Petikan dar Bernama
5/9/2008
KUALA LUMPUR: Cuepacs merayu agar kerajaan dapat memberikan bonus atau bantuan sara hidup RM750 kepada pesara kerajaan. Dalam surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertarikh semalam, Cuepacs membuat rayuan itu bagi meringankan beban golongan pesara kerajaan untuk menyambut perayaan Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina. Presiden Cuepacs, Omar Osman bagaimanapun berterima kasih kepada Abdullah dan kerajaan kerana memberi bayaran pencen minimum RM720 sebulan kepada pesara yang berkhidmat 25 tahun ke atas.
"Pada asasnya, Cuepacs memohon diwujudkan pencen minimum RM500 bagi tempoh perkhidmatan yang kurang daripada 25 tahun," katanya. Pada Bajet 2009, Abdullah mengumumkan pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan