28 September 2009

BAYARAN INSENTIF BITK PEMBANTU TADBIR GRED W17 TIDAK SEPADAN

Berita Harian
28/9/2009




SAYA seorang kakitangan kerajaan, ingin berkongsi pendapat dengan semua pembaca. Luahan ini ditujukan khas kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Cuepacs.

Untuk perhatian, kami Pembantu Tadbir Gred W17 dan N17 yang membuat kerja kewangan hanya memperoleh Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) sebanyak RM40 sejak 1999 sehingga kini, sedangkan tugas kami sangat berat sebagai nadi bagi kemajuan negara.

Bagi menarik minat Pembantu Tadbir gred N9 ketika itu supaya memilih opsyen pertukaran gred dari N9 ke gred W17 yang disebut sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan), kerajaan menawarkan insentif BITK. Bayaran BITK bermula pada 1 Mei 1999 dengan kadar RM40 sebulan kepada semua pegawai kumpulan sokongan gred 17 sehingga gred 22.



Untuk meningkatkan jumlah insentif BITK ini, semua pegawai yang menjalankan tugas bidang kewangan dikehendaki menduduki peperiksaan yang tahap kesukaran penilaiannya sangat tinggi. Selepas lulus peperiksaan berkenaan barulah bayaran insentif kewangan itu dinaikkan kepada RM80 sebulan.

Sejak tahun lalu, kerajaan memperkenalkan sistem ‘star ranking’ kepada semua kementerian. Oleh demikian, mana-mana Ketua Setiausaha (KSU) kementerian/jabatan yang prestasi pengurusan kewangannya kurang memuaskan, pegawai berkenaan tidak disahkan dalam jawatan.

Sejak 1999, tiada kajian semula dilakukan ke atas kadar bayaran BITK ini. Tambahan pula sekarang ini, semua sistem perakaunan ditukar daripada sistem BAS (Branch Accounting System) kepada sistem GFMAS (Government Financial And Management Accounting System) dengan tempoh bayaran yang dulunya mengambil masa 30 hari, sekarang sudah dipendekkan kepada 14 hari.

Difahamkan pada masa akan datang Jabatan Akauntan Negara (JAN) memaklumkan segala pembayaran dipendekkan selama lima hari saja iaitu tiga hari di Pusat Tanggung Jawab (PTJ) dan dua hari di JAN dan semua PTJ sekarang terpaksa menyimpan sendiri semua baucar yang dibuat pembayaran dan tidak lagi perlu di hantar ke JAN seperti amalan dulu.

Perbezaan gaji di antara Pembantu Tadbir gred N17 dengan Pembantu Tadbir gred W17 cuma RM1.05 tetapi beban kerja dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Pembantu Tadbir gred W17 adalah lebih mencabar.

Selain beban tugas, mereka juga perlu mematuhi tempoh masa menyediakan kerja mengikut waktu ditetapkan atau tamat tempoh yang sangat ketat. Atas keperluan memenuhi tempoh ditetapkan ini, Pembantu Tadbir W17 juga sering kali terpaksa mengorbankan masa yang sepatutnya diperuntukkan bersama-sama keluarga untuk melakukan kerja kewangan selepas waktu pejabat atau hari cuti mingguan.

Peperiksaan BITK yang mengandungi 40 soalan amat sukar dilepasi kerana graf untuk lulus terlalu tinggi, ibarat tidak boleh salah walaupun satu soalan.

Bagi pegawai perempuan yang bercuti bersalin, pembayaran BITK akan diberhentikan dan kadangkala terpaksa membuat pembayaran balik manakala bagi elaun lain contohnya Elaun Pembantu Khas, ia akan tetap dibayar walaupun pegawai berkenaan bercuti bersalin.

LUAHAN HATI,

Insan Terabai.

76 ulasan:

  1. Kesian...............

    Wat pe nak jadi PT kalau tak mahu buat kerja yang telah diamanahkan,
    Carilah kerja lain yang rasa mudah.

    Jangan salahkan orang plak.

    Kalau tak mampu jadi PT jadi aje PAP, kerja mudah ajekan.

    BalasPadam
  2. Habis tu kalau semua x mau jadi PT( Kew.), sape yang nk buat keja PT ( Kew. ).. Pk la sendiri..!!!

    BalasPadam
  3. oklah tu adalah jugak elaun. pegawai lain satu sen pun tak dapat. Lain-lain jawatan pun kerja teruk jugak, siap berpanas dan berhujan lagi. takde pulak bising. bersyukurlah

    BalasPadam
  4. Ya betoi tu, duduk dlm bilik acon, kerusi empuk, apa mahu lagi, kami ni tak bersunggut pun, walaupun satu sen elaun tak de.

    Lu olang Pembantu Tadbir, fikir-fikirlah sendiri.

    BalasPadam
  5. itu duit 40 linggit pun mahu gaduh ka, wat malu pembantu Tadbir aje...........

    BalasPadam
  6. Lu olang tengoklah nasib Guru KAFA, elaun depa 500 sahaja, tanpa gaji.

    Bersyukurlah wahai semua Pembantu Tadbir @ Kelani.

    BalasPadam
  7. Pensyarah kebanyakannya tidak buat kerja langsung .... goyang kaki sahaja ....terima wang gaji tak berkat langsung

    BalasPadam
  8. aku nasihatkan kau sambung belajar.mesti dapat gaji tinggi bila tukar gred.tapi nanti kau jangan pula bising-bising masa dalam kump. P&P...mesti ndak dapat bonus la bila masuk P&P

    BalasPadam
  9. jawatan lain pun kerja teruk juga. tapi tak la sampai nak luah kat 'paper". masa interview cakap semua sanggup, bila dah kerja banyak komplain. rasa nak kerja senang pergi kerja sendiri

    BalasPadam
  10. Pensyarah-pensyarah atau guru-guru ramai yang menjadi pembangkang . Banyak protes dan sering tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan kerajaan...

    BalasPadam
  11. Ayuk...kite ramai-ramai jadi cikgu dan pensyarah!
    Boleh bagi kelas tambahan percuma...

    BalasPadam
  12. Teman Noreh Getah je untuk tampung BITK tu.

    BalasPadam
  13. pd Tok Janggut...PAP pun lg tinggi elaun motorsikal..RM 120.00..tugas hantar surat je...bkn nye susah...W17 BITK bru RM40.00 sdngkan kerja byak...silap lambat byr elaun...makan habuan lah...lg satu..jwtn W17 ni kna bersiap sedia dr segi mental...ye lah apa x nya peraturan dan amalan berbeza..ini di akui sendiri panel2 kursus..kita kami nk ikut prosedur..tp arahan pihak atasan berlainan...klo x ikut kate besar kepala...klo ikutkan..bla kna audit sendiri jawab...serba x kena..ni x termasuk peraturan2 ISO yg termatuk...isi borang tu lah..isi borang ni lah...pening2...buat LO lg..elaun lg..gaji lg..laporan2 lg...bajet lg...suku thn lg..pinjaman lg...potongan2 gaji lg..itu x termasuk tugas2 stok..inventori lah..harta modal la...mcm2 peraturan...tp jwtan kesetiausahaan N17 elaun banyak bergantung pada gred gaji ketua jabatan...pegawai gred N52 elaun khas SU RM120.00 skop kerja menaip surat...catat minit...booking flight & hotel pegawai..jwb tel..itu je..utk pemandu pulak..gred R6 dpt elaun pemandu lg..RM150.00..tugas bawak kereta aje..tak pulak ada exam mcm BITK..
    tambah lagi jwtn2 lain...mcm SO (Pen.Pengawai Tanah) a/p kerajaan mewartakan memikul tugas penyaksian iaitu tugas PPT... elaun khas dr RM 50.00 pun dah di naikkan ke RM150.00..juga x ada exam... x adil pada kami W17...fikirkan lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi diorang rasa camne jadi pt kew tgk...saya mase di pejabat lama..boleh dikatakan ibu pejabat..tiap2 hari balik malam..sabtu ahad kene datang keje..bukan sebab nak kejar ot...tp nak kejar dateline..bayran 14 hari..mcm2lagila..

      Padam
  14. betultu.kami ni PT kew kalau examtu memang ler susah sangat.itupun untuk dapatkan rm80 sahaja. keje berisiko.jaga/uruskan aset/harta/duit kerajaan,duit negara

    BalasPadam
  15. aku pun setuju jugak,patutnya dinaikkan la sikit elaun tu, aku pun dah banyak kali amik BITK tapi tak pass pun. Lagi 1 buat keja kew ni boleh kena "serangan panik" (carilah serangan panik tu apa, baru korang tau) mana taknya kerja kena hantar awal bulan, kalau lambat sikit nanti meeting NAIK NAMA kat skrin. Org lain naik elaun tak yah pi amik periksa pun

    BalasPadam
  16. Pada CUEPACS...tolong la dptkan pembelaan untuk Pembantu Tadbir mcm kami...mohon la kerajaan naikkan sikit lg gaji kami dan bagi insentif utk tugas2 berat mcm buat kje2 kewangan...bkn la kami terlalu berkira..tp biar la ia berpadanan dgn kje yg kami kna buat...lg satu utk kami yg bertugas di sekolah, tugasnya lbih berat berbanding yg bekerja di jabatan @ kementerian...dlu cuepacs ada cadangkan semua PT sekolah diberikan elaun bebanan tugas..ape cerita??

    BalasPadam
  17. salam...
    kalau PT sekolah yg kurang murid lglah...dia sorang jek PT kat sek tu yg kene cover semua bende..servis n account.kalau PT kew just ngadap kew jerler sampai biler2.x usik pun servis.so fikirkanlah PT n17 yg tanggung keje kew ni.
    PAP?ape keje?hantar surat..pas tu lesap cam asap.maye xsemua PAP mcm tu..

    BalasPadam
  18. btol2.. n 17 yg kt sek x rmai murid truk lg kje.. nk wat kerja kew lg, nk wat surat lg, kbersihan ofis nk kna jg lg.. pas2 klu PAP menghilang. kna wat keje fotostat plak lg. htr surat g bank...jd renung2kanla...

    BalasPadam
  19. Dah la elaun BITK cuma 40 hinggit. Pastu, bila staf tu cuti bersalin, kena bayar balik pulak 40 hinggit tu.. 2 bulan 40 hinggit. Cuti 3 bulan 120 hinggit.. Memang rakyat di dahulukan.

    BalasPadam
  20. kalau Pembantu Tadbir Kewangan ni tak de kau korang semua tak dpt gaji tepat pada waktu ye aku ni buat gaji, buat buku vot, buat bajet, buat wpr, buat penyata kew.nak nengadap audit semua aku nak kena buat tapi elaun ciput. Dah le semua nak cepat siap kalau tak siap kene kerja sabtu dan ahad, lepas tu tak dibayar ot lak tu cuma 9jam, dpt 1 hari cuti. ada ke patut,,,,

    BalasPadam
  21. Tok Janggut berkata...
    Kesian...............

    Wat pe nak jadi PT kalau tak mahu buat kerja yang telah diamanahkan,
    Carilah kerja lain yang rasa mudah.

    Jangan salahkan orang plak.

    Kalau tak mampu jadi PT jadi aje PAP, kerja mudah ajekan.


    Tok Janggut mne kje PAP x mudah..klu g antar surat skit da ngular...mmg snangkan kje PAP tu..

    BalasPadam
  22. Masalahnya, kelayakan akademik kami ni tak layak untuk menjawat jawatan PAP... hanya Pem. Tadbir je yang layak.

    Kalau tak ada Pem. Tadbir (Kew.) ni, jawapnya tak bergaji dan tak berbayarlah elaun semua kakitangan kerajaan.

    Harap yang berkenaan fikir-fikirkanlah dengan bebanan kerja Pem. Tadbir (Kew.) yang terlalu memeningkan dengan mendapat elaun BITK yang tak seberapa.

    BalasPadam
  23. sy sgt setuju.. skrg ni gaji PTW lebih kurang je ngn PAP.. N11 pon dh naik N17, tp keja sama cm dlu gak.. PAP lak asyik hilang je..
    Tapi xpe.. gaji yang kita dpt tu lg berkat.

    BalasPadam
  24. Memang la x adil bg kakitangan Gred lain..tp kalo dasar kerajaan skrg ni dok folow swasta so rs nya pihak kerajaan perlu pertimbangan kn luahan penjawat2 awam yg dlm Gred W ni...so far luahan ini tidak menonjol kerana faktor2 berikut :- 1/ persatuan bagi Gred W ni x seampuh persatuan Gred lain2 contohnya Gred N...
    2/ ramai kakitangan sendiri x sedar sebenarnya pe tu maksud KEWANGAN
    3/ jika kerajaan ingin folow etika spt swasta dlm perkhidmatan bermakna sekular imbuhan perlu juga dititik beratkn...y kekosongan bg Gred W lmbt disi sedangkan kalo PAP laju je diisi..sedangkn perlu ke PAP ramai sgt dlm satu opis 2...? sbb kadang2 PAP ni byk ngelat bila disuruh...malahan dh cm bos besar plak....
    4/ kalo dlm swasta...kakitangan dlm BAHAGIAN KEWANGAN yg plg last sekali dibuang kerja np bukan bahagian ADMIN, SUMBER MANUSIA, OPERASI or TEKNIKAL? sure kt situ leh kt nampak POWER OF FINANCE kn?

    ni sekadar berkongsi pandangan..jadi kalo ada slh silap mintak la maap bebanyak....pd pihak2 yg berwajib yg TERBACA statement ni hrp2 r bg pandangan yg wajar bukan membidas satu sm lain..:) say peace..:)

    BalasPadam
  25. org yg x duduk dlm kewangan mmg tak paham situasi bebanan W17. cuba2 fahami...gred W ni ibarat sebelah kaki telah ada di penjara, so pertimbangkan lah balik berbaloikan elaun rm40 tu...

    BalasPadam
  26. PT paling ensem kt KLRabu, Mei 18, 2011 10:02:00 PTG

    Ok la RM40 tu.. lepas gak buat tambang bas pi keje, makan tgh hari kt KLCC.. diner kat Pavilon & tgk wayang utk 2 org kat tanjung golden village... hahahaha

    BalasPadam
  27. U ni hebat la PT paling ensem kt KL... I like yr style.. keep it up.

    BalasPadam
  28. hahahha....bitk mau kasi elaun rm300 lps nih...kola naik rm600... elaun rumah naik jd rm 350 total semua elaun + gaji = boleh laaa.... hahaha.. ada bran kaa??.. kasi laa...

    BalasPadam
  29. PTW...oRait
    Betul la, dulu aku ..xtau keje ptw nie..bile duk jd ptw semuanya kena tepat dan betol...aku duk bahagian hasil..hasil kerajaan nyam ..nyam..nyam..tapi elaun ciput...Bukan nak merapu tapi ..kite keje utk kerajaan kalo xpk soal kebajikan pekerja yang mendatangkan hasil..pada kerajaan,dan menguruskan hasil..Aper cite..Rakyat didahulukan ..Pencapaian tu sape yang buat jadi tercapai..staf macam kiter orang niela..kalo x tercapai nak bantu rakyat pun xdapat..huhu..So soal kebajikan Kakitangn Kerajaan perlu ade input yang baik..punyer..
    Nie untuk Staf yang Rajin ajer..Rajin pun SKT xberbaloi..niela ..Xpatut

    BalasPadam
  30. Tugas PT(Kew) memang kerja yang menjadi gila... bukan kerja manusia... sudah banyak kali teringin meletak jawatan, tetapi ditahan dan dipujuk oleh penolong pegawai tadbir... BITK RM40, RM40 ni bolaikah bayar kita jadi gila dan berkemungkinan kena tindakan surcaj lagi?? Kalau lah dapat dipilih sanggup lagi saya pilih kerja PAP, atau tidak terima BITK kerja macam PT(P/O). Harap la kerajaan dapat menambahkan staff PT(kew) di semua PTJ, bagi meringankan tugas-tugas PT(Kew). BITK tidak tambah pun tidak apa, asalkan kerajaan malaysia jangan tidak berkemanusiaan, sebab tugas PT(kew) seperti hamba yang masa lampau, siang kerja, malam kerja, hari mingguan kerja... langsung tiada masa bagi teman keluarga, atau masa rehat... sakit teruk pun perlu turun kerja...

    BalasPadam
  31. 8 jun baru ni periksaan BITK tahun 2011 punya. setiap tahun ambil, payah nk lulus. soalan pulak susah sangat. so macam mana..... nak tampung lagi rm40.00 itu pun susah..... knp lah kena periksa dulu... bagi je lah......... betul2 tak adil.... knp lah kena periksa dulu boleh tambung lagi rm40.00 tu.... bg elaun2 lain tu cam PA Dato' senang2 je dpt tak perlu periksa..........

    BalasPadam
  32. Dapat elaun rm40 je sbln..salah buat kewangan ada risiko Surcaj n tatatertib...ada member kat opis W17 salah buat Kew.8 sekali kena denda x dapat bonus. Klu mcm tu Tok Janggut pun potong janggut..

    BalasPadam
  33. Sy mantan Ketua Geng Dua Rimau Berdiri sangat setuju dan sokong elaun BITK dinaikkan kerana pegawai dan pentadbir kewangan melaksanakan tanggungjawab yang cukup berkesan untuk negara.

    BalasPadam
  34. Hampir 10 thn saya buat keje kewangan (satu2nya W17 di jabtan) .. dlm tempoh tu, tiap2 ari blk lewat n keje ari minggu. Time mengandung lak tiap2 ari smpai kul 11 mlm. Kdg2 suami tlg teman kt pejabt smpai tertido-tido kt sofa. Lah2 darah tinggi naik n effect kt baby smpai lahir x ckup bulan.. doktor ckp coz tekanan keje yang jd sume tu. Bile dh ade anak, lain lak citernya. Bile anak dh msuk sekolah, tpakse amik anak kul 5 ptg n bwk mai ofis wt keje smpai mlm (suami keje jauh). Pernah satu kali tu, tpaksa habiskan cuti bersalin awal sbb byk keje2 kwangan tetunggak sbb org yg wt ETK tu banyak mende x tau. Jd kpd sape2 yg bkn W17, jgn bcakap kalu x tau.. Tanpa pengorbanan kami, lumpuh kewangan negara tau.. so, korang (tmasuk CUEPACS & JANM) pkirlah sendiri..

    BalasPadam
  35. PT Kew nie byk kena korban..korban masa,tenaga n kena sabar banyak..ye r..ktorg tpaksa tanggung kesalahan org lain..sebab ape2 kerja ktorg last yg kena wat..sblm2 smpi kat kew,kalu lambat payment mesti dorg salahkan kew..tp dorg xpikir sblm smpi kew rmi lg org yg tlibat...patut kena tambah elaun coz jaga hasil kerajaan..tgjwb besar...

    BalasPadam
  36. betul tu kenapa payah sangat nak tambah elaun BITK.keje berlambak,sedangkan elaun lain mudah sahaja.berkali- kali ambik exaM STILL FAILED.PAYAH NYE NAK NAIK ELAUN NI,kenapa ekkk??

    BalasPadam
  37. Memang seksa jd PT (kew) nih.. dah byk kali amik BITK.. manada lulus.. JAN patut umum la markah yg kita dapat.. senang nak tingkatkan.. ini tau gagal jer.. lagipun tak penah dengar PT (P/O) kene surcaj kalo wat silap.. org kewangan gak byk kene.. mmg beban letak kat bahu org kewangan. sekarang nih jer dah macam2 laporan nak kene buat.. memang kenkadang tak tertanggung. Oleh itu patut dah cuepacs memperjuangkan nasib2 insan seperti kami nih.

    BalasPadam
  38. saya sokong hujah Tanpa Nama, sebagai wanita yg menguruskan tugas kewangan terpaksa mengorbankan cuti dan keluarga datang bertugas semata mata melaksakan tugas kewangan yang berat dan patuh pada Arahan Perbendaharaan yang telah ditetapkan .Tidak setimpal dgn rm40.

    BalasPadam
  39. menjalankan tugas kewangan memang tension,mengejar target date! mematuhi Arahan dan Peraturan Perbendaharaan, tapi pada siapa harus di luahkan?? adakah yang sudi mendengar?malainkan keluarga yang menjadi mangsa.Tolong lah Dato dengarlah keluahan kami sebagai pembantu tadbir Kewangan w17 ini.

    BalasPadam
  40. payah sangat W17 nak dapat elaun, kena ambik periksa ..perah otak.kerja teruk jaga duit kerajaan..mana ade masa nak membaca buku ... orang lain senang ajer dapat naik elaun..

    BalasPadam
  41. Memang betul, saya sokong kerja kewangan sentasa sibuk, kejar target date, mesti cepat dan tepat,nasib tak ade janggut kalau tidak penuh kutu la jawapnya hahaha..

    BalasPadam
  42. amboi sesuka hati jer kutuk pensyarah dan cikgu..
    kalo korang layak korang apply la..cuba jadi tgok mcamana..
    kalo x layak jadilah pembantu tadbir jer..bila on pc boleh online fb sekali kan...huahuqhua..syukurla tu ada elaun wei

    BalasPadam
  43. Assalamualaikum,
    Kenape golongan kew. seperti dipinggirkan je oleh cuepacs,kerajaan,penjawat awam lain?Sebab kew. potong O.T?Kadang2 kew. ni jdk berbelah bagi tuk meneruskan pembayaran...(dokumen palsu,xlengkap,tekanan org atasan)....Ingat la,yg golongan kew. ni kadang2 dh layak digelar skim "S" sebab kene terang pasal ape potong pembayaran,dll....Kadang2 keje sebagai PAP juga,bile nk hantar dokumen2 penting ke AG.....Diharap sangat2....semue pihak (cuepacs,kerajaan,org atasan) pertimbangkan masalah golongan kew. ni....

    BalasPadam
  44. bayaran bitk mmg x layak untuk bebanan kerja yang ada sekarang...kerja selalu kena bwk blk sbb nk kejar dateline yang tlh ditetapkan...gaji sbpa pn x adil sbb xder perbezaan antara gaji W dgn N padahal bebanan kerja W teramat berat...gaji, elaun tuntutan, perbelanjaan, aset, bajet lg....sepatutnya klu bitk x naik, gaji ptt dinaikkan utk W...Persatuan W tlg lah ambil tindakan....

    BalasPadam
  45. sy setuju elaun BITK perlu dinaikkan.Bkn nak berkira dgn amanah kerja yg tlh ditetapkan ttp perlu setimpal dgn apa yg dilakukan.Selalu sj buat keje last minit cthnya pasal BKK, Bonus dan terbaru SBPA,terpaksa dtg weekend semata2 nak siapkan maklumat yg diminta nanti ada yg x dpt pelarasan gaji..ada aku kisah(x nak la jd mcmtu)alih sekejap jadi sekejap x jadi nak buat pembayaran.Itu blm kes yg dpt panggilan tipon siap marah2, dtg menyerang kalu ada buat silap(mcm la x pernah buat silap) tp bkn sy pengalaman kwn sekerja.itu la dugaan/cabaran org di unitgaji.Siap naik blood pressure lg
    Luahan Perasaan :-(

    BalasPadam
  46. assalamualaikum...

    sy salah sorg PTW yg bekerja di MINDEF. jobspec: bajet,vot,panjar,eterimaan,espkb,eperolehan utk jabatan sy...secara total keje mmg masuk kul 8pg & blk paling kurang kul 9mlm..x penah diberi OT mahupun cuti oleh majikan.(eterimaan,espkb,eperolehan) merupakan 1 tugas yang berat.ibarat sebelah badan kita da diikat dlm jail...tidak boleh silap wlupun ckt....boleh dikenakan tindakan surcaj, tatatertib dsb...

    bukan nak merungut mengenai BITK tetapi bebanan yang lebih terpaksa ditanggung oleh golongan W ni wlupun anda sume nampak W ni dok keje dlm aircond.mental mmg kene totally kuat klu nk jd W ni...

    klu boleh tukar jd PAP cmtu je sy pun nak...msk kul 8pg, kuar anto surat 5-6 keping pastu kul 4ptg baru msk...pastu dpt rm120...bestkan jd PAP...bile ditegur dijawab dgn:("ko ni spe nak sound aku?aku ni keje lg lame dr ko,baru msk nak berlagak plk")

    just nak luahkan isi hati....

    BalasPadam
  47. tukar kerajaan je la.. da kerajaan cam je melahirkan org tak puas ati.. dan ramai yg ckp cm haram atas ni.. bersyukur la sgt konon.., puiii!!

    BalasPadam
  48. askom........

    tugas sebagai PT Kew sekarang mmg banyak malah perlu menyiapkan tugas dalam masa yang singkat.

    1.bayangkan lah............. kalo da 50 peyment yang perlu disiapkan dlm tempoh 3 hari...................
    x ke tuan / puan pikir..............


    2. bila da kenaikan gaji macam yang baru-baru ini...............
    cuba tuan / puan fikirkan lah.....
    bila tang naik gaji ............ semua orang nak cepat.............
    tapi tuan / puan x pikir .........
    yang proses kenaikan gaji ini.........
    tau nak cepat je..............
    bila lambat bising...............
    bila xdapat bising.................
    bila dapat dapat.........diam
    bila terlebih bayar .....diam
    bila mintak pulangkan balik bising................................................................
    kadang bertangguh - tangguh bayar ..........


    2 camna?
    bila kerja tau nak cepat je kdg2 mesti ada kesilapan.........

    3. tuan / puan kena pikir yang kerja melibatkan wang / duit sebenarnya bukan mudah yang tuan/ puan fikirkan.....................

    4. lagi pun bidang kewangan ini bidang yang kritikal yang boleh melibatkan dengan akta ..........

    5. bagi mereka - mereka yang bukan dalam bidang kew tak perlulah memperkitaikan kerja-kerja kew ini.

    6. anda- anda diluar sana tidak akan faham sekiranya anda bukan dilam bidang kew ini.


    7. cuba anda tanya pada kawan- kawan terdekat bersama-sama anda............
    xkira la PT Kew @ Orang Kerja Bank......

    Bebannya tetap sama..................


    8. Elaun RM 40.00 je.
    nak dapat Rm80. pun susah.......... kena ambil ujian................. kadang - kadang 5 kali ambil ujian belum tentu lagi lulus sebab???????????????????????????????????
    nak dapat Rm 80.00 Pun ada Koata
    .

    renung- renungkan lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

    sekian terima kasih pada .......

    1. mereka yang memahami serta
    tidak..................

    BalasPadam
  49. pt kew ni separuh dari badan nye dah berada dalam lokap....mcm2 law kene follow....kadang2 cm tk berbaloi ble pk kan elaun bitk tu....tp demi mncrik rzki halal...kje lilahita'ala je...mintak yang atas2 tu...bg le kelebihan cikit pada ptq ptq nih....

    BalasPadam
  50. Kuat semangat...

    Memang pun nie..pekse BITK Rabu ni.tak pasal2 kena baca buku lagi.nak wat payment lg.tak pekse kang tak naik2 la elaun BITK aku ni...Kat pejabat nie semua nk cepat.kalu kurang bayar kena maki kalu lebih bayar dh mcm mintak sedekah lak kat diorg.kalu ujung tahun tak saper tanya aku ni dh mkn ke?tak rehat2 ke?merana sendiri tanggung..ape nak buat...Wahai waris2 dlm CUEPACS tolong wat usul naikkan elaun BITK nie...

    BalasPadam
  51. diharap CUEPACS tolong usulkan utk naikkan elaun BITK, kita org ptkew bukannya dengki dengan pap tp kami rasa tidak adil..dah la kerja kami diibarat sebelah kaki dipenjara,terpaksa plak berhadapan dengan org2 yg tak paham dengan prosedur kewangan.utk menambah elaun terpaksa pulak periksa, sedangkan pap senang2 dinaikkan elaun dari rm90 ke rm120, kemudian mereka juga diberi baju dan kasut.untung2 sapa jd pap elaun boleh baju pun boleh tmbah plak PM kita umum kenaikkan gaji baru ni.mmg ptkew ni terasa dipinggirkan tiada siapa yg nak bela nasib ptkew, hanya ptn dan pap utk nasib mereka sentiasa dibela.

    BalasPadam
  52. walaupun elaun BITK saya telah RM80 bagi saya mmg tetap tidak berbaloi dgn tugas. bayangkan ptkew kat ofis hanya saya seorang..tapi ya Allah bebannya mengalahkan pegawai..semua benda saya hendal, dari carta oeganisasi, fail meja kakitangan, pengurusan aset jabatan (KEW.PA-2,3,4 &5)..malah bukan tu sj..apa jua melibatkan IT saya jugak yng uruskan..ada je internent x leh pakai saya la yg minta diperiksa pc tu, bukan nak mengungkit..kita mmg seharusnya kena belajar semua ..nama lagi "GUNASAMA".. mmg digunakan sepenuhnya la..

    lagi satu ada saja kes SPRM..kita yg hanya buat sistem espkb n eperolehan yg menjadi mangsa turun naik mahkamah..org lain yg buat salah..ptkew yg tugas hnya penyedia.sama2 terlibat..
    maka turun naik mahkamah la selagi kes x selesai..tetangguh kerja, tertekan pun ada...

    tp bagi saya kerja saya adalah satu ibadah..yg penting saya buat kerja betul dan ikhlas,,

    seharusnya la elaun BITK ni dinaikkan sekurang2nya RM 120-150..selaras dengan beban kerja seharian...

    BalasPadam
  53. Kesimpulannya, wajar dipertimbangkan. W17 ditempat saya ramai, sbb organisasi besar, jd bebanan biasa krn masing2 buat part kew masing2 jer cthnya di jbtn kew...cuma N17 yang membuat kerja termasuk Kew di jabatan lain agak berat kerana 1 orang sahaja handle semua hal kew. Campor tolak kira balik sama jer bebanan masing2..cuma suasana berbeza..betol benar apa yang dikatakan 'Tanpa Nama Berkata' pd 14/10/09, 11.04pg, sbb saya bertugas di situasi sama spt itu, jd saya tahu. Jd wajar dipertimbangkan disamping kualiti kerja yang baik, amanah n betul sebagai sampingan ibadah kita di dunia yg fana ini, Wallahualam.

    BalasPadam
  54. hmm bab markah tu betul declare kandas or lulus ja nk gak tau brp.. lg best pernh amik senyap je tak tau apa reslut pastu depa kata sapa tak dpt apa2 tu kira gagal la,boleh lak gitu so kalau kertas jwnpn kita terhilang ke apa ke mana kita tau huhu...tahun ni lak baru ja amik,harap diberitahu la.... ;)

    BalasPadam
  55. Bayaran tue ade pekelilingnye..dah tgk ke?myb xla kot....
    ingat maen tabur cam bg ayam makan ke?
    Yg dpt RM40.00 tue nape?dh amek exam BITK ke?
    kalo lom mmg patut la....

    BalasPadam
  56. dh d keje merungut, xd keje mengerut....pe bende ntah...kalo rase beban sgt..dok umh jage family...berjuta lagi org dok bertumbuk nk dapatkn jawatan korang tu...Ingt pegawai dok opis keje goyang kaki ke...
    nampk je cmtu...ade mslh bukn kite org bwh nie nk amek port pun...

    BalasPadam
  57. apa la masalah ko nak bangkang2, yang penulis just nak mohon dipertimbangkan permohonan dia, yang takda kene mengene tu takyah la sibuk2 nak komen.. gaduh pun tak guna, bukan ko yang tentukan.. so terpulang pada cuepacs nak usulkan ke tak.. yg lain2 tu pensyarah ke cikgu ke pap ke klu ada pe2 nak mohon just cadangkan, dipertimbang or tak tu belakang kira...

    BalasPadam
  58. Em.. Nampaknya CUEPACS tak kaji pun berkaitan jawatan W17 nie.

    1. Beza gaji W17 dengan N17 masih sehinggit lebih kan.

    2. Elaun RM40 memang dah xmasuk akal di tahun 2013. Ntah-ntah tahun 2020 pun masih RM40.

    3. Peperiksaan BITK untuk kenaikan lagi RM40 menjadi RM80. Cuba tuan/ puan bagi statistik berapa orang je yang LULUS.

    Kepada anda yang tidak melakukan tugas kewangan, tidak perlu memberi komen yang menjatuhkan.

    Kepada sesiapa yang mempunya kuasa dan jawatan dalam permasalahan ini, tolong ler kaji dan amik tindakan.

    Terima kasih.

    (Kesatuan pekerja untuk gred W17 nie xkuat. Sebab tu masih di tahap lama. Syabas kepada gred Setiausaha)

    BalasPadam
  59. emmm...

    catatan dari tahun 2009 lg. takde pape tindakan ke???agaknya kalau tahun 2020 nnti pn jenguk kat sini macam gini jugak la rasanyer..

    BalasPadam
  60. aduh..saya baru dapat offer jadi PTKew. ni..takut pulak bila baca komen korang..memang takde OT ke PTKew. ni? uhu

    BalasPadam
  61. Salam,
    Saya jga pem.tad(p/o),bhgn gaji di smk.masalah ni pun pernah sya alami...sdah 2 3 kali ambk exam BITK,tp hampa..msh gagal jga.jd,x mood sdah mau ambil balik.
    bagi saya,walaupun BITK masih RM40.00,namun kerja yg kita buat ni biarlah ikhlas dan jujur kerana kitapun d byar gaji buat kerja gaji..cuma yg sya terkilan,adalah segelintir guru2 ni bila bab kenaikan pangkat atau perubahaan gajikah,balik2 tanya bila dibayar, tp bila kita perlukan sesuatu yg berkaitan dgn tugas sprti dokumen2 sokongan, lambat betul di bagi.adakalanya mereka pandang rendah pada kita ni pem.tad..mgkn krna mereka ada ijazah kah jadi kita dipandang rendahkan...bila pembayaran sdah diterima sprti tunggakan gajikah,
    nampak kta pun mcm mengelak pla..knapa?takutkah kami minta belanja atau imbuhan krna sdah buatkan gaji tu?tolonglah guru2,,jgnlah bimbang,sya bukan jenis gtulah yg mengharapkan bayaran atau imbuhan dgn tugas yang telah dilaksanakan..malahan sya amat bsyukur krna sya telah dpt menyelesaikan masalah kamu smua tanpa kuiri dr JANM.bila sya tanya sudah ok kah gaji cikgu, itu bermakna sya hanya mau pastikan gaji cikgu tdk sangkut2 lg...bukan mau dibayar...tolonglah....harap guru2 manaa yg terasa dgan kenyataan ini haraplah fahama ya...kalau tidak tau masalah gaji ni jgn senang2 sja cakap yg bukan2 sprti lambatlah atau lembap buat kerja...cuba cikgu rasa pla keadaan kami cmana kan..jadi..pada sesiapa yg terasa dgn kata2 sya ini harap maaflah,bukan sya marah cuma meluahkan apa yg terpendam dlm hati ni..pada pihak CUEPACS dan yg berkaitan,tolonglah kaji balik elaun BITK ni..harap2 elaun ni mendapat penambahbaikan di akhir tahun ini,krna apa yg sya tau ada hampir 80 lbih elaun akan ditambahbaikan dlam akhir thun ni kan....syabas dan syukur alhamdulillah....

    BalasPadam
  62. Sepatutnya bukan elaun saja perlu dinaikkan..patutnya gred perlu dinaikkan kpd w22 sesuai dengan bebanan dan risiko kerja.jawatan w17 perlu dimansuhkan.lantikan baru terus kepada w22

    BalasPadam
  63. saya pun pt kew gak.nampak macam mudah dan senang tugas pt kew ni.tp sebenarnya rumit.beban kerja kadang2 rasa macam tak berbaloi dengan gaji.selalu balik lambat untuk siapkan keje2 yang nampak mudah dan remeh di mata orang lain.tp takde OT pun.xksh la asal keje siap dan tak kena marah.tapi kadang2 bila gb/pengetua berkira dan tak faham mmg terasa sangat.diaorg tahu nak cepat dan keje beres je,kadang2 tersalah guna peruntukan disebabkan arahan diaorg yg tak tepat.bila argue xboleh,dia ckp boleh.sangat berisiko sbb bila audit tegur kita juga yang akan dipersalahkan..sabar je la.disamping tugas hakiki kew kita kena ikut arahan ketua jabatan dari masa ke semasa gak.kadang2 staf lain tak datang keje kita juga kena take over kerja diaorg.kat mana2 sekolah pun mesti hmpr sama situasinya.:(

    BalasPadam
  64. saya sangat bersetuju dengan tanpa nama.. Mentang2 mereka pegawai.. kalo suruh mereka buat pon belum pasti mereka bole buat.. tau main arah je.. suruh datang buat keje mereka dok rehat kat rumah.. fikirlah sabtu ahad untuk bersama keluarga jangan ganggu.. dahlah jumaat kena kerja sampai 12 malam tanpa gaji , sabtu kena uruskan program sampai tengah hari , Ahad kena datang lagi buat keeje?? cube fikir2 kan.. kite ni manusia bukan ye robot atau pon mesin.. jangan lah terlalu menekan orang bawahan.. gaji orang bawahan ni setakat mana.. setakat OT tu berapa sangat nak dibandingkan orang yang bagi arahan tuuu.. dah lah bagi arahan je cuti tetap cuti.. tak yah kerja seronok besama isteri .. habis kami ni nak juga seronok bersama suami dan anak 2... ade ke patut di suruh rujuk perintah am Bab D kalo tak ikut arahan.. undang dunia ikut sangat ALLAH entah kemana?

    BalasPadam
  65. sedap jer korang ckp macam gaji pr (w) sama jer dengan Pt(p/o) beza elaun jer rm 40,,,korang tau pt (W) ni semua keja kena di audit tp keja PT (p/o)jgnlah kata mcm2..sedih dengar...tugas W ni berat tau,,,,

    BalasPadam
  66. PT (P/O) KEJA X KAITAN DENGAN DUIT...TP PT (W)...KESIAN PT (W) NI....AWAL TAHUN DENGAN HUJUNG TAHUN KENA MENGHADAP AUDIT LG....KEJA TERIKAT DENGAN DATE,,,BUAT BAJET PUN PT (W)GAJI, LO, AGAKLAH2 KLU NK MENGATA PUN

    BalasPadam
  67. ..sy ptpo kena wat keje kewanga ngan perkhidmatan skali....sngat tension dan stress lebih2 lagi nak kejar due date. ....sangat jeles ngan ptpo yang tak perlu buat keje kew nie...rasa x adil sebab kena tanggung 2 keje padahal gaji sama jer ngan ptpo yang x buat kew...patut jbn tetapkan setiap sekoah perlu ada ptw di setiap sek...baru adil....stakat rm40 henggit tu saya tak kisah asalkan ada ptw yang buat keje kew kat sek saya nie....

    BalasPadam
  68. Diorang dah terbiase time gaji je duit trus msuk. Ape hal nak pening2. Cuba Try test korang wat piket time bayaran gaji.time tu br dorang tau langit tinggi rendah...!!!

    BalasPadam
  69. Dah 6 tahun. Xda apa perubahan rm40? Smlm pun dah short bayar duit sendiri.
    Selamat berjaya pd yg mengambil exam hari ini.

    BalasPadam
  70. memang setuju 100%.. bukan masalah merungut tapi bila difikirkan patut pon naikkan bitk tu.. sebab kerja yg sangat2 straight dn perlu korban kan masa yg banyak.. siapa yg tak kerja pt kew tu boleh lah cakap.. nmpak mcm senang tpi kerja pt kew lah yg paling mencabar.. sebab bersangkut paut secara terus dgn duit.. ibarat sebelah kaki dlm penjara sebelah lagi diluar.. betapa mencabarnya tugas seorang pt kew... !

    BalasPadam
  71. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  72. afna

    tiada guna la join persatuan pem.tdbir apala..yuran kutip stiap bulan tapi nsb mcm ni bkn nak di bela. yg pling tak puas ati, exam ni dah la susah gle, blh pulak spe yang tolak jwtan penolong akauntan (KUP) W29 thun 2018 leh dpat elaun bitk pnuh RM80. Dah tolak sudahla, perlula ikut prosedur, amik jgk exam. pdhl dorg pun amik exam ni bpe kali kandas gak, nmpkla kt ctu dorg pun xleh nk wt, ble d bagi elaun pnuh mcm xadil lak, kje wt bnda yang sm je, ptutnya xperlula di byr pnuh tu, ikut prosedur baru adil. Nmpk sgt PT ni xd hargai, cbuk dgn Penolong akauntan.

    BalasPadam
  73. Dah 2022, isu ni telah lebih sedekad.......Harap Presiden Cuepacs orang kewangan lepas ni.....Pasal isu mudah pun tidak selesai.....Nampak sangat banyak orang dendam dengan orang kewangan.....

    BalasPadam
  74. Keluar dah pekeliling suruh berhentikan RM40 pada PT N22 pulak dh.... RM40 ja pun,,, tetap takmau bagi walaupun semua akaun kat sekolah kena buat,,,...

    BalasPadam