29 Ogos 2009

PERTUBUHAN, NGO SOKONG IDRIS DILANTIK MENTERI

Berita Harian
29/8/2009




KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak antaranya pemimpin kerajaan negeri, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengalu-alukan pelantikan bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri Tanpa Portfolio di Jabatan Perdana Menteri. Kerajaan Sarawak menerusi Timbalan Ketua Menterinya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, menyifatkan pelantikan Idris adalah kerana meritnya. “Idris membuktikan kecemerlangannya dalam sektor korporat dan kemampuannya menyelamatkan syarikat nasional, MAS daripada mengalami kerugian sehingga mencatat keuntungan besar,” katanya kepada media, semalam.
Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn Bhd, Nazarry Rosli, menganggap pelantikan Idris tepat berdasarkan kepakarannya merombak dan menyusun semula organisasi korporat. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, turut menyambut baik keputusan itu dan diharap Idris dapat membantu memantapkan lagi jentera pentadbiran kerajaan. Presiden Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA), Tom Belarek pula menyifatkan pelantikan Idris sebagai hadiah paling berharga untuk rakyat Sarawak dan Orang Ulu sempena kemerdekaan negara ke-52.

1 ulasan:

  1. *prosuder bantuan yang lapok dan tak sampai ke sasaran

    BalasPadam