SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

31 Januari 2011

SEKTOR AWAM DIMINTA BERI PELUANG KEPADA OKU

Utusan Malaysia
29/1/2011




>KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar golongan kurang upaya diberi peluang yang lebih luas untuk memegang jawatan dalam sektor berkenaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, setakat ini sasaran satu peratus orang kurang upaya (OKU) berkhidmat dalam sektor berkenaan masih belum dicapai.

Menurutnya, golongan tersebut sepatutnya diberi peluang untuk bekerja di dalam sektor awam kerana ada antara mereka merupakan golongan bijak pandai dan lulusan universiti.

"Kami mendapat banyak aduan daripada golongan OKU bahawa mereka banyak kali gagal pada sesi temuduga pekerjaan dalam sektor awam walaupun memenuhi kriteria yang diperlukan.

"Kami yakin mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik sekiranya ditawarkan jawatan dan pekerjaan di dalam sektor awam seperti kerani, pengurus fail dan sebagainya yang tidak membabitkan tugasan fizikal kerana ada antaranya berkelulusan tinggi seperti ijazah dari universiti tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan cek saguhati perpindahan kepada penghuni kuarters kerajaan Jalan Cochrane di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood; Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri, Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengurus Besar Pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Roslan Abu Talib.

Menurut Omar, setakat ini golongan OKU yang bekerja dalam sektor awam berpuas hati dengan kemudahan disediakan.

Katanya, rata-rata golongan tersebut memuji usaha kerajaan menyediakan tempat bekerja yang selesa untuk mereka.

"Tiada masalah dari segi kemudahan OKU di tempat kerja dalam sektor awam, cuma masalahnya kekurangan pekerja daripada golongan itu. Saya berharap perkara ini dapat diberikan perhatian," jelasnya.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS dan beberapa kesatuan sekerja lain seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia pada 8, 11 dan 12 Februari ini mengenai isu pelaksanaan gaji minimum.

"Sebagaimana yang umum ketahui, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk pengenalan gaji minimum, tetapi kami masih tidak mendapat bayangan bahawa ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

"Jadi, satu perbincangan akan diadakan pada tarikh tersebut dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mengetahui status terkini pelaksanaan gaji minimum di negara ini," katanya.

29 Januari 2011

PENJAWAT AWAM PERLU PINGGIRKAN BUDAYA LAPUK, KATA KSN

Bernama
29/1/2011




PUTRAJAYA, 27 Jan (Bernama) -- Penjawat awam tidak boleh menyimpang dalam menawarkan perkhidmatan yang responsif, bersepadu, telus serta berteraskan rakyat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata kejayaan agenda tranformasi negara ketika ini menuntut supaya perkhidmatan awam beralih daripada paradigma lama, bagi membentuk budaya baru yang mengutamakan inovasi serta penciptaan dan pemerkasaan intelektual dan juga profesionalisme.

Katanya oleh itu penjawat awam perlu memingirkan budaya lapuk dengan meneroka bidang-bidang baru melalui kekuatan iltizam dan perubahan, dalam cara berfikir dan bertindak.

"Dalam ketidaktentuan senario ekonomi global serta diiringi persaingan yang begitu pesat pada masa masa ini, perkhidmatan awam tiada pilihan lain melainkan mengambil haluan strategik," katanya semasa berucap pada majlis "Pengiktirafan Penarafan Bintang dan Pelancaran Buku "Bersama Melaksana Tranformasi," di sini hari Khamis.

Mohd Sidek berkata apa yang diperlukan ialah kepimpinan mantap yang didorong oleh semangat yang meluap-luap untuk mencapai visi negara.

-- BERNAMA

BERBASIKAL DI PUTRAJAYA TINGKATKAN KECERGASAN PENJAWAT AWAM

Bernama
29/1/2011



PUTRAJAYA, 27 Januari 2011 -

Kempen berbasikal yang dilaksanakan di Putrajaya selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebagai pusat bandar hijau yang dinamik. Insiatif Perbadanan Putrajaya turut bertujuan menggalakkan penggunaan kenderaan tidak bermotor.

Pada pandangan saya inisiatif ini dapat dilihat dari berbagai sudut yang berbeza yang boleh mendatangkan pelbagai kesan yang positif. Misalnya ianya dapat mendidik warga Putrajaya untuk mengenengahkan aktiviti kecergasan, sebagai gaya hidup baharu mereka. Idean berbasikal sungguh kreatif dan inovatif. Banyak Bandar-bandar besar di dunia Warga kotanya berbasikal di Ibukota mereka masing-masing misalnya di Beijing, China. Berbasikal dapat mengelakkan kesesakan disamping tidak memerlukan ruang pakir yang luas berbanding sebuah kereta.

Putrajaya dibina mengambil kira semua aspek kemudahan dan infra kelas pertama, seperti kemudahan trek yang terbaik dan terpanjang untuk aktiviti berjoging, bereakreasi serta berbasikal akan menyokong kejayaan kempen itu nanti.

Kebelakangan ini tidak ramai warga Putrajaya yang berminat untuk pergi ke gimnasium setiap hari. Faktor ini ada kemungkinan disebabkan suasana di gimnasium sangat berbeda berbanding di luar dan agak membosankan untuk dikunjungi pada setiap hari.

Kementerian Belia dan Sukan kagum dengan langkah pertama yang dimulakan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Seri Samsudin Osman bersama beberapa pegawai kanannya mengayuh basikal untuk menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet di Kementerianya baru baru ini.

Langkah tersebut tersebut sebagai sesi warming up kempen, sudahpun bermula dan dirasakan betapa seriusnya Perbadanan Putrajaya untuk mengotakan apa yang dikatanya, sehinggakan Tan Seri Presiden sanggup berbasikal sejauh dua kilometer.
Dalam perkembangan yang sama, mendorong warga Putrajaya memiliki basikal sendiri sudah tentu permintaan terhadap basikal akan meningkat. Keadaan ini akan menyuburkan industri basikal. Berbasikal juga akan menyokong teras dalam industri sukan yang mula dilaksanakan oleh KBS mulai tahun ini dan tahun hadapan.

Kepada Warga Putrajaya yang kreatif akan sudah tentu akan memanfaatkan usaha ini bagi menjadi usahawan basikal di Putrajaya. Ini suatu lagi cara untuk meningkatkan punca pendapatan baharu rakyat selaras menyokong usaha dalam Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA).

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa menyokong kempen ini kerana dengan cara berbasikal akan mendorong meningkatakan peratusan rakyat Malaysia yang mengamalkan budaya sukan dan kecergasan. Harga basikal tidaklah mahal berbanding dengan kos rawatan perubatan jika terkena penyakit yang kronik. Dilaporkan bahawa, penyebab penyakit kronik seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, strok, kencing manis serta kegagalan buah pinggang berpunca dari gaya hidup tidak cergas tanpa bersenam dan ketagihan rokok dan arak.

KBS juga kini mempunyai 100 buah basikal sedia ada di gimnasium yang boleh dipinjamkan kepada orang ramai bagi memulakan kempen berbasikal di Putrajaya.

Kini didapati bahawa, peratusan kakitangan awam yang obesiti juga dilihat semakin meningkat di Putrajaya. Diperingkat nasional juga peratusnya juga adalah membimbangkan. Punca obesiti adalah mengambil makanan dalam kalori yang berlebihan serta ketiadaan aktiviti kecergasan misalnya bersenam.

Sikap kakitangan awam yang malas bersenam juga perlu diubah dan ditransformasikan. Misalnya didapati kebanyakan mereka menggunakan kenderaan dari pintu rumah ke pintu pejabat, jarang benar yang menggunakan tangga, penggunaan lif sudah menjadi suatu gaya hidup baharu memasuki bangunan tinggi.

KBS mensasarkan 60 peratus rakyat Malaysia menjadikan sukan sebagai budaya hidup menjelang tahun 2020 berbanding 40 peratus yang sudah dicapai pada masa kini. Untuk meningkatkan sebanyak 20 peratus lagi dalam tempoh 10 tahun yang akan datang bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan tanpa perancangan yang teratur dan memerlukan ianya dipantau setiap tahun.

Menurut KBS, definisi budaya sukan dan kecergasan ialah sekurang-kurang setiap orang menggunakan kira-kira tiga jam seminggu melakukan aktiviti kecergasan secara terancang dan sistematik. Ianya mudah dicapai dengan berbasikal ke pejabat, menggunakan tangga, berjoging, serta bermain selama sekurang-kurang setengah jam setiap hari, selama lima kali seminggu, sudah terkumpul tiga jam setengah dan ini, melepasi indeks kecergasan yang diperlukan.

Berdiet sahaja dan meminum herba tertentu tanpa bersenam adalah tidak mencukupi. Marilah kita bersama-sama di samping menjimatkan penggunaan petrol menunggang basikal secara pilihan ke tempat kerja. Bandar Putrajaya perlu kekal hijau untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

SUMBER: Kementerian Belia dan Sukan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:

NAMA: YOSRI ABU MAHSIN
PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN
TEL : 03 8871 3405
EMEL: yosri@kbs.gov.my

TARIKH SIARAN: 27 JANUARI 2011
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA (MREM)

28 Januari 2011

KUARTERS COCHRANE: PENGHUNI LAMA DIUTAMA

Utusan Malaysia
28/1/2011




OTHMAN Mahmood (tujuh dari kiri belakang) bersama Omar Osman (lima dari kanan belakang) dan penerima sumbangan pada majlis penyerahan saguhati perpindahan penghuni Kuarters Jalan Cochrane, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Jan. - Seramai 500 keluarga yang sebelum ini menghuni kuarters kerajaan Jalan Cochrane di sini akan diberi keutamaan untuk mendiami kuarters baru di tapak berkenaan yang pembinaannya dijangka bermula tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood berkata, mereka terpaksa berpindah bagi memberi ruang pembinaan kuarters baru itu untuk menampung lebih ramai kakitangan awam di sekitar ibu negara.

Katanya, projek pembinaan melibatkan kos RM220 juta itu diuruskan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan dijangka siap 30 bulan selepas projek itu dimulakan.

"Kuarters baru itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kenderaan dan juga stesen sistem transit aliran massa (MRT).

"Ia juga lebih besar dan luas sehingga boleh menampung 1,000 keluarga kakitangan awam dari sekitar ibu negara. Kami telah membuat keputusan bahawa sebahagiannya akan dikhaskan kepada penghuni kuarters yang lama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian cek saguhati perpindahan penghuni kuarters kerajaan Jalan Cochrane di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman; Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri, Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengurus Besar Pelaburan LTAT, Roslan Abu Talib.

Menurut Othman, sementara menunggu projek tersebut siap, penghuni kuarters berkenaan akan dipindahkan ke kuarters kerajaan di Putrajaya, Jalan Duta dan Jalan U-Thant.

Bagaimanapun beliau difahamkan, ramai yang tidak mahu berpindah ke Putrajaya kerana faktor jarak ke tempat kerja dan penempatan sekolah anak-anak.

"Jadi, kami sedang dalam perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menyelaras serta membenarkan sebahagian penghuni kuarters tersebut berpindah ke penempatan Program Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu kota.

"Selain itu, kami juga berbincang dengan Kementerian Pelajaran supaya dapat menyelaras perpindahan anak-anak kakitangan ini ke sekolah yang lebih dekat dengan kediaman baru mereka supaya tidak timbul isu sekolah jauh dari rumah," jelasnya.

Othman berkata, kerajaan turut menyediakan perkhidmatan logistik untuk membantu proses perpindahan penghuni kuarters tersebut yang diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk berbuat demikian.

27 Januari 2011

KESATUAN PEKERJA LHDN SABAH MINTA ELAUN WILAYAH DIKAJI SEMULA

Bernama
26/1/201
1


KOTA KINABALU, 26 Jan (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Hasil Dalam Negeri Sabah (SiREU) mahu sypaya elaun wilayah yang diperkenalkan pada 1970, dinaikkan.

Yang Dipertuanya Ismail Yusuf berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Bersama Lembaga LHDN Malaysia yang dipengerusikan oleh ketua pegawai eksekutif Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar Khamis.

"Elaun ini tidak pernah dikaji sejak 1970 dan bila agensi dipersekutukan pada 1978, tidak juga dikaji semula, jadi kini sudah tiba masanya.

"Kami sudah banyak kali mengutarakan isu ini di mesyuarat-mesyuarat berkaitan, namun kami akan berpeluang membawanya untuk perhatian ketua pegawai eksekutif yang baru," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Ismail berkata elaun wilayah ketika ini adalah antara 12 peratus dan 25 peratus daripada gaji pokok, berbeza bagi setiap peringkat jawatan iaitu peratusan lebih kecil bagi yang berpangkat dan bergaji lebih tinggi

"Kami berharap pemberian elaun wilayah ini dinaikkan sehingga 30 peratus," katanya.

DESAK CUEPACS TANGGUH AKTIVITI

Harian Metro
27/1/2011



KUALA LUMPUR: Sepuluh kesatuan sekerja yang menghantar memorandum bantahan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) kerana mendakwa berlaku penyelewengan pada Konvensyen Cuepacs ke-25, mendesak agar Cuepacs menangguhkan sebarang aktiviti sementara menunggu hasil siasatan JHEKS.

Presiden Kesatuan Kakitangan Am Mardi, Ramli Omar berkata, sehingga kini keputusan belum diketahui dan Cuepacs seharusnya menangguhkan sebarang aktiviti bagi menghormati hasil siasatan itu kelak.


“Ini kerana sebarang keputusan yang dibuat JHEKS kelak akan menentukan kesahihan barisan kepemimpinan Cuepacs sekarang dan ini bermakna aktiviti yang dijalankan mungkin tidak sah dari segi perlembagaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau juga berharap JHEKS mengeluarkan arahan secara bertulis kepada Cuepacs untuk menangguhkan sebarang aktiviti serta-merta sehingga hasil siasatan diumumkan.


“Ingin saya tegaskan di sini bahawa kami tidak mempunyai agenda tersembunyi dalam perkara ini dan bantahan yang dikemukakan semata-mata kerana pemilihan tempuh hari tidak dijalankan mengikut perlembagaan,” katanya.


Kumpulan kesatuan sekerja berkenaan mendakwa Konvensyen Cuepacs ke-25 pada 21 hingga 25 Disember lalu tidak sah kerana beberapa insiden dan pelaksanaan konvensyen yang didakwa tidak mematuhi perlembagaan, peraturan dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

26 Januari 2011

PEMILIHAN: GABUNGAN MAHU AKTIVITI CUEPACS DIGANTUNG HINGGA SIASATAN SELESAI

Malaysia Insider
26 Januari 2011



KUALA LUMPUR, 26 Jan — Beberapa anggota gabungan Cuepacs, yang akhir tahun lalu mempertikaikan keputusan pemilihan badan induk kesatuan sektor awam itu, mahu Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja menggantung segala aktivitinya sementara hasil siasatan diumumkan kelak.

Ramli Omar, yang mewakili kesatuan-kesatuan gabungan terbabit berkata, pihaknya berharap jabatan itu akan mengarahkan agar segala aktiviti Cuepacs digantung bagi mengelakkan implikasi pengurusan dan pentadbiran.

“Sekarang siasatan sedang dijalankan, jadi sepatutnya Cuepacs tidak menjalankan sebarang aktiviti . . . itu yang sepatutnya berlaku, kita belum tahu lagi apa hasil siasatan, sama ada positif atau negatif,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Ramli berkata, jabatan itu telah pun menjalankan siasatan dengan menemu bual kesatuan-kesatuan yang membuat aduan sepanjang tiga minggu lalu.

Bagaimanapun Ramli mengakui pihaknya tidak membuat permintaan rasmi kepada jabatan itu agar mengambil tindakan sedemikian.

“Kami tidak hantar surat permintaan kepada jabatan, tapi kami anggap bahawa sebaik sahaja siasatan dijalankan, Cuepacs tidak sepatutnya mengadakan aktivitinya, semua aktiviti kena dihentikan.

“Selagi keputusan tidak dibuat oleh jabatan, kami mengandaikan keputusan-keputusan yang dibuat oleh barisan kepimpinan yang menang, apa jua keputusan dibuat akan memberi kesan ke atas Cuepacs,” kata beliau yang bertanding jawatan presiden tetapi tewas di tangan Datuk Omar Osman.

Kesatuan-kesatuan terbabit mengemukakan bantahan mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan pada Konvensyen Cuepacs ke-25 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Disember lalu.

Surat bantahan itu disampaikan oleh bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai pada 29 Disember lalu.

Ketika itu, Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya berkata, bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Misalnya notis konvensyen yang diberikan kepada ahli gabungan tidak mengikut perlembagaan iaitu tidak mencukupi tempoh, dan wujud kepincangan tatacara ketika pelaksanaan proses pengundian.

Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut

Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Universiti Utara Malaysia.

IKLAN JAWATAN KOSONG ( PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF / PEMBANTU TADBIR P/O)


KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457




IKLAN JAWATAN KOSONG


Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini

A. PERIHAL JAWATAN :

Bil

Jawatan

Gred

Klasifikasi Perkhidmatan

Kumpulan Perkhidmatan

Taraf Jawatan

Jadual Gaji

1

PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF

N27

Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Sokongan

Tetap

P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10

2

PEMBANTU TADBIR

[P/O]

N17

Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Sokongan

Tetap

P1T1 RM830.28 - P1T20 RM2151.35

B. SYARAT LANTIKAN

1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF

(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau

( Gaji Permulaan pada gred N27 : P1T1 )

ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,

( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T5 )

(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, ( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T6 ,)

(b) Syarat Kenaikan Pangkat secara Lantikan.

( i) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian & Operasi ), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan ), Pembantu Tadbir ( Kewangan ) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila :-

a) telah disahkan dalam perkhidmatan, atau

b) mempunyai kelayakan di perenggan (a)(i),

c) lulus peperiksaan khas.

c) Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

d) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.

2. PEMBANTU TADBIR [Perkeranian & operasi]

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan,

( Gaji permulaan pada gred N17 – P1T1 ),

(ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari UiTM yang diiktiraf oleh Kerajaan setaraf dengannya,

( Gaji permulaan pada gred N17 – P1T6 ),

(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf

setaraf dengannya oleh Kerajaan

( Gaji permulaan pada Gred N17 – P1T8 ),

(iv) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Ukur Tanah atau

Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan dari Politeknik-Politeknik Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

( Gaji permulaan pada Gred N17 – P1T9 )

(v) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-Politeknik serta kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

( Gaji permulaan pada Gred W17 : P1T9)


(b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan,

( Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer ),

(c) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i) atau (ii) diatas hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d) Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

e) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.

C : UMUR

1. Calon bagi lantikan hendaklah berumur

a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.

b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D : BORANG PERMOHONAN

Permohonan hendaklah menggunakan Borang CUEPACS yang boleh didapati di Ibu Pejabat CUEPACS, Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu 55100 Kuala Lumpur.

E : ALAMAT PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-

Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.


F : TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 14 Februari 2011. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.

G : DOKUMEN SOKONGAN

Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.

24 Januari 2011

GSTT KEKAL SEBAGAI DURI DALAM DAGING

Berita Harian
2011/01/24




SETIAP kali penggal persekolahan bermula, isu yuran dan ketidakcukupan guru, termasuk membabitkan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mendominasi perbualan di kalangan ibu bapa dan guru. Bagaimanapun, kali ini isu yuran ditangani Kementerian Pelajaran dengan baik, termasuk menge-luarkan ‘nasihat’ kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya mematuhi pekeliling ditetapkan kerajaan, menyebabkan hampir dikatakan tiada langsung rungutan ibu bapa mengenai soal ini ketika mendaftar anak masing-masing di sekolah rendah atau menengah.

Bagaimanapun, kelemahan Kementerian Pelajaran menangani soal GSTT, termasuk membiarkan guru terbabit tidak tahu status masing-masing sama ada khidmat mereka diperlukan atau tidak di sekolah sebelumnya menyebabkan isu ini menjadi ‘besar’. Seharusnya, Jabatan Pelajaran negeri bertindak proaktif mengatasi soal ini, bukannya memberikan keutamaan menyelesaikan isu seminggu dua lagi sesi persekolahan mahu bermula.

Ketika 12,000 GSTT di seluruh negara tidak tahu status mereka, pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa seramai 1,614 GSTT akan disambung semula kontrak mereka pada 2011 adalah satu perkhabaran yang amat dinanti-nantikan. Beliau berkata, kerajaan hanya menyambung kontrak GSTT yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut, selain dalam proses untuk menyerap GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).

Penjelasan beliau itu sekali gus menjelaskan bukan semua GSTT akan diambil berkhidmat semula, termasuk 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu disebabkan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun.

Fungsi GSTT yang mahu menampung kekurangan guru di sesebuah sekolah tidak akan berjaya jika soal penempatan mereka tidak diuruskan dengan baik oleh Jabatan Pelajaran negeri. Malah, isu GSTT akan menjadi ‘duri dalam daging’ selagi soal penempatan ini tidak diselesaikan dengan jujur, baik pada peringkat pentadbir sekolah yang memohon khidmat GSTT dengan memberi alasan kekurangan guru, manakala pada peringkat jabatan pula, penempatan dibuat bukan mengambil kira soal keperluan yang mendesak di sesebuah sekolah, sebaliknya atas dasar ‘kenalan’.

Sama ada mahu mengakui atau tidak, kewujudan GSTT menimbulkan sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan, apatah lagi perguruan sudah dianggap satu kerjaya profesional. Seharusnya tidak wujud lagi ‘sandaran tidak terlatih’ dan jawatan sebegini tidak ada pada kerjaya lain bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan. Faktor kekurangan guru bukan lagi alasan sesuai ketika ini, apatah lagi keperluan terhadap sistem pendidikan yang amat tinggi serta kritikal dan sewajarnya usaha penambahbaikan dilakukan terhadap profesion ini. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sudah berakhir dan sewajarnya pelan induk baru yang dirangka akan mengambil kira keperluan ‘sifar GSTT'.
Hakikatnya, soal pendidikan melingkari kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Isu berbangkit juga hampir sama – baik di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah dan di sekolah jenis kebangsaan sama ada Tamil atau Cina.

Sedikit masa lalu, timbul ura-ura kemungkinan kerajaan menubuhkan satu badan atau jawatankuasa khas untuk menyelesaikan masalah dan isu berkaitan perkhidmatan perguruan yang kini melebihi 400,000 orang. Perkara ini dibangkitkan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman kepada pegawai tertinggi kesatuan itu selepas merasmikan konvensyen CUEPACS, akhir tahun lalu.

Walaupun tiada perkhabaran lanjut mengenainya, cadangan penubuhan satu badan atau jawatankuasa khas ini adalah rentetan daripada usaha kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru yang terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pada April 2010.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkannya, berkata cadangan itu berdasarkan aduan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

Semua masalah ini ditimbulkan ketika khidmat 12,000 GSTT masih digunakan. Dengan pengurangan GSTT tahun ini, masalah ‘kerja berlebihan’ akan terus menjadi isu di sekolah, selain soal sekatan pelbagai tuntutan, termasuk perbatuan menghadiri mesyuarat dan kursus serta catuan perbelanjaan makanan dan minuman ketika berkursus.

Walau apapun kerenah pentadbiran yang timbul, kesetiaan guru terhadap kerajaan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Tindakan seorang bekas guru untuk menjadi calon PAS, Normala Sudirman, 38, menentang calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Labis pada 30 Januari ini, adalah kes terpencil.

Ini diakui sendiri Muhyiddin di Pagoh, baru-baru ini bahawa kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru, tetapi mahu mereka terus komited membantu melaksanakan dasar kerajaan ke arah pembangunan pendidikan negara. Malah, beliau mengakui peranan dan komitmen guru penting bagi membantu kerajaan mencapai empat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan sektor pendidikan.

Tidak dinafikan, ada guru bersimpati kepada perjuangan pembangkang, namun jumlah mereka tidak sebesar mana. Memang sedap mendengarnya tetapi tidak mungkin golongan guru terpedaya dengan janji imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

22 Januari 2011

MINDA PENGARANG: PENILAIAN BARU MAMPU TINGKAT MOTIVASI KERJA PENJAWAT AWAM

Berita Harian
2011/01/21



SISTEM penilaian baru yang bakal diperkenalkan kerajaan bagi menilai prestasi kakitangan awam menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) diharap dapat mengatasi beberapa masalah yang timbul dalam pelaksanaan PTK sebelum ini. Kita percaya sistem penilaian baru itu yang akan dilaksanakan selepas pemansuhan PTK berkuat kuasa 1 Januari lalu dapat memuaskan hati semua pihak, terutama kakitangan awam. Kita mahu pelaksanaan sistem penilaian baru itu dapat menjamin hanya kakitangan awam yang benar-benar layak dan cemerlang mendapat kenaikan pangkat dan pergerakan gaji. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2011 Oktober lalu menyedari masalah yang wujud berikutan banyak rungutan berhubung PTK. Sebab itulah kerajaan memutuskan PTK tidak lagi diguna pakai dalam proses kenaikan pangkat dan jawatan bagi sektor perkhidmatan awam. Tentunya ramai kakitangan awam menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu kerana prestasi seseorang kakitangan awam itu sewajarnya dinilai daripada banyak aspek dan tidak berdasarkan peperiksaan PTK semata-mata.

Antara aspek yang perlu diambil kira termasuk pengalaman kerja, produktiviti, pencapaian individu dalam menyumbang kepada jabatan masing-masing serta kemampuan menjawab soalan peperiksaan berdasarkan bidang tugas hakiki. Kelmarin akhbar ini melaporkan, satu sistem penilaian baru akan diwujudkan bertujuan meningkatkan prestasi kakitangan awam serta keseluruhan sektor perkhidmatan awam di negara ini. Walaupun sistem penilaian baru itu belum diberi nama khusus, kita yakin ia dapat menilai kakitangan berdasarkan tugas hakiki, pengalaman dan keunikan jabatan antara aspek utama yang akan diambil kira, berbanding PTK.

Kita sedia maklum kaedah mengukur prestasi kakitangan awam menggunakan PTK sering dipersoal kakitangan awam sendiri. Sebahagian besar kakitangan yang mengguna pakai sistem itu mendakwa prestasi kerja mereka tidak dinilai dengan tepat, malah lebih buruk wujud pilih kasih. Menilai hanya berdasarkan jawapan yang diberi di atas kertas melalui PTK sama sekali gagal mencapai matlamat melahirkan kakitangan cemerlang, produktif dan memiliki integriti. Selain penyediaan soalan objektif, ada juga berbentuk subjektif yang dikatakan tiada kaitan langsung dengan tugas hakiki dan pengalaman bekerja kakitangan.

