17 Ogos 2009

H1N1: KERAJAAN SEDIA TIMBANG CUTI KHAS KAKITANGAN AWAM

Utusan Malaysia
16/08/2009 6:58pm




KOTA KINABALU 16 Ogos - Kerajaan bersedia mempertimbangkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kakitangan awam yang dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) diberikan cuti khas tujuh hari, tidak ditolak daripada jumlah cuti rehat tahunan.
``Saya akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sama ada ia sesuai atau tidak. Mungkin jika dilihat situasi semasa, ia (cuti khas) dilihat sesuai.
``Apa pun kita akan bincang dahulu sebelum membuat keputusan secara rasmi,'' katanya pada sidang akhbar di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu selepas mengakhiri lawatan sehari beliau ke Sabah hari ini.
- Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan