01 September 2009

CUEPACS, MTUC WAJAR PERJUANG COLA AHLI DI DESA

Berita Harian
1/9/2009





SAYA ingin menarik perhatian pembaca yang sedar ataupun tidak penduduk luar bandar terpaksa mengalami dan menanggung kos sara hidup yang tinggi. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan lebih tinggi daripada penduduk bandar. Kebenaran kata saya ini boleh dibuktikan dengan melihat perbandingan perjalanan kehidupan perbelanjaan penduduk di bandar dan luar bandar. Pada masa ini, harga rumah, sama ada bayar pinjaman bank atau sewa adalah sudah tidak jauh bezanya antara bandar dan luar bandar. Penyewa rumah di luar bandar juga terpaksa membayar sewa yang tinggi atas alasan mengikut kadar semasa.
Untuk barangan keperluan harian pula, penduduk luar bandar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli barangan di kedai kecil. Malah, penduduk bandar boleh menikmati dan membeli barang keperluan harian dengan harga yang jauh lebih murah di pasar raya besar yang berhampiran di samping pilihan yang pelbagai. Sebelum ini, ada kedengaran, kementerian yang berkaitan hendak mewujudkan satu mekanisme agar harga barang di luar bandar sama dengan harga barang di bandar. Ini membuktikan harga barang di luar bandar adalah lebih tinggi dari di bandar. Jaringan jalan raya di bandar juga jauh lebih sempurna dari jalan di luar bandar. Penduduk dan pengguna luar bandar terpaksa menanggung kos pembaikan kenderaan seperti tayar, penyerap hentak dan sebagainya dengan lebih tinggi disebabkan keadaan jalan raya yang tidak sempurna.
Di tambah lagi dengan harga yang tinggi dikenakan oleh kedai membaiki kenderaan kerana pengguna tidak banyak pilihan berbanding dengan di bandar. Di luar bandar, harga minyak petrol adalah sama dengan di bandar. Malah, penduduk luar bandar terpaksa menggunakan bahan bakar ini setiap hari untuk keluar ke tempat kerja. Di bandar, penduduk boleh memilih untuk menaiki kenderaan awam yang boleh menjimatkan kos sara hidup mereka di samping pilihan dan prasarana kenderaan awam yang jauh lebih baik dan bagus dari di luar bandar yang seakan-akan hidup segan mati tidak mahu. Saya harap pihak Cuepacs dan MTUC tidak hanya memikirkan kepentingan ahli-ahlinya di bandar saja dalam menuntut apa-apa keistimewaan tanpa melihat realiti sebenar kehidupan dan kos sara hidup ahli di luar bandar. Cuepacs harus memperjuangkan kadar elaun sara hidup (Cola) yang diterima di luar bandar sama dengan di bandar. Saya harap keprihatinan kerajaan ini dapat mewujudkan gagasan 1Malaysia yang lebih makmur dan keselesaan hidup dapat dinikmati serta dikecapi oleh semua masyarakat Malaysia.

ZUL 1MALAYSIA,
Negeri Sembilan.

24 ulasan:

  1. HARGA PETAI, JERING, DURIAN DLL LEBIH MURAH DAN MUDAH DICARI DI BANDAR JIKA DIBANDINGKAN DI KAMPUNG, SEBENARNYA KOS SARA HIDUP DI BANDAR DAN KAMPUNG TIADA BEZANYA.

    BalasPadam
  2. Ya betul tu, jadi Cuepacs perlulah segerakan tuntutan supaya kadar cola ini diseragamkan.

    BalasPadam
  3. Kalau boleh minta Cuepacs perjuangkan elaun pulau untuk kakitanagn awam Langkawi..dah la susah kerja di pulau..

    BalasPadam
  4. betul tu..pernah ke org terfikir betapa susahnya kerja di langkawi ni..susah dari segi pengangkutan..
    semuanya harapkan feri sahaja..itupun feri ada sebelah siang sahaja..kalau malam habis lah..kena tggu esok pulak baru nak dpt guna perkhidmatan feri..jenuh kami di langkawi nih...

    BalasPadam
  5. CUEPACS kurang perjuangkan ahli2 dari sabah dan sarawak.kenapa kami tidak diberikan cola.kami lebih teruk merasa beban harga barangan jika dibandingkan dengan penduduk semenanjung.Mungkin CUEPACS tidak sedar tentang kewujudan Sabah dan Sarawak.Asyik2 masalah kakitangan di KL dan Semenanjung.kami juga rakyat Malaysia

    BalasPadam
  6. sabah & sarawak elaun dah tinggi

    BalasPadam
  7. Org Sabah/Sarawak dah ada elaun EPW dan BIW nak minta tambah pulak lagi dengan COLA?? Tak cukup lagi ke elaun2 yg diberi tu? Kos sara hidup di Semenanjung ni lagi tinggi dari Sabah/Sarawak..Kami di semenanjung pun tidak terima EPW dan BIW..:-(

    BalasPadam
  8. salam

    saya ingin maklumkan bahawa permohonan kenaikan COLA adalah meliputi 1 Malaysia bukan semenanjung sahaja. Harap saudara abe khalid ambil maklum, kami tidak lupa sahabat di sabah n sarawak.
    Perjuangan kami untuk semua pejawat awam di Malaysia bagi makluman semua. Banyakkan berdoa sempena bulan yang mulia ini agar rahmat bagi kita pejawat awam amin.

    BalasPadam
  9. Salam....buat Saudara TANPA NAMA,epw cuma diberikan kepada pegawai dari sabah/sarawak yang berkhidmat di semenanjung.manakala kakitangan sabah/sarawak yang berkhidmat di sabah/sarawak cuma menerima IMBUHAN TETAP PERUMAHAN sepertimana yang anda terima.sekiranya kakitangan dari semenanjung pergi ke sabah dan sarawak juga akan dapat epw malah lebih tinggi kadar yang diterima.sesuatu yang melucukan kalau saudara berfikir kos sara hidup di semenanjung lebih tinggi dari sabah dan sarawak.saya syorkan saudara pergi ke sana dan alami sendiri daripada membuat andaian membuta tuli.Bukan kos sara hidup yang tinggi di semenanjung tetapi apa yang saya alami sendiri setelah 4 tahun berkhidmat di sini ialah kos keseronokan diri dan kos gaya diri yang tinggi di sini.Buat TSUAIII terima kasih kerana perhatian anda.Apa yang saya nyatakan ialah PEMBERIAN COLA KEPADA PENJAWAT AWAM DI SABAH DAN SARAWAK.tidak ada seorang pun kakitangan di sabah dan sarawak yang menerima cola.Kami bukan mahu lebih kami bukan anti semenanjung tetapi kami cuma mahu kesamarataan.Salam

    BalasPadam
  10. weii org sabah n sarawak boleh buat duit bila dtg semenanjung tau!!siap beli keta, beli insuran mcm2 lg

    BalasPadam
  11. itu sebab orang sabah sarawak ada kesedaran untuk masa depan.lagipun memang kos hidup di semenanjung/kL murah.RM3.00 kau sudah boleh kenyang bos.tambang bas murah daripada tambang bas di kampung kami.ndak taulah kalau kamu begaya mau makan tempat ADA KELAS.makan di Indonesia pun mahal kalau tempat ADA KELAS.kami yang berada di sabah dan sarawak minta CUEPACS PERJUANGKAN PEMBERIAN COLA UNTUK KAKITANGAN DI SABAH DAN SARAWAK.BUAT WAKIL2 DARIPADA SABAH DAN SARAWAK DI DALAM CUEPACS JANGAN DUDUK DAIM.semenanjung dapat kita mesti dapat juga

    BalasPadam
  12. weii orang sabah n sarawak dtg semenanjung baru dapat beli keta, beli insuran mcm2 lg.kau tak tau lagi kalau orang semenanjung dtg sbh/swk.siap beli rumah,tanah dan macam2 lagi.yang paling istemewa banyak yang dapat kahwin 4 bila bertugas di sbh/swk.klau tak percaya terpulang.

    BalasPadam
  13. wei...sukahati her nak kutuk org sbh/swk..kalau kat semenanjung harga ayam naik 7 ringgit dah bising...kat sini harga sampai 10.00 ringgit kita tk bising pun...kalau nak banding, makan di KL lagi murah daripada makan di sesetengah tempay di sini...Pernah sampai sini ker belum????

    BalasPadam
  14. x payah la kita bertekak nk pertahankan kos idup siapa lg tinggi...semua ada lebih & kurang masing-masing...kalau COLA ni diberi sama rata saya rasa mesti xde org yg bising...setiap org ada kos sara hidup yg perlu ditanggung...so saya sokong kalo COLA diberi sama rata kt semua penjawat awam kat mana-mana pun dlm m'sia ni..

    BalasPadam
  15. aku xsokong semua kktng awam dpt cola sama rata..
    kktgn sbg swrk yg keje kat smnjung dah dpt mcm2 dah..cukop2 la oii sbh srwk..

    BalasPadam
  16. oi,
    orang minta COLA untuk kakitangan sbh/swk yang bertugas di sabah/swk bukan kakitangan sbh/swk yang bertugas di smnjg.kau pandai membaca atau tahap kefahaman kau ni rendah.patutlah masih kerja tahap tu jak.

    BalasPadam
  17. Aku sokong AtengapekamuYeop

    BalasPadam
  18. Pak Cik...org smnjung yang keja kat sbh/swk pun dpat macam2..jangan nak banding benda remeh macam tu lah...x g sekolah ker?

    BalasPadam
  19. Itu keistimewaan untuk penjawat awam yang bertukar wilayah. Masalahnya kenapa kakitangan awam sbh/swk yang bertugas di sbh/swk tak dapat COLA?????????? CUEPACS buat apa?????????

    BalasPadam
  20. aku nak tau, banyak ker bezanya gaji guru semenanjung yang berkhidmat di sabah dan sarawak compare tu guru sabah sarawak yang berkhidmat di semenanjung??

    BalasPadam
  21. aku ada kawan sarawak yang bakal berkhidmat di semenanjung..dia dok berlagak sangat konon gaji dia akan lebih tinggi daripada kami tp hakikatnya suruh mengajar pun lintang pukang..selalu kena marah sebab tak proficient langsung.mcmana nak mengajar budak2 kat bandar kalau mcmtu???

    BalasPadam
  22. ni aku nak terangkan..org sabah sarawak memang tak dapat cola sebab semua dapat elaun wilayah..walaupun tak bertukar wilayah..org semenanjung mana dapat elaun wilayah, kecuali bertukar wilayah..so di semananjung depa dapat cola..

    elaun wilayah ni lagi besaq beb dari cola sebab based on gaji..minimum 17.5% dari gaji..kebanyakan yg dah kerja lama dapat lebih rm500 pun ramai, cuba la banding dengan cola yg cuma rm100 disstgh kawasan..

    so kalau org sabah nak cola, kena la buang elaun wilayah..mana boleh dapat sapai 3 elaun..

    jgn nak menipu aku sebab aku pun org semenanjung yg kerja di sabah

    BalasPadam
  23. alo bangang u tau tak fungsi elau wilayah tu untuk apa.

    BalasPadam