Bernama
8/8/2009
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini mencadangkan penubuhan "kumpulan percambahan fikiran" dalam semua jabatan relevan bagi mencapai sasaran dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA). Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata jabatan yang terbabit dalam NKRA perlu memikirkan "di luar kotak" dan menggalakkan pembabitan orang awam bagi mendapatkan maklum balas yang bernas. Dalam temubual dengan Bernama di sini, katanya, adalah penting untuk membina satu jalinan kukuh serta komitmen penuh bukan sahaja di kalangan penjawat awam tetapi juga orang awam bagi mencapai hasil berkekalan.
Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Petunjuk Prestasi UUtama (KPI) enam teras NKRA membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah dan memerangi rasuah. Bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan menambah baik sistem pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana. Mengenai sesi percambahan fikiran, Ahmad Shah berkata ia adalah penting supaya melibatkan semua peringkat petugas dalam sesuatu jabatan berkenaan.
"Kadang-kadang kita mungkin mendapat idea bagus dari pejawat peringkat bawahan kerana mereka lebih rapat dengan orang awam," katanya. Beliau juga mencadangkan penjawat yang memberi idea yang praktikal harus diberi penghargaan bukan semestinya berbentuk kewangan tetapi surat pujian yang boleh digunakan sebagai kriteria kenaikan pangkat. "Cuepacs yang mewakili 1.2 juta pejawat awam, harus diberi pemahaman sepenuhnya oleh kerajaan dan membenarkan mereka terbabit sepenuh dalam semua aspek pelaksanaan NKRA. "Walaupun, setakat ini, kongres belum dijemput memberi input, namun ia berharap badan itu akan dipanggil untuk menyertai dalam usaha itu bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan demi kepentingan negara," katanya.
Ahmad berkata, secara keseluruhan, sasaran NKRA adalah praktikal dan mampu dicapai jika mendapat kerjasama dan penyertaan sepenuhnya oleh penjawat awam dan masyarakat. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan