13/3/2011
  KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Cuepacs sedang meningkatkan usaha  bagi menyemai sikap positif di kalangan 1.2 juta penjawat awam di negara  ini untuk menyediakan tahap perkhidmatan yang tinggi dalam memenuhi  harapan dan keperluan orang ramai.
Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata setakat ini usaha itu  berhasil seperti yang digambarkan dengan meningkatnya sistem penyampaian  terutama dalam jabatan yang berhubung terus dengan orang awam.
Sebagai contoh, beliau berkata pengeluaran pasport antarabangsa yang  sebelum ini mengambil masa seminggu kini boleh diperolehi dalam masa dua  jam.
Begitu juga, sebelum ini orang ramai terpaksa beratur panjang di  kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memperbaharui cukai jalan dan  lesen memandu, kini ia dapat dilakukan cuma dalam masa beberapa minit.
"Sebenarnya, untuk membaharui lesen dan pembayaran bil utiliti, ia  telah pun dijalankan secara berkomputer dan orang boleh melakukan  transaksi pada bila-bila masa dengan selesa di rumah," katanya kepada  Bernama di sini.
Lok berkata penjawat awam memainkan peranan penting dalam pentadbiran  negara dan oleh itu mereka perlu mengikuti perkembangan terkini.
Beliau berkata program transformasi kerajaan merupakan satu cabaran  kepada penjawat awam kerana mereka perlu menggunapakai kaedah dan  kemahiran yang baru untuk menjalankan tugas mereka.
"Bagi pihak kita, kami akan terus menggalakkan penjawat awam memberikan  khidmat terbaik tapi berharap ini dapat dipadankan dengan galakan yang  sama daripada kerajaan," katanya.
Beliau berkata selain imbuhan kewangan, penjawat awam juga mahu usaha mereka diiktiraf dan dihargai.
Lok juga bersetuju dengan nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak kepada penjawat awam supaya mereka berasa bangga dalam menjalankan  tugas mereka.
Beliau juga meminta kerajaan supaya menyediakan lebih banyak kemudahan  latihan untuk penjawat awam meningkatkan diri dan mendapat kedudukan  lebih baik dalam perkhidmatan.
-- BERNAMA
Memang itulah yg selama ini diamaikan penjawat awam lebih-lebih lagi setelah terikat dengan piagam pelanggan, keberhasilannya adakah hanya dinilai sekadar ucapan tahniah atau pujian sahaja, kalau dipihak swasta akan diganjari dengan bonus 2 bulan gaji atau sebagainya.
BalasPadamKalau dilihat bagaimana LHDN berjaya dapat meningkatkan kutipan hasil, sedangkan hasil kerja yg diperolehi dari Jabatan kerajaan yang lain bagi menyiapkan proses kerja bagi disiapkan bagi dikutip hasilnya,
Sedangkan pihak atasan hanya akan melihat kepada hasilnya sahaja, dibaratkan sebagai jabatan itu perlu memanjat pokok kelapa atau menjolok buah kelapa kemudian kelapa itu pula akan dikopek keluar dari tempurungnya kemudian akan diparut setelah itu akan diperah bagi mengeluarkan santannya menakala setelah dijadikan santannya pula diberi kepada LHDN
Bila pencapaian LHDN meningkat mereka diganjari dengan bonus.
Cakap kuat-kuat supaya orang boleh dengar itu suara cuepacs.
BalasPadamBagitau banyak cerita yang sama dan ulang macam guru mendidik pelajar-pelajar.
Kesannya nanti semua Penjawat Awam akan terus menikmati banyak faedah daripada kerajaan.
Betul ke Pn. Loke ? itu yang sebenarntya tersirat dalam press statement ini????
janji tinggal janji...
BalasPadamSaya cadangkan Puan Lok Yim Pheng jadi Presiden Cuepacs!!!!!!!
BalasPadamitu kalau ada sistem komputer. kalau takder sistem komputer lembab juga
BalasPadamsistem hrmis lembab la!!!...komputer pun lembab...!!!macam mana nak bagi perkhidmatan terbaik..???
BalasPadam