Berita Harian
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
8/3/2009
Kakitangan awam di Perak perlu beri tumpuan kepada tugas masing-masing KUALA TERENGGANU: Kakitangan awam di Perak, yang kini dalam keadaan tertekan dan tersepit akibat kemelut politik tidak berkesudahan di negeri itu sejak dua bulan lalu diingatkan memberi tumpuan kepada tugas mengikut jawatan hakiki masing-masing. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata penjawat awam di negeri itu juga diingatkan tidak terpengaruh atau terbabit dengan mana-mana perhimpunan anjuran parti politik bagi mengelak timbul sebarang masalah.
Beliau berkata, kakitangan kerajaan yang keliru dan mempunyai sebarang masalah dalam menjalankan tugas berikutan kecelaruan politik dan pentadbiran di negeri itu dinasihatkan berjumpa dengan ketua jabatan masing-masing bagi mengelak sebarang kesulitan. Katanya, dalam satu pertemuan dengan kakitangan awam rendah di Perak baru-baru ini, Cuepacs mengakui 'anak buahnya' berada dalam keadaan tersepit, keliru dan tidak bersemangat untuk bekerja sekali gus memberi sedikit kesan dan menjejaskan kualiti perkhidmatan mereka. "Kita minta mereka jalankan tugas mengikut arahan ketua masing-masing supaya tidak timbul sebarang isu atau masalah kelak. Politik tanggungjawab kerajaan negeri..kita di sektor awam ada ketua, jadi ikut saluran tertentu.
"Jangan babitkan diri dalam sebarang perhimpunan politik. Kalau ada perhimpunan atau tugas di luar bidang kita, jangan babitkan diri. Jika tidak, tanggung sendiri sebarang risiko...kita tidak akan bertanggungjawab. "Yang penting sekarang, jalankan tugas kita yang sepatutnya sebagai kakitangan awam. Saya akui, kakitangan kerajaan di sana sedikit 'dingin' sekarang kerana kebajikan mereka terjejas akibat kemelut politik itu yang menyebabkan semua perkara lambat selesai," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan kakitangan awam di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, semalam. Omar berkata, Cuepacs menyarankan ketua jabatan di Perak mengadakan pertemuan lebih kerap dengan kakitangan dan pekerja masing-masing bagi memberi penjelasan yang sepatutnya dan merungkai kekusutan kakitangan awam supaya dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. "Kita jalankan saja tugas kita dulu sehingga kerajaan negeri betul-betul mantap nanti. Kita berharap semuanya segera selesai dan kita dapat bekerja dengan lebih cekap dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan