SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

29 Oktober 2011

Cuepacs to meet various bodies to discuss protest against high cost of goods

The Star
By YUEN MEIKENG
meikeng@thestar.com.my
28/10/2011


PETALING JAYA: Cuepacs will meet various organisations next week to discuss a boycott on pricey consumer goods, including chicken.

Its president Datuk Omar Osman said several non-governmental organisations, including Perkasa and the Malaysian Youth Council, had pledged their support for the move.

“We have also sent letters to the Malaysian Trades Union Congress and other organisations to inform them of our stand.

“There will be a meeting on Nov 2 to discuss this matter and we will make a joint statement then,” he said yesterday.

Omar said Cuepacs was planning the boycott on daily essentials after receiving many complaints about overpriced goods from members.

“Workers from the private sector have also complained to us.

“But at the moment, we are still preparing (for the boycott),” he added.

Omar said prices of goods were spiralling while wages remained stagnant. This caused Cuepacs to plan the move.

He said the boycott would include reducing trips to the market and seeking cheaper alternatives.

In its website, Perkasa president Datuk Ibrahim Ali said the group supported Cuepacs in its protest to teach traders, especially chicken sellers, a lesson.

“I believe we can still survive without chicken.

“Let's teach them a lesson if they still insist on increasing the price of chicken according to their whims and fancies,” he said.

It was reported that Cuepacs had urged the country's 1.3 million civil servants to stage a silent protest against consumer goods, especially chicken, starting next month.

28 Oktober 2011

SEPAKAT SOKONG BOIKOT MAKAN AYAM

Berita Harian
28/10/2011



2011/10/28 PENINGKATAN harga barang dan perkhidmatan sejak akhir-akhir ini membimbangkan bukan saja golongan yang makan gaji, tetapi juga dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Pendapatan yang diperoleh tidak dapat ditabungkan demi kesejahteraan masa depan mereka. Ini bermakna semakin banyak wang diperlukan untuk membeli perkara asas seperti makanan, minuman serta kos pengangkutan. Wang seolah-olah tidak lagi mempunyai kuasa beli yang kuat. RM50 kini hanya dapat membeli sedikit barang dan perkhidmatan saja. Rata-rata pihak peniaga yang ditanya memberikan alasan kenaikan harga berpunca kenaikan harga pemborong selain peningkatan harga pada peringkat global. Saranan Presiden Kesatuan Sekerja dalam Sektor Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, agar 1.3 juta kakitangan awam memulau barangan tertentu seperti ayam misalnya, adalah satu pendekatan munasabah dan kena pada masanya.

Ia wajar disokong sepenuhnya. Orang ramai juga disaran mengambil langkah sama. Pengguna memainkan peranan yang sangat penting. Tanpa pengguna permintaan terhadap barang akan menurun.

Pandangan peniaga bahawa jika seorang tidak membeli tidak menjejaskan perniagaan mereka. Hal ini kata mereka selari dengan bidalan seekor ayam tidak berkokok, hari tetap siang juga.

Pada pandangan saya pengguna yang tidak mengambil kalori ayam dalam diet pemakanan tidaklah memudaratkan. Berpuluh-puluh tahun dulu ayam daging tiada di pasaran. Orang kampung makan daging ayam yang diternak sendiri.
Kini selain harga ayam kampung, telurnya juga melambung naik hingga hampir RM1 sebiji. Ramai pula pengusaha mengkomersialkan penternakan ayam dan telur ayam kampung.

Ayam boleh diganti dengan makanan asas lain yang lebih murah seperti ikan dan daging. Namun, hari ini harga ikan dan daging lebih mahal daripada ayam. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan pembelian ayam. Kalau sebelum ini makan ayam seminggu tiga kali kini perlu dikurangkan pengambilannya sekurang-kurang sekali atau dua kali.

Permintaan terhadap ayam meningkat pada musim kenduri kahwin. Justeru, dicadang supaya majlis berkenaan tidak lagi menggunakan ayam sebagai menu utama. Adalah dicadang makanan utama kita ditukar kepada makanan lain seperti lempeng pisang dan makanan ringan lain.

Oleh itu, perlunya transformasi makanan. Kepada generasi yang berusia mungkin susah sedikit dan kepada generasi muda lama kelamaan akan biasa.

YOSRI,
Kuala Lumpur.

WUJUDKAN BAHAGIAN AUDIT DALAMAN

Utusan Malaysia
28/10/2011



KUALA LUMPUR 28 Okt. - Setiap kementerian dan agensi kerajaan perlu mewujudkan bahagian audit dalaman dan kumpulan pemantau bagi memastikan tiada unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berlaku dalam menguruskan kewangan negara.

Setiausaha Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, bahagian itu akan bertindak lebih awal sekiranya berlaku perbuatan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana kakitangan sebelum kegiatan itu dikesan Jabatan Audit Negara.

"Kes seumpama ini sentiasa berulang setiap tahun seolah-olah tidak ada tindakan serius diambil.

"Justeru, satu bentuk mekanisme terbaik perlu difikirkan untuk menangani masalah ini supaya kita dapat mengenal pasti kegiatan tidak beramanah itu di peringkat awal sebelum ia menjadi lebih parah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini

Beliau mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya semua pihak yang berkenaan memandang serius teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 dengan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang timbul.

Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, setiap pegawai tertinggi termasuk kakitangan peringkat bawahan perlu dikenakan tindakan sewajarnya jika terbukti mereka bersalah menyalahguna kuasa melibatkan lebihan perbelanjaan di kementerian masing-masing.

Katanya, langkah itu bagi memastikan tiada unsur berat sebelah sebagaimana yang diamalkan sebelum ini apabila kakitangan bawahan sahaja dikenakan tindakan disiplin, manakala pegawai tertinggi terlepas daripada hukuman.

"Perkara seperti ini (lebihan perbelanjaan) tidak boleh sama sekali berlaku kerana pihak kami selalu mendapat aduan bahawa beberapa kementerian tidak ada peruntukan untuk membelanjakan soal kebajikan pekerja.

"Tetapi apabila berlaku lebihan perbelanjaan, timbul pula tanda tanya ke mana sebenarnya wang dibelanjakan? Perkara ini sangat serius kerana ia menjejaskan nama baik semua warga kementerian biarpun segelintir mereka di peringkat tertinggi melakukan perkara itu," katanya.

GUNA KUASA PENGGUNA

Utusan Malaysia
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
28/10/2011




SUNGGUH, memang benar berlaku kenaikan harga ayam. Ia terjadi di beberapa negeri ket ika ini. Malah bukan daging ayam sahaja. Produk-produk lain turut terpalit sama, antaranya susu pekat manis, Nestle dan Milo.

Maka tidak hairanlah setiap waktu rehat tengah hari atau selepas waktu pejabat sekitar pukul 5 petang, Aras G Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Putrajaya yang menempatkan Kedai Rakyat 1Malaysia di situ diserbu orang - sebahagian besarnya penjawat awam.

Yang 'menyerbu'nya bukan semuanya daripada kakitangan sokongan pun (kerani atau budak pejabat) tetapi yang berkereta mewah dari Camry dan Mercedez Benz. Kalau tidak percaya, cuba-cubalah lepak di situ waktu tersebut.

Mana tidaknya, produk kicap kipas udang sahaja anda boleh jimat hampir RM2 berbanding membeli di luar. Itu belum lagi barang makanan lain.

Permintaan terhadap produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia memang cukup hangat sehinggakan Mydin yang berperanan sebagai pengedar barangan tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan orang ramai.

Bukan setakat itu sahaja, Mydin juga dikatakan masih berusaha mencari lebih banyak setor untuk menempatkan produk Kedai Rakyat 1Malaysia yang kualitinya sama dan terjamin meskipun tidak berjenama dengan berlogokan 1Malaysia.

Berbalik kepada kenaikan harga ayam yang menjadi sebab Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang, Utusan Malaysia difahamkan ia turut mendapat sokongan daripada kementerian.

Meskipun kementerian berkenaan lebih gemar menggunakan istilah 'kuasa pengguna harus ditunjukkan untuk menggalakkan perniagaan beretika' manakala CUEPACS yang kini disokong Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Perkasa terarah kepada tindakan protes dan boikot, nadanya tetap sama - demi kepentingan pengguna.

Sebenarnya, kenaikan harga ini dipantau oleh Majlis Harga Barang Negara (MHBN). Data dikumpul setiap minggu. Seorang jurucakap MHBN memberitahu Utusan Malaysia petang semalam, kenaikan harga ayam tersebut di luar skim kawalan musim perayaan memang berlaku.

"Barang-barang kawalan bagaimanapun tidak naik tetapi untuk barangan yang dikawal pada musim perayaan, kenaikan biasanya berlaku selepas ia di luar tempoh skim tersebut.

"Untuk isu semasa ini seperti mana dituntut oleh CUEPACS, kita mengesahkan memang ada kenaikan harga ayam. Tetapi kenaikan berbeza-beza mengikut kawasan dan negeri antaranya mencecah RM9.30 sekilogram untuk ayam standard berbanding RM7.30 yang ditetapkan," menurut jurucakap tersebut.

Seorang pegawai KPDNKK pula memberitahu akhbar ini, peniaga atau pihak tertentu tidak boleh sesuka hati menaikkan harga barang setelah kerajaan memberikan subsidi.

Harga tidak boleh dinaikkan walaupun harga komoditi barang mentah yang diimport adalah tinggi kerana kadar perbezaannya ditanggung kerajaan.

