By: Wan Mokhtar
on September 2, 2008 at 10:06 am
on September 2, 2008 at 10:06 am
Kita kakitangan awam seramai 1.3 juta orang ini memang bersyukur atas pemberian bonus sebulan gaji atau minima RM1K yang diumumkan semasa pembentangan bajet 2009.
Namun begitu agak terkilan juga kerana PM tidak menyentuh langsung tentang 3 perkara yang telah dipersetujui pada dasarnya yang dituntut oleh Cuepacs iaitu PTK, Cola dan elaun perumahan. 3 perkara tersebut telah ditangguhkan pengumumannya pada perhimpunan Hari Pekerja anjuran JPA awal Mei lalu. Rata-rata 1.3 pegawai awam menunggu-nunggu pengumuman tersebut berasa hampa.
Kenapa terjadi begitu? Banyak andaian boleh dibuat. pertama PM terlalu sibuk mungkin terlupa akan janjinya pada Cuepacs. Tapi kalau ye pun terlupa siapa pula yang bertanggungjawab untuk mengingatkan PM. Tentulah kita sendiri sebagai pegawai kerajaan kena mengingatkan kepada Pak-Pak Menteri ini. Dalam isu ini siapa pula yang kena peringat kepada PM?
Sudah semestinya JPA/KSN/KPPA atau Perbendaharaan sendiri yang mengendalikan penyediaan bajet ini. Semua ini adalah pegawai kerajaan/kakitangan awam. Semua peringkat pegawai di atas adalah bertaraf JUSA. Mungkin juga mereka terlupa atau terlepas pandang. Mungkin juga mereka merasakan kerajaan telah beri semua itu. Maklumlah mereka baru-baru ini telah mendapat apa yang mereka kehendaki. Sebab itu mereka rasa semua tuntutan lain telah diperolehi. Itulah yang menyebabkan mereka terlepas pandang.
Dalam perkara ini Tuan Hj Omar kenalah terlebih pandang nampaknya supaya orang yang di atas tu tak terlepas pandang. KEPAK akan sentiasa menyokong Tuan Hj Omar dan CUEPACS dalam apa jua perkara yang memberi manfaat kepada perkhidmatan awam khususnya kepada para penjawat awam itu sendiri. Sebelum ini setiap perjuangan CUEPACS, kita tidak pernah lupa kepada golongan atasan kita (Walaupun mereka bukan ahli CUEPACS dan sudah pasti mereka tidak membayar yuran keahlian).
Tapi malang bagi CUEPACS kerana pengorbanannya tidak dihargai oleh golongan tersebut bila mana apabila golongan tersebut berjuang untuk kepentingan temolok mereka sendiri sahaja sebagaimana baru-baru ini yang mereka telah dapat yang membuatkan mereka terlepas pandang ada TIGA perkara lagi yang belum disempurnakan sebagai dijanjikan.
Itu belum lagi diambil kira tuntutan Kongres CUEPACS tahun lalu yang meminta Presiden CUEPACS dilantik sebagai SENATOR di Dewan Negara?
Wassalam dan Selamat Berpuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan