07 September 2009

KERAJAAN KAJI BONUS KAKITANGAN AWAM

Berita Harian
Oleh Azman Mahmood dan Khairul Azran Hussin
bminggu@harian.com.my

7/9/2009


KSN bincang dengan Cuepacs untuk tindakan lanjut



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang berbincang dengan Cuepacs mengenai tuntutan bayaran bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang dalam perundingan mengenai perkara itu. "Tunggulah...KSN tengah berbincang dengan Cuepacs," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di di Batu 2 1/2 Jalan Cheras kira-kira setengah jam, di sini, semalam.
Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman percaya kerajaan akan memberi keputusan positif mengenai bonus atau wang sagu hati kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam untuk tahun ini. Beliau berkata, Cuepacs berharap bonus kali ini dibayar sebelum Aidilfitri. Katanya, pihaknya sudah menghantar surat mengenai tuntutan bonus itu baru-baru ini kepada Najib untuk mendapatkan pertimbangan sewajarnya.
"Kita belum mendapat reaksi balas mengenai perkara itu tetapi Cuepacs berharap kerajaan tidak mengecewakan harapan 1.2 juta kakitangan awam terutama bagi mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua yang amat mengharapkan sedikit sumbangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri. "Cuepacs tidak memaksa...terserah kepada kerajaan berapa jumlah sanggup dibayar (bonus atau sagu hari). Yang penting kita (kakitangan awam) dapat menikmatinya dan kalau dibayar sebelum raya lagi bagus," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Tahun lalu, setiap kakitangan kerajaan menerima bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000. Omar berkata, Majlis Tertinggi Cuepacs akan bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai permintaan bonus atau sagu hati tahun ini.

47 ulasan:

  1. Kalau Pak Jib ada beri bonus baguslah....ekonomi pun dah bagus kalau ikut apa yang tv war-warkan....

    BalasPadam
  2. kakitangan awam bharaaaaappp sgt aderlaa bonus sblm raya nih

    BalasPadam
  3. Harap-harap Perdana Menteri kita terbuka hatinya untuk memberi bonus pada kakitangan awam sebelum raya ni. sekurang-kurangnya ada juga angpau raya tahun ni... hehehehe.

    BalasPadam
  4. harap-harap perdana menteri kita
    terbuka hati dalam bulan puasa
    ini untuk memberi bonus kepada
    kakitangan awam dapat juga membayar
    zakat fitrah nanti.

    BalasPadam
  5. zakat fitrah pun nak tunggu bonus..

    memalukan kakitangan awam saja sedara ni...

    saya rasa elok bg bonus pd bulan 10 dan bulan 12..

    sb gaji dah abis dapat bonus..bulan 12 utk persekolahan anak anak...

    kalau sebelum raya..pembaziran akan berlaku..percayalah..kita akan perabiskan bonus untuk benda yang x seberapa..

    BalasPadam
  6. jika tiada bonus, apakah perasaan 1.2juta kakitangan awam? memandangkan kakitangan awam indonesia pun dapat bonus 1 bulan.

    BalasPadam
  7. Setidak-tidaknya berilah separuh untuk Hari Raya dan separuh lagi dihujung tahun.

    Sepertimana tahun lepas.

    Penjawat awam sangat memerlukan bonus ini untuk keperluan keluarga.

    BalasPadam
  8. tinggal hanya 2 hari lagi dapat gaji,

    Tapi bonus tak ke khabar berita pun.

    Kalau tak mahu bagi, beritahu kami.

    Jangan senyap seribu bahasa sahaja.

    BalasPadam
  9. Harap-harap bonus dapat le skit sebelum raya nie.baru terlaksana skit 1Malaysia.rakyat di utamakan.

    BalasPadam
  10. Harap - haraplah.... PM & KSN dapat mempertimbangkan beri bonus kepada kakitangan awam ini juga dapat merangsang ekonomi negara.

    BalasPadam
  11. jgn merayu lah kawan semua..

    masa pilihan raya keccil nanti..tunjukkan protes tanda bantahan tidak dapat bonus...

    pemimpin diutamakan..rakyat diketepikan..

    BalasPadam
  12. Sehingga pukul 2.00 pm 8.9.2009 , Bonus Raya tidak masuk ke dalam gaji 10.9.2009.

    Dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

    Harap maklum semua penjawat awam.

    Janganlah mengharap.

    Segala yang diimpikan tidak menjadi kenyataan.

    Sedihnya...................

    BalasPadam
  13. Bagus juga.sekurang-kurangnya mendidik kita daripada berboros pada setiap hari perayaan heheheh.jangan marah.saya pun orag kerajaan juga

    BalasPadam
  14. Setahun sekali, masa nilah kita nak bergembira dengan seisi keluarga dan sanak saudara di kampung.

    Bukannya nak membazir sebarangan.

    Guna untuk keperluan sahaja seperti duit minyak balik kampung, duit raya untuk sanak saudara, duit tol yang tinggi dan pakaian anak-anak.

    Bukannya nak membazir.

    BalasPadam
  15. Sendiri fikirlah.........

    Pegawai-pegawai dan pengarah-pengarah ape pedulinya.

    Depa elaun pun melimpah ruah.

    Kami nilah Penjawat Awam bawahan.

    Sendiri mahu ingatlah.

    BalasPadam
  16. alah emak aku keje tukang sapu je.dapat gak hantar kami adik beradik sampai universiti.meriah gak raya

    BalasPadam
  17. jika tak beru , takpelah,......biar kitan undi anuar ibrahim sebagai tunjuk perasaan

    BalasPadam
  18. alalala apa kaitan bonus sama mengundi ni.undi anwar buleh dapat bonus ya???yang penting saya orang tidak berpolitik.

    BalasPadam
  19. Buat rakyat terkilan.sila berjimat duit mulai bulan depan.seratus sebulan dan memadai.tamatkan perkhidmatan astro dan postpaid.guna prepaid.insyaalah cukup untuk keperluan seperti duit minyak balik kampung, duit raya untuk sanak saudara, duit tol yang tinggi dan pakaian anak-anak.

    BalasPadam
  20. jangan meminta...memalukan saja...
    kalau bagi..ambil...kalau tidak..
    x apa lah..kita kan ada pilihanraya kat n sembilan..

    BalasPadam
  21. jangan meminta...memalukan saja...
    kalau bagi..ambil...kalau tidak..
    x apa lah..kita kan ada pilihanraya kat n sembilan..

    ha,,,,,,undilah pkr

    BalasPadam
  22. kecewa bila tak da kabar bonus raya ni...sadisnya...

    BalasPadam
  23. memang FRUST giler kalau xde bonus... dh la pendapatan x seberapa...

    BalasPadam
  24. berapa lama lagi mahu dikaji
    mahu dekat hari raya sudah.

    BalasPadam
  25. aduhai kesiannyer la nak sangat bonus...kerja cemana yek? layak ke nak dapat bonus nyer?

    BalasPadam
  26. orang kerja gred tinggi2 gaji 5-6 ribu tak pe la tanak pikir bab bonus...tak bagi takpe....buat overlap kat bank je

    BalasPadam
  27. org yg pertikai penjawat awam dpt bonus tu kenape le agaknye ye? ate igt kami ni x keroje ke??

    BalasPadam
  28. adakah saya layak atau tidak untuk mndapat bonus krn saya merupakan penjawat awam kontrak selama 2thn. ada sesiapa yg blh jwb? kalau dpt alhamdulillah..

    BalasPadam
  29. dun wori... layak2... sy pun kontrak... spt gak thn lepas

    BalasPadam
  30. Hairan kan Hari Raya Aidilfitri jak ribut pasal bonus........CNY dan Deephavalli xda bunyi langsung pasal bonus.Pelik

    BalasPadam
  31. Alah...........berapa peratus sangat anda semua bekerja di Sektor Awam.

    Sendiri mahu ingatlah kawan.........

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. Oi kerja kerja.kerajaan bayar gaji bukan suruh kita meninggalkan ulasan dalam blog ni.bonus mau kerja mau betullah.baru berkat rezkimu

    BalasPadam
  34. Pirahhhhhhh abekhaled, cakap aje pandai, dia pun 2 x 5, 5 x 2.

    BalasPadam
  35. KPI, KPI, KPI jugak, kebajikan penjawat awam kene amik perhatian jugak, kita tunggu, cuepacs kan tengah bincang ngan KSN, dieorang pun dah yakin dapat. takkan tak dapat, kalau tak dapt memang pelik pun, dulu krisis ekonomi 1997 tun mahathir bagi jugak bonus, ada jugak....

    BalasPadam
  36. bos apa ni.aku kerja malam la.kau sakit atikah

    BalasPadam
  37. Saya ada soalan, ada kah kami ni yg bergaji hari dapat bonus juga? kalau dpt. terima kasih banyak-banyak.

    BalasPadam
  38. Sorilah geng.ndak dapat

    BalasPadam
  39. jika tiada bonus, itu takdir.ikutje lah...............kesiannya hari raya tahun ini............

    BalasPadam
  40. harap tahun ni dapat bonus hari raya - 2010

    BalasPadam
  41. kalau nak bagi2 jelah apa yang susahnya???bila utk rakyat semenya kena kaji yek!penyudahnya hampeh..takkan nak kena tunjuk time mengundi kot???

    BalasPadam
  42. 1 Malaysia, Rakyat diutamakan, pencapaian diutamakan.

    BalasPadam
  43. ops...silap,
    1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

    BalasPadam
  44. berpakat kita undi PAS.....semoga fatwa "BONUS" dikeluarkan dan di agihkan kepada yang sepatutnya....ALLAH!!!

    BalasPadam
  45. Rayu dan terus rayu..............selagi x dpt, jgn datang kerje...bukan mcm pekerja swasta,x dtng kerja, leh kena buang kerja...

    BalasPadam