SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Oktober 2016

WAKTU KERJA PENJAWAT AWAM KEKAL SEPERTI SEKARANG

Bernama
11/10/2016

Ali Hamsa bersama Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Puan Sri Rohani Abdullah melihat poster 'Hentikan Keganasan Terhadap Wanita' selepas majlis Persidangan Tahunan 'Agama: Menyemai kasih di dunia, menuai cinta di Syurga' di Dewan Seri Endon Puspanita Puri
PUTRAJAYA, 11 Okt (Bernama) -- Waktu kerja bagi penjawat awam kekal seperti sekarang, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berhubung cadangan waktu bekerja selama enam jam sehari bagi perkhidmatan awam.
Beliau berkata cadangan bekerja enam jam sehari yang dikemukakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu sudah dikaji dan didapati mungkin mempunyai risiko 'menjejaskan' perkhidmatan awam.

Katanya penekanan dalam perkhidmatan awam sekarang ialah untuk peningkatan produktiviti.

"Selepas kajian itu (dibuat), waktu kerja kekal seperti sekarang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Tahunan Agama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di sini hari ini.

Waktu bekerja bagi perkhidmatan awam sekarang adalah sembilan jam sehari.

Ali dalam pada itu mengumumkan gred bagi Allahyarham Anisah Ali, pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang terkorban ketika bertugas setelah kenderaan dinaikinya dirempuh kenderaan 'tonto', dinaikkan dari gred 22 ke gred 26.

"Kerajaan telah uruskan kenaikan gred Allahyarham secara posthumous. Oleh itu waris Allahyarham akan dapat ganjaran mengikut gred yang baharu," katanya berhubung saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kerajaan mempertimbangkan gred lebih tinggi untuk Anisah.

Mangsa meninggal dunia pada Ahad akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus selepas dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam pada itu, Ali turut memaklumkan bahawa syarat supaya projek kerajaan yang bernilai RM500 juta ke atas di peringkat pusat sehingga pihak berkuasa tempatan perlu melibatkan penyertaan Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudahpun berkuat kuasa.

Beliau berkata cadangan tersebut sudah mendapat persetujuan perdana menteri, ketua audit negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Cadangan tersebut memang telah dipersetujui semua pihak. Dan sekarang ia akan terus dilaksanakan," katanya.

Ali pada minggu lepas mencadangkan supaya projek kerajaan bernilai RM500 juta dan ke atas perlu melibatkan penyertaan ketua audit negara dan SPRM bagi membanteras penyelewengan dan rasuah.

Mekanisme sama iaitu penglibatan ketua audit negara dan SPRM pernah dilaksanakan dalam projek mega seperti Projek Aliran Transit Massa (MRT) sebelum ini untuk mengelakkan ketirisan dan penyelewengan dan terbukti berkesan.

Pada majlis hari ini, Ali yang merupakan penasihat Puspanita menyampaikan sumbangan Puspanita berjumlah RM130,000 kepada 41 buah pusat aktiviti warga emas di seluruh negara, lima buah sekolah menengah, empat buah sekolah rendah yang mempunyai kelas pendidikan khas di Putrajaya serta pelajar-pelajar Kelas Mengaji Al-Quran Kanak-Kanak Istimewa Puspanita.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah isteri Ali, Puan Sri Rohani Abdullah yang merupakan Yang Dipertua Puspanita.

-- BERNAMA

5 ulasan:

azri berkata...

Mana saluran betul untuk buat aduan tuntuan TNT yang lewat. Tuntutan pada bulan Julai sehingga ke hari ini sudah dekat pertengahan Oktober masih belum diperolehi. Begitu juga dengan tuntutan bulan Ogos. Ini menyukarkan penjawat awam menjalankan tugas di luar. Jika guna kad kredit, kelewatan ini telah sebabkan kami menanggung cas faedah. Mohon highlight perkara ini. Piagam pelanggan 14 hari bayaran dibuat selepas dihantar tidak ditepati.

Tanpa Nama berkata...

TNT sy dr bln 4 x dpt lg... Harap maklum

annammalai berkata...

Apa yang saya tahu mana mana individu pun yang terpilih menjadi president cuepacs hanya akan menaikan atau membela nasib gred nya sahaja tanpa memikirkan nasib yang lain... contohnya anda boleh lihat mantan2 president yg sebelumnya... jd beliau kn bersara dgn aman sb dh dpt habuan dia... adil la sikit... kalau nk mintak, mintak la utk semua... jenuh jwb depan Allah nanti pe yg telah dipertangujawabkan... yg berkuasa pulak hanya bagi pd golongan yg ramai saje contohnya guru sebab yg berkuasa mengharapkan golongan ini akan mengundi mereka kelak... dok bg pd yg dh hidup senang lenang dh, yg susah terus susah...nk dpt kenaikan rm 5 pn terpaksa tunggu berpuluh tahun... bubar saje la kesatuan ni... memalukan... sb masih wujud unsur2 kepentingan diri sendiri terutamanya yg bernama president kesatuan... KSN pn support la sikit.. jgn dok jga pak menteri n jawatan saje... bkn leh bwk mati pn... dh la nmpk seperti menindas... dpt dosa lg pulak tu... adil la kan... saudara president pn kalau nk berjuang kena la berprinsip utk mnjaga ank buah yg dibawah... kalau x mampu letak jawatan... ingat ini amanah... kna jwb dpn Allah nnti ...

Unknown berkata...

WAJAR DIKEKALKAN WAKTU SEKARANG,yang PENTING gaji ditingkatkan kerana keadaan semasa mewajibkan gaji ditingkatkan.

Tolong jangan abaikan golongan pelaksana,baik dari segi ruang kenaikan pangkat apatah lagi kenaikan gaji serta elaun elaun berkaitan.

Golongan pelaksana paling terkesan dengan kos sara hidup sekarang.Golongan ini juga menyokong penuh kerajaan sedia ada.

Badan berkanun tidak wajar terlibat jika kerajaan naikkan gaji penjawat awam kerana mereka tidak menyokong kerajaan sedia ada.Hanya pengerusi badan berkanun sahaja menyokong kerajaan pemerintah.

kakitangan badan berkanun tidak menyokong segala dasar kerajaan sedia ada.

HARAP KERAJAAN NAIKKAN GAJI PENJAWAT AWAM ( TIDAK TERMASUK BADAN BERKANUN )