SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 November 2015

CUEPACS PUJI MENTERI PENDIDIKAN

Kosmo
29/11/2015

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap mekanisme baharu yang bakal mengatasi masalah duka lara guru-guru di Malaysia dapat dipraktikkan terhadap penjawat awam lain.Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, langkah yang sama sebenarnya turut relevan untuk digunakan ke atas 1.6 juta lagi kakitangan awam di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Menurut beliau, pihaknya menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan yang mahu memastikan guru-guru di negara ini tidak berjauhan dengan isteri dan keluarga masing-masing.“CUEPACS amat berterima kasih kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid kerana melihat perkara ini sebagai satu masalah yang membebankan para guru dan mahu diselesaikan secepat mungkin. 

“Kami rasa langkah ini sememangnya amat tepat dan wajar untuk dilaksanakan bukan sahaja kepada guru malah juga kepada kakitangan awam yang turut menghadapi masalah serupa," jelasnya kepada Kosmo! semalam.Menurut Azih, banyak impak positif diperoleh sekiranya masalah ini diatasi termasuk meningkatkan produktiviti kerja, taraf hidup dan motivasi penjawat-penjawat awam yang selama ini berjauhan dengan insan tersayang.

“Jabatan Perkhidmatan Awam perlu melihat perkara ini sebagai sesuatu yang penting kerana ia melibatkan keperluan dan keharmonian kekeluargaan selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu rakyatnya hidup dalam keluarga yang bahagia.“Selain itu, ia juga dapat menjimatkan kos sara hidup dan perbelanjaan penjawat awam tersebut yang kerap berulang-alik dari dua negeri berjauhan bagi berjumpa isteri atau anak-anak mereka," ujarnya lagi.

Bagaimanapun Azih memberitahu, pendekatan ini seharusnya diguna pakai terhadap penjawat awam yang telah berkahwin atau yang telah bekerja di sesuatu tempat itu dalam tempoh yang lama seperti askar atau polis.“Kakitangan yang bekerja dalam perkhidmatan guna sama juga boleh dipertimbangkan kerana mereka boleh berpindah atau ditukarkan ke pelbagai agensi kerajaan lain dengan jawatan atau tugas yang sama," tambah Azih.


27 November 2015

IT'S EXIT' FOR SLACKING CIVIL SERVANTS

NST
27/11/2015


KUALA LUMPUR: CIVIL servants will be subjected to a new assessment policy from January that could see them removed from the service if they underperform or are medically unfit. The “Exit Policy For Poor Performers”, partly to remove overlapping functions in the service sector, will cover 1.6 million civil servants, including top-ranking executives and those serving in the teaching and security sectors. 

 The New Straits Times has learnt that Public Service Department (PSD) director-general Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal and the department’s director of services Datuk Mohtar Mohd Abdul Rahman had been hitting the ground the last few weeks, briefing civil servants on the policy at their headquarters and offices nationwide. The PSD has also published on their website a circular on the policy, explaining how it works. Under the policy, those who score below 60 per cent will be put on probation for a year. “The spirit behind the policy is clear. It is about bringing excellence into the service. Simply put, for those who slack and simply don’t buck up, they will be retired from the service,” said a senior civil servant who attended one of the briefings by Zabidi. 

 He described the session as a no-holds-barred session, where Zabidi warned civil servants who had ignored warnings issued to them before. This, he said, included the habit of going for long coffee breaks and absenteeism. Under the new system, civil servants will be evaluated by a panel — the Exit Policy Evaluation Panel. For starters, it will haul up employees who had recorded a Key Performance Index of below 60 per cent in their 2015 appraisal. They will then be called in to defend their case. If they fail to justify their poor performance, they will be put through a year-long probation, and if there is no improvement, they will be retired. If improvement is noted in their assessment, they can continue working in the service. 

 However, they will remain under the microscope for the three subsequent years, and must ensure their KPI is above 60 per cent. PSD had assured that there would be a foolproof check and balance system to ensure that no employee in the sector would be unfairly appraised. If health issues are blamed, the staff will have to undergo an evaluation process, and if found to be fit for work, they will be put through the same assessment process as other poor performers. If found to be unfit for employment, they could be retired. 

The Exit Policy for those in top management is less forgiving. There will be no one-year probationary period for them. If they scored below 60 per cent in their 2015 appraisal, they will be, by January, referred to the Performance Monitoring and Evaluation Panel. Those sitting on the panel include the Chief Secretary to the Government, who chairs it, the PSD chief, the Auditor General and the Treasury’s secretary-general. If the consensus is to retire the officer, his case will be referred to the Attorney-General’s Chambers for endorsement. Zabidi had assured those who attended the briefing that the multi-level assessment system would be a fair one. 

This, he said, was because there were screening systems and that those carrying out the assessments would also comprise external parties, including officers from the PSD and representatives of the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs). Zabidi, following the 2016 Budget announcement, hinted the introduction of the policy, saying it was critical in bringing about an efficient and lean civil service. The move, he had said, was to instil integrity among government servants as well as increase reputability.


24 November 2015

BERI REBAT TINGGI KEPADA PENJAWAT AWAM BELI RUMAH - CUEPACS

Bernama
23/11/2



MELAKA, 23 Nov (Bernama) -- Kemampuan penjawat awam untuk membeli rumah semakin berkurangan disebabkan harga rumah pada kadar semasa adalah tinggi, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.

Sehubungan itu beliau meminta kerajaan mengambil langkah perlu bagi 'memulih' dan meningkatkan kembali keupayaan penjawat awam membeli rumah terutamanya mereka yang mahu membeli rumah buat kali pertama.

Katanya bagi mencapai hasrat itu kerajaan disaran memberikan nilai rebat lebih tinggi kepada pembelian rumah penjawat awam dan melihat semula bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap bahan pembinaan rumah untuk penjawat awam tersebut.

"Walaupun rumah itu sendiri tidak kena GST tetapi bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan rumah kena GST...(bagi) setiap rumah yang melebihi RM180,000 hampir RM30,000 dibelanjakan untuk (membayar) cukai sahaja," katanya di sini Isnin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Pihak Berkuasa Tempatan Zon Selatan di Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Ayer Keroh di sini hari ini.

Azih berkata Cuepacs turut mencadangkan jumlah rebat sama dengan nilai GST dikenakan semasa proses pembinaan rumah itu, diberikan kepada penjawat awam yang membeli rumah terutamanya rumah pertama.

"Kita nak kalau boleh kerajaan tak payahlah ambil rumah pertama ini GST ...pulang balik (kepada penjawat awam) supaya boleh dibelanjakan untuk mereka membeli peralatan dan keperluan dalam rumah itu sendiri," katanya.

Pihaknya juga meminta kerajaan menilai semula harga sebenar rumah di negara ini mengikut kaedah ekonomi semasa menggunakan teknologi seperti sistem bangunan berindustri dan bukan berdasarkan spekulasi pasaran.

"Dengan semua usaha ini kami yakin harga rumah ini akan dapat dikurangkan lagi dan ini membolehkan lebih ramai rakyat terutama golongan muda memiliki rumah," katanya.

-- BERNAMA

19 November 2015

KERJA-KERJA : MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENGUJITERIMA KERJA-KERJA PENDAWAIAN SEMULA MATA HAWA DINGIN UNTUK PEJABAT CUEPACS NO.34A, JALAN GAJAH OF JALAN YEW, PUDU, 55100 KUALA LUMPUR.

Media CUEPACS





KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]
(Pendaftaran No 195)

SEBUTHARGA/TENDER BAGI KERJA-KERJA  PERKHIDMATAN ELEKTRIK

KERJA-KERJA : MEMBEKAL,  MENGHANTAR  DAN MENGUJITERIMA  KERJA-KERJA PENDAWAIAN SEMULA MATA HAWA DINGIN UNTUK PEJABAT CUEPACS NO.34A, JALAN GAJAH OF JALAN YEW, PUDU, 55100 KUALA LUMPUR.

NO SEBUTHARGA : BIL 1/2015 (E)                            Tarikh : 19 November 2015


KEPADA :

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………


Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu
55100 Kuala Lumpur.


1.       Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA / TENDER DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

2.       Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 3 Disember 2015, tidak lewat dari jam 12.00 tengahari. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No 1/2015 (E)

3.       Satu lawatan tapak akan diadakan pada 26  November 2015 jam 10.00 pagi di Ibu Pejabat CUEPACS Jalan Gajah Off  Jalan Yew Pudu Kuala Lumpur

3.       Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Ibu Pejabat CUEPACS 34A, Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu Kuala Lumpur.

4.       Jawatankuasa setuju terima sebutharga/tender tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

5.       Sebutharga  hendaklah sah selama  30 HARI selepas itu.

6.       Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.


BIL
PERKARA
HARGA SEUNIT
KUANTITI
JUMLAH HARGA





01





02


03

Semua Pendawqai mengunakan Konduit uPVC lengkap dengan Assoseries

Mata penghawadingin mengunakan kabel 4mm. Sq I/d 1 x 4mm. Sq kabel CPC. Berserta mengunakan 20A DP Switch.

 Panel Suiz berperisai logam


Baiki semula plaster siling termasuk menampal, mengecat mana-mana ruang kerja yang terbabit sehingga seperti sediaada serta membuang semua sampah
Sarap ketempat yang dibenarkan







Bil.





Bil.


-





32





3


Pukal



Jumlah keseluruhan




Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia….…………...............

……………………………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………………………….

Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..

[ Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].




Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 

Nama penuh pengurus                 :……………………………………….

Tandatangan dan cop penender             :……………………………………….

Alamat                   :………………………………………..

…………………………………………
…………………………………………
Tarikh :………………………………..

09 November 2015

CUEPACS SARAN MESIN KIOSK JPJ DITAMBAH DI SELURUH NEGARA

Bernama
8/11/2015



DUNGUN, 8 Nov (Bernama) -- Cuepacs hari ini menyarankan supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menambah bilangan danmenaik taraf perkhidmatan mesin kiosk jabatan itu di seluruh negara.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata saranan itu dibuat bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan jabatan itu memandangkan mesin kiosk berkenaan hanya ditempatkan di kawasan yang terhad.

"Orang ramai sering merungut untuk menggunakan perkhidmatan mesin ini. Jadi kita harap pihak kerajaan dapat memberikan satu peruntukan kepada JPJ bagi menambah dan menaik taraf mesin tersebut," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ, di Sekolah Kebangsaan Padang Pulut di sini.

Turut hadir Pengarah JPJ Negeri Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie dan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam.

Pada majlis itu, seramai 248 calon terdiri daripada 111 lelaki dan dan 137 wanita warga emas memperoleh lesen motosikal kelas B2.

Menurut Azih, setakat ini sebanyak 51 buah mesin kiosk berkenaan sudah ditempatkan di pejabat JPJ seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya 25 buah sahaja yang berfungsi manakala yang lain mengalami kerosakan.

Jelasnya perkhidmatan mesin kiosk itu juga perlu diperluaskan ke tempat yang menjadi tumpuan awam serta kawasan pedalaman bagi memudahkan pelaksanaan urusan orang ramai tanpa perlu ke pejabat JPJ.

"Apabila ditempatkan di kawasan tumpuan, maka ia memudahkan penduduk terutamanya yang tinggal jauh dari bandar untuk berurusan seperti membaharu lesen memandu, cukai jalan, membayar saman dan sebagainya.

"Jadi kita harap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan dan menilai perkara ini bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai," katanya.

Katanya, di negeri Terengganu hanya tiga buah mesin kiosk berkenaan ditempatkan di pejabat JPJ dan keadaan itu dilihat tidak mencukupi.

-- BERNAMA

KESATUAN SEKERJA MAHU KERAJAAN ADAKAN DIALOG MENGENAI TPPA

Bernama
8/11/2015


Oleh Yuri Azhar Mazlan

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Beberapa kesatuan sekerja mahu kerajaan mengadakan dialog bagi membincangkan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) membabitkan isu pekerja.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Mohamed Shafie BP Mammal berkata ini kerana maklumat mengenai TPPA masih samar kerana tidak dikeluarkan dengan lengkap.

TPPA mempunyai beberapa klausa yang akan memberi kesan kepada rakyat dan negara terutamanya kepada para pekerja, antaranya kemasukan pekerja asing, katanya kepada Bernama.

"Banyak isu pekerja tidak dinyatakan seperti gaji minimum, jumlah waktu bekerja, kemudahan dan hak wanita mengandung, perlindungan kesatuan sekerja dan sebagainya...ini semua sepatutnya dimasukkan dalam TPPA," katanya.

Beliau berkata penetapan standard buruh yang minimum perlu dilaksanakan dan diambil perhatian serius, selain isu perdagangan.

Mohamed Shafie berkata ia masih belum terlambat untuk kerajaan memastikan hak pekerja dilindungi dan ditambah baik berikutan perjanjian itu masih dalam proses perundangan dan mendapat kelulusan di setiap negara peserta TPPA.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam pula mempersoalkan kenapa tiada perlindungan dan usaha untuk mempromosikan aktiviti yang dilakukan kesatuan sekerja dalam perjanjian itu.

"Apabila urus niaga perdagangan dipermudahkan di antara negara yang menandatangani TPPA kenapa tidak memudahkan menubuhkan kesatuan sekerja?," katanya.

Gopal mendakwa TPPA seolah-olah mengurangkan peranan kesatuan sekerja kerana isu melibatkan perniagaan dan pelaburan lebih jelas berbanding isu buruh yang kurang lengkap.

"MTUC bimbang Malaysia mungkin terpaksa meminda hak-hak pekerja demi mengikut terma yang ditetapkan TPPA, maka kerajaan harus bersikap tegas dengan tidak membenarkan syarikat asing meletakkan pelbagai peraturan yang menjejaskan golongan pekerja di Malaysia," katanya.

Ditanya mengenai kelonggaran diberikan kepada pekerja asing untuk memegang jawatan dalam kesatuan sekerja sekiranya TPPA dipersetujui, Gopal berkata ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana pekerja asing juga akan melindungi dan mewakili rakan sekerja mereka.

"Apa yang berlaku sekarang ialah majikan tidak membenarkan pekerja warga asing menjadi ahli dan memegang sebarang jawatan dalam kesatuan sekerja kerana Jabatan Imigresen tidak membenarkannya," katanya.

Beliau berkata MTUC tidak membantah pekerja warga asing menganggotai kesatuan sekerja dan mengalu-alukannya tetapi dengan syarat ia tidak menjejaskan pekerja tempatan kelak.

Bagi Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Malaysia (TWU) Tan Sri Zainal Rampak, langkah terbaik yang perlu dibuat kerajaan ialah mendedahkan maklumat lengkap mengenai TPPA kepada orang ramai dan mendapatkan maklum balas kerana penjelasan yang dibuat setakat ini tidak menyeluruh.

Malaysia dan 11 negara lain iaitu Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam, telah berjaya menyelesaikan rundingan mengenai TPPA pada 5 Okt di Atlanta, Georgia (Amerika Syarikat).

Antara perkara yang terlibat dalam perjanjian itu adalah isu buruh.

Menurut laman sesawang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai TPPA, antara perjanjian itu ialah ia tidak memberi hak bagi kemasukan buruh asing, termasuk profesional.

Malah ia akan dikawal oleh undang-undang dan peraturan yang terdapat di Malaysia serta tertakluk kepada keperluan industri.

Selain itu, kerajaan akan terus memberi keutamaan terhadap peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan.

Menurut MITI, bab mengenai buruh dalam TPPA mengandungi disiplin yang memperjuangkan kebajikan serta hak pekerja, termasuk klausa berkaitan gaji minimum dan keselamatan serta kesihatan pekerjaan, yang telahpun dilaksanakan Malaysia.

-- BERNAMA

05 November 2015

SESI PERJUMPAAN JPA BERSAMA CUEPACS

5/11/2015


Satu taklimat Ketua Pengarah JPA dengan CUEPACS telah diadakan  pada 4 November 2015 jam 1130 pagi di Auditorium JPA Aras 4 Blok C JPA Putrajaya. Hampir 150 orang hadir termasuk pegawai jpa dan pegawai tertinggi serta ahli kongres CUEPACS
 



PARLIMEN : SKIM PENCEN KERAJAAN MASIH KOMPREHENSIF, TIDAK PERLU DIKAJI -AZLINA

Bernama
4/11/2015



KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Skim pencen pesara kerajaan, termasuk pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa kini dilihat komprehensif dan seimbang, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan tiada perancangan untuk menyemak semula skim itu, namun menegaskan ia tetap akan diberi perhatian jika memerlukan.

"Skim pencen ini dilihat seimbang kerana seorang pesara akan menerima pencen bulanan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan gaji akhir; ganjaran dan ganti cuti rehat berbentuk kewangan serta kemudahan perubatan seumur hidup untuk pesara, pasangan dan anak yang layak.



"Di samping itu, kerajaan berpendapat kenaikan kadar pencen dua peratus setiap awal tahun adalah munasabah dan mencukupi untuk membantu pesara menangani peningkatan kos sara hidup," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 sewaktu persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Azalina turut memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan sentiasa bersedia untuk mengkaji sebarang cadangan bagi meningkatkan kualiti hidup pesara, dan pelaksanaannya turut bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.



Menyentuh mengenai situasi penjawat awam terjerat dengan pinjaman peribadi sehingga mengalami masalah kewangan yang teruk, Azalina berkata kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi membendung masalah itu termasuk inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 baru-baru ini.

"Pada pembentangan bajet, kerajaan bersetuju menaikkan gaji permulaan terendah Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan dan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred, berkuat kuasa 1 Julai 2016.

"Di samping itu, mulai 1 Nov tahun ini, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) termasuk kepada kumpulan pelaksana pada kadar minimum RM300 bulan," katanya.



Selain itu, Azalina berkata kerajaan turut membenarkan penjawat awam daripada kumpulan sokongan untuk melakukan pekerjaan luar dengan mematuhi Peraturan 5(3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, dan mendapat kebenaran bertulis daripada ketua jabatan masing-masing.

Menyentuh mengenai peningkatan peruntukan pembangunan JPM daripada RM13 bilion (2015) ke RM14 bilion (2016), Azalina berkata peningkatan itu adalah ekoran pertambahan perbelanjaan pembangunan.

Selain itu, Azalina berkata peningkatan peruntukan turut disebabkan pertambahan jumlah agensi di bawah JPM seperti Jabatan Pertahanan Awam dan Agensi Pengurusan Bencana, termasuk pengambilalihan Projek Lebuhraya Pan Borneo daripada Kementerian Kerja Raya.

Beliau berkata di bawah JPM terdapat 92 jabatan dan agensi secara keseluruhan dengan 57 adalah jabatan, 10 badan berkanun persekutuan, 13 syarikat, lima agensi pembangunan koridor, lima yayasan dan dua pertubuhan antarabangsa.

Azalina juga menafikan kerajaan membelanjakan RM40 juta bagi penggunaan dan penyelenggaraan pesawat rasmi kerajaan, seperti yang dibangkitkan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) di Dewan baru-baru ini.

"Untuk makluman, perbelanjaan RM40 juta adalah tidak tepat. Kos operasi dan penggunaan pesawat ACJ320 sejak Mei hingga Okt 2015 adalah sebanyak RM10,612,439.55 yang melibatkan kos 'Monthly Firmed Fixed Price', kos 'over and above' dan 'variables' seperti kos 'ground handling/overflight/navigation'.

"Pengunaan pesawat eksekutif untuk kegunaan ketua kerajaan bukanlah sesuatu yang asing," katanya lagi.

-- BERNAMA