Keadaan itu, secara tidak langsung memberi tekanan kepada kakitangan awam, terutama yang kebanyakannya hampir mencecah usia persaraan untuk mentelaah sukatan pelajaran PTK, berbanding kakitangan muda. Berikutan itu, ada kakitangan yang terpaksa meninggalkan tugas mereka semata-mata mahu memberi tumpuan kepada peperiksaan dan keadaan itu menyebabkan produktiviti terjejas. Kepada kakitangan senior yang gagal PTK mereka akan kecewa, apatah lagi melihat kakitangan baru lebih muda lulus, dinaikkan pangkat dan menjadi ketua mereka, walaupun tiada pengalaman. Apa yang membimbangkan kita disebabkan tidak lulus PTK, ada kakitangan yang memprotes secara senyap dengan tidak bekerja bersungguh-sungguh. Berikutan itu, banyak pihak, terutama CUEPACS yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan awam mahu PTK dimansuhkan dan digantikan dengan kaedah lebih sesuai dalam menilai prestasi kakitangan awam. Kita harap prestasi kakitangan awam akan dinilai dengan seadil-adilnya menerusi sistem penilaian baru ini agar tidak ada lagi kelemahan yang boleh menjejaskan motivasi kakitangan awam melaksanakan tugas yang diamanahkan rakyat.

21 Januari 2011

NILAI TUGAS HAKIKI

Berita Harian
Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my
2011/01/20



Antara kriteria penilaian baru ganti PTK disyor CUEPACS

TANJUNG MALIM: Ujian penilaian tugas hakiki adalah antara kriteria yang dijangka dimasukkan dalam sistem penilaian baru untuk kakitangan awam bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan mulai 1 Januari lalu.

20 Januari 2011

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN BUKU CATATAN [DIARI] BAGI KEGUNAAN CUEPACS SESI 2010-2013

Media Cuepacs
20/1/2011




SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN

KERJA-KERJA BEKALAN BUKU CATATAN [DIARI] BAGI KEGUNAAN
CUEPACS SESI 2010-2013

NO SEBUTHARGA : BIL 1/2011
Tarikh : 17 Januari 2011

Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 02 Februari 2011, tidak lewat dari jam 03.00 petang. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No.1/2011 : Perbekalan Diari.

Semua penender hendaklah wajib hadir dengan sendiri untuk mendengar taklimat dan mengambil borang tender/sebutharga pada 25 Januari 2011 jam 10.00 pagi.

Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Ibu Pejabat CUEPACS Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu.

Untuk Keterangan Lanjut (Sila Klik Disini)

18 Januari 2011

TAHNIAH DATO' HJ OMAR HJ OSMAN PRESIDEN CUEPACS MENERIMA PINGAT KETUA PENGARAH

Media Cuepacs
18/1/2011



Putrajaya: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengadakan Perbarisan Tahunan 2011 pada hari ini bertempat Ibupejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lebuh Wawasan Prisent 7, Putrajaya. YAS Dato' Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim Ketua Pengarah menerima tabik hormat.Genap 79 hari Ketua Pengarah mengambil alih tampuk kepimpinan Bomba.

Kini anggota Bomba melebihi 12,000 warga yang berdisiplin di 258 buah balai diseluruh pelusuk negara. Ditambah dengan lebih 350 buah pasukan Bomba sukarela dengan keanggotaan seramai 13,000 orang. Kita sebenarnya mempunyai seramai 25,000 orang di 698 lokasi.

Tiga teras perkhidmatan jabatan iaitu memadam kebakaran (Fire-Fighting), menyelamat dan Keselamatan kebakaran (Fire Safety). Dalam pemadaman kebakaran prinsip R.E.C.E.O iaitu R untuk rescue, E untuk exposure, C untuk confinement, E untuk extinguishment dan O untuk overhaul.

Pada tahun lepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menghadiri sejumlah 55,529 panggilan kecemasan, iaitu kebakaran dan menyelamat. Ianya merupakan penurunan sebanyak 2% berbanding tahun 2009. Kerugian akibat kebakaran telah menurun sebanyak 50% iaitu dari 1 billion ringgit pada 2009 kepada 500 juta ringgit pada tahun lepas. Ini merupakan penjimatan sebanyak 500 juta ringgit.

Bahagian penyiasatan kebakaran telah mengadakan dua (2) memorandum persefahaman (MoU) dengan dua (2) buah Universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada tahun ini dijangka satu lagi memorandum akan dimeterai bersama dengaUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang yang sama. Bidang forensik kebakaran.

Kemudian Ketua Pengarah menganugerahkan Pingat Kebesaran Jabatan iaitu Pingat Ketua Pengarah kepada Dato' Haji Omar bin Osman Presiden Cuepacs Malaysia.


16 Januari 2011

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA TUAN HAJI OMAR HAJI OSMAN MENERIMA DARJAH DATUK PADUKA NEGERI SEMBILAN (DPNS) GELARAN DATO'

Media Cuepacs
16/1/2011

Pindaan

Presiden Cuepacs menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan Bakti (DPNS) yang membawa gelana DATO'. Ia dianugerahkan pada 15 Januari 2011 Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Seri Menanti,

336 TERIMA BINTANG KEBESARAN PADA HARI KE-2

Utusan Malaysia
16/1/2011



KUALA PILAH 15 Jan. - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat kepada 336 penerima lagi di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti di sini.

Upacara pengurniaan darjah kebesaran sesi kedua itu dilangsungkan sempena hari keputeraan baginda yang ke-63 semalam.

Jumlah tersebut melibatkan empat penerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) serta 11 lagi untuk Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Akhil Bulat mendahului senarai penerima DPNS diikuti Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa; Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda serta Ooi Chong Beng daripada Eternal Yield Sdn. Bhd.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Aziyah Mohamed mendahului senarai penerima darjah kebesaran DBNS diikuti Pengarah Urusan Sinararia Sdn. Bhd., Azmi Abas; Pengerusi Persatuan Kontraktor negeri, Baharuddin Sariman; aktivis masyarakat, Lim Fui Ming.

Turut menerima darjah kebesaran yang sama ialah Pengarah Tackor Design Sdn. Bhd., Mathew Ling Lee Wee; Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Dr. Nordin Ahmad Selat; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman serta Ketua Pengawai Eksekutif Nasim Sdn. Bhd., Samson Anand George.

Selain itu, Panglima Markas 5 Briged, Brigedier Jeneral Shahbani Ali turut menerima darjah DBNS diikuti aktivis masyarakat, M. Veloo serta Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zailan Datuk Adnan.

Turut berangkat pada upacara itu ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Hadir sama Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Ghani; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Turut sama Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz serta Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin serta kerabat diraja dan pegawai tinggi kerajaan negeri dan Persekutuan turut hadir.

