SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 September 2010

KESATUAN WARTAWAN TURUT MEDIA LEBIH TERBUKA, BEBAS

Bernama
16/9/2010



Kerajaan perlu membenarkan media mengambil sikap lebih terbuka dan bebas mendebatkan sesuatu perkara termasuk isu sensitif, untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua pihak, kata Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia Norila Daud.

Beliau berkata NUJ percaya langkah tersebut mampu melahirkan rakyat yang berpengetahuan dan menghargai perbezaan pendapat itu sebagai satu asas penting yang membolehkan negara mencapai kemajuan setelah 53 tahun merdeka.

"Adalah lebih sihat perkara yang walaupun dianggap dan diklasifikasikan sebagai sensitif, diperjelaskan dan diperdebatkan dalam media dengan cara beretika, daripada membiarkan rakyat mengambil tindakan sendiri kerana tidak mendapat gambaran jelas serta maklumat tepat mengenai sesuatu perkara itu.

"Kebebasan pembaca untuk berdebat dan memberi pandangan mengenai sesuatu isu tidak boleh disekat di akhbar-akhbar yang dikawal oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berikutan keterbukaan dan kebebasan mereka berbuat demikian di portal-portal dan akhbar online," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong bahawa kementerian itu akan merangka garis panduan penerbitan baru, Norila berkata ia akan menjadikan akhbar yang dikawal akta berkenaan tidak lagi relevan, dan secara perlahan mampu membunuh industri persuratkhabaran itu sendiri.

"Dengan ini, NUJ berpendapat sudah sampai masanya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda supaya penerbit tidak perlu lagi memohon lesen penerbitan akhbar dan majalah.

"NUJ juga berpendapat pihak yang mengancam ketenteraman awam dan menjejaskan keharmonian rakyat menerusi penulisan dan penyiaran, mesti didakwa di bawah undang-undang sedia ada, bagi membolehkan mereka membuat pembelaan diri di mahkamah," katanya.

Semalam, Lee berkata garis panduan baru itu dirangka bagi memastikan penerbit memahami tanggungjawab serta peranan mereka sepenuhnya.

Katanya, antara perkara yang perlu dilakukan penambahbaikan ialah memperjelaskan dengan lebih terperinci peraturan dan syarat permit serta peruntukan di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Norila berkata tidak menjadi kesalahan sekiranya penerbit atau akhbar tertentu menghurai dan memberitahu pembaca tentang keadaan sebenar jika berlaku gangguan terhadap mana-mana agama, budaya atau tatatertib oleh pihak yang tidak memahami sensitiviti sesuatu kaum.

"Menggunakan isu sesuatu berita dan rencana itu boleh membawa kesan kepada keselamatan dan ketenteraman awam, tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kerajaan hari ini sebagai syarat untuk mengetatkan dan mengawal penerbitan berita.

"Kekayaan budaya yang dilahirkan daripada kepelbagaian bangsa, agama dan keturunan di negara ini tidak akan menuju ke satu tahap kemajuan, sekiranya kementerian terus menggunakan akta itu sebagai alasan untuk mengetatkan syarat-syarat penerbitan sehingga menyukarkan penyaluran maklumat sebenar," katanya.

--Bernama

15 September 2010

CUEPACS MAHU PENJAWAT AWAM DIBENAR BERKHIDMAT SEHINGGA USIA 60 TAHUN

Bernama
15/9/2010
Oleh Alan Ting




KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kerajaan diminta menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.Presidennya, Omar Osman berkata sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.Beliau berkata sehubungan itu, Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.

"Kami telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lepas, dan pada 2006, kami menyerahkan satu memorandum berhubung perkara itu, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun."Justeru, kami harap kerajaan boleh mempertimbangkannya kerana ia satu opsyen dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun, ia satu opsyen, bukannya automatik," katanya kepada Bernama dalam satu temubual.Kerajaan juga, katanya, perlu memastikan bahawa umur persaraan di Malaysia seragam dengan apa yang diamalkan di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.Umur persaraan bagi Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.Kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di negara ini ialah pada 2008, iaitu sebelum ia dinaikkan kepada 58 tahun.

Omar berkata, baru-baru ini, pemain industri perbankan tempatan telah bersetuju menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun."Graduan baru atau mereka yang masih mempunyai tahun perkhidmatan yang panjang sebagai penjawat awam tidak perlu bimbang. Kita perlu bersikap terbuka kerana ia satu opsyen dan bukannya wajib," katanya.Beliau berkata ini kerana kepakaran serta pengalaman penjawat awam masih diperlukan, dan dengan menaikkan umur persaraan, ia mampu memberi pilihan kepada mereka yang berpengalaman untuk terus berkhidmat kepada negara."Kami tidak pasti jika kerajaan akan menerima cadangan ini, namun kami berharap ia akan dipertimbang dan diputuskan secepat mungkin," katanya.-- BERNAMA

13 September 2010

CUEPACS CIVIL SERVICE NOT 'RACIST'

The Malay Mail
8/9/2010



RACISM is not a major problem within the civil service, said Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Omar Osman.

“There’s no major racism practice going on in civil service,” Omar told The Malay Mail.

“All these incidents we hear of are isolated cases. It doesn’t mean the whole civil service is racist. It’s irresponsible of the Penang CM to blame the DPM for everything.

"If a civil servant had uttered a racist remark, then the civil servant and his direct superior are answerable for it. Don’t just blame the minister.

“We civil servants work as a team in helping the government progress.

"We are committed to the Prime Minister’s 1Malaysia concept, which speaks of tolerance and national unity.

“For me, blaming the civil service of practising racism is out of the question.”

MEF's 'NO' TO BLANKET RISE IN RETIREMENT AGE

The Malay Mail
Submitted by Najiah
Wednesday, September 8th, 2010

PETALING JAYA: Malaysian employers will not agree to any government move to implement a blanket rise of the retirement age to 60 for the private sector.
Malaysian Employers Federation (MEF) executive director Shamsuddin Bardan told The Malay Mail that employers in the country face several concerns about those past the present retirement age – set at 55 for the private sector and 58 for the public sector.
“The MEF is not keen on a blanket rise on the current retirement age. We have concerns and it is not due to the cost factor but rather the workers' health and productivity."
Shamsuddin said when employees reach their mid-50s, health issues are bound to surface and will likely affect the performances of the workers.
“Employers also worry workers past 55 may not be able to contribute enough to their companies. This does not mean we do not encourage companies to employ staff who are past 55. We only disagree to a blanket rise of the retirement age.”
Shamsuddin said those beyond 55 who are performance-driven and can contribute to the company would definitely be considered for employment.
“Re-employing healthy and productive retirees have been the practice of many companies as this is a win-win situation for both employers and employees.”
The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) yesterday urged the government to increase the retirement age for civil servants from 58 to 60.
Describing the proposal as an “overdue move”, Cuepacs president Omar Osman said the Malaysian government should follow its Southeast Asian counterparts like Brunei, Singapore, Indonesia and Thailand where retirement age was at least 60.
Omar’s call had come after the Malayan Commercial Banks Association recently agreed to increase the retirement age from 55 to 57 following recommendations from the National Union of Bank Employees.
In 2008, the government increased the retirement age of civil servants from 55 to 58.

08 September 2010

CUEPACS PERLU WUJUD DANA KECEMASAN, KEBAJIKAN

Berita Harian
2010/09/08




TERLEBIH dulu, saya gembira apabila saranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, supaya potongan RM1 dibuat kakitangan awam untuk membantu fakir miskin. Sesungguhnya niat sebegini harus dipanjangkan kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja, kerana pada kita RM1 tidaklah besar dibandingkan golongan fakir miskin. Bagaimanapun, saya ingin mencadangkan kepada CUEPACS selaku kesatuan yang membela nasib kakitangan awam supaya memikirkan pula bagaimana hendak membela nasib kakitangan awam untuk semua kumpulan dan bukan hanya tertumpu pada kumpulan sokongan.
Saya bukan menafikan keistimewaan atau keutamaan diperjuangkan untuk kumpulan sokongan.

Tidak ada perancangan jangka panjang untuk kakitangan awam semua kumpulan.
Sebagai contoh, kenapa CUEPACS tidak menyediakan dana untuk membantu kakitangan awam yang mengalami kejadian di luar dugaan ketika berkerja. Dana boleh dikutip daripada kakitangan kerajaan seperti potongan RM1 bagi setiap kakitangan kerajaan. Seperti kakitangan swasta, mereka dilindungi PERKESO, manakala kakitangan awam terpaksa membeli insuran menggunakan wang gaji setiap bulan. Fikirkan jika kakitangan awam mengalami kemalangan ketika bekerja yang menyebabkan kematian atau lumpuh, kerajaan hanya menyediakan ganjaran terbitan dan pencen terbitan yang amat minimum berdasarkan tempoh perkhidmatan (sila rujuk formula pengiraan di laman web JPA - http://www.jpapencen.gov.my/skim_formula_pengiraan.htm).

Sebenarnya dana ini bukan hanya untuk kakitangan kerajaan, tetapi juga boleh dipanjangkan kepada keluarga terdekat seperti isteri, suami, ibu, bapa dan anak. Contohnya, bantuan kos pengajian untuk anak kakitangan awam, kos perubatan untuk penyakit kritikal dan tidak perlulah saya sebutkan kerana ahli CUEPACS sepatutnya lebih arif mengenai perkara ini. Selain itu, penyelarasan dan penggunaan dana perlu dilaksanakan dengan baik serta elakkan penyelewengan. Saya mohon CUEPACS untuk meneliti setiap aspek kebajikan kakitangan awam kerana bonus atau duit ihsan kerajaan setiap tahun tidak bermakna tanpa perlindungan yang menyeluruh bagi kakitangan awam.

RAKYAT PRIHATIN, Kuala Lumpur.

