorandum bantahan lima muka surat itu diserahkan bekas Timbalan Presiden Cuepacs, Hussain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah JHEKS, Omana J V C Pillai, kira-kira jam 4 petang.

Hussain berkata, antara kandungan memorandum bantahan itu ialah mengenai beberapa insiden dan pelaksanaan konvensyen yang didakwa tidak mematuhi perlembagaan, peraturan dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.


Antaranya, notis konvensyen dikeluarkan tidak mencukupi tempoh serta taraf kelayakan pengerusi konvensyen yang tidak mengemukakan bukti bertulis berhubung perlanjutan kontrak perkhidmatannya.


Selain itu, kata Hussain, pelaksanaan proses pengundian terdapat kepincangan kerana kertas undi diedarkan hanya mengikut jumlah wakil gabungan tanpa mengesahkan kehadiran individu menerusi tandatangan.

“Peti undi juga tidak diselia teratur oleh Jawatankuasa Pemeriksa dan Pengira Undi, malah penggunaan peti undi yang menggunakan kertas A3 diragui kerana tidak unsur keselamatan.


“Ketika proses pengiraan undi dilakukan sebilangan perwakilan mendengar jelas nama calon dipilih dan tiada wakil calon ketika proses pengiraan.

“Malah, keputusan pengundian tidak diumum selepas proses pengiraan undi selesai, sebaliknya ditangguhkan keesokan hari tanpa meminta persetujuan calon atau ahli,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan di sini, semalam.


Hussain berkata, kempen pemilihan juga dirancang kerana gambar Presiden, Omar Osman bersama Perdana Menteri diletakkan pada tiga kain rentang konvensyen sedangkan beliau menjadi calon Yang Dipertua Cuepacs pada pemilihan berkenaan.

29 Disember 2010

AHLI GABUNGAN CUEPACS KEMUKA BANTAH DAKWA KONVENSYEN LANGGAR PERATURAN

Bernama
29/12/2010




PUTRAJAYA, 29 Dis (Bernama) -- Beberapa kesatuan ahli gabungan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Rabu mengemukakan bantahan mendakwa berlaku perlanggaran perlembagaan dan peraturan pada Konvensyen Cuepacs ke-25 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Dis lalu.

Surat bantahan itu disampaikan oleh bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai di lobi Kementerian Sumber Manusia, petang ini.

Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya, berkata bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959.

"Misalnya notis konvensyen yang diberikan kepada ahli gabungan tidak mengikut perlembagaan iaitu tidak mencukupi tempoh, dan wujud kepincangan tatacara ketika pelaksanaan proses pengundian.

"Ia seperti calon memancing undi semasa perwakilan sedang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan kertas undi dan keputusan pengundian tidak diumumkan setelah proses pengiraan undi selesai tetapi ditangguhkan hingga keesokan pagi," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Husain, yang kesal dengan insiden berkenaan, menyifatkan kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sepanjang pemilihan diadakan sebelum ini.

Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Universiti Utara Malaysia (UUM), katanya.

Husain berharap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan akan melakukan siasatan dengan segera untuk menentukan kedudukan Konvensyen Cuepacs kedua itu.

Omana ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan melakukan siasatan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

-- BERNAMA

PEMILIHAN CUEPACS DIPERTIKAI, GABUNGAN MAHU DIISTIHAR TAK SAH

The Malaysia Insider
TERKINI @ 07:08:09 PM 29-12-2010
December 29, 2010



KUALA LUMPUR, 29 Dis — Dilihat sebagai kali pertama dalam sejarah Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), keputusan pemilihan minggu lalu kini dipertikaikan dan mahu diisytiharkan sebagai tidak sah.

Sekurang-kurangnya lima kesatuan gabungan Cuepacs membawa pertikaian berhubung tatacara pemilihan yang menyaksikan presidennya Omar Osman, yang kontrak perkhidmatan beliau dikatakan disambung setahun, dibawa ke perhatian Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk tindakan susulan — diisytiharkan sebagai melanggar peraturan dan undang-undang kesatuan sekerja.

Pemimpin-pemimpin kesatuan itu juga mahu satu pemilihan baru diadakan. Pemilihan minggu lalu diadakan sempena persidangan tritahunannya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam memorandum yang dikemukakan petang ini, antara lain kesatuan-kesatuan tersebut menggariskan Cuepacs telah gagal mematuhi tatacara pemilihan.

“Salah satu perkara yang menjadi pertikaian ialah sekretariat Cuepacs telah gagal mematuhi keperluan memberikan notis pemilihan lapan minggu sebagaimana dikehendaki oleh perlembagaan Cuepacs,” kata bekas setiausaha agung Ahmad Shah Mohd Zin kepada The Malaysian Insider.

“Ini pelanggaran yang jelas dan bertentangan dengan perlembagaan Cuepacs,” kata Ahmad Shah yang berada di Mekah untuk menunaikan haji.

The Malaysian Insider difahamkan notis itu dikeluarkan minggu kedua bulan November manakala persidangan perwakilan tritahunannya, yang dirasmikan pada 21 Disember.

Dengan pemilihan diadakan pada 22 Disember, sesi pencalonan pemilihan ditutup 30 November manakala pengesahan penerimaan adalah pada 15 Disember.

Ahmad Shah yang juga Setiausaha Agung Kesatria berkata, sekretariat Cuepacs juga telah gagal mewartakan tempat pemilihan sebagaimana dikehendaki oleh Akta Kesatuan Sekerja.

Malah mereka juga mempertikaikan pelanggaran keputusan tidak diumumkan pada hari yang sama, sebaliknya pada keesokan hari.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut. “Kami berharap Jabatan Kesatuan Sekerja akan menyiasat dengan rapi dan mengarahkan satu pemilihan baru diadakan,” kata beliau.

Pada pemilihan yang berlangsung Rabu lalu Omar menewaskan Ramli Omar manakala Ahmad Shah pula tewas kepada Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Peng dalam saingan tiga penjuru. Seorang lagi pencabar ialah Ku Azmi Ku Ibrahim, yang kali pertama bertanding jawatan setiausaha agung.

Jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Azih Muda dan Zainal Ismail.

Azih yang juga timbalan presiden semasa memperoleh undi tertinggi dan dijangka akan menggantikan Omar apabila beliau bersara tahun depan.

Tiga kerusi jawatan timbalan setiausaha agung dimenangi oleh Adnan Mat, Abd Rahman Norrdin dan Mohamad Baharom.

Jawatan setiausaha kewangan yang menyaksikan persaingan satu lawan satu dimenangi Ja’apar Mansor, yang menewaskan Samuel Devadasan.

The Malaysian Insider juga difahamkan pertikaian itu boleh dibawa ke mahkamah jika kesatuan yang mengadu itu tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.

Cuepacs walaupun sebuah badan induk tetapi ia didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja manakala Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang turut mengadakan pemilihan hari ini didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan.

Dalam pada itu Bernama melaporkan, bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai di lobi Kementerian Sumber Manusia, petang ini.

Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya berkata, bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Universiti Utara Malaysia (UUM), katanya.

Husain berharap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan akan melakukan siasatan dengan segera untuk menentukan kedudukan Konvensyen Cuepacs itu.

Omana ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan melakukan siasatan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

TABUNG AMANAH PERWIRA JUGA UNTUK ORANG AWAM

Bernama
29/12/2010 2:00pm



KOTA KINABALU, 29 Dis. - Mungkin ramai tidak tahu Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) yang diwujudkan sejak 42 tahun lalu juga meliputi orang awam yang menabur bakti kepada masyarakat.

Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang berkata, selain membantu anggota pasukan keselamatan yang meninggal dunia atau cedera ketika bertugas, TAPPN turut menghulur bantuan kepada orang awam yang berjiwa perwira.

"Kita turut mengiktiraf keberanian orang awam. Misalnya dalam kes ragut, sering kali orang yang terlibat meninggal dunia atau cedera. Jadi wajar kita beri bantuan.

"Inilah cara kita membalas jasa perwira dari kalangan masyarakat awam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Penjawat Awam Kementerian Pertahahan Sabah, di sini hari ini. - Bernama

MTUC: DUA KESATUAN PENYOKONG KUAT ZAINAL RAMPAK 'RUJUK' BALIK

The Malaysia Insider
Oleh G. Manimaran
December 29, 2010


PETALING JAYA, 29 Dis — Dua kesatuan gabungan berpengaruh, yang dilihat ‘merajuk’ selepas Datuk Zainal Rampak gagal mempertahankan jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) enam tahun lalu, kembali ‘merujuk’ sempena pemilihan kali ini.

Keputusan itu membolehkan kesatuan gabungan itu, yang menyediakan 15 undi, menyertai pemilihan kali ini yang pengundiannya sedang berlangsung.

Keputusan dijangka diumumkan lewat petang nanti. Salah satu kesatuan gabungan ialah Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan (TWU) yang Zainal masih merupakan setiausaha agungnya. Salah lagi ialah Kesatuan Pekerja-pekerja KTM (RUM).

Kedua-dua kesatuan itu pernah melahirkan pemimpin-pemimpin kanan MTUC. Dua pemimpin kanan TWU iaitu Zainal dan mendiang Dr V David menerajui MTUC atas kapasiti sebagi presiden dan setiausaha agung.

Donald U’ren dan Abdul Gafor masing-masing pernah menyandang jawatan presiden dan timbalan presiden.

Pemimpin RUM juga pernah memimpin Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), antaranya Mohamad Abas sebagai presidennya.

Abdul Razak Md Hassan
“Kami bukan merajuk tetapi saya meluangkan masa untuk memperkukuhkan kesatuan saya (RUM) terlebih dahulu. Kalau kesatuan kita sendiri tidak cantik, macam mana kita hendak mencantikkan badan induk kesatuan macam MTUC,” kata Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan (gambar) kepada The Malaysian Insider pada hari kedua persidangan tiga tahunan MTUC di Wisma Peladang di sini hari ini.

Hari kedua persidangan menyaksikan proses pemilihan. Pada pemilihan 2004 Zainal tewas di tangan Syed Shahir Syed Mohamud.

Hari ini, Syed Shahir mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.

Ekoran keputusan enam tahun lalu, sekitar 10 kesatuan yang menyokong Zainal didakwa memutuskan untuk menjauhkan diri daripada aktiviti MTUC dengan tidak membayar yuran dan oleh itu, kesatuan-kesatuan itu dianggap sebagai tidak aktif.

Status mereka diaktifkan semula susulan yuran keanggotaan mereka dijelaskan termasuk mereka boleh menyertai persidangan dan pemilihan pucuk kepimpinan sebagai perwakilan yang sah.

The Malaysian Insider difahamkan TWU membayar yurannya baru-baru ini. Bagaimanapun Zainal tidak kelihatan pada persidangan kali ini.

Semalam beliau membuat kenyataan mengenai sistem pengangkutan awam bas dan siri kemalangan yang disaksikan baru-baru ini.

Abdul Razak yang bertanding jawatan timbalan presiden berkata, beliau mahu membawa balik kesatuan-kesatuan yang keluar dan mereka yang sudah tidak aktif lagi.

Langkah kesatuan-kesatuan yang kembali ke pangkuan untuk aktif semula dilihat akan memberi sokongan kepada beliau.

Beliau juga mengakui TWU dan RUM pernah muncul kesatuan gabungan berpengaruh satu ketika dahulu.

“Mengambil kira kepentingan sistem pengangkutan awam sekarang, saya lihat kesatuan-kesatuan sektor pengangkutan mempunyai peranan penting dalam MTUC,” katanya.

Inisiatif itu juga merupakan salah satu perkara yang digariskan dalam manifesto Abdul Razak pada pemilihan kali ini.

“Saya ada hantar mesej SMS kepada Datuk Zainal semalam, baru semalam saya tahu kesatuan Zainal sudah kembali aktif... saya ucapkan terima kasih kerana TWU kembali aktif.

“Keputusan kami bukan sesuatu yang dirancang, tetapi secara kebetulan dan saya mahu lebih banyak kesatuan gabungan kembali ke pangkuan MTUC,” kata bekas ‘orang kuat’ Zainal ini.

BARISAN KHALID- CALON BEBAS NAFI KOMPROMI, SAINGAN SENGIT

Malaysia Insider
Oleh G Manimaran
December 29, 2010




PETALING JAYA, 29 Dis — Pemilihan pucuk pimpinan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berlangsung pagi ini dengan dua kem yang bersaing dan barisan calon ‘bebas’ menafikan wujud kompromi minit-minit terakhir bagi mendapatkan sokongan, yang dipercayai boleh menentukan arah aliran undi.

Apa yang jelas, kempen minit-minit terakhir berterusan sehingga tengah malam tadi, dengan siri majlis diadakan dengan diiringi jamuan meraikan para perwakilan dan pengundi.

Di sebelah pagi semalam, kempen kelihatan rancak diadakan di pekarangan Wisma Peladang di sini sementara menanti majlis perasmian oleh Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud yang mahu mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga. Suasana sedemikian dijangka akan disaksikan pagi ini.

Proses pengundian dijadual bermula 9 pagi manakala keputusan dijangka diketahui lewat petang. Syed Shahir berhadapan dengan cabaran timbalannya Khalid Atan.

Jawatan timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru antara P Maniyam, Mohd Jafar Abd Majid dan Abdul Razak Md Hassan.

Sementara Maniyam berada dalam pasukan Syed Shahir, Abd Jafar berganding dengan Khalid manakala Abdul Razak bertindak calon bebas.

Ini kali pertama Abdul Razak turun gelanggang selepas ‘berehat’ selama hampir dua penggal.

Jawatan utama setiausaha agung juga menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid, Abdul Halim Mansor dan J Solomon.

Abdullah Sani berada dalam senarai ‘direstui’ kumpulan Syed Shahir manakala Abdul Halim, yang merupakan timbalan setiausaha agung, menyertai gandingan Khalid untuk mengambil alih jawatan itu daripada G Rajasekaran, yang memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya.

Solomon, yang menyertai persaingan kali ini ‘secara tiba-tiba’ dan mengejutkan banyak pihak, juga bertindak sebagai calon bebas sebagaimana Abdul Razak.

The Malaysian Insider difahamkan, kedua-dua Abdul Razak dan Solomon akan memainkan peranan signifikan dalam ‘memecah’ undi dalam saingan jawatan masing-masing.

Jarang ada persaingan tiga penjuru bagi jawatan-jawatan utama MTUC.

Malah, The Malaysian Insider difahamkan Solomon dan barisan Khalid membuat kompromi bagi jawatan setiausaha agung walaupun sudah ada barisan rasmi mereka.

“Kami dengar Khalid membawa Solomon bertemu dengan Rajasekaran untuk berkompromi bagi jawatan setiausaha agung. Kalau begitu apa maksudnya?” kata seorang perwakilan yang memihak kumpulan Syed Shahir.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Solomon, Abdul Halim dan Rajasekaran sendiri.

“Tidak, tidak. Abdul Halim masih dalam barisan Khalid. Dakwaan-dakwaan ini usaha minit terakhir untuk memecah undi dan sokongan,” kata Rajasekaran kepada The Malaysian Insider.

Rajasekaran menyokong Abdul Halim untuk bertanding jawatan setiausaha agung dan ia dilihat “rahsia terbuka” dalam MTUC.

“Kedua-dua mereka kawan lama, semua orang mengetahui perkara ini,” kata seorang perwakilan.

Abdul Halim juga menafikan wujud kompromi sedemikian.

“Kami masih kekal dengan pasukan kami, itu tidak benar,” kata beliau dengan merujuk kepada senarai pasukan mereka yang edarkan tengah hari semalam di luar dewan persidangan.

“Sehingga sekarang tiada perubahan, dan tidak akan ada perubahan. Pasukan kami ‘Daripada Pekerja Kepada Pekerja kekal, tiada perubahan. Saya yakin kumpulan kami ini akan menang untuk membawa perubahan dalam MTUC,” katanya.

Solomon yang diajukan soalan itu turut menafikan cakap-cakap sedemikian.

Malah Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) ini juga menafikan beliau dibawa oleh Khalid untuk bertemu dengan Rajasekaran.

“Tidak ada. Saya berjuang seorang diri tanpa pasukan, saya yakin dengan sokongan perwakilan. Kalau saya menang, saya akan bekerjasama dengan sesiapa saja,” kata beliau yang mengeluarkan manifesti 10 perkara.

Malah pekerja-pekerja pasukan kempennya kelihatan menaikkan banting mempromosikan cuti bersalin 90 hari, yang mereka berjaya peroleh untuk pekerja-pekerja perbankan dan kewangan baru-baru ini.

Ia menjadi salah satu modal kempen beliau bagi mendapatkan sokongan mereka yang berada di luar Wisma Peladang semalam.

Di sebalik cakap-cakap sedemikian, Abdullah Sani yang cuba kali kedua bertanding jawatan setiausaha agung berkata, beliau yakin akan melakukan kejutan kali ini selepas tewas hanya empat undi tiga tahun lalu.

“Berdasarkan sokongan yang diperlihatkan setakat hari ini (petang semalam), saya yakin boleh menang... saya yakin,” kata beliau.

Dalam manifestonya Solomon juga berkata, beliau menawarkan khidmat bagi merapatkan jurang pendapatan, mengambil langkah-langkah positif dan efektif untuk meminta kerajaan meminda Akta Kerja 1955 untuk menjadikan faedah cuti bersalin bagi semua pekerja wanita menjadi realiti dan menggesa pindaan ke atas undang-undang perburuhan yang berkaitan, antaranya Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja agar hak dan manfaat pekerja dilindungi dan diperbaiki.

Beliau juga mahu menjadikan MTUC sebuah pertubuhan yang efektif, yang boleh memikat rakyat pelbagai lapisan rakyat khususnya generasi muda.

Abdul Razak pula mengeluarkan manifesto 18 perkara dengan bertemakan “Pekerja Berwawasan, Negara Membangun”.

Antaranya beliau mahu kerajaan mewujudkan peruntukan undang-undang gaji minimum RM1,200, MTUC menghindari amalan berpuak-puak, memperkukuh MTUC, mendesak Persekutuan Majikan-majikan Malaysia lebih liberal dan prihatin dengan memberikan pandangan dan cadangan sebagai rakan dialog tiga pihak dan mahu kerajaan memberikan hak perundingan bersama setiap tiga tahun kepada kakitangan sektor awam.

Dalam pada itu, jawatan timbalan setiausaha agung disaingi R Jey Kumar dan Samueal Devadasan, yang sekarang merupakan setiausaha kewangan dan tewas dalam pertandingan jawatan setiausaha kewangan di Cuepacs minggu lalu.

Jawatan setiausaha kewangan juga menyaksikan saingan satu lawan satu antara Abdullah Abu Bakar dan Awang Ibrahim dan begitu juga jawatan timbalan setiausaha kewangan yang disaingi Jimmy Tong dan Md Helmee Abu.

Abdullah dan Jimmy, yang juga penyandang jawatan timbalan setiausaha kewangan, berada dalam kumpulan Khalid.

Jawatan naib presiden kategori swasta yang menawarkan lima kerusi ditandingi A Balasubramaniam, Robert Vijendran, Mohd Roszeli Majid, Bruno Pereira, K Brabakarun, S Nadarajan, J Ganesan Murty, S Somahsundram, Mohd Khir Mansor, Ng Choo Seong, Samsudin Usop dan Samshor Abdullah.

Kang Bee Leng, Rosilah Hashim dan Hashim Adnan telah menang tanpa cabaran tiga kerusi naib presiden sektor awam manakala empat orang bertanding tiga kerusi naib presiden badan-badan berkanun iaitu Zainal Ismail, Ahmad Helmi Ibrahim, S Subramaniam dan K Vinothan.

Seramai 552 perwakilan melibatkan 121 kesatuan akan mengundi hari ini.

MTUC mempunyai 260 kesatuan gabungan melibatkan sekitar 500,000 ahli dengan dua pertiga adalah kesatuan sektor swasta.

27 Disember 2010

JAWATAN PRESIDEN MTUC DICABAR

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2010/12/27


Pertandingan di antara Syed Shahir, Timbalan Presiden dijangka sengit

KUALA LUMPUR: Pemilihan tertinggi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Rabu ini menyaksikan persaingan satu lawan satu bagi mengisi jawatan Presiden membabitkan pertembungan dua kumpulan berbeza dalam kesatuan sekerja itu. Penyandang, Syed Shahir Syed Mohamud yang sudah dua penggal menerajui MTUC akan dicabar oleh timbalannya, Mohd Khalid Atan yang turut disebut sebagai ‘calon’ pilihan.

Sumber MTUC berkata, selain dua puak dikenali kumpulan Syed Shahir dan Setiausaha Agungnya, G Rajasekaran, pemilihan kali ini amat sengit kerana segelintir calon bertanding adalah pemimpin veteran.

Kata sumber, walaupun ini adalah kali pertama Mohd Khalid bertanding kerusi nombor satu MTUC tetapi beliau menerima 18 pencalonan daripada pelbagai kesatuan sekerja berbanding Syed Shahir (14).

“Beliau (Mohd Khalid) juga menerima sokongan padu daripada Rajasekaran... dalam MTUC semua ahli mengenali beliau (Rajasekaran) yang sudah 40 tahun bergiat aktif dalam MTUC selain berkhidmat selama 17 tahun sebagai setiausaha agung.

“Bagaimanapun, kita merasakan perwakilan bijak memilih barisan kepemimpinan baru yang dapat terus bersuara dan berjuang untuk kaum pekerja di negara ini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Persidangan MTUC selama dua hari bermula Selasa ini, yang dijadualkan berlangsung di Bangunan Peladang di Petaling Jaya, Selangor akan dihadiri seramai 550 perwakilan.

Sementara itu, jawatan setiausaha agung pula menyaksikan persaingan tiga penjuru selepas penyandang, Rajasekaran membuat keputusan untuk tidak bertanding pada pemilihan kali ini seterusnya bersara daripada MTUC.

Timbalan Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor yang menerima 19 pencalonan untuk jawatan setiausaha agung akan dicabar oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid (11) dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), J Solomon (satu).

Jawatan Timbalan Presiden MTUC turut menyaksikan cabaran tiga penjuru selepas Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng menarik diri daripada bertanding kerana mahu memberi tumpuan terhadap tugas barunya itu.

Tiga calon yang akan meneruskan perlumbaan ialah P Maniyam daripada Kesatuan Sekerja Industri Elektrikal (EIWU) yang mendapat 12 pencalonan, Mohd Jafar Abd Majid (5) dan Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Bhd, Abdul Razak Md Hassan (satu).

PUTRAJAYA RAMAI WANITA

Berita Harian
Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
2010/12/27



Pusat pentadbiran alami kadar pertumbuhan penduduk pesat

PUTRAJAYA: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan bahawa Putrajaya mencatatkan nisbah jantina lelaki terendah iaitu 88 lelaki bagi setiap 100 wanita.
Ini bermakna daripada 67,964 penduduk yang dilaporkan tinggal di Putrajaya, seramai 31,881 orang adalah lelaki iaitu perbezaan sebanyak 4,202 orang berbanding jumlah wanita yang dicatatkan iaitu seramai 36,083 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata jumlah itu adalah jauh lebih rendah daripada nisbah jantina pada peringkat kebangsaan yang keseluruhannya menunjukkan terdapat 105 lelaki bagi setiap 100 wanita.

Banci 2010 melaporkan bahawa daripada jumlah keseluruhan penduduk iaitu seramai 27,565,821 orang, sebanyak 14,112,667 adalah lelaki manakala baki 13,453,154 adalah wanita.

Beliau berkata, selain Putrajaya, negeri lain yang turut menunjukkan nisbah jantina lelaki lebih rendah berbanding wanita ialah Perlis iaitu 97:100 iaitu jumlah penduduk lelaki hanya 111,709 orang berbanding wanita seramai 115,316 orang.

“Selain mencatatkan nisbah jantina yang terendah, Putrajaya turut mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang paling pesat sebanyak 17.77 peratus iaitu daripada 11,501 orang pada 2000 kepada 67,964 orang pada 2010. “Antara faktor yang dikenal pasti ialah pewartaan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 2001 dan ini menyebabkan berlakunya perpindahan ramai kakitangan kerajaan ke sini untuk mendiami kuarters yang disediakan.

“Ia sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah penduduk dalam tempoh 10 tahun iaitu dari 2000 hingga 2010,” katanya ketika mengumumkan Laporan Kiraan Permulaan Banci 2010 di sini, baru-baru ini.

Banci 2010 yang berlangsung dari 6 Julai hingga 22 Ogos lalu itu adalah banci kelima yang dilaksanakan sejak tahun penubuhan Malaysia pada 1963 dan ia bertujuan mengumpul data mengenai ciri-ciri tempat kediaman, isi rumah dan penduduk di Malaysia.

Laporan kiraan permulaan Banci 2010 diumumkan minggu lalu, dan daftar maklumat yang lebih lengkap dijangka diumumkan pada Julai 2011 selepas semua data selesai dianalisis dan diproses sepenuhnya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman ketika dihubungi mengakui mengenai senario sedang berlaku di Putrajaya.

Katanya, CUEPACS sudah menubuhkan Unit Penduduk dan Pembangunan Penjawat Awam untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyeimbangkan jumlah jantina lelaki dan wanita sebagai penjawat awam.

24 Disember 2010

PENJAWAT AWAM JADI AHLI CUEPACS SECARA AUTOMATIK

Utusan Malaysia
24/12/2010




KUALA LUMPUR 23 Dis. - Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang berakhir hari ini mencapai kata putus untuk memastikan semua penjawat awam yang layak menjadi ahlinya secara automatik.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, pihaknya akan memaklumkan hasrat berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam masa terdekat.

"Kita sasarkan pada 2011 semua penjawat awam yang layak akan menjadi ahli kerana kita tidak mahu ada yang menentang perjuangan CUEPACS.

"Daripada jumlah keseluruhan penjawat awam, terdapat 900,000 yang layak menjadi ahli namun pada masa ini hanya kira-kira 500,000 orang sahaja yang telah mendaftar," katanya.

Beliau ditemui pemberita sejurus Konvensyen Tritahunan kali Ke-25 CUEPACS yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), di sini, ditangguhkan petang ini.

Konvensyen berkenaan turut membabitkan proses pemilihan kepimpinan CUEPACS bagi penggal 2010 hingga 2013 yang menyaksikan Omar berjaya mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI (Kekam), Ramli Omar.

Omar memperoleh 816 undi manakala pencabarnya mendapat 154 undi sahaja.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk memastikan semua kesatuan dalam perkhidmatan awam menjadi ahli gabungan CUEPACS.

Katanya, pada masa ini sebanyak 79 kesatuan sudah menjadi ahli gabungan manakala 12 kesatuan lagi dalam proses pertimbangan.

"Terdapat lebih daripada 50 kesatuan yang belum membuat permohonan berikutan kutipan yuran yang masih rendah," katanya.

Sementara itu, Omar melahirkan harapan supaya kerajaan mendahulukan ahli-ahli CUEPACS dalam mempertimbangkan kenaikan pangkat, peluang latihan mahupun pemberian bonus.

Katanya, ia kerana terdapat segelintir penjawat awam yang tidak menghargai perjuangan CUEPACS termasuklah melemparkan kritikan apabila sesuatu desakan tidak berjaya namun tidak pula mengucapkan terima kasih apabila desakan itu dipenuhi kerajaan.

"Kita juga tidak mahu ahli kita yang ada potensi dan kreatif diketepikan manakala bukan ahli dilantik ke jawatan yang lebih baik hanya kerana selalu berdampingan dengan pihak atasan," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, konvensyen berkenaan, bersetuju untuk menubuhkan unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) hal ehwal penjawat awam.

Katanya, ia bagi memenuhi hasrat ahli yang mahu melihat CUEPACS berjuang secara tersusun dan bertindak dengan lebih cekap.

YIM PHENG TARIK DIRI TANDING JAWATAN MTUC

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar
2010/12/24



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk memberi tumpuan kepada jawatan barunya itu.

Yim Pheng yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memberitahu Berita Harian semalam, beliau juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Ibu Pejabat MTUC, minggu lalu.
Sebelum ini saya mengemukakan pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden MTUC, tetapi pada minggu lalu sebelum berlangsung Konvensyen Tritahunan ke-25 CUEPACS, saya membuat keputusan menarik diri daripada bertanding.
Saya perlu memberi fokus kepada jawatan baru (Setiausaha Agung CUEPACS) dan ia juga janji kepada perwakilan yang memilih saya untuk jawatan berkenaan, katanya semalam.

Pemilihan tertinggi MTUC dijadualkan berlangsung dua hari bermula Selasa depan dan Yim Pheng menerima 14 pencalonan daripada pelbagai kesatuan sekerja untuk jawatan timbalan presiden.

Pada konvensyen kesatuan sekerja itu semalam, Yim Pheng menerima 468 undi untuk jawatan Setiausaha Agung CUEPACS dalam persaingan tiga penjuru menewaskan penyandangnya, Ahmad Shah Mohd Zin (263) dan seorang lagi calon, Ku Azmi Ku Ibrahim (278).

Sementara itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI, Ramli Omar yang tewas kali ketiga merebut jawatan Presiden CUEPACS, berkata beliau tidak sedih atas kekalahannya sebaliknya mengharapkan kepemimpinan baru akan terus berjuang untuk anggota sektor awam.
Setiap pemimpin yang bertanding apa-apa jawatan mempunyai visi tersendiri. Begitu juga saya dan tidak mengapa saya kalah dalam perebutan jawatan Presiden CUEPACS kali ini.

Ini percubaan terakhir saya kerana pada konvensyen CUEPACS akan datang saya tidak akan bertanding kerana bersara tahun depan, katanya.

OMAR OSMAN PERTAHAN JAWATAN PRESIDEN CUEPACS

Berita Harian
24/12/2010



KUALA LUMPUR: Omar Osman diumumkan Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini selepas menewaskan pencabarnya, Ramli Omar, Presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI.

Omar mempertahankan jawatan itu untuk penggal kedua selepas memenanginya tanpa bertanding pada 2007.

OMAR KEKAL JAWATAN PRESIDEN CUEPACS

Bernama
24/12/2010





KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman mempertahankan jawatannya setelah menewaskan presiden Kesatuan Kakitangan Am Mardi Ramli Omar pada pemilihan kongres itu yang berlangsung di sini Rabu.

Omar mendapat 816 undi berbanding lawannya 154 undi.

Keputusan pemilihan bagi penggal 2010-2013 itu diumumkan pada hari terakhir konvensyen tritahunan ke-25 kongres itu di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada Khamis.

Dua jawatan timbalan presiden disandang oleh Azih Muda dan Zainal Ismail manakala jawatan setiausaha agung dimenangi oleh Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Pheng yang menewaskan penyandang Ahmad Shah Mohd Zin dan seorang lagi calon Ku Azmi Ku Ibrahim.

Jaafar Mansor pula dipilih sebagai setiausaha kewangan.

Bercakap kepada pemberita, Omar berkata Cuepacs akan meneruskan perjuangan bagi menaikkan taraf skim perkhidmatan mengikut perubahan kelayakan selain berusaha meningkatkan jumlah kesatuan gabungan.

Katanya Cuepacs juga mahu melaksanakan keanggotaan wajib dan automatik bagi semua penjawat awam yang layak menganggotai kesatuan.

Beliau berkata surat rasmi akan dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) supaya apa juga penambahbaikan, latihan, bonus dan kenaikan gred diberi keutamaan kepada mereka yang menganggotai kesatuan di bawah Cuepacs.

"Kita tak mahu penjawat awam yang tidak menjadi anggota kesatuan menumpang perjuangan Cuepacs kerana faedah yang diperolehi esok akan dinikmati bersama. Kita mahu bagi mereka yang layak, mereka wajib masuk kesatuan," katanya.

"Mereka tidak boleh memberi alasan tidak memperoleh apa-apa faedah dengan menyertai kesatuan. Ada juga yang tidak menghormati perjuangan Cuepacs," katanya.

Menurutnya ketika ini hanya 560,000 anggota menyertai gabungan Cuepacs berbanding 900,000 penjawat awam yang layak.

-- BERNAMA

23 Disember 2010

KESILAPAN PANEL 'KEJUT' PERWAKILAN TAPI OMAR K AGUNGEKAL PRESIDEN, LOK SU AGUNG

Malaysia Insider
23/12/2010



KUALA LUMPUR, 23 Dis — Kemenangan Omar Osman sebagai presiden dan Lok Yim Peng selaku setiusaha agung tidak terjejas meskipun panel pemilihan Cuepacs membuat kesilapan ‘teknikal’ ketika membuat pengumuman keputusan pagi tadi.

Wakil jawatankuasa pemilihan tersilap mengumumkan bahawa jawatan setiausaha agung telah dimenangi oleh Ahmad Shah Mohd Zin sedangkan Lok menewaskan beliau dengan memperoleh 468.

Perwakilan persidangan Cuepacs kelihatan tersentak apabila diumumkan bahawa yang menang jawatan itu ialah Ahmad Shah, yang merupakan penyandang.

Keputusan tidak rasmi sudah pun diketahui lewat malam tadi.

Bagaimanapun kesilapan itu dibetulkan dengan Lok diisytiharkan sebagai pemenang dengan mengatasi dua pencabar. Ahmad Shah mendapat 263 undi.

Jawatan itu turut ditanding oleh muka baru Ku Azmi Ku Ibrahim yang mendapat 278 undi.

Keputusan rasmi diumumkan pagi ini — hari terakhir persidangan tritahunan yang diadakan di kampus Universiti Malaya di sini.

The Malaysian Insider membawa laporan berdasarkan keputusan tidak rasmi awal pagi tadi.

Omar mengekalkan jawatannya dengan memperoleh 815 undi manakala pencabarnya Ramli Omar mendapat 154 undi.

Beberapa perwakilan memberitahu The Malaysian Insider, kejayaan selesa Omar berhubung kait dengan hubungan secara langsung beliau dengan kesatuan-kesatuan gabungan Cuepacs selama ini.

“Saya melihat beliau mendapat banyak undi simpati memandangkan beliau kelihatan seorang pemimpin yang senang didekati, malah beliau banyak membantu kesatuan dengan memberikan sokongan kewangan,” kata seorang pegawai kanan kesatuan.

Cuepacs kini mempunyai sokongan kewangan lebih baik berbanding dekad-dekad sebelum ini dengan memperoleh geran tahunan kerajaan. Malah, walaupun isu lanjutan kontrak perkhidmatan ditimbulkan, Omar dilihat menguasai sokongan besar perwakilan sejak awal lagi. Ramli berganding dengan Ahmad Shah yang mempertahankan jawatan setiausaha agung buat penggal ketiga.

Kemenangan Lok pula banyak dikaitkan dengan pengaruh beliau dalam Majlis Bersama Kebangsaan Kumpulan Sokongan Am yang menyediakan sekitar 400 undi.

Pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan Cuepacs juga mengganggotai tiga Majlis Bersama Kebangsaan pekhidmatan awam.

Dua lagi majlis adalah bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Sains dan Teknologi.

Lok dilihat menerima sokongan daripada anggota kedua-dua Majlis Bersama Kebangsaan Kumpulan Sokongan Am dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Selain itu, isu projek berita SMS Cuepacs juga dilihat menjejaskan sokongan Ahmad Shah meskipun Omar menjelaskan perwakilan pada hari persidangan bahawa isu itu telah selesai dan tiada penyelewengan ataupun salah guna kuasa.

Lok, yang turut dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang pemilihannya akan diadakan minggu depan.

Ini kali kedua seorang wanita dipilih sebagai setiausaha agung Cuepacs. Ahmad Shah ketika dihubungi berkata beliau menerima kekalahan tetapi “apa yang lebih penting ialah pembangunan organisasi Cuepacs.”

“Pemimpin silih berganti, datang dan pergi. Perjuangan Cuepacs mesti diteruskan, kepentingan kakitangan perlu diperjuangkan,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kekalahannya juga berpunca daripada taktik kotor yang digunakan pihak pesaing.

“Isu-isu yang sudah selesai dibangkitkan, memang ada taktik kotor, isu lama ditimbulkan semula dan ada unsur provokasi,” katanya.

Jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Azih Muda dan Zainal Ismail yang masing-masing mendapat 754 dan 431 undi. Azih, yang juga timbalan presiden semasa, atas kapasiti sebagai timbalan presiden I akan menggantikan Omar apabila beliau bersara tahun depan, dipercayai awal September.

“Dengan kemenangan ini, kami akan memberi tumpuan ke atas soal-soal kebajikan kakitangan awam seperti pemilikan rumah, pinjaman perumahan, pembangunan kerjaya dengan menyediakan kemudahan melanjutkan pelajaran, penambahbaikan skim perkhidmatan,” kata beliau.

Tiga kerusi jawatan timbalan setiausaha agung dimenangi oleh Adnan Mat, Abdul Rahman Mohd Nordin dan Mohamad Baharom. Adnan memperoleh 679 undi, Abd Rahman (527) dan Mohamad (570).

Adnan merupakan penyandang jawatan itu. Jawatan setiausaha kewangan yang menyaksikan persaingan satu lawan satu dimenangi Ja’apar Mansor, yang menewaskan Samuel Devadasan.

Azhar Abdul Shukri menewaskan Hamzah Masri untuk menerajui jawatan timbalan setiausaha kewangan.

TAK RASMI: OMAR KEKAL PRESIDEN CUEPACS, LOK SU AGUNG BARU

Malaysia Insider
Manimaran
23/12/2010




KUALA LUMPUR, 23 Dis — Omar Osman berjaya mempertahankan jawatan Presiden Cuepacs dengan kemenangan selesa meskipun berhadapan dengan isu beliau dilanjutkan kontrak perkhidmatan selama setahun lagi.

Malah, keputusan tidak rasmi yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan, calon barisannya juga sapu bersih pemilihan kali ini kecuali jawatan setiausaha kewangan dan timbalan setiausaha kewangan masing-masing merupakan calon barisan saingan kumpulan Omar.

Tiga tahun lalu Omar menang jawatan presiden tanpa cabaran.

The Malaysian Insider difahamkan Omar memperoleh 815 undi manakala pencabarnya Ramli Omar, yang pernah cuba tiga kali, mendapat 153 undi.

Setiausaha Agung Ahmad Shah Mohd Zin gagal mengejut dalam usahanya mempertahankan jawatan itu.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Peng memperoleh 468 undi untuk mengambil alih jawatan itu.

Seorang lagi pencabar, Ku Azmi Ku Ibrahim, yang kali pertama bertanding jawatan setiausaha agung, mendapat 278 undi manakala Ahmad Shah menerima 263 undi.

Ramli berganding dengan Ahmad Shah yang mempertahankan jawatan setiausaha agung buat penggal ketiga.

Lok, yang turut dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang pemilihannya akan diadakan minggu depan.

Ini kali kedua wanita dipilih sebagai setiausaha agung Cuepacs.

Jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Azih Muda dan Zainal Ismail.

Azih yang juga timbalan presiden semasa memperoleh undi tertinggi dan dijangka akan menggantikan Omar apabila beliau bersara tahun depan.

Tiga kerusi jawatan timbalan setiausaha agung dimenangi oleh Adnan Mat, Abd Rahman Norrdin dan Mohamad Baharom.

Jawatan setiausaha kewangan yang menyaksikan persaingan satu lawan satu dimenangi Ja’apar Mansor, yang menewaskan Samuel Devadasan.

Azhar Abdul Shukri menewaskan Hamzah Masri untuk menerajui jawatan timbalan setiausaha kewangan.

Persidangan Tritahunan Cuepacs dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan hari ini — pada hari terakhir persidangan.

22 Disember 2010

1,426 DELEGATES WILL VOTE FOR NEW CUEPACS LEADERSHIP

Bernama
22/12/2010



KUALA LUMPUR, Dec 22 (Bernama) -- Some 1,426 Cuepacs delegates will vote for new office bearers at its 25th triennial convention today.

Cuepacs president Omar Osman will defend his post for the second term since 2007 in a straight fight against Mardi Employees Union president Ramli Omar.

"Results will be announced by election committee chairman Hashim Mohamad at Universiti Malaya's Dewan Tunku Canselor tomorrow," he told Bernama on Wednesday.

Omar said the convention will also discuss adjustment of salary for civil servants next year.

Five candidates are vying for vice-president (2), three for secretary-general (1) and four for deputy secretary-general (3).

Secretary-general Ahmad Shah Mohd Zin is challenged by National Union of Teaching Profession (NUTP) secretary-general Loke Yim Pheng and Federation of Malaysian University Employees Union (Gakum) secretary Ku Azmi Ku Ibrahim.

-- BERNAMA

KONSORTIUM PENGENDALI TAKAFUL DILANCAR

Utusan Malaysia
22/12/2010


KUALA LUMPUR 21 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Konsortium Pengendali Takaful Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi membantu penjawat awam mendapatkan tawaran skim perlindungan mampu milik.

Konsortium yang dibentuk hasil daripada perbincangan CUEPACS bersama Dar Al Istithmar Sdn. Bhd. itu melibatkan lima syarikat pengendali Takaful iaitu Takaful Malaysia Sdn. Bhd., Takaful Ikhlas Sdn. Bhd., Etiqa Insurans dan Takaful, MAA Takaful Bhd serta Hong Leong Tokio Marine Takaful Bhd (HLTM Takaful).

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, hasil daripada pembentukan konsortium itu, skim Takaful Kasih 1CUEPACS berjaya diwujudkan dan kini sedia untuk disertai oleh penjawat awam.

"Pembentukan konsortium ini selain membantu penjawat awam mendapatkan tawaran skim perlindungan mampu milik turut bertujuan menyediakan tabungan sewaktu berlaku bencana atau malapetaka," katanya.

Perdana Menteri dalam majlis itu turut menyaksikan upacara menandatangani persefahaman (MoU) pembentukan konsortium berkenaan di antara Dar Al Istithmar Sdn. Bhd. dan lima syarikat pengendali takaful tersebut.

Omar menambah, pembentukan konsortium itu turut bakal membantu penjawat awam untuk berjimat dan merancang kewangan.

"Ia juga membuktikan bahawa CUEPACS tidak hanya bertindak sebagai badan pendesak semata-mata dan bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan.

"Sebaliknya, ia mempunyai program yang konkrit, terancang, terurus serta berkesan dalam membantu penjawat awam melalui program tertentu," katanya.

1,426 PERWAKILAN TENTUKAN PEMIMPIN TINGGI CUEPACS

Bernama
22/12/2010


KUALA LUMPUR: Seramai 1,426 perwakilan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengundi bagi menentukan kepimpinan tertinggi badan terbesar kesatuan sekerja perkhidmatan awam itu pada Konvensyen Tritahunan ke-25 kesatuan berkenaan di sini hari ini.

Presidennya, Omar Osman mempertahankan jawatan bagi penggal kedua sejak 2007 dalam pertandingan satu lawan satu dengan presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI, Ramli Omar. Keputusan akan diumumkan esok oleh pengerusi jawatankuasa pilihan raya CUEPACS, Hashim Mohamad, kata Omar kepada Bernama di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, tempat berlangsungnya konvensyen.
Turut dipertandingkan ialah dua jawatan timbalan presiden melibatkan lima calon, satu jawatan setiausaha agung (tiga calon), tiga jawatan timbalan setiausaha agung (empat calon).

Tiga calon bagi jawatan Setiausaha Agung ialah penyandang, Ahmad Shah Mohd Zin, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Loke Yim Pheng dan Ku Azmi Ku Ibrahim.

Omar berkata antara lain persidangan kali ini dijangka membincangkan pelarasan gaji kakitangan awam tahun depan. - BERNAM

21 Disember 2010

PM UMUM GERAN 3 JUTA UNTUK CUEPACS

Utusan Malaysia
21/12/2010



KUALA LUMPUR 21 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini mengumumkan pemberian geran RM3 juta kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada tahun depan.
Perdana Menteri berkata, RM2 juta daripada geran itu adalah untuk belanja pengurusan manakala bakinya adalah untuk menaik taraf ibu pejabat kesatuan itu. - Utusan




GERAN TAHUNAN CUEPACS DITAMBAH KEPADA RM2 JUTA SETAHUN

Bernama
21/12/2010


KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Geran tahunan kerajaan kepada Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan dinaikkan kepada RM2 juta setahun bermula tahun depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang menyampaikan berita baik itu pada konvensyen Cuepacs di sini hari ini, turut mengumumkan pemberian RM1 juta untuk kongres berkenaan membaik pulih ibu pejabatnya yang dikatakan sudah 'terlalu uzur'.

Pengumuman Najib itu adalah sebagai membalas ucapan Presiden Cuepacs Omar Osman yang 'menyelit' permintaan kepada kerajaan supaya menimbangkan peruntukan bagi membaiki pejabat kongres berkenaan.

Hanya tahun lepas, kerajaan menaikkan geran tahunan kepada Cuepacs daripada RM350,000 kepada RM1 juta.

Pada majlis sama, Najib turut menyaksikan acara menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pembentukan Konsortium Pengendali Takaful Cuepacs antara Dar Al Istithmar Sdn Bhd dan lima syarikat pengendali takaful, terdiri Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas, Etiqa Takaful, HLTM Takaful dan MAA Takaful.

Pembentukan konsortium itu bertujuan membantu penjawat awam mendapat tawaran skim perlindungan mampu milik tetapi dalam masa sama mencukupi dalam menyediakan tabungan semasa berlaku bencana atau malapetaka.

Takaful Kasih 1 Cuepacs adalah antara skim pertama yang dilancarkan dan telah tersedia untuk disertai oleh penjawat awam.

Mengulas perkara itu, Omar berkata, pembentukan Konsortium Pengendali Takaful di bawah Cuepacs adalah satu usaha membantu penjawat awam untuk berjimat dan merancang kewangan mereka.

"Usaha ini juga membuktikan bahawa Cuepacs bukanlah hanya bertindak sebagai badan pendesak semata-mata dan bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan untuk bergerak, tetapi mempunyai program konkrit yang terancang dan terurus serta berkesan dalam membantu penjawat awam melalui program sebegini," katanya.

-- BERNAMA

NAJIB NAFI CIPLAK KONSEP 1 MALAYSIA

Bernama
21/12/2010




KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1Malaysia diciplak dari negara lain.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai "pendustaan besar", Najib sebaliknya menegaskan konsep yang diperkenalkan sejak beliau mengambil-alih pentadbiran negara itu merupakan ciptaannya sendiri.

"Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain...ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini...tetapi tidak ada di dunia ada "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini Selasa.

Dalam nada tegas, Najib berkata, kerajaan melangkah ke hadapan berasaskan kepada realiti dan bukannya sesuatu yang menjadi satu igauan atau yang direka.

"Amat mudah untuk kita buat sesuatu sebagai 'politik janji' tetapi apakah perkara itu yang berdasarkan pendekatan yang amat populis akhirnya akan menguntungkan kita atau sebaliknya?," soal beliau sinis.

Najib berkata untuk membangunkan negara dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, harus mendokong dan melaksanakan dasar-dasar yang juga penuh tanggungjawab.

"Kerajaan bertanggungjawab memerlukan dasar-dasar yang bertanggungjawab...bukannya sesuatu yang kita lemparkan sebagai janji tetapi tidak berasas kepada realiti sebenar," katanya.

Najib sebelum ini dibidas beberapa pihak, khususnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya kerajaan, melalui firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide menciplak konsep 1Malaysia, berdasarkan konsep One Israel yang dicipta syarikat itu untuk Israel pada 1999.

Dakwaan itu menyebabkan Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati dakwaan itu tidak benar.

Selain Anwar, tiga lagi anggota Parlimen pembangkang, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) turut menerima nasib sama setelah didapati menghina dewan atas isu yang sama.

Dalam pada itu, menyentuh isu bonus kepada penjawat awam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pertimbangan akan diberikan sebaik mungkin sekiranya kedudukan kewangan kerajaan adalah kukuh.

Dengan nada berseloroh, beliau berkata, kerajaan faham apa yang dimahukan oleh Ceupacs, tetapi katanya kerajaan harus bersikap realistik dalam perbelanjaannya.

"Kita akan buat yang terbaik (untuk rakyat) tetapi terbaik itu dalam konteks yang termampu...saya paling suka kalau boleh bagi bonus kerana saya dapat lihat 1.3 juta penjawat awam seronok, muka ceria, senyum...tetapi kita harus bersikap realistik...kita tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan," katanya.

Tegas Perdana Menteri, kerajaan tidak mahu terpaksa meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semata-mata untuk membayar gaji penjawat awam.

"Kalau kita buat itu, tunggu masa kita akan menjadi negara yang ditadbir oleh IMF. Kalau IMF sudah mentadbir tidak ada gunanya kemerdekaan yang telah diperjuangkan, tidak ada maknanya kalau kemerdekaan dan kedaulatan kita dikuasai oleh badan antarabangsa seperti IMF," kata beliau.

Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 1,171 perwakilan yang hadir, Najib turut mengingatkan penjawat awam, khususnya mereka yang bertugas di barisan hadapan supaya memahami Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan.

Katanya ia penting kerana layanan penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan itu merupakan cermin kepada imej kerajaan.

"Yang bertugas di barusan hadapan ini mesti tahu bahawa layanan yang diberikan itu adalah cerminan imej kerajaan. Kalau kita buat program transformasi tetapi di peringkat barisan hadapan ini tidak berlaku perubahan kerangka minda, maka akan berlakulah rasa kecewa.

"Mereka (rakyat) akan rasa kecewa dengan kerajaan kerana apa yang dilaungkan peringkat tertinggi sebagai dasar untuk dilaksanakan tidak sampai ke peringkat barisan hadapan dalam kerajaan," katanya yang turut menggesa Ceupacs memainkan peranan memastikan berlakunya perubahan di peringkat berkenaan.

Selain itu katanya, penjawat awam juga harus melakukan perubahan minda untuk menerima secara terbuka dan mempermudahkan kemasukan warga asing untuk berkhidmat dalam kerajaan.

Katanya, penjawat awam tidak harus memendam rasa curiga kepada warga asing itu kerana apa yang lebih penting adalah untuk mendapatkan kepakaran warga asing tersebut untuk memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara-negara luar.

-- BERNAMA

MEKANISME BARU GANTI PTK- NAJIB

Utusan Malaysia
21/12/2010



KUALA LUMPUR 21 Dis. - Kerajaan akan berunding dengan Cuepacs untuk mewujudkan satu mekanisme penilaian baru kakitangan awam bagi menggantikan penilaian tahap kecekapan (PTK) yang telah dimansuhkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penilaian baru itu akan dipastikan menjurus kepada aspek yang berkaitan bidang tugas kakitangan awam sahaja. - Utusan

KERAJAAN PERLU KURANGKAN JUMLAH PENJAWAT AWAM

Bernama
21/12/2010




KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kerajaan perlu mengurangkan jumlah pengambilan penjawat awam selain mencari jalan meningkatkan produktiviti kerja golongan itu bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, berdasarkan jumlah rakyat negara ini yang dianggap masih belum terlalu ramai, kadar penjawat awam di negara ini adalah tinggi berbanding kadar di negara maju.

"Malaysia mempunyai 1.2 juta kakitangan awam sedangkan rakyatnya cuma kira-kira 28 juta. Bandingkan pula dengan Korea Selatan yang mempunyai 48 juta rakyat tetapi hanya mempunyai dua juta penjawat awam.

"Begitu juga dengan Jerman yang hanya mempunyai dua juta kakitangan awam untuk 82 juta rakyatnya dan Jepun dengan hanya 4,449,900 penjawat awam berbanding 126,804,433 rakyat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Seminar Pendidikan Sempena Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Ke-25 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Cuepacs, Omar Osman serta dua timbalannya, Azih Muda dan Husain Mohd. Yasin.

Beliau berkata, jika pengurangan kakitangan dan peningkatan produktiviti dilakukan, ia mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain mempercepatkan proses kemajuan negara.

"Di negara-negara maju hari ini, kebanyakan rakyatnya rajin bekerja dan melakukan tugas secara 'pelbagai kerja'. Melalui cara itu, kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan walaupun mungkin terpaksa membayar lebih sedikit kepada seseorang kakitangan awam kerana beban kerjanya bertambah.

"Produktiviti pula berkait rapat dengan sikap rakyat itu sendiri. Jika di negara maju, para eksekutifnya hanya akan pulang pada pukul 10 malam sementara profesor dan mahasiswa universiti pula akan pulang selewat 12 malam. Budaya rajin bekerja ini yang perlu kita bentuk," katanya.

TENAGA MAHIR: KITA MASIH KETINGGALAN

Utusan Malaysia
21/12/2010
Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
dan FARIZ FIKRI ZOLKARNAIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Jumlah tenaga kerja mahir di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara maju di seluruh dunia.

Timbalan Pengarah Seksyen Ekonomi Makro, Jabatan Perdana Menteri, Alaudin Anuar berkata, statistik Jabatan Perangkaan tahun lalu, menunjukkan hanya 28 peratus tenaga kerja tempatan dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi berbanding kelaziman 60 peratus bagi negara maju.

Katanya, tenaga kerja selebihnya pula, hanya memiliki pendidikan asas selama 11 tahun iaitu sehingga ke tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.

"Disebabkan itu, beberapa rombakan dibuat dalam sistem pendidikan awal seperti memperluaskan program Permata dan mengintegrasikan ke dalam Kementerian Pelajaran selain meningkatkan pendaftaran prasekolah kepada 87 peratus pada 2012 dan 92 peratus pada 2015 sebagai sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Program Pembangunan Prestasi Sekolah turut diperkenalkan di samping mewujudkan 100 sekolah berprestasi tinggi pada 2012 untuk meningkatkan piawaian sekolah ke peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ceramah bertajuk Dasar Model Baru Ekonomi pada Seminar Pendidikan Sempena Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Omar Osman ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, pihaknya memang mengetahui mengenai masalah tersebut dan mengadakan perbincangan mengenainya.

Menurutnya, tidak ramai individu berkemahiran yang mahu bekerja dengan kerajaan kerana lebih tertarik dengan tawaran gaji lumayan oleh syarikat-syarikat swasta.

"Tidak saya nafikan, faedah-faedah tertentu seperti perubatan dan pencen merupakan jaminan dalam perkhidmatan awam. Tetapi ia tidak cukup untuk menarik lebih ramai kakitangan berkemahiran bersama kita.

"Jururawat-jururawat berkualiti kita contohnya, banyak yang ke luar negara. Doktor juga sekiranya diberi kelonggaran untuk berkhidmat dengan hospital swasta, pasti ramai yang beralih arah," tegas beliau lagi.

20 Disember 2010

PERATURAN DALAM SISTEM KEWANGAN NEGARA DIKAJI SEMULA

Bernama
20/12/2010



IPOH, 18 Dis (Bernama) -- Kementerian Kewangan sedang mengkaji untuk meminda atau melupuskan peraturan dalam sistem kewangan negara bagi memastikan ia tidak merencatkan sebarang polisi kerajaan yang digubal mengikut peredaran masa dan kesesuaian.Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu diambil bagi memastikan peraturan lapuk dan tidak lagi relevan dengan situasi semasa dapat dipinda segera.

"Ini kerana sesetengah peraturan kewangan ini telah diperkenalkan sejak dulu, yang mana dulu (pada ketika itu) memang menjadi keperluan tetapi dengan perubahan zaman peraturan ini mungkin tidak begitu relevan. Jadi apa yang kita tengah buat... kaji peraturan-peraturan kewangan, mana yang tidak relevan lagi kita akan pinda supaya ia dapat diadaptasi dalam keperluan dunia yang berubah," katanya kepada pemberita selepas ditemuramah dalam satu slot di Perak FM di sini Sabtu.Beliau memberikan contoh, sebelum ini pembekal yang mendapat kontrak dengan kerajaan dikehendaki meletakkan 'bon prestasi' dan ia kemungkinan menjadi halangan untuk pelaksanaan projek.

Ahmad Husni berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada petugas Kementerian Kewangan pada Khamis lepas supaya mereka lebih peka kepada perubahan dan terdapat banyak peraturan dilihat sebagai penghalang kepada sesuatu polisi atau peraturan.Najib, yang juga Menteri Kewangan mengingatkan, para petugas kementerian supaya bersikap lebih berani membuat teguran dan perubahan dalam menjalankan tugas masing-masing.Ahmad Husni berkata oleh yang demikian perubahan terhadap mana-mana peraturan yang mengekang kemajuan dan pembangunan harus dilakukan segera selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP).Beliau menjelaskan semua penjawat awam terutama yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan perlu tampil untuk mengemukakan cadangan terhadap mana-mana peraturan yang memerlukan kajian sebelum ia dipinda.Katanya cadangan ini perlu kerana sesuatu peraturan lapuk yang diamalkan kini menyebabkan negara mengalami mengalami kesan negatif terutama membabitkan pelaburan asing.Sebagai sebuah kementerian yang penting, Ahmad Husni mengakui banyak peraturan kewangan wajar disesuaikan dengan perkembangan semasa dunia.-- BERNAMA

KONVENSYEN TRI TAHUNAN CUEPACS KE-25 (SESI 2010-2013) PEGAWAI TERTINGGI

Media Cuepacs
17/12/2010
6.30pm



Senarai Calon yang akan bertanding Pemilihan Pegawai Tertinggi Cuepacs bagi Sesi 2010-2013 Di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada 21-23 Disember 2010



CALON YANG DIPERTUA


1.Haji Omar bin Haji Osman
2.Ramli bin Omar


CALON TIMBALAN YANG DIPERTUA

1. Azih bin Muda
2. Husain bin Mohd. Yasin
3. Zainal bin Ismail
4. Mat Ali bin Omar
5. Ibrahim bin Ahmad


CALON SETIAUSAHA AGONG

1. Haji Ahmad Shah bin Mohd. Zin
2. Lok Yim Pheng
3. Ku Azmi bin Ku Ibrahim



CALON TIMBALAN SETIAUSAHA AGONG


1. Adnan bin Mat
2. Abdul Rahman bin Hj. Mohd. Nordin
3. Mohd. Mazlan bin Mohd. Shaari
4. Mahamad bin Baharom
5. Kang Bee Leng



SETIAUSAHA KEWANGAN

1. Samuel Devadasan
2. Ja’apar bin Mansor


TIMBALAN SETIAUSAHA KEWANGAN

1. Mohd. Razali bin Singah
2. Azhar bin Abdul Shukur
3. Hamzah bin Masri