SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Mac 2013

CUEPACS, MTUC SAMBUT BAIK ANGGOTA KONTRAK DAN SEMENTARA NIKMATI FAEDAH PERKESO

Bernama
28/3/2013

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Cuepacs menyambut baik langkah kerajaan meletakkan 63,000 anggota perkhidmatan awam berstatus sementara dan kontrak di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mulai 1 Mei depan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata keputusan ini merupakan satu jaminan kepada pekerja berkenaan dari segi keselamatan mereka.

"Ini satu keputusan penting yang amat dihargai. Ia dapat memberi jaminan dan masa depan yang lebih baik kepada pekerja kontrak dan sementara yang telah lama berkhidmat dengan kerajaan," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Menurut Omar kemudahan itu juga merupakan pencetus semangat kepada golongan itu untuk bekerja dengan lebih bersemangat di samping meningkatkan produktiviti.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan berkata langkah kerajaan itu merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama memandangkan ada antara pekerja itu sudah berkhidmat lama.
"Maka wajarlah mereka mendapat faedah yang sama dengan kakitangan tetap lain," katanya.

Dalam pada itu Omar dan Mohd Khalid sama-sama mencadangkan agar kerajaan menyerap kakitangan kontrak dan sementara itu ke dalam perkhidmatan tetap berbanding memberi peluang tersebut kepada kakitangan baharu.

"SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) ada mengumumkan 60,000 peluang pekerjaan akan disediakan kerajaan tahun ini, saya rasa adalah lebih baik sekiranya staf kontrak dan sementara ini diserapkan.

"Oleh itu kerajaan perlu memberi lebih perhatian kepada kakitangan kontrak dan sementara yang berkelayakan ini untuk menyandang jawatan terbabit terutama mereka yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun," kata Omar.

Mohd Khalid pula berkata, "Telah tiba masa kerajaan mempertimbangkan untuk mereka diserap ke dalam jawatan tetap kerana mereka juga banyak menyumbang dalam kerja-kerja pentadbiran kerajaan," katanya.

Pengumuman mengenai 63,000 anggota perkhidmatan awam itu diletakkan di bawah skim PERKESO diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini.

-- BERNAMA

28 Mac 2013

63,000 PENJAWAT AWAM SEMENTARA DAN KONTRAK TERIMA FAEDAH PERKESO MULIA 1 MEI

Bernama
28/3/2013


PUTRAJAYA, 28 Mac (Bernama) -- Seramai 63,000 anggota perkhidmatan awam berstatus sementara dan kontrak akan turut menikmati pelbagai faedah di bawah Skim Keselamatan Sosial (Perkeso) mulai 1 Mei ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kerajaan mengambil keputusan itu bagi memastikan kebajikan pekerja dan anggota keluarga mereka turut dijamin di bawah Skim Perlindungan Bencana Pekerjaan dan Pencen Ilat seperti pekerja di sektor swasta.

"Keputusan ini memberi faedah kepada semua pekerja sementara dan kontrak di perkhidmatan awam, termasuk 15,000 pekerja yang sedang berkhidmat di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan taraf sementara dan kontrak sekian lama," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini Khamis.

Dr Subramaniam berkata Perkeso akan mengambil tindakan serta merta untuk mendaftar semua pekerja bertaraf sementara dan kontak yang sedang berkhidmat di perkhidmatan awam persekutuan/negeri, badan berkanun persekutuan/negeri dan pihak berkuasa tempatan.

"Jemaah Menteri membuat keputusan itu minggu lalu...Dengan ini semua pekerja terbabit secara automatik akan didaftarkan di bawah Perkeso. Perkeso akan menghubungi jabatan dan agensi berkenaan untuk menguruskan pendaftaran ini," katanya.

Dr Subramaniam berkata kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM30 juta setiap tahun dengan perluasan skim itu.

Katanya skim bencana pekerjaan akan melindungi pekerja ditimpa kemalangan semasa waktu kerja, kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja dan juga penyakit khidmat.

Skim ilat pula akan memberi perlindungan 24 jam akibat daripada keuzuran atau penyakit dan pencen penakat pula disebabkan oleh kematian kepada pekerja yang menikmati keilatan atau disebabkan oleh penyakit.

Faedah-faedah lain yang turut dinikmati ialah perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, pengurusan mayat dan kemudahan pemulihan untuk pekerja kembali bekerja.

Semua faedah ini akan diterangkan oleh Perkeso dalam taklimat kepada pekerja terlibat di jabatan dan agensi berkenaan, katanya.

Dalam pada itu Dr Subramaniam berkata sebanyak 1,912 majikan, dikesan gagal mendaftar pekerja mereka di bawah Perkeso, tahun lalu.

"Mereka dikenal pasti di bawah Ops Kesan yang dilakukan terhadap 20,003 majikan tahun lalu, dan majoriti daripada mereka ialah majikan sederhana dan kecil.

"Daripadanya sebanyak 1,802 kes didakwa di mahkamah (sivil) kerana gagal mencarum, gagal mendaftar, lewat daftar atau kesalahan-kesalahan berkaitan," jelasnya.

Menurutya bagi kesalahan itu majikan boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

-- BERNAMA

27 Mac 2013

CUEPACS SAMBUT BAIK PENCEN STAF BADAN BERKANUN

Bernama
27/3/2013


KUALA LUMPUR 27 Mac - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira 40,000 pegawai dan kakitangan tujuh Badan- Badan Berkanun yang Diasingkan Saraannya (BBDS) bakal menerima pencen membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dan bersedia mendengar suara rakyat.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, langkah itu sekali gus membuktikan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri sentiasa peka kepada keperluan dan perkembangan semasa.

"Ini juga adalah hasil pertemuan dengan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengkaji sistem saraan sebelum ini."Kerajaan telah mendengar keluhan para pekerja berkaitan elaun tetap perumahan dan keperluan dana pencen," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini. Kelmarin, Perdana Menteri berkata, kira-kira 40,000 pegawai dan kakitangan BBDS bakal menerima pencen apabila bersara ekoran persetujuan kerajaan menubuhkan dana pencen untuk mereka.

Selain itu, Najib turut mengumumkan tiga lagi berita baik kepada kumpulan pekerja terbabit dalam usaha menambah baik skim perkhidmatan sedia ada iaitu imbuhan tetap perumahan, sagu hati persaraan dan penyelarasan caruman majikan untuk semua agensi.Menurut Omar, pihaknya berharap agar pelaksanaan itu dapat diselaraskan bagi setiap badan berkanun berkenaan dan melibatkan bekas-bekas pesara.Sementara itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Ahmad Suffian Abdul Aziz berharap pengumuman itu menggembirakan kakitangan yang terlibat.

"Alhamdulillah, tuntutan dan pandangan kami untuk menambah baik skim perkhidmatan sedia ada sejak 2009 telah didengar oleh kerajaan."Sekarang BBDS tidak ketinggalan berbanding kakitangan awam lain dari segi pencen, elaun tetap perumahan dan sebagainya," ujarnya.

26 Mac 2013

DANA PENCEN PEKERJA BADAN BERKANUN DIASING SARAAN

Utusan Malaysia
oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
NAJIB Tun Razak dikerumuni kakitangan tujuh Badan-Badan Berkanun yang Diasingkan Saraannya (BBDS) semasa menghadiri Perhimpunan Perdana bersama BBDS di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD AZIM ABD RAHMAN
KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kira-kira 40,000 pegawai dan kakitangan tujuh Badan-badan Berkanun yang Diasingkan Saraannya (BBDS) bakal menerima pencen apabila bersara ekoran persetujuan kerajaan menubuhkan dana pencen untuk mereka.Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan tiga lagi berita baik kepada kumpulan pekerja terbabit dalam usaha menambah baik skim perkhidmatan sedia ada iaitu bersetuju memberikan imbuhan tetap perumahan, sagu hati persaraan serta penyelarasan caruman majikan untuk semua agensi.

Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan dana pencen berkenaan beliau berkata, jumlah potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat setiap bulan akan dibahagi kepada dua.''Sebahagian dikekalkan untuk dicarum ke dalam simpanan KWSP manakala sebahagian lagi akan dicarumkan ke dana pencen yang akan ditubuhkan.

''Kerajaan juga bersetuju agar kakitangan Badan-badan Berkanun yang Diasingkan Saraannya diberikan Imbuhan Tetap Perumahan sebagaimana yang dinikmati penjawat awam,'' katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Perdana bersama tujuh BBDS di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohamad Zabidi Zainal; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman dan Pengerusi Persatuan BBDS, Azman Yaakob.Keempat-empat pengumuman itu cukup menggembirakan 5,000 pegawai serta kakitangan BBDS yang hadir dalam majlis tersebut sehingga Dewan Merdeka gamat dengan tepukan serta sorakan mereka.

Tujuh badan berkanun terbabit ialah Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Mengenai pemberian sagu hati, Najib berkata, pemberian itu berbentuk gratuiti kepada kakitangan BBDS setelah menamatkan perkhidmatan mereka.

Berhubung langkah menyelaraskan caruman majikan kepada simpanan KWSP pekerja untuk semua agensi pula beliau berkata: ''Semakin lama seseorang pekerja itu berkhidmat di agensi tersebut, maka semakin tinggilah caruman KWSP majikan kepadanya''.Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia ada bukannya kerajaan yang melakukan sesuatu semata-mata untuk menjadi popular sebaliknya apa jua pemberian serta bantuan kepada rakyat dilakukan secara bertanggungjawab serta berhemat.Atas sebab itu katanya, kerajaan mengambil langkah memakmurkan ekonomi terlebih dahulu supaya usaha untuk mensejahterakan kehidupan berjalan dengan baik.

''Apabila ekonomi negara makmur segala kekayaan yang kita kecapi akan kita kongsikan bersama seperti mana pengumuman hari ini. Alhamdulillah pertumbuhan ekonomi kita amat baik.''Dalam keadaan negara-negara seperti di Eropah bergelut dengan masalah ekonomi, Malaysia pada tahun lalu masih berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang cukup baik iaitu 5.6 peratus,'' katanya.

25 Mac 2013

PM UMUM 'BERITA BAIK' PEKERJA 7 AGENSI BADAN BERKANUN

sINAR hARIAN
jAMILAH HAMZAH
25 Mac 2013


Najib Tun Razak Datuk Seri Najib Tun Razak
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Susulan pengumuman sebahagian insentif Sistem Saraan Transformatif sektor awam dua minggu lalu, hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan empat berita baik bagi pekerja tujuh agensi badan berkanun diasingkan saraan (BBDS).
Empat perkara itu ialah penubuhan satu dana pencen, imbuhan tetap perumahan, memberi sagu hati setelah tamat perkhidmatan dan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerjaan (KWSP) diselaraskan membabitkan kesemua agensi terbabit.
Perdana Menteri berkata, atas dasar prihatin dan mengutamakan rakyat tuntutan itu wajar ditunaikan demi kebajikan pekerja tujuh badan terbabit.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, setelah kajian dan pengumuman dibuat oleh kerajaan, pihak pengurusan dan pihak yang terlibat dalam tujuh agensi ini perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan segera.
"Setelah kita kaji perkara yang dituntut, maka dalam majlis yang cukup bersemangat dan luar biasa... bagi kerajaan yang mendengar keluh kesah, mengutamakan kebajikan rakyat dan yang mendengar denyut nadi rakyat, saya nak buat empat pengumuman hari ini kepada BBDS.

"... kerajaan telah tunaikan janjinya, jadi diminta pihak yang terlibat mengambil tindakan segera untuk merealisasikan," kata beliau pada Perhimpunan Perdana Bersama BBDS di Pussat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Majlis ini turut dihadiri seramai 2,000 wakil kakitangan BBDS terbabit iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),  KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).
Pada tahun lalu, Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengemukakan empat tuntutan kepada Najib  bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak.

Empat tuntutan itu ialah mewujudkan skim dana pencen, memanjangkan imbuhan tetap perumahan yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan penambahan caruman KWSP syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi tersebut.Mengulas lanjut, Najib berkata, rakyat perlu terus memberi mandat kepada kerajaan jika mahukan limpahan kejayaan terus dikongsi bersama.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini turut menyeru rakyat untuk terus memberi mandat kepadanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 setelah janji ditunaikan.

"Kalau nak kejayaan ini berterusan, dan kejayaan beterusan itu limpahannya dikongsi dengan pekerja maka bila smpai masa yang akan kunjung tiba tak lama lagi tahulah tuan-tuan puan-puan apa yang nak dibuat."... maka sebuah lagi janji ditepati, saya sudah tunaikan janji bila sampai masa boleh tuan-tuan, puan-puan tunaikan janji untuk saya?" katanya lagi.