07 September 2010

KEKALKAN USIA BERSARA 58 TAHUN

Utusan Malaysia
7/9/2010


KERAJAAN tidak perlu melayani lagi desakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk menaikkan umur bersara kakitangan awam kepada 60 tahun berbanding 58 tahun sekarang.

Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada ramai rakan daripada kakitangan kerajaan, mereka mengakui sudah penat untuk terus bekerja sehingga ke usia 58 tahun.

Malah, ramai daripada mereka berterus-terang bahawa dalam tempoh 'masa tambahan' itu, mereka banyak tuang kerja dan makan gaji buta.

Seperkara yang membimbangkan lagi, jika kerajaan melayani permintaan CUEPACS dengan melanjutkan usia persaraan sehingga 60 tahun, apa akan jadi kepada ratusan ribu graduan yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi kita setiap tahun.

Jika dalam tempoh setahun, seramai 50,000 kakitangan awam bersara, tempat mereka yang kosong itu boleh diisi oleh 50,000 kakitangan baru setahun yang terdiri daripada anak-anak kita.

Tentunya sebahagian anak-anak muda itu terpaksa bersaing untuk mencari pekerjaan tetap dan terjamin terutama dalam sektor awam.

Adakah para pemimpin CUEPACS memikirkan nasib para belia,penganggur, graduan yang ramai di antara mereka masih belum mendapat pekerjaan tetap.

Dengan melanjutkan usia persaraan kakitangan lama, CUEPACS seolah-olah 'merompak' dan 'merampas' hak golongan itu untuk mendapat peluang bekerja di sektor awam.

Dari sudut politik, tindakan membiarkan ramai anak-anak muda menganggur disebabkan ketidakadilan dalam agihan pekerjaan akan menyebabkan golongan itu akan menyalahkan kerajaan.

Kerajaan perlu menimbang secara serius baik buruk menaikkan usia bersara sehingga 60 tahun kerana kesannya bakal menyusahkan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah kelak.

Kerana itu, umur persaraan sedia ada perlu dikekalkan dan pada masa sama, kerajaan perlu mengalakkan syarikat-syarikat swasta untuk melanjutkan umur persaraan kakitangan sektor swasta kepada 56 atau 58 tahun.

GRADUAN LAMA MENGANGGUR

Kuala Lumpur

KAKITANGAN AWAM KONTRAK MOHON PEMBELAAN

Malaysiakini
Sep 2, 10 10:24am



Saya ingin menarik perhatian tentang nasib kami kakitangan kontrak dan skim khidmat singkat dalam perkhidmatan awam yang tidak mendapat apa-apa bonus dari kerajaan.

Kami yang berkhidmat di bawah skim khidmat singkat ini tidak mendapat apa-apa keistimewaan seperti mana yang terdapat pada kakitangan awam yang lain. Kami tidak mendapat sebarang eluan perkhidmatan, tidak boleh membuat sebarang tuntutan perjalanan dan tidak dicarum KWSP oleh pihak majikan (kerajaan).

Pada masa yang sama juga rata-rata dari kami - kontraknya akan tamat pada hujung tahun ini dan kemungkinan besar tidak akan disambung.

Apalah salahnya pihak kerajaan menghargai sedikit jasa kami dengan memberi kami sedikit bonus hari raya seperti mana yang diberi kepada kakitangan awam yang lain.

Diharap pihak kerajaan sudi mendengar rintihan nasib kami dan sedia membela kami kerana antara kami ini, ada yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak dan isteri serta tanggungan hutang yang lain.Mohd Zamirul

'INCREASE RETIREMENT AGE TO 60'

The Star
By FLORENCE A. SAMY
newsdesk@thestar.com.my
7/9/2010


PETALING JAYA: The retirement age for civil servants should be increased from 58 to 60 without delay since it is long overdue, says Cuepacs.

In pressing for a quick decision, its president Omar Osman said Malaysia was currently lagging behind neighbouring countries whose retirement age ranges from 60 to 62.

The Government, he added, should follow in the footsteps of the local banking industry, which recently agreed to raise the retirement age of its employees.

“We have been asking for many years for the retirement age to be raised to 60 and have even submitted a memorandum on the matter.

“We hope the Government increases the retirement age soon as it is long overdue. Raising it to 60 will also make us more in line with the practices of neighbouring countries including Brunei, Singapore, Thailand and Indo­nesia,” he told The Star.

The retirement age for Thailand, Brunei and Indonesia is 60.

In Singapore, the retirement age is set at 62. However, come 2012, employers would be obligated to re-employ workers aged between 62 and 65, and later 67 and beyond.

Omar said Malaysians could still productively contribute to the country’s economy even if the retirement age was raised to 60.

“They are still active and capable of carrying out their job well. The extra income is also very useful as some still have school-going children to support and need the money to survive,” he added.

Malaysia’s retirement age was last raised in 2008 when it was increased from 56 to 58.

06 September 2010

PENJAWAT AWAM HARAP TUNTUTAN PEMBERIAN BONUS DIPENUHI KERAJAAN

Berita Harian
2010/09/06



SEPERTI biasa tuntutan bonus untuk kakitangan awam sudah mula kedengaran terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadualkan pada pertengahan bulan September nanti.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman baru-baru ini dilaporkan memohon kepada Perdana Menteri agar kakitangan awam diberikan bonus awal ataupun bonus raya antara RM1,000 hingga RM1,500 sempena Hari Raya kelak. Fenomena meminta bonus ini bukan saja sudah menjadi agenda tetap di pihak CUEPACS tetapi juga menjadi harapan tetap setiap individu penjawat awam itu sendiri. Setiap tahun mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi agar kerajaan akan menghadiahkan mereka dengan bonus tahunan.

Sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang pengguna, penulis melihat tuntutan ini adalah sesuatu yang normal dan wajar apatah lagi mengambil kira situasi ekonomi semasa yang menggamit pengguna dengan kenaikan harga barang keperluan terutama menjelang musim perayaan serta kos hidup yang tinggi secara keseluruhannya.

Pada masa yang sama, pihak kerajaan baik melalui Kementerian Kewangan mahupun Bank Negara pula secara berterusan mengeluarkan pelbagai kenyataan dan statistik yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak terjejas teruk angkara kemelesetan ekonomi global dan diunjurkan kita masih mampu bertahan dan menikmati pertumbuhan walaupun pada kadar yang minimum atau perlahan.

Malah baru-baru ini Bank Negara sudah pun mengumumkan bahawa ekonomi negara berkembang pada kadar 9.5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang boleh ditafsirkan sebagai satu pencapaian yang cukup memberangsangkan.
Dalam hal ini kita percaya pihak kerajaan mempunyai fakta yang kukuh dan jelas yang membolehkan mereka meyakinkan rakyat kerana pengumuman ini amat melegakan kita semua. Kita juga yakin dengan pelbagai langkah dan inisiatif yang sudah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk terus merangsang dan memacu kembali ekonomi negara bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi seperti yang diidam-idamkan.

Justeru, selepas mengambil kira tahap kelemahan yang ketara dalam kuasa beli pengguna dewasa ini serta pengumuman kadar pertumbuhan KDNK yang cukup meyakinkan itu, adalah wajar pihak kerajaan mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan pemberian bonus yang diharapkan ataupun dengan mengambil kira keadaan semasa kita boleh katakan rayuan penjawat awam untuk mendapatkan bonus agar sambutan Hari Raya Puasa tahun ini dapat dirayakan dengan meriah.

Apapun kita berharap agar pihak kerajaan akan menimbang dengan adil dan saksama dengan mengambil kira semua aspek dan persekitaran sebelum membuat keputusan tentang tuntutan bonus raya pada tahun ini. Bagi penjawat awam pemberian bonus adalah suatu yang amat wajar dan sangat diperlukan terutama untuk perbelanjaan Hari Raya yang bakal disambut, namun bagaimana pula dengan kewajaran di pihak kerajaan?

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED,
Serdang, Selangor.

05 September 2010

NASIB 14,500 KAKITANGAN KONTRAK KEMAS MASIH DIBINCANG DENGAN JPA

Bernama
3/9/2010



KUALA PILAH, 3 Sept (Bernama) -- Nasib 14,500 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), sama ada akan diserapkan ke jawatan tetap atau tidak, akan ditentukan selepas selesai perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata kementerian sedar masalah itu dan sedang berunding dengan JPA untuk mencari penyelesaian terbaik."Kita sedang usahakan. Bagaimanapun, ia mengambil masa sebab melibatkan banyak perjawatan termasuk kita hendak gredkan semula jawatan itu."Perkara ini masih di peringkat perbincangan dan saya harap kakitangan terbabit supaya bersabar," katanya kepada pemberita pada majlis gema ramadan dan penyampaian sumbangan kepada 52 orang anak yatim dan fakir miskin anjuran Kemas Negeri Sembilan di Masjid Kariah Kuala Jemapoh dekat sini Khamis malam.

Hasan juga berkata Kemas akan membuka 1,000 lagi kelas Tadika pada tahun depan dan untuk itu, ia memerlukan 2,000 lagi guru iaitu 1,000 guru diploma dan 1,000 lagi guru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Katanya keutamaan pembukaan 1,000 lagi kelas Tadika ini ialah di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.Pada masa ini, Kemas mempunyai 8,816 kelas Tadika dengan 10,500 orang guru di seluruh negara.Ketika berucap pada majlis itu, Hasan berkata pelaksanaan Model Baru Ekonomi akan memastikan tiada rakyat di negara ini yang hidup dalam kemiskinan dan semua rakyat dapat meningkatkan kualiti hidup serta berkongsi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

"Oleh itu, semua rakyat kita tanpa mengira kaum dan golongan, perlu melakukan transformasi minda dan sikap mulai sekarang untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi bagi meningkatkan kualiti hidup sebagai rakyat bagi sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti," katanya.-- BERNAMA

03 September 2010

PELAN LALUAN KERJAYA

Berita Harian
Oleh Johari Ibrahim
2010/03/10



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kajian dan pelan penambahbaikan laluan kerjaya membabitkan peluang kenaikan pangkat pegawai perubatan, pergigian dan farmasi di Kementerian Kesihatan serta pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan perguruan.

Malah, Perdana Menteri turut mengarahkan kajian komprehensif dilakukan terhadap penggunaan sistem 'pool' yang dianggap sebagai alat tindakan pentadbiran bersifat menghukum penjawat awam. Kajian mengenai skim perkhidmatan pensyarah dan sistem pool itu diumumkan Najib pada majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 (MAPPA XI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, manakala pelan penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan, pergigian dan farmasi diperincikan dalam satu kenyataan, petang semalam. Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah mengkaji dan menyediakan pelan laluan kerjaya untuk pegawai perubatan, pergigian dan farmasi secara komprehensif dari gred lantikan hingga ke Gred 54 yang akan membabitkan perbelanjaan tambahan RM200 juta setahun.

Beliau berkata, inisiatif itu dilaksanakan bertujuan menambah baik laluan kerjaya pegawai dalam kumpulan itu supaya berpeluang meningkat hingga ke Gred 54 dalam tempoh yang lebih wajar.

Berdasarkan pelan laluan kerjaya itu, pegawai perubatan dan pegawai pergigian pakar berpeluang dinaikkan ke Gred 54 dalam tempoh sembilan tahun daripada tarikh mula berkhidmat; pegawai perubatan (klinikal/pentadbiran) dan pegawai pergigian (klinikal/pentadbiran) pula 12 tahun dan 14 tahun bagi pegawai farmasi.

Najib berkata, penambahbaikan pelan kerjaya itu adalah lebih baik berbanding tempoh purata sekarang, iaitu antara 11 tahun hingga 17 tahun bagi pegawai terbabit untuk dinaikkan ke Gred 54.
Perdana Menteri berkata, melalui penambahbaikan laluan kerjaya itu, kerajaan berharap pegawai perubatan, pergigian dan farmasi di Kementerian Kesihatan akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Kerajaan melaksanakan penambahbaikan laluan kerjaya ini sebagai mengiktiraf sumbangan dan peranan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

"Kerajaan yakin usaha penambahbaikan ini dapat meningkatkan komitmen dan azam mereka untuk menjayakan hasrat meningkatkan tahap perkhidmatan hospital kerajaan," katanya.

Tahun lalu, 9,871 pegawai perubatan dinaikkan pangkat ke Gred UD44 apabila kerajaan bersetuju melaksanakan kenaikan pangkat secara terus ke gred berkenaan kepada semua pegawai perubatan dilantik mulai 1 Januari 2008, iaitu sebaik menamatkan 'housemanship' selama dua tahun dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Kini, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan melaksanakan urusan kenaikan pangkat ke UD48 apabila ada di kalangan 9,871 pegawai perubatan terbabit telah mempunyai ijazah Sarjana mengikut bidang kepakaran masing-masing serta tempoh perkhidmatan dan pengalaman yang lama.

Perdana Menteri berkata, urusan kenaikan pangkat itu dijangka dilaksana sebelum 31 Mac ini.

Terdahulu, pada majlis Mappa XI, Najib berkata, kajian terhadap skim perkhidmatan pensyarah IPTA dan perguruan membabitkan peluang kenaikan pangkat seseorang profesor hingga ke tahap Turus tanpa perlu memegang jawatan dalam pentadbiran, berbanding Gred Khas A pada masa ini.

Beliau berkata, jawatan profesor tidak semestinya dibendung oleh jawatan yang dipegang Naib Canselor sesebuah universiti, sebaliknya profesor yang berwibawa dan tersohor boleh menerima gred yang lebih tinggi daripada Naib Canselor.

"Ini perubahan yang meletakkan kepada penilaian seorang itu dari segi tahap keilmuan pada dirinya, bererti bahawa tidak semestinya seorang itu nak naik pangkat mesti berebut jawatan untuk jadi Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor.

"Apa yang saya lihat sekarang ini, oleh kerana tak ada peluang untuk meningkat lebih tinggi lagi melalui jawatan profesor, menjadikan jawatan Naib Canselor satu rebutan di kalangan ahli akademik," katanya pada majlis yang turut dihadiri Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata, kenaikan pangkat itu perlu berdasarkan meritokrasi kerana negara memerlukan yang terbaik dan tidak boleh bertolak ansur terhadap mediokriti atau budaya 'kecincaian' dalam usaha menjadikan IPTA di negara ini sebagai model kecemerlangan.

"Jadi apabila buka peluang untuk kenaikan pangkat berdasarkan keilmuan mereka, maka tidak semestinya orang itu dapat jawatan lebih tinggi dengan memburu jawatan Naib Canselor.

"Ini akan meletakkan nilai penguasaan ilmu itu dan kemahiran yang ada pada seorang ahli akademik yang menjadi tonggak utama penentuan jawatan lebih tinggi," katanya.

Bagaimanapun, katanya, satu sistem 'peer review' perlu diwujudkan di kalangan mereka yang layak untuk membuat penilaian terhadap seorang bertaraf profesor supaya proses kenaikan tidak tertakluk kepada penilaian seorang individu saja.

Mengenai sistem pool, Najib berkata, beliau sudah mengarahkan kajian komprehensif dilakukan supaya elemen keadilan asasi, iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali perlu dijadikan sebahagian prosedur.

"Saya mendengar bisikan dan suara hati penjawat awam. Saya tahu dan saya peduli," katanya.

17,587 PENJAWAT AWAM SABAH TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN

Bernama
2/9/2010



KOTA KINABALU, 2 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah telah meluluskan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada 17,587 anggota perkhidmatan awam negeri yang layak selaras dengan keputusan kerajaan persekutuan baru-baru ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata sebanyak RM9.73 juta diperuntukkan untuk tujuan itu dan bayaran dijangka dapat dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Keputusan pembayaran bantuan khas ini juga dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan dan badan-badan berkanun negeri untuk penerimaan tertakluk kepada kemampuan masing-masing," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri, di sini Khamis.

Bayaran bantuan khas itu kata Musa, adalah sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan kerajaan Sabah kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang telah menunjukkan komitmen dalam membangunkan Sabah dan Malaysia amnya.

Dalam perkembangan lain, Musa berkata sebanyak 77.57 peratus atau RM15.785 bilion daripada RM20.349 bilion yang diperuntukkan untuk Sabah menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) telah dibelanjakan sehingga 30 Ogos lepas.

"Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak RM3.740 bilion telah diperuntukkan bagi tahun 2010. Peratusan yang dibelanjakan sehingga 30 Ogos, 2010 adalah sebanyak 50.1 peratus iaitu RM1.874 bilion," kata beliau.

Mengenai prestasi fizikal projek di bawah RMK9 pula, Musa berkata sebanyak 1,699 projek atau 44.4 peratus daripada 3,830 projek, telah siap sepenuhnya manakala projek dalam pelaksanaan pula ialah sebanya 2,041 projek atau 53.3 peratus.

"Ini menunjukkan semua agensi pelaksana projek telah memainkan peranan masing-masing dengan mengikuti jadual yang ditetapkan, namun saya terus mengingatkan supaya mereka meningkatkan lagi pemantauan memandangkan tempoh yang tinggal sekarang ini kurang daripada empat bulan.

"Saya yakin bahawa negeri Sabah akan mencatat prestasi tidak kurang daripada 85 peratus (perbelanjaan siling peruntukan) di akhir tempoh RMK9,"katanya lagi.

-- BERNAMA

02 September 2010

CUEPACS SAYS NO TO PERKASA

The Star
By FLORENCE A. SAMY
newsdesk@thestar.com.my
2/9/2010


PETALING JAYA: Cuepacs has distanced itself from Perkasa.

Its president Omar Osman said he had declined an invitation last month to become the Federal Territory Perkasa deputy chairman after they decided it went against the organisation’s principle.

“I was supposed to be appointed in September but I turned down the offer as it goes against our Constitution.

“We had an internal discussion and we agreed that I should not take up the post.

“We realise that Perkasa’s race-based cause goes against what we stand for, which is to fight for the well-being and unity of all workers, including retirees regardless of race or religion,” he said recently.

The union previously came under fire especially by veteran unionists for endorsing the Malay Consultative Council during its launch in February.

Cuepacs was among 76 non-governmental organisations that joined the council, whose spokesman is Perkasa founder Datuk Ibrahim Ali.

Their presence at the council’s launch drew the ire of many who felt that Cuepacs was betraying its purpose to represent all civil servants, regardless of race or religion.

Omar said they went to the launch as invited observers and claimed that they were not aware that the union should not join the council.

RM100 LAGI BAGI KAKITANGAN AWAM PULAU PINANG

Malaysiakini
Sep 1, 10 1:26pm





Kongsi 106Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menambah RM100 lagi sebagai pemberian kewangan khas kepada kakitangan awam di negeri itu, menjadikkan jumlahnya RM500.


“Walaupun pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 18 Ogos lalu adalah hanya RM400, namun namun tindakan awal ini telah berjaya mendapat perhatian kerajaan persekutuan yang mengikut jejak langkah dengan mengumumkan duit raya RM 500.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menaikkan amaun bantuan kewangan tersebut selaras dengan pengumuman kerajaan persekutuan yang bernilai RM500,” kata ketua menteri, Lim Guan Eng ketika majlis perhimpunan bersama anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang, hari ini.

Selain bayaran RM500 itu, beliau juga mengumumkan bayaran RM 250 untuk guru Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain).

“Pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 ini melibatkan sejumlah 3,700 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.85 juta.


“Pemberian kepada 1,396 guru Kafa sebanyak RM 250 akan melibatkan RM 349,000. Sekiranya kita mengambilkira semua pihak berkuasa tempatan, badan berkanun negeri dan agensi negeri, ia membabitkan RM5.2 juta,“ kata Lim.

Menurut Lim, beliau berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memperkukuhkan tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih berdaya saing di persada antarabangsa.

KHALID : BONUS TANPA SUBSIDI, TAK MASUK AKAL

Malaysiakini
Salhan K Ahmad
Sep 1, 10
4:29pm




Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menuntut kerajaan supaya menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam.

Katanya, beliau tidak menentang tindakan itu, tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik."

Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta.

Kerajaan sebelum ini memberi alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya.

Katanya lagi, tindakan itu bagaimanapun menyebabkan kenaikan harga barangan yang perlu ditanggung kepada semua peringkat masyarakat.

"Kerajaan tarik RM750 juta subsidi, tapi tiba-tiba dia beri RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat.

"Pengarah yang gaji besar pun dapat juga. Anda tarik (subsidi) daripada orang susah untuk bagi untuk bagi (bonus berjumlah) RM900 juta lebih.

"Jadi apa logiknya? Adakah semata-mata sebab kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dapat beri juga?," soal Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Katanya, pemberian 'bonus' hari raya itu juga diumumkan dalam keadaan kerajaan mengumumkan belanjawan defisit.

Tambahnya, Pulau Pinang dan Selangor mampu berbuat demikian kerana mempunyai bajet lebihan.

"Tapi (kerajaan pusat) kata bajet defisit hingga terpaksa tarik subsidi," katanya lagi.

PENJAWAT AWAM TERENGGANU TURUT DAPAT BANTUAN KHAS KEWANGAN RM500

Bernama
1/9/2010



KUALA TERENGGANU, 1 Sept (Bernama) -- Seramai 14,000 penjawat awam negeri Terengganu akan mendapat bayaran bantuan khas kewangan bernilai RM500 untuk menyambut Hari Raya Aidilftiri kali ini.

Menteri Besar berkata pembayaran tersebut yang melibatkan peruntukan kira-kira RM7 juta akan dibayar sebelum 1 Syawal.

"Mesyuarat Exco hari ini telah membincangkan perkara itu dan meluluskannya di mana bayaran akan dibuat sebelum hari raya atau minggu hadapan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini pada Rabu.

Katanya bayaran itu dibuat mengikut langkah kerajaan pusat di mana lebih 1.24 juta penjawat awam kerajaan pusat dari gred 1 hingga 54 menerima bayaran bantuan khas itu.

Melaka, Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan turut mengumumkan bantuan dengan jumlah yang sama kepada kepada penjawat awam masing-masing.

-- BERNAMA

31 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PENJAWAT AWAM KUARTES JPM JALAN COCHRANE BERSAMA PRESIDEN CUEPACS

Media Cuepacs
31/8/2010



KUALA LUMPUR: Perjumpaan Presiden Cuepacs Tuan Haji Omar Osman dengan Penjawat Awam Kuartes JPM dan AJK Penduduk Jalan Cochrane telah diadakan dengan jamuan berbuka puasa serta solat tarawih. Perjumpaan dan dialog ini adalah rintihan masalah semua penjawat awam dikawasan tersebut dikehendaki berpindah sebelum 15 Disember 2010.

Arahan perpindahan ini datang dari Jabatan Perumahan Negara (JPN). Jawatankuasa bertindak telah diketuai oleh Sdr. Bustaman dan beberapa jawatankuasa bertindak. Presiden Cuepacs kecewa kerana tindakan JPN memberi notis terlalu singkat dan tanpa ada apa-apa pampasan. Suatu memorandun akan dihantar kepada Perdana Menteri untuk meminta menangguhkan perpindahan ini. Presiden meminta jika ada yang mengarah dan menyuruh pindah, maklum bahawa kami telah menyerahkan perkara tersebut kepada Cuepacs untuk tindaka selanjutnya kata Tuan Haji Omar Osman.


Presiden Cuepacs tidak menghalang kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut tapi biar lah dilakukan secara bijak sana. kebajikan penjawat awam jalan cochrane hendaklah dijaga katanya. Seramai 150 orang yang hadir mendengar taklimat dan dialog. Turut hadir Puan Lok Yik Pheng (Setiausaha Agung NUTP merangkap Timbalan Setiausaha Agung I Cuepacs), Sdr Jaafar Mansor (Bendahari Kesatuan Pegawai Kastam merangkap Timbalan Setiausaha Kewangan Cuepacs), Sdr. Hamzah Masri (Presiden Kesatuan JPJ merangkap Penolong Gred Pentadbiran dan Sosial Cuepacs), Sdr. Abdul Rahman Mohd Nordin (Naib Presiden KESUKMA UKM, merangkap pegawai media Cuepacs ) dan Sdr. Mahamad Baharom Naib Presiden PACSU.
_________________________________________________________________

PENJAWAT AWAM NEGERI SEMBILAN TURUT DAPAT BANTUAN KHAS KEWANGAN RM500

Bernama
31/8/2010




SEREMBAN, 31 Ogos (Bernama) -- Lebih 6,000 penjawat awam kerajaan negeri Negeri
Sembilan juga akan menikmati bantuan khas kewangan sebanyak RM500 seorang, kata
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata bantuan itu akan diberi untuk semua penjawat awam kerajaan negeri
dan agensinya termasuk mereka yang berkhidmat secara kontrak.

"Perkara ini akan kita bawa pada mesyuarat exco esok untuk diputuskan dan
diluluskan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan kemerdekaan ke-53
peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada hari
Selasa.

Pada 25 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu
kenyataan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan itu untuk penjawat awam
Gred 1 hingga 54 dan pesara.

PEGAWAI BERSEKONGKOL PENGKHIANAT

Berita Harian
Oleh Rohaniza Idris dan Nor Fazlina Abdul Rahim
bminggu@bharian.com.my
2010/08/29



KDN janji tindakan tegas pihak seleweng, salah guna kuasa di sempadan negara


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang dikesan menyeleweng atau menyalahgunakan kuasa di tempat keluar masuk negara ini. eri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sudah mengarahkan semua pintu keluar masuk negara dipantau pa-sukan khas dari agensi tertentu di bawah kementeriannya sejak tahun lalu lagi.
Katanya, kegiatan jenayah merentasi sempadan seperti keganasan, dadah, pemerdagangan manusia dan pengubahan wang haram yang sangat membimbangkan.“Jenayah berkenaan bukan hanya membimbangkan kita, malah negara lain di dunia tanpa sempadan ini,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.Sementara itu, Presiden CUEPACS, Omar Osman, menyifatkan pegawai dan anggota pihak berkuasa yang bersekongkol dengan sindiket membawa keluar masuk pendatang tanpa izin dari Indonesia melalui Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang sebagai pengkhianat negara.“Jika apa yang dilaporkan betul, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa. Apa tidaknya, ketika kerajaan mencari penyelesaian untuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin, ada kakitangan awam membantu pula pendatang asing memboloskan diri,” katanya. Beliau mengulas laporan Berita Harian mengenai sesetengah anggota penguatkuasa dari J
abatan Imigresen, Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin dipercayai dibayar kira-kira RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram terbabit, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada dokumen.Habuan diterima anggota penguatkuasa itu dibiayai sekurang-kurangnya empat sindiket yang dianggotai kira-kira 80 ejen warga Indonesia yang dikatakan beroperasi di jeti itu, selain berpuluh ribu pendatang tanpa izin yang menggunakan khidmat chalo setiap hari.Omar berkata, empat agensi berkenaan perlu segera mengadakan pertemuan bagi mencari pendekatan terbaik untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat dan mengelakkan Jeti Pulau Ketam daripada terus mudah dibolosi pendatang tanpa izin Indonesia.

29 Ogos 2010

KAKITANGAN AWAM KEDAH, PERLIS JUGA DAPAT RM500

Malaysiakini
Ogos 28, 10 1:14pm



Kerajaan negeri Kedah hari ini turut mengumumkan pemberian bayaran khas RM500 kepada kakitangan awam negeri itu sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bayaran RM500 setiap orang itu diberikan kepada semua kakitangan sehingga kumpulan Gred 54 dan membabitkan dana sebanyak RM3 juta.

Beliau yang dpetik HarakahDaily berkata semua kakitangan kerajaan negeri akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh seminggu sebelum hari raya.

"Dengan sumbangan ini, ia dapat menampung keperluan keluarga dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Walaupun sumber kewangan kerajaan negeri adalah terhad, berkat daripada tindakan kerajaan negeri melaksanakan penjimatan dalam pentadbiran, maka hasil tersebut dapat dikongsi bersama sebagai satu penghargaan kepada semua kakitangan," katanya.

Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata, apa yang diberikan oleh kerajaan negeri kali ini adalah kadar yang termampu.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian wang khas sebanyak RM400 sempena Aidilfitri kepada 3,577 kakitangan awamnya.

Ini disusuli oleh kerajaan pusat yang mengumumkan pemberian RM500 manakala Selangor, Pahang, Terengganu dan Melaka juga tidak ketinggalan dalam pemberian wang itu menjelang Aidilfitri.

200 di Perlis juga dapat RM500

Sementara itu, Kangar, Bernama melaporkan lebih 200 warga kerajaan negeri Perlis akan menikmati bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebelum 1 Syawal ini, kata
Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu.

Beliau berkata bantuan itu akan diberi kepada semua penjawat awam negeri dari semua peringkat termasuk mereka yang berkhidmat secara kontrak.

"Kita harap pembayaran ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung semua penjawat dalam menjalankan persiapan menjelang Aidilfitri," katanya.

Md Isa juga berharap warga kerajaan negeri akan memanfaatkan sepenuhnya bantuan tersebut untuk persediaan sambutan Aidilfitri dan bukan untuk pembaziran.