SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

31 Disember 2011

SEMUA INISIATIF TERUS BERI FAEDAH DAN MANFAAT KEPADA RAKYAT - MUHYIDDIN

Bernama
31/12/2011



KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin semua inisiatif kerajaan di bawah Dasar Transformasi Nasional, yang diumumkan sepanjang 2011, akan terus memberi faedah dan manfaat kepada rakyat.

Sambil menyatakan syukur kerana inisiatif berkenaan disambut baik rakyat, beliau berkata Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang dilaksanakan dua tahun lepas telah menunjukkan hasil positif dalam menambah baik sistem penyampaian kerajaan dan memacu ekonomi negara.

Beliau berkata Program Transformasi Luar Bandar dan Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan tahun ini pula diyakini mampu merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dan luar bandar serta antara kaum.

Katanya kesemua ini adalah pelengkap kepada usaha untuk mewujudkan sebuah negara maju, makmur dan sejahtera.

"Jutaan terima kasih kepada anda rakyat Malaysia yang telah memberikan sokongan padu kepada kerajaan dan bersama-sama kepimpinan negara dalam menjayakan agenda transformasi yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2012 pada Sabtu.

Muhyiddin berkata selaras dengan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Najib semasa membentang Belanjawan 2012 telah menggariskan pelbagai inisiatif dalam membawa hala tuju negara.

Ini termasuk pengenalan Bantuan Rakyat 1Malaysia, Bantuan Persekolahan RM100, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia, yang kesemuanya bertujuan meringankan beban hidup rakyat.

Bagi anggota perkhidmatan awam, Timbalan Perdana Menteri berharap beberapa penambahbaikan yang telah dipersetujui antara kerajaan dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dapat dijadikan bukti komitmen kerajaan dalam membela golongan tersebut.

Justeru, beliau mahu anggota perkhidmatan awam berusaha dengan lebih gigih meningkatkan tahap kecekapan dan profesionalisme dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, turut menyatakan penghargaannya kepada guru-guru dan warga pendidikan yang memberikan sepenuh komitmen sehingga keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mencatat keputusan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ini, katanya sekaligus membuktikan bahawa usaha gigih guru-guru dalam melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dan Program Pembangunan Sekolah telah menunjukkan hasil yang membanggakan.

"Terima kasih juga kepada para ibu bapa yang amat mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan memberikan sokongan padu kepada kerajaan dalam meningkatkan mutu pendidikan," katanya.

Muhyiddin turut mengajak rakyat memulakan tahun baru dengan terus mengamalkan perpaduan, hormat menghormati antara kaum dan mengukuhkan kerjasama antara satu sama lain, bersesuaian dengan semangat 1Malaysia.

Masyarakat tidak harus memandang mudah perpaduan yang dikecapi kerana tanpa usaha dan persefahaman antara rakyat berbilang kaum dan agama, ia tidak akan tercapai, katanya.

Rakyat juga harus berbangga kerana keistimewaan Malaysia yang berupaya mengekalkan serta mengukuhkan kemerdekaan dan keharmonian di kalangan penduduk pelbagai agama, bangsa dan budaya.

"Marilah kita sama-sama mengukuhkan yang sedia utuh, merapatkan yang renggang dan meningkatkan persefahaman antara satu sama lain kerana sesungguhnya perpaduan dan keamanan yang dibina di atas semangat persefahaman dan penerimaan antara kaum adalah prasyarat utama untuk negara terus berkembang maju," katanya.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye pula meminta rakyat Malaysia berazam menjadikan negara ini tempat yang lebih selamat, bukan sahaja daripada pengganas, jenayah dan keganasan tetapi juga tragedi yang terhasil daripada tingkah laku manusia sama ada di jalan raya, kawasan kediaman ataupun di tempat kerja.

"Marilah kita semua berusaha ke arah merealisasikan 1Malaysia 1Komuniti Selamat di mana budaya keselamatan tersemai dalam setiap kehidupan rakyat Malaysia," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2012.

Takrif 'Komuniti Selamat' Lee ialah di mana orang ramai hidup, bekerja dan bermain dalam persekitaran yang selamat.

Beliau berkata kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jalan jerlus dan berlopak kerap berlaku kerana kegagalan masyarakat untuk membudayakan penyelenggaraan dan keselamatan sebagai satu cara hidup.

Rekod kemalangan jalan raya di negara ini turut menuntut perhatian segera dengan angka kematian yang mencecah 7,000 kes setiap tahun menggambarkan tahap keselamatan jalan raya yang dahsyat.

Lee berkata program Komuniti Selamat yang berkesan boleh dicapai melalui sinergi inisiatif keselamatan dan kesihatan yang dianjurkan pelbagai pihak termasuk kumpulan-kumpulan masyarakat yang berbeza, syarikat-syarikat tempatan, persatuan, sekolah-sekolah, agensi kerajaan dan kumpulan perkhidmatan lain.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dalam perutusannya pula berharap dengan kedatangan tahun baru, generasi belia di negara ini dapat menjadi aset yang mampu untuk meneruskan kelangsungan negara.

"MBM mahu belia bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan serta kemampuan material malah perlu disediakan suatu persekitaran hidup yang sihat," katanya.

-- BERNAMA

29 Disember 2011

DON'T SACRIFICE TARGETS

The Star
29/12/2011



THE Public Service Department (PSD) and Cuepacs deserve to be congratulated for concluding an agreement so quickly after the Prime Minister intervened to ask for an early settlement of the dispute.

It has turned out to be a New Year’s gift to the Government’s 1.4 million employees, which we hope will benefit the nation and the public too!

The public, like Cuepacs and the Government, will be generally “relieved” over this agreement coming as the year goes out.

However, there would be some public concern that the “on the spot amendments” made during the hurried negotiations may not have adequately taken into account the high price that we have paid, for the improvements in the Public Service New Remuneration Scheme (SBPA).

Firstly, the apparent improvements to SBPA are actually concessions made to Cuepacs, to reduce the Annual Performance Evaluation Report marks, from 75% to 65%, for a salary increase.

This means that the PSD  has sacrificed the performance targets to make it easier for civil servants to qualify for salary increments .

The public will legitimately ask whether this lowering of performance standards justify higher tax expenditure, especially when the Government has committed itself to cutting its growing budget deficits?

Secondly, another major concession given to Cuepacs is to lower the marks for the Exit Policy (i.e. leaving the service for inefficiency), from 70% to 60 % .

The duration of poor performance is also now extended to 12 months from the proposed six months.

The question is why should we tolerate poor performance at 60% and for as long as one year?

However, the agreement to hold joint consultations every three months is laudable.

This will enable more opportunities to encourage Cuepacs to come up with ways and means of raising quality standards in the public service, instead of concentrating mainly on salary increases.

These consultations should additionally improve public sector employer/employee relations and understanding of good governance and hopefully reduce financial wastage and corruption?

It is hoped that during these quarterly consultations, the Government will also brief Cuepacs’ leaders on the national economic and budget performance.

This broader consultative approach will help to enhance Cuepacs’ appreciation that more concessions and subsidies will not help us achieve our Vision 2020 goals .

Cuepacs must realise that unless their productivity and efficiency improve even more than the rising cost of the salary improvements, which in many areas exceed the employees in the private sector, the economy will be burdened with larger Budget deficits and more debt.

Our economic progress and sustainability must be protected, just like our security and defence, at all cost.

However, we congratulate the Government/PSD and the Cuepacs for the successful conclusion of the SBPA before the New Year.

TAN SRI RAMON NAVARATNAM,

Chairman,

ASLI Center of Public Policy Studies.


ISU SBPA: JPA-CUEPACS CAPAI PERSETUJUAN

Utusan Malaysia
PUTRAJAYA
28 Dis 2011



Isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selesai sepenuhnya apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, majlis menandatangani MoU itu yang berlangsung hari ini berjalan lancar dengan disaksikan pengurusan tertinggi kedua-dua pihak.

‘‘JPA dan CUEPACS akan meneruskan perbincangan berhubung perkara-perkara umum yang berbangkit secara berkala setiap tiga bulan untuk dilaksanakan sekiranya sesuai.

‘‘Sebagai contoh, isu CUEPACS mahu kelayakan masuk perkhidmatan awam bagi mereka yang berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dinaikkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, CUEPACS mencadangkan agar kelayakan minimum untuk menyertai perkhidmatan awam dinaikkan kerana beranggapan PMR sudah tidak lagi sesuai.

Abu Bakar berkata, bagi perkara-perkara yang hendak dilaksanakan tetapi melibatkan peruntukan kewangan akan dibentangkan kepada kerajaan terlebih dahulu untuk pertimbangan.

‘‘CUEPACS setuju opsyen SBPA dilanjutkan sehingga 15 Januari kerana masih ramai yang belum menerima borang memandangkan ia perlu diedarkan ke seluruh negara termasuk kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara,’’ katanya.

CPPS LAHIRKAN KEPRIHATINAN TERHADAP PINDAAN KEPADA SBPA

Bernama
28/12/2011



KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Institut Kepimpinan Strategik Asia (Asli) melahirkan keprihatinannya terhadap beberapa pindaan kepada Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berikutan tercapainya persetujuan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Cuepacs.

"Orang ramai, seperti juga Cuepacs dan kerajaan, akan merasa 'lega' dengan persetujuan ini ketika tahun berakhir.

"Bagaimanapun, akan wujud kebimbangan awam terhadap beberapa 'pindaan serta merta' yang dibuat semasa rundingan yang mungkin telah tidak mengambil kira harga tinggi yang telah dibayar bagi penambahbaikan SBPA," kata pengerusi CPPS Tan Sri Ramon Navaratnam.

JPA dan Cuepacs semalam mencapai persetujuan untuk membuat beberapa pindaan segera bagi menambahbaik SBPA.

Navaratnam, dalam satu kenyataan Rabu berkata, mengurangkan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dari 75 ke 65 peratus bagi sesuatu kenaikan gaji bererti JPA telah mengorbankan sasaran prestasi untuk memudahkan penjawat awam layak mendapatkan kenaikan gaji.

CPPS juga menyatakan keprihatinan terhadap penurunan markah bagi dasar pemisah (exit policy), dari 70 ke 60 peratus, dan tempoh prestasi rendah kini dilanjutkan ke 12 bulan dari enam bulan.

"Bagaimanapun, persetujuan untuk mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan wajar dipuji.

"Langkah ini akan membolehkan lebih banyak peluang bagi menggalakkan Cuepacs mengemukakan cara untuk mempertingkat standard mutu dalam perkhidmatan awam, daripada hanya semata-mata memberi tumpuan kepada kenaikan gaji," kata beliau.

CPPS juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan, JPA dan Cuepacs kerana berjaya menyelesaikan SBPA sebelum muncul tahun baru.

-- BERNAMA

SBPA: KEPUTUSAN TURUNKAN MARKAH SUNTIK SEMANGAT PENJAWAT AWAM, KATA PERSATUAN

Bernama
29/12/2011



KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama)-- Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi suntikan semangat bagi semua penjawat awam.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Hashim Adnan berkata langkah itu membuktikan kerajaan tidak pernah membelakangkan keperluan dan kehendak semua penjawat awam di negara ini.

"Ia satu tawaran yang cukup menyeronokkan terutama bagi warga pendidik dan saya bagi pihak 450,000 ahli merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan JPA," katanya kepada Bernama, di sini pada Rabu.

Beliau diminta mengulas keputusan JPA pada Selasa untuk menurunkan markah penilaian prestasi daripada 75 kepada 65 setelah mengadakan perbincangan hampir lima jam dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Putrajaya.

Di bawah SBPA asal, seseorang penjawat yang memperolehi markah prestasi kurang daripada 75 tidak layak untuk menikmati kenaikan gaji.

Keputusan itu turut disambut baik Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia yang menganggap langkah tersebut membuka peluang lebih luas untuk penjawat awam menikmati kenaikan gaji terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Presidennya Hamzah Masri berkata keputusan itu merupakan sesuatu yang dinantikan oleh lebih 3,000 anggota kesatuan yang sebelum ini bimbang tidak dapat menikmati kenaikan gaji jika gagal mencapai markah yang ditetapkan.

"Bukan senang nak capai 75 tapi bila dah turunkan ke 65, memang kita sambut baik," katanya.

Hamzah berharap perkara yang dibangkitkan dalam rundingan pada Selasa dapat diperincikan dan tidak ada yang terlepas pandang demi kecemerlangan perkhidmatan awam di negara ini.

Pendapat sama turut disuarakan Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Abdul Rahim Jantan yang menyifatkan langkah itu sebagai menghargai warga perkhidmatan awam.

Beliau turut berterima kasih kepada JPA yang setuju menyelaras semula markah bagi pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) daripada 70 kepada 60.

"Walaupun markah itu diturunkan, namun ia tidak boleh dipandang mudah oleh penjawat awam, sebaliknya tunjukkan prestasi yang baik sebagai tanda terima kasih," katanya.

Dasar Pemisah menetapkan seseorang penjawat awam boleh dibersarakan awal jika memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang rendah iaitu kurang 70 peratus.

Seorang jururawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor yang mahu dikenali sebagai Zarina, 32, berkata keputusan JPA itu memberi peluang kepada semua penjawat awam untuk mendapat manfaat daripada SBPA.

"Ini memang baguslah, saya suka tapi kalau boleh bagi penjelasan lebih lanjut tentang skim ini sebab masih tak berapa faham," katanya.

Nordin Hamid, 39, seorang Penerbit Rancangan di Radio Televisyen Malaysia juga sependapat dengan Zarina yang mahu penjelasan terperinci mengenai skim itu diberikan.

"Saya sambut baik skim ini banyak kebaikannya tapi kalau boleh nak penjelasan lebih banyak tentang faedah lain yang bakal dinikmati," katanya.

-- BERNAMA

JPA KAJI AMBIL LULUSAN PMR

Berita Harian
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/12/29




Tempoh tiga bulan kajian dipersetujui bersama dengan CUEPACS

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju mengkaji semula berhubung tahap kelulusan minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi memohon kerja sebagai penjawat awam berdasarkan kriteria sektor yang berkaitan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata kajian berkenaan akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan bermula Januari ini. Katanya, ia adalah antara keputusan yang dicapai dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani semalam dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi menyelesaikan pelbagai isu berbangkit dalam skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

“Di bawah SBPA yang berkuat kuasa tahun depan, kelulusan minimum PMR sudah memadai bagi memohon jawatan dalam sektor awam tetapi selaras dengan semangat ingin memantapkan perjawatan kerajaan, kita akan mengkaji semula tahap kelayakan itu berdasarkan kerja yang dipohon.

“Selain PMR, kajian ini turut membabitkan permohonan menggunakan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma serta sama ada sesuai untuk dipadankan dengan jenis pekerjaan yang dipohon dalam sektor awam.

“Ini akan menjadi sebahagian daripada pendekatan untuk menambah baik mutu perkhidmatan sektor awam yang menggalakkan pengwujudan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang," katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.
MoU itu ditandatangani Abu Bakar bagi pihak JPA manakala CUEPACS diwakili Presidennya, Datuk Omar Osman, sebagai tanda persefahaman bagi merungkai segala kekusutan berkaitan SBPA antara JPA dan penjawat awam.

Abu Bakar berkata, CUEPACS dengan sepenuh hati menerima skim baru itu dan menyatakan komitmen untuk menggalakkan 1.4 juta kakitangan awam menandatangani opsyen yang diberi sebelum tarikh tutup 15 Januari tahun depan.

Jelas beliau, MoU itu juga menetapkan bahawa sebarang isu membabitkan kewangan kerajaan perlu dibentangkan kepada kerajaan dan bergantung kepada kedudukan kewangan serta kelulusan kerajaan sama ada dapat dilaksanakan.

Selain itu, katanya, CUEPACS juga sedia turun padang bersama JPA untuk memperjelaskan sebarang kekeliruan berkaitan SBPA selain melakukan pemantauan bagi memastikan tiada penganiayaan berlaku sepanjang proses pegawai sumber manusia mengendalikan opsyen SBPA dalam kalangan kakitangan awam.

Beliau yakin persetujuan JPA mengadakan perjumpaan setiap tiga bulan sekali dengan CUEPACS, seperti mana yang termaktub dalam MoU itu, akan menjadi pentas terbaik bagi kedua-dua pihak mengemukakan isu masing-masing untuk diselesaikan bersama.

“Tindakan meminda markah dasar pemisah (exit policy) untuk dikurangkan daripada 69 kepada 60 di bawah skim SBPA dan kesediaan JPA serta CUEPACS menerimanya membuktikan kedua-dua pihak masih ada semangat kerjasama yang tinggi.

“JPA juga bersetuju cadangan CUEPACS meletakkan seorang wakil sebagai pemerhati dalam Panel Penilai Dasar Pemisah itu,” katanya.

SURAT PEMBACA : MOHON JPA KAJI JAWATAN

Berita Harian
29/12/2011




USAHA CUEPACS mengadakan perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) wajar diberi pujian.

Namun, dalam keghairahan mengumumkan perkara dalam SBPA berjaya diselesaikan terutama penjawat awam gred 17 ke bawah, baru-baru ini, JPA dan CUEPACS didapati meninggalkan kumpulan yang bagi saya tidak kurang penting dalam memainkan peranannya iaitu skim yang lebih dikenali sebagai kumpulan B, seperti Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Belia dan Sukan serta yang setaraf dengannya, yang mana rata-ratanya memiliki diploma bagi kelayakan masuk ke jawatan itu.

Adalah sesuatu yang pelik dan sukar diterima akal apabila dalam SBPA, golongan penjawat awam seperti yang disebutkan diturunkan tarafnya ke tahap STPM iaitu diletakkan dalam kod 3 sedangkan gred J dinaikkan taraf ke peringkat diploma dengan kod 2. Lebih menyedihkan, tindakan JPA menyamakan juruteknik yang sebelum ini gred 17 kini sama taraf dengan golongan pegawai yang memiliki diploma. Bukanlah niat saya untuk memperkecilkan jawatan juruteknik, tetapi kenapa STPM dan Diploma perlu diasingkan dan diberi gred berlainan sedangkan sudah azalinya STPM dan diploma adalah setaraf.

Rata-ratanya ramai tidak dapat menerima langsung apabila ada skim tertentu diberi layanan ‘istimewa’ dengan meletakkan kumpulan pegawai yang memiliki sijil politeknik sama taraf dengan pegawai yang memiliki STPM dan diploma.

Apakah rasionalnya tindakan ini? Saya menyeru supaya JPA, mengkaji dan meneliti semula tindakan meletakkan pegawai yang sebelum ini setaraf STPM atau diploma ke gred yang tidak sepatutnya malah sama pula dengan jawatan tertentu yang mempunyai sijil politeknik.

PENOLONG PEGAWAI TERPINGGIR, Seremban, Negeri Sembilan.

CPPS LAHIRKAN KEPERIHATINAN TERHADAP PINDAAN KEPADA SBPA

Bernama
29/12/2011



KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Institut Kepimpinan Strategik Asia (Asli) melahirkan keprihatinannya terhadap beberapa pindaan kepada Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berikutan tercapainya persetujuan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Cuepacs.

"Orang ramai, seperti juga Cuepacs dan kerajaan, akan merasa 'lega' dengan persetujuan ini ketika tahun berakhir.

"Bagaimanapun, akan wujud kebimbangan awam terhadap beberapa 'pindaan serta merta' yang dibuat semasa rundingan yang mungkin telah tidak mengambil kira harga tinggi yang telah dibayar bagi penambahbaikan SBPA," kata pengerusi CPPS Tan Sri Ramon Navaratnam.

JPA dan Cuepacs semalam mencapai persetujuan untuk membuat beberapa pindaan segera bagi menambahbaik SBPA.

Navaratnam, dalam satu kenyataan Rabu berkata, mengurangkan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dari 75 ke 65 peratus bagi sesuatu kenaikan gaji bererti JPA telah mengorbankan sasaran prestasi untuk memudahkan penjawat awam layak mendapatkan kenaikan gaji.

CPPS juga menyatakan keprihatinan terhadap penurunan markah bagi dasar pemisah (exit policy), dari 70 ke 60 peratus, dan tempoh prestasi rendah kini dilanjutkan ke 12 bulan dari enam bulan.

"Bagaimanapun, persetujuan untuk mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan wajar dipuji.

"Langkah ini akan membolehkan lebih banyak peluang bagi menggalakkan Cuepacs mengemukakan cara untuk mempertingkat standard mutu dalam perkhidmatan awam, daripada hanya semata-mata memberi tumpuan kepada kenaikan gaji," kata beliau.

CPPS juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan, JPA dan Cuepacs kerana berjaya menyelesaikan SBPA sebelum muncul tahun baru.

-- BERNAMA

28 Disember 2011

JPA, CUEPACS LAKUKAN BEBERAPA PINDAAN SEGERA TAMBAH BAIK SBPA

Bernama
28/12/2011



PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.

Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.

"Taklimat ini melihat cadangan CUEPACS ada yang diterima dan ada yang dikaji semula. Kami berasa lega kerana berjaya mencapai satu keputusan bersama dalam SBPA," katanya kepada pemberita di lobi pejabat JPA.

Terdahulu, Omar bersama pemimpin dan ahli majlis CUEPACS menghadiri taklimat yang memberi gambaran terperinci berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan ini.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan CUEPACS dan JPA segera berunding bagi menyelesaikan isu itu.

Omar berkata CUEPACS menerima SBPA dan menyarankan penjawat awam menandatangani surat tawaran JPA.

Beliau juga berkata JPA dan CUEPACS setuju mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan bagi membuat semakan dan kajian menyeluruh untuk menambah baik SBPA.

Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.

-- BERNAMA

ISU SBPA: JPA-CUEPACS CAPAI PERSETUJUAN

Utusan Malaysia
28/12/2011


PUTRAJAYA 28 Dis. – Isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selesai sepenuhnya apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, majlis menandatangani MoU itu yang berlangsung hari ini berjalan lancar dengan disaksikan pengurusan tertinggi kedua-dua pihak.

‘‘JPA dan CUEPACS akan meneruskan perbincangan berhubung perkara-perkara umum yang berbangkit secara berkala setiap tiga bulan untuk dilaksanakan sekiranya sesuai.

‘‘Sebagai contoh, isu CUEPACS mahu kelayakan masuk perkhidmatan awam bagi mereka yang berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dinaikkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, CUEPACS mencadangkan agar kelayakan minimum untuk menyertai perkhidmatan awam dinaikkan kerana beranggapan PMR sudah tidak lagi sesuai.

Abu Bakar berkata, bagi perkara-perkara yang hendak dilaksanakan tetapi melibatkan peruntukan kewangan akan dibentangkan kepada kerajaan terlebih dahulu untuk pertimbangan.

‘‘CUEPACS setuju opsyen SBPA dilanjutkan sehingga 15 Januari kerana masih ramai yang belum menerima borang memandangkan ia perlu diedarkan ke seluruh negara termasuk kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara,’’ katanya.

2 PINDAAN BARU SBPA

Berita Harian
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/12/28



OMAR ketika mengadakan sidang media selepas majlis taklimat di Putrajaya, semalam. - Foto Afendi Mohamed
OMAR ketika mengadakan sidang media selepas majlis taklimat di Putrajaya, semalam. - Foto Afendi Mohamed


JPA, CUEPACS capai persetujuan mekanisme kenaikan gaji, exit policy

PUTRAJAYA: Kemelut antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tahun depan berjaya diselesaikan semalam apabila kedua-dua pihak bersetuju membuat dua pindaan baru.

SBPA: KEPUTUSAN TURUNKAN MARKAH SUNTIK SEMANGAT PENJAWAT AWAM, KATA PERSATUAN

Bernama
28/12/2011




KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama)-- Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi suntikan semangat bagi semua penjawat awam.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Hashim Adnan berkata langkah itu membuktikan kerajaan tidak pernah membelakangkan keperluan dan kehendak semua penjawat awam di negara ini.

"Ia satu tawaran yang cukup menyeronokkan terutama bagi warga pendidik dan saya bagi pihak 450,000 ahli merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan JPA," katanya kepada Bernama, di sini pada Rabu.

Beliau diminta mengulas keputusan JPA pada Selasa untuk menurunkan markah penilaian prestasi daripada 75 kepada 65 setelah mengadakan perbincangan hampir lima jam dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Putrajaya.

Di bawah SBPA asal, seseorang penjawat yang memperolehi markah prestasi kurang daripada 75 tidak layak untuk menikmati kenaikan gaji.

Keputusan itu turut disambut baik Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia yang menganggap langkah tersebut membuka peluang lebih luas untuk penjawat awam menikmati kenaikan gaji terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Presidennya Hamzah Masri berkata keputusan itu merupakan sesuatu yang dinantikan oleh lebih 3,000 anggota kesatuan yang sebelum ini bimbang tidak dapat menikmati kenaikan gaji jika gagal mencapai markah yang ditetapkan.

"Bukan senang nak capai 75 tapi bila dah turunkan ke 65, memang kita sambut baik," katanya.

Hamzah berharap perkara yang dibangkitkan dalam rundingan pada Selasa dapat diperincikan dan tidak ada yang terlepas pandang demi kecemerlangan perkhidmatan awam di negara ini.

Pendapat sama turut disuarakan Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Abdul Rahim Jantan yang menyifatkan langkah itu sebagai menghargai warga perkhidmatan awam.

Beliau turut berterima kasih kepada JPA yang setuju menyelaras semula markah bagi pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) daripada 70 kepada 60.

"Walaupun markah itu diturunkan, namun ia tidak boleh dipandang mudah oleh penjawat awam, sebaliknya tunjukkan prestasi yang baik sebagai tanda terima kasih," katanya.

Dasar Pemisah menetapkan seseorang penjawat awam boleh dibersarakan awal jika memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang rendah iaitu kurang 70 peratus.

Seorang jururawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor yang mahu dikenali sebagai Zarina, 32, berkata keputusan JPA itu memberi peluang kepada semua penjawat awam untuk mendapat manfaat daripada SBPA.

"Ini memang baguslah, saya suka tapi kalau boleh bagi penjelasan lebih lanjut tentang skim ini sebab masih tak berapa faham," katanya.

Nordin Hamid, 39, seorang Penerbit Rancangan di Radio Televisyen Malaysia juga sependapat dengan Zarina yang mahu penjelasan terperinci mengenai skim itu diberikan.

"Saya sambut baik skim ini banyak kebaikannya tapi kalau boleh nak penjelasan lebih banyak tentang faedah lain yang bakal dinikmati," katanya.

-- BERNAMA

27 Disember 2011

RM28J LAKSANAN SKIM SBPA DI TERENGGANU

Utusan MalaYSIA
27/12/2011



KUALA TERENGGANU 27 Dis. - Sebanyak RM28 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) di Terengganu yang bermula tahun depan.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah ketika mengesahkan perkara itu berkata, jumlah tersebut membabitkan kenaikan gaji 10 peratus bagi kakitangan awam selain badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan.

Beliau memberitahu, bagi tujuan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan memberi penjelasan terperinci mengenainya dalam waktu terdekat sebelum borang opsyen skim berkenaan mula diedarkan.

"Bagaimanapun penjawat awam masih mempunyai pilihan sama ada mahu mengekalkan skim lama ataupun memilih untuk terus berkhidmat di bawah skim baru SBPA.

"Penjawat awam yang berkenaan boleh membuat opsyen dan ini bukan satu paksaan. Mereka ada dua pilihan dan kalau hendak kekal dengan skim lama, maka gaji lama mereka tak akan berubah," katanya di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan yang sama, Mazlan berkata, sehingga kini sebanyak 8,000 jawatan daripada 12,000 kekosongan telah diisi manakala 4,000 lagi kekosongan masih dibekukan sehingga pelarasan skim SBPA dilaksanakan sepenuhnya nanti.

PERBINCANGAN JPA-CUEPACS ISU SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BERHASIL

Utusan Malaysia
27/12/2011



PUTRAJAYA 27 Dis. - Perbincangan hampir lima jam antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini membawa hasil apabila markah prestasi untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta dalam mesyuarat itu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.

"Di bawah SBPA yang asal kalau prestasi di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku, tetapi kita telah mengubahnya kepada 65 markah.

"Untuk pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diubah daripada 70 kepada 60. Ini bermakna penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah," katanya selepas perbincangan itu yang melibatkan pegawai kanan JPA termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh lebih 100 Ahli Majlis dan pemimpin CUEPACS dari seluruh negara.

Mengulas lanjut Omar berkata, JPA pada masa sama telah bersetuju untuk mengkaji cadangan-cadangan CUEPACS yang melibatkan implikasi kewangan atau peruntukan tambahan kerajaan.

"Perkara-perkara yang tidak melibatkan soal kewangan seperti markah prestasi telah diputuskan dalam perbincangan hari ini. JPA bagaimanapun memerlukan masa untuk mengkaji cadangan lain.

"Semua perkara yang dibangkitkan akan dikaji dalam tempoh tiga bulan sehingga perundingan seterusnya yang dijadualkan pada hujung Februari tahun depan, ini termasuk isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal," katanya.

Omar berkata, setiap gred perkhidmatan awam akan dikaji secara teliti dan beliau meminta supaya penjawat awam mengemukakan sebarang masalah yang timbul kepada CUEPACS untuk dibawa kepada JPA.

Beliau bagaimanapun menegaskan SBPA secara keseluruhannya adalah baik untuk masa depan perkhidmatan awam negara.

"Tetapi SBPA mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang perlu dikaji semula dan ditambah baik," katanya.

25 Disember 2011

LANJUT TARIKH TERIMA SBPA DISAMBUT BAIK

Utusan Malaysia
24/12/2011


IPOH 24 Dis. - Pergerakan Wanita UMNO menyambut baik pelanjutan tarikh akhir penerimaan opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selaras dengan dasar keterbukaan kerajaan yang prihatin dengan penjawat awam di negara ini.

Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, lanjutan itu memberi peluang kepada mereka untuk mengadakan konsultansi secara lebih terperinci sekali gus ia dapat diterima di semua peringkat kakitangan kerajaan.

"Skim SBPA ini sangat penting kepada penjawat awam bagi menambah pendapatan mereka selain menjamin perjalanan kerjaya yang mampu mencungkil bakat, motivasi dan produktiviti kerja.

"Mereka yang bertindak sebagai nadi mahupun jentera kepada pelaksanaan dasar-dasar kerajaan perlu meneliti skim ini sepenuhnya bagi menjayakan pelan transformasi negara," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penyelesaian kemelut SBPA yang pada akhirnya mencapai kata sepakat apabila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) diberi hak berunding dalam isu berbangkit serta menjadi pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau exit policy.

Perbincangan lebih tiga jam antara CUEPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam membawa hasil positif apabila masing-masing bersetuju supaya tarikh akhir untuk menerima opsyen SBPA dilanjutkan ke 15 Januari 2012, manakala tarikh akhir untuk penerimaan opsyen umur persaraan 60 tahun dikekalkan pada 30 Disember ini.

Dalam pada itu, Kamilia berpendapat, setiap jabatan dalam perkhidmatan awam wajar mengadakan bengkel perbincangan lebih-lebih lagi dalam mengatasi persepsi bahawa skim tersebut hanya menguntungkan golongan 'kaki bodek'.

Justeru katanya, kakitangan kerajaan perlu berani memberikan input-input penambahbaikan bagi pelaksanaan skim tersebut dan tidak hanya tahu mengkritik.

"Skim ini perlu dilihat secara positif selain sebagai satu insentif untuk berjaya. Penjawat awam perlu tahu kenapa mereka boleh dibersarakan awal kerana kerajaan kini mementingkan produktiviti," katanya.

CUEPACS LEGA 5 ISU BERBANGKIT SELESAI

Berita Harian
Oleh Azman Mahmood
azmanm@bharian.com.my
2011/12/24



Pertemuan dengan JPA jelas kekeliruan timbul

KUALA TERENGGANU: CUEPACS lega apabila lima isu berbangkit membabitkan hak perundingan bersama, isu penyelarasan gaji dan dasar pemisah atau exit policy dan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berjaya diselesaikan dalam satu perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kelmarin.
Sehubungan itu, JPA akan memberi taklimat khas secara menyeluruh kepada CUEPACS, Selasa ini yang dijangka disampaikan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah di Putrajaya kepada Majlis Kongres CUEPACS dan ketiga-tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) di bawah JPA yang akan membabitkan penyertaan 140 wakil jabatan.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pertemuan yang mengambil masa empat jam kelmarin berjalan dalam suasana mesra dan JPA memahami hasrat CUEPACS yang mewakili kepentingan 1.4 juta penjawat awam khususnya berkaitan opsyen SBPA yang sebelum ini ditetapkan sehingga 31 Disember ini.

Katanya, perjumpaan itu diadakan bagi memberi penjelasan berikutan ada beberapa kekeliruan terhadap SBPA yang berbeza maklumat serta taklimat di antara JPA dan CUEPACS kepada kakitangan awam.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, CUEPACS gembira apabila JPA juga bersetuju membuat semakan semula terhadap 250,000 kakitangan awam dalam kumpulan gred 17 yang tidak berubah.

“CUEPACS dengan JPA tidak ada perbalahan cuma kita kesal kerana ketika proses menyediakan SBPA, CUEPACS tidak dijemput bersama untuk memberi pandangan.
“Namun, kita lega semuanya dapat diselesaikan dengan baik termasuk semakan segera kakitangan awam kumpulan gred 17 seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen membabitkan pembantu tadbir dan perkeranian yang gred mereka tidak berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Tri Tahunan ke-24 Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) Semenanjung Malaysia yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said di sini, semalam.

Omar berkata, taklimat Abu Bakar itu dijangka menyelesaikan segala kekusutan yang berbangkit sebelum ini dan diharap ketua jabatan tidak menekan kakitangannya supaya menandatangani segera borang opsyen SPBA.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan.

“Kita tetap membantah polisi ini kerana kita hanya mahu orang dalam perkhidmatan awam saja mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam,” katanya.

SEARAH BORANG SBPA DILANJUT DILANJUTKAN KE 15 JANUARI

Berita Harian
Oleh Haika Khazi
haikakhazi@bharian.com.m
2011/12/24




Permohonan opsyen usia pencen 60 tahun kekal 31 Disember: JPA

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju supaya tarikh akhir menyerahkan borang opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilanjutkan kepada 15 Januari ini bagi memberi lebih masa kepada kakitangan yang berkaitan.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) JPA, Datuk Dr Ismail Alias, berkata tarikh akhir untuk penyerahan borang opsyen bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun kekal pada Sabtu depan.
Perkara itu adalah antara persetujuan bersama antara JPA dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam perbincangan kedua-dua pihak berkaitan pelaksanaan SBPA di sini semalam.

Pada masa sama, Ismail mengesahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, sendiri akan mengadakan satu taklimat khusus berkaitan SBPA dan penyelarasan gaji kepada wakil CUEPACS dan semua jabatan pada minggu depan.

“Kita akan meneruskan SBPA dan sebenarnya CUEPACS tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, tempoh opsyen (lanjutan) umur persaraan kepada 60 tahun tetap (berakhir) pada 31 Disember kerana ia membabitkan banyak isu perundangan.

“Bagi opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak (31 Disember ini), JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan,” katanya kepada pemberita ketika sidang media bersama Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, di Ibu Pejabat JPA, di sini, semalam.
Rundingan lebih tiga jam itu diadakan berikutan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin, supaya JPA dan CUEPACS segera duduk semeja bagi menyelesaikan semua isu berbangkit berhubung SBPA, sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun depan.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan lama.

Dalam pada itu, Ismail juga mengesahkan JPA dan CUEPACS menetapkan tiga bulan untuk menyelesaikan isu pelarasan gaji anggota keselamatan Gred 17 supaya mereka dapat menikmati kadar upah sama dengan kakitangan kerajaan berkhidmat di bahagian pentadbiran bergred itu.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS dan JPA juga secara dasarnya bersetuju dengan pelaksanaan SBPA dan akan bersama-sama menyelesaikan lima isu dibangkitkan sebelum ini termasuk dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Katanya, JPA juga meminta penjawat awam yang sudah menandatangani surat tawaran opsyen SBPA supaya tidak bimbang kerana seorang wakil CUEPACS akan dilantik selaku pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau pelaksanaan tindakan tatatertib.

Beliau juga berkata, ketua jabatan dan agensi tidak berkuasa memecat kakitangan bawahan sesuka hati dan hanya JPA boleh berbuat demikian.

“JPA juga bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan ‘exit policy’ daripada enam bulan kepada setahun bagi membolehkan penjawat awam meningkatkan prestasi kerja dan tahap produktiviti mereka.

“Sekiranya produktiviti mereka tidak bagus, barulah JPA akan menasihatkan penjawat awam berkenaan supaya berhenti cara 'baik' sebelum tindakan ‘exit policy’ diambil, sekali gus memudahkan mereka mencari rezeki di tempat lain dan boleh menikmati kemudahan pencen seperti pesara kerajaan lain,”katanya

LANJUT TARIKH TERIMA SBPA DISAMBUT BAIK

Utusan Malaysia
25/12/2011



IPOH 24 Dis. - Pergerakan Wanita UMNO menyambut baik pelanjutan tarikh akhir penerimaan opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selaras dengan dasar keterbukaan kerajaan yang prihatin dengan penjawat awam di negara ini.

Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, lanjutan itu memberi peluang kepada mereka untuk mengadakan konsultansi secara lebih terperinci sekali gus ia dapat diterima di semua peringkat kakitangan kerajaan.

"Skim SBPA ini sangat penting kepada penjawat awam bagi menambah pendapatan mereka selain menjamin perjalanan kerjaya yang mampu mencungkil bakat, motivasi dan produktiviti kerja.

"Mereka yang bertindak sebagai nadi mahupun jentera kepada pelaksanaan dasar-dasar kerajaan perlu meneliti skim ini sepenuhnya bagi menjayakan pelan transformasi negara," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penyelesaian kemelut SBPA yang pada akhirnya mencapai kata sepakat apabila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) diberi hak berunding dalam isu berbangkit serta menjadi pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau exit policy.

Perbincangan lebih tiga jam antara CUEPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam membawa hasil positif apabila masing-masing bersetuju supaya tarikh akhir untuk menerima opsyen SBPA dilanjutkan ke 15 Januari 2012, manakala tarikh akhir untuk penerimaan opsyen umur persaraan 60 tahun dikekalkan pada 30 Disember ini.

Dalam pada itu, Kamilia berpendapat, setiap jabatan dalam perkhidmatan awam wajar mengadakan bengkel perbincangan lebih-lebih lagi dalam mengatasi persepsi bahawa skim tersebut hanya menguntungkan golongan 'kaki bodek'.

Justeru katanya, kakitangan kerajaan perlu berani memberikan input-input penambahbaikan bagi pelaksanaan skim tersebut dan tidak hanya tahu mengkritik.

"Skim ini perlu dilihat secara positif selain sebagai satu insentif untuk berjaya. Penjawat awam perlu tahu kenapa mereka boleh dibersarakan awal kerana kerajaan kini mementingkan produktiviti," katanya.

MINDA PENGARANG: SKIM SBPA TIDAK MENEKAN KAKITANGAN AWAM

Berita Harian
2011/12/24



KEPUTUSAN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam sehingga 15 Januari pastinya melegakan kira-kira 1.4 juta kakitangan awam. Kelewatan pelaksanaan SBPA sehingga 15 Januari 2012 itu perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh JPA untuk memperbaiki dan memperhalusi kelemahan atau kecacatan terhadap lima isu dibangkitkan CUEPACS, khasnya membabitkan dasar pemisah atau ‘exit policy.’

Ini penting bagi memperlihatkan skim itu tidak menekan kakitangan awam yang menjadi tulang belakang kepada keberkesanan jentera pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam. Kita percaya penjawat awam dapat memahami pelaksanaan dasar mendepani kemelut kelemahan prestasi dalam kalangan mereka sehingga mendorong JPA mewujudkan dasar itu. Pada hakikatnya, tidak begitu mudah bagi JPA dan kerajaan hendak membuat keputusan membuang kakitangan awam kerana ia biasanya perlu mengikut prosedur rumit serta memerlukan bukti kukuh sebelum keputusan itu dilakukan. Dari sudut lain, pendirian JPA itu juga selari dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan seperti yang dimahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan mengambil kira kebajikan dan masa depan kakitangan awam. Kesediaan CUEPACS menerima skim SBPA seharusnya dapat menamatkan sebarang bantahan dalam kalangan penjawat awam terhadap skim itu. Apa juga polemik dan kekeliruan yang timbul dalam kalangan penjawat awam berhubung opsyen yang ditawarkan dalam SBPA seharusnya tidak timbul lagi selepas ini kerana mereka mempunyai masa yang panjang untuk menilai skim baru itu dan faedah di dalamnya. Kita percaya dakwaan kononnya penjawat awam dipaksa menandatangani untuk menerima opsyen SBPA dan jika enggan, akan dibersarakan lebih awal tidak timbul lagi selepas ini. Begitu juga dengan isu kenaikan gaji dari 7 hingga 13 peratus seharusnya tidak dibangkitkan lagi kerana CUEPACS sudah menyatakan pendiriannya tidak menolak SBPA.

Kekaburan penjawat awam terhadap faedah dinikmati apabila menandatangani SBPA juga perlu diperjelaskan CUEPACS dan JPA supaya ia tidak menjejaskan prestasi kerja dan perkhidmatan awam. Apa yang pasti, penjawat awam selepas ini, mahu atau tidak, mereka perlu memilih untuk menerima opsyen bersara 60 tahun jika mahu mendapat pelbagai ganjaran dan imbuhan apabila pencen kelak. Apa yang penting, pelaksanaan SBPA itu nanti diharap dapat membantu kerajaan melaksanakan pelbagai agenda transformasi negara seperti yang diharapkan

24 Disember 2011

ANALISIS : PERCANGGAHAN SBPA PERLU SELESAI DI MEJA RUNDINGAN

Berita Harian
Oleh Azhar Abu Samah
azharaz@bharian.com.my
2011/12/20



Pelbagai penambahbaikan skim baru penjawat awam masih samar, tiada hitam putih

BUDAYA mengugut seperti didakwa Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya 1.4 juta kakitangan awam ‘menandatangani borang kosong’ opsyen penerimaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh dua minggu, mulai 16 Disember lalu perlu diselesaikan segera kerana ia bukan perkara mudah seperti dianggap JPA.

Kekecewaan diluahkan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman sehingga mahu mengadu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis ini, khususnya mengenai kelemahan skim baru berkenaan seharusnya membuka mata kepada pelbagai pihak, khususnya Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Mekanisme pelaksanaan skim pemisah atau exit policy dalam SBPA bagi mereka yang menerima markah kurang daripada 70 peratus bagi tiga tahun berturut-turut selepas penilaian dibuat pegawai mereka, sekali gus boleh dibersarakan awal berbanding 50 peratus ketika Skim Saraan Malaysia (SSM) dan kegagalan JPA menyediakan jadual tangga gaji SBPA untuk diteliti kakitangan awam menjadi isu pokok yang dipertikaikan CEUPACS.

Ini belum lagi membabitkan soal kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki. Paling janggal apabila JPA tidak memanggil langsung wakil CUEPACS ketika merangka SBPA, sedangkan ia membabitkan masa depan 1.4 juta kakitangan awam.

“Saya yakin Perdana Menteri tidak tahu wujud kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab (JPA) menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham masalah kami.

“Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim itu sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri,” kata Omar ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM), tiga hari lalu.
SBPA diumumkan Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada Oktober lalu bagi menggantikan SSM mulai awal tahun depan, menawarkan pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam melalui skim pencen, pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus, elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Matlamat murni SBPA mahu mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi pada masa depan pastinya akan menempuh onak dan duri jika pada peringkat mahu dilaksanakan lagi menimbulkan pelbagai persoalan, selain mendapat bantahan kesatuan yang memayungi perkhidmatan awam.

“Ini hanya mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar minum bersama pegawai di kantin pejabat supaya mereka dinilai dengan markah yang baik setiap tahun,” kata Omar.

Sama ada sedar atau tidak, JPA seharusnya memikirkan kesan jangka panjang yang perlu ditanggung kerajaan, terutama ketika kepemimpinan negara di bawah penguasaan Barisan Nasional (BN) sedang rancak menyusun strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Mahu atau tidak, perlu diakui, Parlimen Putrajaya menempatkan pusat pentadbiran kerajaan amat memerlukan sokongan kakitangan kerajaan yang ketika ini menjadi 90 peratus daripada pengundi di kawasan itu. Paling menarik, 90 peratus daripada pengundi di situ adalah daripada kumpulan sokongan.

Hakikatnya, kakitangan awam adalah penyokong kuat kerajaan dan sewajarnya suara hati mereka didengar dan diberikan perhatian. Mereka bukan meminta di luar kemampuan kerajaan, sebaliknya mengharapkan kerajaan membela hak atau sekurang-kurangnya mendengar dulu masalah mereka. Ini peluang terbaik bagi kerajaan, khususnya JPA mendengar rungutan mereka sebelum PRU-13 datang.

Pilihan raya umum pada 1999 menyaksikan Terengganu di bawah kepemimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ‘terlepas’ daripada BN ke tangan PAS kerana ‘gelombang hijau’ begitu ketara dalam kalangan kakitangan awam. Pendekatan ‘Acu Ubah Sekali’ berjaya menguasai minda kakitangan awam yang akhirnya mengundi pembangkang, selain faktor ‘cah keting’ dalam kalangan kepemimpinan UMNO negeri ketika itu.

Keprihatinan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang menghargai usaha CUEPACS mahu menjelaskan secara terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA memperlihatkan komitmen beliau yang mahu isu ini diselesaikan segera.

“Tujuan kerajaan ialah membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi jika mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan supaya perkara itu boleh ditangani,” katanya sekali gus menggambarkan ruang perbincangan antara JPA dan CUEPACS masih terbuka luas.

Kita berharap ‘kata dua’ Abu Bakar sebelum ini hanya penjawat awam yang mempunyai alasan munasabah dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh 31 Disember ini seperti sakit atau berada di luar negara dan mereka yang tidak menerima opsyen itu akan kekal kepada skim perkhidmatan lama, sekali gus tidak akan menerima sebarang penambahbaikan dikaji semula demi mendapatkan keadaan ‘sama-sama menang.’

Dasar pemisah atau exit policy yang ketika ini menjadi isu utama SBPA sewajarnya diteliti semula bagi mengelakkan pandangan kononnya dasar itu sama seperti mahu dilaksanakan pembangkang, terutama DAP bagi mengurangkan jumlah kakitangan awam jika berjaya menguasai Putrajaya.

PELARASAN GAJI IKUT PERATUSAN GRED

Berita Harian
22/12/2011




2011/12/22 SEBAGAI penjawat awam, saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengumumkan sebulan bonus dan juga kenaikan gaji penjawat awam dalam Bajet 2012 baru-baru ini.

Malah Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan pada Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif. Memang tidak dinafikan ia akan membawa banyak perubahan terutama dalam skim pencen, gaji beserta elaun. Tempoh berkhidmat juga dilanjutkan sehingga usia 60 tahun, disambut baik kakitangan awam. Persoalannya mengapa ada perbezaan dari segi kenaikan gaji antara Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan SBPA? Contohnya, seorang penjawat awam A gred gaji N1 berkhidmat selama 6 tahun dan penjawat awam B gred gaji N17 juga berkhidmat selama 6 tahun.

Apabila saya menyemak kenaikan tangga gaji skim SSM ke skim SPBA, penjawat awam B hanya mendapat separuh daripada kenaikan penjawat awam A, masalah sama juga berlaku kepada penjawat awam C gred gaji N1 yang berkhidmat lebih 20 tahun mendapat kenaikan kurang daripada penjawat awam A. Padahal penjawat awam C sepatutnya layak menerima lebih kenaikan berbanding penjawat awam A.

Satu lagi persoalan mengapa penjawat awam yang berkhidmat selama tahun ganjil tangga gajinya dalam SBPA akan sama dengan tangga gaji penjawat awam yang berkhidmat setahun awal daripada mereka? Ini akan membawa banyak keuntungan kepada mereka yang berkhidmat pada tahun ganjil. Malah kenaikan penjawat awam tahun ganjil lebih tinggi daripada kenaikan penjawat awam tahun genap.

Pertukaran pergerakan gaji tahunan juga menimbulkan tidak puas hati kerana ada sesetengah penjawat awam dipercepatkan anjakan tahunan mereka dan ada juga ditangguhkan anjakan ke belakang. Kalau dikaji mengenai SBPA, masih banyak lagi perbezaan ketara.
Apa yang paling adil untuk semua penjawat awam ialah membuat pelarasan gaji berdasarkan peratusan mengikut gred seperti dibuat sebelum ini kerana terlalu sukar untuk memuaskan hati semua 1.4 juta penjawat awam.

PENJAWAT AWAM,
Kuala Lumpur.

23 Disember 2011

KEMELUT SELESAI, TARIKH AKHIR OPSYEN SBPA DILANJUTKAN

Utusan Malaysia
23/12/2011



PUTRAJAYA 23 Dis. – Kemelut mengenai pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akhirnya selesai dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) diberi hak berunding dalam isu berbangkit serta menjadi pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Perbincangan lebih tiga jam antara CUEPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membawa hasil positif apabila masing-masing bersetuju supaya tarikh akhir untuk menerima opsyen SBPA dilanjutkan ke 15 Januari 2012, manakala tarikh akhir untuk penerimaan opsyen umur persaraan 60 tahun dikekalkan pada 30 Disember ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA pada masa yang sama turut bersetuju supaya perkara-perkara mengenai pelaksanaan SBPA dirundingkan setiap tiga bulan sehingga hal-hal yang berbangkit dapat diselaraskan secara bersama.

“Mengenai penambahbaikan gred yang tertinggal dalam SBPA, semua gred 17 dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) akan dibuat semakan semula dalam tempoh tiga bulan. CUEPACS berharap akan mendapat gambaran lebih lanjut mengenai perkara ini pada rundingan seterusnya.

“Pada masa sama, satu taklimat yang teliti mengenai kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus akan dibuat antara ahli majlis kongres bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah pada minggu depan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengarahkan rundingan dijalankan hari ini antara JPA dan CUEPACS bagi menentukan sama ada pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan.

Dalam pada itu, isu dasar pemisah yang menjadi kebimbangan penjawat awam turut diselesaikan pada hari ini apabila wakil CUEPACS dibenarkan menjadi pemerhati dalam panel pelaksanaan dasar tersebut.

Omar berkata, CUEPACS melihat dasar pemisah itu dari sudut yang positif kerana ia dapat mengelakkan masalah kewujudan penjawat awam yang tidak produktif.

“Wakil CUEPACS boleh memberi pandangan sebelum seseorang itu dikeluarkan dari jabatan, agensi, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun. Ini bagi mengelakkan terdapat penjawat awam yang teraniaya.

“Jabatan dan agensi di mana penjawat awam berkenaan berkhidmat juga tidak dibenarkan untuk mengambil tindakan memberhentikan seseorang penjawat awam di bawah dasar pemisah, keputusan itu mesti dibuat oleh JPA dengan kehadiran wakil CUEPACS,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias berkata, JPA dan CUEPACS secara keseluruhannya bersepakat untuk melaksanakan SBPA .

“Kita telah menyelesaikan semua isu. JPA amat gembira dan menghargai pandangan dan keputusan daripada pihak CUEPACS,” katanya.

TARIKH TERIMA OPSYEN SBPA DILANJUTKAN KE-15 JAN, OPSYEN PERSARAAN 60 TAHUN KEKAL 30 DISEMBER 2011

Bernama
23/12/2011



PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jumaat bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan.

Tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun bagaimanapun kekal pada 30 Dis ini, demikian diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias di sini.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Dis lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

Dr Ismail berkata pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan SBPA dan lima isu termasuk 'Exit Policy' yang dibangkitkan oleh Cuepacs turut dibincangkan.

"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang telah dikemukakan oleh Cuepacs, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.

Beliau berkata bagi penjawat awam yang telah pun menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA telah memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.

Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini merupakan jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya.

Omar berkata lima perkara yang telah dibangkitkan oleh Cuepacs ternyata selesai apabila mendapat hak rundingan awal, disusuli dengan rundingan tiga bulan sekali khusus berhubung SBPA dan rundingan akan diadakan sehingga perkara berbangkit dapat diselesaikan bersama.

Katanya opsyen bagi umur persaraan 60 tahun tiada masalah dan penjawat awam boleh menandatangani tawaran opsyen tersebut atas kapasiti masing-masing, hanya tawaran opsyen SBPA yang diberikan dalam tempoh 15 hari itu yang didapati singkat.

Beliau berkata rundingan hari ini turut bersetuju untuk melakukan penambahbaikan gred iaitu bagi gred 17 dalam kumpulan pentadbiran dan keselamatan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Jabatan Imigresen.

"Kita dah bersetuju dalam tempoh tiga bulan ini akan dibuat semakan semula, akan melakukan kajian menyeluruh. Jadi, kita harap bersabar," katanya.

Mengenai 'Exit Policy', Omar berkata rundingan hari ini mencapai persetujuan supaya wakil Cuepacs hadir dalam panel di JPA sebagai pemerhati sebelum seseorang penjawat awam itu dikenakan tindakan.

Katanya langkah itu bagi mengelak sebarang ketidakadilan atau kejadian dianiaya dan sebelum sebarang tindakan diambil atau dibersarakan awal, wakil Cuepacs akan hadir untuk memberi pandangan.

"Jadi, kita dah berunding, jabatan tidak boleh membersarakan kakitangan di bawah exit policy. Ia (jabatan) hanya akan melaporkan kepada JPA mengenai masalahnya, dan di JPA nanti, Cuepacs akan hadir sebagai pemerhati, dan dari situ kita akan selesaikan.

"Apabila kita dalam (panel) itu, kita rasa adil sebelum menentukan seseorang penjawat awam itu untuk dibersarakan awal," katanya.

Omar berkata satu taklimat akan diadakan pada minggu hadapan antara Cuepacs dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Katanya taklimat itu berhubung kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang didapati tidak begitu jelas mengenai golongan penjawat awam yang akan menikmati kenaikan tersebut dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki.



-- BERNAMA

22 Disember 2011

SBPA: NAJIB ARAH JPA, CUEPACS BERUNDING

Berita Harian
2011/12/22




PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan CUEPACS dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) segera mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu berbangkit dalam pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.

Presiden CUECPACS, Datuk Omar Osman, berkata berikutan itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan JPA bagi membincangkan perkara itu di sini, esok.

CUEPACS: PM SETUJU TANGGUH PELAKSANAAN SBPA

Malaysiakini
22/12/2011


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam.

NONEUtusan Online melaporkan beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.

Manakala Bernama pula memetik Omar sebagai berkata perdana menteri meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen.

Beliau memberitahu demikian mengenai hasil pertemuannya dengan Datuk Seri Najib hari ini.

JPA, CUEPACS ADAKAN RUNDINGAN MENGENAI SBPA JUMAAT

Bernama
22/12/2011


SERDANG, 22 Dis (Bernama) -- Satu rundingan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs akan diadakan Jumaat bagi menentukan sama ada pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditangguhkan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan.

Keputusan itu dibuat hasil pertemuan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi, yang turut disertai pegawai tertinggi Cuepacs, anggota kesatuan serta wakil daripada JPA.

Bercakap kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan anggota Cuepacs di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada Khamis sebaik selesai bertemu Perdana Menteri, Omar berkata Perdana Menteri mahu isu SBPA diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak.

"Perdana Menteri berharap isu SBPA mesti dirundingkan bersama-sama antara JPA dan Cuepacs sehingga persetujuan bersama tercapai, barulah ia boleh dilaksanakan," katanya.

JPA dalam satu kenyataan pada Khamis mengesahkan akan mengadakan perbincangan itu bersama Cuepacs bagi membincangkan segala isu yang dibangkitkan.

-- BERNAMA

SEGERA

Bernama
22/12/2011


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman mengenai hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri hari ini.

-- BERNAMA

SAMBUT BAIK PENANGGUHAN SBPA

Harakah Daily
Aziz Muda
22/12/2011




KUALA LUMPUR, 22 Dis: PAS menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menangguhkan perlaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan hari ini.

Keputusan tersebut disifatkan sebagai kejayaan awal yang dinikmati oleh kakitangan sektor awam, hasil kerjasama PAS serta Pakatan Rakyat dan Cuepacs yang menentang keras perlaksanaan skim itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tanpa kerjasama politik, khususnya tentangan PAS, skim tersebut mustahil ditangguhkan perlaksanaannya meskipun jelas menzalimi kakitangan awam khususnya yang berada di dalam Kumpulan Sokongan.

Menurutnya, keputusan penangguhan itu pasti melegakan kakitangan sektor awam, tetapi ia tidak bermakna jika tidak dibatalkan kesemua perjanjian berhubung dengannya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri agar turut membatalkan kesemua perjanjian yang telah dibuat oleh kakitangan sektor awam berhubung perkara itu yang telah menurunkan tanda tangan masing-masing baru-baru ini menerusi borang yang disediakan.

"Banyak kakitangan awam telah menurunkan tanda tangan mereka baru-baru ini. Kini setelah perlaksanaan skim itu ditangguhkan, kesemua mereka yang telah menurunkan tanda tangan tertanya-tanya mengenai perkara itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Kakitangan terbabit, tegasnya, bimbang akan terperangkap dengan tindakan selanjutnya jika kesemua perjanjian itu tidak dibatalkan.

"Esok Cuepacs akan mengadakan perbincangan dengan JPA. Diharap perbicangan itu akan mendatangkan hasil yang baik bagi kepentingan kakitangan sektor awam," katanya.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap agar perbincangan tentang tangga gaji dan pelbagai perkara lain bagi kepentingan kakitangan sektor awam akan dilanjutkan pada persidangan Parlimen.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri agar menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah tangga gaji yang terlalu jauh berbeza antara Kumpulan Premier dan kumpulan-kumpulan lain dalam sektor awam.

"Kesemua langkah itu perlu dilakukan bagi membolehkan kakitangan awam mendapat keadilan, ekoran jurang yang terlalu jauh berbeza antara mereka yang berada di dalam Kumpulan Sokongan berbanding Kumpulan Premier.

"Sedangkan kakitangan dalam Kumpulan Sokongan itu adalah yang paling besar jumlahnya daripada 1.4 juta kakitangan sektor awam, manakala yang berada dalam Kumpulan Premier hanyalah 36 orang termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN)," ujar beliau.


PERDANA MENTERI SETUJU TANGGUH SBPA - OMAR OSMAN

Utusan Malaysia
22/12/2011 12:53pm


PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

21 Disember 2011

SUSULAN PENGARAH BESAR DIARAH CUTI, FELDA ROMBAK

Malaysia Insider
Oleh G Manimaran
December 20, 2011





KUALA LUMPUR, 20 Dis — Pengurusan kanan Felda sedang melalui rombakan besar-besaran susulan keputusan kerajaan mengarahkan Pengarah Besarnya Datuk Dzulkifli Abdul Wahab bercuti sembilan bulan - didakwa sebahagian usaha menyingkirkan mereka yang dikatakan menjadi ‘penghalang’ kepada proses penyenaraian tahun depan.

The Malaysian Insider difahamkan salah satu tindakan drastik susulan selepas Dzulkifli diminta bercuti mengikuti pengajian di United Kingdom ialah menghantar Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Abidin Abd Rahman, yang akan bersara dalam beberapa bulan lagi, ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Abidin juga merupakan Setiausaha Koperasi Permodalanan Felda (KPF). Dzulkifli pula merupakan pengerusinya sebelum ini dan dilaporkan digantikan oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Difahamkan lebih banyak perubahan akan disaksikan susulan mesyuarat lembaga pengarah Felda.

“Timbalan Pengarah Besar Felda Abidin Abd Rahman pula yang jadi mangsa (sekarang). Dia ditukarkan ke Putrajaya untuk dipetisejukkan padahal dia akan pencen Jun depan. Surat belum sampai tetapi dia sudah terima makluman lisan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada surat arahan cuti yang diberi kepada Dzulkifli dua minggu lalu.

Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan dan Kewangan) Datuk Suhaimi Zanuddin dilantik sebagai pemangku pengarah besar sementara Dzulkifli berada di luar negara.

“Saya difahamkan, ada terima maklumat bahawa akan ada lebih banyak perubahan selepas ini, di peringkat pengurusan kanan, ada usaha untuk membawa mereka yang seiring dengan kepimpinan Tan Sri Isa,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Menurut sumber itu, ini kali pertama Felda melalui perubahan besar-besaran di peringkat atasan sejak ia ditubuhkan lebih empat dekad lalu.

“Kami tidak tahu tujuan langkah ini diambil, tetapi dipercayai ada kaitan dengan proses penyenaraian Felda Global Ventures di Bursa Malaysia tahun depan,” katanya sambil menambah, perubahan yang jelas akan diketahui selepas mesyuarat lembaga pengarah, dipercayai akan diadakan dalam sehari dua ini.

“Saya percaya lembaga akan membuat keputusan melakukan perubahan,” katanya lagi yang kelihatan agar terkejut dengan perkembangan itu.

Minggu lalu, Kesatuan Pekerja-pekerja Felda berkata akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu cuti Dzulkifli.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Datuk Omar Osman berkata pihaknya turut terkejut dengan arahan bercuti itu ketika perkhidmatan Dzulkifli masih diperlukan oleh Felda.

“KPF akan mengutus surat kepada Datuk Seri Najib melalui Cuepacs berhubung perkara ini, untuk satu pertemuan dengan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, Cuepacs bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan perkara itu.

PKR juga mendakwa Dzulkifli digantung tugas sebagai pengarah besar Felda bagi membolehkan kerajaan meneruskan urusan penyenaraian tahun depan, yang turut mendapat bantahan sebahagian besar peneroka baru-baru ini.

Bekas timbalan presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata, arahan daripada perdana menteri agar Dzulkifli mengambil cuti selama lapan bulan bertujuan memastikan beliau tidak menjadi penghalang kepada Isa.

Katanya, Dzulkifli digantikan sebagai Pengerusi KPF ketika beliau berada di Mekah untuk menunaikan umrah.

Malah minggu lalu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan menyerahkan memorandum sokongan kepada Dzulkifli meminta Perdana Menteri kekalkan jawatan pengarah besar beliau dengan membatalkan surat arahan bercuti.

Pengerusinya Mazlan Aliman berkata Najib mesti menarik balik cadangan menyenaraikan Felda Global Ventures jika benar-benar mahu membela kepentingan warga Felda.

Penyenaraian yang dijangka dijalankan pertengahan tahun depan turut dibantah oleh peneroka atas alasan mereka tidak mendapat maklumat tepat dan menyeluruh.

Pihaknya juga berhasrat untuk bertemu dengan Najib bagi menuntut Najib memecat Isa sebagai Pengerusi Felda yang didakwa menyebabkan “huru-hura” dalam pengurusan Felda dan mengekalkan kedudukan Dzulkifli sebagai Pengarah Besar Felda.

ANALISIS: PERCANGGAHAN SBPA PERLU SELESAI DI MEJA RUNDINGAN

Berita Harian
Oleh Azhar Abu Samah
azharaz@bharian.com.my
2011/12/20




Pelbagai penambahbaikan skim baru penjawat awam masih samar, tiada hitam putih

BUDAYA mengugut seperti didakwa Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya 1.4 juta kakitangan awam ‘menandatangani borang kosong’ opsyen penerimaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh dua minggu, mulai 16 Disember lalu perlu diselesaikan segera kerana ia bukan perkara mudah seperti dianggap JPA. Kekecewaan diluahkan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman sehingga mahu mengadu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis ini, khususnya mengenai kelemahan skim baru berkenaan seharusnya membuka mata kepada pelbagai pihak, khususnya Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Abu Bakar Abdullah. Mekanisme pelaksanaan skim pemisah atau exit policy dalam SBPA bagi mereka yang menerima markah kurang daripada 70 peratus bagi tiga tahun berturut-turut selepas penilaian dibuat pegawai mereka, sekali gus boleh dibersarakan awal berbanding 50 peratus ketika Skim Saraan Malaysia (SSM) dan kegagalan JPA menyediakan jadual tangga gaji SBPA untuk diteliti kakitangan awam menjadi isu pokok yang dipertikaikan CEUPACS.

Ini belum lagi membabitkan soal kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki. Paling janggal apabila JPA tidak memanggil langsung wakil CUEPACS ketika merangka SBPA, sedangkan ia membabitkan masa depan 1.4 juta kakitangan awam.

“Saya yakin Perdana Menteri tidak tahu wujud kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab (JPA) menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham masalah kami.

“Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim itu sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri,” kata Omar ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM), tiga hari lalu.
SBPA diumumkan Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada Oktober lalu bagi menggantikan SSM mulai awal tahun depan, menawarkan pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam melalui skim pencen, pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus, elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Matlamat murni SBPA mahu mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi pada masa depan pastinya akan menempuh onak dan duri jika pada peringkat mahu dilaksanakan lagi menimbulkan pelbagai persoalan, selain mendapat bantahan kesatuan yang memayungi perkhidmatan awam.

“Ini hanya mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar minum bersama pegawai di kantin pejabat supaya mereka dinilai dengan markah yang baik setiap tahun,” kata Omar.

Sama ada sedar atau tidak, JPA seharusnya memikirkan kesan jangka panjang yang perlu ditanggung kerajaan, terutama ketika kepemimpinan negara di bawah penguasaan Barisan Nasional (BN) sedang rancak menyusun strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Mahu atau tidak, perlu diakui, Parlimen Putrajaya menempatkan pusat pentadbiran kerajaan amat memerlukan sokongan kakitangan kerajaan yang ketika ini menjadi 90 peratus daripada pengundi di kawasan itu. Paling menarik, 90 peratus daripada pengundi di situ adalah daripada kumpulan sokongan.

Hakikatnya, kakitangan awam adalah penyokong kuat kerajaan dan sewajarnya suara hati mereka didengar dan diberikan perhatian. Mereka bukan meminta di luar kemampuan kerajaan, sebaliknya mengharapkan kerajaan membela hak atau sekurang-kurangnya mendengar dulu masalah mereka. Ini peluang terbaik bagi kerajaan, khususnya JPA mendengar rungutan mereka sebelum PRU-13 datang.

Pilihan raya umum pada 1999 menyaksikan Terengganu di bawah kepemimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ‘terlepas’ daripada BN ke tangan PAS kerana ‘gelombang hijau’ begitu ketara dalam kalangan kakitangan awam. Pendekatan ‘Acu Ubah Sekali’ berjaya menguasai minda kakitangan awam yang akhirnya mengundi pembangkang, selain faktor ‘cah keting’ dalam kalangan kepemimpinan UMNO negeri ketika itu.

Keprihatinan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang menghargai usaha CUEPACS mahu menjelaskan secara terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA memperlihatkan komitmen beliau yang mahu isu ini diselesaikan segera.

“Tujuan kerajaan ialah membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi jika mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan supaya perkara itu boleh ditangani,” katanya sekali gus menggambarkan ruang perbincangan antara JPA dan CUEPACS masih terbuka luas.

Kita berharap ‘kata dua’ Abu Bakar sebelum ini hanya penjawat awam yang mempunyai alasan munasabah dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh 31 Disember ini seperti sakit atau berada di luar negara dan mereka yang tidak menerima opsyen itu akan kekal kepada skim perkhidmatan lama, sekali gus tidak akan menerima sebarang penambahbaikan dikaji semula demi mendapatkan keadaan ‘sama-sama menang.’

Dasar pemisah atau exit policy yang ketika ini menjadi isu utama SBPA sewajarnya diteliti semula bagi mengelakkan pandangan kononnya dasar itu sama seperti mahu dilaksanakan pembangkang, terutama DAP bagi mengurangkan jumlah kakitangan awam jika berjaya menguasai Putrajaya.

CUEPACS: JANGAN TANDATANGAN BORANG OPSYEN KOSONG

Bernama
21/12/2011



KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Setiausaha Agung Cuepacs Loke Yim Pheng Selasa menasihatkan penjawat awam supaya tidak menandatangani borang opsyen kosong kerana ia merupakan dokumen amat penting yang akan menentukan kenaikan pangkat dan prospek kerjaya mereka di masa depan.

Beliau berkata penjawat awam perlu memastikan borang berkenaan diisi dengan jadual gaji yang betul sebelum mereka menandatanganinya.

Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), kesatuan perguruan terbesar negara dan anggota gabungan Cuepacs, memberitahu Bernama pihaknya menerima aduan bahawa ada guru "dipaksa" menandatangani borang opsyen kosong.

"Kami amat bimbang dengan perkara ini dan menggesa ketua-ketua jabatan untuk tidak memaksa staf mereka menandatangani borang kosong hanya kerana tarikh akhir untuk menandatangani borang itu semakin hampir," katanya.

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam telah diberikan opsyen untuk memilih skim gaji baru dan diberi tempoh sehingga 30 Disember untuk mengembalikan borang mereka. Jika mereka gagal berbuat demikian sehingga tarikh akhir itu, mereka akan kekal dalam skim perkhidmatan sedia ada.

Loke berkata Cuepacs turut prihatin dan bimbang dengan nasib kira-kira 200,000 penjawat awam di Gred 17 N, W dan F kerana mereka diberikan tawaran kurang memuaskan.

Beliau menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberikan penjelasan mengenai skim baru itu kerana kebanyakan penjawat awam masih keliru dan tidak tahu berapa banyak manfaatnya kepada mereka.

-- BERNAMA

20 Disember 2011

SURAT PEMBACA: MENGAPA SEKARANG CUEPACS BERSUARA?

Berita Harian
2011/12/19




TERKEJUT apabila Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membantah opsyen yang terkandung dalam Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perdana Menteri ketika membentangkan bajet juga menyatakan bahawa pelaksanaan SBPA mengandungi 'dasar pemisah.'
Sepatutnya pada waktu itu, CUEPACS mengambil langkah proaktif untuk mengkaji apakah dasar ‘exit policy’ yang akan dilaksanakan dan mengemukakan cadangan balas, bukan mengambil tindakan membantah apabila dasar itu bakal dilaksanakan. Sebelum ini pemimpin CUEPACS sentiasa mengucapkan terima kasih setiap kali perjumpaan diadakan kerana kerajaan sedia berunding dalam apa saja perkara membabitkan penjawat awam.
Tetapi mengapa sekarang CUEPACS menyatakan mereka tidak pernah diajak berbincang?

Sebagai penjawat awam, kita seharusnya memahami kandungan pekeliling yang dikeluarkan, jika faham kita tidak akan membantah sebaliknya mengemukakan cadangan untuk penambahbaikan.

Mengenai pergerakan gaji tahunan mengikut kadar peratus yang dimaklumkan, kita perlu melihat jadual gaji yang diberi kepada kumpulan perkhidmatan yang ditawarkan. Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang ditetapkan Gaji Sebaris (JGS) mengikut kadar pergerakan gaji tahunan dari RM80 hingga RM320 dan ia lebih tinggi daripada Skim Saraan Malaysia (SSM).
Kadar peratus yang dinyatakan untuk kumpulan Premier yang gajinya ‘single point’ dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang mempunyai Jadual Gaji Minimum dan Maksimum saja. Kita juga perlu faham dengan kaedah ini kerana bukannya semua jadual gaji dapat melaksanakan kaedah peratusan.

Pemimpin CUEPACS menasihatkan kepada sesiapa yang tidak berkaitan supaya jangan campur tangan dalam hal ini. Tetapi sedarkah bahawa mereka sendiri yang mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju sekiranya kerajaan melaksanakan pengambilan ‘orang luar’ untuk mengisi jawatan dalam kumpulan Premier sedangkan kumpulan Premier dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi bukan anggota CUEPACS.

Sudah tiba masanya CUEPACS berbincang dalam majlis kongres apa sebenarnya yang terkandung dalam pelaksanaan SBPA.

BAKAL PESARA SETUJU SBPA,
Jitra, Kedah