NAJIB UMUM BERITA GEMBIRA KEPADA KAKITANGAN BADAN BERKANUN YANG DIASINGKAN SARAAN

Bernama
25/3/2013


KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan berita gembira empat perkara yang bakal dinikmati kira-kira 40,000 pegawai dan kakitangan di bawah tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS) tidak lama lagi.
Ia melibatkan penubuhan Dana Pencen bagi kakitangan di bawah BBDS, pemberian imbuhan tetap perumahan, pemberian bayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan penyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)majikan mengikut tempoh perkhidmatan.

"Setelah kita (kerajaan) kaji perkara-perkara yang dituntut, maka dalam majlis yang cukup bersemangat dan luar biasa ini kerajaan bersetuju menubuhkan Dana Pencen bagi BBDS.

"Pelaksanaan Dana Pencen ini ialah melalui jumlah potongan caruman KWSP dibahagi kepada dua - separuh dimasukkan ke dalam caruman KWSP dan separuh lagi dicarum kepada Dana Pencen - Bila bersara nanti akan dapat keluarkan caruman KWSP dan dapat juga pencen," katanya.

Pengumuman Najib disambut tepukan gemuruh kira-kira 8,000 pegawai dan kakitangan yang hadir pada Perhimpunan Perdana BBDS bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Tujuh agensi di bawah BBDS ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat).

Mengenai penyelarasan sumbangan majikan kepada caruman KWSP, Najib berkata: "Semakin lama pekerja berkhidmat, maka semakin tinggi caruman KWSP majikan kepadanya."

Tiada sebab untuk penjawat awam tukar kerajaan, kata presiden CUEPACS

Malaysia Insider
Oleh Md Izwan
February 21, 2013




KUALA LUMPUR, 21 Feb ― Penjawat awam tidak mempunyai sebab untuk menukar kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman hari ini dan menambah pertukaran pemerintah belum mampu menjanjikan kemajuan kepada negara.Dalam majlis bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di ibu kota, Omar (gambar) berkata Putrajaya telah menunaikan hampir kesemua tuntutan mereka membuktikan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sentiasa peka dan dekat dengan penjawat awam.

“Tidak ada sebab untuk menukar kerajaan yang sedia ada kepada pihak yang belum tentu dapat menjamin apa-apa.“Tidak pernah satupun cadangan yang dikemukakan oleh CUEPACS kerajaan menolak. Sebagai contoh ialah tuntutan kenaikkan dua peratus wang pencen kepada pesara penjawat awam,” kata Omar kepada pemberita.Menurut Omar lagi, sokongan hampir 1.4 juta orang penjawat awam dan 500 ribu pesara sentiasa tidak berbelah bagi kepada kerajaan yang dipimpin oleh Najib dan yakin perkara tersebut akan diterjemahkan dipeti undi dalam Pilihan Raya 2013 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.“Saya yakin 1.4 juta penjawat awam bersama dengan hampir 500 ribu pesara CUEPACS akan sentiasa menyokong kerajaan sedia ada.

“Penjawat awam dan CUEPACS adalah tiang seri (asas kukuh) kepada kerajaan dan yakinlah sokongan mereka akan sentiasa utuh kepada kerajaan,” ujar beliau lagi.
Selain itu, Omar juga menegaskan penjawat awam berhak untuk terlibat dalam politik secara langsung tetapi perkara itu mestilah dengan kebenaran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan tidak melanggari undang-undang yang termaktub bagi penjawat awam.“Ya, mereka mereka boleh berpolitik tapi mestilah dengan kebenaran oleh JPA.“Dan penjawat awam yang berpolitik juga mestilah mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan, antaranya tidak boleh berpolitik di dalam pejabat atau semasa waktu bekerja,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga berucap semasa perhimpunan hari ini menggesa penjawat awam supaya memainkan peranan aktif dan berkesan memandangkan kumpulan tersebut juga bertanggungjawab dalam menyampaikan polisi dan dasar kerajaan kepada masyarakat serta kunci utama kepada kemajuan dan pembangunan negara.“Penjawat sektor awam adalah imej kerajaan, jadi mereka haruslah memainkan peranan yang penting dan berkesan terutamanya dalam menyampaikan polisi dan dasar kerajaan,” tambah beliau.

Penjawat awam merupakan sebahagian daripada 13 juta pengundi berdaftar pada pilihan raya kali ini, serta antara penentu sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya.PRU ke 13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Jun dan dianggap paling sengit dalam sejarah oleh kerana BN yang memerintah Malaysia semenjak 1957 dicabar hebat oleh PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.

CUEPACS cadang KSA1M wujudkan skim pinjaman mudah penjawat awam


Malaysia Insider
March 25, 2013

Datuk Omar Osman





















   
KUALA LUMPUR, 25 Mac — Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) disaran mewujudkan skim pinjaman mudah untuk penjawat awam.Dalam membuat cadangan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman berkata ia bagi mengelak penjawat awam daripada membuat pinjaman dari peminjam wang haram atau “along” dan agensi pinjaman yang mengenakan faedah tinggi yang dilihat membebankan.

“Skim pinjaman ini sesuai untuk perkara seperti kematian, persekolahan anak dan memperbaharui cukai jalan yang membolehkan peminjam memperoleh wang segera tanpa penjamin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung pertama KSA1M di Wisma Cuepacs di sini, hari ini.

Omar berkata melalui skim itu, penjawat awam misalnya boleh meminjam maksimum RM2,000 dengan tempoh bayaran balik selama tiga hingga enam bulan melalui potongan gaji.Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Saripuddin Kasim.Dalam pada itu, Omar menggesa semua penjawat awam menjadi anggota KSA1M untuk menikmati kemudahan yang disediakan. Sehingga kini, 200 penjawat awam telah mendaftar sebagai anggota koperasi itu.

Dalam pada itu, beliau berkata KSA1M akan mengendalikan dua Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) iaitu di Bandar Tun Razak di sini dan Presint 16, Putrajaya selain peruntukan RM1.3 juta yang disalurkan KPDNKK untuk tujuan itu.

Omar berkata kedua-dua kedai dan peruntukan itu akan diserahkan secara rasmi April ini. KSA1M ditubuhkan Februari tahun lalu dan keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam untuk menambah pendapatan kumpulan pekerja itu. — Bernama

CUEPACS: SEDIAKAN PINJAMAN MUDAH ELAK KAKITANGAN AWAM JADI MANGSA ALONG

Sinar Harian
25 Mac 2013

Omar Osman Omar Osman

KUALA LUMPUR - Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) disaran mewujudkan skim pinjaman mudah untuk penjawat awam.
  
