SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

30 Jun 2011

JPA BERSETUJU LIMA TUNTUTAN BARU CUEPACS

Berita Harian
30/6/2011


IPOH: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah bersetuju menunaikan lima tuntutan baru CUEPACS berhubung penilaian baru perkhidmatan awam dan pekeliling mengenainya akan dikeluarkan tidak lama lagi, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Beliau juga berkata, kesatuan itu tidak akan membela mana-mana kakitangan awam yang ditangkap menyertai perhimpunan haram BERSIH kerana ia melanggar etika perkhidmatan awam.

ISU KETUA PENGARAH JKR JEJAS KREDIBILITI PERKHIDMATAN AWAM - CUEPACS

Bernama
30/6/2011


IPOH, 30 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpendapat kemelut jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya telah menjejaskan kredibiliti perkhidmatan awam dan perlu diselesaikan segera, kata presidennya Datuk Omar Osman.

Beliau berkata isu berkenaan telah turut diheret ke Parlimen baru-baru ini dan CUEPACS sangat terkilan kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti perkhidmatan awam.

"Untuk itu, kita sedang mengatur pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menyelesaikan isu tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmi mesyuarat agung Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerajaan dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Perak di sini.

Omar berkata selain beliau, lima kesatuan sekerja lain akan menyertai perbincangan itu bagi membolehkan semua pihak bertukar-tukar pandangan dalam usaha mencari jalan penyelesaian isu kontroversi itu.

Isu berkenaan tercetus apabila Ketua Pengarah JKR, Tan Sri Judin Abdul Karim tidak bersetuju dengan arahan bertukar ke Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) manakala tempatnya diisi oleh Timbalan Ketua Pengarah JKR Datuk Mohd Noor Yaakob berkuatkuasa 1 Mei lalu.

-- BERNAMA

PENDAPAT UMUM BANTAHAN PERHIMPUNAN HARAM 9 JULAI

Bernama
29/6/2011




KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Rancangan pihak tertentu untuk terus mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai di ibu negara walaupun tanpa permit menimbulkan pelbagai reaksi umum yang bimbang terhadap implikasi buruk daripada perhimpunan itu.

Lebih membimbangkan lagi jika ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan daripada perhimpunan itu untuk kepentingan tertentu.

Berikut antara petikan pendapat umum mengenai rancangan mengadakan perhimpunan haram tersebut:

"Perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih.

"Tindakan kumpulan pengacau itu mengadakan perhimpunan haram itu adalah untuk mendapatkan kembali sokongan yang mereka dapat semasa pilihan raya umum 2008 memandangkan kini momentum sokongan rakyat kembali berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

(Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak)

"Orang awam tidak sepatutnya terlibat dengan perhimpunan berkenaan yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.

"Saya memantau keadaan ini, lagi pun sudah beratus-ratus laporan kita terima yang tidak menyokong perhimpunan ini.

(Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar)

"Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan 9 Julai ini.

"Semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.

(Presidennya Datuk Omar Osman)

"Bersih dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memajukan agenda politik tersendiri dan tidak sama sekali memperjuangkan hak-hak rakyat seperti yang diperkatakan.

"Sememangnya pilihan raya di Malaysia adalah dijalankan dengan adil dan saksama dan buktinya ialah bilangan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada pihak pembangkang ketika ini."

(Presiden Parti Makkal Sakti Datuk R.S. Thanenthiran)

"Perhimpunan ini hanya akan menyusahkan orang ramai dan menjejaskan pendapatan peniaga kecil dan pemandu teksi yang antara mereka merupakan anggota persatuan itu.

(Pemangku Presiden Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia (PBPM) Datuk Yusuf Hamdain Diego)

"Tindakan mengadakan perhimpunan itu bukan sahaja bakal menyebabkan kesusahan kepada orang ramai bahkan menjejas imej negara yang selama ini menyerlah di mata dunia.

"Apa perlu adanya demonstrasi? Kita faham kalau dah ramai berdemonstrasi, pastinya keadaan tidak akan aman apatah lagi bila berlaku pertembungan dua kumpulan. Yang menjadi mangsa ialah rakyat."

(Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Syed Anuar Syed Mohamad)

"Budaya demonstrasi yang berlaku di beberapa negara lain harus dijadikan iktibar bahawa ia boleh menjejaskan keselamatan, keamanan dan ekonomi sesebuah negara"

(Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee)

"Kalau nak lakukan sesuatu, kita juga perlu fikirkan kepentingan rakyat. Dengan adanya perhimpunan itu nanti, ia akan mengundang kesesakan lalu lintas dan menjejaskan rutin harian serta pendapatan rakyat seperti peniaga kecil dan pemandu teksi"

(Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay)

"Sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas menyekat kegiatan yang boleh menjejaskan kepentingan awam dan keselamatan negara dan menyarankan kepada polis agar menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap perancang perhimpunan.

(Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman)

"Perhimpunan itu tidak memberi faedah kepada sesiapapun, malahan ia menyusahkan pemandu teksi mencari rezeki serta kehidupan seharian orang awam.

(Pemandu teksi, Samad Ismail, 43)

"Perhimpunan ini perlu dibatalkan kerana bukan sahaja ia menjejas pendapatan peniaga tetapi turut mengancam keselamatan"

(Pemilik kedai tas tangan dan perhiasan wanita, Rosyna Alias, 48)

"Jika berlaku perhimpunan, ia mengganggu rutin harian wanita hingga mengakibatkan mereka takut untuk keluar dan terpaksa tinggal di rumah supaya tidak terdedah kepada bahaya.

"Waktu hujung minggu adalah waktu beriadah tapi apabila berlaku perhimpunan haram seperti ini kita terpaksa terperuk dan berkurung di rumah"

(Pekerja swasta Muliana Mohamad, 26)

-- BERNAMA

HARGA RUMAH DI PUTRAJAYA TERLALU MAHAL

Berita Harian
26/6/2011



SEMAKAN terhadap harga rumah yang dijual di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya didapati mahal berbanding di tempat lain. Penjawat awam sepanjang perkhidmatannya boleh membeli rumah melalui pinjaman kerajaan bergantung kepada gaji bulanan, faktor usia, serta baki tempoh perkhidmatan.

Kadar pinjaman mereka adalah antara RM60,000 sehingga RM350,000 tertakluk kepada terma dan beberapa syarat lain. Tempoh pinjaman yang dibenarkan adalah sehingga 25 tahun dengan kadar empat peratus setahun. Tinjauan yang dibuat terhadap harga rumah di Putrajaya adalah antara RM450,000 hingga RM1 juta bagi rumah teres dan berkembar. Bagi rumah kediaman enam bilik pula harganya melebihi RM1 juta. Harga itu dianggap mahal dan tidak mampu dibeli oleh kakitangan awam berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Justeru, adalah dicadang supaya kerajaan dapat membuat kawalan harga rumah di Putrajaya dengan membina rumah di bawah harga RM220,000 dan memberi keutamaan kepada penjawat awam yang belum memiliki rumah sendiri.

YOSRI ABU MAHSIN,

28 Jun 2011

OMAR: CONTROVERSY OVER HAVING TWO D-Gs IN PWD MUST BE RESOLVED

The Star
28/6/2011



PETALING JAYA: Cuepacs is plan-ning to meet soon with the Chief Secretary to the Government Tan Sri Sidek Hassan to resolve the problem of the two Public Works Department director-generals.

Its president Datuk Omar Osman said he had met with several PWD-related unions and Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim – whom Sidek said would become the new Construction Industry Development Board’s (CIDB) chief executive officer effective May 1.

Sidek, in the same letter dated April 30, stated that Datuk Mohd Noor Yaacob, who was then PWD deputy director-general II, would succeed Dr Judin on May 1 as the latter would become the new CIDB chief executive officer.

“We understand there are certain unhappiness regarding the transfer,” Omar said yesterday.

Dr Judin had not accepted the offer and still goes to work everyday.

PWD Professionals Association Malaysia president Zulkifli Ahmad claimed that certain Public Service Department procedures were not properly followed, stating that a secondment outside PWD would first require the agreement of the said officer.

Zulkifli said the perception was that Dr Judin was being demoted and suggested providing him with a better package and pay grade to resolve the problem.

Mohd Noor has been carrying out official PWD director-general duties since his May 1 appointment but there is no animosity between the two.

Former senior civil servant and ASLI Centre of Public Policy chairman Tan Sri Ramon Navaratnam said the problem should be settled quickly in a fair manner as it could effect the perception of the civil service.

Ramon said Dr Judin had a justification in feeling hurt if the transfer to CIDB appeared to be a demotion.

Pokok Sena MP Datuk Mahfuz Omar said he would lodge a report against the Chief Secretary.

Mahfuz, who is also PAS vice president, claimed that it was necessary to lodge a report against Sidek, as he had “lied to the Yang di-Pertuan Agong” over the issue because he claimed the secondment of Dr Judin to CIDB was made not according to proper procedure.

27 Jun 2011

UNION WELCOME FINE AGAINST ERRANT EMPLOYERS

The Malay Mail
Hafizah Hoze Rizal
27/7/2011




Abdul Halim Mansor

PETALING JAYA: The government's intention to impose a fine of RM10,000 on any employer who fails to comply with the minimum wage requirement has received the support of workers' unions.

Security Guard Union acting secretary-general M. Gnanasegaran said the hefty fine would serve as a deterrent.

"If the government does not come down hard on such employers, the welfare of employees would be ignored," he said.

"We are also happy with the minimum wage move by the government as security guards are often accorded unfair treatment compared to other professions."

Malaysian Trades Union Congress (MTUC) secretary-general Abdul Halim Mansor (pic) said it was about time such a fine was imposed as has been done in many other countries, including Japan and South Korea.

"The fine will not be a burden to employers and will instead encourage them to take better care of their employees who are their biggest asset."

He also criticised the statement by Malaysian Employers Federation (MEF) executive director Shamsuddin Bardan that having a minimum wage would drive away foreign investments.

"Minimum wage is not the sole or main factor when foreigners are considering investing in Malaysia," said Abdul Halim.

Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Datuk Omar Osman also hailed the move to fine irresponsible employers.

"I fully support the idea of implementing a fine of RM10,000. I think it is a fair move.

"However, for big companies, RM10,000 is not very much," he said, adding that large corporations would not have a problem in forking out such a small sum.

On June 23, it was reported in a local English daily that the RM10,000 fine move was not well received by employers.

They had argued that such a fine would decrease foreign investments in Malaysia.

They also claimed that such a move would impede the efforts of turning Malaysia into a high-income nation.

READ: Minimum wage policy by year-end?

26 Jun 2011

PENJAWAT AWAM DIMINTA TIDAK TERLIBAT DENGAN BERSIH

Bernama
26/6/2011



KULIM, 26 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.

"Jika mereka terlibat dan tertangkap atau sebagainya, Cuepacs tidak akan membela mereka dan perkara itu merupakan risiko tanggungjawab mereka sendiri dan kita nasihatkan supaya mereka mematuhi Aku Janji yang dalam pengetahuan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Daerah Kulim di sini.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata isu pertukaran Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak sepatutnya dipolitikkan.

Beliau berkata lima kesatuan sekerja yang terlibat dengan jabatan berkenaan telah menemui beliau sambil menyatakan hasrat mereka untuk bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara, dan Menteri Kerja Raya.

Beliau berkata beliau akan bertemu dengan Datuk Seri Judin Abdul Karim dalam waktu terdekat untuk berbincang bagi mendapatkan pandangannya.

-- BERNAMA

25 Jun 2011

KERAJAAN TAK PILIH KASIH AMBIL PENJAWAT AWAM

Utusan Malaysia
22/6/2011


KUCHING 22 Jun - Kerajaan negeri tidak pernah melakukan diskriminasi kaum atau pilih kasih dalam pengambilan penjawat awam di negeri ini sebaliknya memberikan hak sama rata kepada semua rakyat.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah berkata, dakwaan itu juga tidak tepat kerana pengambilan kakitangan dilakukan sendiri oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) negeri.

Katanya, jumlah masyarakat Cina yang kurang sebagai penjawat awam di negeri ini bukan kerana kerajaan pilih kasih namun ia disebabkan oleh faktor kurangnya permohonan daripada kaum berkenaan.

''Kurangnya masyarakat Cina sebagai penjawat awam adalah disebabkan mereka sendiri lebih berminat bekerja dalam sektor swasta," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Petra Jaya, di sini, hari ini.

Terdahulu, ketika menjawab soalan David Wong Kee Woan (DAP-Pelawan) pada sidang DUN, Fatimah berkata, berdasarkan pecahan penjawat awam mengikut kaum, sebanyak 82.7 peratus adalah bumiputera diikuti 13.6 peratus bukan bumiputera manakala bakinya sejumlah 3.69 peratus adalah kaum lain.

Katanya, dari segi pecahan mengikut jantina pula, sebanyak 74.4 peratus kakitangan awam adalah lelaki manakala bakinya seramai 25.5 peratus pula wanita.

''Jumlah kakitangan awam di Sarawak ketika ini adalah seramai 22,134 orang merangkumi 14,272 pegawai yang bertugas di kementerian, 4,878 orang bertugas di badan-badan berkanun dan 2,984 orang lagi dengan pihak berkuasa tempatan (PBT),'' ujarnya.

24 Jun 2011

CUEPACS SEDIA JUMPA GABUNGAN KESATUAN SEKERJA JKR

Berita Harian
24/6/2011



2011/06/24 KUALA LUMPUR: CUEPACS bersedia untuk menemui Majlis Bersama Jabatan Pihak Pekerja Jabatan Kerja Raya (MBJ-JKR) yang dianggotai lima kesatuan sekerja untuk membincangkan isu dua Ketua Pengarah di jabatan yang dilihat semakin serius kerana berlarutan hampir dua bulan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menerima memorandum MBJ-JKR, kelmarin yang secara terperinci menyatakan pandangan mengenai isu itu dan CUEPACS akan turut meneliti dokumen berkenaan. “MBJ-JKR ada menghubungi CUEPACS sebelum ini dan mahu kita mengambil tindakan susulan untuk memperbetulkan keadaan... “Kita juga akan mengadakan pertemuan dengan bekas Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Prof Dr Judin Abdul Karim untuk mendapatkan perincian perkembangan semasa. Hanya selepas itu, CUEPACS boleh memutuskan apa tindakan yang boleh diambil,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat CUEPACS di sini, semalam.

Sementara itu, MBJ-JKR mahu kemelut berkenaan diselesaikan segera bagi mengelakkan wujud dua kumpulan dalam JKR.

Yang Dipertua Pertubuhan Profesional JKR (ProJKR), Zulkifli Ahmad, berkata ini kerana konflik itu kini sudah menjadi perbualan hangat dikalangan pegawai dan kakitangan di ibu pejabat JKR sehingga timbul soalan siapakah Ketua Pengarah JKR yang sah.

“Kami bukannya mahu melawan mana-mana pihak tetapi sebagai kakitangan kerajaan, kami mahu isu ini diselesaikan segera kerana kita risau akan menimbulkan pelbagai masalah di peringkat jabatan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JKR di sini, semalam.

23 Jun 2011

PROSEDUR SALAH

Berita Harian
Oleh Meor Hisham Zulkifli dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2011/06/23


pix_gal0
Lima kesatuan mahu CUEPACS minta Perdana Menteri selesaikan isu JKR ada dua Ketua Pengarah

KUALA LUMPUR: Pelantikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Seri Judin Abdul Karim sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada 1 Mei lalu, dikatakan bercanggah dengan prosedur peminjaman kakitangan awam yang ditetapkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008, Bahagian II Perkara 4(a) untuk sektor awam.

Ini kerana pekeliling itu menetapkan peminjaman pegawai memerlukan persetujuan tiga pihak, iaitu pihak peminjam (CIDB), pembekal (JKR) dan pegawai yang terbabit terlebih dulu sebelum dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kemudian mengemukakan cadangan serta mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Berikutan itu, Majlis Bersama Jabatan Pihak Pekerja (MBJ-JKR) menuntut supaya CUEPACS yang mewakili kesatuan berkenaan berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya ia diselesaikan berasaskan prosedur dan pekeliling itu bagi memelihara maruah serta kredibiliti pegawai sektor awam. Dalam suratnya kepada CUEPACS dan salinannya diperoleh Berita Harian semalam, gabungan lima kesatuan sekerja dalam JKR itu juga berharap Najib dan SPA dapat menamatkan konflik pelantikan Ketua Pengarah JKR yang sudah berlarutan hampir dua bulan.

Mesyuarat bersama MBJ-JKR di Langkawi semalam turut mengambil ketetapan supaya CUEPACS yang memayungi 1.2 juta kakitangan sektor awam, menjadi orang tengah menamatkan konflik berkenaan.

“Baru-baru ini berlaku pertukaran Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Judin Abdul Karim ke CIDB tanpa persetujuan beliau. Perkara ini menjadi gawat apabila pengganti beliau sudah pun dilantik ketika jawatan berkenaan belum dikosongkan,” menurut surat itu.

Semalam akhbar ini melaporkan, Ketua Pengarah JKR yang baru, Datuk Mohd Noor Yaacob, berkata isu dua nakhoda satu kapal tidak timbul dalam JKR kerana beliau sudah menjalankan tugas secara rasmi sejak dilantik pada 1 Mei lalu walaupun Judin enggan mengosongkan biliknya.
Mohd Noor yang sebelum itu memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II, berkata beliau mula menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah, sejajar dengan surat pelantikan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Pada 28 April lalu, Mohd Sidek mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Mohd Noor sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya mulai 1 Mei 2011 menggantikan Judin yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif CIDB pada tarikh yang sama.

Wartawan Berita Harian yang cuba mendapatkan ulasan Mohd Sidek mengenai perkara itu selepas satu majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIA), kampus Kuala Lumpur, semalam bagaimanapun tidak dapat menemui beliau.

MBJ-JKR juga berharap CUEPACS mengambil tindakan susulan memperbetulkan keadaan, sekali gus memastikan proses pertukaran dan peminjaman pegawai dilaksanakan dengan betul serta telus mengikut prinsip dan lunas yang digariskan Pekeliling Perkhidmatan.

“Kami juga amat berharap SPA yang sepatutnya sebuah badan bebas bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam, berperanan secara bijaksana dan sewajarnya bagi menangani masalah itu.

“Senario yang sedang berlaku dalam JKR mudah-mudahan tidak merebak ke kementerian, jabatan atau agensi lain. Kemurnian tindakan yang diambil secara berhati-hati dan berhemah dengan menghormati hak penjawat awam perlu, seiring dengan konsep 1Malaysia,” menurut surat itu

Surat ditandatangani Naib Presiden Kesatuan Perkhidmatan Teknikal Semenanjung Malaysia (MTSU), Sumardi Ali; Setiausaha Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Wilayah Persekutuan, Hashim Mahmud; Yang Dipertua Pertubuhan Profesional JKR, Zulkifli Ahmad; Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja JKR dan Air (NUPWDE), Sayuti Dollah dan Katoman Sukiman mewakili Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPAP).

Sementara itu, Timbalan Presiden CUEPACS, Azih Muda, menuntut perkara ini diselesaikan segera bagi mengelak imej negatif sektor awam, selain menjejaskan perjalanan urus tadbir JKR.

“CUEPACS merasakan konflik ini tidak seharusnya wujud kerana kebiasaannya urusan berhubung pelantikan atau pertukaran yang membabitkan pegawai perkhidmatan awam dilaksanakan secara tertib oleh JPA. Sebagai kesatuan mewakili kakitangan kerajaan, kami memandang serius kemelut dalam JKR dan amat berharap ia diselesaikan segera,” katanya

22 Jun 2011

GAJI MINIMUM AKHIR TAHUN

Berita Harian
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/06/15



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-112 di Putrajaya, semalam.  Mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri  di Bangunan   Perdana Putra yang bermula jam 10 pagi itu turut dihadiri beberapa menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Mesyuarat   itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain membincangkan pelbagai isu berbangkit.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-112 di  Putrajaya, semalam.  Mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri  di Bangunan    Perdana Putra yang bermula jam 10 pagi itu turut dihadiri beberapa  menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.  Mesyuarat   itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain  membincangkan pelbagai isu berbangkit. <b>Pelaksanaan selepas rang undang-undang majlis konsultasi diluluskan Parlimen</b><br><br>SUBANG JAYA: Dasar kadar gaji minimum bagi pekerja berpendapatan  rendah di negara ini dijangka dilaksanakan akhir tahun ini selepas  penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara, kata Datuk Seri Najib Razak.     Perdana Menteri, berkata Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji  Negara 2011 akan dibentangkan Kementerian Sumber Manusia di Parlimen  pada persidangan kali ini.      “Apabila diluluskan, majlis berkenaan akan ditubuhkan dan selanjutnya  gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini,
Pada majlis yang pertama kali dihadirinya, Najib turut melancarkan portal aduan pekerja yang dibangunkan dengan kerjasama Pemuda UMNO, selain menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas Setiausaha Agung MTUC, G Rajasegaran.

Najib berkata, menerusi majlis konsultasi itu, pelbagai isu berkaitan pekerja dapat dibentangkan dan dibincangkan untuk pertimbangan menteri seperti persaraan, usia persaraan, elaun saraan hidup dan pekerja asing.

"Semua perkara ini wajar diperhalusi supaya keputusan yang dicapai mendatangkan kebaikan kepada semua pihak," katanya.
Terdahulu, beliau berkata kehadirannya pada majlis itu sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada MTUC sebagai badan yang memayungi kesatuan sekerja di negara ini.

"Saya percaya MTUC sebagai badan yang boleh memainkan peranan positif untuk menjaga kebajikan 12 juta pekerja di negara ini. Tahniah diucapkan kerana berjaya mentransformasikan negara ini daripada negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dalam jangka masa satu generasi saja.

"Sekarang, cabaran kita sebagai pekerja, majikan, kerajaan dan rakyat sama ada penjawat awam atau pekerja swasta adalah untuk menyumbang ke arah menjayakan transformasi negara kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

Sementara itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan dalam ucapannya, turut meminta kerajaan mengkaji untuk memanjangkan pelaksanaan cuti bersalin selama 90 hari kepada sektor swasta.

"Kebanjiran pekerja asing juga perlu dikaji puncanya kerana ia memberi kesan kepada pekerja tempatan yang bagaikan dipinggirkan, hingga 400,000 rakyat tempatan berhijrah untuk bekerja di luar negara," katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan; Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

INFO: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
  • Penetapan gaji minimum RM900 sebulan
  • 34 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan
  • Perjuangkan sejak 1999
  • Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menaungi 260 kesatuan sekerja
  • Sehingga Disember 2010, 5.5 juta pekerja rasmi dalam sektor swasta di Malaysia.
  • TEACHERS' PAY HIKE STILL IN WORKS, SAYS DPM

    Malaysia Insider
    June 22, 2011










    Teachers attend the Guru 1 Malaysia event in Bukit Jalil, October 16, 2010.






    KUALA LUMPUR, June 22 — The revision of the teachers’ remuneration scheme announced during the recent Teachers’ Day is still being formulated, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin explained yesterday.

    The Barisan Nasional (BN) administration had announced pay rises for 7,000 senior educators and raised the pay ceiling for all teachers as it prepares to call a general election that is expected within the year.

    But the move has sparked discontent in some quarters within the teaching field, particularly diploma holders, as well as Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services’s (Cuepacs).

    “We are in the laboratory process to discuss the matter in detail, it concerns not only the principals, but the teachers’ post in general,” Muhyiddin, who holds the education portfolio, was quoted saying by Bernama Online.

    He added that the revised pay packages will be submitted for a Cabinet review once completed and await the approval of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

    Both BN and rivals Pakatan Rakyat (PR) have been openly courting the teaching profession ahead of a general election expected within the year.

    In its Buku Jingga election manifesto, PR has promised a RM500 monthly allowance for teachers if it takes power after the next election.

    21 Jun 2011

    MINDA PENGARANG: TUNTUTAN CUEPACS TIDAK HARUS JADI PENGHALANG PELAKSANA PROSPEK

    Berita Harian
    2011/06/21


    TINDAKAN CUEPACS mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi kakitangan awam boleh disifatkan sebagai ugutan, walaupun ada pihak menganggapnya sebagai wajar. Kita percaya, ada di kalangan penjawat awam sendiri yang tidak bersetuju cara Presidennya, Datuk Omar Osman, yang seolah-olah mengambil kesempatan mengemukakan tuntutan pada ketika kerajaan berusaha menjayakan satu kaedah terbaik menggantikan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kakitangan awam, yang dimansuhkan Januari lalu. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pastinya sudah membuat penelitian rapi bagi memastikan PROSPEK dilaksanakan dengan telus, cekap dan berkesan agar tidak ada lagi penjawat awam yang berasa teraniaya dengan penilaian yang dibuat. Menerusi PROSPEK, kaedah penilaian kakitangan awam tidak lagi berasaskan peperiksaan, sebaliknya ditentukan panel penilaian berwibawa dianggotai ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai akan bertukar setiap tahun bagi mengelak elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih. Sebagai tanda persetujuan, CUEPACS yang mewakili 1.2 juta penjawat awam di negara ini dan JPA menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 19 Mei lalu untuk melaksanakan sistem penilaian baru itu. Kita percaya kedua-dua pihak dapat melihat kebaikan yang diperoleh berbanding sistem penilaian sebelum ini. Agak mengejutkan, apabila CUEPACS meletakkan lima tuntutan baru, antaranya menuntut supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi, memberi tiga kenaikan insentif bagi setiap kali kenaikan pangkat dan melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK, sebagai prasyarat melaksanakan PROSPEK.

    Justeru, kita tidak mahu melihat tuntutan CUEPACS itu sebagai satu ugutan terhadap kerajaan kerana perlunya hubungan baik antara penjawat awam dengan kerajaan. Apa yang kita mahu CUEPACS berbincang dengan JPA bagi memastikan tuntutan yang dikemukakan mereka sememangnya wajar dan dapat memberi manfaat kepada perkhidmatan awam. Kita percaya pada masa sama, JPA tentunya bersedia bertemu mereka untuk berbincang dan meneliti setiap perkara yang dituntut, seperti dinyatakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Kedua-dua pihak perlu melihat tuntutan ini sebagai usaha meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan kebajikan penjawat awam. Meskipun CUEPACS gagal dalam tuntutannya, mereka tidak sepatutnya kecewa atau terus mendesak sehingga mengeruhkan hubungan antara penjawat awam dan kerajaan sebagai majikan. Kita percaya JPA pastinya sedia membuat pertimbangan sewajarnya terhadap semua tuntutan itu berdasarkan peraturan sedia ada dan kemampuan kewangan kerajaan. Apa yang kita harapkan akan wujud situasi ‘menang-menang’ bagi kedua-dua pihak. Penjawat awam adalah nadi dalam urus tadbir dan pengurusan kerajaan. Oleh itu harus ada keikhlasan dan kesefahaman yang tinggi antara kakitangan awam dan kerajaan kerana mereka saling memerlukan. Jangan jadikan tuntutan baru Presiden CUEPACS itu sebagai halangan untuk melaksanakan PROSPEK, seperti yang direncanakan mulai 1 Julai ini.

    JPA SEDIA TEMUI CUEPACS

    Berita Harian
    Oleh Syuhada Choo Abdullah
    2011/06/21




    pix_gal0
    Pelaksanaan penuh PROSPEK berkuat kuasa 1 Januari 2012

    KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedia berbincang dengan CUEPACS sebelum mengeluarkan surat pekeliling berhubung pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai depan.

    Bagaimanapun, Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, setakat ini enggan mengulas mengenai lima tuntutan baru yang dikemukakan CUEPACS sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu. Sambil menjelaskan perkara itu perlu diteliti serta dibincangkan dengan pegawainya terlebih dulu, beliau berkata, PROSPEK hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari tahun depan. < Justeru, beliau berkata, JPA kini dalam proses memberikan taklimat dan penerangan kepada semua kementerian serta agensi kerajaan berhubung PROSPEK, termasuk garis panduan yang sudah ditetapkan.

    “Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan pada Januari lalu adalah berasaskan peperiksaan, tetapi PROSPEK tidak ada peperiksaan, sebaliknya garis panduan.

    “Sehubungan itu, JPA memperkenalkannya kepada kementerian dan agensi kerajaan untuk mereka membentuk suatu penilaian berasaskan PROSPEK bersesuaian dengan keperluan skim perkhidmatan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

    Akhbar semalam melaporkan CUEPACS yang baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan JPA mengenai PROSPEK bagi menggantikan PTK berkuat kuasa 1 Julai depan, mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu.
    Tuntutan utama supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi, memberi tiga kenaikan pangkat dan melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK.

    Dua tuntutan lagi adalah penubuhan jawatankuasa utama yang dianggotai CUEPCAS dan JPA bagi memantau pelaksanaan PROSPEK dan juga isu berkaitan, serta memastikan setiap perkara dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini dipatuhi kedua-dua pihak sebelum pekeliling mengenai penilaian dikeluarkan.

    5 TUNTUTAN CUEPACS

    Berita Harian
    Oleh Azmi Md Deros
    azmimd@bharian.com.my
    2011/06/20



    Prasyarat persetujui pelaksanaan PROSPEK

    ALOR SETAR: CUEPACS yang baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Julai, mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu. Tuntutan utama adalah supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi, memberi tiga kenaikan insentif bagi setiap kali kenaikan pangkat dan melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK, Dua tuntutan lagi adalah penubuhan jawatankuasa utama yang dianggotai |CUEPACS dan JPA bagi memantau pelaksanaan PROSPEK dan isu berkaitan serta memastikan setiap perkara dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini dipatuhi kedua-dua pihak sebelum pekeliling mengenai penilaian dikeluarkan.

    Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata CUEPACS mengemukakan tuntutan baru kerana tidak bersetuju dengan beberapa terma dan syarat dalam MoU yang ditandatangani dengan JPA sebelum ini.

    “Kita tidak puas hati dengan beberapa perkara dalam PROSPEK dan menuntut supaya lima perkara itu diberi perhatian oleh JPA sebelum kami bersetuju dengan pelaksanaan kaedah baru penilaian prestasi kakitangan awam yang akan dikuatkuasakan bulan depan.

    “CUEPACS sudah bertemu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada Khamis lalu dan beliau setuju supaya kita berbincang dengan JPA mengenai lima tuntutan itu sebelum pekeliling PROSPEK diedarkan.
    “Jika pekeliling dikeluarkan tanpa perbincangan antara JPA dengan CUEPACS berhubung tuntutan itu, kita mungkin menolak pelaksanaan PROSPEK,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pekerja RISDA Kedah ke-24, di sini semalam.

    Pada 19 Mei lalu, CUEPACS telah menyatakan persetujuan mengenai PROSPEK menerusi MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah bersama Omar yang mewakili CUEPACS, bagi menggantikan PTK yang dimansuhkan pada Januari lalu.

    Menerusi PROSPEK, kaedah penilaian kakitangan awam tidak lagi berasaskan peperiksaan, sebaliknya ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.

    Pelaksanaannya akan membabitkan lapan prinsip penilaian baru, iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

    Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi. Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi, memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.

    Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS berharap kerajaan memberikan dua bulan bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam akhir tahun ini, selain Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300 sebulan di seluruh negara dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada Oktober nanti.

    JANGAN ASYIK MINTA BONUS

    Utusan Malaysia
    21/6/2011




    KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Sektor Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam dan menaikan elaun sara hidup diselaraskan kepada RM300 sebulan di semua tempat. Permintaan itu dipohon kepada Perdana Menteri dalam pembentangan bajet 2012.

    Pada hemah saya dalam keadaan sekarang pihak CUEPACS perlu menyarankan kepada kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti dan memastikan negara kita muncul sebagai negara maju pada tahun 2020, berbanding tuntutan untuk mendapatkan bonus dan kenaikan elaun sara hidup.

    Tuntutan pihak CUEPACS berupa peruntukan kewangan adalah sesuatu yang sensitif dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu sekarang ini. Tuntutan ini didapati boleh merendah-rendahkan imej dan reputasi kakitangan awam.

    Umum akan mendakwa bahawa kakitangan awam tiada kerja lain kecuali menuntut bonus dan elaun. Bagaimana pula nasib orang yang bekerja sendiri seperti penoreh getah, pesawah, petani, nelayan, pemandu bas, kereta sewa dan teksi? Mereka ini tiada gaji dan elaun sara hidup.

    CUEPACS disarankan turut memperjuangkan perkara-perkara lain seperti kebajikan untuk kakitangan awam yang lain. Kurangkan tuntutan bonus dan elaun.

    Kini Kementerian Sumber Manusia pula telah mengumumkan mengenai penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 yang dijangka dapat beroperasi pada tahun ini.

    Penubuhan badan itu akan memberi impak kepada golongan pekerja berpendapatan rendah di negara ini apabila kadar gaji minimum mereka dapat dilaksanakan akhir tahun ini.

    Kini kira-kira 34 peratus atau 350,000 pekerja sektor awam mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan dan tidak sesuai lagi dengan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat.

    Sama ada kerajaan mahu memberi bonus atau sebaliknya adalah terpulang kepada kemampuan kewangan kerajaan dalam menguruskan pendapatan dan perbelanjaan negara secara berhemah.

    Adalah menjadi keutamaan kerajaan pada masa kini bagi mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan dalam pilihan raya umum yang lalu.

    Kakitangan awam disaran mencontohi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang berasa malu dan segan untuk meminta kepada pihak kerajaan berkaitan bonus dan tuntutan apa-apa elaun, tambahan kedudukan kewangan serta kemampuan kerajaan pada masa kini berada pada keadaan yang minimum.

    Sebarang tuntutan mesti dapat dibuktikan melalui peningkatan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat di negara ini.

    Tumpuan kakitangan awam sekarang ini perlu kepada meningkatkan produktiviti dan melakukan penjimatan terhadap aspek perbelanjaan harian. Sikap boros berbelanja akan mendorong kepada kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan yang akhirnya boleh membawa kepada tekanan inflasi yang tinggi.

    CUEPACS MINTA PERTIMBANG BONUS

    Utusan Malaysia
    20/6/2011



    ALOR SETAR 19 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan Bajet 2012, awal Oktober ini.

    Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya sudah menyatakan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara lisan dan akan memohon perkara itu secara bertulis dalam masa terdekat.

    "Dua tahun kebelakangan ini kakitangan awam seluruh negara memperoleh wang saguhati RM1,000. Namun, kali ini CUEPACS amat berharap kerajaan menimbangkan kadar bonus yang lebih baik.

    "Saya tidak mahu nyatakan berapa bulan bonus yang kita pohon kepada kerajaan kerana bimbang peniaga akan menaikkan harga barang, namun jumlah yang dipohon ini bersesuaian kepada penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung Kesatuan Pegawai-Pegawai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Kedah di sini, hari ini.

    Menurutnya, CUEPACS juga menuntut kerajaan untuk menyelaraskan elaun sara hidup (COLA) bagi meningkatkan taraf hidup 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.

    Omar berkata, COLA yang dinikmati ketika ini sekitar RM80 sebulan sudah diguna pakai sejak lapan tahun lalu dan sudah tiba masanya ia dinaikkan kepada RM300 sebulan.

    "Kenaikan ini selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) menerusi pekerja pendapatan tinggi dan melahirkan pekerja yang kreatif serta inovatif.

    "Harap perkara ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan ke arah menuju negara maju menjelang 2020," jelasnya.

    TUNTUTAN CUEPACS BERKAITAN BONUS, ELAUN PERLU DITENTUKAN IKUT KEMAMPUAN KERAJAAN

    Berita Harian
    2011/06/21




    KONGRES Kesatuan Pekerja Dalam Sektor Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam dan menaikkan elaun sara hidup diselaraskan kepada RM300 sebulan di semua tempat. Permintaan itu dimohon kepada Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012.

    Dalam keadaan sekarang, CUEPACS perlu menyarankan kepada kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti dan memastikan negara kita muncul sebagai negara maju pada 2020, berbanding tuntutan untuk mendapatkan bonus dan kenaikan elaun sara hidup. Bagaimana pula nasib orang yang bekerja sendiri, penoreh getah pesawah, petani, nelayan, pemandu bas, kereta sewa dan teksi mereka tiada gaji dan elaun sara hidup? CUEPACS disaran turut memperjuangkan perkara lain juga seperti kebajikan kakitangan awam. Kini Kementerian Sumber Manusia pula mengumumkan mengenai penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 yang dijangka dapat beroperasi tahun ini. Penubuhan badan itu akan memberi impak kepada pekerja berpendapatan rendah dapat gaji minimum akhir tahun ini.

    Kini 34 peratus atau 350,000 pekerja sektor awam mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sama ada kerajaan mahu memberi bonus atau sebaliknya terpulang kepada kemampuan kewangan kerajaan.

    Adalah menjadi keutamaan kerajaan mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan dalam pilihan raya umum lalu. Kakitangan awam disaran mencontohi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang segan meminta bonus dan elaun tambahan kerana kemampuan kerajaan kini berada pada keadaan minimum.

    Sikap boros berbelanja akan mendorong kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akhirnya membawa kepada tekanan inflasi tinggi.

    YOSRI BIN ABU MAHSIN,
    Kuala Lumpur.

    19 Jun 2011

    CUEPACS MINTA KENAIKAN PANGKAT SELEPAS KURSUS

    Bernama
    2011/06/19



    ALOR SETAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut agar di bawah Sistem Bersepadu Potensi Penjawat Awam (PROSPEK), penjawat awam terus mendapat kenaikan pangkat selepas menghadiri kursus tanpa perlu menunggu berlaku kekosongan jawatan.

    "Kita membantah jika kenaikan pangkat hanya diberi apabila terdapat kekosongan jawatan kerana objektif PROSPEK tidak tercapai. Apabila pulang dari berkursus mereka hendaklah dinaikkan pangkat," kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman. Beliau berkata, CUEPACS juga menuntut pemberian insentif kepada penjawat awam dinaikkan terus kepada tiga kenaikan. "Dulu masa ada PTK (Penilaian Tahap Kecekapan), kita ada aras melintang dan menegak tapi dalam PROSPEK konsep melintang dan menegak tiada. Jadi kita mahu ia digantikan dengan tiga kenaikan, baru ada perubahan," katanya kepada pemberita semasa menghadiri mesyuarat agung Kesatuan Pegawai-Pegawai RISDA Kedah di sini hari ini.


    Beliau berkata, CUEPACS sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara berhubung pelaksanaan PROSPEK.

    Katanya, terdapat beberapa perkara yang tidak disentuh dan perlu dimasukkan dalam PROSPEK supaya terdapat perubahan lebih baik berbanding PTK.
    "Antara permintaan lain CUEPACS ialah pelantikan panel berwibawa bagi membuat penilaian terhadap penjawat awam selain dua pegawai mewakili kesatuan sekerja supaya penilaian yang dibuat lebih adil dan saksama," katanya.

    Omar juga berkata, CUEPACS tegas dengan tuntutannya mengenai penyelarasan elaun sara hidup kepada RM300 untuk semua penjawat awam dan imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada RM350 dari RM180. - BERNAMA

    17 Jun 2011

    SKIM GAJI LEBIH MUNASABAH KE ARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

    Utusan Malaysia
    16/6/2011



    PENGUMUMAN Perdana Menteri mengenai pelaksanaan gaji minimum untuk pekerja berpendapatan rendah sebelum akhir tahun ini, umpama bulan jatuh ke riba bagi golongan itu.

    Bukan rahsia lagi yang isu gaji minimum ini telah diperjuangkan oleh kesatuan sekerja awam dan swasta di negara ini sejak sekian lama umpama pungguk merindukan bulan.

    Beberapa siri rundingan, dialog dan pertemuan telah diatur di antara pihak kesatuan, wakil kerajaan dan majikan termasuk swasta untuk mencari titik persefahaman namun kerap kali tidak mencapai kata putus.

    Antara alasan yang pernah diberikan majikan khususnya pihak industri yang banyak menggaji pekerja asing untuk menolaknya; sebaik sahaja dilaksanakan, tidak akan ada pengecualian maksudnya ia meliputi semua termasuk warga asing.

    Tetapi wajarkah alasan itu menjadi kekangan untuk melaksanakan skim gaji 'yang munasabah dan berpatutan' untuk pekerja di negara ini?

    Perlukah kita mengorbankan kebajikan pekerja tempatan semata-mata kerana enggan membayar jumlah gaji yang sepadan kepada pekerja asing?

    Difahamkan ada kalangan pekerja yang pendapatan asasnya RM600 sebulan. Malah ada pengawal keselamatan yang dibayar serendah RM500 sebulan.

    Bayangkan apa yang dapat dibeli dengan wang sebanyak itu, lagi-lagi jika tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur?

    Dengan gaji sekecil itu, golongan pekerja ini terpaksa berkira-kira untuk membayar sewa rumah, duit minyak baik kereta atau motor, tol dan belanja dapur yang tentu sahaja besar bagi yang berkeluarga.

    Itu belum dikira belanja sekolah anak, yuran termasuk duit beli ubat apabila sakit pening.

    Justeru pengumuman Perdana Menteri semasa menghadiri majlis makan malam Hari Pekerja 2011 kelmarin, sememangnya berita yang cukup menggembirakan!

    Cadangan gaji minimum sekitar RM900 sebulan yang diperjuangkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), rasanya cukup munasabah dan tidak membebankan kerajaan.

    Walaupun kadarnya hanya akan diputuskan selepas Majlis Konsultasi Gaji Negara ditubuhkan, kita menaruh kepercayaan ia suatu jumlah yang melegakan.

    Perkembangan terbaru ini mengesahkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar mendengar keluhan rakyat bahkan membuktikan gagasan 'Rakyat Didahulukan' bukan sekadar slogan.

    Ribuan maklum balas berhubung syor gaji minimum yang diterima Perdana Menteri dalam blog beliau www.1malaysia.com juga jelas tidak dibakulsampahkan.

    Dalam perjalanan Malaysia menuju status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, nasib golongan pekerja ini nampaknya tidak diabaikan sebaliknya mereka dibawa sama untuk mencapai matlamat tersebut.

    Kita percaya dengan pelaksanaan gaji minimum itu kelak, golongan pekerja yang mendapat manfaat daripadanya akan membalas budi dengan meningkatkan produktiviti masing-masing.

    Kita mengandaikan dengan peningkatan pendapatan itu, mereka tidak perlu lagi bersusah payah membuat kerja sambilan sehingga menjejaskan tumpuan terhadap pekerjaan hakiki.

    Dengan itu, barulah gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' menjadi slogan yang lengkap!

    CUEPACS, MTUC SYOR KADAR GAJI MINIMUM PRAKTIKAL

    Berita Harian
    16/6/2011





    KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan menetapkan dasar kadar gaji minimum yang lebih praktikal, selaras dengan transformasi negara berpendapatan tinggi.

    CUEPACS yang mewakili 1.2 juta penjawat awam memperjuangkan tuntutan gaji pokok minimum RM920 sejak empat tahun lalu, manakala MTUC yang menaungi 620,000 ahli diwakili 272 kesatuan menuntut kadar gaji pokok minimum RM900 sejak 11 tahun lalu. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata jika tuntutan kongres dipertimbangkan, ia menggembirakan lebih 350,000 penjawat awam yang menikmati gaji pokok bawah RM900 sebulan, selain lantikan baru penjawat awam Gred 1 hingga 16 yang menikmati gaji pokok RM647 sebulan. Kadar itu, katanya, menyebabkan ramai penjawat awam berada di bawah garis kemiskinan.

    “Kita berharap dengan adanya kajian semula Sistem Saraan Malaysia dan penambahbaikan skim perkhidmatan awam, semakan semula gaji pokok bagi lantikan baru mesti melepasi gaji minimum RM920.

    “Tuntutan itu dianggap munasabah kerana ia dikemukakan sejak tiga, empat tahun lalu, sepatutnya kerajaan meluluskan kadar gaji minimum lebih tinggi berikutan peningkatan kos sara hidup hingga memaksa penjawat awam melakukan kerja sambilan,” katanya.

    Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjangka dasar kadar gaji minimum bagi pekerja berpendapatan rendah di negara ini dapat dilaksanakan akhir tahun ini selepas penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara (MKGN).
    Rang Undang-Undang MKGN 2011 akan dibentangkan Kementerian Sumber Manusia di Parlimen pada persidangan kali ini.

    Sementara itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan, berkata penetapan gaji minimum perlu memastikan pekerja tidak terus dibelenggu kemiskinan atau jumlah yang disifatkan hanya mampu hidup.

    “Saya difahamkan kerajaan mungkin menetapkan gaji minimum pada kadar RM700 iaitu di bawah garis kemiskinan yang tidak sesuai dengan transformasi negara berpendapatan tinggi,” katanya.

