19 Mei 2009

PENGUMUMAN PM SUNTIK SEMANGAT BARU KEPADA PEKERJA KUMPULAN SOKONGAN

Berita Harian
18/5/2009





KESATUAN Pekerja-Pekerja Awam Perak menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan bersetuju memberi kenaikan pangkat khas untuk penyandang (KUP) bagi pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun. Kenaikan pangkat secara KUP itu meliputi kakitangan perkhidmatan negeri, pihak berkuasa berkanun persekutuan dan negeri serta, pihak berkuasa tempatan dan menggubal dua skim baru dan menaikkan taraf lapan skim perkhidmatan termasuk operator mesin prosesan data, pembantu tadbir rendah dan jaga mulai 1 Julai. Kesatuan kami terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang prihatin serta memberi penghargaan kepada kakitangan awam khususnya pekerja awam yang berpendapatan rendah.
Semoga peluang kenaikan pangkat itu memberi sedikit keselesaan kepada pekerja awam yang sudah lama menunggu. Saya, selaku Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja Awam Perak yang turut serta dalam Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Putrajaya dapat menghayati ucapan Perdana Menteri yang bernas. Perdana Menteri memberi suntikan semangat baru kepada kakitangan awam dan pengamatan saya, Perdana Menteri prihatin dan masalah kakitangan awam khususnya pekerja bawahan. Perdana Menteri juga menyampaikan ucapan dengan penuh diplomasi dan berhemah bagi menyampaikan hasrat dalam memberitahu kepada kakitangan awam perkara yang tidak dapat kerajaan tunaikan masa ini ekoran kelembapan ekonomi negara.
Kesatuan Pekerja-Pekerja Awam Perak yang bergabung dengan Cuepacs terbabit secara langsung dengan 10 perkara tuntutan Cuepacs kepada pihak kerajaan dan Perdana Menteri menjelaskan dengan rasa tanggungjawab dan berhemah untuk menyatakan yang kerajaan buat masa ini tidak dapat memenuhi semua tuntutan itu. Kami pekerja bawahan berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri dan menerimanya dengan ikhlas. Saya meminta semua kakitangan awam bekerja dengan jujur dan ikhlas dalam meningkatkan produktiviti serta penuh iltizam seperti diamanahkan kerajaan. Terima kasih sekali lagi kepada Perdana Menteri dan kerajaan.
ZAKARIAN TAHA, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Awam Perak.

3 ulasan:

  1. PTR patut dijumudkan terus. bagi PTR yang bertugas Sekolah-Sekolah Kekurangan murid terpaksa buat kerja PT(P/O). ini tidak adil.saya cadangkan PTR di jumudkan terus.

    BalasPadam
  2. kami belajar terus sampai dapat diploma, degree atau master...jawatan masih kerani juga (N17). lulus pun dah lama. pangkat tak naik-naik..

    kami harap ada apa-apa insentif daripada pihak kerajaan untuk orang seperti kami ni.

    mungkin sesuai bagi elaun khas berdasarkan kelulusan kami itu ataupun bayar gaji setaraf dengan kelulusan biar pun jawatan yang sama, contoh, kerani tapi gaji berdasarkan taraf diploma.

    mohon pertimbangan en Omar Osman dan PM Najib.

    BalasPadam
  3. saya berterimakasih atasw perihatin nya PM pada kami sebagai penjawat awam kategori sokongan. saya pembantu makmal c17 telah melanjutkan pelajaran peringkat degree.. Untuk jawatan seperti saya susah mendapatkan kenaikan pangkat. sehubungan itu saya amat bersetuju jika di berikan skim gaji baru mengikut kelulusan tetapi jawatan tetap sama. ini berbaloi untuk kami yang melanjutkan pelajaran demi perkihdmatan awam

    BalasPadam