SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Julai 2011

GURU BOLEH DIPINDAH KE MANA SAJA

Berita Harian
2011/07/20




KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada laporan dalam ruangan ini bertarikh 3 Januari lalu bertajuk ‘penempatan guru BI mesti diselesai’.

Isu itu berkaitan penempatan semula bagi guru yang terbabit mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dalam usaha menjayakan matlamat memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dalam mengambil tindakan segera bagi mencapai matlamat MBMMBI dan dengan keadaan kekurangan guru opsyen Bahasa Inggeris, kementerian berpendapat penempatan semula adalah satu-satunya cara yang boleh menangani isu berkenaan.
Keperluan perkhidmatan guru Bahasa Inggeris adalah tertumpu kepada sekolah luar bandar dan pedalaman yang tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris sangat rendah. Justeru, kepakaran guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman luas sangat diperlukan.

Oleh itu, soal di mana guru ditukarkan dan notis perpindahan terlalu singkat tidak timbul kerana guru juga sama dengan penjawat awam lain yang terikat dengan arahan boleh ditempatkan bila-bila masa dan di mana-mana tempat perkhidmatan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

MEMAHAMI PERANAN RAJA, PERLEMBANGAAN

Berita Hariana
Oleh Shamrahayu A Aziz
2011/07/19





Titah Seri Paduka mengenai perhimpunan BERSIH bukan soal politik


MINGGU lalu saya mengulas mengenai harga sebenar titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong ke atas perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH). Pada minggu ini saya masih ingin berkongsi dengan pembaca mengenai isu sama, tetapi dari perspektif berbeza. Saya fikirkan perlu untuk saya mengulas mengenai perkara ini kerana ada di kalangan kita mempersoalkan kewajaran bagi Yang di-Pertuan Agong untuk bertitah sedemikian. Persoalan dan pendapat mengenai perkara ini disiarkan dalam ruangan kolum sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris. Antara hujah yang dikemukakan ialah, (1) Sebagai Raja Berperlembagaan, semua kuasa Raja tertakluk kepada Perlembagaan. Perlembagaan tidak pernah menyebut mengenai kuasa Raja untuk terbabit dalam urusan politik dan pentadbiran. (2) Sekiranya Raja membuat sesuatu titah mengenai politik dan pentadbiran, rakyat tidak dapat menegur baginda. Ini adalah sesuatu yang salah dalam sistem demokrasi kerana seseorang yang tidak dipilih rakyat tidak harus mempunyai pengaruh sebegitu, bukan saja rakyat tidak boleh menegur, tetapi juga tidak boleh menunjukkan rasa tidak puas hati menerusi peti undi.
Pendekatan dan tafsiran Perlembagaan yang diberikan bagi menyokong hujah di atas gagal memberikan pemahaman dan gambaran menyeluruh mengenai Perlembagaan dan demokrasi yang mengiktiraf institusi tradisi.

Perlembagaan mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (Perkara 32 Perlembagaan). Sekiranya dilihat secara tersurat, kita mungkin tidak dapat melihat satu persatu kuasa yang diberikan kepada Raja (kecuali di dalam Perkara 40). Kedudukan sebagai ketua utama negara bukan yang kosong, ia datang dengan sejarah dan matlamat.

Tafsiran Perlembagaan akan menjadi tidak tepat sekiranya kita terikat kepada frasanya secara harfiah. Walaupun kita mempunyai Perlembagaan bertulis, kita harus ingat bahawa banyak lagi peraturan yang tidak dapat disuratkan. Kita perlu lihat Perlembagaan sebagai hasil daripada gabungan dan kesinambungan antara sejarah dan nilai yang subur dalam masyarakat sebelum Perlembagaan itu diwujudkan.

Sebagai contoh, Perlembagaan tidak menyebut secara harfiah peranan Raja mengenai kaum pribumi. Tetapi adakah Raja patut berdiam diri sekiranya sesuatu buruk dilakukan ke atas mereka hanya kerana tiada peruntukan yang jelas? Jawapannya tentu sekali tidak. Raja perlu melakukan sesuatu demi kepentingan rakyat. (Bagaimana pun, ini tidak bermakna kita bebas sepenuhnya daripada apa yang tersurat)

Dalam konteks perhimpunan 9 Julai lalu, kita perlu menilai apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan rakyat berbalah? Adakah pembaca fikir baginda harus terus berdiam diri? Sebagai ketua utama negara, jawapannya sudah tentu tidak.

Selain itu, saya tegaskan bahawa perhimpunan BERSIH bukan sekadar urusan politik atau pentadbiran, ia lebih daripada itu. Ia membabitkan keamanan dan hubungan harmoni antara rakyat dan kerajaan. Maka, Raja tidak harus berdiam diri. Apatah lagi titah Raja itu tidak memihak kepada sesiapa. Justeru, dalam konteks perhimpunan BERSIH ini titah Raja bukan soal politik atau mencampuri urusan pentadbiran negara. Ia demi kepentingan semua.

Apabila bercakap mengenai demokrasi, adakah kita hanya mendambakan demokrasi dari segi bentuk atau strukturnya atau kita perlukan ideal dan matlamat demokrasi. Kita harus ingat bentuk dan struktur demokrasi boleh berubah, tetapi ideal dan matlamatnya tetap kekal. Sekiranya badan ditubuhkan dan diberikan kuasa oleh Perlembagaan tidak dapat menunaikan tanggungjawab seperti dikehendaki, sudah tentu ideal dan matlamat demokrasi adalah lebih utama daripada bentuk atau strukturnya.

Institusi Raja adalah kesinambungan kepada sejarah dan identiti negara. Ia semangat masyarakat, tonggak kepada kestabilan dan pemangkin kesejahteraan kehidupan awam. Walaupun Raja bukan dilantik melalui mandat rakyat, ia tetap relevan dalam demokrasi.

Selain itu, sekiranya kita melihat kepada realiti dalam sistem demokrasi, banyak lagi institusi menjalankan kuasa tanpa mandat rakyat. Perkhidmatan awam adalah contoh terbaik. Penjawat awam membuat keputusan penting bagi pihak kerajaan walaupun mereka tidak dipilih rakyat secara terus. Itulah hakikat sebenar demokrasi.

Kelangsungan masyarakat bukan semata-mata kerana pelaksanaan bentuk dan struktur demokrasi. Ia banyak bergantung kepada tolak ansur dan penyesuaian – ideal dan matlamat demokrasi. Bentuk dan struktur demokrasi juga bukan satu. Ia berbeza mengikut kesesuaian.

Justeru, walaupun secara tersurat kita tidak dapat melihat kuasa yang ada pada institusi Raja, fenomena dalam demokrasi memerlukan institusi Raja sebagai lambang dan konsep penjaga. Walaupun tiada peruntukan yang jelas, Raja tidak harus berdiam diri demi kesejahteraan rakyat. Baginda bukan boneka dalam demokrasi.


Penulis ialah Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

RUNDINGAN 7 PENJURU

Berita Harian
Oleh Meor Hisham Zulkifli dan S Anand Kumar
2011/07/28


Kontroversi ‘2 nakhoda’ dalam JKR akan dirungkai

KUALA LUMPUR: Satu rundingan tujuh penjuru akan diadakan bagi merungkai isu ‘dua nakhoda’ dalam Jabatan Kerja Raya (JKR) hampir tiga bulan, kata Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata rundingan itu bertujuan menyelesaikan segera isu berkenaan selain mendengar pandangan semua pihak yang berkepentingan. “Baru-baru ini, CUEPACS sudah mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi membincangkan isu itu dan selepas ini kita akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). “Selain CUEPACS, lima kesatuan sekerja dalam Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Pihak Pekerja JKR turut hadir pada pertemuan bersama JPA yang berlangsung bulan depan,” katanya kepada Berita Harian.

Lima kesatuan sekerja itu ialah Pertubuhan Profesional JKR (PROJKR), Kesatuan Perkhidmatan Teknikal Semenanjung Malaysia (MTSU), Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Wilayah Persekutuan, Kesatuan Kebangsaan Pekerja JKR dan Air (NUPWDE) dan Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPAP).

Pada 28 April lalu, Mohd Sidek mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II, Datuk Mohd Noor Yaacob sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya yang baru mulai 1 Mei lalu menggantikan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim yang dilantik Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) pada tarikh sama.

22 Julai 2011

CUEPACS MAHU KERAJAAN LAKSANA SKIM INSURANS NYAWA UNTUK PENJAWAT AGENSI PENGUATKUASA

Bernama
22/7/2011



KOTA BAHARU, 22 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melaksanakan pemberian skim insurans nyawa untuk penjawat awam yang berkhidmat di agensi penguatkuasaan undang-undang.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata ini bagi memastikan kebajikan mereka terbela sekiranya mereka ditimpa kemalangan atau mengalami kecederaan ketika menjalankan tugas mereka yang sentiasa berdepan dengan pelbagai risiko.

"Sebab itu kita minta agar kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam menimbang untuk memberikan skim insurans nyawa kepada kakitangan di agensi pelaksana penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Pihak Berkuasa Tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar/Bengkel Kepimpinan Generasi Muda anjuran Jawatankuasa Pendidikan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) di sini, Jumaat. Turut hadir Presiden Anulae, Azih Muda.

Omar mengulas insiden seorang penguatkuasa Majlis Daerah Hulu Selangor, G. Sivarajah, 24, yang patah kaki kirinya apabila dirempuh kenderaan milik seorang penjual durian yang tiba-tiba mengamuk apabila barangan jualannya dirampas dalam operasi sita semalam.

Katanya ketika ini penjawat awam hanya mendapat pembelaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) jika mengalami kecacatan kekal ketika bertugas.

Beliau berkata Cuepacs memandang serius masalah berkenaan kerana bukan semua penjawat awam mempunyai gaji yang tinggi dan mampu membeli skim insurans nyawa untuk diri mereka.

"Ini satu pembelaan kepada kakitangan kerajaan seperti ini dan saya harap pihak kerajaan melalui JPA dan ketua jabatan masing-masing dapat bersama-sama Cuepacs untuk merealisasikan hasrat ini," katanya.

Sementara itu, katanya Cuepacs meminta JPA mengkaji semula gred jawatan pengarah agensi kerajaan di setiap negeri yang kini berbeza di mana ada antaranya berada di gred rendah dan tidak setaraf memegang jawatan yang mempunyai beban tugas tinggi itu.

"Mereka sekurang-kurangnya mesti bergred 54 iaitu JUSA C ke atas dan apa yang kita dapati ada pengarah itu bergred 48 dan terpaksa menggalas tugas yang besar," katanya.

Selain itu, Omar berkata Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam kerana siasatan mendapati tiada yang terbabit menyertai perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lepas.

"Ini membuktikan kakitangan kerajaan menyokong kepimpinan kerajaan yang ada dan menolak sebarang perhimpunan haram untuk menjatuhkan kerajaan sah yang dipilih melalui pilihan raya yang adil," katanya.

20 Julai 2011

ITS TIME FOR CONSUMER TO CONSERVE MONEY AND RESOURCE, NOTES EXPERT

Bernama
19/7/2011




SAVE AND CONSERVE...With the escalating prices of necessities, consumers have to be careful with their spending. Eating out should be an occasional treat instead of a daily affair. Pic: fotoBERNAMABy Melati Mohd Ariff

This last of the two part series touches on the increase in electricity tariff and what consumers can do to save on their money and resources.

KUALA LUMPUR, July 19 (Bernama) -- Many consumers have yet to feel the full brunt of the rise in the electricity tariff, which went into effect on June 1, 2011.

However, some people may suffer from sleepless nights thinking of ways to tighten their purse strings while anticipating the domino effect from the higher electricity tariff, such as the rise in prices of essentials and services.

While it is good to curtail spending and reduce debts, for those with large families the financial burden is definitely heavier.

Many are walking on a tight rope while balancing their budget, with their income depleted by the middle of the month. So a credit card or personal loan, even from loan sharks, becomes handy for some as the vicious debt cycle continues.

COMFORT ZONE

While Malaysians could count their blessings due to the inexpensive necessities they have enjoyed for many years, there still is nothing better than changing spending habits and saving money for a rainy day.

"The days of subsidised living are numbered, as the government has to review the subsidies on necessities due to the huge subsidy bill," noted Mohd Yusof Abdul Rahman, Group Communications Director, Federation of Malaysian Consumer Associations (Fomca). He made his comments to Bernama recently when asked to discuss the rise in the electricity tariff and the impact on consumers.

THE GLOBAL MARKET

It is well-known that Malaysia greatly depends on food imports and is now vulnerable to fluctuating prices due to global economic upheavals and the change in weather patterns that has had an impact upon food producing nations.

"Under these circumstances, the government has no control over the price of the necessities. The same happens to fuel," noted Mohd Yusof.

The public should not only be taught about the marketing mechanism, but also the effect of rising prices on government subsidies.

"Concurrently, the government should inform the people on the impending increase in prices when the subsidy is withdrawn and find ways to help the poor and middle income earners, especially those with a large number of dependents.

"This includes the social safety net, upgrading of the public transportation system and so on," noted Mohd Yusof.

DON'T DEPEND ON SUBSIDY

Though the subsidy paid out by the government is meant to help people, Malaysians are not the only beneficiary, as more than one million foreigners living and working in the country also enjoy the same subsidy.

Mohd Yusof pointed out that, so far this year the government allocated RM23.7 billion, or 14.6 per cent of the administrative expenditure, on subsidies.

To maintain the retail price of fuel the government increased the petroleum subsidy, including that for RON95, diesel and LPG, from RM10.3 billion to RM15.9 billion.

The cooking oil subsidy to stabilise its market price also increased from RM928 million to RM1.6 billion.

Also, the sugar subsidy went up by 20 sen per kg in May, with the government allocating RM283 million in sugar subsidies.

SPEND WISELY

Come festivals, consumers go on a spending spree. Money is spent on new clothing, furniture, equipment, and also on cookies and food.

Mohd Yusof noted that with the escalating prices of necessities, consumers have to be careful in their spending.

"Plan your expenditures carefully and spend within your means.

"Start saving early and have an estimate of the money that you will need during the festive season.

"This includes the cost of necessities, food, cost of traveling back home and others," he said.

For Muslims who will be fasting during the coming Ramadan, Mohd Yusof advised them to avoid waste.

"Often there is lots of waste during Ramadan, including in the menu when they break fast. Only buy what you need.

"If you want to buy necessities, make a list to avoid unnecessary purchases and just bring enough money to pay for the listed items," he said.

MAKING THE CONSUMERS AWARE

As a consumer organisation, Mohd Yusof said Fomca has always worked to create awareness among consumers and keep them posted about current developments.

One of the awareness campaigns is the National Consumer Campaign held with the cooperation of the National Youth Council of Malaysia, National Council of Women (NCWO), Cuepacs and Petronas.

Mohd Yusof noted that the campaign, launched in 2008, would continue until 2012 with the theme "Change Starts With Me."

Fomca, he said, has been organising community outreach programmes throughout the nation, with 201 programmes held in 2010, compared with 171 programmes in 2009.

Fomca also organises Financial Literacy programmes with the cooperation of Bank Negara Malaysia to help the younger generation learn how to better manage their money.

MAKE THAT CHANGE

Malaysian consumers have to learn about their own financial means before they start spending and should only spend on what they really need.

Also, people should not just depend on purchases, since items such as vegetables can be grown in their own yards.

Though most will shrug off the idea, in the long run they will realise how much they could save and, moreover, they will be helping the environment.

According to Mohd Yusof, the people in Malaysia should start thinking like their counterparts in developed nations.

"Malaysians have to become more responsible and accommodate the changes around them," he noted.

-- BERNAMA

17 Julai 2011

CUTI BERSALIN MASIH PINCANG

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/07/16


Ketua jabatan tolak rehat 3 bulan


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng, berkata kepincangan masih berlaku dalam pelaksanaan cuti bersalin 90 hari diperuntukkan kepada penjawat awam wanita, terutama bagi perkhidmatan yang majoritinya disertai golongan itu seperti perguruan dan kejururawatan.

Katanya, ini berikutan CUEPACS menerima beberapa aduan daripada guru dan jururawat wanita mendakwa permohonan mereka untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari ditolak ketua jabatan masing-masing. Beliau yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata, tindakan ketua jabatan terbabit boleh disifatkan sebagai menafikan hak penjawat awam wanita memperoleh tempoh cuti bersalin yang diperuntukkan kepada mereka.

“Baru-baru ini, kita ada menerima aduan daripada tiga guru daripada sekolah sama yang memohon mendapatkan cuti bersalin 90 hari tetapi ditolak atas alasan tiada peruntukan mencukupi mengupah guru ganti bagi ketiga-tiga kekosongan pada masa sama.

“Alasan sedemikian tidak sepatutnya timbul kerana apabila peraturan atau peruntukan kepada penjawat awam itu diluluskan, bermakna kerajaan sudah mengambil kira semua aspek berkaitan supaya dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya kepada Berita Harian,
di sini, semalam.

16 Julai 2011

CUEPACS MOHON KERAJAAN PERTIMBANG BONUS DUA BULAN

Bernama
16/7/2011




KUANTAN, 15 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.

"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

"Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya dapat bantuan khas RM500," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan kali ke-24 Anulae cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, Jumaat.

Beliau berkata pemberian bonus yang kali terakhir diberi pada dua tahun lepas perlu dipertimbangkan berdasarkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.

Selain itu katanya, produktiviti penjawat awam juga semakin meningkat sehingga ada kementerian dan jabatan yang berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

"Kita mahu tekankan produktiviti, nak naikkan semangat sayangkan kerja...mesti ada insentif," katanya.



-- BERNAMA

15 Julai 2011

GOVT STILL AIMING FOR THAT ONE PER CENT

The Malay Mail
Ee Ann Nee
15/7/2011



PETALING JAYA: Despite being more than 20 years old, a policy of allocating one per cent of jobs in the civil service to the disabled has been difficult to achieve.

Nonetheless, the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Datuk Omar Osman said the target was an achievable one.

“If each government agency takes in about five disabled staff, that would be enough to reach the one per cent target. However, sometimes even this cannot be realised due to the unsuitability of jobs and skills,” he told The Malay Mail.

Omar urged public sector agencies and departments to provide a quota for the disabled groups in terms of employment opportunities and to give priority to those who meet the criteria.

Damai Disabled Persons Association of Selangor and Federal Territory president V. Murugeswaran said the policy was redundant as there was no plan to make it work.

"A majority of the disabled can contribute to nation-building but it’s how the civil service wants to tap into their potential," he said.

“The policy cannot just be a statement for political mileage or for publicity's sake. There’s job promotion from the government sector from time to time but the number of disabled takers are not encouraging.”

Murugeswaran said the disabled community have limitations in their physical movement and hence there was a need to create a barrier-free environment.

“How can a disabled person grab the job opportunity if they’re dependent on someone to get around? The disabled must be able to work independently,” he said, adding that many disabled also faced limited skills and knowledge in securing employment.

Association of Women with Disabilities Malaysia president Bathmavathi Krishnan said the one per cent quota was small but nevertheless a start.

"Having jobs available and having candidates to fill the positions is one thing but how does a disabled person get to work remains another problem," she said.

“Many disabled people are in a fix over transportation, hence everything must be in tandem in making the environment accessible.”

Beautiful Gate Foundation for the Disabled executive director Sia Siew Chin said the one per cent aim has not been fulfilled due to work place unsuitability and lack of qualification from the disabled.

“Most schools do not have accessible facilities for the disabled so the community lose out on getting proper education," she said.

“Instead of applying for jobs, most disabled would rather set up a stall and avoid the hassle of travelling, although those with qualifications can get into the civil service easily.”

Sia also said the Welfare Department, for example, had been more serious in reserving job slots for the disabled.

13 Julai 2011

GOVT MUST HAVE MORE WOMEN DECISION MAKERS

The Malay Mail
Faizal Nor Izham
Wednesday, July 13th, 2011 11:58:00



Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas

OMAR: Women are patient and thorough

KUALA LUMPUR: The government should take the lead in promoting women to decision-making roles and the private sector would naturally follow suit.

This was the response of the Federation of Public Listed Companies (FPLC) on the recent announcement made by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak that women should take up 30 per cent of top corporate positions by 2016.

FPLC's president Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas said there ought to be more high-ranking females in government-linked companies by next year.

Megat Najmuddin said presently, 70 per cent of university applicants are women, which means in the next five years there should be an increase in highly-educated working women.

"More than half of our doctors, engineers, lawyers and accountants are women. This was unthinkable in previous generations.”

Cooperative Commission of Malaysia director Abdullah Mahmood said he is fully supportive of the government's plan.

"This is good to hear as I believe women are just as capable as men in terms of educational standards and ability."

He cited current Bank Negara governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz as a prime example, whom he says is one of the most qualified economists and is more than capable of managing monetary policy.

"Women are often diligent and trustworthy," he said. "In my opinion, they should increase the number of top positions to 40 per cent or not even have a limit at all."

Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Datuk Omar Osman agrees women should be allowed further opportunities but is uncertain if the move would apply to the government sector for now.

"The corporate world is more appealing anyway because it is far more lucrative."

However, he would like to see future change in this regard as long as women continue to prove their ability.

"If we wish to progress as a nation, we need to see change at some point. In the meantime, we will need to review how able and motivated women are."

He said women are ideal for such roles as they are patient, thorough and contemplative by nature.

"They can offer a reasonable and insightful perspective on things that men may not always provide."

12 Julai 2011

MUTU KERJA MENINGKAT, IMEJ MASIH PERLU DIPERBAIKI

Utusan Malaysia
12/7/2011




SEREMBAN 11 Julai - Mutu kerja para penjawat awam di negeri ini meningkat dengan ketara sejak 2004 melalui pelbagai pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun, pembaharuan masih perlu dilaksanakan terhadap imej penjawat awam yang dibelenggu stigma yang tidak baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau amat berpuas hati dengan peningkatan mutu kerja ditunjukkan para penjawat awam di negeri ini hingga melepasi sasaran yang ditetapkan mengikut Sasaran Kerja Tahunan (SKT).

Beliau berkata, ia boleh dilihat apabila surat yang mengadu mengenai perkhidmatan awam semakin berkurangan, malah sudah banyak surat dihantar oleh orang ramai yang memuji perkhidmatan yang diberikan.

"Tetapi kita masih menghadapi masalah mengenai imej kakitangan awam yang menimbulkan persepsi tidak baik di mata orang ramai.

"Kita perlu mengurus persepsi ini supaya ia tidak terus membelenggu perkhidmatan awam di negeri ini," katanya berucap pada Perhimpunan Hari Penjawat Awam Peringkat Negeri Sembilan anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Bahagian Negeri Sembilan bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dan Pengerusi CUEPACS Bahagian Negeri Sembilan, Shazali Husain.

Mohamad pada sidang akhbar selepas majlis itu, berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan kaunter universal bagi membolehkan semua urusan perkhidmatan kaunter kerajaan dibuat di situ.

Katanya, ia bertujuan memudahkan orang ramai membuat urusan tanpa perlu pergi ke tempat berlainan yang dianggap menyusahkan dan menggunakan banyak masa.

"Pada masa ini, kaunter jabatan kerajaan terletak di merata-rata tempat, malah jabatan-jabatan yang terletak di bawah satu kementerian yang sama terletak di kawasan berasingan," katanya.

Sementara itu, Shazali berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan kerajaan negeri itu kerana semua jabatan kerajaan sepatutnya mencari jalan bagi memudahkan orang ramai membuat urusan.

11 Julai 2011

JPA AKAN SIASAT SEKIRANYA PENJAWAT AWAM TERBABIT DALAM PERHIMPUNAN HARAM

Bernama
11/7/2011



KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Tindakan disiplin akan diambil terhadap penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram pada Sabtu lepas sama ada secara langsung atau tidak, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata tindakan terhadap penajwat awam itu juga bergantung sama ada mereka terlibat dalam demonstrasi itu secara aktif atau sekadar tidak langsung menerusi pengedaran baju atau peralatan berkaitan perhimpunan.

Sehingga kini, JPA masih belum menerima sebarang laporan mengenai penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) atau Pemuda Umno, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Eksekutif Institut Latihan Awam Negara (Intan) bertema "Agenda Transformasi Kerajaan: Peranan dan Hala Tuju Institusi Latihan Awam" di sini Isnin, yang disertai 250 peserta dari 364 institusi latihan awam di seluruh negara.

JPA pada 30 Jun lepas telah mengeluarkan pekeliling yang melarang penglibatan pegawai awam dalam perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara.

Pekeliling tiga halaman itu mengingatkan penjawat awam supaya tidak terbabit secara aktif, menghadiri atau menggunakan peralatan pejabat untuk penganjuran mana-mana gerakan ataupun perhimpunan haram.

Kementerian Pelajaran turut mengeluarkan pekeliling pada tarikh yang sama yang memberi peringatan kepada pegawai, kakitangan dan pelajar sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram.

Ditanya mengenai Sistem Bersepadu Potensi Penjawat Awam (Prospek), beliau berkata ia masih di peringkat perbincangan bagi mencapai persetujuan antara JPA dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Bulan lepas, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menuntut agar di bawah Prospek yang akan menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), penjawat awam akan terus mendapat kenaikan pangkat selepas menghadiri kursus tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan.

Cuepacs turut menuntut agar pemberian insentif kepada penjawat awam dinaikkan terus kepada tiga kenaikan kerana ketika sistem PTK dilaksanakan, ia mempunyai aras melintang dan menegak bagaimanapun ia tidak disediakan dalam Prospek.

Mengenai cadangan agar bekas anggota tentera diserapkan dalam agensi perkhidmatan awam pula, Abu Bakar berkata pengambilan mereka adalah bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk jawatan guru.

Sekiranya bekas anggota tentera itu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan maka SPA dan SPP akan mempertimbangkan dan membuat keputusan untuk mengambil mereka berkhidmat dalam sektor awam, katanya.

Pada Jun lepas, Panglima Angkatan Tentara Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM akan berbincang dengan JPA mengenai kemungkinan menyerapkan anggotanya yang telah bersara ke dalam lebih banyak agensi perkhidmatan awam.

-- BERNAMA

10 Julai 2011

JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN

Berita Harian
2011/07/09



CUEPACS tak bantu kakitangan awam ditahan sertai demonstrasi

KOTA BHARU: Tanggung sendiri akibat jika dikenakan tindakan kerana menyertai perhimpunan dianjurkan pertubuhan haram, BERSIH 2.0.

Itu ingatan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kepada 1.2 juta ahlinya untuk tidak terbabit dengan perhimpunan dijadual hari ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman, juga menasihatkan ahli CUEPACS supaya menjauhi lokasi panas seperti diminta pihak berkuasa atau mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan.
"Kita nasihatkan semua ahli tidak terbabit dengan sebarang perhimpunan esok (hari ini) membabitkan agenda BERSIH 2.0. Kita terikat kepada akujanji dan etika perkhidmatan awam, maka sebaiknya kita tidak membabitkan diri.

"Jika didapati terbabit maka kena tanggunglah sendiri, kita tidak mahu perkara yang mengganggu ketenteraman awam. Oleh itu, kita berharap tiada yang pergi ke lokasi panas walaupun sekadar hanya mahu melihat keadaan di situ," katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, akhbar melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebagai berkata, polis tidak akan mengeluarkan permit bagi mana-mana perhimpunan yang dimohon atas nama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kerana ia adalah pertubuhan haram.

Akhbar juga melaporkan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sebagai berkata, antara lokasi panas ialah sekitar Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kampung Baru, Masjid Jamek Jalan Tun Perak, Sogo, Maju Junction, Istana Negara, Pasar Seni dan KLCC.
Mengulas lanjut, Omar tidak mahu penjawat awam yang pada awalnya sekadar hanya mahu melihat keadaan di lokasi panas dianggap bersubahat dengan BERSIH 2.0, sedangkan mereka mungkin tidak berniat untuk penyokong pertubuhan haram berkenaan.

"Kita berharap jauhilah BERSIH walau apa juga niatnya, ini kerana kita tidak mahu dianggap bersubahat," katanya.

08 Julai 2011

DBKL UNIONS WANT MAYOR TO IMPLEMENT STAFF UPGRADING EXERCISE IMMEDIATELY

The Star
By KHARLEEZ ZUBIN
kharleezzubin@thestar.com.my
8/7/2011



TWO unions representing about 12,000 Kuala Lumpur City Hall (DBKL) employees want the restructuring exercise of the staff scheme to be implemented immediately.

The Amalgamated National Union of Kuala Lumpur City Hall (Anulae DBKL) and the Kuala Lumpur City Workers Union (KLMTU) have urged mayor Tan Sri Ahmad Fuad Ismail to implement the upgrading exercise immediately.

Anulae DBKL chairman Zakaria Abdullah and KLMTU secretary-general Munian Appoo in expressing their gratitude to the mayor for having the interest of the workers at heart added that there should not be any delay as the Public Service Department had approved it.

Zakaria and Munian said this at a press conference at Wisma Cuepacs in Kuala Lumpur yesterday.

Men behind the union: Zakaria (left) and Munian at the press conference on the reorganisation of DBKL recently.

“We are of the view that City Hall is not moving fast enough to implement the exercise because we believe there are some pressure from disgruntled staff,” said Zakaria.

It is learnt that some officers are not happy because they were not included in the exercise.

For example, the PSD only approved 10 slots from the 24 heads of departments to be upgraded beyond their current Grade 54 scale to the JUSA grade.

“The mayor initiated the scheme after having discussions with representatives of the unions and took it up to the PSD and now he must stand firm in seeing it though,” said Munian.

According to Zakaria, the restructuring scheme, which covered all grades of services, was effective July 1.

“But thus far there has been only a few workers upgraded or contract workers confirmed,” he said.

According to a few senior union representatives “little Napoleons” within the organisation with some influence posed a hindrance to the smooth and speedy implementation of the scheme.

The scheme will also see many contract workers confirmed and new intake to fill the vacancies left behind by upward movement of staff. Several departments will also be merged in the exercise to reduce overlapping of duties.

Ahmad Fuad, who announced the scheme recently, had noted that the Housing Management Department would be merged with the Social and Community Development Department; the Petty Traders Development and Management Department merged with the Licensing Department; and the Health Department merged with the Landscaping and Urban Cleaning Control Department.

07 Julai 2011

ANULAE DBKL MINTA DBKL PERCEPATKAN PROSES PENYUSUNAN SEMULA 837 JAWATAN

Bernama
7/7/2011



KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempercepatkan proses penyusunan semula 837 jawatannya.

Pengerusi ANULAE (Pegawai) DBKL Zakaria Abdullah berkata kesemua jawatan, yang sepatutnya dikuatkuasakan pelaksanaannya pada Disember lepas, mengalami proses penyusunan yang lembap ekoran sikap tidak berpuas hati segelintir pegawai atasan DBKL.

"Pegawai dan kakitangan DBKL tidak perlu memberi alasan untuk kecewa dan rasa terpinggir biarpun tidak mendapat kenaikan pangkat. Kami yakin mereka juga patut bersyukur atas nikmat yang mereka kecapi selama ini," katanya pada sidang media di Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, Rabu.

Selain ANULAE (Pegawai) yang melibatkan Gred 17 ke atas, dua lagi kesatuan di bawah DBKL yang menganggotai Cuepacs ialah ANULAE (Pekerja) bagi Gred 1-16 serta Kesatuan Pekerja-pekerja DBKL (KPPDBKL).

Anulae dianggotai seramai 600 ahli daripada pihak berkuasa tempatan dan mempunyai 29 cawangan seluruh Semenanjung.

Zakaria, yang juga Penolong Setiausaha ANULAE Semenanjung Malaysia, meminta 12,000 pekerja DBKL tidak menyertai perhimpunan 9 Julai ini.

"Kita sebagai penjawat awam harus memegang kepada surat akujanji yang telah ditandatangani," katanya.



-- BERNAMA

06 Julai 2011

BUDAYA PEMBERIAN PENGIKTIRAFAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM - KSN

Bernama
6/7/2011



PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) -- Memberi pengiktirafan hendaklah dijadikan sebagai budaya dalam perkhidmatan awam, malah ketua-ketua kementerian dan jabatan adalah digalakkan untuk sentiasa mengiktiraf perkhidmatan anggota organisasi agar prestasi perkhidmatan awam dapat terus dipertingkatkan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kajian oleh Bahagian Pengurusan Psikologi tahun lalu mendapati bahawa budaya pengiktirafan dalam organisasi perkhidmatan awam perlu ditingkatkan, di mana 45 peratus daripada 1,891 responden mendapati ia masih berada di tahap yang agak rendah.

"Satu dapatan yang turut membimbangkan ialah seramai 49 peratus responden berpendapat pengiktirafan dalam organisasi mereka tidak dilakukan secara adil.

"Kajian juga mendapati sebilangan besar responden, iaitu sebanyak 84 peratus berpendapat bahawa latihan adalah diperlukan bagi meningkatkan kemahiran memberi pengiktirafan di tempat kerja," katanya ketika merasmikan Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Ke-17 yang bertemakan 'Budaya Pengiktirafan: Antara Realiti dan Ekspektasi' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Mohd Sidek berkata ekspektasi pekerja juga perlu difahami dalam memastikan sistem ganjaran dan pengiktirafan yang efektif, di mana kajian sama menunjukkan penjawat awam lebih menghargai dan menginginkan pengiktirafan yang datang daripada pengurusan atasan atau ketua jabatan berbanding penyelia terdekat atau rakan sekerja.

Beliau berkata ganjaran berbentuk kewangan atau kebendaan bukanlah perkara utama yang diinginkan penjawat awam, kerana selain peluang kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya, perkara lain yang turut diinginkan adalah sokongan moral, kata perangsang, ruang mengemukakan idea serta pendapat dan peningkatan diri serta peluang mengikuti latihan dan kursus.

"Bagi memenuhi ekspektasi dan kehendak agar bersesuaian dengan keadaan semasa, setiap ketua dan penyelia perlu lebih bersifat kreatif dan imaginatif dalam mencari kaedah-kaedah terbaik untuk mengiktiraf pekerja dalam organisasi mereka," katanya.

Mohd Sidek bagaimanapun berkata aspek pengiktirafan harus seiring dengan aspek hukuman, di mana penjawat awam yang disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Ia penting supaya dapat memberi pengajaran kepada penjawat awam yang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama, katanya.



-- BERNAMA

03 Julai 2011

CUEPACS MINTA PENJAWAT AWAM JAUHI DARI PERHIMPUNAN HARAM 9 JULAI

Bernama
3/7/2011




MELAKA, 3 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kesemua 1.2 juta penjawat awam tidak terlibat dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam tertakluk pada Etika Perkhidmatan Awam dan Aku Janji dan dilarang menyertai sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak berdaftar.

"Jangan sesekali terlibat secara langsung bahkan jangan sesekali hadir untuk menonton (perhimpunan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan, Kesatuan Pekerja-pekerja Awam negeri Melaka kali ke-33 di Ayer Keroh, di sini Ahad.

Katanya perhimpunan haram itu hanya membuang masa dan tidak mempunyai faedah atau kepentingan kepada penjawat awam.

Beliau berkata penjawat awam yang berdegil dan engkar untuk terus menghadiri perhimpunan itu, menangggung risiko sendiri tanpa pembelaan CEUPACS sekiranya mereka ditahan oleh pihak berkuasa.

-- BERNAMA

01 Julai 2011

8,196 KAKITANGAN AWAM TIDAK HADIR BERTUGAS DIKENAKAN HUKUMAN

Utusan Malaysia
1/7/2011



MELAKA 30 Jun - Sebanyak 8,196 kes kakitangan awam yang tidak hadir bertugas tanpa mengemukakan borang cuti, mendapatkan kebenaran atau memberi sebab munasabah dikesan berlaku sejak dua tahun lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kes tidak hadir bertugas tanpa cuti, menyumbang sebanyak 40 peratus daripada kesalahan tatatertib bagi kakitangan awam.
Ekoran kesalahan tersebut, tegas beliau, mereka telah dikenakan hukuman lucut hak emolumen, buang kerja, denda dan amaran.
"Kesalahan tatatertib dalam kalangan penjawat awam (kakitangan awam) di negeri ini adalah serius khususnya kes tidak hadir tanpa cuti.
"Bagaimanapun, mereka yang terbabit telah dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Kursus Perintah Awam Penjawat Awam 2011 di Dewan Konvensyen Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Jalan Hang Tuah di sini, hari ini.
Mohd. Ali berkata, kesalahan disiplin yang dilakukan oleh kakitangan awam telah menyebabkan tindakan terpaksa diambil terhadap mereka bagi menggelakkan ia menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Beliau turut mengingatkan kakitangan awam agar tidak melakukan kesalahan disiplin sewaktu bertugas kerana pihaknya tidak akan berkompromi berkaitan perkara tersebut.
"Saya harap jangan ada antara kita yang melanggar amanah dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kerana penjawat awam menjadi duta kecil kepada kerajaan," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui masih ada sesetengah kakitangan awam masih mengamalkan budaya lepak di kedai-kedai kopi atau restoran di waktu bertugas.
Ujarnya, budaya tersebut jika terus diamalkan boleh menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaan.

JPA BELUM SETUJU LIMA TUNTUTAN

Berita Harian
Oleh Shamsul Kamal Amarudin dan Sazarina Shahrim
bhnews@bharian.com.my
2011/07/01





Isu PROSPEK perlu dirunding

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) belum membuat sebarang keputusan berhubung lima tuntutan baru dikemukakan CUEPACS sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang bermula hari ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata JPA perlu mengadakan perbincangan dengan CUEPACS terlebih dulu sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat. “Sebarang keputusan perlu dirunding dulu. Saya memang sudah terima tuntutan berkenaan, tetapi belum menyatakan persetujuan kerana saya perlu mengadakan rundingan dengan CUEPACS terlebih dulu untuk mendapatkan penjelasan mereka mengenai tuntutan yang dibuat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Katanya, JPA juga dalam proses memberikan taklimat dan penerangan kepada semua kementerian serta agensi kerajaan berhubung PROSPEK sebelum surat pekeliling berhubung pelaksanaannya dikeluarkan.

Bagaimanapun, hingga tamat waktu pejabat petang semalam, laman web JPA masih belum menyiarkan surat pekeliling berhubung tarikh penguatkuasaan PROSPEK.

Beliau mengulas dakwaan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman di Ipoh, semalam bahawa JPA bersetuju untuk memenuhi lima tuntutan baru yang dikemukakan persatuan itu sebagai prasyarat sebelum mempersetujui pelaksanaan PROSPEK bagi menggantikan PTK yang bermula hari ini.
Tuntutan utama kata beliau pastinya menggembirakan kira-kira 1.2 juta penjawat awam apabila JPA bersetuju mana-mana kakitangan yang mengikuti kursus kompetensi.

CUEPACS BANTU SELESAI ISU JKR

Utusan Malaysia
1/7/2011




IPOH 30 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhasrat mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan bagi membincangkan isu berhubung dua Ketua Pengarah, Jabatan Kerja Raya (JKR).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pertemuan itu turut melibatkan lima kesatuan sekerja yang menganggotai Majlis Bersama Jabatan Pihak Pekerja Jabatan Kerja Raya (MBJ-JKR).

Katanya, antara kesatuan yang terlibat dalam pertemuan itu adalah Kesatuan Perkhidmatan Teknikal Semenanjung Malaysia (MTSU), Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Wilayah Persekutuan, Pertubuhan Profesional JKR, Kesatuan Kebangsaan Pekerja JKR dan Air (NUPWDE) dan Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPAP).

"CUEPACS merasakan konflik ini tidak seharusnya wujud kerana kebiasaannya urusan berhubung pelantikan atau pertukaran yang membabitkan pegawai perkhidmatan awam dilaksanakan secara tertib oleh JPA.

"Sebagai kesatuan mewakili kakitangan kerajaan, kami memandang serius kemelut dalam JKR dan amat berharap ia diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung AUEGCAS cawangan Perak di sini hari ini.