    MINDA PENGARANG: PERLAKSANAAN GAJI MINIMUM BERI IMPAK BESAR KEPADA RAKYAT

    Berita Harian
    16/6/21011




    PENGUMUMAN mengenai penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 kelmarin, yang dijangka beroperasi tahun ini membuktikan kerajaan benar-benar serius dalam menjamin kebajikan dan kesejahteraan pekerja pelbagai peringkat yang menyumbang kepada kemajuan negara. Penubuhan badan itu akan memberi impak besar kepada golongan pekerja berpendapatan rendah apabila kadar gaji minimum mereka dapat dilaksanakan akhir tahun ini. Kali terakhir semakan gaji kumpulan berkenaan dibuat pada 2007. Kita melihat semakan itu perlu bagi mengatasi masalah pekerja awam terpaksa membuat kerja sampingan bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Jika itu berlaku ia boleh menjejaskan prestasi ketika mereka menjalankan tugas hakiki. Sebelum ini Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut agar kerajaan memperkenalkan gaji minimum RM900 sebulan dalam usaha membantu kakitangan berpendapatan rendah kerana segelintir mereka yang bekerja sebagai pekerja am rendah, pembantu pejabat dan pemandu masih menerima gaji pokok antara RM600 hingga RM647 sebulan. Justeru, langkah kerajaan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 bagi tujuan menyemak tangga gaji pekerja berpendapatan rendah adalah bertepatan sekali dan sesuai dengan perkembangan semasa. Sekiranya segala-galanya berjalan lancar, termasuk dipersetujui kuantumnya, golongan pekerja terbabit dijangka menikmati gaji minimum RM900 pada akhir tahun ini. Penubuhan majlis berkenaan bagaimanapun, perlu terlebih dulu diluluskan Parlimen dan satu usul rang undang-undang akan dibentangkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada sesi persidangan kali ini.

    Kita percaya pelbagai isu berkaitan pekerja akan dibincang untuk pertimbangan menteri pada persidangan Parlimen sesi ini seperti soal persaraan, elaun kos sara hidup dan pekerja asing. Walaupun isu gaji golongan berpendapatan rendah sudah lama diperjuangkan iaitu sejak 1999 lagi, pihak kesatuan sekerja tidak boleh mengharapkan peningkatan gaji yang terlalu tinggi kerana desakan sedemikian boleh menyebabkan pelabur asing lari ke negara jiran lain di Asia Tenggara kerana kos tenaga kerja di sana lebih rendah dan mudah diperoleh berbanding di negara ini. Jika keadaan itu berlaku, ia pastinya memberi kesan kepada pendapatan negara. Apapun, kita yakin Majlis Konsultasi Gaji Negara akan membincangkan dengan teliti cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), CUEPACS serta pihak lain bagi merumuskan satu formula gaji yang dipersetujui semua pihak. Kita juga mengharapkan majlis berkenaan dapat menyelaraskan skim gaji di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, dengan mengambil kira kedudukan ekonomi semasa dan tahap kemahiran pekerja. Usaha ini penting kerana pada masa ini kira-kira 34 peratus pekerja mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan dan tidak sesuai lagi dengan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat. Walaupun asas kajian semula gaji minimum itu dilakukan menggunakan statistik Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta jabatan berkaitan, sewajarnya pandangan pihak kesatuan, majikan dan orang awam diambil kira sebaik mungkin.

    BAWA ADUAN, MAKLUMAT KE MAJLIS PERHIMPUNAN PERDANA PERKHIDMATAN AWAM

    Berita Harian
    15/6/2011





    SAYA meneliti tulisan oleh 'anti diskriminasi' dalam ruangan ini baru-baru ini bertajuk 'kenaikan pangkat PTD dengan Pegawai Teknikal tidak seimbang'. Saya mendapati ada benarnya dakwaan itu kerana saya pernah berkhidmat di pelbagai kementerian sebelum ini.

    Saya ingin mencadangkan kepada ‘anti diskriminasi’ supaya menyediakan maklumat yang komprehensif mengenai perkara ini untuk dibawa pada Majlis Perhimpunan Perdana Perkhidmatan Awam bersama Perdana Menteri pada Mac tahun hadapan. Pada masa sama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disaran meneliti perkara ini supaya tidak wujud jurang antara pegawai dalam skim M (Pegawai Tadbir Diplomatik) dengan Pegawai bukan dalam skim M. Adalah menjadi hambatan juga bagi pegawai bukan dalam Skim M sukar untuk mendapat kenaikan pangkat bahkan ada yang dinaikkan pangkat mengambil masa bertahun-tahun untuk disahkan kerana melalui pelbagai proses oleh JPA. Apabila lewat disahkan maka lewatlah naik pangkat.

    Dalam era transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan, dicadangkan pihak JPA dapat menurunkan kuasa kepada kementerian dan jabatan serta agensi untuk membuat pengesahan dalam jawatan selepas seseorang pegawai diberikan urusan pemangkuan dari gred 44 hingga ke gred 54.

    Manakala, hanya Gred Utama dicadang dibuat oleh pihak JPA dengan cadangan demikian urusan kenaikan pangkat dan pengesahan dapat dibuat dengan cepat namun dari segi kualiti dan kecekapan pegawai yang berkaitan tiada kompromi mengenainya.

    CEUPACS sememangnya memperjuangkan hak kakitangan kerajaan gred 1 hingga 40 saja kerana golongan ini yang menjadi tumpuan mereka. Cadangan CUEPACS untuk meletakkan kumpulan sokongan bermula gred 17 perlu diteliti kerana cadangan itu turut memberi implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.
    Jika dilaksanakan akan menjadi masalah pengagihan tugas apabila pembantu am pejabat, pemandu kenderaan bermotor, pembantu tadbir berada di hieraki yang sama.

    YOSRI ABU MAHSIN,
    Kuala Lumpur.

    15 Jun 2011

    INISIATIF BAHARU ETP BUKTI NEGARA DI LANDASAN TEPAT

    Utusan Malaysia
    15/6/2011



    KUALA LUMPUR 14 Jun - Pengumuman sembilan inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri membuktikan Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

    Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, pengumuman tersebut menjadi perangsang kepada orang ramai khususnya penjawat awam supaya menjalankan tugas yang diberikan dengan lebih baik.

    Katanya, sebagai tulang belakang kepada kerajaan, penjawat awam perlu menyokong segala program transformasi yang telah direncanakan untuk negara kerana kejayaannya terletak kepada komitmen mereka.

    "Pengumuman itu adalah berita gembira kepada rakyat negara ini terutamanya penjawat awam kerana ia membuktikan usaha mereka menyokong pelan kerajaan membuahkan hasil.

    "Kita sebagai penjawat awam perlu menyokong segala pelan yang dirangka kerana akhirnya akan membawa kebaikan kepada kita juga.

    ''Saya sedar kita semua mahukan gaji serta insentif yang lebih baik dan perlu tahu bahawa dengan membantu kerajaan melaksanakan pelan ini sahajalah hasrat tersebut dapat dipenuhi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

    Beliau mengulas pengumuman sembilan lagi inisiatif baharu di bawah ETP membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Inisiatif baharu yang diumumkan di bawah ETP itu meliputi bidang pendidikan, perubatan, pertanian, komunikasi dan prasarana, borong dan runcit serta program Pencapaian Kemampanan Kecekapan Tenaga (SAVE).

    Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu pula berharap pengumuman tersebut akan memberi kebaikan kepada semua pihak terutamanya golongan pengguna.

    "Pengumuman ini baik kepada semua pihak dan yang paling penting ia memberi kebaikan kepada pengguna seperti yang digariskan dalam sektor borong dan runcit.

    "Selain itu, saya yakin suntikan dana asing untuk menjayakan program di dalam enam bidang tersebut juga akan menjana ekonomi penduduk di negara ini dan sekali gus memacu negara ke arah berpendapatan tinggi," jelasnya.

    DASAR GAJI MINIMUM DILAKSANA

    Utusan Malaysia
    Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
    syahrir.bakar@utusan.com.my
    15/6/2011






    Najib Tun Razak menyampaikan cenderamata penghargaan kepada G. Rajasekaran sebagai menghargai jasa beliau sepanjang berkhidmat dengan MTUC selepas merasmikan portal aduan pekerja yang digerakkan oleh Pemuda UMNO pada Majlis Makan Malam sempena Hari Pekerja 2011 di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor, semalam.


    SUBANG JAYA 14 Jun - Pelaksanaan gaji minimum untuk golongan pekerja berpendapatan rendah di negara ini dijangka dapat dibuat sebelum akhir tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Untuk itu, menurut Perdana Menteri, Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

    "Jika diluluskan, kita akan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara dan diharap gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir 2011.

    "Umpamanya soal umur persaraan, elaun sara hidup (COLA) dan pekerja asing, ini semua persoalan yang wajar diperhalusi secara mendalam agar keputusan nanti mendatangkan kebaikan kepada semua pihak," katanya.

    Beliau berucap pada Majlis Makan Malam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sempena Hari Pekerja 2011 di sini malam ini.

    Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Presiden MTUC, Mohd. Khalid Atan dan Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin..

    Najib menambah, pihak pekerja, majikan dan kerajaan di negara ini perlu bekerja sebagai satu pasukan dan mengelakkan perbalahan terbuka sesama sendiri seperti yang kerap berlaku dalam era 60-an dan 70-an dahulu.

    Katanya, ini bagi memastikan setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan bijak seterusnya memastikan Malaysia berjaya mencapai wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020.

    "Ini untuk melihat ketiga-tiga pihak ini sebagai satu pasukan dalam erti kata dapat bergabung, jalin dalam satu perkongsian dan apabila saya sebut perkongsian, tidak bererti kita tidak boleh mempunyai perbezaan pendapat," jelasnya.

    Sementara itu, Mohd. Khalid dalam ucapannya berkata, kehadiran Najib pada majlis itu adalah penghargaan terbesar kepada MTUC kerana julung-julung kalinya ia dihadiri oleh seorang Perdana Menteri sejak MTUC ditubuhkan.

    Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Portal Aduan Pekerja yang digerakkan oleh Pemuda UMNO dengan kerjasama MTUC.

    Perdana Menteri juga menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas Setiausaha Agung MTUC, G. Rajasekaran atas sumbangannya kepada kongres tersebut selama ini.

    NAJIB: DASAR GAJI MINIMUM DIHARAP DAPAT DILAKSANAKAN SEBELUM HUJUNG TAHUN INI

    Bernama
    15/6/2011




    SUBANG JAYA, 14 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap dasar gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.

    Beliau berkata ini kerana beliau dimaklumkan oleh Kementerian Sumber Manusia bahawa Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 akan dibawa ke Kabinet untuk diputuskan tidak lama lagi, seterusnya akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.

    "Kalau lulus rang undang-undang ini, maka kita akan wujudkan majlis tersebut, saya berharap sebelum penghujung 2011 gaji minimum akan dapat dilaksanakan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena sambutan Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini malam Selasa.

    Turut hadir ialah Presiden MTUC Mohd Khalid Atan, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

    Najib berkata selain dasar gaji minimum, beberapa perkara lain seperti elaun sara hidup (Cola), persaraan dan pekerja asing yang diutarakan oleh Mohd Khalid dalam ucapannya terdahulu akan dibawa ke majlis tersebut untuk diperhalusi secara mendalam.

    "Apa yang dilontarkan oleh Presiden MTUC mendapat sokongan kerajaan, harus kita perjuangkan. Apa yang difikirkan baik oleh majlis itu akan dibawa kepada pertimbangan Menteri Sumber Manusia. Semua perkara ini amat wajar dihalusi secara mendalam supaya keputusan-keputusan kita nanti akan mendatangkan kebaikan untuk semua," katanya.

    Beliau berkata kerajaan telah mengambil beberapa tindakan yang mencerminkan bahawa beliau amat memahami hasrat para pekerja dan menyelami permasalahan mereka seperti menaikkan gaji posmen dan pengawal keselamatan di atas paras kemiskinan.

    Dalam pada itu, Najib turut menyifatkan MTUC sebagai "umbrella body" bagi kesatuan-kesatuan sekerja di negara ini kerana ia merupakan satu badan yang boleh memainkan peranan positif untuk menjaga kebajikan para pekerja.

    "Kepada 12 juta para pekerja Malaysia, saya ucapkan tahniah kerana telah berjaya mentransformasikan negara dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dalam jangka masa hanya satu generasi sahaja," katanya.

    Beliau berkata cabaran untuk pekerja, majikan, kerajaan dan rakyat termasuk penjawat awam dan pekerja swasta pada masa kini ialah untuk sama-sama menyumbang ke arah menjayakan transformasi negara kepada sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. "Bagi menjayakan wawasan negara dan bagi kita merealisasikan masa depan yang lebih baik dan lebih terjamin kepada para pekerja dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya, maka kita perlu masing-masing berganding bahu sebagai satu pasukan negara Malaysia," katanya.

    Najib berkata era di mana pekerja, majikan dan kerajaan selalu berada di dalam pendekatan bersifat konflik atau perbalahan secara terbuka pada tahun 60-an dan 70-an dahulu bukan lagi satu pendekatan realistik yang boleh menjamin pembangunan yang mapan dan kadar pertumbuhan yang tinggi.

    "Sebaliknya pendekatan yang lebih wajar yang menjadi landasan dan ikutan kita ialah menjadikan ketiga-tiga pihak ini sebagai satu pasukan, dapat bergabung dalam satu perkongsian untuk mencari penyelesaian yang positif.

    "Ini supaya kita saling beruntung, mendapat keuntungan dan rezeki yang lebih, majikan dapat menjalankan urusan mereka dengan baik dan kerajaan juga beruntung kerana negara bertambah lebih maju dan harmoni," katanya.

    Beliau berkata hubungan itu merupakan yang paling ideal untuk merapatkan jurang perbezaan pendapat dan memperjuangkan hasrat dan tuntutan dengan kaedah yang sebaik-baiknya. "Jika apa yang dituntut kita itu adalah amat adil dan munasabah. Jika apa yang diminta oleh pekerja memang patut dipertimbangkan maka bagi saya tidak ada sebab kerajaan mahupun majikan harus ketepikan tuntutan itu," katanya.

    Pada majlis itu, Najib turut melancarkan portal aduan pekerja yang dibangunkan dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Umno.

    -- BERNAMA

    14 Jun 2011

    KENAIKAN PANGKAT PTD DENGAN PEGAWAI TEKNIKAL TIDAK SEIMBANG

    Berita Harian
    14/6/2011



    SAYA ingin menarik perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai ketidakadilan kenaikan pangkat di antara Skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dengan Pegawai Teknikal.

    Pegawai dalam skim M (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) didapati boleh melompat pangkat dengan begitu senang. Skim M ini terletak di bawah perkhidmatan sama dan berada terus di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Lazimnya pegawai PTD yang berkhidmat dalam tempoh lima hingga enam tahun sudah berada di Gred 48, sedangkan pegawai teknikal yang berkhidmat lebih 10 tahun masih di Gred 41. Kenapa boleh jadi begitu? Adakah pegawai teknikal tidak menyumbang ke arah pembangunan negara?
    Jangan jadikan alasan pegawai teknikal terletak di bawah skim bukan guna-sama, maka kenaikan pangkat mereka terhad.

    Alasan sedemikian sepatutnya tidak boleh dikeluarkan oleh pembuat dasar kerajaan. Apakah sistem PROSPEK yang dilaksanakan mulai 1 Julai depan akan berlaku adil kepada semua penjawat awam?

    Bagi pegawai bukan guna-sama yang lulus semua ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) pada sistem sebelum ini, adakah mereka akan dinaikkan gred? Persoalan ini perlu dijawab oleh JPA.
    Saya juga mengesyorkan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan melihat isu ini dengan teliti. Apabila memperjuangkan hak kakitangan kerajaan, jangan tertumpu pada Gred 1 hingga 40 saja dan perlu meluaskan skop pemikiran anda.

    ANTI DISKRIMINASI,
    Kuala Lumpur.

    PENJAWAT AWAM RUGI RM3,000.00 JADI MANGSA PENIPUAN INTERNET

    Utusan Malaysia
    10/6/2011



    BATU PAHAT 9 Jun - Seorang penjawat awam kerugian RM3,000 setelah terpedaya dengan tawaran iklan palsu di Internet berhubung jualan murah kereta mewah jenis Mercedes-Benz E220 Masterpiece yang kononnya baru berusia lima tahun yang ditawarkan pada harga serendah RM25,000.

    Duit mangsa tersebut lesap selepas dimasukkan ke dalam akaun bank seorang pengiklan palsu sebagai wang pendahuluan tanpa mengetahui kereta yang ditawarkan di laman http://www.mudah.my/ itu sebenarnya tidak wujud.

    Difahamkan, harga pasaran kereta itu adalah antara RM90,000 hingga RM100,000 tetapi pengiklan terbabit telah memperdaya mangsa dengan memberi alasan memerlukan wang segera kerana mahu ke luar negara.

    Mangsa, seorang lelaki berusia 42 tahun memasukkan wang pendahuluan yang diminta hanya setelah berurusan menerusi telefon tanpa terlebih dahulu bertemu dengan suspek mahupun mengambil butiran terperinci pengenalan diri dan dokumen penjualan yang diperlukan.

    Malah, mangsa yang bekerja di daerah ini dikatakan melihat iklan di Internet itu pada pagi 26 Januari lalu dan tanpa berfikir panjang memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank pada pukul 3.30 petang setelah menghubungi suspek berhubung urusan pembelian kereta itu.

    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa diberitahu supaya datang ke Plaza Tol Sungai Buloh, Selangor pada keesokan hari untuk mengambil kereta itu tetapi suspek dan kenderaan ditawarkan tidak muncul malah 'penjual' juga tidak menjawab panggilan telefon.

    Menurut Din, setelah hampir dua jam menunggu dan merasakan dirinya ditipu, mangsa kemudiannya terus membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong di Petaling Jaya pada hari sama.

    "Kes ini memberi pengajaran supaya jangan terlalu mudah percaya dengan sebarang tawaran apa jua barang pun termasuk kereta jika harga ditawarkan terlalu rendah atau tidak munasabah.

    "Gerakan memburu suspek sedang dijalankan dan kita akan bekerjasama dengan pasukan polis di daerah dan negeri lain untuk memastikan sama ada suspek terlibat dalam kes sama di tempat lain," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini hari ini.

    Din berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan dan jika disabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan boleh disebat serta dikenakan denda.

    Menurut beliau, seorang lelaki, M. Rajandren, 56, (gambar) dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Rajandren diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

    12 Jun 2011

    LABELKAN BARANGAN BERSUBSIDI


    AHMAD Maslan (tiga dari kiri) hadir pada perasmian Seminar Tranformasi Penjawat Awam di Auditorium Sirim, Shah Alam, semalam.

    Utusan Malaysia
    10/6/2011



    SHAH ALAM 9 Jun - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan supaya setiap produk yang disubsidikan oleh kerajaan diletakkan label seperti tulisan bercetak atau pelekat.

    Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan rakyat sedar bahawa beberapa barang keperluan yang dibeli menjadi lebih murah kerana diberikan subsidi oleh kerajaan yang sentiasa prihatin dengan mereka.

    ''Saya akan cadangkan perkara ini kepada kementerian terbabit dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat lebih menghargai subsidi yang telah diberikan kerajaan itu.

    ''Rakyat selama ini bukannya tidak mahu berterima kasih kepada kerajaan, tetapi mungkin mereka tidak tahu kerajaan telah menyediakan subsidi yang begitu banyak untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Penjawat Awam di Ibu Pejabat Sirim di sini hari ini.

    Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan; Pengerusi Ahli Majlis Pengarah Institut Perkembangan Minda (Minda), Datuk Salamon Selamat dan Presiden Gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

    Ahmad berkata, kerajaan akan meneruskan amalan pemberian subsidi selagi ia dapat memberi manfaat kepada rakyat.

    ''Pemberian subsidi kepada rakyat adalah kebijaksanaan tadbir urus kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana negara lain tidak ada pemberian subsidi seperti yang kita berikan.

    ''Ini sekali gus menjadikan barang-barang di negara ini jauh lebih murah berbanding negara-negara jiran," katanya.

    10 Jun 2011

    KOS DITANGGUNG KERAJAAN MUNGKIN DINYATAKAN PADA BARANG BERSUBSIDI

    Bernama
    9/6/2011




    SHAH ALAM, 9 Jun (Bernama) -- Barangan bersubsidi mungkin mempunyai pelekat dan cetakan yang menyatakan nilai subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata langkah itu perlu kerana majoriti rakyat masih tidak tahu jenis dan nilai barangan subsidi yang ditanggung kerajaan.

    "Rakyat bukan tidak mahu berterima kasih tetapi mereka tidak tahu nilai subsidi yang diberikan oleh kerajaan, jadi kita perlu mengambil langkah untuk memaklumkan kepada mereka," katanya sambil menjelaskan bahawa kerajaan Selangor memaklumkan subsidi air yang diberikan melalui bil bulanan pengguna.

    Antara barangan yang boleh diletakkan pelekat dan cetakan serta nilai subsidi itu ialah tepung (45 sen sekilogram), gas (RM21.42 setong), petrol RON95 (90 sen seliter), beras ST15 (RM4 sekampit), gula (20 sen sekilogram), minyak masak (RM1 sekilogram) dan diesel (90 sen seliter), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Penjawat Awam 1Malaysia di sini hari ini.

    Ahmad berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian berkenaan.

    Katanya jumlah susbidi yang ditanggung kerajaan sangat besar sehingga mencecah RM10.3 bilion pada tahun lepas dan dijangka bertambah sehingga RM20.6 bilion pada tahun ini.

    "Walaupun subsidi bukan hak mutlak rakyat tetapi ia tetap terus disalurkan bagi memastikan beban diringankan dan ia merupakan kebijaksanaan kerajaan Barisan Nasional (BN). Bukan semua negara yang berikan subsidi," katanya.

    -- BERNAMA

    08 Jun 2011

    PROSPEK DIHARAP MAMPU BERI LEBIH PELUANG KENAIKAN PANGKAT PENJAWAT AWAM - CUEPACS

    Bernama
    7/6/2011



    KUALA TERENGGANU, 7 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) mampu memberi kemudahan dan peluang kenaikan pangkat lebih terbuka kepada penjawat awam.

    Presidennya Datuk Omar Osman berkata dengan pelaksanaan sistem baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini, ia dapat bertahan lebih lama berbanding PTK yang hanya dilihat berjaya semasa tiga tahun pertama pelaksanannya.

    "Sebelum ini, PTK telah dilaksanakan selama lapan tahun dan ia hanya berjalan lancar pada tiga tahun pertama. Kemudian sistemnya makin goyah dan tidak ke mana, jadi kita mengharapkan Prospek sebagai satu transformasi untuk pemantapan," katanya kepada pemberita di sini.

    Beliau menghadiri majlis perasmian seminar Pengurusan Kewangan Kumpulan Pelaksana (Sokongan I & II) Badan Berkanun Malaysia bertajuk "Cabaran Pengurusan Kewangan Dalam Era Globalisasi".

    Jelasnya, apa yang terdapat dalam PTK sebelum ini tidak akan hilang tetapi melalui transformasi penambahbaikan dengan memberi penekanan terhadap beberapa perkara termasuk kompetensi dan ganjaran.

    Omar berkata dengan itu penjawat awam boleh dinaikkan pangkat tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan malah mereka juga akan dinilai jika hadir mana-mana seminar yang berkaitan dengan jawatan mereka sendiri.

    Ganjaran kenaikan pangkat juga akan diberikan berasaskan aspek sahsiah, sukan, disiplin dan had pencapaian mereka berasaskan penilaian yang dilakukan oleh panel penilai yang akan dilantik terdiri daripada wakil ketua jabatan, pegawai kerajaan supaya ia lebih telus, katanya.

    Beliau berkata dari semasa ke semasa, penambahbaikan akan dilakukan supaya sistem Prospeks lebih efisien serta kompetensi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga bersedia berunding dari semasa ke semasa untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem penilaian baru itu.

    Katanya lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru itu meliputi falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

    -- BERNAMA

    07 Jun 2011

    MB PERLIS MAHU PENJAWAT AWAM NEGERI ITU LUNASKAN TUGAS HARIAN SEBELUM PULANG

    Bernama
    6/6/2011




    KANGAR, 6 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini meminta penjawat awam di negeri itu berusaha melunaskan tugas harian mereka sebelum pulang ke rumah masing-masing pada sebelah petang.

    Katanya menerusi cara itu, mereka dapat mengelakkan tunggakan tugas yang selama ini menghalang kelicinan sistem penyampaian kerajaan.

    "Perlis telah menjana wawasan Perlis Maju 2015 dan untuk mencapai wawasan itu, penjawat awam perlu menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka," katanya berucap pada perhimpunan bulanan penjawat awam Perlis, di sini.

    Beliau juga meminta warga perkhidmatan awam di negeri itu menguruskan kewangan peribadi mereka secara bijak, agar tidak terbeban dengan masalah hutang sehingga menjejaskan prestasi kerja.

    Ini kerana katanya, ada penjawat awam yang terpaksa membelanjakan sehingga 40 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang.

    -- BERNAMA

    06 Jun 2011

    PEMAKLUMAN PENGURNIAAN DARJAH KKBESARAN

    JPA
    5/6/2011




    Y.Bhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Telah Menerima Kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Iaitu Darjah: Panglima Setia Mahkota, P.S.M. Daripada SPB Yang Dipertuan Agong Yang Membawa Gelaran TAN SRI Sempena Istiadat Menghadap Dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan Pada Sabtu, 4 Jun 2011 Di Istana Negara Kuala Lumpur.

    TIDAK PERNAH AMBIL CUTI SAKIT SELAMA 25 TAHUN

    Utusan Malaysia
    6/6/2011




    KOTA BHARU 6 Jun - Pekerja yang berdedikasi mampu meningkatkan prestasi sesebuah syarikat atau agensi dan sudah tentu dianggap sebagai aset yang bernilai kepada majikan serta layak diberi penghargaan.

    Itulah yang dilakukan oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) apabila memberi penghargaan kepada seorang kakitangannya, Mohd. Fakri Mohamad Noor, 48, yang tidak pernah mengambil cuti sakit selama tempoh 25 tahun berkhidmat.

    Penghargaan tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah LKTN, Ahmad Loman kepada Ketua Komunikasi Korporat LKTN itu pada majlis perhimpunan kakitangan lembaga itu di sini hari ini.

    Mohd. Fakri yang pernah menjadi Pengarah LKTN Terengganu bersama 11 lagi kakitangan LKTN yang sudah berkhidmat selama 25 tahun turut menerima sijil penghargaan atas kesetiaan mereka kepada agensi itu.

    Ketika ditemui katanya, sejak memulakan karier sebagai Juruteknik Pembangunan Kawasan dengan LKTN pada 1986, beliau tidak pernah mengambil cuti sakit kerana cuti rehat yang diberikan kepada setiap penjawat awam sudah mencukupi.

    "Bagi saya, cuti sakit hanya betul-betul untuk orang yang sakit dan tidak mampu bekerja. Sebab itu setiap kali doktor tawarkan saya tidak menerimanya dan hanya memohon cuti rehat.

    "Cuti rehat yang ada sudah mencukupi, malah kalau dikira saya masih ada baki cuti 80 hari yang masih belum digunakan," katanya.

    Mohd. Fakri yang berasal dari Pasir Mas dan kini mempunyai lima orang anak berkata, beliau juga bernasib baik kerana selama tempoh perkhidmatannya tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang teruk.

    Katanya, selepas menerima anugerah itu, beliau berazam untuk mengekalkan prestasi itu sehingga pencen pada umur 58 tahun nanti.

    "Biarlah ia menjadi sejarah saya yang tersendiri. Saya ada tempoh 10 tahun lagi sebelum pencen dan kalau boleh saya akan cuba tidak memohon cuti sakit.

    "Mungkin saya boleh menjadi salah seorang penjawat awam di negara ini yang tidak pernah memohon cuti sakit sejak mula bekerja sehingga pencen," jelas beliau.