30 Disember 2017

CUEPACS TO HOLD STATE-LEVEL SIRI JELAJAH TN50

Borneopost
30/12/2017




KUCHING: Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Service (Cuepacs) and Cuepacs Sarawak are holding a state-level Siri Jelajah TN50 (National Transformation 2050) on Jan 22, 2018 at Teachers’ Training Institute Batu Lintang.

This was announced by Cuepacs national president Datuk Azih Muda at a press conference here yesterday.  He said it would provide a platform for young civil servants to give suggestions to ensure the sustainability of the civil service.

“The aspirations of the youths are different from us older folk. Thus, it is a good place for youths to give suggestions and ideas,” he said. Cuepacs secretary-general Adnan Mat and its state chairman Ahmad Malie were present at the event.

CUEPACS UCAP TERIMA KASIH TINDAKAN PANTAS KSN

Bernama
Tarikh kemaskini: 29/12/2017



KUCHING, 29 Dis (Bernama) -- CEUPACS hari ini melahirkan penghargaan atas keputusan pantas kerajaan membatalkan tuntutan penalti ke atas kira-kira 500 penjawat awam yang menduduki kuarters kerana dikatakan berpindah tempat kerja pada jarak luar daripada radius 25km dari kuarters.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa di Putrajaya pagi ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman, pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan juga Cuepacs.

Beliau berkata salah faham berlaku kerana status 'hilang kelayakan menduduki kuarters apabila pegawai berpindah tempat kerja luar dari radius 25km' sebenarnya hanya terpakai kepada mereka yang menggunakan kemudahan pinjaman perumahan, dan bukan untuk penghuni kuarters.

"Sehubungan itu juga, semua notis yang dikeluarkan sebelum ini bagi penjawat awam berkenaan mengosongkan kuarters mereka, kini ditarik balik, kerana mereka masih layak untuk menduduki kuarters berkenaan, katanya dalam satu persidangan media di pejabat Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) di Jalan Matang di sini petang ini.

Semalam, CEUPACS menerima aduan daripada kira-kira 500 penjawat awam mengenai masalah mereka yang dikenakan denda sehingga ada dikatakan antara RM20,000 dan RM140,000 oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri kerana berpindah atau bekerja luar dari radius 25km dari kuarters.....

29 Disember 2017

TARIK BALIK PENALTI, NOTIS PENGOSONGAN KUARTERS KERAJAAN - CUEPACS

Bernama
Tarikh kemaskini: 28/12/2017


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda (dua, kanan) menunjukkan notis pengosongan dan penalti bayaran ketika sidang akhbar di Wisma Cuepacs hari ini.
Cuepacs meminta kerajaan menarik balik penalti dan notis pengosongan kuarters kepada kira-kira 500 penjawat awam di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Turut hadir Setiausaha Agung Cuepacs, Adnan Mat (kiri) dan Timbalan Presiden Cuepacs, Mohd Shaman Jaes (kanan).
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menarik balik penalti dan notis pengosongan kuarters kepada kira-kira 500 penjawat awam di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata tindakan yang diambil Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri itu susulan arahan pertukaran tempat kerja dari Putrajaya ke Kuala Lumpur atau sebaliknya, selain persaraan.

Beliau berkata lebih mendukacitakan perkara itu tidak dimaklum lebih awal sehingga ada yang menanggung penalti mencecah ratusan ribu ringgit.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Azih berkata: "Mereka (penjawat awam) ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan dan notis ini cukup membuatkan mereka dalam keadaan sukar, kemurungan, stres dan pelbagai lagi masalah."

Cuepacs, katanya, mahu tindakan diambil supaya penarikan balik Itu dilakukan sebelum 1 Jan 2018.

Penjawat awam Mohd Fadhlin Arshad, 38, berkata beliau menerima arahan pertukaran tempat kerja di Kuala Lumpur dari Putrajaya pada Januari 2016 namun pada Ogos lalu dimaklumkan tentang penalti berjumlah RM58,000 serta diminta mengosongkan kuarters kerajaan yang diduduki di Putrajaya.....

22 Disember 2017

CUEPACS CADANG BONUS TINGGI

Sinar Harian
21/11/2017


KUALA TERENGGANU - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan negeri yang berkemampuan agar mempertimbangkan pemberian kadar bonus yang lumayan buat kakitangan mereka.Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, ia bagi meringankan beban penjawat awam yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurutnya, walaupun unjuran Keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat 60.2 peratus tetapi kita masih berada dalam tekanan yang sangat berat ekoran kenaikan harga minyak.“Jadi Cuepacs menyarankan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang berkemampuan agar dapat menimbangkan untuk memberikan bonus lebih tinggi kepada penjawat awam dari Kerajaan Persekutuan kerana kos sara hidup yang kita alami sangat tinggi.

“Jadi melalui pembentangan bajet (oleh negeri-negeri yang belum membuat pembentangan bajet), mungkin pertimbangkan ‘one off’  melalui bonus atau bantuan khas kepada kakitangan kerajaan, sama ada kerajaan peringkat negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan lebih tinggi dari RM1,500.

“Khususnya Terengganu yang merupakan antara negeri terawal yang mempunyai hasil minyak. Agar dapat memberi pertimbangan pemberian bonus lebih tinggi atau sekurang-kurangnya sebulan gaji,” katanya kepada Sinar Harian semasa program Car Free Day dan Tanaman Pokok Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2017 di Dataran Batu Burok, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ia bukan bermakna tidak menghormati Kerajaan Persekutuan atau untuk membuat perbandingan antara satu sama lain tetapi selepas melihat kepada situasi kos sara hidup yang mencabar masa ini.“Jika kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Ahmad Razif dapat memberikan bonus lebih tinggi, jumlah itu tidak memberi kesan yang besar kepada kerajaan negeri.

“Pengumuman bonus oleh Perdana Menteri dalam pembentangan bajet 2018 itu sebagai penanda aras sahaja, ia terpulang kepada kerajaan negeri (masing-masing) untuk menghargai sumbangan kakitangannya.  "Malah ia juga bukan untuk 'pancing' pilihan raya tetapi berdasarkan kepada situasi (semasa) yang berlaku,” katanya.  

Dalam pada itu, beliau  berterima kasih kepada kerajaan-kerajaan negeri yang memberikan bonus lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan seperti Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Johor. “Johor juga dijangka akan mengumumkan bonus lebih tinggi dari RM1,500,” katanya.

16 Disember 2017

LEBIH RAMAI PENJAWAT AWAM BERPELUANG BELI RUMAH

Berita Harian
15/11/2017

KUALA LUMPUR: CUEPACS melihat langkah kerajaan melonggarkan syarat pinjaman perumahan menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), dapat membantu penjawat awam memiliki kediaman idaman sendiri. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata syarat kelayakan baharu bagaimanapun memerlukan penjawat awam menguruskan perbelanjaan dengan lebih berhemah.


"Contohnya, penjawat awam kumpulan pelaksana gred dua bergaji RM1200 dengan kadar kenaikan gaji tahunan RM80. Jika kelonggaran syarat pinjaman tidak diberikan, peluang mereka memiliki rumah tidak akan ada, ditambah lagi dengan lonjakan harga rumah setiap tahun.

"Namun, mereka harus bijak menguruskan perbelanjaan harian dan melihat kepada keperluan yang lebih penting, iaitu memiliki rumah berbanding kehendak yang lain," katanya hari ini. Beliau berkata, pinjaman yang dibuat menerusi LPPSA juga dilindungi insurans yang dikawal kerajaan yang membolehkan tindakan sewajarnya sekiranya peminjam gagal membayar. Azih mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa bahawa penjawat awam layak mohon pinjaman perumahan walaupun pendapatan bersih kurang 40 peratus selepas potongan.

Katanya, sebelum ini 46 peratus permohonan pembiayaan perumahan penjawat awam ditolak disebabkan syarat ketat LPPSA, iaitu meletakkan anggaran bayaran balik pembiayaan perumahan dan potongan tertera dalam slip gaji tidak melebihi 60 peratus daripada gaji kasar.

"Syarat dikenakan itu menyebabkan banyak permohonan ditolak. Jadi CUEPACS membuat rayuan kepada kerajaan supaya melonggarkan syarat untuk pembiayaan perumahan. "Jadi peluang yang dianggap tertutup, sekarang mereka boleh kembali membuat pinjaman. Syarat baharu ini juga dapat mengelakkan penjawat awam daripada membuat pinjaman daripada penyedia pinjaman kewangan tidak bertauliah," katanya.

11 Disember 2017

CUEPACS MAKES TWO PROPOSALS TO HELP CIVIL SERVANTS BY 2020

Borneo Post
10/12/2017

BESUT: The Congress of the Union of Employees in the Public and Civil Service (Cuepacs) wants the government to consider two proposals which would help reduce the burden of more than 1.6 million civil servants who are faced with increasing cost of living.Its president Datuk Azih Muda said the congress expects the burden will be worse from next year as the cost of living is  increasing while their incomes remained small.

He said that although the government was helping by giving some aid which will be paid from January, it would not ease the burden of civil servants in the long term. As such, Azih said, Cuepacs was proposing that the government give every civil servant an advanced annual salary increment while maintaining it on conclusion of a year of service.

Speaking to reporters here yesterday, Azih said Cuepacs also proposed that the government consider allowing civil servants in the states and statutory bodies to be given Socso protection. — Bernama

10 Disember 2017

CUEPACS BAGI DUA CADANGAN BANTU PENJAWAT AWAM

Sinar Harian
9/12/2017


BESUT - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menimbangkan dua perkara sebagai usaha meringankan beban lebih 1.6 juta penjawat awam dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menjangka cabaran lebih berat bakal dihadapi penjawat awam tahun depan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat dan terpaksa ditampung dengan pendapatan bulanan mereka yang kecil.

Katanya, walaupun kerajaan memberi sedikit insentif yang dibayar mulai Januari depan, ia didapati tidak dapat meredakan kesempitan hidup kakitangan awam untuk jangka masa panjang, malah hanya berfungsi untuk tempoh yang pendek sahaja.Justeru, Azih menambah, Cuepacs mencadangkan kerajaan mempertimbangkan agar setiap kakitangan awam diberi insentif satu kenaikan gaji tahunan yang didahulukan tanpa memansuhkan kenaikan gaji tahunan yang mereka dapat pada tahun yang berkenaan.

“Cadangan memberi satu kenaikan gaji ini perlu bagi menyeimbangkan kedudukan penjawat awam di peringkat persekutuan dengan negeri-negeri yang kini majoritinya mendapat amaun yang berbeza dalam gaji bulanan mereka,” kata  Azih kepada media selepas merasmikan penutupan Kursus Kepimpinan Cuepacs Negeri Kelantan di Institut Latihan Islam Wilayah Timur (ILIM) di sini hari ini.

Selain itu, Azih berkata, Cuepacs juga meminta kerajaan agar menimbangkan perlindungan di bawah  Pertubuhan Keselamatan  Sosial (Perkeso) kepada setiap  penjawat awam di peringkat negeri terdiri daripada kakitangan badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan.
 
Katanya buat masa ini kakitangan awam yang berkhidmat dalam sektor peringkat negeri tidak mempunyai perlindungan berbanding kakitangan peringkat persekutuan yang dilindungi skim ex-gratia dalam menghadapi bencana ketika bekerja.

Azih menambah walaupun kerajaan terpaksa mengeluarkan sedikit perbelanjaan jika meletakkan mereka di bawah Skim Perkeso, namun ia akan dapat membantu penjawat awam peringkat negeri dan keluarga mereka sekiranya ditimpa bencana ketika bekerja. - Bernama