02 September 2008

CUEPACS KECEWA 'JANJI' ITP, COLA TAK DITEPATI

Petikan dari Berita Harian
1/9/2008


KUALA LUMPUR: Cuepacs yang gembira dengan pemberian bonus dalam Bajet 2009 bagaimanapun kecewa apabila dua permintaan kesatuan itu berhubung kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan penyelarasan elaun kos sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam tidak disenaraikan dalam belanjawan kali ini. Sehubungan itu, Cuepacs yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan sektor awam akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada bulan depan bagi membincangkan kedua-dua perkara itu. Presidennya, Omar Osman, berkata sebelum ini kerajaan secara dasarnya bersetuju memberi elaun Cola dan turut memaklumkan perkara berkenaan dalam satu surat maklum balas kepada Cuepacs, Julai lalu.
Beliau bagaimanapun berkata, Cuepacs tidak berniat mengugut kerajaan dalam perkara itu tetapi percaya sekiranya permintaan berkenaan dilaksanakan ia dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah. "Kita akur dengan pemberian bonus tetapi kecewa sedikit kerana dua permintaan Cuepacs tidak diumumkan dalam bajet kali ini. Sebelum ini, kita amat yakin ia (permintaan) akan ditunaikan setelah beberapa pertemuan diadakan dengan kerajaan tetapi hari ini (semalam) harapan kita itu 'lebur'. "Bagaimanapun, kita akan membuat temujanji untuk bertemu Perdana Menteri dan menerangkan secara rasional berhubung permintaan Cuepacs itu bagi manfaat anggota sektor awam," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Cuepacs sebelum ini meminta kerajaan menaikkan ITP daripada RM180 sebulan kepada RM230 dan menyelaraskan elaun Cola kepada RM500 sebulan di seluruh negara.

5 ulasan:

  1. Jikalau ITP dinaikkan daripada RM180 sebulan kepada RM230 dan menyelaraskan elaun Cola kepada RM500 sebulan, bagaimana pula dengan nasib kami yang datang dari Sabah dan Sarawak? Ini kerana,kami tidak menerima ITP dan elaun Cola tetapi sekadar menerima Bantuan Insentif Wilayah (BIW) mengikut peratus yg ditetapkan & Elaun Perumahan Wilayah (EPW) sebanyak RM500. Sekiranya ITP & Cola dinaikkan,maka gaji penduduk di sini lebih besar @ sama sahaja dengan kami yg datang dari jauh.Tidak adakah pihak yg bertanggungjawab utk membela nasib kami pekerja dari Sabah dan Sarawak?

    BalasPadam
  2. Ya, saya sokong 100% komen daripada saudara izza. Kepada pihak yang bertanggungjawab , cuba renung & fikirlah , bagaimana pulak dengan nasib kami pekerja dari Sabah & Sarawak memandangkan skarang harga ticket penerbangan semakin mahal & Kos Sara Hidup d Semanjung semakin Tinggi.....

    Harap kerjasama & pertimbangan daripada pihak yang prihatin....

    sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  3. Terima kasih, sewajarnya isu ini mendapat perhatian lebih daripada kepimpinan negara kita kerana kes ini sudah berpuluh tahun lamanya tidak diendahkan. di masa negara kita tengah dilanda krisis politik, isu ini sudah tentu disensasikan bagaimana warga borneo dalam Malaysia diberi layanan double standard dalam perkhidmatan awam. perbezaan kadar EPW hampir sekali ganda antara Borneo dan Semenanjung Malaysia menimbulkan tanda tanya dan rasa prejudis terhadap layanan ini. kalau diikutkan sekalipun kos hidup di bandar-bandar besar seperti Selangor dan KL sangat tinggi seharusnya menerima lebih daripada yang penjawat Semenanjung di Borneo kecapi tetapi situasi sekarang terbalik. Umpama bapa ada dua orang anak yang bersekolah, yang seorang bersekolah dekat dengan rumah yang seorang lagi bersekolah jauh dari rumah tetapi yang bersekolah dekat dengan rumah diberikan wang belanja lebih banyak daripada yang bersekolah jauh dari rumah, adil tak tindakan kita sebagai bapa di sini? kalau Borneo banyak pedalaman sekalipun tetapi kerajaan tidak lupa memberikan satu lagi tambahan elaun iaitu elaun luar bandar. saya sehingga kini masih hairan mengapa EPW mereka boleh mencecah RM700-RM1000 sedangkan sewa rumah sebulan pun tidaklah mencecah angka sedemikian. sedangkan penjawat borneo di lembah klang cuma diberikan RM400-RM500 mengalami defisit kerana sewa rumah melebihi angka itu sekitar RM650-RM1000. Apa rasional penetapan kadar EPW tidak siuman ini? Sememangnya warga Borneo layak marah dan akan terus marah seandainya kadar ini tidak diselaraskan semula. jangan terlalu berat sebelah memewahkan penjawat semenanjung dengan membeli Honda, Nissan dan Toyota sehingga mereka lupa dan memandang rendah kepada produk tempatan Proton dan Perodua. Bukti inipun sudah menunjukkan mereka tidak memanfaatkan elaun EPW ini untuk rumah tetapi untuk bermewah-mewahan dengan kereta luar negara. Kes terbaru penjawat awam semenanjung yang hidup di kawasan bandar besar di Borneo merungut TAMAK gaji dan elaun tidak cukup dan minta supaya turut diberikan COLA. mereka sudah lupa penjawat Borneo lagi sengsara daripada mereka hidup di bandar lagi besar di lembah Klang. Bukan gaji dan elaun tidak cukup tapi kenaikan harga minyak menyebabkan duit minyak untuk mengisi enjin kereta luar negara mereka tidak cukup. Siap mengadu dalam akhbar lagi walaupun ia melanggar etika penjawat awam. Kalau tujuan integrasi penjawat awam ini adalah untuk menyatukan rasanya tidak akan tercapai sebab rasa prejudis akan terus wujud sehingga akhirnya ada tindakan adil diambil bagi meleraikan keadaan.

    BalasPadam
  4. Kami menawarkan pinjaman dengan persyaratan yang sangat fleksibel Suku bunga kami bervariasi tergantung pada jumlah yang diminta dan jangka waktu penyelesaian Suku bunga kami relatif rendah dan bervariasi antara 1% dan 1,60%. Pilih Personal Loan adalah untuk mendapatkan keuntungan dari suku bunga tetap. Antara 1% dan 1,60% itu tidak berubah selama masa pinjaman Anda Anda yang memilih jumlah dan waktu yang paling sesuai untuk Anda Dengan Personal Loan, Anda dapat meminjam sejumlah € 3.000 hingga € 5.000.000 selama periode 12 sampai 240 bulan

    Kami mendukung pendanaan proyek Anda seperti pembangunan rumah Anda, kantor, peternakan, kami mendukung rencana perjalanan Anda, perusahaan Anda, atau proyek yang Anda butuhkan untuk pendanaan eksternal.

    Kami memberikan pinjaman untuk individu: pinjaman pribadi untuk konsumsi, pinjaman immobillier, pelunasan kredit, penebusan utang untuk memenuhi semua utang Anda menjadi satu pinjaman, pinjaman pendidikan bagi siswa, siap membiayai pembelian mobil Anda.


    Perusahaan: RAMADHAN ISLAMIYAT PINJAMAN
    Alamat: 110 2 Ave SW, Calgary, Alberta, Prancis
    Telepon / WA: +2348050300854
    E-mail: (ramadhanislamiyatloans@gmail.com)

    BalasPadam
  5. e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
    Telephone..Number:[+60]1123759663
    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name:HAFIZUL BIN HAZIQ
    Country: Malaysia
    [[[[di atas adalah data peribadi saya]]]]]
    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country: Malaysia
    Name:HAFIZUL BIN HAZIQ
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    BalasPadam