Bernama
7/7/2009
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Kerajaan dicadang supaya mengadakan skim pembantu rumah tempatan yang mengandungi tawaran gaji menarik serta faedah istimewa seperti yang dinikmati golongan pekerja lain selain menukar nama pekerjaan itu kepada Pembantu Pengurusan Rumah.Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut mencadangkan agar kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia mewujudkan satu jabatan khas atau agensi untuk menjaga kebajikan golongan itu."Skim pembantu rumah tempatan perlu diliputi dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan pemberian Elaun Sara Hidup (Cola)," kata Presiden Cuepacs, Omar Osman kepada Bernama.Beliau berkata cadangan tersebut timbul semasa perbincangan dalaman sesama kesatuan gabungan Cuepacs."Seingat saya, pada sekitar tahun 70-an, ramai pembantu rumah adalah rakyat tempatan kerana pada ketika itu belum lagi wujud kilang-kilang yang besar."Tetapi apabila kilang-kilang besar ditubuhkan, maka ramai yang tidak mahu lagi bekerja sebagai pembantu rumah kerana tiada jaminan yang diperolehi daripada sektor ini, berbanding kilang-kilang yang memberikan potongan KWSP, pampasan dan pelbagai elaun lain," kata Omar.Cuepacs juga berpendapat gaji pembantu rumah tempatan tidak boleh diseragam kerana ia perlu mengambil kira beban tugas yang berbeza yang ditanggung oleh seseorang pembantu rumah."Contohnya, sekiranya diberikan gaji yang sama, bagi mereka yang bekerja di rumah yang kurang penghuni, mungkin kurang bebanan kerja tetapi bagi mereka yang kerja di rumah yang ramai penghuni, mesti akan rasa tidak berbaloi dengan gaji yang mereka terima. Maka oleh itu gaji tidak boleh disamakan," katanya.Beliau bagaimanapun menganggarkan gaji minimum bagi pembantu rumah tempatan yang patut diberi ialah sekitar RM650.Omar berkata penukaran nama profesion tersebut juga perlu bagi mengelakkan mereka yang mencebur dalam pekerjaan itu berasa seperti berstatus rendah."Kalau tidak tukar nama, nanti mereka akan rasa berkelas kedua, tidak sama seperti mereka yang bekerja di hotel misalnya. Sebaliknya mereka yang bekerja mengemas bilik di hotel dipanggil sebagai house-keeping yang didengar lebih mempunyai kelas dan bukan dipanggil sebagai sekadar pengemas bilik," katanya.Menerusi cadangan Cuepacs itu, Omar berkata kerajaan juga perlu melonggarkan syarat permohonan bagi mereka yang menawarkan diri untuk menjadi pembantu rumah tempatan."Tidak perlulah sampai ada PMR (Penilaian Menengah Rendah) atau SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk minta kerja ini. Yang penting mereka boleh membaca dan mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan rumah."Yang lebih penting ialah keupayaan berkomunikasi antara mereka dengan majikan mereka," katanya.-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan