SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

30 Mei 2016

EXIT POLICY CAN BE A DOUBLE - EDGED SWORD

NST
30/5/2016


THE important announcement by Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa on the new exit policy for the 1.6 million civil servants is most welcome. It has been long-awaited by most Malaysians who want to have a more efficient and effective civil service to bring greater progress to the nation and better service to all Malaysians. It is also timely as it comes after several necessary salary increases, which also call for an increase in productivity.
From now on, under this essential exit policy, civil servants who underperform can and will be sacked from the service. This was never an established policy in the past. Recalcitrant civil servants were rarely penalised; they were just transferred to a different department, and they continued being a part of the civil service.
About 2,680 civil servants have now been identified as underperforming, with a performance score of below 60 per cent.
However, this is a very low proportion of the civil service. The number could be much higher, if the threshold of 60 per cent is raised, as it should be raised, perhaps gradually, as we need much higher performance from our civil servants.
To be fair, even to just start with penalising poor performers is a laudable move under the circumstances and must be commended to encourage the new policy to last.
The question now is, how long will this policy last? Or will it be a flash in the plan, and unsustainable?

The reasons for this critical question:
POLITICIANS, the public and civil service have been quite tolerant of inefficiencies in the past and this may continue to pamper the civil service and condone their underperformance with a tidak apa attitude. Hence, the chief secretary has to be fully backed by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his cabinet to ensure that the new exit policy is properly enforced and strictly followed without fear or favour;
THE public and civil service must feel convinced that the appraisals are fair and reasonable. Any perceived abuse of the new exit policy, such as political bias, must be rejected by the civil service. This will discredit the exit policy and make it untenable and unsustainable;
THE overall quality and performance of the civil service must be seen to improve considerably from now on. Any long coffee breaks should cease. Replies from government agencies to the public must be fast.
Administrative policies and practices must be regarded as universally applicable and not selective or subject to corruption and widespread cronyism. There is also a perceived decline in the credibility of the quality of the civil service, as seen in the performance of the Immigration Department and other departments; and
THE support pledged by the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Datuk Azih Muda is praiseworthy. But Cuepacs’s backing must be strong and sustained.
Even if union officials are found to be inefficient and are subsequently sacked, Cuepacs should not interfere.
The exit policy is a bold step forward to enhance the standard of performance of the civil service, which is the backbone in the government’s administration.
It will be readily supported and buttressed by most Malaysians. The public will be pleased with consequentially better performances and have more confidence in good governance!
This exit policy can raise the public’s confidence in the government — if it works effectively and lasts well beyond its introduction. But, it can also be harmful and counterproductive if not implemented with integrity, sincerity and good faith from all sides. In other words, it can be a double-edged sword, if not handled well.
Tan Sri Ramon Navaratnam, Chairman, Asli Centre for Public Policy Studies

26 Mei 2016

KERAJAAN HAMPIRI SASARAN BINA 100,000 UNIT PPA1M MENJELANG 2018

Bernama |
26/5/2016



Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) ketika merasmikan projek pembinaan PPA1M Metropolitan Kepong pada Khamis



KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) - Sasaran kerajaan untuk membina 100,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di seluruh negara menjelang 2018 hampir tercapai dengan pelancaran satu lagi projek itu di Metropolitan Kepong (MRR2) di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PPA1M Metropolitan Kepong yang dibangunkan oleh JL99 Group di atas tanah seluas 8.2 ekar (3.28 hektar) akan melibatkan pembinaan dua blok pangsapuri yang menempatkan 1,230 unit rumah.

"Sehingga Mei 2016, sebanyak 148 projek PPA1M dengan 82,012 unit rumah telah diluluskan kerajaan dan kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

"Kita janji 100,000 unit PPA1M menjelang 2018 dan kini sudah hampiri sasaran tersebut. Ini merupakan komitmen kerajaan, insya-Allah dapat kita tepati dan tunaikan," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 penjawat awam yang berjaya dalam permohonan PPA1M Metropolitan Kepong di sini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

Perdana menteri berkata projek perumahan mampu milik seperti PPA1M sangat dekat di hatinya dan menjadi antara keutamaan tertinggi kerajaan.

Beliau berkata PPA1M juga merupakan satu daripada langkah kerajaan mengurangkan risiko hutang dan beban kewangan penjawat awam untuk memiliki rumah.

Najib berkata harga jualan PPA1M adalah 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran hasil pelaksanaan kaedah subsidi silang, dengan keuntungan bagi pembangunan komersial seperti lot-lot kedai oleh pemaju di tapak projek berkenaan akan digunakan untuk membina blok-blok perumahan.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata pemilik PPA1M dikenakan syarat tambahan iaitu tidak boleh menjual unit rumah mereka dalam tempoh 10 tahun bagi mengelakkan spekulasi harga.

Mengenai PPA1M Metropolitan Kepong, Najib berkata kerja-kerja menanam cerucuk telah selesai dan kerja-kerja tukup cerucuk sedang dijalankan.

"Projek PPA1M Metropolitan Kepong dijangka siap pada 2018," katanya.

PPA1M di Metropolitan Kepong menawarkan empat jenis perumahan iaitu 124 unit Type A (850 kaki persegi), 370 unit Type B (1,000kp), 494 unit Type C (1,200kp) dan 242 unit Type D (1,500kp).

Projek perumahan itu juga dilengkapi pelbagai kemudahan seperti surau, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan taman permainan yang menjadikan kehidupan di situ lebih selesa.

Sebanyak 5,027 permohonan diterima untuk PPA1M Metropolitan Kepong dan hanya 1,230 sahaja yang layak memiliki rumah berkenaan.

-- BERNAMA

25 Mei 2016

TINGKAT PEMANTAUAN HARGA BARANG SEMASA RAMADAN - CUEPACS

Bernama
24/8/2016



KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan meningkatkan lagi penguatkuasaan dan pemantauan harga barang semasa bulan Ramadan nanti.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu melakukan pemantauan lebih menyeluruh di seluruh negara dan mengambil tindakan lebih tegas terhadap peniaga yang tidak mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.

"Selain itu KPDNKK juga perlu menentukan lebih banyak barang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kesan kenaikan harga itu akan menambahkan lagi tekanan rakyat termasuk kalangan penjawat awam dan meminta penjawat awam supaya lebih berhemah berbelanja semasa Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

"Jangan cuba untuk berhutang, belanja kad kredit dan pinjam duit dengan 'Along' serta elakkan daripada mendapatkan khidmat (pinjaman wang) daripada pihak yang akan menyusahkan kita gara-gara nak 'enjoy' pada bulan puasa dan Hari Raya nanti.

"Cuepacs memberikan peringatan awal ini supaya jangan nanti selepas sahaja Hari Raya, timbul pula pelbagai isu seperti kurang fokus terhadap kerja kerana kehabisan wang dan memikirkan cara untuk melangsaikan hutang," katanya.

-- BERNAMA

TINGKAT PEMANTAUAN HARGA BARANG SEMASA RAMADAN- CUEPACS

Bernama
24/5/2016


KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan meningkatkan lagi penguatkuasaan dan pemantauan harga barang semasa bulan Ramadan nanti.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu melakukan pemantauan lebih menyeluruh di seluruh negara dan mengambil tindakan lebih tegas terhadap peniaga yang tidak mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.

"Selain itu KPDNKK juga perlu menentukan lebih banyak barang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

-- BERNAMA

23 Mei 2016

GESA SPA ISI 25,000 JAWATAN KOSONG

Metro harian
22/5/2016


Kuching: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya membuka semula pembekuan pengambilan penjawat awam ketika ini.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata, ia bagi mengisi kekosongan jawatan antara 21,000 orang hingga 25,000 orang, terutama jawatan rendah dalam perkhidmatan awam.
Menurutnya, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa juga mengumumkan kerajaan akan mengambil pekerja baru bagi mengisi kekosongan jawatan itu, namun masih tiada tindakan diambil SPA.
“Jadi kami minta ada penyelarasan, bila arahan dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara sepatutnya tindakan diambil.
“Sampai sekarang tiada tindakan diambil, saya tidak nampak usaha diambil SPA untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada (dalam perkhidmatan awam),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan CUEPACS Sarawak di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi CUEPACS Sarawak Ahmad Malie dan Timbalan Setiausaha Agung CUEPACS Abdul Rahman Mohd Nordin.

KEKOSONGAN JAWATAN WAJAR SEGERA DIISI UNTUK KELANCARAN SISTEM PENYAMPAIAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT

Bernama
22/5/2016




KUCHING, 22 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata pihaknya menerima pelbagai aduan daripada agensi-agensi kerajaan mengenai kekurangan kakitangan disebabkan persaraan awal dan wajib, kematian serta perletakan jawatan.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata kekosongan jawatan berikutan faktor di atas wajar diisi dengan segera bagi memastikan kelancaran sistem penyampaian kerajaan.



Katanya sebagai contoh, Cuepacs menerima aduan daripada Malaysian Nurses Union yang mendakwa ahlinya terpaksa membuat dua hingga tiga kerja berikutan kekurangan kakitangan.

"Jadi apa yang Cuepacs ingin sampaikan kepada kerajaan adalah supaya serius melaksanakan pelan penggantian ataupun pengambilan penjawatan bagi menggantikan mereka yang telah bersara atau telah berhenti kerja ini seperti mana disebut oleh Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa) setiap tahun sejumlah 21,000 hingga 25,000 kekosongan dalam perkhidmatan awam akan diisi," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Cuepacs Negeri Sarawak di sini hari Ahad.
Azih berkata:"Apa yang menimbulkan kebimbangan kami sistem penyampaian ini tidak akan berada pada tahap 100 peratus untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Justeru itu kami minta supaya kerajaan melaksanakan segera pengisian kekosongan jawatan dan ini juga akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan universiti dan sijil seluruh negara untuk memohon jawatan-jawatan kosong ini," katanya.

--BERNAMA

22 Mei 2016

CUEPACS HARAP KERAJAAN PERSEKUTUAN SEMAK 231 JENIS ELAUN

Bernama
21/5/2016



Datuk Azih Muda
KOTA BAHARU, 21 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan Persekutuan dapat menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyemak semula 231 jenis elaun di dalam perkhidmatan awam.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata semakan terhadap elaun itu boleh dilakukan selepas rasionalisasi 252 skim perkhidmatan dilaksanakan kerajaan.

"Terdapat 231 jenis elaun yang telah diwujudkan untuk perkhidmatan awam, namun ada antaranya telah lebih 15 tahun tidak dikaji termasuk elaun-elaun yang sangat kritikal.

"Kami minta supaya pasukan yang baharu diwujudkan untuk kami memulakan kajian berkaitan dengan keperluan elaun-elaun berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tritahunan Perwakilan Cuepacs Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung Cuepacs Datuk Lok Yim Pheng dan Pengerusi Cuepacs Kelantan Aminuddin Awang.

April lepas, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dilaporkan sebagai berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyempurnakan proses penambahbaikan 252 skim perkhidmatan sedia ada di bawah langkah rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Dalam pada itu, Azih berharap agar kerajaan dapat duduk semeja dengan kesatuan itu bagi membincangkan secara komprehensif terhadap beberapa kecacatan yang ada di dalam pelan rasionalisasi skim perkhidmatan.

"Kita tak nak perkara ini berlaku dalam kerangka yang lain kerana kita tahu anggota perkhidmatan awam ada yang guna sama, ada yang bukan guna sama, dan kalau kita mungkin melihat kepada satu pihak, mungkin pihak yang satu lagi tak puas hati juga. Ini penting kalau kerajaan nak melihat keharmonian dalam perusahaan di peringkat negara kita nak dikekalkan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Azih mendesak agar kerajaan tidak membekukan perjawatan yang ditinggalkan kosong oleh penyandang terdahulu, dapat diisi dengan secepat mungkin bagi mengelak anggota mahupun pegawai di sesebuah agensi terbeban dengan tugasan mereka.

"(Perkara ini) akhirnya memberi tekanan kepada anggota-anggota kami di seluruh negara kerana mereka bekerja dalam keadaan tenaga kerja yang tidak mencukupi, dan ini akan memberi ruang kepada golongan muda dan pencari-pencari kerja untuk memasuki perkhidmatan awam," katanya.

-- BERNAMA

17 Mei 2016

CUEPACS MINTA MTN KAJI SEMULA TEMPOH MORATORIUM RUMAH PPA1M DAN PR1MA

Bernama
13/5/2016





BUKIT KAYU HITAM, 13 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Majlis Tanah Negara (MTN) mengkaji semula tempoh moratorium sekatan kepentingan hak milik rumah di bawah Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Presidennya Datuk Azih Muda berkata tempoh moratorium tersebut agak membebankan penjawat awam atau pembeli rumah di bawah kedua-dua skim itu kerana terpaksa menunggu tempoh sehingga 20 tahun untuk menjual rumah mereka.

Beliau berkata kerajaan dan MTN perlu mengkaji semula syarat tersebut agar dapat mengurangkan tempoh moratorium daripada 20 tahun kepada lima tahun, bagi memberi peluang kepada mereka untuk menjual rumah mereka bagi mendapatkan aset lain.

"Pembeli berhak untuk menjual rumah mereka selepas beberapa tahun memilikinya pada harga yang ditetapkan atau harga pasaran semasa dan ia agak membebankan mereka sekiranya terpaksa menunggu sehingga 20 tahun (dari tarikh pembelian rumah).

"Mugkin ada yang telah bersara dan mereka tidak boleh jual rumah mereka dengan segera kerana terpaksa menunggu tempoh moratorium tamat. Ini agak membebankan mereka," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Cuepacs Kedah 2016-2019 di Dewan Agensi Keselamatan Sempadan (Aksem), pada Jumaat.

MTN dalam kenyataan pada 28 April lepas menyatakan dalam mesyuarat MTN ke-72 yang dipengerusian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meluluskan moratorium melalui sekatan kepentingan dalam dokumen hak milik bagi PPA1M dan PR1MA sebagai usaha kerajaan untuk membantu pembeli rumah termasuk penjawat awam dan golongan berpendapat rendah.

Keperluan untuk memasukkan moratorium yang seragam menerusi sekatan kepentingan dalam dokumen hak milik adalah penting bagi memelihara kepentingan kerajaan Persekutuan dalam mengelakkan penyalahgunaan faedah penjualan rumah pada harga yang rendah berbanding harga pasaran.

Sementara itu, Azih berkata institusi kewangan perlu melonggarkan syarat pinjaman perumahan kepada kakitangan awam bagi membolehkan mereka membeli rumah dengan mudah.

Katanya terdapat institusi kewangan enggan meluluskan pinjaman perumahan dengan alasan rumah yang dibina tidak siap dan lengkap sekaligus menyukarkan penjawat awam untuk membeli rumah idaman mereka.

Selain itu, katanya kerajaan perlu mengawal harga rumah bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam yang baru berkerja membeli rumah pertama.

-- BERNAMA

11 Mei 2016

PROGRAM RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN AWAM WAJAR - AHLI AKADEMIK

Bernama
11/5/2016


KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Program rasionalisasi perkhidmatan awam dilaksanakan tepat pada masanya memandangkan kos sara hidup kini semakin meningkat, kata seorang ahli akademik.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata langkah untuk mengemas kini dan menyelaras skim perkhidmatan awam akan memberi manfaat kepada penjawat awam, terutama golongan di gred yang lebih rendah dan kini bergelut bagi memastikan kelangsungan hidup.

Bagaimanapun, kata beliau, secara keseluruhannya masih banyak ruang yang perlu ditambah baik dalam skim perkhidmatan awam supaya para penjawatnya akan lebih berdaya saing dan setanding dengan pekerja sektor swasta.

Menggesa kerajaan untuk memberi perhatian terhadap skim kenaikan gaji atau bayaran bonus kakitangan awam berdasarkan prestasi, Ahmad Martadha berkata: "Ini kerana, kebanyakan kakitangan tidak akan berusaha sebaik mungkin untuk bekerja dengan cemerlang, jika bonus diberikan kepada kesemua pekerja, tanpa mengira prestasi atau pencapaian mereka.

"Sedangkan, sektor swasta mengutamakan prestasi kerja individu sebagai indikator untuk kenaikan pangkat atau imbuhan," katanya kepada Bernama.

Program rasionalisasi perkhidmatan awam diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu pekeliling yang dikeluarkan pada 14 April. Menurut pekeliling itu, sejumlah 252 skim perkhidmatan awam sedia ada akan ditambah baik dan dikurangkan menjadi hanya 240 skim, dengan tangga gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 daripada RM837 pada masa kini. Skim perkhidmatan baru akan berkuat kuasa pada 1 Julai.

Ketua Pengarah JPA Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dalam satu kenyataan awal bulan ini berkata bahawa beberapa skim perkhidmatan akan dihapuskan di bawah program rasionalisasi kerana skop, tugas dan fungsi pekerjaan itu didapati menjadi tidak relevan dan tidak lagi diperlukan.

Mengulas lanjut, Ahmad Martadha berkata kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan budaya kerja yang kondusif dalam perkhidmatan awam agar kehendak dan kebajikan masyarakat dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin selaras dengan slogan kerajaan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata program rasionalisasi itu sekali gus membuka ruang kepada generasi muda untuk berkhidmat sebagai penjawat awam.

"Bukan sahaja beberapa skim dimansuhkan, malah skim gaji juga ditambah baik mengikut keadaan ekonomi semasa," katanya.

Azih juga menggesa generasi muda agar melengkapkan diri masing-masing dengan kemahiran vokasional dan teknikal bagi merebut peluang mengisi keperluan dalam beberapa bidang tertentu di sektor awam umpamanya kejuruteraan.

-- BERNAMA

10 Mei 2016

PELAKSANAAN GAJI MINIMUM BUKA PELUANG KERJA BELIA TEMPATAN

Bernama
10/5/2016


KEMAMAN, 10 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2016 sebanyak RM1,000 sebulan yang akan bermula Julai depan dilihat dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan yang selama ini diisi kira-kira 1.9 juta pekerja asing yang berdaftar secara sah di seluruh negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata selama ini pekerja asing banyak terlibat dalam industri yang dikategorikan sebagai 3D iaitu - dangerous, dirty and difficult (bahaya, kotor dan susah).

"Namun, dengan pelaksanaan gaji minimum ini nanti, perlahan-lahan kita akan menggalakkan anak muda tempatan memasuki industri ini seterusnya beri peluang untuk mereka meningkatkan kemahiran dan menjadi pekerja berkemahiran tinggi dalam bidang tersebut.

Ini selaras matlamat kementerian yang menetapkan sasaran 35 peratus pekerja tempatan adalah terdiri dari pekerja mahir pelbagai bidang menjelang 2020 dan ketika ini jumlahnya telah mencapai 28 peratus yang diharap mampu mencapai sasaran itu dalam tempoh enam tahun lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2016 Sedunia di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Kadar gaji minimum bulanan dan jam tersebut ditetapkan mengikut wilayah iaitu RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia manakala RM920 atau RM4.42 sejam untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa terdapat 71 jenis pekerjaan yang dikategorikan sebagai 3D termasuk industri minyak dan gas.

"Jadi pelaksanaan gaji minimum ini nanti dapat membantu negara mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam semua industri itu, sebaliknya bakal diisi oleh anak muda tempatan," katanya.

-- BERNAMA

KADAR KEMALANGAN PEKERJA ULANG ALIK KE TEMPAT KERJA MENINGKAT

Bernama
10/5/2016


KEMAMAN, 10 Mei (Bernama) -- Kadar kemalangan melibatkan perjalanan ulang alik pekerja ke tempat kerja dan kediaman menunjukkan peningkatan sebanyak 554 kes pada tahun lepas berbanding tahun 2014.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata sebanyak 28,591 kes kemalangan perjalanan dicatatkan pada tahun lepas berbanding 28,037 kes pada tahun 2014.

"Bagaimanapun, jumlah keseluruhan kemalangan yang dilaporkan tahun lalu menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 2.81 peratus per 1,000 pekerja dicatatkan berbanding 3.10 peratus per 1,000 pekerja bagi tahun 2014.

"Keseluruhan jumlah kes kemalangan yang dicatatkan pada tahun 2015 adalah sebanyak 62,863 kes manakala tahun 2014 pula sebanyak 63,331 kes," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Sedunia Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2016 di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Ismail berkata, kemalangan di tempat kerja atau kemalangan perusahaan mencatatkan penurunan kes iaitu sebanyak 34,272 kes dicatatkan tahun 2015 berbanding 2014 sebanyak 35,294 kes dan ini menunjukkan penurunan sebanyak 1,022 kes.

"Bagi bulan Januari hingga Mac tahun ini sebanyak 16,200 kes kemalangan pekerja telah dilaporkan.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,423 kes melibatkan kemalangan perjalanan ulang alik dan 8,777 kes kemalangan perusahaan dicatatkan," katanya.

Ismail berkata pihak kerajaan melalui Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) sentiasa menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan di tempat kerja terjamin dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang melakukan pelanggaran melibatkan hal tersebut.

"Kita tak boleh tolak ansur bila ada pelanggaran yang dilakukan oleh pihak majikan yang melibatkan keselamatan dan kesihatan pekerja.

"Untuk tahun 2014, sebanyak 258,800 pemeriksaan telah dijalankan ke atas tempat kerja dan jentera dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 22,190 notis dikeluarkan, 913 kesalahan dikenakan kompaun dan sebanyak 353 kes didakwa di mahkamah," katanya.

Program anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) dengan kerjasama JKKP Terengganu dihadiri kira-kira 300 pekerja dan majikan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta dari seluruh negara.



-- BERNAMA

07 Mei 2016

BENARKAN PENJAWAT AWAM WANITA KERJA DARI RUMAH - CUEPACS

Berita Harian
7/5/2016




KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kepada kerajaan supaya menggubal dasar membenarkan 77,440 orang atau 48.4 peratus penjawat awam wanita bekerja dari rumah. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata cadangan berkenaan sebagai langkah mengurangkan risiko terhadap keselamatan, produktiviti kerja dan keseimbangan membina keluarga.

Beliau berkata, wanita memiliki kelemahan emosi menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai faktor luaran yang menjejaskan pekerjaan seperti tekanan kemurungan, mangsa jenayah dan kesuburan menurun. Katanya, kebanyakan pekerja wanita gagal membuat pilihan sama ada meneruskan hasrat membina kerjaya atau memberi fokus kepada anak dan keluarga. "CUEPACS berpendapat pelaksanaan dasar bekerja dari rumah menyenangkan pekerja wanita yang kerap bercuti kecemasan akibat masalah kesihatan anak atau suami, selain ia tidak menjejaskan sasaran kerajaan mencapai matlamat pembangunan moden.

"Kita percaya bilangan pekerja wanita dalam sektor awam atau swasta akan bertambah setiap tahun berikutan kecemerlangan pendidikan ditunjukkan golongan ini," katanya ketika Sambutan Hari Wanita Sedunia 2016 - Peranan Wanita Dalam Dunia Digital, di sini, hari ini

04 Mei 2016

KENAIKAN GAJI SUNTIK SEMANGAT PENJAWAT AWAM

Sinar Harian
4/5/2016



KUALA LUMPUR - "Kenaikan satu tangga gaji bermula 1 Julai ini akan memberi motivasi kepada 1.6 juta penjawat awam untuk meningkatkan sistem penyampaian," kata Setiausaha Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Lok Yim Pheng.
Lok Yim Pheng
Beliau berkata ia juga dapat membantu penjawat awam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Cuepacs pada mulanya bimbang sama ada berlaku kenaikan gaji atau tidak. Dengan janji kerajaan meneruskan kenaikan satu tangga gaji, kami merasa lega dan berterima kasih.      
"Kelegaan ini lebih-lebih lagi dirasai kumpulan gred rendah termasuk mereka yang mempunyai kelulusan PMR dan SPM," katanya.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali memberi jaminan kerajaan akan tetap melaksanakan kenaikan satu tangga gaji pada 1 Julai ini meskipun keadaan ekonomi sukar.
Katanya, kerajaan juga berjanji meneruskan penambahbaikan kepada 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam.
Yim Pheng berkata, keputusan menaikkan satu tangga gaji itu juga adalah hasil kerjasama dan perbincangan antara Cuepacs dan kerajaan.
"Meskipun ada lagi tuntutan lain daripada Cuepacs seperti kadar elaun, ia  perlu diputuskan secara berperingkat supaya tidak membebankan kerajaan," katanya. - Bernama

03 Mei 2016

PEMANSUHAN SKIM PERKHIDMATAN KERANA TIDAK RELEVAN - JPA

Bernama
2/5/2016



ALOR SETAR, 2 Mei (Bernama) -- Pemansuhan beberapa skim perkhidmatan di bawah rasionalisasi perkhidmatan awam dilakukan kerana skop dan fungsi tugas berkenaan tidak lagi diperlukan, selain tiada penyandang dalam Perkhidmatan Awam.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata pemansuhan skim seperti Operator Kamera Offset dan Peniup Kaca juga dilakukan kerana tugasnya yang sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.

"Sebab itu kita kata rasionalisasi skim kita tambah baik dan mana relevan dengan keadaan semasa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Taklimat Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2016 Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia di Wisma Darul Aman hari ini.

Turut hadir, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Melalui rasionalisasi itu, sebanyak 252 skim perkhidmatan awam dibawah Sistem Saraan Malaysia ditambah baik berkuatkuasa 1 Julai ini.

Dalam pada itu, melalui Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), JPA katanya yakin masalah perumahan dalam kalangan penjawat awam dapat dikurangkan.

"Dalam konteks ini kerajaan ada skim PPA1M, yang mana kerajaan akan laksanakan 100,000 unit, dan kita jangkakan 116,000 unit boleh diselesaikan dalam masa terdekat sehingga 2018, kerana permintaan yang tinggi," katanya.

Pada Ahad CUEPACS mengeluarkan kenyataan mendapati kira-kira 960,000 atau 60 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam masih tidak memiliki rumah, dan 70 peratus daripadanya berumur 40 tahun ke bawah.

Sehingga April lalu, sejumlah 41,880 permohonan diterima bagi 19,225 unit kediaman PPA1M yang ditawarkan.

Program PPA1M membabitkan kerjasama antara kerajaan dan swasta iaitu pembeli yang ditawarkan PPA1M tidak perlu membayar ansuran pinjaman rumah mereka mengikut kemajuan pembangunan tetapi selepas projek siap sepenuhnya.

-- BERNAMA

02 Mei 2016

KERAJAAN FOKUS ENAM TINDAKAN LAHIR PEKERJA LEBIH BERDAYA SAING - PM NAJIB

Bernama
1/5/2016




Najib Tun Razak bergambar bersama penerima anugerah pada majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 di PWTCKUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Kerajaan sedang melaksanakan enam tindakan untuk melahirkan golongan pekerja yang lebih berdaya saing dalam menggerakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata enam tindakan itu meliputi pelbagai aspek termasuk meningkatkan kemahiran serta meningkatkan pendapatan golongan pekerja.

Beliau berkata bagi tindakan pertama, kerajaan sedang mentransformasikan mekanisme permintaan dan penawaran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), khususnya bagi memenuhi keperluan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu yang memerlukan kelayakan TVET menjelang 2020.

Najib melancarkan aplikasi 'i-Perkeso' pada majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 di PWTC. Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem

"Antara langkah terbaharu kerajaan termasuk pengiktirafan kelayakan kemahiran dalam skim-skim perkhidmatan awam khususnya bagi Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan 2016 di sini, Ahad.

Tindakan kedua pula, Najib berkata, kerajaan sedang merekayasa program latihan kemahiran agar lebih relevan dan bersepadu bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.

Najib berkata kerajaan juga akan terus menyediakan kemudahan pinjaman kepada pekerja yang berhasrat mempertingkat kemahiran sama ada melalui program peningkatan tahap kemahiran (upskilling), latihan semula kemahiran (reskilling) atau latihan kemahiran baharu bagi menyokong kemahiran sedia ada (multiskilling).

"Antara kemudahan pinjaman yang disediakan adalah melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran (PTK) pada kadar RM750 hingga RM24,000, bergantung kepada program dan bidang latihan," katanya.

Tindakan ketiga pula, katanya, kerajaan sedang menambah baik undang-undang perburuhan dan amalan perhubungan perusahaan termasuk penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang membuka peluang lebih besar kepada usahawan dan pelabur tempatan meneroka pasaran baharu di 11 buah negara TPPA.

"TPPA ini tidak hanya tertumpu kepada aspek ekonomi dan perdagangan sahaja, malah turut mengandungi Bab Buruh yang memastikan sebarang aktiviti perdagangan dan pelaburan tidak menjejaskan hak dan kebajikan pekerja," katanya.

Tindakan keempat, Najib berkata kerajaan menjangkakan agihan pendapatan yang lebih adil antara pemilik modal dan pekerja susulan daripada pematuhan gaji minimum yang lebih menyeluruh, penambahbaikan produktiviti serta program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPL) serta penambahbaikan gaji siswazah TVET. "Langkah ini dijangka menyumbang kepada peningkatan gaji penengah bulanan daripada RM1,575 pada tahun 2014 kepada RM2,500 pada 2020," katanya.

Bagi tindakan kelima pula Najib berkata jaringan keselamatan sosial diperkasakan seperti membangunkan satu aplikasi mudah dalam talian yang mesra pengguna 'i-PERKESO' (Pertubuhan Keselamatan Sosial) bagi membolehkan pekerja berhubung terus dengan agensi itu.

Selain itu, kerajaan juga sedang mempertimbangkan pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) untuk menambah baik perlindungan sosial pekerja dan memudah cara pihak majikan menjalankan perniagaan, katanya.

Tindakan keenam pula ialah berkaitan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2016-2020 yang merupakan kesinambungan pelan terdahulu.

Najib berkata pelaksanaan pelan sebelum ini berjaya menurunkan bilangan kemalangan daripada 49,598 kes pada 2006 kepada 42,148 kes pada 2014 manakala kadar kemalangan maut menurun daripada 7.24 peratus kepada 4.21 peratus pada tempoh yang sama.

Sambutan itu dihadiri 7,000 warga kerja melibatkan 300 kontinjen dari jabatan kerajaan, sektor swasta dan kesatuan sekerja yang mewakili 14 juta tenaga kerja di negara ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.

-- BERNAMA

PENJAWAT AWAM EJEN TRANSFORMASI PALING HADAPAN -NAJIB

Bernama
1/5/2016





KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam adalah ejen transformasi paling hadapan antara rakyat dan kerajaan.

Oleh itu penjawat awam perlu meneruskan usaha tanpa henti bagi memastikan proses transformasi berjalan lancar ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

"Cabaran penjawat awam adalah besar dan sentiasa menjadi perhatian dan pengukuran rakyat dalam menentukan semua dasar kerajaan dapat dilaksanakan sebaiknya," katanya pada majlis sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib berkata penjawat awam perlu bersyukur kerana dalam senario ketidaktentuan ekonomi, kerajaan masih meneruskan semua kemudahan saraan sektor awam tanpa membuat potongan gaji, walau satu sen pun.

"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa menjaga kepentingan anggota sektor awam dan kerajaan peka dengan kebajikan penjawat awam," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata peningkatan kebajikan serta kesejahteraan lebih 1.6 juta penjawat awam akan tetap menjadi keutamaan kerajaan dalam bergerak ke hadapan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan pada Bajet 2016 kerajaan mengumumkan banyak perkara berkaitan kepentingan penjawat awam.

Antaranya bantuan khas RM500; pergerakan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred menjelang Julai akan datang; gaji minimum sektor awam RM1,200; pencen minimum RM950 dan menaikkan kadar pelepasan cukai individu.

"Ini telah memberi manfaat kepada 1.6 juta penjawat awam dan sudah pasti ia datang dari sebuah kerajaan yang mendahulukan kepentingan serta kesejahteraan rakyat di atas segala dokongan dan sokongan dari semua," katanya.

Bagi memastikan penjawat awam mampu memiliki rumah idaman, Najib berkata melalui Bajet 2016, kerajaan juga memperuntukkan RM1.6 bilion bagi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) untuk membina 175,000 rumah, dijual 20 peratus rendah daripada harga pasaran.

Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan RM200 juta untuk Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), untuk membina 20,000 rumah mesra rakyat dengan subsidi RM20,000 seunit serta RM200 juta peruntukan bagi skim pembiayaan deposit rumah pertama.

Sambutan Hari Pekerja CUEPACS dengan tema "Pekerja Tonggak Kemakmuran Negara" hari ini turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal, Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda dan kira-kira 1,000 penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

-- BERNAMA

KIRA-KIRA 960,000 PENJAWAT AWAM MASIH TIDAK MEMILIKI RUMAH - CUEPACS

Bernama|
1/5/2016



Datuk Azih Muda


KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 960,000 atau 60 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam masih tidak memiliki rumah.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata daripada jumlah itu, sebanyak 75 peratus merupakan mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah.

"Sempena Hari Pekerja pada hari ini, kami mahu kerajaan sentiasa mengambil perhatian terhadap keperluan penjawat awam iaitu memiliki kediaman sendiri selain kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengawal harga dan menambah rumah mampu milik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja Cuepacs yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini Ahad.

Sambutan Hari Pekerja Cuepacs tahun ini bertemakan 'Pekerja Tonggak Kemakmuran Negara' turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan kira-kira 1,000 penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Azih berkata ada di antara penjawat awam yang sudah bersara, masih tidak memiliki rumah dan mereka terpaksa menyewa rumah sebaik tamat perkhidmatan.

"Bayangkan ada yang sudah bersara yang sebelum ini tinggal di kuarters kerajaan tidak memiliki rumah dan ada kakitangan kerajaan terpaksa tinggal dalam satu rumah yang turut didiami oleh dua tiga keluarga yang lain.

"Tanpa campur tangan kerajaan dalam menentukan harga rumah, pejawat awam tidak akan mampu memiliki rumah," katanya.

Sambutan itu turut menyaksikan beberapa anugerah disampaikan antaranya kategori Kesatuan Cemerlang yang dimenangi oleh Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Mara; Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Wilayah Persekutuan dimenangi oleh Majlis Amanah Rakyat dan Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dimenangi Majlis Bandaraya Shah Alam.

Selain itu, bagi Anugerah Khas CUEPACS dimenangi oleh Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

-- BERNAMA

01 Mei 2016

UNEMPLOYMENT LEVEL IN MSIA NOT SEVERE, SAYS CUEPACS

NST
1/5/2016


KUALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) believes that the country is not affected by serious unemployment. Cuepacs president Datuk Azih Muda said human resources are being fully utilised in the country and despite the shedding of jobs especially in Malaysia's oil and gas industry, the tough economic climate is only temporary. "Malaysia is a capitalist economy which depends on oil and gas, and it is normal for oil prices to fluctuate due to demand and supply. "We are also experiencing pressure from other
economies which are Malaysia’s export markets, such as China. "But the impact is not big in terms of unemployment," he told reporters during the Workers Day Appreciation Ceremony 2015 at the Ministry of International Trade and Industry (MITI) Tower here. Also present was Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. At the same time, Azih said Cuepacs would work with the private sector to ensure that they would continue to open the door to job opportunities. More than 100,000 fresh graduates from higher education institutions each year who are looking to land a job, he said. Azih also noted that the government has implemented various initiatives to get more Malaysians into work.


KUMPULAN GRED RENDAH PERLU DIPERKASA DENGAN KEMAHIRAN TAMBAHAN - CUEPACS

Bernama
30/4/2016



Datuk Azih Muda


KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kerajaan digesa memperkasakan kumpulan gred terendah dalam perkhidmatan awam dengan menyediakan kemahiran tambahan kepada golongan itu supaya gred gaji mereka dapat ditingkatkan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata gaji minimum yang diterima kumpulan itu masih belum mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kita ambil contoh kos sara hidup yang semakin mencabar dan keperluan rumah dengan gaji serendah RM1,200, ia pasti belum mencukupi.

"Jadi kumpulan terendah yang memasuki perkhidmatan awam melalui kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) harus bergerak dengan kemahiran teknikal yang diiktiraf supaya gred gaji mereka naik lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Seminar Perdana Perkhidmatan Awam Sempena Hari Pekerja 2016 anjuran kesatuan itu di sini, Sabtu.

Seminar yang dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib itu turut dihadiri Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng.

Hari Pekerja 2016 disambut esok.

Azih berkata terdapat kira-kira 300,000 penjawat awam dalam kumpulan gred terendah di seluruh negara, antaranya yang terdiri daripada pembantu am rendah, pembantu operasi dan pemandu.

Pada Mac lepas, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan berkata kerajaan akan melaksanakan kenaikan satu tangga gaji bagi 1.4 juta penjawat awam termasuk gaji minimum sebanyak RM1,200 sebulan berkuat kuasa 1 Julai ini.

-- BERNAMA