03 Ogos 2009

PENJAWAT AWAM TERBABIT DEMONTRASI BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN : CUEPACS

Bernama
2/8/2009


KOTA BHARU: Ketua jabatan boleh mengambil tindakan disiplin terhadap penjawat awam yang mengambil bahagian dalam perarakan dan perhimpunan membantah pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur, semalam. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata tindakan tegas boleh diambil mengikut peraturan yang ada, sama ada Perintah Am atau akujanji yang ditetapkan sebelum ini. Beliau berkata, mengikut Perintah Am dan akujanji, seseorang penjawat awam adalah dilarang melakukan perbuatan bertentangan dengan undang-undang dan perlu mematuhi perintah-perintah tetap kerajaan.
"Untuk itu perintah-perintah tetap yang dikeluarkan oleh kerajaan adalah jelas dan perlu dipatuhi oleh setiap warga pekerja dan sekiranya berlaku pengabaian tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas kemungkinan ada penjawat awam terbabit dalam demonstrasi perlu dikenakan tindakan. Kira-kira 10,000 orang menyertai perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) di beberapa lokasi di ibu negara semalam. Polis menahan 589 orang termasuk 44 remaja di bawah umur 18 tahun yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan dan perarakan itu. - Bernama

7 ulasan:

  1. Saya berharap Pihak kerajaan akan mengambil tindakan kepada kakitangan awam dan pelajar IPTA yang mengambil bahagian di dalam Rusukan tersebut.

    Mereka ini kacang lupakan kulit, tidak bersyukur dengan keamanan yang selama ini kita kecapi.

    BalasPadam
  2. Saya bersetuju dengan Otai...
    Mareka ini masih tidak bersyukur di bumi yang nyata...
    Istilah zalim pada mereka kerana tidak dapat apa yang dihajati...
    Patut muhasabah diri di bumi yang bertuah ini...

    BalasPadam
  3. saya setuju mereka yg terlibat dikenakan tindakan

    BalasPadam
  4. ye setuju..mereka ini bukn saja menjatuhkan imej negara, malah maruah bngsa sendiri..bukan pd penjawat awam saja, malah semua yg terlibat...
    Teuk sgt ke Msia ni smpai nk buat mcm tu?heran la...biar duduk sebulan kt palestin, baru tau bersyukur nikmat aman tu apa...

    BalasPadam
  5. mereka x sedar diri lg...

    negara dah aman nak cetuskan ketegangan...

    pegawai awam yg terlibat disarankan meletak jawatan..

    BalasPadam
  6. saya harap kakitangan jangan ikut
    demontrasi terutama orang muda dan
    orang awam biarpun merika diberi
    upah dan wamg kerana merika tidak
    tahu apa erti itu kerajaan merika
    terikut-ikut kerana orang mudalah
    menjadi pemimpin dimasa akan datang
    manalah tahu. jangan musnahkan diri
    dengan demontrasi. jangan musnahkan negara yang aman sekarang ini buatlah yang terbaik
    untuk negara dan bangsa. macam mana kerajaan buat terbaik untuk anda sedang kan anda tidak mahu mengubah kedaan hidup yang lebih baik.selagi ada tulang empat kerat
    ini berkerjalah. dan jauhkan diri anda dengan demontrasi. pertama berkerja
    kedua bersabar ketiga berdoalah necahaya anda mendapat kebikan belakang hari.

    BalasPadam
  7. merika yang demontrasi ini sangat-sangat memalukan diri sendiri dan
    negara kerana merika ini sudah berumur dan tua-tua belaka macam
    karusakan iblis. dan tidak masuk
    akal.

    BalasPadam