Utusan Malaysia
9/8/2009
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Sebahagian besar daripada 1.2 juta orang kakitangan awam di negara ini berhutang, menyebabkan ada di antaranya membawa pulang hanya 40 peratus sahaja daripada gaji mereka setiap bulan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman mendedahkan, ada dalam kalangan kakitangan awam memperoleh pendapatan boleh guna yang sedikit, malah ada yang mencapai tahap teruk.
''Ada kes di mana mereka yang berumur 50 tahun belum habis membayar hutang, malah lebih teruk lagi ada yang kehabisan bayaran gratuiti kerana menjelaskan pinjaman," katanya kepada Utusan Melayu Mingguan, baru-baru ini.
(Laporan penuh mengenai beban hutang kakitangan awam ini dapat diikuti dalam Utusan Melayu Mingguan, esok).
Menurutnya, kumpulan berpendapatan sederhana dan bawahan adalah paling ketara berhutang, setidak-tidaknya membuat pinjaman perumahan dan kenderaan atau pinjaman peribadi.
Omar berkata, bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh kakitangan awam boleh dilihat apabila ramai di antara mereka terpaksa bekerja secara sambilan siang dan malam.
''Dianggarkan lima peratus kakitangan awam terpaksa bekerja sambilan,'' ujarnya.
Beliau memberi contoh daripada 20,000 pemandu teksi di Lembah Klang, 10 peratus adalah kakitangan awam yang melakukannya secara sambilan.
Katanya, terdapat kes-kes teruk sehingga ada yang tidak datang kerja kerana tidak mempunyai wang.
''Jika datang sekali pun tidak buat kerja kerana hilang tumpuan akibat beban hutang,'' ujarnya yang bimbang dengan fenomena tersebut.

gaji kecik beb...
BalasPadamrumah..keperluan
kereta...keperluan
pinjaman peribadi...biasalah...nak tampung tu..nak tampung ni...
gaji...ciput..
tak payah nasihat la...belanja ikut kemampuan...sakit telinga la...
nak bagi gaji naik..usaha la...
dah usaha..sambung belajar...pjj dan sebagainya...kantoi juga...bila ada diploma, ijazah, master...buat lekat kat tepi dinding juga..
dah la masa belajar pinjam ptptn...hutang lagi...wajib bayar...
so, cam na...nak cakap soal apa lagi...modal insan..?? buat lawak boleh la...
so, selaraskanlah gaji...biar hebat sikit nasib kami ni...
renung-renungkan lah...
nafsu besar tapi gaji sikit.
BalasPadamsedar lah..kakitangan awam..berbelanja mengikut keperluan.
kalau gaji ciput..buat buat lah ciput.
kalau kita belanja berhemah..x akan ada masalah nya..
nak selaraskan gaji..???
mana logik..
kau nak tukang sapu gaji mcm menteri ke???
pikir lah..
kalau tidak berutang macam mana
BalasPadammahu makan anak masih sekolah
bayaran sewa kereta mahal beras mahal ikan mahal ayam mahal minyak
makan semuanya mahal sayur mahal
kalau anak 5 orang ikan sahaja
satu hari 10.00 sekali makan lain
lagi sayur kalau gaji 1,000 sebulan belum cukup lagi
untuk menjadikan anak terpelajar yang cemerlang terpaksalah berutang
kepada bank. biarlah ibubapa manjadi mangsa berutang.
kalau susah..jgn pakai kereta..
BalasPadamnaik moto..
tak lah banyak hutang..
kalau gaji sikit...
BalasPadampandai pandai lah berjimat..
makan ala kadar sahaja..
sokong pandangan pak misai lebat.
mana boleh...
BalasPadamjika tidak berhutang...
mcm mana nak beli rumah dan sbgnya..
pak misai yg tidak pernah cukur misai...beli rumah cash ke???
hidup kena berhutang..
biar bergaya asal papa kedana
korang yang sakit ati sangat kat penjawat awam ni kenapa?? kalau penjawat awam takde tak jalan projek swasta korang tu..gaji penjawat awam kat negara lain macam langit dengan bumi banding gaji penjawat awam Malaysia. takkan korang yang bijak pandai tak tau? penjawat awam kat Malaysia perlukan pembelaan sebab dah jauh tertinggal ke belakang.
BalasPadamkenapa masalah ini berlaku..
BalasPadamkos sara hidup tinggi. pinjaman pun meningkat sebab keperluan nafsu yang tinggi. kita kena ada disiplin yang tinggi dalam aspek kewangan.
setiap manusia pasti berhutang
BalasPadamkakitangan swasta pun berhutang..
BalasPadamapa isu disini???
Tak usahlah nak bandingkan dgn penjawat awam di negara lain sbb option kita sbgai rakyat msia sama ada bekerja dgn kerajaan msia atau dgn swasta atau bekerja sendiri.
BalasPadamJika anda merasakan memang ada perbezaan gaji yg ketara bg tugas yg sama dlm penjawat awam berbanding dgn swasta, anda patut pejuangkan hak anda tak kiralah anda berhutang atau tidak berhutang.
Untuk makluman, pekerja swasta ramai yg kena 'freeze kenaikan gaji tahunan' disebabkan ekonomi yg teruk. Anda bagaimana?
Dan fikirkanlah sumber pendapat kerajaan 2009 berbanding thn lepas dengan kejatuhan pendapatan dlm sektor petroleum, cukai koprat dsbnya. Ini bkn zaman mewah untuk meminta2 tanpa asas yg kukuh.
Sebaiknya, fikirkan self-control untuk melunaskan hutang bukan dgn mengharapkan jalan mudah dgn kenaikan gaji. Berbelanja ikut keutamaan. Usahakan berhenti merokok, berhenti langgan astro, berkongsi kenderaan, byk lagi cara berjimat. Gaji tak cukup berlaku baik dlm kerajaan mahu pun swasta.
Jadilah org yg bijak, org ygn mencari jln penyelesaian dgn anugerah akal dan tenaga yg dikurniakan.
Hutang sedap. nak bayar x sedap.
BalasPadamsaya ada nasihat:
BalasPadam1. jgn berhutang.
2. Jgn pakai kereta. motor ok..kalau x mampu. naik basikal
3. mkn setakat apa yg ada.
4. Jgn pakai kad kreadit.
5. suruh bini kerja.
6. jgn Pakai astro, aircond.
7. jgn hisap rokok.
8. tiap hari puasa. jimat belanja ditempat kerja.
9. bersyukurlah apa kita ada.
10. jgn beranak ramai. org susah selalu ada anak ramai.
11.perabot dan alatan rumah pakai sampai rosak baru tukar.
12.keluarkan zakat dan menderma selalu..rezeki akan sampai.
tak kan dari kota Marudu ke kota
BalasPadamkinabalu menaik basikal kalau
memberi zakat dan memberi sedakah
saya setuju. tetap ada rezeki
tetapi kalau tidak beli barang
macam mana pula pak misai cukur
misai dan jangut nanti panjang
betul boleh ikat rambut pula.
aku pernah kerja swasta gaji RM700 skrg keja kerajaan RM1000 lebih hei kawan-kawan berblanja ikut kemampuan tau,,jgn ikut orang lain ,,jgn ingat kita je susah byk lagi orang lain yg susah ,,bersyukur dgn rezki yg ada insyaallah bertambah berkat
BalasPadamada kawan saya anak ada 7,bini tak kerja ,,jawatan dia PAR,,aku tak nampak pun dia tak makan,,tapi bini dia rajin basuh baju orang dapatlah 300 sebulan dan taklah nak bergaya lebih-lebih
BalasPadamjaga swasta gaji 700 anak lima boleh hidup pun,tiap hari bawak bekal bini dia masak
BalasPadamuntungnya kamu dapat jiran begitu
BalasPadamkalau jiran saya selalu pinjam duit
pinjam dua puluh ringgit nanti aku
bayar kalau cukup bulan bila terima
pura pura tidak kenal laki bini lagi tu bekerja.
apa kata kita cadangkan gaji kakitangan awam dipotong RM100 seorang untuk bantu kerajaan 'layan ekonomi runtuh' ni.
BalasPadamsekali sekala boleh kot...tiap2 bulan tak leh la...
kita ada 1.3 juta kakitangan darab dengan RM100 ringgit, banyak tu, kerajaan kita boleh guna duit tu buat projek apa-apa..tak lah susah sangat kerajaan kita..
sekali sekala saja bukan tiap2 bulan...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamkena lah hutang,,,hidup tanpa hutang tidak bagus.
BalasPadamnak apa pun kena hutang..
saya setuju dengan konsep..biar papa asal bergaya,
hidup jangan terlalu bergaya, pasal kita tak tahu masa akan datang sama ada kita terdesak atau tidak. jangan jadikan budaya terlalu bergaya sampai hutang keliling pinggang. orang sekeliling takkan tolong bila kita susah,lagi diorang suruh jual harta kita yang bergaya sangat.
BalasPadamsiapa yg ada hutang adalah manusia yang x sedar diri..dah tahu x mampu...buat lah cara x mampu..
BalasPadamkalau tak nak hutang pergi masuk hutan makan buah rotan dengan rambutan. kerja PAR nak pakai Grand Livina. Pakai grand viva dah lah
BalasPadamkakitangan awam ni perasan kaya
BalasPadambukan berbelanja mengikut keperluan
tapi nak tunjuk kaya
start kawin hutang
beli keta x pe tapi sibuk modyfied buang duit pakai duit hutang
pastu perasan bagus renovate rumah pakai duit hutang
gaji kecik besar sama je
aku yang keja kat company finance ni naik pening nak mintak hutang ngan orang goverment
madah x de duit je
kdg2 berhutang utk sara kluarga juga..asalkan niat bagus..insyaAllah..ada jalannya..
BalasPadam