Yang pasti, sesuatu perlu diusahakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membendung kenaikan harga ayam.

Di Johor pada Jun lalu, masalah anak ayam berpenyakit dikatakan menjadi antara faktor menyebabkan bekalan daging ayam berkurangan di negeri ini sekali gus mencatatkan peningkatan harga terlalu tinggi sehingga menghampiri RM9 sekilogram.

Juga, punca kenaikan harga ayam disebabkan oleh kenaikan tarif elektrik di ladang pembekal serta penternak dan pengurangan subsidi diesel untuk pengangkutan lori membawa ayam.

Tetapi lebih ramai yang merasakan ia lebih kepada sikap tamak pembekal yang mahu berbuat demikian menjelang musim cuti sekolah dan Hari Raya Haji (di mana ayam mendapat permintaan tinggi).

Tambah lagi, seperti mana kata CUEPACS, kenaikan harga seperti satu fenomena apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam pada pembentangan bajet tahunan.

Ini menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang walaupun kakitangan awam belum menerima imbuhan tersebut.

Ketika ini kerajaan sudah membuat apa sahaja untuk membela nasib rakyat yang terus berhadapan dengan kenaikan harga barangan sehingga menjejaskan kualiti kehidupan mereka.

Antaranya mengambil langkah proaktif mengawal harga beberapa jenis barangan asas seperti petrol, diesel, gula, tepung gandum, minyak masak, gas petroleum cecair (LPG) dan beras yang memberi kesan langsung terhadap kos barangan akhir yang lain.

Kawalan harga ini dibuat melalui pemberian subsidi oleh kerajaan dimana perbezaan di antara harga pasaran dan harga kawalan ditampung oleh pemberian subsidi yang bertambah setiap tahun.

Jadi, mengapa harga ayam di sesetengah kawasan di Pulau Pinang sahaja kini sudah mencecah RM12 sekilogram.

27 Oktober 2011

TINDAKAN PROTES KENAIKAN HARGA BARANG HAK PERIBADI - SUBRAMANIAN

Bernama
27/10/2011


MELAKA, 27 Okt (Bernama) -- Tindakan melakukan protes terhadap kenaikan harga barangan bergantung kepada pilihan dan keperluan individu masing-masing, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

"Rakyat akan membuat keputusan sendiri mengikut keperluan masing-masing. Beli atau tidak sesuatu barangan itu terpulang kepada hak individu dan mereka yang akan membuat keputusan secara sendiri.

"Oleh itu piket atau tidak piket, boikot atau tidak boikot, rakyat yang akan membuat keputusan sendiri mengikut keperluan masing-masing," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbukanya sempena perayaan Deepavali di Kampung Attap di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan yang menyokong penuh saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barangan jika kenaikan itu berlaku sehingga ke tahap yang tidak munasabah.

Subramaniam berkata kenaikan harga barangan merupakan isu yang sentiasa diberi tumpuan oleh kerajaan dan ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti permintaan dan pembekalan.

"Ada faktor-faktor yang di bawah kawalan kita dan ada juga di luar kawalan. Kalau faktor kenaikan di bawah kawalan kerajaan, kita memang mengambil tindakan untuk memastikan bahawa ia tidak dinaikkan sewenang-wenangnya tetapi ada juga faktor di luar kawalan kita seperti dikawal oleh harga pasaran dunia," katanya.

Beliau berkata kerajaan sedaya upaya mengawal kenaikan harga barangan keperluan dan berharap rakyat memahami serta menyedari langkah dan bantuan yang diberikan untuk meringankan beban rakyat.

"Salah satu langkah untuk membantu menghadapi kenaikan harga barangan tersebut adalah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam belanjawan 2012 di mana keluarga yang mempunyai pendapatan yang kurang dari RM3,000 akan diberi ganjaran RM500," katanya.

Katanya kerajaan juga masih memberikan subsidi kepada beberapa barangan keperluan asas walaupun jumlahnya sedikit berkurangan.

Sementara itu, Subramaniam berkata penggubalan undang-undang untuk menaikkan had umur persaraan pekerja sektor swasta ke 60 tahun dijangka siap pada Disember depan.

Beliau berkata proses penggubalan undang-undang baru itu melibatkan pelbagai pihak serta isu yang perlu dipertimbangkan dan perhalusi sebaik mungkin sebelum dibentangkan.

-- BERNAMA

26 Oktober 2011

CUEPACS SARAN PENJAWAT AWAM LAKUKAN PROTES KENAIKAN HARGA BARANG MULAI NOVEMBER

Bernama
25/10/2011


KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan 1.3 juta penjawat awam di negara ini melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang terutama ayam mulai bulan depan.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata protes boleh dilakukan dengan mengurangkan kekerapan ke pasar selain mencari alternatif yang lebih murah bagi membantah tindakan peniaga menaikkan harga barangan tanpa sebab munasabah.

"Penjawat awam belum mendapat manfaat gaji naik dan bonus, peniaga dah mula ambik kesempatan," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs dengan ketua jabatan dan penjawat awam, di sini Selasa.

Kata beliau masanya telah tiba bagi semua penjawat awam bersatu dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna.

Fenomena kenaikan harga barangan terutama ayam berlaku di seluruh negara termasuk di negeri ini dan kesannya semakin dirasai pengguna.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman sebelum ini, dilapor berkata harga ayam di Sarawak kini antara RM9.50 dan RM11.50 sekilogram bergantung kepada lokasi, susulan kekurangan bekalan sejak bulan lepas.

Bagaimanapun beliau mejangka harga ayam kembali ke paras biasa iaitu antara RM7.50 dan RM8 sekilogram pada pertengahan bulan depan apabila bekalan kembali normal.

-- BERNAMA

SPBA PERKENAL DASAR KELUAR BAGI PENJAWAT AWAM

Bernama
26/10/2011


KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan "dasar keluar" bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.

"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar Selasa.

Omar berkata berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang.

"Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka," katanya.

Mengenai tarikh pelaksanaan SBPA, Omar berkata Cuepacs memohon kepada kerajaan sistem itu dikuatkuasakan serentak dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Januari 2012 namun tarikh pelaksanaan sebenar belum dipastikan kerana Cuepacs akan bertemu JPA pada 1 Nov ini untuk perbincangan dan taklimat lanjut SBPA.

Terdahulu semasa sesi taklimat, beliau berkata dua komponen Prospek bakal diperkenalkan iaitu Penilaian Khas Kompetensi (PKK) dan Program Pembangunan Potensi (PBR) melibatkan gred 17 ke atas manakala gred 16 ke bawah hanya memerlukan penjawat awam kategori berkenaan menghadiri kursus selama tujuh hari.

Katanya tiada langsung peperiksaan dan PKK akan dinilai oleh penyelia atau ketua jabatan manakala PBR dikendalikan bersama dengan wakil daripada Cuepacs.

Beliau memberi jaminan penjawat awam yang layak mengikuti PBR dinaikkan pangkat secara automatik kerana mereka hanya akan dipanggil mengikuti kursus PBR berdasarkan kekosongan jawatan.

"Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan walaupun yang diisi hanya tiga sahaja. Ini membuang masa dan merugikan wang kerajaan," katanya.

Omar berkata di bawah SBPA, Kumpulan Sokongan 1 dan 2 akan dikenali sebagai Kumpulan Pegawai Pelaksana 1 dan 2 selaras dengan tugas-tugas tambahan yang bakal dilakukan selain daripada tugas hakiki sekarang.



-- BERNAMA

22 Oktober 2011

PENJAWAT AWAM PERLU DIBERI PELUANG TUNJUK KEBOLEHAN, KREATIVITI

Bernama
24/10/2011


KUCHING, 24 Okt (Bernama) -- Penjawat awam hendaklah diberi peluang menunjukkan kebolehan supaya mereka dapat menghasilkan idea-idea dan cadangan membantu jabatan atau agensi mencapai misi dan visi masing-masing.

Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin berkata mereka perlu membudayakan pemikiran proaktif dan inovatif untuk menghasilkan perubahan lebih cemerlang dan menyeluruh bukan setakat menambah baik idea, proses kerja serta peraturan yang lama sahaja.

"Kita perlukan prestasi cemerlang terus kekal di samping memperbaiki pencapaian rakan-rakan yang tertinggal di belakang selain membaharui sistem yang gagal," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan agensi persekutuan dan badan berkanun di sini Isnin.

Beliau berkata langkah dan usaha perlu dibuat membantu mengwujudkan perkhidmatan awam dinamik, mempunyai ketua jabatan dan anggota yang kreatif serta berpandangan jauh agar terus berkesan dan sesuai pada masa hadapan.

Munurut Md Yahaya, tugas dan fungsi penjawat awam serta persekitaran kerja kini sudah banyak berubah berbanding 30-40 tahun lalu khasnya dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Beliau berkata ketika ini perkhidmatan cemerlang diukur berdasarkan pencapaian seperti memberikan perkhidmatan pantas dan memenuhi kehendak atau permintaan pelanggan yang pelbagai.

Katanya, sebagai penjawat awam mereka harus bersedia menghadapi dan seterusnya mengatasi perubahan dengan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kebolehan.

Kira-kira 500 penjawat awam persekutuan daripada pelbagai agensi hadir pada perhimpunan itu yang diadakan di Bangunan Sultan Iskandar Simpang Tiga di sini.

-- BERNAMA

21 Oktober 2011

Perkhidmatan Awam Jangan 'Seronok Sendiri', Terus Berusaha Betul Persepsi Silap Rakyat - Muhyiddin

Bernama
21/10/2011




KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Perkhidmatan awam tidak seharusnya diulit perasaan 'seronok sendiri' ketika merealisasikan semua sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai penjawat awam yang mendokong dan menjayakan dasar kerajaan, adalah penting untuk mereka sentiasa memikirkan soalan-soalan seperti apakah rakyat faham tentang usaha yang kerajaan lakukan selama ini;

"Kenapakah rakyat tidak bersama-sama menyertai untuk menjayakan usaha-usaha itu?, apakah impaknya cukup besar kepada rakyat untuk mereka menghargai apa yang dilakukan kerajaan selama ini? dan di manakah silapnya apabila rakyat masih tidak berpuas hati dengan segala usaha dan pencapaian kita?" katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Awam ke-16 di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ini.

Persidangan dua hari bermula hari ini turut melibatkan 20 tokoh tersohor negara dalam sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang akan berkongsi pendapat mereka dalam usaha memperkukuh lagi penyampaian perkhidmatan awam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Pemangku Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya dan Pengarah Intan Dr Aminuddin Hassim.

Muhyiddin berkata kaghairahan memacu usaha-usaha pemerkasaan NKRA tidak seharusnya melekakan penjawat awam daripada memerhati hasil sampingan ketara yang terpaksa ditanggung rakyat masa kini iaitu kos sara hidup yang membebankan.

"Dalam hal ini, sektor awam perlu berada di barisan hadapan dengan mempelopori perkongsian pintar antara kerajaan dan rakyat bagi mengatasi kenaikan kos sara hidup menerusi pelaksanaan tindakan-tindakan yang efisien dan efektif.

"Ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa rakyat sedang memerhati dan menilai usaha kita, kita tidak boleh alpa kerana sebarang kealpaan akan menyebabkan perkhidmatan awam diberikan penilaian negatif dan ditafsir sebagai tidak releven lagi dalam pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata dalam memastikan setiap tindakan bagi mengutamakan kepentingan rakyat itu berjaya, pertemuan dan interaksi dengan rakyat adalah perlu untuk membolehkan suara dan rintihan rakyat didengar dan diberi perhatian.

"Juga penting, kerajaan perlu memastikan rakyat turut dilibatkan dan bersama-sama dalam proses penghasilan sesuatu dasar bagi mengelak ketidakpuasan hati yang boleh menimbulkan bangkangan dan penentangan," katanya.

Mengenai sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Muhyiddin berkata berkata ia akan menjadi landasan utama kepada transformasi pengurusan bakat perkhidmatan awam yang akan meyaksikan perubahan radikal dalam pembangunan kerjaya itu.

Bagi menjayakan SBPA secara menyeluruh, budaya berprestasi tinggi hendaklah diwujudkan dalam perkhidmatan awam, katanya.

-- BERNAMA

PENDAFTARAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM3,000 BERMULA DISEMBER INI

Bernama
21/10/2011



KANGAR, 20 Okt (Bernama) -- Pendaftaran isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500 melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dijadualkan bermula Disember ini.

Pengerusi LHDN Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata buat masa ini Kementerian Kewangan serta agensi kerajaan berkaitan sedang memuktamadkan mekanisme terbaik bagi pendaftaran dan pelaksanaan bantuan itu.

"LHDN perlu memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja yang mencukupi disiapkan selewatnya pertengahan November ini bagi membolehkan pendaftaran bermula pada Disember," katanya kepada media selepas perasmian Wisma Hasil Kangar, di sini hari ini.

Wan Abdul Aziz berkata sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dan mereka dijadual menerima bantuan tersebut yang membabitkan peruntukan RM1.8 bilion bermula Januari depan.

Bantuan di bawah inisiatif meringankan kos sara hidup itu akan turut dinikmati penjawat awam yang berpendapatan rendah, katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ketika merasmikan Wisma Hasil Kangar setinggi enam tingkat itu berharap premis itu bukan saja dapat memberi keselesaan kepada pelanggan tetapi juga kepada 83 petugasnya.

Bangunan berharga RM25.5 juta itu mula dibina pada 5 Mei 2006 dan siap sepenuhnya pada 15 Mei 2008, bagaimanapun LDHN hanya memulakan operasinya di bangunan baru tersebut pada 25 Nov lepas.

Md Isa juga menyifatkan Wisma Hasil Kangar itu sebagai simbol pertumbuhan LHDN kerana sebelum ini agensi tersebut beroperasi selama 21 tahun dengan menyewa di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Pada majlis itu, Menteri Besar turut melancarkan lagu rasmi baru LHDN bertajuk "Hasil Berjasa" menggantikan lagu "Nada Hasil".

-- BERNAMA

20 Oktober 2011

CADANGAN SERAP 30,000 RIBU GURU KAFA KE JAWATAN TETAP

Bernama
20/10/2011



KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan diharap dapat mempertimbangkan untuk menyerap kira-kira 30,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap bagi menjamin masa depan dan kerjaya yang lebih baik dalam profesion perguruan.

Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) berkata menerusi penyerapan ke jawatan tetap, kebajikan guru KAFA akan lebih terbela di samping memberi pengiktirafan kepada sumbangan mereka dalam pendidikan agama kepada kanak-kanak.

"Guru KAFA adalah warga pendidik yang memainkan peranan besar dalam pendidikan Islam di negara ini.

"Tugas mereka sangat mulia dalam melahirkan generasi cemerlang ilmu dunia dan akhirat, disamping membentuk akidah dan sahsiah murid-murid dalam membentuk modal insan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012.

Beliau berkata kebajikan guru KAFA perlu diberi perhatian agar mereka mendapat kemudahan setaraf dengan guru-guru sekolah dibawah Kementerian Pelajaran.

Pada masa kini, guru KAFA berkhidmat menerusi ikatan kontrak dan mereka tidak layak mendapat faedah seperti mana penjawat awam yang mendapat kemudahan perubatan dan pinjaman perumahan.

Persidangan Dewan bersambung Khamis.

-- BERNAMA

19 Oktober 2011

CUEPACS MOHON KERAJAAN TIMBANG LANJUT PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM BERSTATUS KONTRAK

Bernama
19/10/2011


KUANTAN, 18 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbang untuk melanjutkan perkhidmatan penjawat awam berstatus kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan pada 31 Dis ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada penjawat awam di jabatan, agensi dan badan berkanun berstatus kontrak yang telah diberikan surat tidak dilanjutkan perkhidmatan mereka.

"Cuepacs akan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon jasa baik beliau untuk melanjutkan kontrak pekerja berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu semasa di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Selasa.

Beliau berkata tempoh berkenaan bagi membolehkan penjawat awam tersebut yang kebanyakannya daripada kumpulan pengurusan dan profesional memohon perjawatan tetap atau mencari pekerjaan lain bagi meneruskan kehidupan.

Katanya, kerajaan seboleh-bolehnya diminta agar menyerap penjawat awam berstatus kontrak terbabit untuk memenuhi jawatan kosong yang wujud dalam perkhidmatan awam ketika ini.

"Ada antara mereka yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan kalau ditamatkan begitu sahaja, sudah pasti akan menyusahkan kehidupan mereka yang mempunyai pelbagai bebanan dan tanggungan," katanya.

Omar berkata, terdapat kira-kira 45,000 pekerja berstatus kontrak pada masa ini, namun beliau difahamkan bukan kesemua mereka tidak dilanjutkan kontrak pada hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau mengingatkan para graduan agar tidak berasa bimbang berhubung had umur persaraan yang dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun kerana ia tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan dalam sektor awam.

Katanya, bukan kesemua penjawat awam akan berkhidmat sehingga usia 60 tahun dan hanya mereka yang mempunyai kesihatan serta masih mampu menyumbang idea dan inovasi bakal diberikan keutamaan.

-- BERNAMA

SAMBUNG KONTRAK PEKERJA

Sinar Harian
19/10/2011



KUANTAN - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menyambung semula kontrak kira-kira 45,000 penjawat awam yang akan tamat pada 31 Disember ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beliau menerima aduan dari pelbagai agensi, jabatan dan badan berkanun bahawa semua penjawat awam daripada pelbagai jawatan itu tidak akan disambung semula kontrak mereka.

Menurutnya, kakitangan terbabit dimaklumkan bahawa kontrak mereka yang bakal tamat penghujung tahun ini tidak disambut seperti biasa.

“Saya merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan perkara ini dan menyambung semula kontrak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir taklimat isu semasa dan dialog di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, semalam.

Omar berkata, seiring dengan dasar kerajaan pada 2012, beliau yakin pelbagai kekosongan jawatan boleh ditawarkan kepada mereka yang terlibat.

“Saya menyeru kerajaan supaya menyambung semula kontrak mereka untuk tempoh antara dua hingga tiga tahun lagi kerana kebanyakan penjawat awam ini berkhidmat antara lima hingga 15 tahun.

“Kebanyakan daripada mereka adalah lepasan universiti dari kumpulan pengurusan dan profesional yang menyandang gred 41 iaitu,” katanya.

Beliau berkata, terdapat jabatan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat dan staf kontrak dari Kementerian Sumber Manusia disambung semula kontrak perkhidmatan mereka.

“Saya bimbang jika kontrak kakitangan ini tidak disambung akan menimbulkan konflik dan pastinya membebankan kehidupan mereka terutama yang telah berkeluarga,” katanya

KERAJAAN DIRAYU SAMBUNG KONTRAK 45,000 STAF

Utusan Malaysia
19/10/2011 2:17am



KUANTAN 19 Okt. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyambung semula kontrak kira-kira 45,000 penjawat awam yang akan tamat pada 31 Disember ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beliau menerima aduan daripada banyak agensi, jabatan dan badan berkanun bahawa kesemua penjawat awam daripada pelbagai jawatan itu tidak akan disambung semula kontrak mereka.

"Kesemua mereka telah menerima surat rasmi bahawa kontrak mereka yang bakal tamat hujung tahun ini tidak akan disambung seperti kebiasaan.

"Justeru, saya merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan perkara ini dengan menyambung semula kontrak mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat isu semasa dan dialog di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini semalam.

Menurut Omar, seiring dengan dasar kerajaan pada 2012, maka beliau yakin pelbagai kekosongan jawatan boleh ditawarkan kepada mereka.

"Saya menyeru kerajaan supaya menyambung semula kontrak mereka antara dua hingga tiga tahun kerana kebanyakan mereka telah berkhidmat antara lima hingga 15 tahun.

"Malah, kebanyakan daripada mereka adalah lepasan universiti yang menyandang gred 41 iaitu daripada kumpulan pengurusan dan profesional," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, terdapat beberapa jabatan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan staf kontrak daripada Kementerian Sumber Manusia disambung semula kontrak perkhidmatan mereka.

"Saya bimbang jika kontrak mereka tidak disambung akan menimbulkan konflik dan pastinya membebankan kehidupan mereka terutama yang telah berkeluarga," ujarnya. - Utusan

12 Oktober 2011

SEMAKIN RAMAI PENJAWAT AWAM SEDAR KEBURUKAN RASUAH

Bernama
12/10/2011



GEORGE TOWN, 11 Okt (Bernama) -- Kesedaran mengenai rasuah dalam kalangan penjawat awam semakin tinggi apabila ramai antara mereka yang tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung gejala itu tahun lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata tindakan itu adalah satu perkembangan yang baik kerana ia menunjukkan penjawat awam semakin sedar tentang keburukan rasuah.

"Sebelum 2010 pun ada juga kita terima laporan daripada penjawat awam berhubung aktiviti rasuah tetapi tidak begitu banyak berbanding tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel forum bertajuk "Mengurus Persepsi Ke Atas Integriti: Tanggungjawab Siapa?" di sini Selasa.

Seorang lagi ahli panel pada forum anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) itu ialah Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh.

Abu Kassim berkata orang ramai perlu sedar bahawa memberi dan menerima rasuah adalah satu aktiviti yang berisiko tinggi yang boleh mengakibatkan seseorang itu dipenjara.

Beliau berkata daripada 944 kes rasuah yang didakwa di mahkamah tahun lepas, sebanyak 424 melibatkan pemberi rasuah dan lebih 300 kes melibat penerima rasuah manakala selebihnya melibatkan pelbagai kes rasuah lain.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah, jumlah kes melibatkan penerima rasuah adalah kurang daripada jumlah kes yang melibatkan pemberian rasuah," katanya.

Abu Kassim berkata statistik itu menunjukkan kesedaran mengenai rasuah dalam kalangan rakyat negara ini terutamanya penjawat awam semakin meningkat apabila mereka segera melaporkan kepada SPRM jika terdapat pihak yang cuba memberi rasuah.



-- BERNAMA

10 Oktober 2011

KELEMAHAN "BELANJAWAN PAKATAN" TERSERLAH

Bernama
10/9/2011



KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Dalam cubaan untuk memanfaatkan setiap peluang yang ada, pakatan pembangkang turut tidak ketinggalan membentangkan apa yang dipanggil sebagai "belanjawan memastikan kesejahteraan untuk semua".

Namun disebalik pelbagai janji manis dan angka-angka besar, apa yang dikenali sebagai belanjawan bayangan itu, sekiranya dilaksanakan, bakal mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan kepada rakyat biasa Malaysia.

Tidak sepertimana Belanjawan 2012 komprehensif yang dibentangkan Perdana Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang memilih pendekatan perbelanjaan lebih besar bagi memastikan pertumbuhan mampan ekonomi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengambil pendirian lebih berhati-hati.

Di bawah belanjawan Najib, ekonomi diunjurkan tumbuh pada kadar 5.0 hingga 6.0 peratus. Di bawah perancangan pakatan, aliran pertumbuhan diunjurkan naik secara perlahan daripada 4.0 kepada 4.5 peratus, berbanding 5.0 kepada 5.5 peratus pada 2011.

Malahan, menurut penganalisis politik, dokumen belanjawan pembangkang mengandungi preskripsi ortodoks Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk Malaysia ketika Anwar menjadi menteri kewangan semasa krisis kewangan Asia 1997-98 sebelum beliau dipecat.

Cadangan pemulihan itu termasuk mengenakan kadar faedah tinggi, memperketatkan pinjaman bank, meningkatkan duti import dan melakukan pemotongan besar-besaran terhadap perbelanjaan infrastruktur awam, yang sekaligus menyekat pertumbuhan ekonomi.

Rakyat Malaysia yang mengharungi krisis itu selama lebih satu dekad sukar untuk melupakan penderitaan yang mereka terpaksa lalui.

Pakatan Rakyat, gabungan parti-parti pembangkang, memperuntukkan belanjawan RM220 bilion bagi 2012, lebih kecil daripada belanjawan kerajaan sebanyak RM232.8 bilion.

Bagaimanapun, ia meramalkan pendapatan kerajaan sebanyak RM181 bilion mustahil boleh dicapai. Kerajaan menyatakan bahawa pendapatannya boleh mencecah RM187 bilion tahun depan. Najib memilih untuk berbelanja lebih pada 2012 (lebih tinggi daripada RM212 bilion tahun ini) untuk merangsang permintaan domestik dan pelaburan.

Lagipun, asas ekonomi negara kekal kukuh dan mantap. Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) telah meningkat enam kali ganda kepada RM29 bilion pada 2010, pertumbuhan tertinggi di Asia. Pada separuh pertama 2011, FDI mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 75 peratus kepada RM21.2 bilion berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada 2010.

Bagaimanapun, Najib memberikan jaminan bahawa kerajaan akan memastikan fiskal tidak terjejas dan akan berusaha mengekang defisit fiskal.

Terdapat beberapa contoh lain bagaimana kehidupan akan berdepan kesukaran di bawah cadangan belanjawan pembangkang. Pertamanya ialah peruntukan subsidi yang amat kecil iaitu RM22 bilion berbanding subsidi kerajaan sebanyak RM33.2 bilion dan ini bermakna lebih ramai orang, khususnya golongan miskin, akan berdepan kesukaran untuk menyara kehidupan berikutan kos hidup yang semakin meningkat.

Dalam "Belanjawan Rakyat", Perdana Menteri secara terperinci menggariskan setiap barangan perlu yang akan terus disubsidi oleh kerajaan. Bukan sesuatu yang luar biasa jika rakyat Malaysia, termasuk golongan kaya, sering meremehkan pemberian subsidi itu. Subsidi berkenaan termasuk petrol, diesel, gas memasak, gas asli, gula, beras, tepung dan bil elektrik.

Cadangan pakatan untuk memotong sejumlah besar peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tahun depan iaitu RM10 bilion, pastinya akan menjejaskan bayaran gaji untuk ribuan warga kerja JPM. JPM merupakan tunjang ekonomi negara dan badan pembuat keputusan kerajaan dan badan pelaksana.

Mungkin cadangan belanjawan pakatan yang paling kontroversi ialah penetapan gaji minimum RM1,100 untuk mengatasi masalah kebergantungan kepada pekerja asing. Bagaimanapun, banyak penganalisis politik berpendapat cadangan itu tidak praktikal dan memudaratkan daripada segi sosio-ekonomi.

Gaji yang dicadangkan itu jauh lebih tinggi berbanding kadar pasaran semasa bagi buruh tidak mahir. Adalah tidak masuk akal untuk menjangkakan kenaikan gaji yang begitu tinggi untuk pekerja tidak mahir tanpa mempertimbangkan kesan langsung dan tidak langsung terhadap permintaan buruh, inflasi dan produktiviti.

Pendekatan lebih baik ialah kenaikan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi kadar gaji minimum. Menariknya, gaji minimum RM1,100 itu juga akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pekerja sektor awam yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah. Cadangan itu dan perancangan pembayaran bantuan khas untuk kanak-kanak, warga tua dan wanita, semuanya akan dibayar setiap tahun, telah menimbulkan kebimbangan terhadap kekukuhan kewangan negara di bawah pentadbiran pakatan.

"Kita hanya boleh mengagihkan wang apabila kita mempunyai lebihan fiskal atau ia mungkin akan membebankan lagi negara," tulis kolumnis Lim Sue Goan dalam MySinChew.com column.

Tumpuan khas yang diberikan kepada penjawat awam membabitkan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion turut menimbulkan tanda tanya ekoran sejak awal lagi pakatan menegaskan perkhidmatan awam sudah terlalu besar dan perlu dikecilkan.

Mungkin orang akan mempersoalkan bahawa motif pakatan dalam mengambil pendekatan populis itu sebenarnya bertujuan untuk memancing semula sokongan penjawat awam.

Natijahnya ialah pakatan membelanjakan wang yang tidak dimiliknya dan belanjawannya kekal dibayangi oleh pelan induk sosio-ekonomi kerajaan Barisan Nasional yang pragmatik.

-- BERNAMA

09 Oktober 2011

PRESIDEN CUEPACS: SAYA SEPERTI TAK PERCAYA APA DIBENTANGKAN PM

Malaysia Insider
Oleh Mohd Farhan Darwis
October 07, 2011




KUALA LUMPUR, 7 Okt — “Terima kasih Perdana Menteri kerana menunaikan tuntutan dan suara kakitangan kerajaan dalam pembentangan bajet hari ini.” Demikian reaksi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman kerana seakan tidak percaya dengan berita gembira sewaktu pembentangan bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini.

“Saya seperti tidak percaya kerana apa yang dibentangkan Perdana Menteri sebentar tadi adalah satu pengumuman yang tidak disangka-sangka,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

“Cuepacs sangat berbesar hati dengan bajet kali ini kerana hampir 80 peratus daripada tuntutan kami telah ditunaikan kerajaan di samping beberapa pengumuman yang tidak dijangka seperti pemberian bantuan kepada pelajar sekolah,” tambahnya.

Omar turut berpuas hati dengan perubahan drastik Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), sistem gaji satu lapis dan pemberian bonus setengah bulan, dan juga kenaikan tahunan sebanyak dua peratus untuk pesara kerajaan yang disifatkan beliau sebagai satu usaha kerajaan untuk membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah.

“Di sini saya melihat kerajaan komited untuk memperkasa kakitangan kerajaan dengan memberikan insentif-insentif tersebut bukan sahaja ketika masih bekerja, malahan ketika mereka tidak lagi bekerja dan telah bersara,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kakitangan kerajaan agar lebih komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas memandangkan kerajaan sudah memenuhi tuntutan yang mereka suarakan sebelum ini.

“Bermula hari ini, kakitangan kerajaan seharusnya lebih berintegriti dan bersemangat untuk melaksanakan tugas supaya mereka tidak dipertikaikan oleh sesetengah pihak kerana mereka sudah dapat apa yang mereka mahukan,” katanya memberi ingatan kepada kakitangan kerajaan.

“Memandangkan had umur persaraan baru sudah dilanjutkan sehingga 60 tahun, mereka hendaklah menjaga kesihatan agar produktiviti dapat dikekalkan dan tidak menjejaskan tugas mereka,” katanya.

KERAJAAN PERSEKUTUAN MAMPU MELAKSANAKAN BELANJAWAN 2012, KATA NAJIB

Bernama
9/10/2011



RAWANG, 8 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sememangnya mampu termasuk daripada segi kewangan untuk melaksanakan Belanjawan 2012 yang dibentangkan Jumaat.

"Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan Belanjawan 2012.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kundang dan melawat cadangan jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang, di sini Sabtu.

Katanya kerajaan memang berkemampuan dan rakyat hanya perlu menunggu pelaksanaannya.

Mengenai Belanjawan Bayangan Pembangkang berjumlah RM220 bilion yang berbeza hanya kira-kira RM10 bilion dengan Belanjawan Kerajaan RM232.8 bilion, Najib berkata soalan mengapa nampaknya nilai belanjawan pembangkang dengan kerajaan semacam hampir sama hendaklah diajukan kepada pembangkang.

"Itu kena tanya dia sebab bajet kita ni cara telus orang tahu, orang tahu bajet kita, barangkali dia tahu bajet kita. Jadi apa yang kita buat dalam lingkungan kemampuan kita dan kemampuan kita pun, kita telah bagi tahu daripada segi apa kita mampu lakukan," katanya.

Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pengumuman beliau untuk mengkaji dan menaikkan elaun dan kemudahan anggota parlimen jika disetujui kedua-dua pihak, tidak disokong oleh anggota pembangkang, seperti yang dilaporkan oleh laman Malaysiakini.

Najib berkata beliau difahamkan anggota-anggota Parlimen pembangkang mahukan kajian semula elaun mereka dan beliau hairan Ketua Pembangkang berkata sebaliknya.

Anggota-anggota Parlimen pembangkang apabila berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan anggota-anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sering meminta supaya kerajaan mempertimbangkan kajian semula elaun wakil rakyat.

Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang bahawa belanjawan negara yang dibentangkan tidak realistik, Najib berkata Belanjawan Negara dibuat berdasarkan fakta yang amat diketahui oleh kerajaan dan melibatkan banyak pihak termasuk pegawai-pegawai daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Jadi tidak mungkin mereka ini tidak mengetahui apa yang patut dibentangkan daripada segi fakta untuk keputusan Perdana Menteri dan kerajaan, katanya.

"Jadi apa pun yang penting sekali ialah pelaksanaannya dan apabila pelaksanaannya nanti berkesan segalanya akan terjawab dengan sendirinya, kata beliau.

Kalau dikatakan tidak realistik maknanya "kita tidak mungkin memenuhi janji-janji kita seperti terkandung dalam Belanjawan 2012 sebaliknya saya nak tahu apa yang dia akan kata kalau kita dapat melaksanakannya. Itu akan menjawab segalanya," kata Perdana Menteri.

Mengenai reaksi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa kurang berita gembira untuk pekerja swasta berbanding kerajaan dalam belanjawan kali ini, beliau berkata faedah untuk kakitangan swasta bergantung kepada rundingan mereka dengan majikan masing-masing.

"Kita tak boleh mengarahkan pihak swasta tapi kita harap melalui rundingan terutama sekali bila kita telah wujudkan mekanisme untuk menentukan gaji minimum mereka boleh menimbangkan gaji minimum yang munasabah bagi setiap sektor pekerjaan," katanya.

Najib juga berkata tiada kenaikan cukai rokok pada Belanjawan 2012 kerana kadar penggunaan rokok haram kini terlalu tinggi, iaitu 40 peratus dan jika harga rokok meningkat peratusan mereka yang menghisap rokok haram ini akan meningkat.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan boleh menimbang untuk menaikkan cukai atau harga rokok pada bila-bila masa jika keadaan memerlukan.

Mengenai perkembangan jentera Barisan Nasional (BN) Selangor selepas konvensyennya dua minggu lepas, Najib berkata jentera BN semakin bersemangat dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin bertampah rapi tetapi mereka perlu berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada BN.

Sebelum itu semasa berucap di Majlis Mesra Rakyat, beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan membina satu jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang sejauh 3.2 km dengan kos RM4.2 juta.

Beliau berkata jalan ini akan memberikan manfaat kepada 10,000 penduduk sekitar apabila masa perjalanan dapat disingkatkan kepada lima minit berbanding dengan 30 minit jika mengikut jalan lama sejauh 20 km.

Najib juga berkata pihaknya akan berbincang dengan syarikat yang mengendalikan Lebuhraya Latar yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kuala Selangor supaya dapat menyediakan satu jalan keluar dari lebuh raya itu ke Kundang.

Beliau dimaklumkan pada masa ini hanya terdapat jalan masuk dari Kundang ke lebuh raya itu dan beliau berharap syarikat yang mengendalikan lebuh raya tersebut akan bersetuju dengan pembinaan jalan keluar ke Kundang dari Lebuhraya Latar.

-- BERNAMA

PENJAWAT AWAM SARAWAK BAKL NIKMATI FAEDAH SAMA PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN

Bernama
9/10/2011



KUCHING, 8 Okt (Bernama) -- Penjawat awam yang berkhidmat di jabatan dan agensi kerajaan negeri bakal menikmati faedah yang sama dengan penjawat awam persekutuan iaitu kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun, kenaikan gaji dan pemberian bonus.

Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, bagaimanapun bagi kakitangan yang bertugas dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri, ia bergantung kepada kemampuan kewangan serta peraturan GLC itu sendiri.

"Ini adalah keputusan kerajaan persekutuan dan selalunya kerajaan negeri akan ikut sama laksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan kedai roti dan kek, Bakers Talk, di Giant Hypermarket Tabuan Jaya di sini hari ini.

Kini terdapat 16,665 penjawat awam negeri berkhidmat di pelbagai jabatan dan agensi di Sarawak.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak berkata, bagi pencen walaupun penjawat awam tersebut berkhidmat dengan kerajaan negeri, perkara berkaitan dengan persaraan dan pembayaran pencen masih di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Beliau berkata bakal pesara atau pesara perkhidmatan kerajaan negeri akan termaktub dengan segala perubahan polisi pencen sedia ada termasuk kenaikan umur persaraan dari 58 ke 60 tahun dan kenaikan pencen tahunan dua peratus setahun mulai 2013.

Semasa membentangkan Belanjawan 2012 semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam persekutuan dengan kenaikan gaji tahunan ditingkatkan antara RM80 dan RM320 mengikut gred mulai tahun depan.

Najib yang juga Menteri Kewangan juga mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada 618,000 pesara kerajaan yang dibayar bersama dengan gaji pada Disember ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam menyambut baik Belanjawan 2012 yang memperuntukkan jumlah peruntukan yang tinggi kepada pembangunan luar bandar sekaligus dapat membantu mencapai sasaran kerajaan untuk menyalurkan bekalan air bersih dan eletrik kepada 90 peratus populasi penduduk luar bandar di negeri ini.

Kerajaan persekutuan akan memperuntukkan sebanyak RM5 bilion bagi membangunkan pembangunan infrastruktur asas luar bandar secara lebih komprehensif pada tahun depan.

-- BERNAMA

PENJAWAT AWAM DISARAN TINGKAT PRODUKTIVITI SELARAS DENGAN PEMBERIAN IMBUHAN DALAM BELANJAWAN 2012

Bernama
9/10/2011




KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Penjawat awam perlu bekerja lebih rajin dan meningkatkan produktiviti mereka selepas mendapat kenaikan gaji dan bonus dalam Belanjawan 2012, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata pemberian imbuhan itu merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan oleh semua penjawat awam tanpa mengira pangkat.

"Saya meminta penjawat awam meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka dari semasa ke semasa dalam memastikan negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dan menjadi sebuah negara yang kompetetif dalam semua sektor seperti ekonomi, pendidikan dan modal insan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah merasmikan majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-27 di kampus universiti itu di Gombak di sini.

Ditanya mengenai penjawat awam yang berhasrat untuk berkerja di sektor swasta atau menceburi bidang perniagaan, beliau berkata kerajaan akan memudahkan prosedur peletakan jawatan mereka secara telus.

Mohd Sidek berkata ada beberapa sebab mengapa penjawat awam meletak jawatan di perkhidmatan awam antaranya ialah sebahagian daripada mereka menghadapi masalah disiplin dan selebihnya kerana mencari peluang pekerjaan dan gaji yang lebih baik.

Semasa membentangkan Belanjawan 2012 semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012.

Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.3 juta penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 kepada 618,000 pesara kerajaan.

-- BERNAMA

PENJAWAT AWAM PERLU TINGKATKAN PRODUKTIVITI

Bernama
9/10/2011


LANGKAWI, 8 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap penjawat awam di negara ini yang berjumlah 1.3 juta orang dapat meningkatkan produktiviti, prestasi kerja dan disiplin berikutan beberapa insentif yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2012 semalam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam harus bersiap sedia untuk menambah baik perkhidmatan awam di negara ini.

Katanya Cuepacs mengucapkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan beberapa insentif kepada penjawat awam pada pembentangan Belanjawan 2012 di Parlimen semalam.

"Ini adalah satu lagi kejutan yang diberi oleh kerajaan untuk penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Pegawai Eksekutif (Kepak) di sini hari ini.

Omar berkata Cuepacs menyanjung tinggi pengumuman itu kerana 80 peratus permohonannya diluluskan oleh kerajaan.

Beliau berkata antaranya ialah pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan kenaikan gaji tahunan yang lebih baik.

"Had umur persaraan yang diluluskan itu adalah selari dengan yang diamalkan oleh penjawat-penjawat awam di negara-negara Asean," katanya.

Katanya penjawat awam seharusnya mengubah sikap dan tidak harus berada di takuk lama untuk mencapai sasaran negara maju menjelang 2020.

-- BERNAMA

08 Oktober 2011

MUHYIDDIN MINTA PENJAWAT AWAM, GURU BERI PERKHIDMATAN LEBIH BAIK

Bernama
8/10/2011



KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2012 sebagai yang terbaik dalam sejarah negara kerana ia memberi perhatian kepada semua peringkat rakyat selain mengimbangi defisit negara dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membentangkan Belanjawan yang seimbang di mana Malaysia mampu menyeimbangkan antara pertumbuhan ekonomi dengan usaha mengurangkan defisit negara dengan mensasarkan pengurangan pada 4.7 peratus tahun depan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, turut menyambut baik penambahbaikan dalam sektor awam khususnya sektor pendidikan, yang turut menerima insentif-insentif istimewa.

Justeru, beliau meminta kira-kira 1.3 juta penjawat awam termasuk 480,000 guru, yang menerima imbuhan istimewa, supaya menanam semangat untuk bersedia memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.

Beliau berkata imbuhan yang diterima para penjawat awam itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menambahbaik perkhidmatan awam secara menyeluruh.

"Pengumuman yang dibuat itu merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam terutamanya warga Kementerian Pelajaran.

"Saya harap dengan tawaran yang lebih baik ini, mereka bukan sahaja merasa gembira tetapi dapat meningkatkan mutu kerja dan lebih bersemangat memikul tanggungjawab lebih besar terutamanya kerana sektor pendidikan sekolah amat penting dalam menjana modal insan negara," katanya pada sidang media selepas perbentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Jumaat.

Antara insentif untuk perkhidmatan awam ialah pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) di mana melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai 2012.

Penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA juga akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus selain pelanjutan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun ke 60 tahun dan penambahbaikan sistem kenaikan gred bagi guru.

Sektor pendidikan juga menerima banyak ganjaran termasuk Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah berjumlah RM1 bilion, pemberian baucar buku kepada semua pelajar di peringkat pengajian tinggi dan pemansuhan bayaran yuran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah.

Pemansuhan yuran itu membabitkan RM72.4 juta merangkumi 2,956,397 murid sekolah rendah dan RM80.4 juta bagi 2,400,835 pelajar sekolah menengah.

Muhyiddin berkata dengan keputusan itu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak sewajarnya mengenakan sebarang bayaran yuran kepada pelajar dan sekiranya perlu mengenakan sebarang bayaran bagi membiayai projek tertentu, ia perlu merujuk perkara itu kepada Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu.

Katanya beliau akan mengumumkan secara terperinci kandungan penambahbaikan sektor pendidikan awal bulan depan.

Mengenai pengenalan SBPA, Muhyiddin berkata keputusan untuk mewujudkan skim baru itu diputuskan selepas kerajaan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan.

"Pendekatan itu bukan diputuskan begitu sahaja. Kita sudah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), sektor awam perguruan dan mereka sudah mengemukakan cadangan yang mana kita ambil kira," katanya.

Dalam pada itu, menjawab andaian bahawa Belanjawan yang dibentangkan itu sebagai 'Belanjawan Pilihan raya', Muhyiddin berkata :"Saya tidak fikir perkara itu menjadi pertimbangan utama kerana situasi dan keadaan hari ini memerlukan kerajaan prihatin akan keperluan rakyat".

Beliau berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama membentangkan Belanjawan yang berteras kepada kebajikan rakyat dan tahun ini semangat itu sejajar dengan Gagasan 1Malaysia yang berkonsep kepada rakyat didahulukan.

"Yang di sana (pembangkang), selepas 54 tahun baru nak sebut nak laksana negara kebajikan...kita sudah laksana dulu. Kita lebih tahu apa yang harus dibuat untuk kepentingan rakyat tetapi pembangkang baru sedar, baru hendak bawa ke Parlimen Buku Jingga untuk tarik minat rakyat, tapi rakyat sudah tahu," katanya.

Mengenai cukai rokok yang tidak dinaikkan, Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan berpandangan bahawa pendapatan sedia ada memadai.

Katanya, kerajaan juga khuatir jika harga rokok meningkat ia akan menjurus kepada masalah lain termasuk penyeludupan yang mana usaha untuk mencegahnya akan memakan kos lebih tinggi daripada pendapatan yang diperoleh daripada cukai rokok.

-- BERNAMA

KAWAL KENAIKAN HARGA BARANG EKORAN BONUS, KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM - NGO

Bernama
7/10/2011


KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan diminta mengambil langkah mengawal peningkatan harga barang yang mungkin berlaku susulan pengumuman kenaikan gaji dan pemberian bonus kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Lok Yim Pheng berkata jika perkara itu tidak dikawal, matlamat kerajaan untuk mengurangkan beban yang ditanggung penjawat awam tidak tercapai.

"Dengan kenaikan gaji ini, saya amat berharap kerajaan memberi penekanan kepada pengawalan harga barang keperluan harian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Pada pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred bermula tahun depan.

Lok turut menyambut baik bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

"Ini memberi peluang kepada penjawat awam untuk meningkatkan pengetahuan di samping mengekalkan prestasi kerja mereka," katanya.

Mulai 2012, kerajaan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang pengajian peringkat ijazah sarjana dan 500 doktor falsafah (PhD) kepada penjawat awam yang layak termasuk guru dengan peruntukan RM120 juta.

Kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.

Najib berkata SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Sementara itu, Lok yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan meminta kerajaan menimbang pemansuhan kutipan yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) kepada mereka yang berpendapatan rendah.

"Saya cadangkan agar kerajaan memansuhkan kutipan yuran PIBG kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000. Ini dapat mengurangkan beban keluarga yang masih dalam kategori pendapatan rendah," katanya.

Pada masa yang sama beliau gembira kerana Perdana Menteri memberi perhatian kepada profesion perguruan apabila memendekkan tempoh kenaikan gred.

Berdasarkan skim baru mengikut 'time-based', seseorang guru akan dinaikkan gred DG44 pada tahun ke lapan dan gred 48 pada tahun ke-16 selain guru bukan siswazah gred 29 kepada gred 32 dalam masa lapan tahun sahaja.

Di bawah SBPA juga, kenaikan gred 32 ke 34 turut mengguna pakai kaedah 'time-based' lapan tahun, berbanding bergantung kepada kekosongan yang diamalkan sekarang.

Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pula berkata sudah sampai masanya guru mendapat kenaikan pangkat mengikut kaedah 'time-based' berikutan bilangan guru yang besar iaitu mencecah 400,000 orang.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu berkata jika dibandingkan dengan skim perkhidmatan lain, bilangan guru di negara ini adalah ramai menyebabkan peluang kenaikan pangkat terhad.

"Jika dahulu kenaikan pangkat adalah berdasarkan jawatan, jadi peluang untuk mengisi tempat itu terhad. Bilangan orang ramai tetapi tempat sedikit.

"Dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, (guru) boleh dinaikkan pangkat," katanya kepada Bernama di sini.

Langkah itu juga membolehkan guru yang dinaikkan pangkat kekal berkhidmat di sekolah, berbanding sebelum ini ditukarkan ke Kementerian Pelajaran, katanya yang menyifatkan langkah tersebut baik untuk menjaga profesionalisme guru.

Di KUCHING, Kesatuan Guru Sarawak (STU) menganggap Belanjawan 2012 sebagai belanjawan prorakyat terutama sekali membabitkan sektor pendidikan.

Presiden STU William Ghani Bina berkata penghapusan bayaran tambahan bagi sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, akan mengurangkan beban kewangan ibu bapa sekali gus memastikan semua kanak-kanak di negara ini terutama di kawasan pedalaman mendapat akses pendidikan.

"Ini akan membawa impak positif kepada sektor pendidikan terutama sekali peluang pendidikan yang kini akan dinikmati semua," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kenaikan pangkat guru berdasarkan 'time-based' juga boleh menjadikan sektor pendidikan lebih berkualiti dan berdaya saing.

-- BERNAMA

KENAIKAN TAHUNAN GAJI PENJAWAT AWAM RM80-320

Berita Harian
2011/10/07



KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

UMUR PERSARAAN WAJIB DILANJUT KEPADA 60 TAHUN

Berita Harian
2011/10/07


KUALA LUMPUR: Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

TAMBAH BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM

Berita Harian
2011/10/07


KUALA LUMPUR: Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

BELANJAWAN 2012 BERJAYA FOKUS KEPENTINGAN RAKYAT - PEMBANGKANG

Bernama
7/10/2011



KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pemimpin parti pembangkang dan Bebas mengakui Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Jumaat berjaya memfokuskan kepentingan semua lapisan masyarakat.

Setiausaha Agung DAP yang juga Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian atau sumbangan secara "one-off" yang terkandung dalam belanjawan diberikan secara berterusan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata meskipun belanjawan itu baik, tetapi ada ruang yang perlu diberi perhatian lebih oleh kerajaan misalnya pembanterasan rasuah.



Setiausaha Agung DAP yang juga Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian atau sumbangan secara "one-off" yang terkandung dalam belanjawan diberikan secara berterusan.

Anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang gembira dengan pelbagai bantuan dan insentif yang diberikan kerajaan kepada penjawat awam khususnya guru berharap ia dilaksanakan dengan telus.

Tiga berita gembira untuk penjawat awam ialah kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun, pelaksanaan skim baru perkhidmatan yang menjanjikan kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus serta pemberian bonus.

"Saya kira apa yang diumumkan kerajaan dengan memperuntukkan RM100 juta bagi pembangunan usahawan India di bawah Tabung Amanah Ikhtiar serta peluang-peluang lain termasuk pendidikan dan pembangunan masyarakat India, amat mengembirakan hati saya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebahagian dari Belanjawan 2012 itu "dicedok" daripada Buku Jingga dan Belanjawan Alternatif pakatan pembangkang.

"Saya tak nafikan kita juga dalam Buku Jingga dan belanjawan alternatif ada membawa sebahagiannya. Sebahagiannya dicedok dan diberikan, tetapi belanjawan ini haruslah lebih bertanggungjawab," kata Anggota Parlimen Permatang Pauh itu.

Sementara itu, Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin pula menganggap Belanjawan 2012 sebagai belanjawan yang begitu menyeluruh, realistik dan mendengar suara rakyat kerana melibatkan semua lapisan rakyat.

"Pada saya ia merupakan belanjawan yang layak dilabel sebagai belanjawan 'syumul' (menyeluruh) dan bukan merupakan belanjawan rakyat kerana ia merangkumi semua sektor seperti sektor korporat, peniagaan , perdagangan, perladangan dan lain-lain.

"Ia juga meliputi semua lapisan rakyat daripada yang kecil sampailah warga tua termasuk mereka yang disyaki melakukan jenayah turut mendapat peruntukan seperti peruntukan Yayasan Guaman Kebangsaan dan ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana belanjawan," katanya.

-- BERNAMA

PENJAWAT AWAM MUDA WAJAR TIMBA PENGETAHUAN DARIPADA 'ORANG LAMA'

Bernama
7/10/2011



KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Generasi muda dalam perkhidmatan awam tidak perlu bimbang dengan peluang kenaikan pangkat berikutan langkah kerajaan melanjutkan usia persaraan wajib penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Sebaliknya, Presiden Persatuan Pesara-Pesara Malaysia Datuk Paduka Wan Mahmood Pawan berkata mereka harus menggunakan peluang itu untuk menimba pengetahuan dan kemahiran daripada rakan mereka yang sudah lama berkhidmat.

"Pengalaman mereka (penjawat awam lama) tidak harus disia-siakan...penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun boleh menurunkan pengetahuan mereka kepada golongan muda khususnya yang baru menyertai perkhidmatan," katanya kepada BERNAMA di sini, Jumaat.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat mengenai lanjutan usia persaraan yang bertujuan mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

Wan Mahmood bagaimanapun meminta kerajaan memberi kelonggaran bersara lebih awal daripada 60 tahun terutamanya kepada penjawat awam rendah sekiranya mereka tidak mampu meneruskan perkhidmatan.

Selain itu, beliau menganggap keputusan kerajaan untuk menaikkan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun sebagai tanda prihatin kerajaan kepada sumbangan mereka yang pernah berkhidmat dalam sektor awam.

"Jasa pesara kerajaan yang bertungkus lumus berkhidmat dalam sektor awam harus dihargai," katanya.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani pula menyambut baik peruntukan RM50 juta bagi melaksanakan program membantu bekas tentera, yang tidak menerima pencen, memperolehi pendapatan sendiri dengan mengadakan beberapa kursus dan latihan dalam bidang tertentu.

Justeru, beliau mahu pesara tentera merebut peluang yang telah diberikan oleh kerajaan dalam usaha menjana pendapatan sendiri.

Beliau berkata jasa bekas tentera jelas dihargai menerusi pelarasan pencen, kenaikan tahunan pencen dan juga bonus tahunan.

Kerajaan mengumumkan latihan khusus itu bertujuan meringankan beban 175,000 pesara tentera, yang menamatkan perkhidmatan kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen.

-- BERNAMA

07 Oktober 2011

MUHYIDDIN MINTA PENJAWAT AWAM, GURU BERI PERKHIDMATAN LEBIH BAIK

Bernama
7/10/2011



KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2012 sebagai yang terbaik dalam sejarah negara kerana ia memberi perhatian kepada semua peringkat rakyat selain mengimbangi defisit negara dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membentangkan Belanjawan yang seimbang di mana Malaysia mampu menyeimbangkan antara pertumbuhan ekonomi dengan usaha mengurangkan defisit negara dengan mensasarkan pengurangan pada 4.7 peratus tahun depan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, turut menyambut baik penambahbaikan dalam sektor awam khususnya sektor pendidikan, yang turut menerima insentif-insentif istimewa.

Justeru, beliau meminta kira-kira 1.3 juta penjawat awam termasuk 480,000 guru, yang menerima imbuhan istimewa, supaya menanam semangat untuk bersedia memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.

Beliau berkata imbuhan yang diterima para penjawat awam itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menambahbaik perkhidmatan awam secara menyeluruh.

"Pengumuman yang dibuat itu merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam terutamanya warga Kementerian Pelajaran.

"Saya harap dengan tawaran yang lebih baik ini, mereka bukan sahaja merasa gembira tetapi dapat meningkatkan mutu kerja dan lebih bersemangat memikul tanggungjawab lebih besar terutamanya kerana sektor pendidikan sekolah amat penting dalam menjana modal insan negara," katanya pada sidang media selepas perbentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Jumaat.

Antara insentif untuk perkhidmatan awam ialah pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) di mana melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai 2012.

Penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA juga akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus selain pelanjutan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun ke 60 tahun dan penambahbaikan sistem kenaikan gred bagi guru.

Sektor pendidikan juga menerima banyak ganjaran termasuk Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah berjumlah RM1 bilion, pemberian baucar buku kepada semua pelajar di peringkat pengajian tinggi dan pemansuhan bayaran yuran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah.

Pemansuhan yuran itu membabitkan RM72.4 juta merangkumi 2,956,397 murid sekolah rendah dan RM80.4 juta bagi 2,400,835 pelajar sekolah menengah.

Muhyiddin berkata dengan keputusan itu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak sewajarnya mengenakan sebarang bayaran yuran kepada pelajar dan sekiranya perlu mengenakan sebarang bayaran bagi membiayai projek tertentu, ia perlu merujuk perkara itu kepada Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu.

Katanya beliau akan mengumumkan secara terperinci kandungan penambahbaikan sektor pendidikan awal bulan depan.

Mengenai pengenalan SBPA, Muhyiddin berkata keputusan untuk mewujudkan skim baru itu diputuskan selepas kerajaan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan.

"Pendekatan itu bukan diputuskan begitu sahaja. Kita sudah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), sektor awam perguruan dan mereka sudah mengemukakan cadangan yang mana kita ambil kira," katanya.

Dalam pada itu, menjawab andaian bahawa Belanjawan yang dibentangkan itu sebagai 'Belanjawan Pilihan raya', Muhyiddin berkata :"Saya tidak fikir perkara itu menjadi pertimbangan utama kerana situasi dan keadaan hari ini memerlukan kerajaan prihatin akan keperluan rakyat".

Beliau berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama membentangkan Belanjawan yang berteras kepada kebajikan rakyat dan tahun ini semangat itu sejajar dengan Gagasan 1Malaysia yang berkonsep kepada rakyat didahulukan.

"Yang di sana (pembangkang), selepas 54 tahun baru nak sebut nak laksana negara kebajikan...kita sudah laksana dulu. Kita lebih tahu apa yang harus dibuat untuk kepentingan rakyat tetapi pembangkang baru sedar, baru hendak bawa ke Parlimen Buku Jingga untuk tarik minat rakyat, tapi rakyat sudah tahu," katanya.

Mengenai cukai rokok yang tidak dinaikkan, Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan berpandangan bahawa pendapatan sedia ada memadai.

Katanya, kerajaan juga khuatir jika harga rokok meningkat ia akan menjurus kepada masalah lain termasuk penyeludupan yang mana usaha untuk mencegahnya akan memakan kos lebih tinggi daripada pendapatan yang diperoleh daripada cukai rokok.

-- BERNAMA

KAWAL KENAIKAN HARGA BARANG EKORAN BONUS, KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM - NGO

Bernama
7/10/2011


KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan diminta mengambil langkah mengawal peningkatan harga barang yang mungkin berlaku susulan pengumuman kenaikan gaji dan pemberian bonus kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Lok Yim Pheng berkata jika perkara itu tidak dikawal, matlamat kerajaan untuk mengurangkan beban yang ditanggung penjawat awam tidak tercapai.

"Dengan kenaikan gaji ini, saya amat berharap kerajaan memberi penekanan kepada pengawalan harga barang keperluan harian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Pada pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred bermula tahun depan.

Lok turut menyambut baik bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

"Ini memberi peluang kepada penjawat awam untuk meningkatkan pengetahuan di samping mengekalkan prestasi kerja mereka," katanya.

Mulai 2012, kerajaan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang pengajian peringkat ijazah sarjana dan 500 doktor falsafah (PhD) kepada penjawat awam yang layak termasuk guru dengan peruntukan RM120 juta.

Kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.

Najib berkata SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Sementara itu, Lok yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan meminta kerajaan menimbang pemansuhan kutipan yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) kepada mereka yang berpendapatan rendah.

"Saya cadangkan agar kerajaan memansuhkan kutipan yuran PIBG kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000. Ini dapat mengurangkan beban keluarga yang masih dalam kategori pendapatan rendah," katanya.

Pada masa yang sama beliau gembira kerana Perdana Menteri memberi perhatian kepada profesion perguruan apabila memendekkan tempoh kenaikan gred.

Berdasarkan skim baru mengikut 'time-based', seseorang guru akan dinaikkan gred DG44 pada tahun ke lapan dan gred 48 pada tahun ke-16 selain guru bukan siswazah gred 29 kepada gred 32 dalam masa lapan tahun sahaja.

Di bawah SBPA juga, kenaikan gred 32 ke 34 turut mengguna pakai kaedah 'time-based' lapan tahun, berbanding bergantung kepada kekosongan yang diamalkan sekarang.

Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pula berkata sudah sampai masanya guru mendapat kenaikan pangkat mengikut kaedah 'time-based' berikutan bilangan guru yang besar iaitu mencecah 400,000 orang.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu berkata jika dibandingkan dengan skim perkhidmatan lain, bilangan guru di negara ini adalah ramai menyebabkan peluang kenaikan pangkat terhad.

"Jika dahulu kenaikan pangkat adalah berdasarkan jawatan, jadi peluang untuk mengisi tempat itu terhad. Bilangan orang ramai tetapi tempat sedikit.

"Dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, (guru) boleh dinaikkan pangkat," katanya kepada Bernama di sini.

Langkah itu juga membolehkan guru yang dinaikkan pangkat kekal berkhidmat di sekolah, berbanding sebelum ini ditukarkan ke Kementerian Pelajaran, katanya yang menyifatkan langkah tersebut baik untuk menjaga profesionalisme guru.

Di KUCHING, Kesatuan Guru Sarawak (STU) menganggap Belanjawan 2012 sebagai belanjawan prorakyat terutama sekali membabitkan sektor pendidikan.

Presiden STU William Ghani Bina berkata penghapusan bayaran tambahan bagi sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, akan mengurangkan beban kewangan ibu bapa sekali gus memastikan semua kanak-kanak di negara ini terutama di kawasan pedalaman mendapat akses pendidikan.

"Ini akan membawa impak positif kepada sektor pendidikan terutama sekali peluang pendidikan yang kini akan dinikmati semua," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kenaikan pangkat guru berdasarkan 'time-based' juga boleh menjadikan sektor pendidikan lebih berkualiti dan berdaya saing.

-- BERNAMA

BELANJAWAN 2012 : (REAKSI) (NGO) KAWAL KENAIKAN HARGA BARANG EKORAN BONUS, KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM - NGO

Bernama
7/10/2011



KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan diminta mengambil langkah mengawal peningkatan harga barang yang mungkin berlaku susulan pengumuman kenaikan gaji dan pemberian bonus kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Lok Yim Pheng berkata jika perkara itu tidak dikawal, matlamat kerajaan untuk mengurangkan beban yang ditanggung penjawat awam tidak tercapai.

"Dengan kenaikan gaji ini, saya amat berharap kerajaan memberi penekanan kepada pengawalan harga barang keperluan harian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Pada pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred bermula tahun depan.

Lok turut menyambut baik bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

"Ini memberi peluang kepada penjawat awam untuk meningkatkan pengetahuan di samping mengekalkan prestasi kerja mereka," katanya.

Mulai 2012, kerajaan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang pengajian peringkat ijazah sarjana dan 500 doktor falsafah (PhD) kepada penjawat awam yang layak termasuk guru dengan peruntukan RM120 juta.

Kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.

Najib berkata SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Sementara itu, Lok yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan meminta kerajaan menimbang pemansuhan kutipan yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) kepada mereka yang berpendapatan rendah.

"Saya cadangkan agar kerajaan memansuhkan kutipan yuran PIBG kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000. Ini dapat mengurangkan beban keluarga yang masih dalam kategori pendapatan rendah," katanya.

Pada masa yang sama beliau gembira kerana Perdana Menteri memberi perhatian kepada profesion perguruan apabila memendekkan tempoh kenaikan gred.

Berdasarkan skim baru mengikut 'time-based', seseorang guru akan dinaikkan gred DG44 pada tahun ke lapan dan gred 48 pada tahun ke-16 selain guru bukan siswazah gred 29 kepada gred 32 dalam masa lapan tahun sahaja.

Di bawah SBPA juga, kenaikan gred 32 ke 34 turut mengguna pakai kaedah 'time-based' lapan tahun, berbanding bergantung kepada kekosongan yang diamalkan sekarang. -- BERNAMA

TUMPU BEBAN SARA HIDUP

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berharap Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan esok dapat memberi fokus mengurangkan beban sara hidup rakyat yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, penyelarasan gaji kakitangan awam amat dinanti-nantikan kerana ia bukan sahaja mampu mengurangkan kadar kemiskinan tetapi menyuntik semangat baru kepada mereka.

"Pembentangan belanjawan kali ini dilihat cukup penting bagi penjawat awam, bagaimanapun berapa peratus kenaikan gaji biarlah ditetapkan sendiri oleh kerajaan.

"Kerajaan telah begitu prihatin dengan memberi bonus setengah bulan dan jika bonus dua bulan diberikan sudah tentu ia satu sejarah kepada kakitangan awam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berharap kerajaan memberikan insentif tertentu bagi membantu golongan orang kurang upaya (OKU) dan berpendapatan rendah.

Presidennya, Datuk N. Marimuthu berkata, antara lain kerajaan boleh mempertimbangkan pemberian kupon makanan dan memperluaskan Kedai Rakyat 1Malaysia.

"Saya percaya kali ini kerajaan akan memberikan yang terbaik bagi membantu rakyat menangani kos hidup seperti yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini," katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk FD Iskandar FD Mansur berkata, dalam membantu rakyat memiliki rumah, skop tangga gaji perlu diperluaskan dan tidak dihadkan kepada pendapatan isu rumah RM3,000.

''Skim Rancangan Rumah Pertamaku yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini amat dialu-alukan.

"Kerajaan Persekutuan juga perlu mengambil inisiatif dalam pembinaan rumah mampu milik di bandar-bandar besar dengan memperluaskannya kepada pihak pemaju lain," katanya.

Persatuan Ibu Tunggal Islam berharap kerajaan dapat memberi penelitian mengurangkan kos yuran pelajaran dan perubatan dalam Belanjawan 2012 esok.

Pengerusinya, Haziah Haniza Abd. Wahab berkata, langkah tersebut dapat mengurangkan beban ibu tunggal yang terpaksa bekerja keras menampung kehidupan keluarga serta kedua-dua keperluan itu.

"Sayang, kalau anak-anak mereka yang bijak terkandas dalam pelajaran hanya disebabkan ibu tunggal tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menyekolahkan anak-anak," katanya.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman pula berharap kerajaan menyelaraskan kadar sewa yang dikenakan oleh stesen-stesen minyak terhadap para pembekal seluruh negara.

Katanya, kini kadar komisen yang diterima oleh pembekal bagi petrol adalah 12.19 sen seliter manakala diesel, 7 sen seliter.

"Kenaikan kadar sewa antara RM6,000 hingga RM7,000 sebulan daripada RM4,000 hingga RM5,000 sebulan merupakan satu bebanan.

"Penyelarasan gaji minimum mungkin akan menambah beban kepada para pembekal minyak jika kadar sewaan tidak diseragamkan apabila terpaksa menanggung kos lain termasuk kenaikan gaji pekerja," katanya.