SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Disember 2012

CUEPACS MAHU KERAJAAN UMUM JADUAL GAJI SECEPAT MUNGKIN



Bernama
30/12/2012



KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Cuepacs Sabtu mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji yang lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap.
Setiausaha Agung kongres itu Loke Yim Pheng berkata dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan.

"Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik.

Beliau berkata kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

"Tetapi, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar," katanya.

-- BERNAMA

29 Disember 2012

KERAJAAN IKTIRAF SUMBANGAN PENJAWAT AWAM, KATA MUHYIDDIN



Bernama
29/12/2012

PUTRAJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sentiasa mengiktiraf dan menghargai sumbangan penjawat awam yang telah banyak membantu negara mengecapi pelbagai kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Beliau berkata pencapaian Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa termasuk menduduki tangga ke-10 dalam senarai 'The 2011 Foreign Direct Investment Confident Index List' selain menjadi negara yang ke-12 paling berdaya saing bagi menjalankan perniagaan baru-baru ini membuktikan ia adalah sumbangan penjawat awam.

Pencapaian Malaysia hari ini adalah hasil daripada pencapaian yang dicipta penjawat awam, katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis interaksi bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik Muda di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Jumaat.

"Kerajaan sentiasa mengiktiraf sumbangan penjawat awam dan tidak seperti pembangkang yang memperkecilkan sumbangan kumpulan itu dalam pembangunan negara...mereka (pembangkang) tidak mahu mengiktiraf pencapaian itu kerana pengiktirafan bermakna mereka mengaku kejayaan yang dicapai kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Itu adalah strategi pembangkang yang hanya mahu menidakkan kejayaan kita (kerajaan BN).

Mereka harus faham bahawa kejayaan yang dicapai Malaysia kerana dasar dan kerjasama dengan penjawat awam," katanya

Muhyiddin berkata gandingan pemimpin politik dan penjawat awam berjaya menghasilkan dasar negara yang baik berkaitan ekonomi, sosial, pendidikan, perkhidmatan di dalam dan luar negara.

"Dasar-dasar kerajaan tidak digubal hanya tercetus daripada pemikiran seorang pemimpin sahaja. Ia adalah hasil gabungan pemimpin politik dan pemimpin pentadbiran. Ia merupakan usaha bersama yang telah meletakkan asas-asas negara yang kukuh pada hari ini," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyelar tindakan pembangkang hanya menolak cadangan hanya semata-mata ia adalah cadangan kerajaan walaupun ia sesuatu yang baik dan memanfaatkan rakyat.

"Kalau mereka pembangkang yang bertanggungjawab dan rasional, mana-mana yang baik dan berjaya, mereka harus kata baik dan kalau tidak baik, mereka harus tegur tetapi pembangkang di Malaysia tidak bersikap begitu.

"Sebab itu, bagi saya, tak penting apa yang pembangkang kata. Yang penting, apa rakyat kata. Saya percaya rakyat lebih selesa dan rasa kerajaan Barisan Nasional lebih fokus menyelesai dan membantu mereka," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya kepada kira-kira 1,000 pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) muda, Muhyiddin mahu PTD berfikir di luar kotak untuk meningkatkan kecekapan, memajukan sektor perkhidmatan awam dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin Malaysia yang berfikir di luar kotak telah meletakkan Malaysia sebuah negara yang disanjungi dunia.

"Banyak negara mahu mengikut jejak Malaysia tetapi mereka tidak memiliki sumber, bahan dan kepimpinan politik, kerajaan serta penjawat awam. Ini merupakan satu keunikan sehingga dunia kini tabik Malaysia.

"Dalam situasi yang mencabar, Malaysia tidak tunduk ikut cara biasa. Pemimpin-pemimpin negara seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa berfikir di luar kotak berdasarkan keupayaan dan kecekapan penjawat awam kita.

"Kini, ramai yang datang ke Malaysia untuk belajar dari kita. Tak putus-putus negara kita dihujani dengan permintaan dan permohonan luar negara yang mahu menjalani latihan bersama di sini," katanya.



-- BERNAMA

28 Disember 2012

CUEPACS BUAT USUL GESA TANGGUH AES

Sinar Harian
27 Disember 2012


AES Sistem AES

KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini sebulat suara mengusulkan kepada kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
"Kajian terperinci perlu dibuat kerana ada kamera yang dipasang di kawasan yang tidak mempunyai data kemalangan, kawasan yang kerap kemalangan pula tidak dipasang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Omar turut melahirkan rasa simpati terhadap pemandu jabatan kerajaan yang dipaksa membayar sendiri saman sedangkan mereka disaman kerana mematuhi arahan ketua yang menaiki kenderaan berkenaan.

Beliau memohon supaya saman had laju termasuk daripada AES dalam kes-kes seumpama itu dibayar oleh jabatan masing-masing.

 "Mulai sekarang, biarlah yang membayar saman ini terdiri daripada pihak jabatan. Pemandu dengan upah RM800 ke RM1,500 sebulan, mana nak mampu bayar saman dua hingga tiga kali sebulan sedangkan mereka dipaksa (memandu) laju kerana mengikut arahan," katanya.

Sebelum ini, Cuepacs telah dua kali meminta agar AES ditangguhkan.

CUEPACS: 45,000 KAKITANGAN DISAMBUNG KONTRAK 6 BULAN

Sinar harian 27 Disember 2012

KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini mengumumkan kontrak 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi.
  
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kontrak mereka akan diperbaharui mulai 1 Januari sehingga hujung bulan Jun nanti.
  
"Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebenaran ini, kesemua mereka akan mendapat surat penyambungan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini hari ini.
  
Beliau mendapat keputusan itu dalam minggu ini dan pengumuman itu akan memberi harapan baru kepada 45,000 kakitangan kerajaan yang bimbang dengan masa depan mereka ekoran kontrak bakal ditamatkan pada hujung tahun ini.
  
Omar juga meminta jasa baik kerajaan untuk membenarkan kakitangan kerajaan yang mempunyai rekod baik mengambil cuti tanpa rekod selama 10 hari.
  
Katanya, selain itu cuti tanpa rekod juga perlu diberi kepada ibu-ibu yang terpaksa menjaga anak yang sakit.

"Setahun ada 25 hari, kalau anak kena kuarantin 10 hari, kaum ibu kena ambil cuti 10 hari dan tinggal 15 hari sahaja, kalau tidak cukup cuti, kena ambil cuti tanpa gaji," katanya.
  
Beliau juga meminta penjawat awam yang mahu menunaikan umrah dibenar mengeluarkan caruman daripada simpanan gratuiti perkhidmatan antara RM5,000 dan  RM10,000.
  
Wang tersebut boleh diganti semula selepas mereka bersara nanti menggunakan duit pencen mereka, katanya.
  
"Cara ini lebih sesuai kerana kakitangan kerajaan tidak mempunyai KWSP tetapi mempunyai simpanan gratuiti perkhidmatan," katanya.
  
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan orang ramai mengeluarkan wang daripada akaun kedua mereka untuk menunaikan umrah.

Cuepacs juga hari ini sebulat suara mengusulkan kepada kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
  
"Kajian terperinci perlu dibuat kerana ada kamera yang dipasang di kawasan yang tidak mempunyai data kemalangan, kawasan yang kerap kemalangan pula tidak dipasang," katanya.
  
Omar turut melahirkan rasa simpati terhadap pemandu jabatan kerajaan yang dipaksa membayar sendiri saman sedangkan mereka disaman kerana mematuhi arahan ketua yang menaiki kenderaan berkenaan.
  
Beliau memohon supaya saman had laju termasuk daripada AES dalam kes-kes seumpama itu dibayar oleh jabatan masing-masing.
  
"Mulai sekarang, biarlah yang membayar saman ini terdiri daripada pihak jabatan. Pemandu dengan upah RM800 ke RM1,500 sebulan, mana nak mampu bayar saman 2-3 kali sebulan sedangkan mereka dipaksa (memandu) laju kerana mengikut arahan," katanya. - Bernama

27 Disember 2012

PENJAWAT AWAM BAKAL DAPAT 'PERLINDUNGAN'

Utusan Malaysia
27/12/2012


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam bakal mendapat perlindungan sebaik-baiknya jika cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam yang dikemukakan Suruhanjaya Khas bagi Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam diterima kerajaan.Pengerusi suruhanjaya khas itu, Tun Zaki Azmi berkata, penambahbaikan itu meliputi 19 cadangan yang akan dikemukakan kepada Kabinet selewat-lewatnya Januari ini.Jelas beliau, antara bentuk perlindungan itu adalah isu kenaikan gaji penjawat awam yang dibincangkan bersama enam anggota suruhanjaya tersebut.

"Kajian ini juga menentukan kakitangan awam akan dapat perlindungan daripada kerajaan, namun terpulang kepada kerajaan menerima atau tidak cadangan ini."Walau bagaimanapun, isu kenaikan gaji bukan perkara utama, tetapi fokus kita adalah menambah baik sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Pada Jun lalu, kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

Suruhanjaya tersebut diberi mandat mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan dan perakuan itu akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kerajaan.Dalam pada itu, Zaki berkata, suruhanjaya yang turut dianggotai bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman tersebut telah selesai membuat perbincangan bagi tujuan itu.

Jelas beliau, laporan kajian tersebut akan memberikan situasi menang-menang antara penjawat awam dan rakyat keseluruhannya."Laporan kajian ini hampir 100 peratus siap dan kita masih menerima cadangan daripada mana-mana pihak jika mahu berbuat demikian."Apa yang penting kita mahu memperbaiki mutu sistem penyampaian dan jika rakyat sudah boleh menerima, rakyat pun tidak akan marah kalau mahu naik gaji," katanya.

15 Disember 2012

Yuran bulanan Tabika kekal RM10

Berita Harian
15/12/2012



Kuala Lumpur: Kerajaan mengekalkan kadar yuran bulanan RM10 untuk membolehkan anak golongan kurang berkemampuan di bandar mengikuti pendidikan prasekolah menerusi Tabika Perpaduan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan, berkata walaupun kos operasi meningkat, pihaknya tetap memastikan ibu bapa atau penjaga golongan miskin tidak menanggung beban.

Beliau berkata, peruntukan untuk operasi keseluruhan Tabika Perpaduan mencecah RM113.9 juta dan daripada jumlah itu, RM80 juta untuk gaji guru dan penolong guru, manakala RM14.9 juta untuk makanan.

Walaupun kos penyediaan makanan dan gaji guru lulusan Diploma Pra Sekolah dinaikkan untuk memastikan pelajar memperoleh makanan berkhasiat dan pembelajaran bermutu tinggi, kerajaan masih mengenakan yuran sama kerana menganggap ia tanggungjawab untuk membela nasib rakyat miskin di bandar.

