SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Julai 2014

IKLAN JAWATAN KOSONG PENOLONG PENGURUS KOPERASI ( KOPERASI PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA)



KOPERASI PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457

IKLAN JAWATAN KOSONG

Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat Koperasi Penjawat Awam 1 Malaysia sepertimana yang dinyatakan dibawah ini
A.   PERIHAL JAWATAN :
 
NAMA JAWATAN
TARAF JAWATAN
GAJI PEMULAAN
PENOLONG PENGURUS KOPERASI
TETAP
RM 1,200.00
 
B.   SYARAT LANTIKAN
 
1. PENOLONG PENGURUS KOPERASI
(a)       Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam / Pengurusan dan Perakaunan Koperasi / Pengurusan Perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi  Pengajian Tinggi Tempatan atau  Maktab Koperasi Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,
 
(b)       Mempunyai ilmu dan pengalaman koperasi

(c)        Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia / Bahasa
Inggeris .
          (d)         Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam
            gerakan koperasi .
(e)       Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada     
peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan,
( Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer ),
(f)        Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i) atau (ii) diatas hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
 
C : UMUR
 
1.         Calon bagi lantikan hendaklah berumur

a) Tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh iklan ditutup.

b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D : CARA PERMOHONAN
 
Tiada borang disediakan. Permohonan hendaklah menghantar terus resume kepada:
 
Setiausaha Kehormat
KOPERASI PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA BERHAD
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur. 
 
E : TARIKH TUTUP PERMOHONAN
 
Resume yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di atas sebelum atau pada 13 Ogos 2014. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.
 
F : DOKUMEN SOKONGAN
Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.

17 Julai 2014

PENJAWAT AWAM, PENGUAT KUASA DINASIHAT ELAK TERIMA HADIAH SEMPENA AIDILFITRI

Bernama
16/7/2014



KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengingatkan penjawat awam dan anggota pasukan penguat kuasa mengelak daripada menerima hadiah dalam apa jua bentuk, terutama menjelang Aidilfitri.
Presidennya Azih Muda berkata, seperti kebiasaan setiap kali musim perayaan, amalan memberi hadiah banyak dilakukan sebagai "mengeratkan" silaturrahim, namun bagi mengelak sebarang prasangka buruk, sebaik mungkin ia wajar ditolak.

"Walaupun ia amalan baik, namun diharap semua dapat akur dan patuh kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 1998 mengenai garis panduan pemberian dan penerimaan hadiah dalam perkhidmatan awam.

"Kita bimbang hadiah berupa hamper atau sebagainya ini terutamanya dari pihak yang mempunyai kepentingan, akan diinterpretasi sebagai pemberian bertujuan tertentu, kita nak elak pandangan serong pihak luar," katanya kepada Bernama.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini juga kerap memberi amaran yang sama, dan menasihatkan sekiranya ada yang menerima, melapor dan mengisytiharkannya kepada ketua jabatan masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Azih berterima kasih kepada kerajaan yang memberi bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan sempena Aidilfitri dalam langkah mengurangkan beban kewangan mereka dalam membuat persiapan hari raya.

"Cumanya, kalau boleh Cuepacs memohon kerajaan memanjangkan insentif berkenaan kepada pekerja kontrak, memandangkan mereka juga berkhidmat kepada kerajaan, dan ia wajar memandangkan gaji mereka yang kecil dan jumlah mereka yang tidak ramai," katanya.

-- BERNAMA

CUEPACS SAMBUT BAIK PELAKSANAAN GST - PRESIDEN


Bernama
16/7/2014



KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah selaras dengan matlamat kerajaan memperkukuhkan hasil pendapatan negara menjelang 2020, sekali gus bakal memberi manfaat besar kepada rakyat termasuk penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Azih Muda berkata apabila kerajaan dapat menambahkan lagi hasil pendapatan menerusi GST, maka setiap tuntutan CUEPACS untuk kepentingan penjawat awam juga akan lebih mudah dipertimbangkan.

"Pelaksanaan cukai boleh tambah hasil negara, dan seterusnya kerajaan boleh timbang tuntutan baharu CUEPACS,"katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Dialog Isu GST dan Ekonomi Semasa Tanah Air (DIGEST) bersama CUEPACS.

"Daripada penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tadi, dengan melihat kepada elemen subsidi yang diberikan kerajaan dan elemen pelaksanaan GST, ia tidak menunjukkan harga barang akan melonjak," katanya.

Program DIGEST bersama Timbalan Menteri Kewangan itu sebelum ini telah diadakan bersama media dan setiausaha pelbagai kementerian serta persatuan pelajar bertujuan memberi penerangan GST kepada beberapa kumpulan sasar.

Program dialog itu juga akan diteruskan bersama beberapa kumpulan sasar yang lain antaranya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sasterawan dan karyawan.

Sementara itu, Ahmad berkata penerangan mengenai GST akan dilaksanakan dengan lebih giat lagi bagi memberi pemahaman yang lebih jelas.

"Dalam hal ini, kita menceritakan fakta mengenai GST, kalau kita memberi fakta tanpa emosi, ia membawa kebaikan,"katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mencari formula baharu untuk memberi penerangan lebih kepada orang ramai, agar ia tidak disalah erti.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan melaksanakan GST pada kadar enam peratus mulai April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

-- BERNAMA

11 Julai 2014

JOHOR UMUM BANTUAN KHAS RAYA RM500 KEPADA PENJAWAT AWAM, GURU KAFA

Bernama
10/7/2014


JOHOR BAHARU, 10 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor akan memberi bantuan khas sempena Aidilfitri sebanyak RM500 seorang kepada 11,187 penjawat awam yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM6.6 juta, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata bantuan akan diagihkan sebelum sambutan hari raya kepada penjawat awam dari gred 1 hingga 54 serta 1,850 guru Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) dan 150 guru Tadika Agama.

"Bantuan pertama kali ini bagi mereka menyediakan persiapan hari raya," katanya kepada pemberita semasa merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya, Bazar Ramadan dan Aidilfitri 1Malaysia di sini Rabu malam.

Beliau berkata ia adalah selaras dengan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan kepada penjawat awam sebanyak RM500 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

-- BERNAMA

CUEPACS REPS MEET WITH MUHYIDDIN

Malaysia Digest
10/7/2014


PUTRAJAYA: Cuepacs representatives met with Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today, and the discussions covered civil servants, the proposed Goods and Services Tax (GST) and the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).Cuepacs was represented by its president, Azih Muda; deputy president I Zainal Ismail; deputy president II Mohd Shaman Jaes and secretary-general Lok Yim Pheng at the meeting held at the office of the deputy prime minister here.
Azih said Cuepacs raised several matters at the meeting, among them problems associated with the purchase of houses by civil servants.He said Cuepacs informed the government that civil servants who had been working for between one and 10 years could not afford to buy houses because of their high cost.
"Even some civil servants who have worked for more than 10 years are unable to purchase houses because they are too costly. We hope that the government can exercise control over the prices of houses and ensure that they can be lower so that more can afford to buy them," he told reporters after the meeting.

Azih said Cuepacs also asked the government to consider a salary revision for civil servants, particularly those in the Support Group so that they did not fall below the poverty line."About 45 per cent of civil servants fall into the vulnerable group after buying a car, a house and so on with the income they draw. We have asked the government to revisit this," he said.

Azih said Cuepacs hoped that the government would not withdraw the housing allowance of civil servants who live in government quarters because it would help them meet the high cost of living.He also said that Cuepacs would go down to the ground to explain the proposed GST to civil servants

PERTEMUAN TPM, CUEPACS BINCANG ISU PENJAWAT AWAM, GST

Berita Harian
10/7/2014




PUTRAJAYA: Isu membabitkan penjawat awam, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik adalah antara yang dibincangkan dalam perjumpaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan CUEPACS di sini, hari ini.
Perjumpaan lebih sejam itu disertai Presiden CUEPACS, Azih Muda serta kepimpinan tertinggi CUEPACS antaranya Timbalan Presiden Satu Zainal Ismail, Timbalan Presiden Dua Mohd Shaman Jaes dan Setiausaha Agung Lok Yim Pheng di pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini. 

Azih berkata dalam pertemuan itu CUEPACS membangkitkan beberapa perkara antaranya masalah pembelian rumah dalam kalangan penjawat awam.

"Kami memberitahu kerajaan bahawa penjawat awam yang bekerja antara satu hingga 10 tahun pertama langsung tidak mampu untuk membeli rumah dengan harga mahal.

"Malah yang bekerja melebihi 10 tahun pun ada yang tidak mampu kerana harga terlalu mahal. Kami harap kerajaan dapat memastikan harga rumah terkawal dan lebih rendah supaya lebih ramai dapat membeli rumah," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Azih berkata CUEPACS turut meminta kerajaan mempertimbang semakan gaji penjawat awam terutama kumpulan sokongan supaya tidak di bawah paras kemiskinan.

"Kira-kira 45 peratus penjawat awam jadi kumpulan 'mudah miskin' selepas membeli kereta, rumah dan sebagainya dengan pendapatan itu. Jadi kami minta kerajaan melihat semula perkara ini," katanya.
Menurutnya CUEPACS turut berharap kerajaan tidak menarik balik elaun perumahan yang diterima penjawat awam apabila menetap di kuarters perumahan kerajaan.

Katanya, elaun itu harus dikekalkan bagi membantu penjawat awam berdepan kos sara hidup yang tinggi.

Dalam pada itu Azih memberitahu bahawa CUEPACS akan membantu kerajaan turun padang bagi menerangkan kepada penjawat awam mengenai pelaksanaan GST tahun depan.

- BERNAMA 

06 Julai 2014

PERBAHARUI IKRAR SUMPAH SETIA PENJAWAT AWAM ELAK KEGIATAN MILITAN - CUEPACS

Bernama
5 Julai 2014



KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan perlu memperbaharui ikrar sumpah setia penjawat awam dalam perkhidmatan bagi membendung penglibatan mereka dalam kegiatan militan atau aktiviti negatif yang lain.
Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, ikrar Aku Janji yang dilafazkan penjawat awam ketika mula bertugas di jabatan awam harus sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa sebagai peringatan kepada mereka supaya sentiasa taat setia terhadap kerajaan dan negara.

"Pembaharuan ikrar ini bertujuan untuk memberi kesedaran agar para penjawat awam tahu tanggungjawab mereka terhadap kerajaan, dan hal ini juga mampu untuk memberi persepsi yang positif terhadap pembangunan negara," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Azih turut melahirkan rasa kecewa berhubung pembabitan penjawat awam dalam kegiatan militan, dan menganggap ia satu pengkhianatan terhadap amanah negara dengan menjalankan aktiviti yang tidak sepatutnya.

Cuepacs akan bekerjasama dengan berbagai kementerian bagi mencari jalan terbaik menangani masalah ini daripada terus berlaku, katanya mengulas penglibatan dua penjawat awam yang merupakan antara lima warga Malaysia yang diburu polis kerana disyaki terbabit dengan kegiatan militan.

Azih turut menggesa kerajaan mengadakan program menyemai kecintaan dan kesetiaan terhadap negara di pelbagai peringkat termasuk di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun di tempat kerja.

Beliau berkata, jati diri rakyat Malaysia mudah goyah apabila timbul perbalahan ataupun perbezaan pendapat dalam parti politik, tetapi hal ini tidak seharusnya terjadi kerana ia akan menggugat dan memecahbelahkan perpaduan negara.

"Semangat cintakan negara seharusnya sentiasa dipupuk dan diberi penekanan dalam diri masing-masing dan ia harus dididik tanpa mengira perbezaan ataupun percanggahan parti politik," katanya.

-- BERNAMA

03 Julai 2014

NAJIB UMUM BANTUAN RM500 KEPADA PENJAWAT AWAM SEMPENA AIDILFITRI

Bernama
2/7/2014

i

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya.

-- BERNAMA