Petikan dari Utusan Malaysia
MERUJUK kepada laporan Utusan Malaysia 31 Julai lepas, saya berasa amat kecewa dengan tindakan Presiden CUEPACS yang terus mendesak kerajaan mengenai pemberian bonus dan kajian semula pemberian Elaun Kos Sara hidup (COLA) untuk kakitangan awam dalam Bajet 2009.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada ketika ini, apa yang sepatutnya dilakukan oleh Presiden CUEPACS ialah menyeru ahli-ahlinya supaya melipatgandakan usaha dan meningkatkan tahap kecekapan dalam pekerjaan.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Beliau terus mendesak kerajaan untuk tetap memberikan bonus dan kajian semula pemberian COLA yang pada dasarnya akan menambahkan beban kewangan kerajaan dan berkemungkinan menjejaskan pembiayaan kewangan kepada sektor-sektor yang lebih utama.
Harus diingat, imbuhan berbentuk wang ini lambat laun pasti tidak akan mencukupi. Tiada maknanya CUEPACS mendesak kerajaan untuk terus memberikan bonus dan kajian semula pemberian COLA jika kualiti perkhidmatan awam masih di takuk lama.
Amat melucukan kerana apa yang boleh beliau janjikan jika tuntutan ini ditunaikan dalam Bajet 2009 nanti hanyalah akan menganggap bajet kali ini adalah yang terbaik untuk kakitangan awam, bukannya peningkatan tahap kecekapan dalam pekerjaan.
Memetik kata-kata beliau yang menyebut kenaikan harga petrol dan diesel telah menyebabkan kenaikan harga barang keperluan yang menyebabkan kakitangan awam berpendapatan rendah dalam keadaan tersepit; tidakkah beliau sedar bahawa berdasarkan kepada situasi kenaikan gaji kakitangan awam yang lalu, pengumuman pemberian bonus atau pemberian sebarang imbuhan oleh kerajaan kepada kakitangan awam akan menyebabkan para peniaga cenderung untuk menaikkan harga barangan.
Inilah yang lazimnya berlaku. Natijahnya, tempias kenaikan harga barangan ini akan turut dirasai oleh para pekerja swasta seperti kami yang berusaha berhempas-pulas untuk memastikan survival syarikat kami, yang akhirnya turut tertekan tanpa mendapat apa-apa pembelaan. Apa lagi orang kampung yang kerjanya tidak tetap.
Akhirnya apa yang akan berlaku ialah, Presiden CUEPACS akan mengatakan dengan kenaikan harga barangan ini, pemberian bonus atau apa saja imbuhan dari kerajaan tidak membawa sebarang makna dan seterusnya terus membuat pelbagai tuntutan yang lain pula.
Suka saya nyatakan, jika permintaan CUEPACS ini ditunaikan, saya seharusnya berasa gembira kerana isteri saya juga adalah salah seorang kakitangan perkhidmatan awam. Namun, mengambil kira tahap perkhidmatan yang diberikan oleh kebanyakan kakitangan awam pada masa ini, lebih baik tuntutan oleh CUEPACS ini dikaji semula.
Biarlah ia berdasarkan merit. Lebih-lebih lagi, konsep bonus adalah imbuhan yang diberikan sebagai penghargaan kepada kakitangan di atas pencapaian terbaik yang dicapai serta berdasarkan kemampuan semasa organisasi/syarikat.
Maka jika organisasi/syarikat tidak mampu, usahlah dipaksa. Janganlah sampai anda kelihatan seperti hanya pandai meminta-minta sahaja.
Justeru, tingkatkan kecekapan dalam perkhidmatan terlebih dahulu dan bantulah kerajaan menguruskan negara ini dengan lebih cemerlang. Kemudian mintalah apa saja, saya yakin permintaan anda pasti akan ditunaikan.
BULAZ BUJAMILSetapak

salam, buat sahabat yg menumpang tuah sektor awam juga. Apa lagi yg sahabat mahu nak ditingkatkan kecekapan dahulu kena nyatakan jabatan mana, jgn main borong saja sektor awam. Adakah isteri beliau cekap atau kerja jabatan isterinya lebih cekap. Sepatutnya ucap terima kasih atas usaha Presiden kerana habuan tu dapat juga apa yg nak bising lagi.
BalasPadamsalam, kamu sepatutnya bersyukur sbb isteri kamu kerja kerajaan, katakanlah esok atau lusa syarikat kamu mengalami kerugian dan tidak mampu membayar gaji atau bungkus, apa akan jadi pada kamu? isteri kamu akan menanggung segalanya sementara kamu mendapat kerja lain kan?? so apa lah salahnya kalau presiden kami mewakili seluruh kakitangan kerajaan di malaysia mahukan bonus dan lain2 tu? kenapa ada yang dengki? apa kalau kami dapat bonus kamu orang2 swasta tak dapat tempiasnya?? ekonomi negara akan berkembang kerana kemampuan untuk berbelanja lebih. so cermin2 diri kamu sebelum kamu cakap sedap mulut je pasal bonus dan ganjaran ni. kamu orang swasta kalau dapat bonus berbulan2 pun kami tak bising. kami cuma minta 1-2 bulan bonus kamu dh bising. itupun tak tau la lagi dapat ke tidak bukan mcm swasta, setiap tahun dapat bonus tak kira la brape bulan pun. apa lagi yang kamu nk bising or pertikaikan??
BalasPadam