08 Ogos 2009

KUARTERS JKR SEDIA DISELIA

Berita Harian
8/8/2009




KEMENTERIAN Kerjaraya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar Presiden Cuepacs, Omar Osman mengenai ‘40,000 kuarters kerajaan masih kurang kemudahan’ yang disiarkan akhbar ini, 9 Julai lalu. Berdasarkan rekod setakat ini, Kementerian Kerjaraya mempunyai 2,144 unit kuarters di Semenanjung, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Baki kuarters diuruskan oleh kementerian dan jabatan berlainan. Jabatan Kerja Raya adalah jabatan yang dipertanggungjawab melaksanakan kerja penyenggaraan kuarters berkenaan berdasarkan peruntukan diterima daripada kementerian atau agensi yang memiliki atau mengurus kuarters itu. Langkah penambahbaikan sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni.

MOHD RIZAL HASHIM,
Pegawai Perhubungan Awam Kementerian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan