SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 April 2012

PENJAWAT AWAM BERI SUMBANGAN BESAR

Utusan Malaysia
27/4/2012

PULAU PINANG 26 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjawat awam merupakan nadi kepada pembangunan negara kerana peranan yang dimainkan kumpulan itu bagi memastikan kejayaan program transformasi nasional yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Perdana Menteri berkata, sumbangan penjawat awam dalam konteks di Pulau Pinang amat besar, sehingga negeri ini muncul sebagai antara yang termaju.
Beliau berkata, kejayaan yang dicapai negeri ini dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pembuatan dan pelancongan bukan baru berlaku tetapi ia mengambil masa yang lama untuk dicapai.“Sama ada kita sedar atau tidak, ia bertitik -tolak daripada sumbangan penjawat awam yang terlibat merangka dasar-dasar pembangunan yang perlu dilaksanakan untuk kemajuan negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Anggota Perkhidmatan Awam dihadiri lebih 5,000 orang di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini. Hadir sama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pegawai Kemajuan negeri, Datuk Nik Ali Md. Yunus.

32 PEMBERI MAKLUMAT DIBERI PERLINDUNGAN DIBAWAH AKTA

Berita Harian
26/4/2012


KUALA LUMPUR: Sejak Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dikuatkuasakan, 32 pemberi maklumat diberi perlindungan selepas mendedahkan kes berhubung amalan dan salah laku dalam sektor swasta dan awam sehingga hari ini, persidangan Dewan Negara, diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata 1,100 laporan kes berkaitan "kelakuan tidak wajar" termasuk kes rasuah diterima bagi Januari hingga 31 Mac lalu.
"Akta yang dilaksana oleh tujuh agensi ini, iaitu Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Jabatan Kastam Diraja, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Syarikat serta Suruhanjaya Sekuriti, mula memberi kesan serta mendapat perhatian masyarakat dalam memerangi gejala rasuah.
"Sepanjang tahun lalu, sejumlah 1,690 kes didedahkan," katanya semasa menjawab soalan asal Senator Datuk Maijol Mahap yang meminta penjelasan berhubung jumlah aduan yang diterima.

Ketika menjawab soalan tambahan Maijol mengenai tindakan yang diambil di bawah akta ini sejak diperkenalkan pada tahun 2010, Liew berkata beliau tidak mempunyai statistik lengkap untuk menjawab soalan tersebut.

"Walaubagaimanapun, kita berpuas hati dengan kerjasama serta maklum balas daripada orang awam yang tampil memberi maklumat bagi membantu kerajaan mencapai hasrat memerangi salah laku serta kelakuan tidak wajar ini," katanya.

Liew berkata, akta ini menggalakkan serta memudahkan orang awam untuk mendedahkan sebarang perbuatan rasuah serta salah laku lain, termasuk di bawah kelakuan tidak wajar, dan perlindungan sewajarnya akan diberikan kepada mereka.
"Laporan boleh dibuat melalui surat atau e-mel, dengan syarat pemberi maklumat memberikan nombor telefon serta alamat untuk dihubungi bagi pengesahan identiti pemberi maklumat bagi mengelakkan laporan atau maklumat palsu," katanya.

Menjawab soalan tambahan Maijol yang ingin tahu sejauh mana kesungguhan kerajaan mempromosi serta mendidik orang awam supaya tampil memberi maklumat dan pendedahan mengenai akta ini, Liew berkata sebanyak 51 siri jelajah dijalankan sejak 30 September, 2010 dan masih berterusan sehingga sekarang.

"Kita mahu memberi kesedaran kepada orang awam selain memberi galakan kepada mereka untuk sama-sama berganding bahu dengan kerajaan," katanya.

Akta yang diwartakan pada 15 Disember 2010 adalah satu inisiatif perundangan utama di bawah bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menangani gejala tidak wajar terutama di kalangan penjawat awam di negara ini.

Selain menggalakkan pemberi maklumat tampil mengemukakan laporan tindakan salah laku dengan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dari segi kerahsiaan identitinya, mereka juga diberi imuniti daripada tindakan jenayah atau sivil serta perlindungan terhadap sebarang bentuk tindakan yang memudaratkan mereka. - BERNAMA

26 April 2012

1.4 JUTA KAKITANGAN AWAM TERIMA GAJI BARU

Utusan Malaysia
25/4/2012


KUALA LUMPUR 25 April - Kira-kira 1.4 juta kakitangan kerajaan hari ini mula menikmati gaji baru mereka di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu.
Gaji yang diterima melibatkan peningkatan di antara tujuh hingga 13 peratus mengikut gred masing-masing selepas pemansuhan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mengundang bantahan banyak pihak, antaranya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Selain penerimaan gaji berdasarkan pelarasan yang terbaru itu, penjawat awam turut menerima tunggakan gaji sejak Januari lalu.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, gaji baru itu membuktikan kerajaan sedia ada sememangnya mendengar keluhan masyarakat dan mengambil tindakan dalam memastikan kesejahteraan mereka terbela.
“Penjawat awam diharap dapat memanfaatkan apa yang mereka nikmati kini, di samping mempertingkatkan mutu kerja selari dengan proses transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan.
“Langkah itu adalah demi menunjukkan tanda terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mendengar keluhan penjawat awam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian berhubung kakitangan kerajaan yang mula menerima gaji baru berdasarkan pelarasan SSM, hari ini.
Katanya lagi, kakitangan kerajaan diingatkan untuk memperbaiki imej mereka di mata masyarakat dan bukannya berada di tahap lama.
“Mereka perlu membuktikan bahawa mereka layak menerima pelarasan gaji tersebut apatah lagi setelah kerajaan menunaikan janji mereka.
“Saya juga berharap dengan adanya peningkatan ini, kegiatan rasuah di kalangan penjawat awam dapat dihapuskan," tambahnya.

WAJIB KHIDMAT DI SEKTOR AWAM

Najib Tun Razak melihat buku Talent Roadmap sambil diperhatikan Johan Mahmood Merican (dua dari kiri), Nor Mohamed Yakcop, Hishammuddin Tun Hussein dan Mohamed Khaled Nordin pada pelancaran Talent Roadmap 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya, semalam. 
 
 
PUTRAJAYA 24 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun ini, penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan diwajibkan berkhidmat dalam sektor awam atau di syarikat swasta terpilih.
Perdana Menteri berkata, langkah terbaru itu akan membolehkan JPA dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mengoptimumkan bakat kepintaran terunggul di negara ini.
"Tujuan kita ialah untuk memastikan kesinambungan sarjana unggul menyumbangkan kepakaran mereka dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Talent Roadmap 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Johan Mahmood Merican.
Selain syarat baru penawaran biasiswa itu, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa langkah dan insentif baru yang bertujuan mengembangkan sumber bakat di negara ini.
"Semasa Bajet 2012, kerajaan bersetuju dengan insentif potongan dua kali cukai untuk program latihan amali yang diluluskan dan hari ini, saya umumkan penawaran insentif itu diperluaskan kepada syarikat-syarikat di bawah Akta Cukai Pendapatan Petroleum 1967," katanya.

Perdana Menteri berkata, pada masa yang sama, Kementerian Pengajian Tinggi akan bekerjasama dengan TalentCorp untuk menyediakan 12,000 latihan amali melalui program berstruktur.
"Untuk mengembangkan program peningkatan kemahiran pula, TalentCorp akan bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi menyelaraskan program agar sumber dilaburkan pada sektor yang diutamakan.
"Program peningkatan kemahiran ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 10,000 siswazah kejuruteraan setiap tahun, melibatkan peruntukan tahunan kira-kira RM200 juta dan pelbagai kementerian," katanya.

Sementara itu, Najib mengumumkan Pas Residen yang membenarkan ekspatriat profesional untuk tinggal dan menyumbangkan bakat di negara ini selama 10 tahun diperluaskan penawarannya kepada usahawan aktiviti intensif pengetahuan yang berjaya.
"Sejak diperkenalkan pada 2011, Jabatan Imigresen telah mengeluarkan pas itu kepada 500 ekspatriat profesional di syarikat-syarikat terkemuka," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, seramai 680 pemohon telah diluluskan untuk menyertai Program Membawa Balik Pakar (REP) pada 2011 iaitu peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
"Trend peningkatan itu menunjukkan keyakinan rakyat Malaysia yang berada di luar negara terhadap usaha kerajaan dalam transformasi ekonomi.
"Saya menemui ramai rakyat Malaysia yang terkemuka semasa berkunjung ke luar negara, mereka mempunyai ikatan emosi kuat dengan negara asal, justeru kita mengalu-alukan sumbangan mereka kepada negara," katanya.

25 April 2012

TUNTUTAN TIGA PASANG PAKAIAN SERAGAM

Berita Harian
25/4/2012



CUEPACS mahu penjelasan 300,000 penjawat awam terima dua uniform sejak 2009


KUALA LUMPUR: CUEPACS meminta penjelasan berhubung peruntukan pakaian seragam membabitkan lebih 300,000 penjawat awam selain anggota tentera dan polis yang dikurangkan daripada tiga kepada dua pasang sejak 2009.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pengurangan pakaian seragam itu bercanggah dengan peraturan pembekalan pakaian seragam yang termaktub dalam Pekeliling Perbendaharaan diedarkan sejak 1980-an.
Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti isu itu secara serius dengan mengambil langkah perlu termasuk mendapatkan maklumat terperinci daripada setiap jabatan sebelum diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. “Aduan kali pertama berhubung perkara ini diterima pada 2010 dan semakin meningkat beberapa bulan kebelakangan ini.

“Pengurangan pakaian seragam menimbulkan masalah serius kepada penjawat awam yang diwajibkan berpakaian kemas setiap hari,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Pemantapan dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPKJSM), di Pusat Belia Antarabangsa, di sini, semalam.

Setiap penjawat awam menerima peruntukan pakaian seragam bernilai RM690 setahun.

Omar berkata, CUEPACS enggan menuding jari tetapi Bahagian Sumber Manusia jabatan harus bertanggungjawab dalam hal itu dan bukannya sekadar memberi jawapan ‘tiada peruntukan’ setiap kali masalah itu diajukan.

23 April 2012

PROGRAM TAKLIMAT KENAIKAN GAJI BAKAL DIPERLUAS KE SELURUH NEGARA

Bernama
23/4/2012



MELAKA, 23 April (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan memperluaskan program taklimat kenaikan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) ke seluruh negara, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata langkah itu bertujuan menjelaskan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 kepada penjawat awam di setiap negeri berhubung penyelarasan gaji di bawah SSM yang diumumkan pada Mac lepas.

"Kita juga ingin mendapatkan maklum balas agar isu-isu yang dikemukakan dapat diberi perhatian oleh JPA dan Suruhanjaya Khas apabila ditubuhkan kelak," katanya kepada pemberita selepas program taklimat itu di sini, pada Isnin.

Melaka merupakan negeri pertama dikunjungi JPA bagi program taklimat berkenaan.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata pihaknya telah mengeluarkan surat pekeliling perkhidmatan mengenai perubahan gaji penjawat awam pada 16 April lepas.

-- BERNAMA

21 April 2012

Segera tentukan nasib 35,000 kakitangan kontrak: CUEPACS

Borneo Post
21/4/2012

MIRI: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyerahkan kepada kerajaan untuk menentukan nasib kira-kira 35,000 orang kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan seluruh negara sama ada diserapkan ke jawatan tetap atau sebaliknya.
Justeru, menurut Timbalan Presiden CUEPACS Pusat, Azih Muda, pihaknya amat berharap kerajaan dapat memberikan pertimbangkan khas supaya kakitangan kontrak terbabit yang juga merupakan sebahagian penjawat awam disambung perkhidmatan mereka atau diberikan jawatan tetap.
“Namun sehingga kini, belum ada sebarang tindakan drastik diambil pihak berkuasa yang berkaitan. Sehubungan itu, kita menggesa kerajaan supaya bertindak segera berhubung isu berkenaan memandangkan ada dalam kalangan kakitangan kontrak terbabit yang akan tamat kontrak pada Mei depan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas menghadiri majlis perasmian Seminar CUEPACS Bahagian Sarawak yang disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sumber Manusia), Datu Misnu Taha di sini pagi semalam.
Seminar sehari itu yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini dihadiri seramai 120 orang penjawat awam dari pelbagai jabatan di bahagian Miri.
Menurut Azih, buat masa sekarang terdapat kira-kira 35,000 orang kakitangan yang berkhidmat secara kontrak di agensi-agensi kerajaan sama ada di peringkat negeri, persekutuan, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun.
“Ada dalam kalangan kakitangan kontrak ini yang telah berkhidmat antara empat hingga 15 tahun dan kalau mereka ditamatkan perkhidmatan dengan tergesa-gesa, sudah pasti agak sukar bagi mereka kerana mempunyai tanggungan seperti keluarga, pendidikan anak-anak dan juga pinjaman,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, CUEPACS sekali lagi mengulangi rayuannya kepada Perdana Menteri agar memberi keutamaan kepada isu berkaitan kakitangan kontrak (disambung perkhidmatan) ini yang dibincangkan hangat di seluruh negara pada masa sekarang.
“Ataupun, kalau ada peluang, mereka boleh diberikan jawatan tetap di mana-mana agensi kerajaan mereka berkhidmat memandangkan ramai di kalangan pekerja kontraktor ini belum diserap ke jawatan tetap,” ujar beliau lanjut.
Dalam pada itu menurut Azih, semua penjawat awam di Sarawak akan  menerima pelarasan gaji Sistem Saraan Baru (SSB) yang telah ditambah baik mulai Mei depan.
“Pelaksanaan gaji SSB plus atau SSB ditambah baik akan dimulakan mulai Mei depan iaitu lambat sedikit daripada persekutuan. Persekutuan telah bayar pelaksanaan gaji berkenaan pada April.
“Ini bermakna tunggakan gaji SSB ditambah baik akan dibayar bersama kenaikan gaji dari Januari hingga April bagi semua anggota penjawat awam di Sarawak,” jelas beliau lanjut.

Bantu kerajaan sebar GTP

 Borneo Post
21/4/2012


 
Penjawat awam harus sedia hadapi agenda transformasi

MIRI: Para penjawat awam di negeri ini digesa supaya sentiasa mengorak langkah untuk membantu kerajaan dalam usaha menyebarluaskan Program Transformasi Kerajaan (GTP) hingga  ke peringkat akar umbi dalam usaha membangunkan negara dan bangsa khususnya Sarawak.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Misnu Taha berkata, sejajar usaha kerajaan untuk melonjak serta merancakkan pembangunan di negeri ini, setiap penjawat awam perlu menghadapi agenda transformasi era globalisasi ini dalam situasi kesiapsiagaan yang sewajarnya.
“Dalam konteks ini, adalah disarankan agar semua penjawat awam di negeri ini sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran diri dalam apa jua bidang yang sesuai dengan tuntutan zaman kini,” ujar beliau lanjut.
Justeru, tegas beliau, dalam usaha pihak kerajaan untuk memastikan agar agenda yang dihasratkan ini menjadi realiti, komitmen semua pihak sama ada pihak pemimpinan atasan mahupun anggota bawahan adalah amat dihargai.
“Sehubungan itu, sokongan padu dan mantap daripada seluruh penjawat awam akan memperkukuhkan lagi nada gagasan yang dilaungkan,” katanya.
Misnu berkata demikian pada ucaptamanya semasa merasmikan Seminar CUEPACS Bahagian Sarawak yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini pagi semalam.
Seminar sehari itu yang bertemakan ‘Ke Arah Transformasi Penjawat Awam di Sarawak’ dihadiri sermai 120 orang penjawat awam yang mewakili pelbagai jabatan kerajaan di bahagian Miri.
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Pusat Azih Muda, Setiausaha Kewangan CUEPACS Jaafar Mansor, Pengerusi CUEPACS Bahagian Sarawak Cecillia Yong Mee Chai dan Timbalan Residen Abdul Aziz Mohd Yusof.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis sama, Jaafar menasihatkan para penjawat awam agar sentiasa mengamalkan budaya berjimat cermat ketika berbelanja meskipun telah menerima pelaksanaan gaji baharu di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) yang ditambah baik.
“Kita minta penjawat awam supaya berbelanja ikut kemampuan. Simpan-simpanlah sikit untuk keperluan masa depan kerana kita tidak tahu ada atau tidak kenaikan pada tahun depan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, CUEPACS amat mengambil berat tentang kebajikan para penjawat awam dan tidak mahu dilabelkan sebagai pihak yang suka meminta-minta.

20 April 2012

KERAJAAN AKAN PASTIKAN PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR CAPAI OBJEKTIF- SHAFIE

Bernama
20/4/1012


SEMPORNA, 20 April (Bernama) -- Kerajaan akan berusaha memastikan pelaksanaan program-program pembangunan luar bandar mencapai objektifnya demi manfaat golongan sasar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagi tujuan itu, katanya penyelarasan bagi pelaksanaan program berkenaan antara kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri akan dimantapkan.

"Ini bermakna banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk menjayakan misi tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman dan Exco-Exco Luar Bandar di sini Khamis malam.

Katanya mesyuarat tahunan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) pada tahun ini akan membincangkan dasar-dasar dan cara melaksanakan projek di bawah kendalian kementerian itu.

Majlis itu diadakan sebagai menghargai Exco-Exco Luar Bandar dan Presiden CUEPACS dan jawatankuasa masing-masing dalam melaksanakan dasar-dasar dan program kerajaan.

-- BERNAMA

19 April 2012

PENJAWAT AWAM PERLU TINGKATKAN PRESTASI BERI PERKHIDMATAN TERBAIK

Bernama
18/4/2012

KUALA TERENGGANU, 18 April (Bernama) -- Penjawat awam di negeri ini diseru meningkatkan prestasi kerja supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Seruan dibuat oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah bertujuan supaya sasaran mencapai pengiktirafan lima bintang terlaksana dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai mulai tahun ini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan warga kerja Wisma Darul Iman di sini pada Rabu, beliau percaya usaha Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mencapai pengiktirafan lima bintang oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) itu dapat dicapai.

Mazlan berkata bagi merealisasi sasaran itu penjawat awam perlu peka dengan keperluan pelanggan dengan mengikut panduan pekeliling pengurusan kerana tugas utama mereka sebagai pemudah cara menyelesaikan pelbagai masalah atau memenuhi keperluan rakyat.

-- BERNAMA

16 April 2012

No need for certified copies

The Star
14/4/2012

SEREMBAN: Students applying for government scholarships will no longer have to go through the hassle of certifying copies of their academic results or other co-curriculur activities testimonials from now on.
Similarly, Malaysians, who submit various applications when doing transactions with the Government will also no longer be required to attach supporting documents certified by a commissioner of oaths or other agencies if there is no legal provision for it.

In yet another directive to enhance the Government's delivery system, Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan said these requirements needed to be done away with as they did not “portray” the modernisation the civil service was going through.

“These requirements were purely administrative in nature and did not in any way add value to government requirements.
“Even if these supporting documents have been certified, we would still need to verify these with the originals eventually,” he said in a circular.

Mohd Sidek said such requirements needed to be abolished as there were no legal provisions requiring people to submit such certified copies of documents,
“These requirements are just burdensome and that is why we need to put a stop to it,” he said.

Previously, students, for example, had to get copies of their academic certificates verified and stamped either by senior government officers, commissioner for oaths, MPs, assemblymen or village headmen.
They were required to have all academic and personal documents verified even when applying for free textbooks or for entry into Form Four or Lower Six in other schools.

Those applying for transfers to schools in other states, for places in institutions of higher learning or government jobs were also required to submit certified supporting documents with their applications.
Citing another example, Mohd Sidek said students who wished to get a copy of their Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia certificate from the Malaysian Examination Council are now required to submit a certified copy of their identity card and other academic certificates.

“Since the required information is already included in the application form, there is no need for the applicant to attach certified copies of other documents.
“There is no legal requirement for this,” he said.

Mohd Sidek said as such, all ministries and state government departments and agencies need to immediately review their work processes and simplify procedures for the people.

He said they should among others, check if there were legal requirements for applicants to submit certified documents with their applications.

“If there are none, then the public should be told accordingly so that they will not be made to go through the trouble,” he said.

Cuepacs president Datuk Omar Osman said the directive was timely as the requirement was time-consuming and costly.

Proposed buddy system may backfire, says Cuepacs

The Star
15/4/2012




PETALING JAYA: Cuepacs has questioned the suitability of the proposed buddy system for civil servants, and urged the Public Service Department to review the plan.
Cuepacs president Datuk Omar Osman said the system might prove to be counter-productive as those who were assigned a buddy could take it the wrong way.
“Some may feel demoralised and demotivated to work if they find out that they were considered problematic,” he said yesterday.

He added that assigning someone from the same department to “help” an underperforming colleague might also have a negative impact.

“The buddy may highlight small mistakes and weaknesses, making the colleague unnecessarily stressed. This would make the situation worse,” he said.

Omar suggested that government departments develop training programmes instead.

He said every department should have its own plan on how to improve the productivity of its staff.
“We believe that well-designed training programmes will be more effective for civil servants than assigning a colleague to help them.”

13 April 2012

CUEPACS MAHU PENGERUSI NEUTRAL DILANTIK KETUAI SURUHANJAYA KHAS KAJI PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
13/4/2012



SHAH ALAM, 12 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu seorang pengerusi berfikiran neutral dilantik bagi mengetuai Suruhanjaya Khas bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam di negara ini.

Timbalan Presidennya Azih Muda, berkata langkah itu perlu untuk meyakinkan semua pihak terutamanya seramai 1.4 juta penjawat awam bahawa kerajaan serius meningkatkan imej perkhidmatan awam di mata rakyat menerusi pelaksanaan agenda transformasi.

"Kalau boleh, kami berharap suruhanjaya ini dapat dilaksanakan segera dan harap pengerusi (suruhanjaya) itu seorang yang bebas dari segi pemikirannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum "Peranan Dan Cabaran Dalam Merealisasikan Transformasi Negara" yang dirasmikan Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng di sini, Khamis.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Lok ketika mengulas mengenai perkara sama berharap Cuepacs turut diberikan peluang untuk menganggotai suruhanjaya itu.

-- BERNAMA

12 April 2012

KE ARAH MENEMPA DEMOKRASI KEEMASAN

Utusan Malaysia
12/5/2012



Najib Tun Razak ketika berucap sempena Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama


Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Pertama-tama, sebesar-besar pujian dan rasa syukur diucapkan ke hadrat Allah S.W.T yang telah melimpah taufik dan kurnia-Nya kepada kita semua agar hidup dalam aman dan kerukunan.

Ampun Tuanku,

Menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Menghadap Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun.

Sebagai bunga mukadimah, patik bagi pihak Kerajaan, anggota keselamatan, penjawat awam dan rakyat Malaysia sekaliannya mempersembahkan setinggi-tinggi junjungan kasih kepada Tuanku berdua sempena pertabalan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong keempat belas, pada pagi yang penuh beristiadat ini.
Sesungguhnya, lembaran-lembaran kehidupan sejak zaman berzaman menyaksikan setiap satu perkara akan tiba jua pada waktunya. Setiap satu peristiwa pula akan berlaku pada tempoh dan saatnya. Maka, setelah lebih 40 tahun berlalu pada pagi yang nyaman dan syahdu ini, Malaysia sekali lagi mengukir dan memahat pada titik-titik garisan sejarah negara yang bitara lagi tersendiri, apabila bertakhta buat kali keduanya, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 

Sayugia majlis pertabalan ini menjadi perlambangan betapa utuhnya institusi kebangsaan yang telah terzahir sejak lebih lima dekad lalu. Inilah cerminan kebijaksanaan pentadbiran bapa-bapa pengasas pertiwi tercinta yang bertali arus lagi sambung menyambung semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman sampailah kini dalam mengadun dan menenun fabrik warisan lampau serta keperluan masa depan demi mencipta kestabilan nasional.
Hasilnya, lahirlah sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang berteraskan falsafah Persekutuan serta prinsip ketertinggian perlembagaan itu sendiri. Lalu wujudlah sebuah ekosistem sebagai pemangkin kepada transformasi Malaysia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.
Ampun Tuanku,
Membuka lipatan-lipatan waktu, negara kita telah diuji dan dihadapkan dengan pelbagai episod genting seperti darurat, pemberontakan Parti Komunis Malaya, era konfrantasi dan insurgensi.Kemudiannya, ketidakstabilan ini ditambah buruk oleh pergeseran kaum akibat dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Era luar biasa tersebut memerlukan langkah yang juga luar biasa untuk menanganinya. Kini, masa telah berkisar, musim juga beralih. Maka, sebagai Kerajaan yang menjunjung kepentingan rakyat, langkah luar biasa wajar diambil berpaksikan keberanian moral demi perubahan dan pembaharuan.

Ampun Tuanku,

Sempena sambutan Hari Malaysia ke-48, patik bagi pihak Kerajaan telah mengumumkan sebuah road map dalam memeta perubahan dan pembaharuan landskap siasah negara melalui Program Transformasi Politik atau PTP.
PTP adalah sebahagian daripada Dasar Transformasi Nasional yang melibatkan komponen Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Luar Bandar.
Bagi menjelaskan lagi, sebenarnya, usaha-usaha untuk merencana segala bentuk transformasi tersebut, bermula tiga tahun lalu, adalah sebagai tapak, kerangka serta landasan yang mencakupi semua aspek dan bidang. Apa yang penting, matlamat akhirnya adalah untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Sebetulnya lagi, PTP digembleng atas sebab Kerajaan Tuanku menginsafi bahawa keinginan muncul sebagai negara maju menuntut kepada kemajuan kedua-dua elemen, iaitu hardware atau perkakasan, serta software yakni perisian.Hakikatnya, kehebatan infrastruktur fizikal semata-mata tanpa terbangunnya kesetaraan dari segi roh, semangat serta kesegaran intelek, sesebuah kemajuan itu mana mungkin bersifat mapan.Menjengah sudut pandang yang lain, Kerajaan Tuanku percaya bahawa setelah lebih separuh kurun merdeka dan mengamalkan demokrasi, masyarakat berbilang kaum di Malaysia telah mencapai tahap kematangan yang tinggi.

Berpegang kepada hal itu, kita kini bersedia memasuki era baru di mana fungsi kerajaan tidak lagi dilihat sebagai mengehadkan kebebasan individu, sebaliknya, untuk memastikan bahawa hak-hak asasi yang dilindungi perlembagaan bagi setiap individu itu terjamin.
Selanjutnya, satu perimbangan adil, dapat pula ditemui antara kebebasan seseorang dan keselamatan kebangsaan.
Ampun Tuanku,
Bersesuaian dengan iltizam, Kerajaan Tuanku melalui Parlimen telah pun membatalkan tiga proklamasi darurat yang masih berkuatkuasa dan akan membiarkan kesemua ordinan di bawah perisytiharan tersebut mansuh pada bulan Jun ini kecuali tiga ordinan yang akan dibentangkan sebagai rang undang-undang baru di Parlimen.Rang undang-undang berkenaan adalah yang berkaitan dengan RELA, Rukun Tetangga dan Undang-Undang Laut Wilayah.
Kerajaan Tuanku juga telah mengambil langkah-langkah memansuhkan Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri dan menggubal Akta Perhimpunan Aman serta meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU.

Pada hari Isnin depan, bersamaan 16 April ini, di Parlimen, patik akan membentangkan rang undang-undang bagi memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Pada hemah kerajaan, meskipun ISA telah banyak berjasa kepada negara, ia telahpun melampaui jangka hayat kegunaannya.Ringkasnya, kita memerlukan kerangka baru perundangan keselamatan nasional dalam era kontemporari yang semakin kompleks.

Di bawah undang-undang baru, Kerajaan Tuanku mengambil keputusan untuk menghapuskan kuasa tahanan tanpa perbicaraan dimiliki Menteri Dalam Negeri manakala tahanan oleh pihak berkuasa bagi tujuan siasatan kini dipendekkan. Kuasa semakan kehakiman pula akan dikembalikan sepenuhnya kepada Mahkamah.
Rang Undang-Undang ini juga menjamin bahawa tidak ada seorang pun rakyat Malaysia boleh ditahan kerana kepercayaan atau aktiviti politiknya.
Ampun Tuanku,
Pendek kata, Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan yakni Langkah-Langkah Khas bukan sahaja akan memastikan pihak berkuasa mempunyai senjata perundangan yang cukup bagi memerangi keganasan global dan mempertahankan demokrasi berparlimen di Malaysia, tetapi juga untuk memelihara hak kebebasan warganegara.
Kesimpulannya, semua prakarsa, inisiatif dan program ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan tempoh pemerintahan Tuanku, Insya-Allah, akan menempa sebuah kala demokrasi keemasan di Malaysia.
Ampun Tuanku,
Sememangnya peranan Raja-Raja Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melaka, tempoh sebelum merdeka, membawa kepada mencapai kemerdekaan telah tersulam kemas sehinggalah kini dalam perjalanan Malaysia pada era moden.Kendatipun pertautan raja dan rakyat sedang menyelusuri jejak-jejak waktu, namun ia kekal relevan mendakap realiti semasa. Benarlah bagai dikata hubungan raja dan rakyat terpisah tiada. Bagai aur dengan tebing, saling melengkapi. Ikatan kedua-duanya begitu simbiotik, berputik melalui wa'ad dan bai'ah yang telah terpateri kukuh di Bukit Siguntang Mahameru antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun serta kisah-kisah dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Selanjutnya lagi, tawarikh telah turut membuktikan apabila perhubungan antara keduanya disuburi keharmonian serta dibajai emosi dan kerohanian yang mendalam, maka sebarang apa pun kemelut yang dihadapi negara dapat ditangani dengan jayanya.
Ampun Tuanku,
Sehubungan itu, patik sekali lagi mewakili kerajaan dan rakyat seluruhnya merakamkan rasa bangga kerana tonggak institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai kepala utama negara kembali dipegang oleh Tuanku yang sangat berpengalaman dan terkenal mengasihi rakyat jelata. 

Laginya, serasa pula tidak lengkap, seandainya patik dan pihak keluarga tidak mengambil kesempatan ini secara khusus bagi melahirkan rasa bertuah kerana setelah Allahyarham ayahanda patik berpeluang berkhidmat dengan Tuanku, kini ditakdirkan pula giliran patik untuk menumpah khidmat. Segalanya dalam perhitungan Allah, dan mudah-mudahan Tuhan yang Maha Esa memberi pertolongan dan inayah-Nya kepada kita semua.

Ampun Tuanku,

Akhir kalam, patik bagi pihak kerajaan, hamba rakyat, putera puteri watan ini serta segenap jajah takluknya dengan penuh rasa kasih mesra yang marak lagi menyala, memohon semoga Allah S.W.T melanjutkan usia Tuanku dan Tuanku Permaisuri serta sentiasa terpelihara dalam keadaan sihat walafiat. Moga-moga Tuanku berdua kekal bersemayam di atas takhta Persekutuan dan dipermudahkan segala urusan bagi menjalankan tugas-tugas rasmi negara, demi Malaysia yang tercinta. 

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ampun Tuanku.

10 April 2012

CUEPACS MAHU BINCANG DENGAN PM

Utusan Malaysia
Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
10/4/2012

PUTRAJAYA 10 April - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini bagi membincangkan nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pertemuan tersebut adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan isu membabitkan kakitangan kategori tersebut yang tidak diserap ke jawatan tetap mahupun yang telah ditamatkan perkhidmatan.
Katanya, CUEPACS menerima banyak aduan daripada kakitangan kontrak bahawa kontrak mereka tidak disambung walaupun menunjukkan mutu kerja yang baik.Pihaknya, kata beliau, telah bertemu Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) berhubung isu tersebut namun, tiada sebarang kata putus diberi."CUEPACS berharap Perdana Menteri akan bersetuju mengadakan perbincangan mengenai perkara ini, jika keputusan kelak menyebelahi kakitangan kontrak, ia akan menjadi berita gembira kepada mereka menjelang Hari Pekerja 1 Mei nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 200 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) berstatus kontrak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.Menurut Omar, ketika ini terdapat hampir 700 PTD berstatus kontrak kebanyakannya lepasan institusi pengajian tinggi awam mahupun universiti luar negara yang memperoleh tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Saya juga hairan mengapa pegawai PTD lepasan IPTA tempatan dan universiti luar negara yang mendapat tajaan biasiswa dan tajaan JPA tidak mendapat status pekerja tetap walaupun mereka telah berkhidmat dalam tempoh yang lama dengan agensi-agensi kerajaan."Jika alasan tiada jawatan kosong ia tidak munasabah kerana tiada pengambilan pekerja baru dibuat selepas pembekuan jawatan Jun tahun lalu, bayangkan berapa ramai penjawat awam yang berhenti dalam tempoh tersebut," katanya.
Oleh itu, katanya, CUEPACS menggesa supaya kerajaan menilai sedalam-dalamnya mengenai perkara itu selain menyerap kesemua pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan ke jawatan tetap."Pekerja kontrak juga adalah penjawat awam dan rata-rata telah berkhidmat lima hingga 10 tahun. Sepanjang perkhidmatan pelbagai peranan dan jasa telah dicurahkan untuk agensi tertentu, jadi tidak salah jika mereka diserap ke jawatan tetap," katanya.Menurut Omar, kebanyakan pekerja kontrak kini berada dalam dilema dan sering membuat aduan kepada CUEPACS agar nasib mereka terbela.
"Oleh itu, saya memohon jasa baik Perdana Menteri untuk memandang serius isu ini kerana ia melibatkan keadilan untuk pekerja kontrak yang telah berkhidmat sekian lama dengan kerajaan," katanya.

CUEPACS MAHU ISU PTD DAN PENJAWAT AWAM BERSTATUS KONTRAK DISELESAI SEGERA

Bernama
10/4/2012



PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi memohon kerjasama kerajaan agar Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berstatus kontrak diserapkan ke jawatan tetap.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata terdapat PTD kontrak yang sudah berkhidmat lebih empat tahun turut tidak disambung kontrak, menyebabkan mereka kehilangan mata pencarian.

Beliau berkata isu itu telah diperjuangkan sejak tiga tahun lalu tetapi masih menemui jalan buntu meskipun beberapa pertemuan dilakukan dengan pihak tertentu termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya ia diselesaikan segera.

"Tekanan-tekanan seumpama ini dikhuatiri boleh menimbulkan masalah keluarga," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama sebahagian daripada PTD berstatus kontrak di sini hari ini.

Omar berharap satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat diadakan sebelum sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini bagi menyelesaikan isu berkenaan termasuklah nasib penjawat awam berstatus kontrak yang lain.

-- BERNAMA

05 April 2012

PENJAWAT AWAM PERLU PROFESIONAL

Utusan Malaysia
5/4/2012

KUANTAN 5 April - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, setiap penjawat awam perlu beriltizam untuk membentuk akhlak dan peribadi baik serta mengamalkan daya kerja berkualiti bagi mengekalkan persepsi dan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam.
Baginda bertitah, untuk melihat negara ini terus maju, aman dan program-program pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik, ia memerlukan penggemblengan tenaga kerja seluruh penjawat awam di negara ini.
"Setiap penjawat awam perlu profesional serta menggunakan pendekatan terbaik ketika menjalankan apa saja urusan yang membabitkan rakyat.
"Jika mereka sama saja seperti sebelumnya tanpa ada penambahbaikan, tidak mustahil suatu hari nanti pihak atau organisasi lain akan mengambil alih peranan kita hari ini kerana kita tidak lagi relevan," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Santapan Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Pahang serta Majlis Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, di sini malam tadi.
Sultan Ahmad Shah bertitah, hubungan baik antara penjawat awam dan ahli politik perlu diwujudkan agar matlamat memajukan negara dapat dicapai kerana melalui persefahaman kedua-dua pihak berkenaan banyak program negara dapat dilaksanakan.
"Bagaimanapun, setiap tugas yang dilaksanakan oleh penjawat awam tidak perlu dipolitikkan kerana ia akan menyusahkan rakyat serta melambatkan perancangan kerajaan," titah baginda.
Baginda juga bertitah, penjawat awam yang profesional tidak akan menyokong mana-mana parti politik sebaliknya hanya menjalankan tugas masing-masing berasaskan dasar yang telah ditetapkan.
"Oleh itu, setiap penjawat awam perlu komited dan mendokong aspirasi kerajaan hari ini," titah baginda.

TIGA KESATUAN BANTAH CADANGAN JAWATAN UTAMA PENTADBIRAN IPTA DIBUKA KEPADA ORANG LUAR

Bernama
5/4/2012


SERDANG, 4 April (Bernama) -- Tiga kesatuan membantah cadangan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membuka jawatan utama pentadbiran institusi pengajian tinggi awam iaitu Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan kepada pihak luar.

Kesatuan itu diwakili Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (MASTI), Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA (GAKUM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mengadakan persidangan bersama selama lebih dua jam di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini bagi membincangkan isu berkenaan.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman, yang juga Pengerusi GAKUM berkata cadangan untuk menempatkan orang luar memegang jawatan utama berkenaan adalah antara yang terkandung dalam rang pindaan Akta Univesiti Kolej Universiti (AUKU) 1974.

Omar berkata tiada perbincangan terperinci dilakukan bersama pihak kesatuan dalam pelaksanaan hal itu dan yang demikian, pihaknya berharap dapat menemui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Satu memorandum berhubung perkara itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika Kementerian Pengajian Tinggi bertegas untuk membuka jawatan itu kepada pihak luar.

-- BERNAMA

04 April 2012

MAMPU JADI KOPERASI MEWAH

Utusan Malaysia
Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pengarang@utusan.com.my
4/4/2012


ISMAIL Sabri Yaakob menyampaikan replika cek Bantuan Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Omar Osman (dua dari kanan) di Menara SSM, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF


KUALA LUMPUR 3 April - Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia Berhad (KPA1B) yang baru ditubuhkan bulan lalu mampu menyaingi pencapaian koperasi gergasi lain jika semua 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara menyertainya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain mampu menjadi koperasi terbesar dengan bilangan ahli yang ramai, KPA1B berkeupayaan mengumpul modal besar.
Ini kerana menurutnya, melalui yuran penyertaan minimum yang dikenakan RM10 untuk seorang penjawat awam, koperasi itu mampu mengumpul sebanyak RM14 juta.

CUEPACS HARGAI KAJI CARUM KWSP

Berita Harian
2012/04/04

KUALA LUMPUR: CUEPACS menghargai langkah kerajaan mengkaji semula jumlah caruman bulanan pekerja dan majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai tanda keprihatinan kerajaan meningkatkan taraf hidup khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, usaha berkenaan satu langkah tepat mengurangkan beban pekerja sejajar dengan kenaikan kos sara hidup selain menjamin masa depan mereka selepas bersara kelak. “Oleh itu, semakan semula itu wajar dilaksanakan secepat mungkin berikutan ia membabitkan kepentingan pekerja yang sudah banyak memberi sumbangan melalui tenaga dan kepakaran dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. “Melalui kajian ini juga, kami berharap pekerja akan menikmati peningkatan jumlah caruman daripada majikan selaras dengan keuntungan yang dicapai syarikat sebagai imbuhan jangka panjang kepada kakitangan yang komited menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi semalam.

03 April 2012

KOPERASI PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA BERHAD MAMPU LONJAK SUMBANGAN KOPERASI KDNK

Bernama
3/4/2012



KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Penubuhan Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia Berhad dijangka mampu melonjakkan secara drastik sasaran sumbangan koperasi seluruh negara sebanyak 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada masa ini, sumbangan sektor koperasi hanya satu peratus kepada KDNK namun beliau positif sasaran menjelang 2020 itu dapat dicapai.

"Yang pertama,�dari segi keahlian itu bertambah dan yang kedua dari segi modal saya percaya koperasi ini boleh mengumpulkan modal yang besar, kalau seorang ahli RM10 minimum, dah dapat RM14 juta (Ambil kira jumlah 1.4 juta penjawat awam) kalau RM100 (RM140 juta).

"Dengan jumlah ini, mereka boleh jalankan pelbagai aktiviti perniagaan yang tentu boleh menyumbang kepada pendapatan sektor koperasi secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran Berkoperasi di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Cuepacs�yang juga Pengerusi Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia Datuk Omar Osman.

Pada majlis itu, Ismail turut�menyempurnakan penyampaian geran bantuan pembangunan sebanyak RM100,000 daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada koperasi itu.

Penubuhan koperasi itu disuarakan Omar�ketika berucap pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas.

Ismail berkata dalam menjayakan sasaran sumbangan KDNK koperasi yang masih dianggap mustahil itu, koperasi seluruh negara perlu melabur dalam pelbagai bidang perniagaan dan tidak hanya tertumpu kepada sektor kredit.�

Sementara itu, Omar menjangkakan koperasi yang baru didaftarkan pada 5 Mac lepas itu dapat memberi impak yang signifikasi kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam masa tiga tahun.

Beliau berharap penubuhan koperasi itu akan memberi faedah kepada kesemua penjawat awam dan mendapat kerjasama baik daripada mereka.

Buat masa ini, katanya pendaftaran keahlian dengan yuran minimum RM10 diuruskan di Wisma Cuepacs dan medium pendaftaran akan diperluaskan dari semasa ke semasa.

"Kita sasarkan 50,000 ke 100,000 ahli dalam tahun pertama. Kumpulan pengurusan tertinggi mungkin kita tak ada masalah tapi kita nak terapkan kepada kumpulan pelaksana,�kumpulan bawahan dan pendapatan sederhana untuk sertai koperasi ini," katanya.

-- BERNAMA

02 April 2012

CADANGAN POTONGAN GAJI PENJAWAT AWAM MELALUI BANK KOMERSIAL MASIH DI PERINGKAT PERBINCANGAN

Bernama
2/4/2012



KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Cadangan untuk pemberian kemudahan kod pemotongan gaji penjawat awam kepada bank-bank komersial dan institusi kewangan masih lagi dalam peringkat perbincangan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mengalu-alukan maklum balas dari semua pihak sebelum kaedah itu dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Kerajaan menimbang ke atas pihak yang terlibat, terutamanya implikasi dan kesan kewangan yang mungkin timbul sekiranya ia dilaksanakan.

"Justeru itu, pelaksanaannya akan dibuat apabila kerajaan berpuas hati ia diterima baik oleh semua pihak," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah).

Ahmad ingin tahu mengenai dasar baru Jabatan Akauntan Negara yang mencadangkan pemberian kemudahan kod potongan gaji kakitangan kerajaan kepada bank-bank komersial dan institusi kewangan.

-- BERNAMA

PERUBAHAN TEMPAT PROGRAM TAKLIMAT KESEDARAN BERKOPERASI PADA 3.4.2012

Media CUEPACS
2/4/2012



PERHATIAN !






Y.BHG DATO’/TUAN/PUAN.
 
 
DIMAKLUMKAN PROGRAM TAKLIMAT KESEDARAN BERKOPERASI  DAN MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PEMBANGUNAN  SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA  YANG AKAN DIADAKAN PADA 3 APRIL 2012 (SELASA) DI DEWAN SERBAGUNA ARAS G, KPDNKK, PUTRAJAYA DI UBAH TEMPAT KE AUDITORIUM TUN DR SITI HASMAH, TINGKAT 10, SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA, MENARA SSM@SENTRAL, NO. 7 JALAN STESEN SENTRAL 5, KUALA LUMPUR SENTRAL, 50623 KUALA LUMPUR.
 
 
ZAKARIA BIN MAT JUSOH
Ketua Penolong Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Bahagian Promosi & Pengembangan
Tingkat 13, 100 Putra Place,
100 Jalan Putra,50350 Kuala Lumpur
Tel  : 03-4047 4124 ; Faks : 03-4047 4113
HP  : 013-282 1960

PEKELILING KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DAN PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

JPA
31/3/2012

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012

Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia
Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

01 April 2012

JADUAL PELARASAN GAJI BARU PENJAWAT AWAM BOLEH DISEMAK DALAM LAMAN WEB JPA

Bernama
1/4/2012


KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pekeliling yang telah dimuat naik di laman web JPA www.jpa.gov.my, pada 30 Mac (Jumaat), membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Gaji baru itu berkuatkuasa mulai 1 Jan 2012.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata Pekeliling Perkhidmatan itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

"Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus hingga sembilan peratus dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan," katanya di dalam Pekeliling berkenaan.

Abu Bakar berkata dengan berkuatkuasanya Pekeliling itu, jadual gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM sebelum 1 Jan 2012 dan beberapa peruntukan Pekeliling Perkhidmatan termasuk pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah dibatalkan.

Menurut Abu Bakar, prinsip kenaikan bagi gaji baru adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Dis 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred.

Berdasarkan jadual gaji, kadar kenaikan gaji sehingga 13 peratus diberikan kepada pegawai kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54).

Manakala kadar kenaikan tujuh peratus diberi kepada kumpulan pengurusan tertinggi (Gred Gaji VU1, VU2 dan setaraf), lapan peratus (VU3,VU4 dan setaraf) dan sembilan peratus (VU7-VU5 dan setaraf).

Pelaksanaan gaji baru itu layak diberikan kepada pegawai tetap, sementara, kontrak dan Guru Sandaran, kecuali bagi pegawai yang dikenakan hukuman tata tertib, buang kerja yang berkuatkuasa pada atau sebelum 1 Jan 2012 dan pegawai yang bersara sebelum tarikh itu.

Abu Bakar berkata kenaikan gaji itu tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai atau elaun dan kemudahan di bawah SSM kecuali elaun yang kadar atau kelayakannya adalah berdasarkan gaji atau linkungan gaji.

Beliau berkata peruntukan Pekeliling Perkhidmatan itu dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

-- BERNAMA