Sementara itu, Omar yang ditemui pemberita selepas istiadat itu berkata, penganugerahan yang diterimanya merupakan penghargaan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada semua ahli CUEPACS.

''Saya berterima kasih kepada semua termasuk kerajaan negeri kerana menghargai CUEPACS sebagai nadi penggerak pekerja-pekerja sektor awam di negara ini," katanya.

MALAPETAKA JIKA UTUSAN PECAT HATA BAHAYA BESAR- SHAHARUL SHAFIE

Malaysia Insider
Shaharul Shafie
January 16, 2011




16 JAN — Esok adalah merupakan permulaan kepada hari penentu kepada Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari yang sebelum ini telah digantung tugasnya di Utusan Melayu (M) Bhd di atas dakwaan “mencemarkan” imej syarikat.

Rata-rata melihat omong-omong perbicaraan dalaman yang dibuat oleh pengurusan Utusan ini hanyalah sebagai satu cara langkah biasa yang perlu dipatuhi sebelum memecat beliau secara selamat dan “profesional” dari syarikat berkenaan.

Langkah mengadakan siasatan secara “rasmi” ini hanyalah bagi menyelamatkan Utusan daripada tersilap prosedur sehingga memberikan Hata dengan sebab yang memudahkannya untuk membawanya ke mahkamah kemudian hari di bawah perlindungan akta berkaitan dengan “penyingkiran konstruktif” atau constructive dismissal.

Kemungkinan Hata dipecat adalah tinggi

Amalan “perbicaraan” kosmetik ini sememangnya dijalankan di kebanyakan syarikat bagi menutup peluang atau menyukarkan sesiapa sahaja yang dipercayai menjadi “masalah dalam selimut” mana-mana majikan yang bukan sahaja diamalkan oleh korporat tetapi juga perkhidmatan awam.

Jika ada peluang yang lain yang lebih selamat, majikan yang mempunyai banyak cawangan operasinya, cara membuatkan kakitangannya “berhenti dengan rela” ialah dengan memindahkan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain dalam satu sela masa yang singkat agar kakitangan berkenaan berputus asa dan berhenti atas kerelaan sendiri.

Namun begitu, taktik sebegini tidak mampu lagi digunapakai oleh Utusan kerana kedudukan Hata sendiri sebagai orang yang berpengaruh dalam dunia kewartawanan di negara ini. Ini adalah kerana apa sahaja yang didedahkan olehnya akan terus mendapat perhatian terus media yang berlawanan ataupun media alternatif untuk melaporkannya. Kedudukan istimewa Hata pastinya menggugat kelangsungan Utusan di dalam pelaporannya. Namun begitu, sejauh manakah Hata selama ini hanya memburukkan Utusan? Kita akan bincangkan nanti.

Tindakan memecat Hata dijangkakan memberikan kesan buruk kepada imej kebebasan akhbar di negara ini yang sesungguhnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kepentingan majoriti di dalam Utusan Malaysia.

Di saat negara berkira-kira bilakah pilihanraya umum ke 13, tindakan kembali ke belakang sekali lagi dibuat oleh BN pastinya memberi padah lebih besar jika benar PRU diadakan pada tahun ini.

Demokrasi Malaysia terus-menerus tercalar

Selain itu juga, pihak negara luar ataupun pelabur asing yang masih berkira-kira untuk menambah atau masuk melabur ke dalam negara ini pastinya melihat situasi ini sebagai satu masalah dalaman “demokrasi” di Malaysia yang masih belum subur.

Semasa kebebasan media dinilai oleh sebuah organisasi luar yang dikenali sebagai Freedom House pada tahun lepas, Malaysia masih ketinggalan dengan berada di tangga ke 147 daripada 196 negara yang dinilai.

Negara-negara jiran kita yang dilihat sebagai masih membangun dan kurang membangun nampaknya berada pada kedudukan yang jauh lebih baik dari kita. Antaranya ialah Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134). Hanya kita berada pada paras lebih baik dari Singapura yang berada di tangga 152.

Singapura adalah satu situasi yang berbeza kerana sejarah lokaliti dan saiznya yang lebih kecil di mana urusan demokrasi adalah terkawal. Malah, Singapura secara sejarahnya juga sudah pun menjadi negara maju disebabkan usaha melobi negaranya menjadi negara entreport perdagangan dan pakej ekonomi yang lebih bebas seperti negara-negara di hemisfera barat. Malah, Singapura sendiri sudah menjadi satu keperluan lokasi sejak zaman-berzaman lagi disebabkan lokasinya yang strategik di tengah-tengah kerancakan ekonomi di Asia Tenggara.

Malaysia yang mempunyai banyak pesaing ekonominya di rantau ini tidak boleh mendabik dada menjadi seperti Singapura di dalam mengawal media dan boleh menjadi negara maju dalam acuannya sendiri sepertimana Singapura suatu hari nanti. Kita yang mempunyai lebih ramai penduduk dan memerlukan banyak industri bagi menjana hasil isi rumah dan ekonomi negara maka isu kebebasan media antara bentuk KPI yang diperhatikan oleh negara-negara barat yang kaya untuk melabur (FDI).

Kebebasan media adalah KPI kemasukan FDI

Meskipun kini Malaysia berbangga kerana menjadi destinasi pelaburan dari Timur Tengah tetapi negara-negara ini yang kebanyakannya negara pengeluar petroleum akan kepupusan hasil sumber bumi itu tidak lama lagi.

Ini pastinya lebih buruk apabila pusat ekonomi di Timur Tengah di Dubai kini mengalami masalah ekonomi dan gelembung hartanah yang bakal memberi kesan semula pelaburan dari negara Emeriah Arab Bersatu itu yang kini berada di luar kembali semula ke rantau itu bila-bila masa.

Bukan itu sahaja,pelaburan dari Timur Tengah sebenarnya bukan sahaja tertumpu di Malaysia tetapi sudah semakin banyak wang mereka memasuki negara-negara seperti Indonesia dan Thailand yang menyediakan pakej perlindungan pelaburan dan pulangan yang lebih baik dari kita. Malah, mereka juga memasuki China sepertimana gelombang pelaburan yang turut dikejar oleh negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman.

Pelaburan asing FDI yang masuk ke dalam negara ini telah menjunam sehingga 81 peratus pada tahun 2009. Kini di Asia Tenggara, Malaysia hanya mampu menguasai 3.75 peratus pelaburan FDI yang termasuk dari negara-negara Timur Tengah yang kaya dari sejumlah besar FDI bernilai AS$40 bilion pada tahun lepas. Perkembangan ini adalah sesuatu yang mengejutka. Negara-negara jiran pula seperti Thailand menguasai 23 peratus dan Indonesia pula dengan 28 peratus menggungguli carta penarik FDI di rantau ini.