Malah, menerusi Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) Pendidikan, usaha dilakukan bagi memberi fokus untuk meningkatkan pembelajaran dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris di Tabika Perpaduan, katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sebanyak RM1.2 bilion disediakan kepada pelbagai agensi kerajaan sebagai landasan untuk melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan prasekolah berkualiti.

Agensi awam itu termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan JPNIN yang terbabit secara langsung dalam menyediakan pendidikan prasekolah.
Azman berkata, mengikut rekod, pihaknya menjangka seramai 45,000 anak golongan kurang berkemampuan di bandar akan mengikut pendidikan prasekolah di Tabika Perpaduan tahun depan.

Katanya, jumlah itu membabitkan peningkatan 3,000 pelajar berusia antara empat hingga enam tahun berikutan pertambahan 47 Tabika Perpaduan kepada 1,778 kelas.

Pertambahan kelas Tabika Perpaduan dilakukan mengikut keperluan dan juga lokasi bagi memastikan kumpulan sasar tidak terpinggir, katanya.

Beliau berkata, kelas Tabika Perpaduan dijalankan pada sesi pagi dan petang mengikut keperluan di lokasi tertentu dan bagi tahun depan pertambahan 47 kelas itu adalah di Johor Bahru, Sarawak dan Kelantan.

Sementara itu, kontrak 3,462 guru dan penolong guru Tabika Perpaduan diperbaharui untuk tempoh tiga tahun lagi, bermula 2013.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan, buat pertama kalinya, Kementerian Kewangan meluluskan permohonan itu untuk tempoh berkenaan yang berkuat kuasa tahun depan.

Keputusan yang diperoleh minggu lalu itu akan membolehkan tenaga pengajar Tabika Perpaduan berkhidmat sehingga 2015.

Baru-baru ini, CUEPACS membangkitkan isu supaya kerajaan menyambung kontrak guru dan penolong guru Tabika Perpaduan yang berakhir pada 31 Disember ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata sebelum ini ada rancangan untuk memberikan jawatan tetap kepada guru dan penolong guru Tabika Perpaduan ini, namun sehingga kini hasrat itu belum menjadi kenyataan.

Azman berkata, sebelum ini, kontrak guru dan penolong guru Tabika Perpaduan diperbaharui setiap tahun, namun kali ini Perbendaharaan melanjutkan tempoh itu kepada tiga tahun.

CUEPACS MAHU KETUA JABATAN PANTAU PERMOHONAN CUTI SAKIT

Bernama
15/12/2012


KANGAR, 14 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu ketua jabatan peka terhadap permohonan cuti sakit penjawat awam bagi memastikan mereka tidak menyalah guna kemudahan itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ada petugas yang sihat terpaksa memohon cuti sakit untuk sesuatu urusan kerana mereka sudah kehabisan cuti tahunan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Seminar Pemantapan Gred Kuasa-Kuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun 2012 peringkat kebangsaan di Kuala Perlis Jumaat, beliau berkata amalan menipu cuti sakit merugikan perkhidmatan awam.

"Jika ada bukti penyalahgunaan cuti sakit, mereka yang terbabit iaitu penjawat awam atau pegawai perubatan yang mengeluarkan surat cuti sakit boleh dikenakan tindakan," katanya.

Mengulas pelaksanaan usia persaraan sehingga 60 tahun, Omar berkata Cuepacs telah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar penjawat awam menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka boleh berkhidmat dengan sempurna.



-- BERNAMA

JPNIN SEDANG PEMBAHARUI KONTRAK GURU DAN PENOLONG GURU TABIKA

Bernama
15/12/2012


KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sedang memperbaharui kontrak 3,462 guru dan penolong guru Tabika Perpaduan untuk tempoh tiga tahun lagi berkuatkuasa mulai tahun depan.

Berikutan itu, isu penamatan kontrak guru dan penolong guru Tabika Perpaduan yang dibangkitkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Selasa lepas tidak timbul, menurut kenyataan JPNIN pada Jumaat.

JPNIN berkata pihaknya telahpun mendapat kelulusan untuk untuk memperbaharui kontrak guru dan penolong guru bagi tempoh 2013-2015.

-- BERNAMA

14 Disember 2012

CUEPACS GESA AES DITANGGUH

sinar harian
Wartawan Sinar Harian
13 Disember 2012

AES Sistem AES
MELAKA - Cuepacs mengulangi gesaan supaya pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan sementara sehingga taklimat menyeluruh berkaitan sistem itu selesai dijalankan di semua agensi dan jabatan kerajaan.
Dipetik Bernama, Presidennya Datuk Omar Osman berkata, langkah itu perlu dipertimbangkan sewajarnya ekoran pelaksanaan tersebut terlalu mendadak dan kurangnya pendedahan jelas dalam kalangan penjawat awam terutama melibatkan pemandu.

"Cuepacs bukan membantah atau tidak setuju. Kita sokong pelaksanaan ini kerana ia baik untuk memberi kesedaran kepada pemandu namun pendedahan sistem itu amat kurang," katanya.

Beliau berkata, kajian terperinci dan statistik berkaitan pelaksanaan sistem AES termasuk, kesesuaian pemasangan kamera itu di beberapa lokasi juga perlu diambil kira secara menyeluruh sebelum ia dikuatkuasakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Kad SP1M kepada 500 ahli Cuepacs di sini hari ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyempurnakan majlis penyerahan itu di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini.

Dalam pada itu kata beliau, Cuepacs menyasarkan 50,000 penjawat awam menyertai Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) menjelang Mac depan.

Kata beliau, sehingga kini seramai 8,000 penjawat awam dari enam negeri termasuk Johor, Negeri Sembilan, Kedah telah menjadi ahli SP1M sejak ia dilancarkan Oktober lepas.

"Kita minta semua penjawat awam dimestikan menjadi ahli SP1M kerana penyertaan penuh sektor awam dapat meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan kawalan harga barangan," katanya.

SP1M ditubuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 22 Mac lepas untuk memainkan peranan sebagai mata dan teliga kerajaan dengan lebih berkesan dalam usaha memantau kenaikan harga barang selain menggalakkan amalan perniagaan yang baik.

CUEPACS SASAR 50,000 AHLI SERTAI SP1M MENJELANG MAC DEPAN

Bernama
14/12/2012


MELAKA, 13 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (C UEPACS) menyasarkan 50,000 penjawat awam menyertai Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) menjelang Mac depan.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata sehingga kini seramai 8,000 penjawat awam dari enam negeri termasuk Johor, Negeri Sembilan, Kedah telah menjadi ahli SP1M sejak ia dilancarkan Oktober lepas.

"Kita minta semua penjawat awam dimestikan menjadi ahli SP1M kerana penyertaan penuh sektor awam dapat meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan kawalan harga barangan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Kad SP1M kepada 500 ahli CUEPACS di sini pada Khamis.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyempurnakan majlis penyerahan itu di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini.

SP1M ditubuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 22 Mac lepas untuk memainkan peranan sebagai mata dan teliga kerajaan dengan lebih berkesan dalam usaha memantau kenaikan harga barang selain menggalakkan amalan perniagaan yang baik.

-- BERNAMA

12 Disember 2012

USAH TAMATKAN KONTRAK- CUEPACS

Utusan Malaysia
Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Omar Osman dan barisan Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS pada sidang akhbar di Wisma CUEPACS di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar 50,000 kakitangan berstatus kontrak di seluruh negara yang bakal tamat perkhidmatan mereka pada 31 Disember ini disambung semula.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ketika ini nasib kesemua kakitangan kontrak di pelbagai agensi dan jabatan masih terumbang-ambing berikutan perkhidmatan mereka yang akan tamat akhir tahun ini tidak disambung.

"Sehubungan itu, CUEPACS meminta semua agensi kerajaan sama ada di peringkat negeri, Persekutuan, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun supaya menyambung semula kakitangan kontrak mereka yang tamat tempoh pada 31 Disember ini."Ini penting dan perlu diberikan perhatian terutama bagi kesemua mereka untuk meneruskan kehidupan dan menanggung keluarga masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi CUEPACS di sini hari ini.Menurut Omar, lebih mendukacitakan pihaknya apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) turut akan mengurangkan sebanyak 10 peratus pengambilan pekerja dalam sektor awam pada tahun hadapan."Kita ada 50,000 kakitangan kontrak yang masih terumbang-ambing nasib mereka tetapi pada masa yang sama, kita hendak mengurangkan pengambilan kakitangan dalam sektor awam.

"CUEPACS membantah dan tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan. Penyambungan kontrak kakitangan perlu diadakan dan kami juga berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meneliti perkara ini," katanya.Omar menjelaskan, kesemua kakitangan kontrak terlibat adalah yang menjawat jawatan kumpulan bawahan sehingga ke peringkat pengurusan.
Sementara itu, kata beliau, pihaknya turut meminta agar kontrak seramai 3,000 guru dan penolong guru tabika perpaduan di seluruh negara yang akan tamat pada 31 Disember ini disambung."Sebelum ini ada ura-ura untuk memberikan jawatan tetap kepada guru dan penolong guru tabika perpaduan ini, namun, sehingga kini hasrat tersebut belum menjadi kenyataan," katanya.

CUEPACS GESA AGENSI KERAJAAN LANJUT KONTRAK 50,000 PENJAWAT AWAM

Bernama
12/12/2012


KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Selasa menggesa agensi kerajaan agar melanjutkan kontrak 50,000 penjawat awam yang status perkhidmatan kontrak mereka bakal ditamatkan hujung tahun ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs menerima aduan daripada penjawat awam berstatus kontrak dari pelbagai agensi serta jawatan mengenai penamatan perkhidmatan mereka.


"Kami akan memastikan kebajikan golongan ini terbela kerana rata-rata penjawat ini telah berkhidmat selama lebih 10 tahun.


"Yang paling penting, mereka juga ada keluarga untuk ditanggung maka kita harap kerajaan menyemak semula keputusan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs di Wisma Cuepacs di sini.


Turut hadir Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng serta 37 anggota kesatuan.


-- BERNAMA

KETUA HAKIM NEGARA KETUAI 98 PENERIMA DARJAH KEBESARAN SELANGOR.

Bernama
12/12/2012



SHAH ALAM, 11 Dis (Bernama) -- Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengetuai senarai 98 penerima darjah dan bintang kebesaran negeri Selangor sempena Ulang tahun Keputeraan Ke-67 Sultan Selangor Sultan Saharafuddin Idris Shah Selasa.

Arifin menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.


Turut menerima S.P.M.S ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.


Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Diraja Selangor, Datuk Ramli Mahmud dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang membawa gelaran 'Datuk Setia'.


Seramai 15 orang menerima Darjah Kelas Kedua, Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.


Mereka ialah Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Panglima Zulkifli Zainal Abidin; Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad; Hakim Mahkamah Rayuan Mah Weng Kwai; Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Seri Prof Sahol Hamid Abu Bakar; Panglima Armada, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Abd Hadi A.Rashid; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Group Bhd Tan Sri Liew Kee Sin; Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Selangor Datuk Azis Yacub dan Pengarah Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Fatimah Mohamed Arshad.


Penerima lain ialah Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor Yusoff Ayob; Pakar Perunding Kanan Ortopedik dan Ketua Jabatan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang Dr C.M.M Thirumal; Pakar Perunding Kanan Nefrologi HTAR Dr Tan Chwee Choon; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Hassan Mohd Amin; Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Ali Mohammed, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor Kamarulzaman Jamil dan Pegawai Daerah Pejabat Daerah/Tanah Gombak Nor Hisham Ahmad Dahlan.


Seramai 14 orang menerima Darjah Kelas Kedua, Darjah Kebesaran Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) yang juga membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.


Mereka ialah Tengku Seri Paduka Shah Bandar Tengku Ardy Esfandiari Tengku Abdul Hamid Shah (Orang Besar Istana); Pakar Perunding Perubatan Pemulihan Hospital Gleneagles yang juga Kerabat Diraja Selangor Dr Tunku Nor Taayah Tunku Zubir; Pengarah Urusan Kuzie Catering Sdn Bhd yang juga Kerabat Diraja Selangor Raja Roslay Raja Mazlan; Pelukis Diraja Selangor Azaman Yusof; Timbalan Asisten Ketua Staf J7, Markas Angkatan Bersama, Kementerian Pertahanan Laksamana Pertama Azhari Abd Rashid; Profesor UPM Prof Tai Shzee Yew; Anggota Jawatankuasa Fatwa Selangor Abdul Aziz Andik Achok.


Turut menerima D.S.I.S ialah Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin; Yang Dipertua Persatuan Pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur Dr Mohd Yusof Ismail; Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Pusat Pakar Universiti Malaya Dr Aljafri Tan Sri Dr Abdul Majid; peguam Muhammad Adam @ Edward Abdullah yang mentadbir harta pusaka Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj; Pengurus Reka Bentuk Produk & Pemasaran Penerbangan Malaysia (MAS) Badaruddin Jalil Mohd Azmi; Pengerusi Persatuan Eng Choon Selangor yang juga penyumbang kebajikan Yayasan Raja Muda Selangor Lee Peng Hock dan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Axis REIT Managers Bhd George Stewart LaBrooy.


Seramai 13 orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S) iaitu Timbalan Ketua Polis Selangor SAC Datuk A.Thaiveegan; Kolonel Pergigian Markas Medan Tentera Darat Kolonel (Dr) Normah Samsuri; Pengarah Hidrografi, Pusat Hidrografi Nasional, Pangkalan TLDM Pulau Indah Kapten Hanafiah Hassan; Ketua Unit Pendakwaan Negeri Selangor, Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Mohd Azari Harun; Profesor Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM Prof Madya Dr Lim Swee Tin; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor Dr Abdul Latif Borhan.


Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor Tukiman Nail; Setiausaha Bahagian (Bahagian Teknologi Maklumat), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Wahilman Siwar; Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor Ab.Hamid Md Daud; Kontroler Pembangunan Wilayah Selatan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Lokman Abd Kadir; Ketua Penolong Setiausaha, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dr Zulkifli Abdul Hamid; Yang Dipertua Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) Hashim Sibelik dan Pengarah Jabatan Reka Bentuk, Kumpulan Senireka Sdn Bhd Ar.Nik Azlan Nik Mohamed.


Sementara itu, dua atlet paralimpik Malaysia merupakan antara 16 penerima Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) iaitu atlet melontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli, pemenang pingat gangsa Sukan Paralimpik, London 2012 dan atlet memanah Hasihin Sanawi, pemenang pingat perak juga dalam Sukan Paralimpik, London 2012.


Turut menerima SIS ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah; Pegawai Staf 2 Laut, Markas TLDM Komander Azman Ahmad; Pakar Perunding Kanak-kanak, Hospital Sungai Buloh Dr Foo Lai Sin; Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas) Md Khairi Selamat; Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim; Pegawai Tadbir/Pengarah Pusat Islam UPM Mohamed Ghazali Ali; Setiausaha Majlis Perbandaran Kajang Zul-kefli @ Zulkefli Khalid.


Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor Mohammad Rohib Misnan; Pengurus Kanan Pengurusan Projek PKNS Izharuddin Abd Rahman; Pengurus Kanan Pembangunan Sumber Manusia & Pentadbiran, Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) Mohd Yusof Joned; Ketua Pegawai Eksekutif Selangor State Investment Centre Bhd Hasan Azhari Idris; Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor Sarul Bahiyah Abu; Juruukur Bahan, JKR Selangor Norshimah Meon dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Mastura Muhamad.


Selain itu, seramai 15 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) iaitu Timbalan Komander, Rejimen 502 Askar Wataniah, Kem Sungai Buloh Leftenan Kolonel Azman Shah Omar; Pegawai Senggaraan Misil merangkap Ketua Pegawai Senggaraan, Depot Peluru dan Letupan TLDM Leftenan Komander Azmee Puteh Mohd; Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor; Anggota Jawatankuasa Pengawalan Akidah, Mais Dr Budah @ Udah Mohsin; Setiausaha Bahagian (Dewan/Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), Pejabat Dewan Negeri Selangor Suliman Abdul Rahman.


Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Ismail Omar; Ketua Jurutera Elektrik Negeri, JKR Selangor Mat Nasir Kari; Pensyarah Fiqh Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim; Pengarah Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Klang Dr Anuar Abd.Wahab; Jurutera Majlis Perbandaran Subang Jaya Ismail Shafie; Jurutera Majlis Perbandaran Selayang Othman Idris; Penolong Mufti, Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Selangor Rizal Ramli;
Pengerusi Cuepacs Selangor Pek Choon Moy; Pengurus Besar Hartanah, Worldwide Holdings Bhd Rosli Ismail dan Pegawai Tadbir, Majlis Perbandaran Ampang Jaya Sarodin Shahri.

Seramai 15 orang pula dianugerah Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) iaitu Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Klang, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Kapten Maritim Christopher W.D.D Ravindran; Juruterbang Operasi, Skuadron 502 TLDM Leftenan Komander Mohamad Sham Saimon; Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah/Tanah Klang Samsudin Mon; Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat Mohd Azhar Mohamed Ali; Penguasa Penjara, Kementerian Dalam Negeri Mohamad Asa'ad Hamzah; Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pertanian Negeri Selangor Misrudin Hadis.


Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Azman Talib; Jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam Jamsari Khamim; Pengarah Kewangan Majlis Perbandaran Klang Zahrin Md Nasir; Pengurus Bahagian Program & Latihan Pendidikan Yayasan Selangor A Rahim Abdullah; Pegawai Tadbir Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aznan Hassan; Pengarah Juhari & Hashim Chartered Architects Muhamad Juhari Daud; ahli perniagaan Chew Sang Hin; Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Selangor Khoo Chye @ Si Hock Mee dan Pengurus Besar Kanan, Tenaga Nasional Bhd (TNB) Abdul Aziz Abdul Majid.


Tujuh orang lagi menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) iaitu Pegawai Tentera (Pendidikan), Kementerian Pertahanan Mejar Siti Normiah Marzuki; Jurutera Daerah, JKR Daerah Petaling Abdul Latif Moktar; Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Selangor Ahmad Shaffie Ahmad Kasdu; Penolong Kanan Pengarah Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Samsath Begum Salihoo; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Pasukan, Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) Kapten Abdul Rahim Abdul Rahman (B), Penolong Pegawai Sains, Fakulti Pertanian, UPM Shamsudin Bojang dan Ketua Penolong Bendahari Negeri, Perbendaharaan Negeri Selangor Nik Azrimah Abdul Ghafar.


-- BERNAMA

PENJAWAT AWAM YANG MAHU OPSYEN KERAJAAN

Utusan Malaysia
12/12/2012



PENJAWAT AWAM TERANIAYA KAMI adalah penjawat awam yang mewakili tiga buah institut di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang berjawatan tetap dan tertakluk di bawah skim pencen. Untuk pengetahuan ketiga-tiga institut ini iaitu Institut Genom Malaysia, Institut Agro-Bioteknologi dan Institut Farmaseutikal & Nutraseutikal Malaysia telah terlibat dengan pengkorporatan yang berstatus "Company Limited by Guarantee" (CLG) mulai 1 Januari ini.

Pengkorporatan ini disambut baik oleh pihak institut kerana ia memberi peluang kepada institut kami meningkatkan kecekapan dalam pengurusan dan perolehan seterusnya melancarkan proses penyelidikan. Bagaimanapun sebagai penjawat awam yang dilantik secara sah oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kami agak terkilan dan kecewa kerana tidak diberi pilihan untuk terus kekal dalam perkhidmatan awam. Kami dibersarakan secara paksa sedangkan kami masih lagi ingin meneruskan perkhidmatan di dalam sektor awam.

Kami telah merujuk masalah ini kepada pihak kementerian dan maklum balas yang diberikan tidak memihak kepada kami walhal kami sepatutnya diberi pilihan hak untuk terus berkhidmat di sektor awam melalui cara pertukaran ke agensi lain di bawah MOSTI. Isunya di sini adalah bukan niat kami untuk menentang dasar pengkorporatan ini tetapi hanyalah untuk mempertahankan hak untuk kekal sebagai penjawat awam. Kami telah pun menerima surat tawaran opsyen bertarikh 27 November 2012 dan mempunyai tempoh sebulan untuk memberikan jawapan. Sekiranya kami tidak menerima opsyen ini, kami akan diberhentikan kerja serta-merta sebagai kakitangan awam. Dalam hal ini, kami mahu bertanya di manakah hak kami sebagai penjawat awam yang masih mahu kekal berkhidmat di dalam kerajaan

10 Disember 2012

PENGAMBILAN PENJAWAT AWAM DIJANGKA KURANG TAHUN DEPAN - PENGERUSI SPA

Bernama
8/12/2012


PUTRAJAYA, Dis 8 (Bernama) - Pengambilan penjawat awam dijangka berkurangan pada tahun depan berikutan pelaksanaan opsyen pelanjutan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam pada Sabtu.

Secara purata, beliau berkata SPA menerima hampir 1.2 juta permohonan kerja setiap tahun dan kira-kira 40,000 calon diambil untuk berkhidmat dalam sektor awam.

"Pada tahun ini dan tahun depan, ramai penjawat awam telah memilih opsyen untuk bersara pada umur 60 tahun, maka pengambilan sudah berkurang.

"Namun, selepas tahun depan, apabila ramai yang bersara pada usia 60 tahun, jumlah pengambilan akan bertambah sekurang-kurangnya 10 peratus. Saya menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 penjawat awam akan diambil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Sektor Awam di Pejabat SPA di sini.

Mahmood berkata seminar yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk membantu calon yang memohon pekerjaan dengan SPA agar melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran skil pekerjaan sekali gus dapat meningkatkan peratusan kebolehdapatan pekerjaan di sektor awam.

-- BERNAMA

08 Disember 2012

OPSYEN BARU PENCEN STAF AWAM

Utusan Malaysia
8/12/2012

 

TANJUNG MALIM  7 Dis. - Kerajaan bercadang memperkenalkan skim yang bakal memudahkan pertukaran keluar masuk ke perkhidmatan awam di negara ini tanpa terikat dengan sistem pencen mulai 2014.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, cadangan yang hanya melibatkan lantikan baharu itu bagaimanapun adalah pilihan kepada sistem pencen sedia ada.Beliau berkata, skim dinamakan Faedah Persaraan Bercarum (FPB) itu pernah dicadangkan pada 2005 namun ditolak CUEPACS kerana caruman dan faedahnya yang sedikit.
Menurutnya, CUEPACS telah diberi taklimat semalam oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bahagian Pasca Perkhidmatan dan skim itu ketika ini baru dibincangkan di peringkat awal. 

"Kita belum membuat sebarang keputusan dan akan membawa perkara ini ke kongres untuk melihat pro dan kontranya supaya tiada sebarang pihak yang teraniaya."Melalui skim ini, seseorang yang berhenti daripada kerajaan contohnya, pada umur 40 tahun akan dibayar penuh, kemudian kerja di syarikat milik kerajaan (GLC) dan boleh kembali bekerja di sektor awam dengan skim FPB yang sememangnya lebih baik daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bicara eksekutif isu kenaikan gaji, elaun dan tuntutan CUEPACS di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini hari ini. 

Sempena majlis tersebut, beliau turut melancarkan Skuad Pengguna, penerbitan Suara Perjuangan Kelab Perkhidmatan Awam (KPA) dan Tabung Gaza oleh UPSI.Omar berkata, skim FPB itu berkemungkinan menarik minat golongan muda peringkat atasan iaitu gred 41 ke atas yang gemar bertukar pekerjaan selain tidak terikat dengan kerajaan.Namun katanya, skim itu juga boleh mendatangkan kesan kepada penjawat awam peringkat bawahan kerana tidak mendatangkan pulangan caruman yang banyak."Bagaimanapun, skim ini tidak melibatkan mereka yang sedang dalam perkhidmatan ketika ini," jelasnya yang turut mengakui negara lain termasuk Singapura telah melaksanakan skim seumpama itu.


Artikel Penuh:

CUEPACS BINCANG SKIM FAEDAH BERCARUM DALAM MASA TERDEKAT - OMAR OSMAN

Bernama
7/12/2012



TANJUNG MALIM, 7 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk memutuskan sama ada bersetuju atau membantah berhubung cadangan kerajaan memperkenal skim Faedah Pencen Bercarum (FPB). Presidennya Datuk Omar Osman berkata beliau telah mendengar taklimat wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam berhubung cadangan kerajaan menawarkan skim itu kepada penjawat awam yang baru dilantik.

Bagaimanapun, Omar enggan mengulas lanjut mengenai butiran taklimat tersebut.


Beliau berkata demikian pada kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Bicara Eksekutif mengenai Isu Kenaikan Gaji, Elaun dan Tuntutan Cuepacs anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) anjuran Kesatuan Pegawai Am UPSI di sini, hari ini.
Omar berkata sekiranya ia dilaksanakan, kerajaan perlu menawarkan pilihan kepada penjawat awam sama ada untuk memilih skim FPB atau skim pencen demi memastikan pekerja mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi apabila mencapai usia persaraan kelak.

"Cuepacs sebelum ini telah membantah skim FPB kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada pesara dalam jangka masa panjang, tetapi selepas mendengar taklimat JPA semalam, skim FPB yang baru ini lebih baik berbanding skim yang sama dicadangkan untuk dilaksanakan dulu," katanya.
Skim FPB itu pernah dicadangkan kerajaan pada tahun 2006 tetapi dibantah Cuepacs. FPB diwujudkan dengan tujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan di samping menyediakan pakej persaraan lebih lumayan kepada penjawat awam yang baru dilantik.

Selain itu, Omar meminta kerajaan menyemak semula skim gaji penjawat awam beruniform iaitu polis, bomba, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Imigresen kerana pekerjaan mereka berisiko tinggi.
Selain itu, golongan penjawat awam beruniform perlu mendapat faedah pampasan yang lebih baik setimpal dengan tahap risiko yang dihadapi dalam tugasan harian mereka, katanya.

-- BERNAMA

07 Disember 2012

PENCEN BERCARUM: CUEPACS MAHU KERAJAAN BERI PILIHAN

Sinar Harian
7 Disember 2012

logo cuepacs  
 
TANJUNG MALIM - Cuepacs akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk memutuskan sama ada bersetuju atau membantah berhubung cadangan kerajaan memperkenal skim Faedah Pencen Bercarum (FPB).Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beliau telah mendengar taklimat wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam berhubung cadangan kerajaan menawarkan skim itu kepada penjawat awam yang baru dilantik.

Bagaimanapun, Omar enggan mengulas lanjut mengenai butiran taklimat tersebut.Beliau berkata demikian pada kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Bicara Eksekutif mengenai Isu Kenaikan Gaji, Elaun dan Tuntutan Cuepacs anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) anjuran Kesatuan Pegawai Am UPSI di sini, hari ini.Omar berkata, sekiranya ia dilaksanakan, kerajaan perlu menawarkan pilihan kepada penjawat awam sama ada untuk memilih skim FPB atau skim pencen demi memastikan pekerja mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi apabila mencapai usia persaraan kelak.

