SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Julai 2016

KERAJAAN BELUM BERCADANG NAIKKAN UMUR PERSARAAN - KDN

Bernama
29/7/2016


KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan usia persaraan penjawat awam kepada 62 tahun dari 60 tahun masa ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau turut menyifatkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhubung perkara itu sebagai masih pramatang.

"Kita mengambil maklum cadangan Cuepacs tapi mungkin masih pramatang lagi nak bercakap tentang penambahan umur persaraan.

"Jadi kita biarkan dulu (umur persaraan) 60 tahun dilaksanakan untuk beberapa tahun lagi," katanya pada satu sesi temubual bersama Bernama dan RTM di Angkasapuri di sini, hari ini.

Baru-baru ini Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda telah membuat cadangan itu kerana berpandangan ia satu kesesuaian seiring dengan wawasan negara menuju ke arah status negara maju.

Katanya, langkah itu juga mampu mengurangkan perbelanjaan bayaran pencen kepada pesara.

Sebelum ini umur persaraan wajib telah dinaikkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun pada tahun 2012.

Malaysia kini mempunyai 1.6 juta penjawat awam, termasuk kumpulan keselamatan dan perkhidmatan kritikal.

-- BERNAMA

21 Julai 2016

HANYA KAKITANGAN PROFESIONAL, KRITIKAL DICADANGKAN BERSARA UMUR 62 TAHUN

Kosmo
21/7/2016




AZIH (dua dari kiri) bersama Mohamad Zabidi (tiga dari kiri) bersalaman dengan tetamu pada Majlis Rumah Terbuka CUEPACS di Dewan CIDB, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Ghazali Kori
KUALA LUMPUR: Dianggarkan hanya antara 1,200 hingga 2,000 orang sahaja daripada 25,000 kakitangan perkhidmatan awam yang bersara wajib setiap tahun terbabit dengan cadangan lanjutan usia persaraan kepada 62 tahun.
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata pelaksanaan itu juga tidak membabitkan semua perjawatan, cuma bagi jawatan kritikal dan profesional untuk menampung keperluan tenaga pakar dalam negara.
Beliau berkata, kakitangan kumpulan profesional seperti pensyarah, hakim, jurutera dan pakar runding misalnya, memiliki kepakaran tertentu dan pengalaman luas yang masih diperlukan industri bagi meningkatkan ekonomi selain, menampung keperluan semasa.
"Apabila hendak menuju ke negara maju empat tahun lagi, kita memerlukan dasar yang dapat diterima secara sejagat dengan anggaran lima hingga lapan peratus yang akan bersara setiap tahun sahaja dikekalkan ...tidak semua kakitangan awam.
"Kita menggesa kerajaan untuk mengkaji semula sama ada dasar usia persaraan 62 tahun perlu dilaksanakan atau tidak selain, menyemak semula skim gaji penjawat awam yang sudah 15 tahun tidak dikemaskini," katanya pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri CUEPACS, hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Semalam, CUEPACS dalam temu bual program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel yang disiarkan secara langsung mencadangkan kerajaan mewujudkan satu dasar baharu untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam kepada 62 tahun.
Tahun lalu, CUEPACS turut melontarkan cadangan sama namun ditolak kerajaan.
Azih berkata, antara perkara yang perlu diteliti kerajaan termasuk, kemampuan penjawat awam dengan gaji semasa memiliki pendapatan mencukupi untuk membeli rumah, menyediakan pendidikan anak dan bersaing dengan peningkatan 10 kali ganda indeks pengguna dan kos sara.
Di samping itu, CUEPACS turut menyeru kerajaan supaya tidak mengehadkan atau 'mengunci' pengisian jawatan baharu akibat kekosongan persaraan jawatan sebaliknya, membuka peluang kepada graduan muda berkelayakan daripada pelbagai bidang.
"Ketua agensi juga diminta mengambil tindakan drastik dan merancang pelan penggantian enam bulan sebelum kekosongan supaya tidak berlaku kekurangan pekerja," katanya.

HANYA 5 HINGGA 8 PERATUS PENJAWAT AWAM DICADANG DILANJUTKAN UMUR PERSARAAN - AZIH



Bernama
21/7/2016


KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Cadangan untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun hanya melibatkan antara 1,200 dan 2,000 daripada kira-kira 25,000 penjawat awam yang bersara setiap tahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata cadangan itu membabitkan antara lima hingga lapan peratus bakal pesara sahaja, bukan kesemuanya.

"Kita tidak mahu kehilangan penjawat-penjawat awam seperti profesor, pensyarah dan doktor pakar yang sudah mempunyai pengalaman yang cukup berguna kepada kerajaan dan negara," katanya pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Cuepacs di sini Khamis..


CUEPACS CADANGKAN KERAJAAN WUJUDKAN DASAR BARU PERSARAAN PADA USIA 62 GAHUN

Bernama
20/7/2016


KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu dasar baharu untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam kepada 62 tahun.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata dasar umur persaraan daripada 60 tahun kini kepada 62 tahun itu dilihat perlu dilakukan sebagai persediaan untuk negara menjadi negara maju yang mampu bersaing di peringkat global setanding dengan negara maju yang lain.

"Apabila hendak menuju ke negara maju kita memerlukan dasar yang dapat diterima secara sejagat. Dari segi bakat, negara yang menuju ke negara maju dan telah maju mempunyai dasar untuk penjawat awam dilanjutkan usia persaraan lebih daripada 60 tahun.....

18 Julai 2016

SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN PERALATAN CENDERHATI BIL. 3/2016

Media CUEPACS
18/7/2016





KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]

(Pendaftaran No 195)

SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN
KERJA-KERJA BEKALAN PERALATAN CENDERHATI BAGI KEGUNAAN CUEPACS
NO SEBUTHARGA : BIL 3/2016                                                  Tarikh : 18 Julai 2016


KEPADA :
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………

Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew, Pudu
55100 Kuala Lumpur.
1.    Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

2.    Tarikh tutup sebutharga hendaklah diserahkan pada : 4 Ogos 2016 sebelum jam 12.00 tengahari di Peti Sebutharga yang diletakkan Ibu Pejabat, Tingkat 1 Wisma CUEPACS Kuala Lumpur.

3.    Semua penender hendaklah hadir dengan sendiri bersama contoh barangan yang hendak di bekalkan, membentangkan dan seterusnya meletakkan harga tawaran dalam borang tender. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No.3/2016.

4.    Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Wisma CUEPACS Jalan Gajah, Off Jalan Yew Pudu atau suatu alamat yang akan ditentukan kelak oleh CUEPACS (Kuala Lumpur/Selangor).

5.    Penender yang Berjaya hendaklah menghantar barangan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak oleh CUEPACS sebelum konvensyen.

6.    Jawatankuasa setuju terima sebutharga tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga tertinggi, terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

7.    Sebutharga hendaklah sah selama  90 HARI selepas itu.

8.    Semua perbekalan peralatan hendaklah di cetak dengan Logo CUEPACS dan di tulis Persidangan Tritahunan CUEPACS ke-27.

9.    Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.
BIL
PERKARA
KUANTITI
HARGA PUKAL (RM)
1.
Beg Persidangan
2000 unit

2.
Buku Nota Eksekutif Saiz A5
2000 unit

3.
Ball Pen
2000 unit

4.
Key Chain
2000 unit


JUMLAH SEBUTHARGA

Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia ….………….....................................……………………………………………………………………………………………………………...........................................................................
Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..
 [Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].
Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 
Nama penuh pengurus                     : ……………………..........................………………….
Tandatangan dan cop pembekal    : ………………………………………...........................
Alamat                                                : ……………………………………………………….….
  .………………………………………………….………
No. Telefon                                        : …………………………………………………….…….
Tarikh                                                 : ………………………..……………………….………..

16 Julai 2016

CUEPACS TERUS IKRAR JADI TULANG BELAKANG KERAJAAN



Sinar Harian
16/7/2016



 Azih Muda














Azih Muda
IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berikrar untuk terus menjadi tulang belakang kepada‎ kerajaan, kata Presidennnya, Datuk Azih Muda.
Beliau berkata, janji itu diikrarkan bagi memastikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat kepercayaan rakyat.
"Kami yakin hubungan antara pekerja dan majikan umpama ayah dengan anak dan jika ia baik maka ia akan memberi kelebihan menggembirakan rakan-rakan di pihak kerajaan," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Cuepacs Perak dan Perasmian Perwakilan Tritahunan Cuepacs Negeri Perak, di sini malam tadi yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Menurut Azih, kerajaan ketika ini sangat mengambil berat tentang penjawat awam, tidak sesekali membelakangi kumpulan itu atau meninggalkan mereka dalam keadaan serba salah.
"Kalau kita imbas kembali tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan amat komited untuk membantu penjawat awam seperti mana yang disuarakan oleh kesatuan pekerja bermula dari soal gaji sampailah ke soal perumahan.
"Walaupun hari ini kita berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan sebagainya, tetapi yakinlah apabila ada kestabilan politik, ekonomi negara akan terus berkembang yang akhirnya tuntutan-tuntutan kesatuan pekerja dapat dipenuhi oleh kerajaan," kata Azih.
Sementara itu, Zambry melahirkan penghargaan kepada kakitangan awam di negeri Perak yang bersama-sama membantu membangunkan pembangunan negeri.
"Selama ini, anda semua bersama dengan saya, meneruskan perjuangan kita dalam usaha untuk membangunkan negeri Perak. Kita berjaya membina satu pasukan yang cukup baik.
"Perlu diingatkan, kerajaan yang ada pada hari ini sentiasa bersama-sama dan sentiasa membantu penjawat awam," kata Zambry. - Bernama

CUEPACS IKRAR TERUS JADI TULANG BELAKANG KERAJAAN - AZIH MUDA

Bernama
16/7/2016



Datuk Azih Muda
IPOH, 16 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berikrar untuk terus menjadi tulang belakang kepada kerajaan, kata Presidennnya Datuk Azih Muda.

Beliau berkata janji itu diikrarkan bagi memastikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat kepercayaan rakyat.

"Kami yakin hubungan antara pekerja dan majikan umpama ayah dengan anak dan jika ia baik maka ia akan memberi kelebihan menggembirakan rakan-rakan di pihak kerajaan," katanya.....