Oleh itu, negara masih memerlukan kaedah yang lebih terbuka dengan keadaan sosial termasuklah kebebasan akhbar yang dapat menarik perhatian pelaburan asing, Kita tidak boleh menafikan hakikat ini lagi apabila semakin ramai mahasiswa kita sudah menamatkan pengajian mereka hasil daripada dasar kerajaan Malaysia di dalam meluluskan terlalu banyak universiti dan kolej universiti swasta dan awam yang akhirnya graduan-graduan universiti hari ini berjumlah lebih daripada peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Bukan itu sahaja, kegagalan kerajaan juga didalam mengawal pengambilan pekerja dari negara-negara Arab dan Asia Selatan seperti India dan Pakistan di dalam sektor ekonomi teknologi maklumat, perdagangan dan kejuruteraan lebih memburukkan kadar pengangguran di dalam negara ini.

Jika ini terus berlaku, nescaya Wawasan 2020 terpaksa ditunda ke 10 tahun akan datang sepertimana yang kini diakui oleh beberapa pakar ekonomi tempatan dan asing kebelakangan ini sebagai satu impian yang masih “menjauh”.

NUJ perlu dihormati sebagai badan media profesional

Tindakan Hata yang bercakap sebagai Presiden NUJ sewajarnya dihormati kerana NUJ adalah badan yang bebas sepertimana Cuepacs yang diiktiraf sebagai kesatuan sekerja bagi kakitangan awam dan MTUC bagi kakitangan-kakitangan swasta. Cuepacs tidak dilihat “tertutup” mulut mereka pun apabila bercakap tentang hak mereka seperti kenaikan gaji, bonus, kritikan kepada dasar kerajaan sendiri dan sebagainya.

Walaupun NUJ tidak berbentuk kesatuan sekerja, pertubuhan ini wajar diiktiraf sebagai satu think-thank atau penasihat yang dialu-alukan oleh kerajaan sekiranya kerajaan serius di dalam memperbaiki mempertingkatkan kebebasan bersuara dan imej demokrasi negara di persada antarabangsa.

Kemusnahan kebebasan akhbar atau media ini dilihat merosak apabila negara ditadbir oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, maka amat moleknya bagi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak melihat kepada impak positif ke atas imej BN hari ini jika ruang kebebasan media ini terus diperbaiki setiap masa. Namun perkara ini seperti tidak mungkin kerana baru-baru ini pula Najib mengumumkan kepada keperluan undang-undang bagi mengawal blog dan maklumat di Internet.

Walaupun Hata dilihat mengeluarkan pandangan yang didakwa keras sebagai Presiden NUJ, namun tindakan kenyataan itu tidak boleh kita kaitkan dengan Utusan semata-mata. Ini kerana apa yang dinyatakan oleh Hata sebenarnya turut melibatkan media-media arus perdana yang lain yang condong BN.

Sepertimana pepatah Melayu yang menyebut, “Sesiapa yang makan cili, dia yang merasa pedasnya” mungkin inilah yang membuatkan majikannya itu terasa apabila selama ini media itulah yang dilihat oleh orang ramai sebagai yang paling mendokong apa sahaja dasar kerajaan walaupun melibatkan sesuatu isu yang buruk bak pepatah Melayu “menegakkan benang yang basah”.

Mesej keras Hata bukan untuk Utusan sahaja

Yang menghairankan kenapa pengurusan akhbar Utusan yang terlalu terasa “panas” dan kurang senang dengan serangan media-media alternatif menyebabkan mereka mengambil tindakan ke atas Hata semata-mata melepaskan kemarahan kepadanya adalah tidak masuk akal sama sekali.

Sekali lagi, Utusan dengan degilnya dan lebih bongkak dengan merasakan tindakan mereka berada di landasan betul selama ini kini menghangatkan semula sentimen kebencian rakyat secara langsungnya kepada kerajaan pusat terutamanya di kalangan pengundi di atas pagar.

Apa yang Hata buat sebaik sahaja dipilih menjadi presiden NUJ pada bulan September lalu, beliau telah merayu kepada semua media perdana dan tidak termasuk Utusan Malaysia sahaja tetapi kepada akhbar-akhbar kerajaan seperti Berita Harian, The Star, stesen televisyen RTM, TV3, Bernama dan New Straits Times supaya menjadi lebih bertanggungjawab sebagai penyebar maklumat yang berkesan dan bukan menjadi alat propaganda kerajaan mahupun parti politik semata-mata.

Saranan Hata itu dilihat sebagai menegur media-media arus perdana itu supaya jangan mengulangi kesilapan berpuluh-puluh tahun lalu yang mana penyokong BN seharusnya menafsirkannya sebagai antara punca yang menyebabkan kerajaan BN semakin ditolak rakyat yang nampak jelas dengan tsunami politik 2008.

Sewajarnya ingatan ini menjadi pedoman kepada BN supaya jangan membuat silap yang sama berulang kali lagi jika mahu terus berkuasa di dalam suasana politik dan keperluan sosial yang sudah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun, tindakan Utusan amatlah dikesali. Penulis yakin kemampuan Utusan bertahan kini secara ekonominya pada hari ini adalah dengan bantuan kerajaan BN pada hari ini walaupun kedengaran suara-suara kakitangannya yang tidak berpuas hati dengan pakej gaji, kenaikan gaji, bonus dan manfaat yang diterima ekoran prestasi syarikat yang semakin buruk.

Jika dilihat pada tahap penjualan surat akhbarnya yang menjunam dengan teruknya saban tahun sejak dua tahun lalu dan keyakinan pelabur di Bursa Malaysia untuk mengumpul saham Utusan yang sangat kurang telah menyebabkan sahamnya kini menjadi saham media yang termurah dan kurang didagangkan di dalam Bursa Malaysia dengan harganya terkini 90 sen (harga mutakhir pada 14 Januari).

Mungkin sudah sampai masanya kerajaan-kerajaan PR di negeri-negeri yang kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang ataupun ahli-ahli korporat yang pro-PR untuk mula mengumpul saham Utusan yang murah ini bagi membentuk blok minoriti dalam Utusan bagi meneutralkan sedikit-sebanyak pemberitaan Utusan yang terlalu sangat “menyakitkan” pemikiran rakyat yang sudah matang yang selalu dipermain-mainkan oleh bahan-bahan provokasi mereka.

* Shaharul Shafie adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi.

UTUSAN GANTUNG KERJA PRESIDEN NUJ

Malaysiakini
15/1/2011





Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan digantung kerja mulai Isnin ini hingga proses siasatan dalam oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media selesai.


“(Saya) dah kena gantung kerja tak boleh pergi pejabat lagi dan tak boleh keluar dari rumah,” tulis Hata dalam SMS kepada Malaysiakini, pagi ini.

NONEHata enggan mengulas lanjut tetapi menghantar Malaysiakini sesalinan surat penggantungan kerja yang bertarikh 11 januari lalu.