"Cuepacs sebelum ini telah membantah skim FPB kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada pesara dalam jangka masa panjang, tetapi selepas mendengar taklimat JPA semalam, skim FPB yang baru ini lebih baik berbanding skim yang sama dicadangkan untuk dilaksanakan dulu," katanya.Skim FPB itu pernah dicadangkan kerajaan pada tahun 2006 tetapi dibantah Cuepacs. FPB diwujudkan dengan tujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan di samping menyediakan pakej persaraan lebih lumayan kepada penjawat awam yang baru dilantik.

Selain itu, Omar meminta kerajaan menyemak semula skim gaji penjawat awam beruniform iaitu polis, bomba, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Imigresen kerana pekerjaan mereka berisiko tinggi.Selain itu, golongan penjawat awam beruniform perlu mendapat faedah pampasan yang lebih baik setimpal dengan tahap risiko yang dihadapi dalam tugasan harian mereka, katanya. - Bernama

04 Disember 2012

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN AWAM

Utusan Malaysia
3/12/2012


SAYA sebagai seorang penjawat awam ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan kepada perkhidmatan awam demi kebaikan para penjawat awam. Saya mohon supaya cadangan ini diambil perhatian oleh Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA), JPA dan CUEPACS.Pada masa sekarang bayaran Ganjaran Wang Tunai atau Golden Hand Shake (GHS) hanya diambil kira selama 150 hari sahaja. Saya cadangkan supaya kiraan GHS tiada had sebab ramai pegawai yang mempunyai banyak cuti tetapi terpaksa dilupuskan sahaja kerana tidak boleh ambil cuti kerana kepentingan perkhidmatan. Demi keadilan saya berharap pihak-pihak berkuasa mengambil serius perkara ini.

Buat masa sekarang had tempoh perkhidmatan untuk perkiraan pencen ialah 30 tahun. Saya ingin mencadangkan supaya tempoh perkiraan pencen tiada had iaitu diambil kira tempoh PERKHIDMATAN SEBENAR. Ini kerana ada kakitangan kerajaan yang berkhidmat sehingga 35 tahun dan ada yang lebih daripada itu. Adalah tidak adil kepada kakitangan yang telah berkhidmat lama tetapi tidak diambil kira perkhidmatannya.Ramai pegawai awam yang memiliki ijazah Sarjana tetapi tidak mendapat apa-apa manfaat kerana peluang kenaikan pangkat yang terhad. Saya cadangkan supaya diberi imbuhan khas bulanan kepada mereka ini sebagai menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka menyambung pelajaran, meninggalkan anak dan isteri, membelanjakan banyak wang ringgit sendiri dan lain-lain lagi.

Pada masa sekarang ada beberapa skim perkhidmatan yang dibayar Elaun Kritikal. Agak pelik kerana Kumpulan Sokongan diberi elaun 10 peratus daripada gaji manakala untuk Kumpulan Pengurusan & Profesional diberi 5 peratus. Ini agak kurang adil kerana pegawai Kumpulan Sokongan yang bergred 32, 36 atau 38 akan mendapat elaun yang lebih berbanding pegawai yang bergred 41, 44 dan 48 disebabkan gaji mereka sudah tinggi. Adalah tidak logik apabila ' anak buah ' mendapat elaun kritikal lebih banyak daripada ' boss '.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam

SAYA sebagai seorang penjawat awam ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan kepada perkhidmatan awam demi kebaikan para penjawat awam. Saya mohon supaya cadangan ini diambil perhatian oleh Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA), JPA dan CUEPACS.
Pada masa sekarang bayaran Ganjaran Wang Tunai atau Golden Hand Shake (GHS) hanya diambil kira selama 150 hari sahaja. Saya cadangkan supaya kiraan GHS tiada had sebab ramai pegawai yang mempunyai banyak cuti tetapi terpaksa dilupuskan sahaja kerana tidak boleh ambil cuti kerana kepentingan perkhidmatan. Demi keadilan saya berharap pihak-pihak berkuasa mengambil serius perkara ini.
Buat masa sekarang had tempoh perkhidmatan untuk perkiraan pencen ialah 30 tahun. Saya ingin mencadangkan supaya tempoh perkiraan pencen tiada had iaitu diambil kira tempoh PERKHIDMATAN SEBENAR. Ini kerana ada kakitangan kerajaan yang berkhidmat sehingga 35 tahun dan ada yang lebih daripada itu. Adalah tidak adil kepada kakitangan yang telah berkhidmat lama tetapi tidak diambil kira perkhidmatannya.
Ramai pegawai awam yang memiliki ijazah Sarjana tetapi tidak mendapat apa-apa manfaat kerana peluang kenaikan pangkat yang terhad. Saya cadangkan supaya diberi imbuhan khas bulanan kepada mereka ini sebagai menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka menyambung pelajaran, meninggalkan anak dan isteri, membelanjakan banyak wang ringgit sendiri dan lain-lain lagi.
Pada masa sekarang ada beberapa skim perkhidmatan yang dibayar Elaun Kritikal. Agak pelik kerana Kumpulan Sokongan diberi elaun 10 peratus daripada gaji manakala untuk Kumpulan Pengurusan & Profesional diberi 5 peratus. Ini agak kurang adil kerana pegawai Kumpulan Sokongan yang bergred 32, 36 atau 38 akan mendapat elaun yang lebih berbanding pegawai yang bergred 41, 44 dan 48 disebabkan gaji mereka sudah tinggi. Adalah tidak logik apabila ' anak buah ' mendapat elaun kritikal lebih banyak daripada ' boss '.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121203/fo_02/Cadangan-penambahbaikan-perkhidmatan-awam#ixzz2ELSZVtIE
© Utusan Melayu (M) Bhd