SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Julai 2016

HANYA KAKITANGAN PROFESIONAL, KRITIKAL DICADANGKAN BERSARA UMUR 62 TAHUN

Kosmo
21/7/2016




AZIH (dua dari kiri) bersama Mohamad Zabidi (tiga dari kiri) bersalaman dengan tetamu pada Majlis Rumah Terbuka CUEPACS di Dewan CIDB, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Ghazali Kori
KUALA LUMPUR: Dianggarkan hanya antara 1,200 hingga 2,000 orang sahaja daripada 25,000 kakitangan perkhidmatan awam yang bersara wajib setiap tahun terbabit dengan cadangan lanjutan usia persaraan kepada 62 tahun.
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata pelaksanaan itu juga tidak membabitkan semua perjawatan, cuma bagi jawatan kritikal dan profesional untuk menampung keperluan tenaga pakar dalam negara.
Beliau berkata, kakitangan kumpulan profesional seperti pensyarah, hakim, jurutera dan pakar runding misalnya, memiliki kepakaran tertentu dan pengalaman luas yang masih diperlukan industri bagi meningkatkan ekonomi selain, menampung keperluan semasa.
"Apabila hendak menuju ke negara maju empat tahun lagi, kita memerlukan dasar yang dapat diterima secara sejagat dengan anggaran lima hingga lapan peratus yang akan bersara setiap tahun sahaja dikekalkan ...tidak semua kakitangan awam.
"Kita menggesa kerajaan untuk mengkaji semula sama ada dasar usia persaraan 62 tahun perlu dilaksanakan atau tidak selain, menyemak semula skim gaji penjawat awam yang sudah 15 tahun tidak dikemaskini," katanya pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri CUEPACS, hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Semalam, CUEPACS dalam temu bual program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel yang disiarkan secara langsung mencadangkan kerajaan mewujudkan satu dasar baharu untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam kepada 62 tahun.
Tahun lalu, CUEPACS turut melontarkan cadangan sama namun ditolak kerajaan.
Azih berkata, antara perkara yang perlu diteliti kerajaan termasuk, kemampuan penjawat awam dengan gaji semasa memiliki pendapatan mencukupi untuk membeli rumah, menyediakan pendidikan anak dan bersaing dengan peningkatan 10 kali ganda indeks pengguna dan kos sara.
Di samping itu, CUEPACS turut menyeru kerajaan supaya tidak mengehadkan atau 'mengunci' pengisian jawatan baharu akibat kekosongan persaraan jawatan sebaliknya, membuka peluang kepada graduan muda berkelayakan daripada pelbagai bidang.
"Ketua agensi juga diminta mengambil tindakan drastik dan merancang pelan penggantian enam bulan sebelum kekosongan supaya tidak berlaku kekurangan pekerja," katanya.

9 ulasan:

Kagumas berkata...

Dh kena maki baru nk betulkan statement... hahaha Jawatan Pengerusi Cuepacs ni kritikal ke? Elok bg satu penggal /maksimum 2 tahun sudah... makin lama sel2 otak pun x mau berhubung!

Unknown berkata...

dunia sangatlah tidak adil!!RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM.

kump sokongan 2 berkata...

Maaf ingin saya cadangkan disini, isu persaraan tidak perlulah nak dilanjutkan lagi kesian pada generasi anak kita nak mencari kerja nanti, yg harus dan wajib diperjuangkan dan diusulkan adalah isu pampasan khidmat bekerja, dan isu gaji pencen, klau dilihat pada grade duty awam berapalah sangat yg dpt bila pencen kelak, dan isu gaji pencen pula klau boleh mintalah pada kerajaan bagi 80% dari gaji pokok tamat perkhidmatan, ini yg harus diperjuangkan oleh cuepacs, klau persaraan tu klau boleh bagilah 55 tahun, dihujung usia ni apalagi harus dikejarkan, urusan bekalan akhirat yg harus dicari, sudah2lah dengan isu tempoh khidmat ni jangan nak ikut negara lain, pendapatan gaji pula taknak ikut negara lain,

kump sokongan 2 berkata...

Maaf ingin saya cadangkan disini, isu persaraan tidak perlulah nak dilanjutkan lagi kesian pada generasi anak kita nak mencari kerja nanti, yg harus dan wajib diperjuangkan dan diusulkan adalah isu pampasan khidmat bekerja, dan isu gaji pencen, klau dilihat pada grade duty awam berapalah sangat yg dpt bila pencen kelak, dan isu gaji pencen pula klau boleh mintalah pada kerajaan bagi 80% dari gaji pokok tamat perkhidmatan, ini yg harus diperjuangkan oleh cuepacs, klau persaraan tu klau boleh bagilah 55 tahun, dihujung usia ni apalagi harus dikejarkan, urusan bekalan akhirat yg harus dicari, sudah2lah dengan isu tempoh khidmat ni jangan nak ikut negara lain, pendapatan gaji pula taknak ikut negara lain,

Unknown berkata...

Maaf saya katakan CUEPACS tidak membela nasib kakitangan bawahan dan pengganggur yang semakin ramai jumlah melebihi jumlah penggangur di Thailand sebanyak 30%. Lebih baik kepimpinan CUEPACS dibubarkan supaya diadakan semula pemilihan / pilihanraya supaya tidak nampak CUEPACS dipolitikkan oleh Kerajaan.

Kagumas berkata...

Tu laa... mmg x relevan Cuepacs skarang. Ko tunggu laa nk dkt2 umum Bajet dia mula laa kuar statement " Cuepacs TUNTUT Bonus PA 2 bulan!"... sudah2 dpt RM500... kuar pulak "Cuepacs berterima kasih pada kjaan bg RM500". TAK PUNYA CELAKA ka puak2 ni semua... Presiden yg tak leh pakai. Hari2 PA dihimpit kos sara hidup tinggi. Tp pembelaan yg PA dpt cuma hampeh! Kepada puak2 ni... sila berambus dan kuburkan Cuepacs bersama2 jasad anda bila dh sampai masa nnt.

Unknown berkata...

Cuepacs perlu mengembalikan semula dasar pencen 55/56 tahun untuk anak-anak muda boleh berkhidmat untuk kerajaan. Tiada gunanya melanjutkan pencen 62 tahun oleh kerana ramai kakitangan yang sedia ada terpaksa memilih pencen pilihan disebabkan sakit & uzur. Adakah Cuepacs menyedari perihal ini???Atau hanya memikirkan kata orang kampung "lebih baik penuh kocek sendiri".Ramai kakitangan JPA menyedari perihal ini kenapa tidak Cuepacs...atau lebih utama kepentingan politik atasan. Sedar sikit amanah yang dipertanggungjawabkan...kita semua orang Islam dan tahu hukum agama.

JESS berkata...

ELAUN WILAYAH PENJAWAT AWAM BERKHIDMAT DI SARAWAK DITAMBAHBAIK Bernama 16/2/2016 SARIKEI, 16 Februari (Bernama) -- Elaun wilayah yang dinikmati penjawat-penjawat awam yang berkhidmat di Sarawak adalah antara antara 231 jenis elaun dalam perkhidmatan awam yang akan ditambah baik selepas 1 Julai tahun ini. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata, penambahbaikan itu adalah selepas perlaksanaan 252 skim perkhidmatan sektor awam pada tarikh tersebut. Oleh yang demikian beliau berkata, mereka tidak perlu risau dengan desas-desus kononnya elaun wilayah tersebut akan dimansuhkan. "Kita nak elaun ini ditambahbaik sesuai dengan kompleksiti tanggungan semasa atau liabiliti yang ditanggung oleh penjawat awam yang berkhidmat di merata tempat seluruh negara sama ada di bandar, luar bandar atau pedalaman," katanya kepada Bernama. Beliau ditemui selepas menyampaikan bicara umum bertajuk "Isu-isu Dalam Perkhidmatan Awam" pada seminar Perkhidmatan Awam yang dihadiri lebih 300 penjawat awam dari bahagian Sarikei dan Sibu di sini hari ini. Menyentuh isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), beliau berharap kerajaan mengkaji semula kadar cukai itu sekiranya perolehan negara meningkat selepas pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) nanti. Azih berkata, kajian semula itu penting untuk memastikan kadar GST tidak membebankan rakyat termasuk penjawat awam yang kini merasai kesan kenaikan harga barangan. Katanya, Cuepacs melihat perolehan kerajaan daripada pelaksanaan GST mampu menggantikan kehilangan perolehan kerajaan dari industri petroleum dan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang telah dihapuskan. "Dengan adanya GST ini kerajaan dapat meneruskan gaji, insentif dan kemudahan-kemudahan lain dinikmati penjawat awam selama ini," katanya. -- BERNAMA

YANG NIE APA CERITA???????????

Mahmood Adam berkata...

dah mula balik dah cadangan merepek ni. buat dasar sebegini akan menyebabkan mereka yang tak sedar diri tandatangan opsyen bersara 62, walhal keupayaan dan kekuatan dah takda. sepatutnya kerajaan pinda semula akta pencen supaya mereka yang memilih untuk bersara pilihan selepas usia 40 dibayar pencen berdasarkan tempoh perkhidmatan pada bulan berikutnya selepas pencen, bukannya kena tunggu tahun mereka tandatangan opsyen. ini yang berlaku sekarang, mereka terpaksa tunggu sehingga tempoh masa yang ditetapkan. jadi mereka pun memaksa diri mereka untuk bertahan di dalam perkhidmatan awam sehingga lanjut usia walhal mereka sudah tidak berdaya. bukan semua orang boleh berfikir untuk diri sendiri. mereka main tandatangan saja.

daripada cuepacs sibuk memperjuangkan had umur persaraan, mengapa mereka masih lagi degil taknak perjuangkan nasib penjawat awam yang mempunyai kelulusan tinggi untuk pergi lebih jauh demi memajukan dan meningkatkan laluan kerjaya mereka? saban tahun, mereka ini dianaktirikan oleh kerajaan kerana "perlu bersaing" dengan mereka yang baru sahaja tamat pengajian. akhirnya mereka kecundang kerana SPA masih lagi menggunapakai kaedah merit. akhirnya mereka ini kekal sebagai kumpulan pelaksana dan kecewa dengan kerajaan. mengapa cuepacs taknak perjuangkan kumpulan ini sebagaimana mereka sibuk memperjuangkan PAR setaraf dengan PT, TYPIST setaraf PT, JURUTEKNIK setaraf PENOLONG JURUTERA walhal mereka ini tiada kelayakan akademik setaraf? mengapa?