“Setelah mengambilkira keadaan sekeliling dan keseriusan dakwaan salah laku tuan, maka Syarikat akan menggantung perkhidmatan tuan bermula dari 17 Januari 2 011 hingga proses siasatan dalaman terhadap tuan selesai,” petik surat yang ditandatangani oleh pengurus besar, jabatan sumber manusia, Utusan Melayu.

Menurut surat itu lagi, sepanjang tempoh penggantungan kerja, Hata tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis Utusan Melayu kecuali jika beliau dikehendaki hadir untuk memberi penjelasan atau mendapat kebenaran pihak syarikat terlebih dahulu.

Berada di tempat boleh hubungi

“Sila maklumkan kepada syarikat alamat terkini surat menyurat serta nombor telefon kediaman dan telefon bimbit sebelum tuan meninggalkan kawasan syarikat kepada ketua jabatan tuan.

azlan“Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal,” petik surat itu lagi.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan sepanjang tempoh berkenaan Hata akan mendapat gajinya ataupun tidak.

Siasatan dalaman ke atas Hata dijadualkan bermula pada Isnin ini, jam 10 pagi.

Sebelum ini, Hata diberi surat tunjuk sebab dan dikenakan siasatan dalaman kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

15 Januari 2011

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 6 TAHUN 2011 (PERATURAN DAN KADAR BEKALAN PAKAIAN SERAGAM)

Perbendaharaan Malaysia
1/1/2011



TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan baru berhubung
pembekalan pakaian seragam kepada penjawat awam.

LATAR BELAKANG

Pada masa ini, kelayakan pakaian seragam ditetapkan oleh Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5
Tahun 1995 dan akta/peraturan perkhidmatan berkaitan. Peraturan bagi
membekalkan pakaian seragam pula ditetapkan di bawah Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2002 (PP Bil.6/2002). Selaras dengan keadaan
semasa, Perbendaharaan bersetuju supaya PP Bil.6/2002 disemak semula.

TAFSIRAN

Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya dalam Pekeliling ini, tafsiran
di bawah ini hendaklah diikuti:
“Pakaian Seragam” adalah bermaksud pakaian dan kelengkapan lain
yang dibekalkan kepada pegawai yang layak seperti yang ditetapkan
dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990, Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 dan akta/peraturan perkhidmatan
berkaitan serta pindaannya.

KEMUDAHAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM

4. Semua agensi hendaklah menguruskan bekalan pakaian seragam
kepada pegawai masing-masing pada setiap tahun mengikut prosedur
perolehan dan peraturan kewangan semasa yang ditetapkan.
5. Agensi boleh memilih untuk membekalkan pakaian seragam mengikut
kaedah yang ditetapkan seperti berikut:
i. agensi menguruskan pembekalan pakaian seragam yang siap
dijahit dari kain berkualiti mengikut prosedur perolehan yang
berkuat kuasa; atau
ii. agensi menguruskan pembekalan kain berkualiti dan perolehan
perkhidmatan jahitan secara berasingan yang diuruskan oleh
kementerian/jabatan mengikut prosedur perolehan yang berkuat
kuasa; atau
iii. agensi mendapatkan kain berkualiti mengikut prosedur
perolehan yang berkuat kuasa dan mengagihkan kepada
pegawai supaya pegawai menguruskan sendiri jahitan pakaian
berkenaan dan seterusnya pegawai akan membuat tuntutan
bayaran balik bayaran upah jahit yang disokong dengan resit
atas kadar maksimum seperti berikut:
Bil. Jenis Pakaian Kadar Maksimum
1. Baju Lengan Panjang/ Pendek RM100
2. Sehelai Seluar Panjang RM130
3. Sepasang Baju Kurung Wanita RM120
4. Overall RM150
5. Overcoat RM100
6. Bagi urusan perolehan pakaian seragam di perenggan (i) dan (ii), tiada
kadar yang khusus ditetapkan bagi perolehan pakaian siap dijahit, perolehan
kain dan upah jahit. Agensi boleh menguruskan pembekalan pakaian
seragam tersebut mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa tanpa
perlu memohon kelulusan Perbendaharaan, tertakluk kepada peruntukan
kewangan yang diluluskan.

KEMUDAHAN BEKALAN KASUT

7. Agensi boleh membekalkan kasut kepada pegawai mengikut pilihan
seperti berikut:
3
i. agensi menguruskan pembekalan kasut berdasarkan prosedur
perolehan kewangan yang berkuat kuasa mengikut bilangan
kelayakan pegawai di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7
Tahun 1990, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995
dan akta/peraturan perkhidmatan berkaitan serta pindaannya;
atau
ii. bagi pegawai yang layak dibekalkan dengan kasut/boot
keselamatan jenis kulit, agensi boleh membenarkan pegawai
membeli kasut dan seterusnya membuat tuntutan bayaran balik
yang disokong dengan resit bagi pembelian kasut mengikut
bilangan kelayakan pegawai tertakluk kepada kadar berikut:
(a) kasut kulit - maksimum RM150
sepasang; atau
(b) kasut/boot keselamatan
kulit
- maksimum RM250
sepasang.
8. Bagi pembekalan jenis kasut selain daripada di perenggan 7(ii) di atas,
agensi hendaklah mengikut tatacara prosedur perolehan yang sedang
berkuat kuasa.

KELENGKAPAN LAIN

9. Agensi boleh menyediakan kelengkapan lain berkaitan dengan pakaian
seragam pegawai mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa.
TANGGUNGJAWAB KETUA AGENSI
10. Ketua Agensi adalah bertanggungjawab memastikan perkara berikut:
i. peraturan yang ditetapkan berhubung kelayakan, kuantiti, reka
bentuk dan warna pakaian seragam sebagaimana yang
ditetapkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990,
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 dan akta/
peraturan perkhidmatan berkaitan serta pindaannya dipatuhi
sepenuhnya;
ii. menentukan keperluan dan spesifikasi kasut adalah
bersesuaian dengan tugas pegawai;
iii. menyediakan garis panduan dalaman (sekiranya perlu) di
agensi bagi kadar perolehan bekalan kain dan upah jahit yang
sesuai sebagai satu bentuk kawalan dan untuk mengelakkan
pembaziran; dan
iv. memastikan peruntukan tahunan agensi adalah mencukupi bagi
menyediakarl pakaian seragam kepada pegawai pada setiap
tahun.

PEMAKAIAN PEKELlLlNG

11. Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awarn
Negeri, Badarl Berkanurl Persekutuan darl Pihak Berkuasa Tempatan
tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing.

TARIKH KUAT KUASA

12. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.

PEMBATALAN

13. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling ini, Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 6 Tahun 2002 adalah dibatalkan.

Untuk Keterangan lanjut ( sila klik disini )