Dalam membuat cadangan itu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, ia bagi mengelak penjawat awam daripada membuat pinjaman dari peminjam wang haram atau 'Along' dan agensi pinjaman yang mengenakan faedah tinggi yang dilihat membebankan.
  
"Skim pinjaman ini sesuai untuk perkara seperti kematian, persekolahan anak dan memperbaharui cukai jalan yang membolehkan peminjam memperoleh wang segera tanpa penjamin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung pertama KSA1M di Wisma Cuepacs di sini, hari ini.
  
Omar berkata melalui skim itu, penjawat awam misalnya boleh meminjam maksimum RM2,000 dengan tempoh bayaran balik selama tiga hingga enam bulan melalui potongan gaji.
  
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Saripuddin Kasim.
  
Dalam pada itu, Omar menggesa semua penjawat awam menjadi anggota KSA1M untuk menikmati kemudahan yang disediakan. Sehingga kini, 200 penjawat awam telah mendaftar sebagai anggota koperasi itu.
  
Dalam pada itu, beliau berkata KSA1M akan mengendalikan dua Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) iaitu di Bandar Tun Razak di sini dan Presint 16, Putrajaya selain peruntukan RM1.3 juta yang disalurkan KPDNKK untuk tujuan itu.
  
Omar berkata kedua-dua kedai dan peruntukan itu akan diserahkan secara rasmi April ini.
  
KSA1M ditubuhkan Februari tahun lalu dan keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam untuk menambah pendapatan kumpulan pekerja itu. - Bernama

22 Mac 2013

PENJAWAT AWAM BERI RM1 SEBULAN

Utusan Malaysia
SAYA selaku kakitangan awam di Malaysia berasa cukup bertuah kerana berterima kasih kepada kepimpinan negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah memberi begitu banyak keistimewaan kepada kakitangan awam.Sejak sekian lama kerajaan memberi perhatian serta tidak pernah mengabaikan kebajikan dan kepentingan kakitangan awam. Ada sahaja pihak kerajaan mengumumkan dan memberi buah tangan kepada 1.4 juta kakitangan awam sama ada semasa Pembentangan Bajet atau bila-bila sahaja. 

Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan tentang kenaikan satu tangga gaji untuk semua kakitangan awam dan sebagainya. Di sini saya mencadangkan supaya pihak CUEPACS (Kongres Kesatuan-Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) dapat menyarankan supaya setiap kakitangan awam dapat menyumbang RM1 sebulan. Saya rasa penjawat awam tidak akan rasa terbeban dengan sumbangan sekecil itu.Dengan sumbangan dipotong terus daripada gaji bulanan kakitangan awam seramai 1.4 juta maka pihak CUEPACS dapat mengumpul dana sebanyak RM1.4 juta sebulan. 

Dalam setahun, dana ini dapat dikumpul sebanyak RM16.86 juta. Saya cadangkan CUEPACS menubuhkan sebuah yayasan untuk mengawal dana ini. Dana ini boleh digunakan untuk:

a.    Membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantu untuk mendapatkan rawatan yang
       memerlukan kos rawatan yang tinggi
b.    Membantu rakyat yang susah dan miskin
c.    Memberi sumbangan kepada wira-wira negara yang terkorban atau tercedera dalam
       mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara. 

Dengan sumbangan sekecil dan tidak seberapa ini akan dapat meringankan beban banyak pihak. Bayangkan dengan jumlah sumbangan sebanyak RM1.4 juta sebulan, berapa ramai orang atau ahli masyarakat yang dapat kakitangan awam bantu. Ini dapat mengurangkan beban rakyat yang amat memerlukan serta tidaklah nanti ada pihak yang merayu-rayu di media massa untuk memohon sumbangan bagi mendapatkan bantuan untuk perubatan dan sebagainya.Dengan dana terkumpul ini banyak lagi sumbangan yang boleh difikirkan.

Ini adalah sebagai usaha murni yang kecil daripada pihak kakitangan awam untuk diberi semula kepada rakyat yang selama ini menyokong kecemerlangan khidmat awam di negara ini.Setidak-tidaknya kita dapat membalas usaha murni kerajaan kepada kakitangan awam selama ini.Diharapkan cadangan ini dapat diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan CUEPACS. Moga usaha semua kakitangan awan dinilai ibadah di sisi Allah S.W.T.

20 Mac 2013

SISTEM SARAAN TRANSFOMATIF: CUEPACS MAHU BUTIRAN TERPERINCI

Sinar Harian
20 Mac 2013

SERDANG - Cuepacs meminta supaya dapat diadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohamad Zabidi Zainal secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai pelaksanaan Sistem Saraan Transformatif (SST).
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sejak SST diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal minggu lepas, pihaknya menerima banyak pertanyaan mengenai skim baharu itu.
Bagaimanapun menurutnya Cuepacs tidak dapat memberi jawapan tepat kepada pelbagai isu yang yang ditimbulkan mengenai sistem saraan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia itu kerana pihaknya sendiri, masih samar dalam pelbagai aspek mengenainya.

Menurutnya antara yang sering dibangkitkan ialah soal kumpulan perkhidmatan baharu, soal gred kumpulan, kenaikan pangkat, mekanisma ganti peperiksaan PTK, struktur gaji dan sebagainya.

"Kalau secara rambang kami tahulah, tapi kami nak lebih terperinci, supaya dapat kami jawab soalan-soalan dari anggota kesatuan," katanya dalam persidangan media di pejabat Kesatuan Kakitangan Am UPM (Kepertama) di Universiti Putra Malaysia di sini, selepas menyampaikan wang insurans kepada dua balu anggota Kepertama di sini.

SST yang diumumkan Perdana Menteri pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 di Putrajaya awal minggu lepas ialah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. - Bernama

18 Mac 2013

CUEPACS SARAN KERAJAAN NEGERI SEDIA TANAH BAGI PEMBINAAN RUMAH UNTUK PENJAWAT AWAM

Bernama
14/3/2013


 KUCHING, 13 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan memperuntukkan tanah kerajaan untuk tujuan pembinaan perumahan untuk penjawat awam.
Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata pembinaan rumah di tanah milik kerajaan negeri akan membabitkan kos lebih murah dan dapat dijual pada harga lebih rendah.

"Kita berharap kerajaan-kerajaan negeri akan mengambil inisiatif untuk menyediakan tanah untuk tujuan perumahan penjawat awam," katanya pada sidang sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa baru-baru ini mengumumkan kerajaan persekutuan bersetuju untuk memperuntukkan sebidang tanahnya di Putrajaya bagi tujuan pembinaan kawasan perumahan yang kemudiannya dapat dijual kepada penjawat awam pada kos yang lebih rendah.

Lok turut meminta kerajaan mengambil kira peningkatan harga dan sewaan rumah, khususnya di Sarawak yang didakwanya meningkat lebih dua kali ganda, dalam penyemakan semula kadar elaun perumahan penjawat awam yang bakal diumumkan tahun ini.

-- BERNAMA

13 Mac 2013

GOVERMENT STEADFAST IN BEING FAIR AND RESPONSIBLE - BN

Borneo Post
12/3/2013

IN JOVIAL MOOD: Najib shakes hands with Cuepacs president, Datuk Omar Osman at the Premier Gathering of the Civil Service. Omar Osman called on 1.42 million civil servants to increase their productivity from time to time to show their appreciation for the good news announced by the PM yesterday. — Bernama photo
IN JOVIAL MOOD: Najib shakes hands with Cuepacs president, Datuk Omar Osman at the Premier Gathering of the Civil Service. Omar Osman called on 1.42 million civil servants to increase their productivity from time to time to show their appreciation for the good news announced by the PM yesterday. — Bernama photo

PUTRAJAYA: The government has been resolute in being a fair and fully responsible government and does not gamble with decisions which can jeopardise the country’s future and finances, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.He said the Barisan Nasional (BN) government could just take the populist attitude by promising various matters such as pay rise and high allowances without taking into consideration its financial capability.“It’s true a populist government will be widely popular and will be exciting but just for a short while.

“We need to think carefully of the future apart from populist actions,” he said when speaking at the annual Premier Gathering of the Civil Service (MPPA) here yesterday. He said the people need to carefully look at some parties’ attrocious track record in fulfilling promises. “The question is … as the party that wishes to form the next government, they should be bold and honest with the people on whether the funding of all populist programmes would lead to a raise in taxes? “It is very dificult to evaluate sincerity but we can measure honesty by looking at the past performance of their promises. If the old promises have not been fulfilled, be careful with their new promises,” he said.

Therefore, the Prime Minister urged civil servants and Malaysians to use their power wisely.
“Let’s form a government that would do all proud. If we are of one heart and mind, cooperate with each other … we can build a better future and not look down on the successes achieved so far,” he added. — Bernama

CUEPACS: 80,000 CIVIL SERVANTS NO UPGRADED IN SHEME

The Star
13/3/2013


KUALA LUMPUR: Cuepacs has expressed disappointment that the new Transformative Remuneration System (SST) failed to upgrade around 80,000 civil servants in the technical, agriculture and forestry sectors.
Its president Datuk Omar Osman said Cuepacs expected the upgrade for these sectors to be announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in his address at the 13th National Gathering of Civil Servants in Putrajaya yesterday.
Omar said an additional 166,000 civil servants ranked between grades one to 10 were also not upgraded.
“Many of our members present at the gathering expressed disappointment that they were left out. We have decided to send a protest letter to the PM and Chief Secretary to the Government tomorrow afternoon,” he said after an emergency meeting with the sector representatives yesterday.
Omar explained these were not new demands by Cuepacs as it had lobbied for better service schemes for those in these sectors for over 10 years.“If the Government agrees, it will definitely inject a new spirit into the civil servants,” he said.Omar hopes to receive a reply from the Government before April 5, as Cuepacs will hold a protest against the Public Service Department that day if nothing was done.Cuepacs vice-president (technical sector) Suhaimi Othman said the Government had been promising to upgrade the technical service scheme since 1985.

CUEPACS MAHU KAKITANGAN AWAM SABAR, TUNGGU PENGUMUMAN AHKIR TAHU

Sinar Harian
JAMILAH HAMZAH
12 Mac 2013
Cuepacs mahu kakitangan awam sabar, tunggu pengumuman akhir tahun


Intipati Sistem Saraan Transformatif.


SHAH ALAM - Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengakui menerima maklum balas kurang menyenangkan daripada kakitangan awam berikutan insentif saraan baru yang diumumkan oleh kerajaan semalam tetapi mahu pihak terbabit bersabar menanti pengumuman susulan akhir tahun ini.

Sehubungan itu kata beliau, Cuepacs akan turun padang untuk memberi penjelasan kepada kakitangan awm mengenai kesan dan implikasi dan langkah susulan yang dikaji oleh kerajaan.

Beliau berkata, ramai yang keliru dengan pengumuman yang dibuat kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya menyentuh kepada dasarnya sahaja.

Cuepacs sebelum ini antara lain menuntut kajian semula bayaran elaun sara diri (cola) dan imbuhan tetap perumahan.

Omar berkata, walaupun elaun cola dan perumahan tidak diumumkan kerajaan, namun kenaikan gaji tahunan (KGT) lebih baik untuk kakitangan awam.
"Saya akan turun padang memberi penjelasan kepada kakitangan awam.

"Ramai yang beritahu dan bagi maklum balas mengenai pengumuman Najib itu, tapi apabila saya beri penjelasan, mereka faham.

"KGT itu lebih penting, akan dinaikkan dari semasa ke semasa, tuntutan dua perkara itu akan diumumkan hujung tahun ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Mengulas lanjut, Omar juga berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenaikan pangkat adalah tepat pada masanya.

Katanya, kerajaan telah menyuntik semangat pasukan keselamatan dan tuntutan yang dibuat oleh kakitangan awam juga akan terus diperjuangkan.

"Ini masa terbaik untuk kerajaan umumkan perkara baik buat pejuang kita, boleh naikkan semangat mereka di sana (Lahad Datu).

"Namun tuntutan kita sebelum ini juga akan terus kita perjuangkan," katanya lagi.

Tambah beliau, kakitangan kerajaan perlu bersyukur dan menanti pengumuman yang bakal dibuat oleh kerajaan tidak lama lagi kepada 1.4 juta kakitangan awam.

"Bukan mudah kerajaan nak laksanakan kepada hampir 1.4 juta kakitangan awam, kita perlu bersyukur dan menanti dengan sabar," katanya

CUEPACS SARAN KERAJAAN NEGERI SEDIA TANAH BAGI PEMBINAAN RUMAH UNTUK PENJAWAT AWAM

Bernama
13/3/2013


KUCHING, 13 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan memperuntukkan tanah kerajaan untuk tujuan pembinaan perumahan untuk penjawat awam.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata pembinaan rumah di tanah milik kerajaan negeri akan membabitkan kos lebih murah dan dapat dijual pada harga lebih rendah.

"Kita berharap kerajaan-kerajaan negeri akan mengambil inisiatif untuk menyediakan tanah untuk tujuan perumahan penjawat awam," katanya pada sidang sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa baru-baru ini mengumumkan kerajaan persekutuan bersetuju untuk memperuntukkan sebidang tanahnya di Putrajaya bagi tujuan pembinaan kawasan perumahan yang kemudiannya dapat dijual kepada penjawat awam pada kos yang lebih rendah.

Lok turut meminta kerajaan mengambil kira peningkatan harga dan sewaan rumah, khususnya di Sarawak yang didakwanya meningkat lebih dua kali ganda, dalam penyemakan semula kadar elaun perumahan penjawat awam yang bakal diumumkan tahun ini.

-- BERNAMA

12 Mac 2013

GAJI PDRM, ATM IKUT PERKHIDMATAN AWAM

Berita Harian
12/03/2013


Putrajaya: Kerajaan mengumumkan kenaikan gred gaji baru bagi pegawai dan anggota tentera serta polis untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam Sistem Saraan Baru (SSB).

Pelarasan yang dinamakan Sistem Saraan Transformatif (SST) itu akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diguna pakai sebelum ini, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Beliau berkata, pelarasan gaji bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkuatkuasa 1 Januari lalu bakal memanfaatkan 233,192 anggota pasukan keselamatan di seluruh negara, iaitu 109,209 PDRM dan 123,983 ATM.


Pangkat dalam perkhidmatan ATM dan PDRM kini disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.

Ia mencakupi perubahan skop fungsi tugas khas, struktur pangkat dan kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM serta PDRM, katanya.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Farida Mohd Ali.

Pendek masa naik pangkat
 
Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan setuju menambahbaik pelaksanaan urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana kakitangan awam dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun.

Katanya, pelaksanaan penambahbaikan itu berasaskan kecemerlangan yang akan memanfaatkan lebih 17,000 penjawat awam yang layak.

Di samping itu, kerajaan secara prinsipnya bersetuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat laluan pantas, kenaikan pangkat laluan pakar bidang dan kenaikan pangkat laluan kemahiran tinggi bagi menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka masa panjang.

Kaedah pelaksanaannya, termasuk pembangunan kriteria dan struktur panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru itu akan diperincikan sebelum dilaksanakan, katanya.

Kenaikan gaji tahunan

Najib turut menyampaikan berita gembira kepada 182,434 penjawat awam yang berada pada tangga gaji maksimum dan tidak menikmati kenaikan gaji tahunan dengan mengumumkan kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan, berkuat kuasa 1 Januari 2013 untuk semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum.

Selain itu, semua penjawat awam menerima faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT yang dipercepatkan pada 1 Julai 2013 dengan setiap penjawat awam mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred gaji masing-masing, membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.

Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada pada gaji maksimum, katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyambung perkhidmatan hampir 50,000 kakitangan awam kontrak selama setahun lagi apabila kontrak mereka tamat pada 31 Disember depan sementara menunggu kajian menyeluruh berhubung perkara itu dilaksanakan.

87 ELAUN DIKAJI SEMULA

Berita Harian
12/3/2013


Putrajaya: Nasib kakitangan awam akan lebih terbela berikutan keputusan kerajaan mengkaji semula 87 elaun termasuk elaun bantuan sara hidup (COLA) serentak dengan penambahbaikan 22 skim perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata penambahbaikan itu dijangka siap sebelum hujung tahun ini dan diumumkan sama ada pada akhir November atau awal Disember ini.

Syor skim perumahan khas


Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat cadangan kepada kerajaan mewujudkan skim perumahan khas kakitangan awam, terutama generasi muda.

Ramai penjawat awam yang mahu memiliki rumah di bandar besar tapi tidak kesampaian kerana kenaikan mendadak harga rumah. Kita akan lihat sama ada skim yang disyorkan ini boleh digabungkan dengan skim perumahan PR1MA. Kita juga akan tambah unit kuarters di tempat yang diperlukan, katanya.

Ali turut menolak tanggapan negatif bahawa insentif yang 


diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah buah tangan pilihan raya kerana pelarasan gaji dan jawatan serta penambahbaikan perkhidmatan awam diumumkan setiap tahun.

Tarik minat jadi tentera

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, percaya keserataan pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan perkhidmatan awam am akan menarik minat lebih ramai menyertai pasukan keselamatan.

Keserataan gred jawatan dan gaji ini adalah satu lonjakan drastik untuk ATM serta PDRM dan kita amat menghormati peranan mereka.

Saya percaya, inisiatif untuk kakitangan awam am lain juga berupaya menggerakkan mereka supaya lebih produktif, katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan kerana 22 isu berhubung kakitangan awam berjaya diselesaikan sejak lima tahun lalu.

CUEPACS MAHU KAKITANGAN AWAM SABAR, TUNGGU PENGUMUMAN AKHIR TAHUN

Sinar Harian

11 Mac 2013

SST - SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN DIUMUM

11/3/2013
PUTRAJAYA 11 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).
Pelaksanaan SST, kata beliau, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Antara perubahan di bawah SST, kata Perdana Menteri ialah persetujuan kerajaan semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Perdana Menteri berkata, hal yang demikian diputuskan kerana sebanyak 182,434 penjawat awam berada di paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.
Kerajaan juga, kata Perdana Menteri, bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai ini.
"Ini bermakna setiap penjawat awam mendapat antara RM80 dan RM320 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya ketika berucap sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd. Ali; dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman serta menteri-menteri Kabinet.
MPPA XIII yang bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020' dihadiri hampir 8,700 penjawat awam dari pelbagai sektor dan agensi.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga bersetuju menyambung kontrak 50,000 pegawai kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini setahun lagi, sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.
Selain itu, beliau turut mengumumkan seramai 166,541 kakitangan dalam gred gaji 1 hingga 10 akan dinaik taraf ke gred setaraf kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Menurut beliau, perubahan itu akan memberi manfaat dari segi laluan kerjaya dan peningkatan sewajarnya dalam gred gaji kumpulan berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kenaikan pangkat kumpulan pelaksana pula akan dipendekkan berdasarkan tempoh perkhidmatan daripada 15 tahun kepada 13 tahun yang akan memberi manfaat kepada 17,000 penjawat yang layak.
"Kerajaan juga secara prinsip bersetuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.
"Kesemuanya ini dalam menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka masa panjang," katanya.
Menurut Najib, sebanyak 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirunding semula iaitu bagi skim perkhidmatan bakat, juruteknik, pegawai atau penolong pegawai dan pembantu galian serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2.
Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri mahu penjawat awam menguasai teknologi agar mereka kekal relevan dengan peredaran semasa kerana kemahiran komunikasi baru perlu menjadi teras kepada tugas berhadapan dengan rakyat secara langsung.
"Kehidupan hari ini dipacu oleh kepantasan, ketepatan, ketelusan dan keluasan maklumat yang diterima.
"Justeru penjawat awam perlu bersifat proaktif melakukan penyebaran maklumat bersandarkan ketetapan tanpa melanggar peraturan agar sistem pentadbiran tidak dikompromi keabsahannya," katanya.
Perdana Menteri turut mengingatkan penjawat awam supaya memelihara integriti bagi memastikan ketirisan wang atau maklumat yang menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam tidak berlaku.
Katanya, setiap tindakan dan keputusan penjawat awam hari ini diperhatikan, diperhalusi, diperiksa dan dianalisis serta dikritik. - UTUSAN1

PENGUMUMAN PM SEMPENA MAPPA XIII TIADA KAITAN POLITIK

PUTRAJAYA 11 Mac - Pelbagai berita baik yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kakitangan kerajaan sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) tiada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berkata, tanggapan bahawa MAPPA mempunyai kaitan dengan 'buah tangan' PRU-13 hanya dicetuskan oleh mereka yang gemar melihat sesuatu daripada aspek negatif."MAPPA adalah satu amalan tahunan yang diadakan dalam perkhidmatan awam dan memang termasuk dalam jadual kita.

"Dalam MAPPA ini, kita umum segala pelarasan dan penambahbaikan dari segi perkhidmatan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis tahunan itu di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai tanggapan negatif bahawa pengumuman yang disampaikan Perdana Menteri itu merupakan 'buah tangan' untuk PRU-13 nanti.

Sementara itu, Ali berkata, pihaknya juga sedang mengkaji semua 87 elaun yang akan diberi keutamaan untuk penambahbaikan termasuk skim elaun sara hidup (COLA) kepada penjawat awam. "Pada hujung November atau Disember nanti akan dapat kita umumkan mengenai perkara-perkara ini," katanya.Pada masa sama, beliau berkata, cadangan akan dikemukakan kepada kerajaan agar mengadakan skim perumahan khas kepada penjawat awam.
"Antaranya dengan menggabungkan skim perumahan itu dengan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan menambah kuarters kerajaan di tempat yang diperlukan," tambahnya.

Jelas beliau, pada masa kini, ramai penjawat awam terutama pegawai muda yang berhasrat mempunyai rumah di bandar-bandar besar namun tidak kesampaian disebabkan harga yang kian meningkat.Terdahulu, Ali dalam ucapannya berkata, penjawat awam kini tidak boleh lagi beranggapan mereka berada dalam zon selesa kerana keadaan itu tidak akan membawa kepada prestasi cemerlang.

Sehubungan itu, katanya, penjawat awam perlu mempamerkan sikap tegas, berani, adil dan sanggup mengambil risiko untuk meneraju sesuatu jabatan ke tahap prestasi lebih tinggi. - UTUSAN

PRU13: KAKITANGAN AWAM DIGESA TIDAK SABOTAJ KERAJAAN

SINAR HARIAN
11 Mac 2013
PRU13
PRU13
KANGAR - Penjawat awam diingatkan agar tidak mensabotaj usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat dan negara semata-mata kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Perlis Sabry Ahmad berkata sudah terbukti janji pembangkang hanya mainan dan boleh merosakkan masa depan negara.

"...pembangkang tidak menjanjikan masa depan yang baik," katanya berucap mewakili Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa sabu pada perhimpunan bulanan sektor awam Perlis, di sini hari ini.

Sabry juga berkata penjawat awam di bawah kepimpinan kerajaan sedia ada menikmati kehidupan selesa.

Beliau juga berharap penjawat awam di Perlis membantu menjayakan wawasan negeri "Perlis Maju 2015" yang kini 70 peratus daripada indikatornya telah
dipenuhi.

Selain itu, penjawat awam juga antara kelompok yang turut berpeluang menikmati kemudahan rumah mampu milik di bawah skim Perumahan Rakyat 1Malaysia,
membabitkan pembinaan 10,000 unit rumah di Perlis dalam tempoh lima tahun.

Sebelum itu, Pengarah Penerangan Perlis, Mohamed Lokman Mahmud dalam ucapannya berkata pihaknya akan memberi penerangan mengenai dasar kerajaan kepada rakyat secara lebih agresif menerusi pelbagai program.

Katanya rakyat termasuk penjawat awam perlu diberi kefahaman tentang perkembangan semasa negara ini supaya mereka benar-benar menghayati  pentadbiran kerajaan yang sentiasa menjaga kepentingan rakyat.

Pada majlis itu, penjawat awam turut dipersembahkan dengan nyanyian koir Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Perlis yang diterajui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis.- Bernama

NAJIB: KAKITANGAN AWAM BEBAS PILIH KERAJAAN

SINAR HARIAN
NIZAM ZAIN
11 Mac 2013
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak menyampaikan amanat pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
PUTRAJAYA - Kakitangan awam negara ini, yang merupakan hampir 10 peratus daripada pengundi berdaftar, bebas untuk menentukan kerajaan pilihan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Bagaimanapun Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional menasihatkan kakitangan awam agar menggunakan kuasa memilih mereka dengan sebaik yang mungkin dan jangan mudah terpedaya dengan janji pihak tertentu yang masih gagal melunaskan janji meskipun memerintah empat negeri.

"Kita berupaya mengukur kejujuran dengan melihat prestasi rekod mereka yang berjanji.

"...kalau sejarah menunjukkan janji yang lama pun tidak mampu ditepati atau ditunaikan, maka berhati-hati dengan janji baru," kata beliau dalam ucapan pada Majlis Perdana Pekhidmatan Awam ke-13 di sini.

Beliau tidak mahu pengundi khususnya penjawat awam agar mudah terpedaya dan percaya pihak pembangkang bagi membentuk kerajaan sebelum menilai kejujuran dalam pembiayaan program mereka.

"Mereka perlu berterus-terang dengan rakyat, tidakkah pembiayaan semua program mereka memerlukan kepada cukai dinaikkan?

"... kalau dilihat rekod mereka yang lepas dari segi menepati janji, ia amatlah buruk. Bagi mereka manifesto bukannya janji, maka buat apa kita percaya dengan kandungan manifesto mereka itu," soal beliau.

Dalam pada itu, Najib mempersoalkan salah satu kandungan manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Februari lalu, yang mahu mengecilkan saiz perkhidmatan awam jika mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu tidak wajar sebaliknya perlu dibuat penambahbaikan sahaja agar terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Ada janji dibuat oleh pihak tertentu dalam manifesto mereka, kononnya hendak melihat dan menyusun semula perkhidmatan awam.

"...dengan kata lain, mereka mahu memberhentikan sebahagian besar penjawat awam.

"...siapakah yang mereka mahu berhentikan? Mahu berhentikan guru? Anggota polis? Anggota tentera? Pensyarah? Doktor? Jururawat? Kumpulan pelaksana? Siapa?" soalnya lagi.

Sementara itu, Najib juga menggesa penjawat awam supaya menguasai kemahiran teknologi komunikasi seperti blog dan media sosial dalam membantu kerajaan memberi maklumat tepat dan perkhidmatan terbaik walaupun di luar waktu bertugas.

"Kepimpinan sektor awam tidak boleh lagi mengelak daripada berhadapan dengan media dan orang ramai.

"...penjawat awam haruslah bersifat proaktif melakukan penyebaran maklumat, bersandarkan ketepatan tanpa melanggar peraturan agar perjalanan sistem pentadbiran tidak dikompromikan keabsahannya," jelasnya.

Perdan Menteri juga mengingatkan supaya penjawat awam menjauhi tiga penyakit iaitu rasuah, salah guna kuasa dan membocorkan maklumat.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan integriti penjawat awam terpelihara termasuk memastikan tidak berlakunya ketirisan wang dan maklumat yang boleh menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam.

Di samping itu, penjawat awam juga perlu memastikan bajet besar setiap tahun untuk pembangunan dibelanjakan dengan betul dan mengikut jadual supaya dapat dimanfaatkan rakyat dan mencerminkan kerajaan telah menunaikan janji.

Najib juga berkata, kerajaan sentiasa istiqamah untuk menjadi sebuah kerajaan yang adil dan penuh bertanggungjawab tanpa memperjudikan apa-apa keputusan sehingga merosakkan kedudukan dan kewangan negara.
  
Beliau berkata jika mahu, kerajaan Barisan Nasional boleh sahaja mengambil sikap populis dengan menjanjikan pelbagai perkara seperti kenaikan gaji dan elaun yang tinggi, tanpa mengira kemampuan kewangan sepertimana yang dicanangkan pihak tertentu.
  
"Memang kerajaan seperti itu akan menjadi lebih popular, semua akan merasa seronok, teruja tetapi itu hanyalah buat seketika.
  
"Sebenarnya kita perlu berfikiran waras apa akan jadi kemudian hari nanti, akibat daripada tindakan populis itu," katanya.

PANGKAT DALAM ATM, PDRM DISETARA DENGAN PERKHIDMATAN AWAM

SINAR HARIAN
Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2013
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan berkuatkuasa 1 Jan 2013, kerajaan bersetuju pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.
  
Beliau berkata ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.
  
"Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di sini.
  
Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44.
  
Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.
  
"Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan," katanya.

Sementara itu, Najib berkata perjuangan mulia para patriot dari pasukan, agensi dan perkhidmatan keselamatan negara telah membawa Malaysia berada pada tahap pembangunan dan kemajuan seperti yang dinikmati ketika ini.
  
“Kata orang, berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa. Itulah bakti mulia kerana agama, bangsa dan negara,” katanya.
  
Merujuk kepada lapan wira negara yang telah gugur di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, Najib berkata ia adalah sebuah manifestasi terbaik iltizam para penjawat awam terhadap negara dan amanah yang dipikul.
  
“Mereka meneruskan tradisi mulia generasi demi generasi yang telah menyarung uniform perkhidmatan PDRM dan ATM.
  
“Iltizam mereka itulah yang telah membolehkan kita warga Malaysia menjalankan kegiatan seharian tanpa rasa bimbang dan takut, membolehkan anak-anak kita selamat ke sekolah, membolehkan kita mencari rezeki dan pada akhir setiap hari pulang ke rumah kepada keluarga tercinta.  
  
“Hakikatnya mereka telah membolehkan kita terus maju dan makmur,” katanya.
  
Najib turut mengucapkan terima kasih dan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada setiap keluarga yang terlibat.
  
“Pengorbanan mereka tidak sia-sia. Mereka pergi dalam rangka menunaikan amanah dan menjalankan tanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kesetaraan pangkat perkhidmatan ATM dan PDRM dengan gred perkhidmatan awam ini melibatkan 123,939 anggota ATM dan 109,209 anggota dan pegawai polis.
  
Dengan penyelarasan dalam PDRM, beliau berkata Konstabel, Lans Koperal, Koperal disetarakan kepada Gred 17, 20 dan 22 manakala Sarjan pula menjadi Gred 29.
  
Selain itu, beliau berkata Inspektor, Asisten Superintendan Polis (ASP), Superintenden Polis (Supt) disetarakan kepada Gred 41, 44 dan 46A dalam perkhidmatan awam.
  
"Bagi Asisten Komisioner Polis (ACP) berada pada Gred 52," katanya.
  
Dalam ATM, Ali berkata Prebet, Lans Koperal, Koperal kini disetarakan kepada Gred 17,  20, 22 manakala Sarjan pada Gred 29, Staf Sarjan Gred 32, Pegawai Waren II Gred 36 dan Pegawai Waren I Gred 38.
  
Di bawah kesetaraan pangkat, beliau berkata Leftenan Muda akan berada pada Gred 41 manakala Leftenan Gred 41,  Kapten Gred 44, Leftenan Kolonel Gred 48 dan Kolonel Gred 52. - Bernama

PM UMUM 9 PERKARA ' BERITA BAIK', KENAIKAN TAHUNAN DIAWAL

sINAR HARIAN
NIZAM ZAIN
11 Mac 2013
Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

-  Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;