SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

29 September 2012

BAJET 2013: BONUS KAKITANGAN AWAM DITAMBAH SATU BULAN


Wartawan Sinar Harian 28 September 2012
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
SHAH ALAM - Bajet 2013 menyediakan bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan kepada kakitangan awam, jumlahnya 1.3 juta orang, sempena sambutan Aidilfitri lalu.Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telah pun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri. Najib berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.

BONUS RM500, KADAR PENCEN NAIK BUKTI KERAJAAN PRIHATIN TERHADAP PESARA

Bernama
29/9/2012


KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pemberian bonus sebanyak RM500 dan kenaikan kadar pencen minimum untuk pesara kerajaan, yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun, daripada RM720 kepada RM820 dalam Belanjawan 2013, membuktikan kerajaan tidak melupai jasa mereka.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh berkata buktinya, saban tahun kerajaan prihatin dengan sentiasa memberi habuan kepada pesara, sama seperti penjawat awam lain.

"Kesemua pesara amat menghargai pemberian kerajaan dan akan berusaha menggunakan wang itu secara berhemah," katanya ketika mengulas Belanjawan 2013 bertema 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati' yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat petang Jumaat.

Wan Mahmood berkata pemberian itu juga begitu berharga untuk pesara kerajaan yang hidup pada paras kemiskinan.

"Janganlah berbelanja sewenang-wenangnya," nasihat beliau kepada 50,371 pesara kerajaan.

Mengulas pengurangan bayaran pemprosesan pasport daripada RM300 kepada RM150 untuk tempoh lima tahun kepada warga emas, atau dikurangkan kepada RM80 untuk tempoh dua tahun, beliau berkata langkah itu akan menggalakkan pesara kerajaan melancong ke luar negara.

"Lawatan sambil belajar ke luar negara boleh memperkayakan pengalaman untuk faedah hidup rakyat dan negara," katanya.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman pula berterima kasih kepada kerajaan kerana menghargai jasa bekas penjawat awam dengan menaikkan kadar pencen minimum selain pemberian bonus kepada golongan itu.

"Bagaimanapun, kita berharap akan terus ada penambahbaikan dalam skim pencen untuk pesara dari semasa ke semasa," katanya.

Di ALOR SETAR, Presiden Persatuan Pesara-Pesara Kerajaan Malaysia Kedah Datuk Harun Hashim berkata pelarasan pencen itu menunjukkan kerajaan menyanjung budi golongan pesara.

"Dengan kenaikan kadar pencen ini, ia dapat membantu meringankan beban pesara, terutama yang tidak ada punca pendapatan lain selain pencen.

"Kami berharap kerajaan akan terus prihatin dan mengambil kira jasa yang telah disumbangkan oleh golongan pesara ketika kami berkhidmat dengan kerajaan dahulu," katanya kepada Bernama.

Selain itu, Harun berkata pihaknya sangat menghargai pemberian bonus sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

-- BERNAMA

PEMBERIAN BONUS 1 1/2 BULAN TERBAIK SETAKAT INI - CUEPACS

Bernama
29/9/2012


KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pemberian bonus satu setengah bulan kepada 1.3 juta penjawat awam adalah pemberian bonus terbaik yang pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Beliau berkata pemberian bonus itu juga membuktikan bahawa kemampuan kerajaan dari segi kewangan.

"Kerajaan pastinya telah mengkaji semua perkara sebelum membuat keputusan memberi bonus itu. Ia menunjukkan kerajaan perihatin dengan kehendak penjawat awam dan sentiasa berusaha memenuhi permintaan mereka setiap tahun.

"Cuepacs juga melihatnya sebagai bukti bahawa negara mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik," katanya.

Beliau mengulas pengumuman pemberian bonus oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 bertemakan 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati' di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Omar berkata kesediaan kerajaan membelanjakan peruntukan yang besar untuk pemberian bonus juga dilihat dapat membawa kesejahteraan kepada penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Cuepacs amat berterima kasih dengan pemberian bonus ini dan berharap penjawat awam dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka. Jadikanlah bonus ini sebagai pembakar semangat untuk gigih bekerja," katanya.

Beliau berkata Cuepacs juga menyambut baik mengenai pembinaan 123,000 unit rumah mampu milik di kawasan-kawasan strategik termasuk di Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Baharu (Johor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang) tahun depan kerana ia adalah antara yang dimahukan penjawat awam.

Bagaimanapun, beliau masih berharap kerajaan dapat menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan dari 4 peratus kepada 1 peratus untuk mengurangkan beban pinjaman perumahan kakitangan awam.

-- BERNAMA

CUEPACS: 1.5 MONTH BONUS PROVES SOUND GOVERMENT FINANCES

Malaysia Insider
September 28, 2012




KUALA LUMPUR, Sept 28 — The 1.5 months’ bonus to 1.3 million civil servants was the best so far said Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (CUEPACS) president Datuk Omar Osman today.He said the payment of bonus also proved the financial capability of the government.“The government will have studied all areas before making a decision on giving bonus. It showed the government was concerned with the needs of civil servants and had always fulfilled their needs.

“CUEPACS has also seen the move as proof that the country was in a strong economic position,” he said when commenting on the provision of bonus to civil servants by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak when tabling the 2013 Budget in Parliament today.Omar (picture) said the readiness of the government to spend such a huge allocation for bonus was seen as enabling the wellbeing of low and medium income civil servants.“CUEPACS is grateful to the government for giving bonus and I hope civil servants will increase their productivity and improve their performances,” he said.

He said CUEPACS also welcomed the construction of 123,000 units of affordable houses at strategic areas in Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Baharu (Johor), Seremban (Negeri Sembilan) and Kuantan (Pahang) next year as it was among items relevant for civil servants.However, he was still hoping the government would lower the interest rate for housing loans from 4 per cent to 1 per cent, to reduce the burden of housing loans for civil servants in the country. — Bernama

25 September 2012

Belanjawan 2013, apa yang kita harapkan?

Malaysia Insider
September 25, 2012
25 SEPT — 28 September ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Belanjawan 2013 atau dalam bahasa sekarang, Bajet 2013.Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada penjawat awam dalam belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.
Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata ini perlu kerana kos perumahan kini khususnya di bandar raya amat tinggi.“Di kawasan bandar raya apabila wujudnya projek perumahan baharu, timbul masalah di mana orang yang berkemampuan sahaja yang dapat membeli rumah,” katanya dalam satu kenyataan.Perumahan adalah diantara masalah besar masyarakat bandar hari ini.
Harga terlalu mahal dan tidak ramai yang mampu.Harga perumahan dikawasan pinggir bandar juga turut meningkat dengan mendadak, terutamanya dikawasan-kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan awam.

Kemungkinan besar tuntutan Cuepacs akan ditunaikan kerana maklumlah, penjawat awam bank undi tersebsar bagi Barisan Nasional (BN).Akan tetapi bagaimana pula dengan pekerja swasta?
Apakah akan terus dianak tirikan dalam bajet kali ini sepertimana bajet-bajet tahun sebelumnya?
Pendapatan mudah kerajaan dalam setiap kali pembentangan bajet adalah kenaikkan cukai bagi produk-produk tembakau dan alkohol.Tidak siapa akan berani membantah kerana ianya adalah satu tindakan yang “politically incorrect.”Tetapi kerajaan jangan pula terlupa, sebarang peningkatan cukai tembakau dan alkohol akan menyebabkan aktiviti penyeludupan turut meningkat sama.

Dengan lambakkan produk-produk tembakau dan alkohol yang diseludup, pendapatan kerajaan daripada cukai produk tembakau dan alkohol yang dinaikkan itu tadi akan semakin berkurangan oleh kerana kerajaan tidak mendapat sesen pun hasil daripada aktiviti penyeludupan.Yang dijangkakan akan turun adalah harga kereta.Ini adalah kerana Pakatan Rakyat (PR) agresif berkempen mereka mahu menurunkan harga kereta jika mereka dapat menawan Putrajaya.
Tidak ada siapa baik dalam BN mahupun PR membincangkan tentang harga motosikal berkuasa besar yang mahal.

Mungkin kedua-dua BN dan PR tidak mengetahui majoriti pengguna motorsikal yang terlibat dalam kemalangan maut adalah mereka-mereka yang menggunakan motorsikal berkuasa 150cc kebawah.Saya tidak mempunyai statistik tentang ini akan tetapi saya diberitahu oleh sumber dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Mengapa tidak BN atau PR kaji tentang ini?Saya amat berharap juga agar dalam bajet kali ini, belanja untuk pendidikan dan kesihatan akan melebihi belanja untuk membeli senjata.
Biarlah Malaysia tidak kuat dari segi ketenteraan akan tetapi melahirkan lebih ramai golongan bijak pandai.Bantulah industri penerbitan buku tempatan dan juga meningkatkan perbelanjaan untuk menterjemahkan buku-buku yang baik dari luar negara.Bukan sahaja buku-buku sains tetapi juga buku falsafah.Wang perbelanjaan untuk ini boleh didapati daripada mengurangkan upcara makan-makan kerajaan yang sebenarnya “membunuh” secara senyap.Makanan-makanan yang “tidak sihat” yang seringkali dihidangkan dalam mesyuarat atau program-program kerajaan inilah yang menyebabkan ramai berpenyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan banyak lagi punca-punca kematian rakyat Malaysia.Kerajaan harus tunjukkan yang mereka bijak berbelanja.
Barulah rakyat akan mengikut.
Jangan jadi seperti ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus.

TURUN PADANG UNTUK TINGKAT PRESTASI PENJAWAT AWAM MUTU SISTEM PENYAMPAIAN - KSN

Bernama
26/9/2012


KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkata gesaannya supaya ketua-ketua setiausaha dan jabatan turun padang perlu dilihat dalam konteks meningkatkan prestasi penjawat awam dan mutu penyampaian perkhidmatan awam serta menjaga kebajikan penjawat awam sendiri.

Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata inisiatif itu juga bermaksud menguatkan jalinan silaturahim antara pemimpin dalam perkhidmatan awam dan petugas di peringkat akar umbi.

"(Adalah penting untuk) ambil tahu kerja-kerja yang sedang dilakukan oleh mereka dan ambil berat mengenai kebajikan mereka. Ini satu konsep yang penting," katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Jalan Tun Razak di sini, Selasa.

Beliau diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan pegawai tinggi Bernama termasuk Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Datuk Hasnul Hassan dan Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong.

Ali, yang dilantik sebagai KSN pada 24 Jun, menarik perhatian bahawa Malaysia kini mempunyai 1.42 juta penjawat awam dan jika dicampur dengan anggota keluarga terdekat, angka itu mencecah tujuh hingga lapan juta iaitu satu pertiga daripada penduduk Malaysia.

Beliau menjelaskan sebab itulah konsep 'merakyatkan perkhidmatan awam' perlu dihayati penjawat awam kerana dalam menyampaikan perkhidmatan awam, ia bererti memberi perkhidmatan kepada diri sendiri, anggota keluarga, sahabat handai dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Konsep merakyatkan ini akan meningkatkan semangat untuk berkhidmat untuk rakyat kerana kita juga adalah sebahagian daripada rakyat," katanya.

Menyentuh aspek keterbukaan yang perlu ada dalam kalangan penjawat awam di semua peringkat, beliau berkata langkah itu membolehkan mereka mengetahui dan mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat.

Mengenai penekanan terhadap konsep 'Strategi Lautan Biru' iaitu pendekatan aplikasi secara kreatif dan inovatif dalam melaksanakan dasar kerajaan, Ali berkata ia telah membuahkan hasil seperti yang dilihat melalui jalinan kerjasama antara pasukan polis dan tentera, yang jarang dilihat sebelum ini.

Menurutnya, program terbaharu di bawah strategi itu ialah 1Malaysia Youths For You (1M4U) bertujuan menyemarakkan semangat kesukarelaan dalam kalangan kira-kira 10 juta belia di negara ini.

-- BERNAMA

23 September 2012

CUEPACS HARAP KERAJAAN TAMBAH IMBUHAN TETAP PERUMAHAN PENJAWAT AWAM DALAM BELANJAWAN

Bernama|
23/9/2012



KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada penjawat awam dalam belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata ini perlu kerana kos perumahan kini khususnya di bandar raya amat tinggi.

"Di kawasan bandar raya apabila wujudnya projek perumahan baharu, timbul masalah di mana orang yang berkemampuan sahaja yang dapat membeli rumah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berharap bahagian cukai pendapatan tidak memotong cukai penjawat awam untuk satu jumlah yang besar sekali gus.

Sebagai contoh, katanya ketika penjawat awam mendapat kenaikan gaji 13 peratus baru-baru ini, cukai pendapatan dipotong antara RM600 hingga RM1,000 dan ini amat membebankan penjawat awam seolah-olah mereka tidak mendapat pelarasan gaji.

Lok berkata menerusi belanjawan itu juga penjawat awam bagi kumpulan yang berpendapatan kurang RM100,000 setahun berharap dapat diberi pelepasan cukai.

-- BERNAMA

CUEPACS WANTS TAX CUT FOR CIVIL SERVANTS

Sunday Daily
PETALING JAYA (Sept 23, 2012): The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) has requested for income tax reduction for civil servants earning below RM100,000 annually.Its secretary-general Loke Yim Pheng in a statement on Saturday said the government should relieve civil servants from the burden of high taxes.
"Income tax deductions can go as high as RM600 to RM1,000. Based on feedback we've received, civil servants want the government to reduce their income tax."Loke said even with the recent salary increase of up to 13%, the higher taxes render the increase negligible. "This is a big burden to civil servants, so much so that it feels that there is no increase."Loke also said the government should increase the housing allowance for civil servants as rising property prices have led to many not being able to afford houses in the urban areas.She also hinted at Cuepacs' demands for 2013 Budget, asking that some 100,000 government servants who have reached their maximum salaries be given an increase.
Cuepacs had on Sept 19 presented a six-point budget wishlist, which includes a two-month bonus for its members and improvements to the Malaysian Remuneration System.Its president Datuk Omar Osman reportedly said Cuepacs wished for more affordable houses priced between RM60,000 and RM150,000 in urban areas, targeted for members who earn RM3,000 and below a month.
He had also called for the cost of living allowance of RM180 monthly to be increased to reflect current needs, as well as the upgrade of existing government quarters, some of which have only one bedroom.

20 September 2012

BELANJAWAN: PENJAWAT AWAM SEDIA KERJA LEBIH WAKTU JIKA TUNTUTAN DIPENUHI

Bernama
20/9/2012


KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam sedia bekerja lebih masa jika 70 peratus daripada enam cadangannya dilulus kerajaan dalam Belanjawan 2013.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan.

"Cuepacs akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai jasa kerajaan meluluskan tuntutan tersebut," katanya kepada pemberita Rabu.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs ke-9 di sini, berkata penjawat awam masih menunggu perubahan dan penambahbaikan ke atas SSM setelah diumumkan pada 8 Mac lepas, susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.

Tuntutan lain ialah penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan; projek perumahan di bawah harga RM135,000 dalam kawasan bandar; menaikkan imbuhan tetap perumahan; kedudukan status 45,000 penjawat awam berstatus kontrak; bonus dua bulan gaji dan mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat.

-- BERNAMA

CUEPACS demands cheap homes for civil servants

September 19, 2012
Omar said the homes civil servants could afford were too far away from their workplaces.

KUALA LUMPUR, Sept 19 ― Civil service union CUEPACS demanded today the government force urban developers to set aside a 35-per cent quota of affordable homes priced under RM150,000 for civil servants, under the 2013 Budget to be tabled next week.CUEPACS president Datuk Omar Osman said that while affordable housing was available in rural areas, these were too far away for civil servants’ commute to work.“We ask the government to come up with a policy to ensure that 35 per cent [quota] of urban housing development costing between RM60,000 and RM150,000 will be imposed on developers so that medium income civil servants earning below RM3,000 can go to work easier,” Osman said.
 
He added that other demands, such as the replacement of the Public Service Renumeration scheme (SBPA), the resolution of issues with some 45,000 to 60,000 contract civil workers, and increasing the cost of living allowance (COLA) have been brought up before.He added that other demands, such as the replacement of the Public Service Renumeration Scheme (SBPA), an annual two-month bonus, resolving issues involving about 45,000-60,000 contract civil workers and increasing the cost of living allowance (COLA), have been brought up before.“These demands are not new, some are old but are critical and have to be addressed urgently as we have received too many reports and complaints,” Osman said.The Cuepacs president added that the supreme council today had decided to protest the government’s decision to dissolve the Joint Departmental Meetings in May, which disallows unions to elevate unresolved state negotiations to federal level.“We have been conducting deliberations in this way for the past 20 years and we feel slighted that this was done without Cuepacs receiving any prior warning,” Osman said.

When asked what the civil service had to offer in return for these demands being met, Osman said the supreme council would push for civil servants to work an additional half hour daily to guarantee increased productivity.“Imagine the government receiving an additional half hour of work from 1.4 million civil servants. If they look at the cost, they are on the winning side of this deal.“Most civil servants are already arriving early to work and leaving later, but we will take it to our congress to make such a move official if our demands are met,” Osman said, adding that the full Cuepacs congress was due to convene after the tabling of Budget 2013.

The Cuepacs president also said they will request an audience with both Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his deputy, Tan Sri Muhyiddin Yassin, in either October or November after the tabling of the Budget.“The supreme council members, numbering 120 people, want to ask for an audience with both leaders to meet up with the full congress, including members from Sabah and Sarawak, to discuss our issues further,” Osman said.

Budget wish list presented by Cuepacs

The Star
20/9/2012


KUALA LUMPUR: Cuepacs has issued a six-point wish list for the Government to consider in the Budget 2013 announcement, its president Datuk Omar Osman said.“We hope Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will give due consideration to our demands for the sake of the 1.4 million civil servants. We will be satisfied if at least 70% of the demands are met,” he said after chairing the Cuepacs supreme council meeting here yesterday.The six requests involved the announcement of the new remuneration scheme to replace the New Civil Servants Remuneration Scheme, which was scrapped earlier this year.

They are also seeking affordable urban housing, an increase in rent allowances, additional bonus apart from the recent half-month bonus, the fate of 45,000 contract workers whose contract ends this Dec 31 and the reinstatement of the federal-level Joint Departmental Council, which was abolished in May.Omar noted that the demands were not new and have been sought since 2010.

“Affordable urban housing for civil servants is the most pressing issue and has reached a critical stage. We had received numerous complaints from members on this matter. “We hope there will be a new housing policy that requires housing developers in the city to reserve 35% of their projects to build houses costing between RM60,000 and RM150,000,” he said.He also added that the current monthly housing rental allowances of RM180 should be increased to reflect the present market rates.

On the 45,000 contract staff whose terms expires on Dec 31 this year, Omar said most of them were between 40 and 50 years old and had families to feed and housing loans to pay.“We hope the Government will consider extending their contracts or place them on the pension or employee provident fund schemes,” he added.Omar said if the demands are met, Cuepacs will propose to get civil servants to agree to put in an additional 30 minutes of work daily.Under the proposal, civil servants would come in 15 minutes earlier and leave 15 minutes later.

“If an agreement is reached, the proposal will be forwarded to the Chief Secretary to the Government to ask him to issue a circular to that effect,” he added.He also said Cuepacs was seeking to meet the Prime Minister and his deputy to discuss the matter.

17 September 2012

KSN ARAH HENTIKAN SERTAMERTA AKTIVITI LASAK LIBATKAN BAKAL PTD

Bernama
17/9/2012


KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) menghentikan serta-merta aktiviti lasak melibatkan kursus Diploma Pengurusan Awam bagi bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) serta kursus lain bagi pegawai-pegawai tidak beruniform.

Ini, katanya berikutan insiden seorang kadet PTD, Aidy Hasmi Abu Hassan, yang meninggal dunia ketika menjalani latihan wataniah di Pekan, Pahang.

Beliau juga mengarahkan JPA dan Intan supaya menyiasat serta mengemukakan laporan berhubung kejadian itu.

"Bagi pihak seluruh Perkhidmatan Awam, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama orang yang beriman," kata Ali melalui laman Facebooknya.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut mengenai Aidy Hasmi atau apa yang berlaku terhadap Allahyarham.

-- BERNAMA

15 September 2012

CUEPACS PERSOAL KEPUTUSAN JPA MANSUH MBJ PERINGKAT PUSAT

Bernama
15/9/2012



KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mempersoalkan keputusan Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memansuhkan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) peringkat pusat dan hanya mengekalkannya pada peringkat negeri sahaja.

Presidennya Datuk Omar Osman menyifatkan pemansuhan tersebut sebagai satu penganiayaan terhadap penjawat awam kerana MBJ pusat merupakan badan perundingan tertinggi yang bertanggungjawab menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi pekerja.

"Fungsi MBJ pusat adalah untuk menyelesaikan apa juga masalah pekerja awam yang gagal diselesaikan pada peringkat negeri dan ianya penting kerana pada peringkat inilah ketua-ketua pengarah akan berkumpul bersama bagi membincangkan dan mencari penyelesaian kepada sebarang masalah penjawat awam di peringkat bawahan.

"Apabila dimansuhkan MBJ pusat, saya melihat tiada gunanya untuk mengekalkan MBJ negeri kerana kuasa yang ada padanya (MBJ negeri) terhad...jadi bagaimana mahu selesaikan masalah penjawat awam termasuk isu kebajikan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan sebuah medium dua hala yang ditubuhkan 20 tahun lepas dan berfungsi sebagai saluran komunikasi antara pihak pekerja dengan pihak pengurusan.

Omar menegaskan pihaknya akan mengadakan satu meyuarat tergempar pada minggu pertama Oktober depan bersama semua kesatuan gabungan di bawah Cuepacs bagi membincangkan serta mencari keputusan bersama berkenaan perkara tersebut.

-- BERNAMA

14 September 2012

UTAMAKAN RUMAH PENJAWAT AWAM

Utusan Malaysia
Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menjadikan isu perumahan antara keutamaan dalam pembentangan Bajet 2013 kelak.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pembentangan tersebut dinanti-nanti seluruh rakyat negara ini termasuklah penjawat awam.Menurutnya, isu perumahan diharap menjadi penekanan memandangkan situasi harga rumah yang melonjak dan di luar kemampuan, khususnya bagi 30 hingga 40 peratus penjawat awam.

"Ini situasi yang membimbangkan. Golongan tersebut masih sukar memiliki rumah bawah RM200,000 meskipun telah bekerja antara lima hingga 10 tahun serta menggabungkan gaji suami dan isteri."Ini menyebabkan ada segelintir yang tidak mempunyai kediaman sendiri walaupun tiba tempoh persaraan," katanya.Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan memorandum oleh Persatuan Penolong Pegawai Sains institusi pengajian tinggi awam (IPTA) (PPPSIPTA) dan Harapan Bajet 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Hadir sama Presiden PPPSIPTA, Zainal Abidin Bahari.Menurut Osman, CUEPACS juga berharap pembentangan bajet kali ini memberi harapan baru kepada pekerja sektor awam termasuk pemberian bonus.

"Sekiranya kerajaan memberi bonus sebanyak dua bulan atau sebulan gaji kepada penjawat awam, ini menunjukkan kemampuan ekonomi negara, selain menjadi sejarah serta perubahan dalam sektor awam."Kami juga berharap permohonan elaun dan insentif sektor awam kembali dipertimbangkan," katanya.Mengulas penyerahan memorandum hari ini, Osman berkata, ia berkaitan dengan tuntutan menaik taraf skim perkhidmatan pembantu makmal di IPTA seluruh negara.

Katanya, tuntutan yang diminta itu selari dengan tugas pembantu makmal universiti yang membantu melakukan penyelidikan, memantau latihan amali pelajar dan banyak lagi."Kira-kira 1,200 pembantu makmal sahaja yang mendapat kenaikan pangkat sejak ia dinaik taraf pada 2005."Menginjak ke tahun 2009, skim berkenaan kembali bergerak perlahan dan kini seramai 387 pembantu makmal lagi telah lulus Bridging Programme pada 2010/2011 tetapi masih belum dinaikkan pangkat," katanya.

Omar memberitahu, memorandum tersebut akan diserahkan pada 20 September ini untuk perhatian Setiausaha Bahagian dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Rujhan Mustafa."Jika tiada sebarang tindakan sehingga 1 November depan, pihak universiti mungkin menghadapi masalah dan pengajian pelajar akan terjejas kerana kumpulan ini bakal melaksanakan work to rule atau bekerja mengikut waktu pejabat," katanya lagi.

KETUA JABATAN DIINGATKAN TIDAK ABAI KEBAJIKAN DAN KEPEERLUAN ANGGOTA BAWAHAN - KSN

Bernama
14/9/2012


KUCHING, 13 Sept (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa pada Khamis mengingatkan semua ketua jabatan dan agensi kerajaan agar sentiasa mengambil berat kebajikan serta kemudahan kerja penjawat awam di bawah jabatan masing-masing.

Beliau berkata jangan hanya mengharapkan mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berkelas dunia kepada rakyat namun pada masa sama mereka bekerja dengan kemudahan dan suasana sebaliknya.

"Ketua jabatan jangan hanya melihat apa yang berlaku di hadapan kaunter perkhidmatan, lihat juga apa yang ada di belakang kaunter sama ada ia juga bertaraf dunia," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Khamis.

Katanya selain itu beliau turut menggalakkan lebih ramai ketua jabatan dan agensi untuk turun padang melihat dengan lebih dekat pelaksanaan dasar kerajaan agar ia sampai kepada golongan sasar iaitu rakyat selain mencari penyelesaian segera kepada sebarang isu yang dibangkitkan.

Menurutnya konsep Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) bersama dengan cara kerja yang lebih kreatif dan inovatif penting dalam meningkatkan lagi perkhidmatan awam ke peringkat yang lebih baik.

-- BERNAMA

10 September 2012

JANGAN SIMPAN PEKERJA MALAS

Utusan Malaysia
KOTA BHARU 9 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyarankan agensi dan jabatan kerajaan tidak 'menyimpan' penjawat awam yang dikatakan berdepan dengan masalah suka ponteng kerja.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, dianggarkan terdapat antara 15,000 hingga 18,000 kakitangan awam berdepan masalah tersebut dan mereka sukar dikenakan tindakan berdasarkan peraturan sedia ada.

Menurutnya, walaupun jumlah mereka kecil berbanding sejumlah lebih 1.2 juta penjawat awam, tindakan pekerja terbabit yang datang bekerja dan punch card tetapi bersikap 'sekejap ada, sekejap tidak ada' boleh mendatangkan masalah kepada majikan.Justeru, katanya, tindakan perlu diambil terhadap pekerja terbabit bagi memastikan sektor awam yang kini dalam proses transformasi dan penambahbaikan dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat.
 
"Kita tidak mahu buang mereka secara drastik kerana nanti teraniaya pula sebab mereka sudah mempunyai keluarga dan ada hutang. Jadi, kalau boleh dipanggil, hantar kursus motivasi. Kalau tidak boleh juga, dicadang suruh dia bersara awal."Jika degil dan tidak mahu juga serta melakukan kesalahan yang sama sampai jabatan pun susah, elok dia dikenakan tindakan tatatertib,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat.Menurut Omar, semua pihak mahu penjawat awam yang efisien kerana hanya dengan itu kehadiran mereka dapat dirasai dan diperlukan lebih-lebih lagi tempoh perkhidmatan telah dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.
"CUEPACS juga tidak mahu dituduh bersubahat dengan orang seperti itu," katanyaBeliau berkata, sikap dan masalah kakitangan tersebut sebenarnya boleh diatasi dengan menghantar mereka berkursus, namun apa yang berlaku ialah pihak majikan kerap bersikap tidak ambil kisah terhadap pekerja terbabit.

Sehubungan itu, katanya, dalam 'roadshow' CUEPACS, pihaknya telah meminta jabatan dan agensi kerajaan supaya jangan menyimpan penjawat awam seperti itu.Dalam pada itu, Omar memberitahu, tidak ada penjawat awam yang dilaporkan terlibat dalam tindakan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang semasa Himpunan Janji Bersih pada malam 30 Ogos lalu.

CUEPACS HARAP KERAJAAN BERI BONUS TERBAIK KEPADA PENJAWAT AWAM

Bernama
10/9/2012


KOTA BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 Sept ini.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.

"Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat dua bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini Ahad.

Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi nama baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik.

-- BERNAMA

09 September 2012

PERDAGANGAN MALAYSIA UNTUK BULAN JULAI NAIK 3.3 PERATUS KEPADA RM112.62 BILION

Bernama
9/9/2012



KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama)-- Perdagangan Malaysia untuk bulan Julai tahun ini meningkat 3.3 peratus kepada RM112.62 bilion berbanding Julai tahun lepas sementara untuk tempoh Januari hingga Julai, ia naik 5.5 peratus kepada RM763.96 bilion, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Untuk bulan Julai, ia meningkat ekoran import yang tinggi sementara eksport pula rendah sedikit pada bulan Julai 2012 sebanyak 1.9 peratus kepada RM58.12 bilion daripada bulan Julai 2011, kata kementerian dalam satu kenyataan.

"Aktiviti ekonomi yang perlahan di China, Korea Selatan, India dan Kesatuan Eropah menyumbang kepada eksport yang rendah ke pasaran-pasaran ini pada bJulai 2012. "Import mengukuh 9.5 peratus kepada RM54.5 bilion, sekali gus mencerminkan pelaburan domestik dan aktiviti penggunaan yang kukuh," katanya. Import barangan modal dan penggunaan, masing-masing mengembang 34.7 peratus dan 14.2 peratus sementara import barangan pengantara susut 2.9 peratus.

Eksport barangan perkilangan pada Julai 2012 bernilai RM40.34 bilion, dengan penguasaan 69.4 peratus berbanding 68.6 peratus pada Julai 2011, dengan keluaran petroleum ditapis meningkat 98.3 peratus.



--BERNAMA

BONUS TUNGGU PEMBENTANGAN BAJET - KSN

Bernama
9/9/2012


PUTRAJAYA, 7 Sept (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa enggan mengulas mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam dalam Bajet 2013 yang dijadual dibentangkan 28 Sept nanti, sebaliknya meminta semua pihak menunggu hari pembentangan tersebut.

"Kita tunggulah 28 haribulan ni. Saya rasa setiap bajet memang bajet terbaik. Kita tunggu saja pada hari bajet nanti," katanya mengenai jangkaan terhadap bajet tersebut kepada pemberita selepas melawat Wisma Putra di sini Jumaat.

Dr Ali diminta mengulas mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk diberi bonus dua bulan gaji dalam bajet berkenaan.

Mengenai lawatan itu, Dr Ali berkata ia sebahagian daripada aktiviti 'turun padang' yang dipraktikkannya dalam usaha untuk mendekati pegawai kerajaan serta mengambil berat mengenai kebajikan mereka.

"Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dilakukan di Wisma Putra. Saya rasa pegawai di sini berkaliber dan mempunyai pengalaman yang luas dari segi hubungan diplomatik dan menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang," katanya.

-- BERNAMA

07 September 2012

DRB-HICOM TIDAK AKAN LEPASKAN KEPENTINGAN DALAM BANK MUAMALAT

Bernama
7/6/2012

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- DRB-HICOM Bhd tidak akan melepaskan sepenuh kepentingannya dalam Bank Muamalat Malaysia Bhd kepada Affin Holdings Bhd tetapi hanya mengurangkannnya mengikut keperluan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Mengenai skim itu dan bagaimana bentuknya, saya tidak tahu," kata ketua pegawai eksekutif Bank Muamalat Malaysia Bhd, Datuk Redza Shah Abdul Wahid kepada pemberita selepas memeterai memorandum persefahaman antara bank, Cuepacs dan Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status perbincangan dengan Affin dan DRB-HICOM berhubung kemungkinan pengambilalihan kepentingan dalam Bank Muamalat dan apakah perundingan ini akan lambat-laun akan menjuruskan kepada penggabungan dan pengambilalihan (M&A).

BNM, pada pertengahan bulan Ogos telah memberikan keizinan kepada Affin untuk memulakan perbincangan dengan pemilik Bank Muamalat, DRB-HICOM, yang mempunyai 70 peratus kepentingan dan Khazanah Nasional Bhd 30 peratus mengenai kemungkinan pengambilalihan kepentingan.

"Sebagai sebahagian daripada pasukan pengurusan, saya percaya pemegang saham, pada peringkat tertentu akan bersama-sama memulakan perundingan itu," kata beliau.

-- BERNAMA

PEKERJA INDUSTRI BINAAN WAJIB IKUT KURSUS INDUKSI KESELAMATAN


Bernama
6/9/2012



KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Semua pekerja industri binaan, termasuk warga asing, di tapak pembinaan awam diwajibkan mengikuti kursus induksi keselamatan sehari anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi memperoleh kad hijau.

Ketua Eksekutif CIDB Datuk Seri Dr Judin Abd Karim berkata kad hijau yang dikeluarkan CIDB itu mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak binaan dan tanpa kad tersebut, pekerja tidak dibenarkan memasuki kawasan tapak binaan.


"Kursus ini bertujuan memberi pendidikan dalam kalangan pekerja di samping berusaha mengurangkan berlakunya kemalangan di tempat kerja," katanya pada sidang media di sini Rabu.


Judin berkata CIDB melantik pegawai penilai yang terdiri daripada anggota Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang berkelayakan, bagi menilai pekerja binaan yang terlibat dalam kursus itu.


Kad hijau itu juga menjadi identiti seseorang pekerja itu agar dapat dikenal pasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.


Pekerja binaan yang gagal memiliki kad hijau itu boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan pendaftaran kontraktor (1995)-Peraturan 15 (1), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, katanya.




-- BERNAMA

04 September 2012

PENJAWAT AWAM PERLU TERUSKAN MOMENTUM TRANSFORMASI

Utusan Malaysia
4/9/2012


PUTRAJAYA 3 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan para penjawat awam agar memastikan momentum kejayaan agenda transformasi negara tidak diperlahankan atau terbantut di tengah jalan.Beliau berkata, agenda transformasi bukan hanya telah menampakkan kejayaan yang membanggakan tetapi juga memperoleh pengiktirafan pelbagai pihak, termasuk dari luar negara."Dalam bulan Syawal ini, yang hendak cuti, sudah cuti, nak balik kampung, sudah balik kampung, bonus sudah dapat dan kenaikan gaji pun sudah dapat. 

"Jadi sekarang ini kita mesti teruskan momentum itu sebab Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan semua program bawah Lautan Biru sudah menampakkan kejayaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menurut Najib, beliau yakin dan percaya jika agenda transformasi negara berjalan lancar dan memiliki strategi pelaksanaan yang berkesan, kesannya pasti akan dirasai oleh rakyat dan golongan sasar."Di sinilah peranan penjawat awam amat penting kerana strategi pelaksanaan itu mesti berkesan dan ikut jadual supaya ia dapat dirasai oleh rakyat dan golongan sasar kita," katanya.

Perdana Menteri berkata, dari segi indikator makro, suku kedua ekonomi negara berkembang pada kadar 5.4 peratus berbanding 4.9 peratus suku pertama tahun ini.Malah, beliau menambah, Malaysia muncul sebagai pusat tawaran awam permulaan (IPO) ketiga terbesar dunia selepas Amerika dan China dan IPO kedua terbesar di dunia ialah Felda Global Ventures Holdings, manakala ketiga ialah IHH Healthcare."Media antarabangsa pula sejak kebelakangan ini membuat liputan semakin positif mengenai Malaysia," katanya."Ini termasuk media yang sebelum ini amat kritikal mengecam negara kini dilihat beralih arah, dan mengakui bahawa banyak pembaharuan positif serta pembangunan sebenar sedang berlaku dalam negara," katanya.

Najib berkata, aspek pendapatan per kapita dan kesejahteraan rakyat merupakan dua kriteria utama yang dijadikan kayu pengukur dalam menilai kejayaan model pembangunan negara.
Bagaimanapun, beliau berkata, kedua-dua kriteria tersebut mempunyai hubung kait antara satu sama lain kerana jika salah satunya mengalami gangguan atau kekangan, maka keberkesanan model itu pasti terbantut."Kita cuba gubal model pembangunan negara ini secara bitara dan unik, kita tidak pinjam seratus peratus model (pembangunan) dari barat atau timur, tapi kita mesti punyai kemampuan untuk membangunkan model pembangunan sendiri yang sesuai untuk rakyat kita," katanya.

Najib berkata, perarakan sempena Hari Kemerdekaan negara baru-baru ini yang turut menyaksikan pembabitan kepimpinan tinggi perkhidmatan awam negara termasuk Ketua Polis Negara serta Panglima Angkatan Tentera, amat bermakna.Kata Perdana Menteri, kesanggupan kepimpinan tinggi perkhidmatan awam turun padang bersama rakyat, mengambil bahagian secara simbolik semasa melaungkan tema merakyatkan perkhidmatan awam, memberi isyarat jelas bahawa perkhidmatan itu sanggup bersama rakyat."Mereka juga memahami cita rasa rakyat dan sanggup berusaha gigih, jujur dan ikhlas, agar jangkaan rakyat dapat dipenuhi kerajaan," katanya.

PENDAPATAN PER KAPITA DAN TAHAP KESEJAHERAAN RAKYAT PENGUKUR PEMBANGUNAN NEGARA - NAJIB

Bernama
4/9/2012


PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Aspek pendapatan per kapita dan kesejahteraan rakyat merupakan dua kriteria utama yang dijadikan kayu pengukur dalam menilai kejayaan model pembangunan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tatkala pendapatan per kapita menjadi ukuran konvensional yang biasa diguna mana-mana negara, Malaysia berusaha mengetengahkan model pembangunan yang lebih bitara (tiada tara) dan unik, dengan turut mengambil kira tahap kesejahteraan atau 'happiness index of the people'.

Kedua-dua aspek itu kata beliau, perlu dilihat dengan teliti kerana hubung kait antara keduanya tidak semestinya bergerak secara positif disebabkan mungkin ada gangguan lain atau kekangan tertentu, yang boleh mengakibatkan rakyat masih tidak berpuas hati walaupun pendapatan meningkat.

Beliau memberi contoh seperti kesesakan lalu lintas atau jenayah, yang sudah pasti akan diambil kira dalam menentukan tahap indeks kesejahteraan dan tahap rasa puas hati rakyat.

"Kita cuba gubal model pembangunan negara ini secara bitara dan unik, kita tidak pinjam seratus peratus model (pembangunan) dari barat atau timur, tapi kita mesti punyai kemampuan untuk membangunkan model pembangunan sendiri yang sesuai untuk rakyat kita," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putrajaya, di sini pada Isnin.

Perdana Menteri berkata dari segi indikator makro, suku kedua ekonomi negara berkembang pada kadar 5.4 peratus berbanding 4.9 peratus suku pertama tahun ini, dan Malaysia muncul sebagai pusat tawaran awam permulaan (IPO) ketiga terbesar dunia selepas Amerika dan China, dan IPO kedua terbesar di dunia ialah Felda Global Ventures Holdings, manakala ketiga ialah IHH Healthcare, kedua-duanya syarikat milik rakyat Malaysia.

Menurutnya media antarabangsa pula sejak kebelakangan ini membuat liputan yang semakin positif mengenai Malaysia, termasuk media yang sebelum ini amat kritikal mengecam negara yang kini dilihat beralih arah, dan mengakui bahawa bahawa banyak pembaharuan positif serta pembangunan sebenar sedang berlaku dalam negara.

"Saya sebut ini kerana kita sebenarnya sudah mendapat pengiktirafan dunia, (namun) apa mesejnya? Mesejnya ialah momentum mesti diteruskan, jangan sampai agenda transformasi terbantut, kita mesti terus melipatgandakan usaha kita," katanya.

Najib berkata penjawat awam mempunyai peranan sebagai pelaksana strategi yang amat penting dalam memastikan pembangunan yang direncanakan kerajaan berjalan mengikut jadual, dirasai rakyat, mencapai matlamat, dan sampai kepada kumpulan sasar.

Katanya perarakan sempena Hari Kemerdekaan negara baru-baru ini yang turut menyaksikan pembabitan kepimpinan tinggi perkhidmatan awam negara termasuk Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan juga ketua-ketua setiausaha kementerian, Ketua Polis Negara serta Panglima Angkatan Tentera, amat bermakna.

Beliau berkata kesanggupan kepimpinan tinggi perkhidmatan awam untuk turun padang bersama rakyat, mengambil bahagian secara simbolik semasa melaungkan tema merakyatkan perkhidmatan awam, memberi isyarat jelas bahawa perkhidmatan itu sanggup bersama rakyat, memahami cita rasa rakyat dan sanggup berusaha gigih, jujur dan ikhlas, agar jangkaan rakyat dapat dipenuhi kerajaan.

-- BERNAMA

02 September 2012

CALAON PRU13: CUEPACS SERAH KEPADA PM

Sinar Harian
Raziatul Hanum A Rajak 30 September 2012
Presiden Cuepacs - Omar
Omar: Gaji minimum sektor awam harus RM1,200. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki

CUEPACS dilihat sebagai salah satu badan induk kesatuan sekerja di negara. Malah, ia juga mempunyai  hubungan rapat dengan kerajaan selaku majikan kepada 1.3 juta anggota perkhidmatan awam.

Dalam temu bual dengan wartawan
Sinar Harian Online, baru-baru ini, Presidennya, Datuk Omar Osman, yang menerajui badan induk ini sejak Oktober 2006, berbicara mengenai soal kebajikan dan kepentingan anggota perkhidmatan awam termasuk sistem saraan dan gaji minimum. Malah, beliau juga berkongsi mengenai pendiriannya dan Cuepacs ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang semakin dekat.

SINAR HARIAN ONLINE:
Datuk dikatakan sebagai Presiden Cuepacs yang sangat aktif. Apa  pandangan Datuk?

OMAR OSMAN:
Aktif ini tertakluk kepada sokongan padu daripada gabungan dan  majlis jawatankuasa termasuklah pegawai dalam Cuepacs sendiri. Apabila mendapat sokongan padu dan kerjasama yang baik, kita sebagai pemimpin akan bekerja dengan lebih gigih bagi merancang dan memperjuangkan kebajikan setiap anggota gabungan perkhidmatan awam ini.

SINAR HARIAN ONLINE:
Datuk sudah puas hati dengan pencapaian dan sumbangan Datuk selaku Presiden Cuepacs?

OMAR OSMAN:
Sejak meneraju Cuepacs, bermula 26 Oktober 2006 sehingga hari  ini, walaupun masih ada beberapa perkara yang belum selesai  tetapi dari segi kepuasan hati bagi saya memang memadai apa yang dicapai sehingga hari ini, yang  dinikmati oleh anggota-anggota perkhidmatan awam termasuk pesara-pesara sekali.
 
SINAR HARIAN ONLINE: Sejauh mana tahap perjalanan suruhanjaya khas transformasi dalam perkhidmatan awam?

OMAR OSMAN:
Suruhanjaya khas transformasi sektor perhidmatan awam ini, ditubuhkan berdasarkan apabila pada 8 Mac 2012 permasalahan dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), apabila ada ketidakpuashatian dari semua peringkat.

Cuepacs sebagai tunjang utama telah membuat perkara-perkara bantahan. Sehubungan itu, kerajaan membuat keputusan membatalkan SBPA dan apabila SBPA dibatalkan, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu suruhanjaya.


Ia telah ditubuhkan dan saya salah seorang dalam ahli majlis tersebut dan dengan harapan suruhanjaya ini akan menggubal satu sistem transformasi perhidmatan awam, sama ada dari segi cara bekerja, kualiti bekerja, bagaimana kita nak tingkatkan imej anggota perkhidmatan awam, menanamkan semangat intergriti yang tinggi dan seterusnya mempunyai satu skim perkhidmatan gaji yang lebih adil dan saksama supaya penjawat awam lebih menyerlah.


Jadi suruhanjaya ini telah bermesyuarat dari semasa ke semasa untuk menyediakan satu skim atau satu bentuk apakah yang kita mahu transformasi untuk sektor perkhidmatan awam menjelang 2020, lagi lapan tahun.


Apabila SBPA dibatalkan, kita kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang mana kita menunggu laporan suruhanjaya itu. Jadi, buat masa ini, kita mengikut apa yang terkandung dalam SSM itu sendiri dan apabila pengumuman selesai, baru kita ada opsyen kembali pada satu skim yang baru.


kerajaan beri tempoh selama enam bulan bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2012, jadi kita harap dapat dimulakan dengan lebih komprehensif.
 
Bonus Aidilfitri dan insentif tambahan
SINAR HARIAN ONLINE: Baru-baru ini PM mengumumkan bonus Aidilfitri, yang pertama Bonus Aidilfitri diberikan? Apakah Cuepacs mengharapkan satu bonus tahunan diberikan? Cuepacs akan pohon?

OMAR OSMAN:
Apabila ekonomi dua tiga tahun lepas tidak menentu, kerajaan tidak berkemampuan untuk memberi dalam bentuk bonus. Kerajaan hanya memberi dalam bentuk sagu hati, yang mana RM500 sebelum raya, RM500 selepas raya. Saya ingat dua tahun berturut-turut kita menikmati itu.

Pada tahun ini, kita telah diumumkan setengah bulan bonus untuk musim perayaan ini, yang mana termasuk pesara-pesara diberi RM500  sebagai sagu hati. Kita harap walaupun perkara ini belum diputuskan lagi, di mana kita menunggu pembentangan bajet.


Kita harap dapat paling tidak sebulan gaji bonus dapat dinikmati yang mana untuk persiapan raya dan persiapan awal persekolahan dan sebagainya. Ini memang biasa setiap tahun begitu. (Dalam Bajet 2013 dibentangkan Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus satu bulan gaji, tambahan kepada bonus Aidilfitri).


Cuepacs ini hanya badan yang memperjuangkan hak kebajikan pekerja supaya anggota perkhidmtan awam ini, khasnya yang berpendapatan sederhana dapat meringankan kos sara hidup, juga meringankan beban dari semasa ke semasa.


Setiap tahun memang kami mengharapkan pembayaran ini dapat dilakukan kerajaan atas kemampuan kerajaan sama ada setengah bulan, sebulan, dua bulan, tiga bulan kita harap dapat dipertimbangkan kerajaan.


Paling tidak bagi menghargai sumbangan mereka menjayakan dasar kerajaan, supaya mereka merasa mereka memainkan peranan sebagai enjin penting dalam  perkhidmatan awam.

Pemberian bonus ini melibatkan kadar gaji setiap penjawat awam.

Setengah bulan bagi setiap penjawat awam mengikut  gaji masing-masing. Ia mengikut jawatan yang mereka sandang. Kalau gaji RM2,000 sebulan dapatlah RM1,000.


SINAR HARIAN ONLINE:
Kos sara hidup dilaporkan semakin meningkat. Apakah harapan Cuepacs dan tuntutan Cuepacs? Perlukah Cola dikaji balik?

OMAR OSMAN:
Memang sekarang ini yang membimbangkan kita apabila berlaku kenaikan gaji, atau pun dapat bonus, kos barang akan berlaku penambahan. Ini yang berlaku di luar kawalan kita. ini yang menyebabkan kos sara hidup tinggi.

Gaji RM3,000 ke bawah kalau tidak pandai urus memang menjadi masalah. Itu sebab dalam pembangunan Cuepacs dari semasa ke semasa Cola misalnya kita minta keselarasan, standardkan dari semua peringkat bandar, luar bandar , negeri-negeri sebab sekarang ini kita dapati kos saraan hidup bandar ke luar bandar ke sama sahaja kos sara hidup. Kadang-kadang di luar bandar lagi mahal. Di luar jangkaan kita.


Ini perkara yang sedang kita perbincangkan dari semasa ke semasa.


Kemudian, dalam perkhidmatan awam kita dan sekian lama, kita tak buat penambahbaikan kemudian, dari segi imbuhan tetap perumahan sekarang mana ada lagi sewa rumah RM180? Tidak ada.


Ini semua perkara yang kita minta kerajaan pertimbangkan semula. Khasnya dari segi skim gaji perkhidmatan awam mesti seimbang dengan kos sara hidup semasa. Kita tidak mahu pendapatan rendah, kos sara hidup tinggi dan menjejaskan produktiviti. Jadi ini yang kita sedang menjalankan perundingan perbincangan dengan pihak kerajaan, kementerian tertentu, bagaimana kita nak atasi permasalahan ini.Supaya penjawat awam ini dapat pendapatan yang cukup, gaji yang cukup.


Baru mereka boleh bekerja dengan penuh gigih. Barulah selaras dengan Perdana Menteri  kata cepat, tepat, integriti, kreatif dan inovasi. Barulah boleh capai tahap itu. Tetapi, kalau masalah ini ada, mereka terpaksa melakukan kerja sampingan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi, terutama di bandar-bandar besar seperti Lembah Klang.


Gaji minimum sektor awam harus RM1,200


SINAR HARIAN ONLINE:
Gaji minimum penjawat awam sudah diputuskan?

OMAR OSMAN:
Sekarang ini kalau peringkat swasta kerajaan sudah menetapkan kalau swasta gaji minimum sektor swasta, RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah Sarawak tetapi di peringkat sektor awam, gaji minimum campur elaun.

Kalau gaji saja kita belum capai gaji minimum. Contohnya, kalau gaji kita paling rendah RM647. RM647 ini belum capai gaji minimum, kalau dicampur dengan elaun Cola, elaun rumah, elaun perkhidmatan awam barulah mengatasi gaji minimum. Kalau gaji sahaja, kita belum tercapai. Ini yang kita lihat. Kenaikan gaji perlu berada dalam gaji minimum.


Ini perkara di bawah suruhanjaya, yang kita harap dapat dilihat semua sekali.


Gaji minimum ini adalah berdasarkan kadar kos sara hidup. Mengikut kiraan ketika itu. Maknanya, kerajaan telah menetapkan RM900 jadi RM900 ini mesti minimum pada pekerja tidak termasuk insentif-insentif lain. RM900 ini berdasarkan indeks semasa, dan kos barang.


Kalau tidak tercapai tahap ini, maknanya ia akan berada pada paras gaji tahap kemiskinan. Jika penjawat awam mendapat RM500, dia tidak boleh menanggung kos sara hidup. Jika dapat RM900 baru boleh menanggung kos sara hidup. Ini yang ditetapkan. Tidak termasuk kerja lebih masa, jugaa insentif. 


Pendapatan ini tidak menentu. Itu adalah tambahan. Kalau dapat baru boleh menyimpan.


Sektor awam belum ada gaji minimum. Setakat ini gaji sahaja. Kalau gaji RM600 sahaja tiada elaun, kita duduk di bawah paras kemiskinan. Jadi mereka terpaksa bekerja sambilan untuk menambah RM600 lagi untuk menjadi RM1,200. Bagaimana kita hendakkan pekerja yang produktif? Itu sebab ada elaun-elaun tersebut.


Elaun-elaun ini membantu melonjakkan kita sampai ke tahap gaji minimum. Jadi, satu hari nanti, kalau gaji sektor awam dapat dilonjakkan kepada RM900 tidak termasuk elaun-elaun tadi, baru dia boleh buat simpanan.


SINAR HARIAN ONLINE:
Berapa tahun sekali gaji minimum ini wajar disemak?

OMAR OSMAN:
Tiga tahun sekali mesti disemak. Berdasarkan kepada ekonomi, kos sara hidup. Semua itu perlu diambil kira.

SINAR HARIAN ONLINE:
Penerimaan kerajaan terhadap tuntutan Cuepacs?

OMAR OSMAN:
Kerajaan memang mempertimbangkan supaya perkara ini dapat dilaksanakan mengikut kemampuan kerajaan. Perdana Menteri sendiri mengambil perhatian terhadap perkara ini. Kerajaan telah menggariskan pendapatan setahun RM50,000. Jadi paling tidak pendapatan kena RM3,000 sebulan.

Dulu Cuepacs minta gaji minimum RM950 tetapi sekarang RM950 itu sudah tidak boleh diukur dengan kos sara hidup sekarang. Paling tidak pun RM1,200. Baru mereka boleh menyimpan dan memberi tumpuan kepada kerja mereka dari 8 pagi hingga 5 petang.


Tidak perlu lagi mereka membuat kerja sambilan di luar waktu pejabat. RM1,200 itu untuk kelulusan yang paling rendah iaitu yang mempunyai kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Jadi untuk peringkat lain, berbeza. Kalau kumpulan bawahan sudah  selesai, yang atasan sudah tiada masalah.



SINAR HARIAN ONLINE:
Cuepacs menentang dasar baru Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?

OMAR OSMAN:
Kita melihat dasar baru ini hanya memberi masalah kepada pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setiap satu dasar itu  mesti dilihat secara menyeluruh. Kita lihat apa implikasinya. Yang mana kalau kita beri peluang kepada pemegang-pemegang ijazah untuk memohon pada tahap SPM, apa perancangan kerajaan untuk pemegang-pemegang SPM? Ke mana mereka mahu pergi? Tahap SPM sekarang bukan macam dulu.

Pemegang SPM juga mempunyai kelulusan yang baik cuma mereka tidak berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Jadi kalau jawatan mereka diambil oleh pemegang ijazah,  pemegang SPM ini mahu ke mana? Lama-kelamaan mereka akan jadi penentang. Bilangan mereka ramai. Itu fakta.


Jadi pemegang ijazah ini, esok, dia duduk dengan jawatan SPM, tidak lama. Ia hanya transit sahaja. Mereka akan berhenti bila sudah dapat jawatan yang lebih bagus. Jawatan yang ditinggalkan itu akan ada beban tugas.


Kita mahu kalau berkhidmat saja terus berkhidmat. Kita tidak mahu ada yang berhenti. SPA dah panggil kita bincang. Cuepacs akan hantar laporan kepada SPA terhadap 26 isu yang dibincang.


SINAR HARIAN ONLINE:
Pemegang ijazah mencari pengalaman dengan bekerja di peringkat lebih rendah berbanding kelulusan. Apa komen Datuk?

OMAR OSMAN:
Pengalamn boleh diperoleh dengan dihantar latihan. Sebab itu kita mahu penjawat awam akan datang, lapor saja diri, kita jangan bagi dia kerja terus. Kita bagi dia jalani latihan selama tiga bulan bagi setiap jabatan dalam agensi tersebut. Kemudian baru ditetapkan apa tugas rasminya.

Baru dia ada pengalaman. Kerajaan belum jalankan. Perkara ini juga akan dibawa kepada SPA. Kita mesti ada perancangan. Setiap lantikan baru kena berada pada tahap-tahap ini. Baru mereka rasa selesa dan tahu peranannya.


PRU13 dan pendirian Cuepacs
SINAR HARIAN ONLINE: PRU13 semakin dekat. Apakah pendirian Cuepacs? Apakah pegangan Cuepacs? Nasihat kepada kakitangan awam? Adakah Cuepacs akan meminta kakitangan awam sokong kerajaan?

OMAR OSMAN:
Perkhidmatan awam ini sebuah badan yang tidak boleh berpolitik. Masing-masing ada tandatangan akujanji dan ada etika perkhidmatan awam. Cuepacs satu badan bukan badan bukan kerajaan (NGO), yang didaftarkan bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959. Peranan berasaskan perjuangan hak pekerja. Saya tidak mahu kita dipesongkan dengan berpolitik dalam kesatuan.

Apabila wujud perkara ini, perjuangan kita tidak akan tercapai. Kita sibuk mementingkan kedudukan dan peranan. Perkara ini tidak sesuai dalam konsep kesatuan. Sebagai anggota perkhidmatan awam, jentera penting perkhidmatan, mana-mana saja kerajaan yang kita pilih, penjawat awam akan mengikut arahan dan menjalankan tugas-tugas tersebut.


Kalau penjawat awam nak berkempen, pihak kita boleh ambil tindakan. Sampai masa pilihan raya, sampai masa Parlimen dibubarkan, kita pergilah mengundi, mengikut keyakinan sendiri kepada mana-mana parti politik pemerintah yang ada kini.


Tidak ada slogan dalam perkhidmatan awam yang mengatakan penjawat awam wajib mengundi kerajaan. Cuepacs rasa kerajaan hari ini menunaikan tuntutan Cuepacs. Banyak yang berjaya, jadi tidak ada sebab, kita nak bagi orang lain.


SINAR HARIAN ONLINE:
Bagaimanapun dengan Datuk sendiri? Datuk disebut-sebut akan bertanding PRU kali ini. Datuk sudah bersedia? Atau kerajaan harus beri jawatan Senator?

OMAR OSMAN:
Mengikut dalam sejarah Cuepacs memang ada pemimpin Cuepacs yang bertanding dalam politik. Soal nak jadi calon atau tak jadi calon terserah kepada kerajaan. Kalau mereka mahu wakil pekerja untuk berada dalam parti yang memerintah, untuk menyuarakan hak lebih yakinkan pekerja kepada kerajaan, terpulang. Ia satu transformasi supaya dapat berganding bahu dengan pemerintah termasuk pesara-pesara penjawat awam.

Kalau dicalonkan, tengok dululah. Kita akan bawa ke mesyuarat Kongres Cuepacs. Apa pandangan Kongres kita. Bukan keputusan saya sendiri. Berdasarkan mesyuarat Kongres tiga bulan lepas, Kongres memberi sokongan padu jika wakil pekerja ada dalam Parlimen.


Tidak kira siapa pun yang berkemampuan untuk dicalonkan. Tidak semstinya saya. Kerajaan hari ini memandang Cuepacs rakan kongsi bijak kepada kerajaan. Menyokong dasar kerajaan dan memastikan apa saja dasar kerjaan dijalankan dengan baik. Kita bukan badan pendesak, juga bukan badan penentang kepada kerajaan.


Pengiktirafan itu terpulang kepada kerajaan. Mungkin sekian lama Cuepacs ditubuhkan, 55 tahun yang lalu, belum pernah sejarah Cuepacs berada di tahap itu. Kalau kerajaan beri penghargaan, terserah kepada kerajaan pemerintah.


Bidang kuasa itu daripada parti pemerintah. Kita hanya menjalankan mandat daripada ahli gabungan kita supaya memperjuangkan hak-hak kita.



SINAR HARIAN ONLINE:
Sektor swasta lebih baik dari sektor awam atau sebaliknya. Pandangan Datuk?

OMAR OSMAN:
Penambahbaikan terhadap perkhidmatan awam memang ada cuma belum lagi capai seratus peratus KPI. Memang ada permasalahan khasnya penjawat awam di peringkat pedalaman.

Mereka masih menggunakan kemudahan lama yang serba kekurangan. Jika hendak dibandingkan perkhidmatan awam dengan swasta, sebenarnya perkhidmatan awam sudah lebih baik daripada swasta.


Oleh sebab itu, ramai pekerja swasta yang mahu berkhidmat dalam sektor awam kerana jaminan jangka masa panjang, gaji yang lebih baik dan mereka sudah nampak sistem bekerja yang lebih baik. Kadang-kadang sektor awam lebih baik dari swasta.


Swasta bagus dalam tahap-tahap tertentu sahaja. Mungkin yang melibatkan publik sahaja. itu kita tidak tahu lagi. Bagi perkhidmatan awam, rakyat adalah pelanggan. Melalui aduan juga kita lakukan penambahbaikan dari itu. Masalah memang ada.


Penjawat awam yang tidak bagus, kita ambil  tindakan.kita buang kerja. kita tidak lagi seperti dulu. Apabila ada pekerja yang tidak bagus, tidak boleh bekerjasama kita bagi nasihat, nasihat dan nasihat. Jika pekerja tidak boleh memberi kerjasama kita buang.