14 Mac 2023

IKLAN JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 INDIVIDU (WARGANEGARA MALAYSIA) YANG BERKELAYAKAN, KOMITED DAN BERDEDIKASI DIPELAWA UNTUK BERKHIDMAT DI WISMA CUEPACS

 

IKLAN JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

 

INDIVIDU (WARGANEGARA MALAYSIA) YANG BERKELAYAKAN, KOMITED DAN BERDEDIKASI DIPELAWA UNTUK BERKHIDMAT DI WISMA CUEPACS

 

 

1.     (a)           Jawatan                                 :               Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

 

(b)                 Gred Jawatan                       :               N19

 

(c)                 Klasifikasi Perkhidmatan   :               Pentadbiran dan Sokongan (N)

 

(d)                 Kumpulan Perkhidmatan   :               Pelaksana

 

(e)                 Taraf Jawatan                      :               Kontrak [Dana Universiti Penyelidikan]

 

2.     Jadual Gaji                                            :               (RM Sebulan)

 

Gred Gaji

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

N19

1,352.00

4,003.00

100.00

 

Imbuhan Tetap                                    :               Khidmat Awam    :               RM 115.00 Perumahan                                :               RM 300.00

 

3.     Syarat Lantikan                                    :               1.     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

 

a)       Warganegara Malaysia;

 

b)       Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 

c)       Kelayakan Lantikan Ke Gred N19
 

(i)       Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00)

 

ATAU

 

(ii)      Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40);

 

ATAU

 

 

(iii)    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

 

DAN

Syarat Bahasa Melayu       :    Calon lantikan hendaklah memiliki

Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

4.     Deskripsi Tugas                                   :               Umum

 

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

 

Khusus

 

Akan ditetapkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas.

 

5.     Cara Memohon:

 

Resume calon lengkap hendaklah dikemukakan melalui pos/emel kepada:-

 

Setiausaha Agung CUEPACS,

Wisma CUEPACS  Jalan Gajah Off jalan Yew, 55100 Puku Kualam Lumpur

 

No. Tel: 03-89256110

Emel: cuepacsmalaysia.hq@gmail.com

Tarikh tutup permohonan                :28  Mac  2023

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.