14 September 2009

GIVE BONUS TO PENSIONERS, TOO

The Star
14/9/2009



AT THIS time of year, civil servants are anxiously waiting for the announcement of bonus in the Budget and of late, Cuepacs has urged the Government to give a month’s bonus to serving employees but as usual pensioners are left out.
I agree with Cuepacs that civil servants are facing difficulties in meeting their daily household expenses. But it must be made known that pensioners are facing an even harder time. They cannot be expected to live on fresh air and sunshine.
As such, it would be very much appreciated if the Government could also give a month’s bonus to pensioners.

PENSIONER,
Prai.

16 ulasan:

  1. aku sokong amat bonus untuk pencener....diaorang lagi tertekan dengan suasana ekonomi sekarang....lagipun hargailah warga emas yang telah berkhidmat untuk rakyat...

    BalasPadam
  2. Kebajikan Penjawat Awam didahulukan..Cuepacs..berjuanglah untuk kepentingan semua..Jangan biarkan P.A memberontak..dan menilai kerjaan kini sebagai yang terlemah dalam pemerintahan negara..P.A berkhidmat untuk semua rakyat jelata..tidak mengira perbedaan politik dan agama dan kaum..jangan campur adukkan kerjaya dengan politik..pembangkang selalu memancing..kelak..umpan yang menyelerakan tersangkut juga..

    BalasPadam
  3. Memang patut pun...baru selari dengan cogankata "Jasa mu dikenang...!"

    Barulah nanti.."Takkan lari UNDI untuk mu!"..

    BalasPadam
  4. Rizab Antarabangsa BNM pada 28 Ogos 2009
    Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM 329.1 bilion (bersamaan dengan USD 93.3 bilion) pada 28 Ogos 2009. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.3 bulan import tertangguh dan ialah 3.8 kali hutang luar negeri jangka pendek.

    Disebabkan rizab negara yang banyak ni aku cadangkan RM500 dibagi pada semua kakitangan awam baik sokongan, p&p dan tak lupa juga yang dah pencen. Alaaa...duit tu bukan kita nak simpan pun..kita nak belanja jugak..menjana ekonomi negara jugak..macam yang Tun penah buat dulu masa gawat. Nak simpan2 pun buat apa..kang dapat kat PR baru padan muka!

    BalasPadam
  5. Betul lah cik Mat...nanti jadi macam kerajaan Khir Toyo tu, banglo Xco belum sempat tukar cat lagi dah nak kena jual!!

    BalasPadam
  6. Teringat lagi hasrat PM yang bermaksud...
    "Kerajaan hari ini akan memberikan kepada rakyat apa yang mereka inginkan...bukan apa yang kerajaan fikirkan yang mereka ingini..."

    Era the government knows all...telah berlalu..!

    - Kakitangan awam termasuk yang dah bersara adalah juga termasuk dalam golongan "Rakyat"...bukan begitu kot!

    BalasPadam
  7. Rakyat tu bukan pekerja kerajaan sahaja. Pekerja swasta pun rakyat juga dan lebih ramai bilangannya. Kenapa berkata kalau tak dapat bonus maka berkata "rakyat tak didahulukan"? sedangkan dengan penjimatan dari segi bonus ini boleh memberi subsidi2 yg boleh dinikmati oleh keseluruhan rakyat baik penjawat awam mahupun swasta dan pesara.

    Rezeki rakyat ditambah dalam bentuk lain oleh kerajaan melalui saluran seperti subsidi petrol, subsidi tol, subsidi bahan makanan dan sebagainya. Selidiklah berapa banyak 'kehilangan' pendapatan kerajaan 2009 hasil dari kejatuhan harga minyak, harga sawit, dll. ditambah dgn kejatuhan cukai korprat kerana perindustrian global mengalami penguncupan yg amat teruk.

    Tanyalah jiran2 berapa ramai yg telah diberhentikan kerja kerana gawat, dipaksa bercuti tanpa gaji kerana tiada customer order di kilang2, dibekukan kenaikan gaji tahunan, ... dan bersyukurlah dgn kestabilan pendapatan yg masih anda miliki dlm keadaan ekonomi sebegini.

    BalasPadam
  8. Salam,
    Pertamanya, apabila merujuk kepada "rakyat didahulukan".. bermaksud ambil kira jugalah kami penjawat awam yang sebahagian besarnya hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan shj. sbg sebahagian entiti "rakyat" tu, tuan oii!!

    Keduanya, kalau tuan ni dari generasi lama...tentulah sedar ttg fenomena dahulu, di mana K.A/P.A tidak pernah menerima bonus dsb.nya walaupun hanya bergaji rendah berbanding dengan staf kilang/swasta yang ada setengahnya mendapat lebih 3 bulan bonus...

    Siapa yang pandang kepada penjawat awam semasa itu!! Bahkan ada yang berhenti untuk join swastaKan!

    Barulah Laa ni merasa untuk beberapa tahun.(taklah tinggi manepun secara perbandingannya) dan pusingan roda cara kebetulan menyebelahi kami, adakah wajar anda yang mungkin dari golongan tidak memerlukan, merasakan tidak wajar untuk kami berharapkan untuk diberi bonus bagi meringankan sedikit tuntutan keperluan keluarga...

    Bersyukur tu ada banyak kaedahnya, tuan.
    Dalam pada itu hal-hal "maslahah" perlu juga diambil kira, bg oii!

    Ke RM$$ banyak habis untuk PR kecil yang silih berganti??!!
    Orang tue2 ade berkata "biar titik jangan tumpah" & "biar rugi sekarung jangan sampai rugi seguni"!

    Anda fikirlah sendiri...

    BalasPadam
  9. Kata kerajaan tak de duit nak bagi bonus...dapat bagi wang bantuan/ehsan je..tu pn pada sokongan..tapi berita malam tadi boleh pulak taja pasukan F1 malaysia tahun depan..kalau ye pun swasta yang taja tapi melalui GLC kerajaan macam petronas dan proton pun sama jugak masuk syer taja...bukan ke ngabihkan duit rakyat je tu semata-mata nak nama...tapi kebajikan rakyat/kakitangan awam dipinggirkan...ntah lah kerajaan ni..aku pun tak la apa nak jadi..

    BalasPadam
  10. Terima kasih!

    Banyak lagi sebenarnya keadaan-keadaan yang "se-entiti" dengannya...

    Perlu sama-sama muhasabah, "top-down" & "bottom-up"...

    Agar situasi yang "win-win" dapat diwujudkan! Memang bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang... realitinya, itulah sebahagian dari cabaran dalam kepimpinan...

    BalasPadam
  11. Dapat lebih pun..dapat kasi orang tua lebih..tu aje.bukan nak melancong ke eropah...tup-tup duk pusing dalam negara sendiri jea..Jangan sampai PRU13..kaki dan tangan..pergi dan pangkah PR..

    BalasPadam
  12. Betul tu alisya, kita nak cairkan duit tu.....memang tak boleh simpan pun dalam keadaan sekarang ni. Dengar kat PM memang nak bagi bonus pada semua P.A tapi KSN yang tak pandai ekonomi tu yang tak mau bagi....pasal tu CUEPACS merayu masa berbuka puasa tu pada PM dan PM setuju bagi juga walaupun pada kakitangan sokongan sahaja. KSN tetap tak setuju dan mungkin dia memang nak jatuhkan prestasi PM supaya rakyat marah dan undi PR. Jangan2 dia ni oranr PKR tak. Harap sape yang tau email KSN fowardkan blog ni pada dia. Bior dia baca..

    BalasPadam
  13. Untuk memberi ingatan pada PM bahawa kuasa rakyat jangan dipermudahkan aku berdoa semoga pilihanraya kecil Batang Pinang nanti pembangkang yang menang. Pastu baru le dia tau nak bagi ke tak bonus dalam bajet nanti.

    BalasPadam
  14. Bagan Pinang memang dah pasti PR yang menang. Sampai hari ni pun BN dok ding dong pasal calon. BN tengah pening pasal calon. Ada ke Bhg. Bagan Pinang nak calonkan "BAPAK H1N1" jadi wakil rakyat sekali lagi. Tak tau le kalau orang Bagan Pinang suka makan H1N1.

    BalasPadam
  15. Salam!

    Tapi...kalau PR memerintah, boleh pasti ke akan lebih baik...! Alang takut juge kalau2 nanti ibarat, "keluar mulut rimau, masuk pula ke mulut naga!" @ "Menang sorak, kampong tergadai!"

    Naye...naye...! Sempena ambil berkat Ramadan ini, mari ramai-ramai kita buat solat istiharah dan hajat...minta petunjuk dan perlindungan,dari yang maha esa lagi maha mengetahui, k!

    Selamat Hari Raya Idilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua muslimin dan muslimat tak kira di mana anda berada...(baik lokasi maupun idealogy!)

    Wassalam!

    BalasPadam