22 Jun 2008

TUNTUTAN CUEPACS SUPAYA KAJI SEMULA COLA AKAN DIBAWA KE KABINET

Petikan dari Utusan Malaysia
21/6/2008

SEREMBAN 21 Jun — Permintaan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar kerajaan mengkaji semula kadar pemberian Elaun Kos Sara Hidup (COLA) untuk kakitangan awam akan dibawa ke Kabinet, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.
“Bagaimanapun kita kena bincang dahulu dengan pihak atasan termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara.
“Saya faham situasi dan keadaan di mana Cuepacs telah membuat permohonan ini. Saya mengambil kira pandangan mereka dan saya faham keadaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pekerjaan dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia peringkat Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Semalam Presiden Cuepacs, Omar Osman meminta kerajaan agar mengkaji semula kadar COLA bagi meringankan beban kakitangan awam ekoran kenaikan harga minyak.
Omar berkata, kenaikan harga petrol dan diesel sekaligus menyebabkan harga barangan keperluan naik secara mendadak sehingga menyebabkan kakitangan awam berpendapatan rendah tersepit. - BERNAMA

1 ulasan:

  1. Kenaikan harga petrol benar2 memberikan kesan yang negatif pada kakitangan awam yang berpendapatan rendah. Di negara lain mentertawakan kita yang dahulunya kita mentertawakan mereka.

    Baru2 ini, cadangan berjimat cermat dalam agensi kerajaan telah pun dikuatkuasakan. Terdapat khabar angin yang kurang menyenangkan hati kakitangan awam sambilan yang mengatakan kontrak perkhidmatan kakitangan sambilan tidak akan dilanjutkan lagi bagi mengambil langkah berjimat cermat. Rata2 ramai yang sudah tahu hal ini, kalau beginilah yang dikatakan "berjimat cermat", saya sendiri percaya yang malaysia akan melahirkan lebih ramai penganggur berbanding dengan negara jiran. Jikalau ini terjadi, ternyata kebajikan pekerja sambilan adalah terabai dan ini amat mengecewakan kakitangan sambilan yang sudah lama berkhidmat dengan kementerian/jabatan masing2.

    Kerajaan sarankan berjimat cermat, jikalau benar ingin berjimat cermat kenapa tidak diserapkan sahaja kakitangan sambilan yang telah lama bekerja lebih dari satu tahun? Dari apa yang saya sendiri lihat, dalam keadaan skg ini yang boleh dikatakan gawat, mereka masih mengambil anggota2 baru terutamanya yang tidak pernah bekerja dengan sesebuah agensi tersebut. Persoalan saya, kenapa tidak menyerap masuk kakitangan sambilan? Ini mmg tidak adil.. adakah kakitangan sambilan memerlukan orang dalaman utk mendapatkan kerja tetap di dalam agensi kerajaan? Perlukah cara sebegini? Ini diibaratkan, menolong bangsa sendiri tetapi bangsa lain diabaikan. Saya amat kesal dengan kejadian seperti ini, sering terjadi namun tiada tindakan. Hanya berdiam diri lantas menimbulkana spekulasi dan ketidakpuasan hati kakitangan sambilan. Terima kasih.

    BalasPadam