25 Oktober 2009

BAYARAN KHAS RM500 BUKTI KERAJAAN PRIHATIN

Berita Harian
25/10/2009


KUALA LUMPUR: Cuepacs menyifatkan langkah kerajaan memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada kakitangan awam kumpulan gred 41 hingga 54 serta pesara wajib, membuktikan kerajaan sentiasa prihatin kepada penggerak sektor awam. Presidennya, Omar Osman berkata, walaupun dalam suasana ekonomi yang belum pulih sepenuhnya dan sumber pendapatan kerajaan juga merosot, tetapi kerajaan sanggup menyediakan peruntukan tambahan bagi pemberian bayaran khas itu kepada kakitangan awam dalam kumpulan berkenaan. Katanya, dengan pengumuman pemberian bayaran khas itu, kerajaan terpaksa membelanjakan peruntukan tambahan kira-kira RM400 juta yang membabitkan kira-kira 250,000 kakitangan awam gred 41 hingga 54.
Beliau berkata, sebenarnya Cuepacs dalam mesyuarat kongresnya pada 16 Oktober lalu telah memutuskan dan memohon supaya kerajaan memberi bonus dua bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam tahun ini. “Walaupun harapan menikmati bonus dua bulan gaji atau minimum RM1,000 tidak kesampaian tahun ini, Cuepacs tetap berterima kasih kepada kerajaan yang sanggup memenuhi permintaan bayaran khas itu turut diberikan kepada kakitangan awam kumpulan pengurusan dan profesional (gred 41 hingga 54),” katanya. Omar bagaimanapun, berkata berikutan kerajaan tidak membuat pengumuman pemberian bonus seperti yang diminta, Cuepacs akan mengadakan mesyuarat khas tergempar untuk membincangkan isu berkenaan di Ibu Pejabat Cuepacs di sini, hari ini.

21 ulasan:

  1. oi che omar mengapa ucap terima kasih pada kerajaan tahukah anda majoriti kakitangan awam berasa dukacita dengan pemberian tersebut? kerajaan tak ada duit tapi biayai F1 beratus-ratus juta boleh. Siapa untung, adakah rakyat?

    BalasPadam
  2. RM500 tak cukup.. paling kurang mahu 2 ribu baru lega sikit. tak boleh nak harap nampak gayanya si N ni. Si M dulu banyak bagus.. tak pernah mis bagi bonus.

    BalasPadam
  3. hehehe teori rahman....si m memang tak miss, si a miss sekali, apa kabar si n lepas ni, adakah ini pengakhiran sebuah ceritera di bolehland.....

    BalasPadam
  4. teori rahman。。。。。

    I pernah dengar dan sangat percaya
    najix tentulah PM yang terakhur
    ha,,,,,,,,,,,,,,,,

    BalasPadam
  5. puas la hati para pegawai kerajaan gred 41-54 yang menyalak sebab tak puas ati tak dapat imbuhan rm500?

    hahahaha...bermakna level u'all sama la ngan level kakitangan sokongan yang gred bawahan tu...kesiannnnnn...

    so lepas ni apa lagik yang u'all nakk?? ada lagi yang tak cukup?? hahahaha...

    BalasPadam
  6. tak apa lah, sekarang ni gred SPM pun dah nak sama dengan Degree. Sebab tu di samakan RM500.00 ok lah tu dari 50 sen.

    RM500 tu boleh lah buat bayar hutang ptptn untuk 4 bulan. keh keh keh

    BalasPadam
  7. Mohon Kepada Pimpinan Cuepacs Masih banyak lagi perkara yang belum dapat perhatian kerajaan
    antaranya yang paling Seksa
    1)Kadar Pinjaman Perumahan yang di hadapi oleh kakitangan harap ada perkembangan positif mengenai kadar faedah dari 4 kepada 1 peratus.
    2)Cuti Menjaga Ibu Bapa atau anak anak yang sakit yang memakan masa.Mungkin cuepacs tak pernah tengok kakitangan awam yang menjaga ibu bapa dan anak anak dengan menggunakan cuti yang sedia ada dan cuti tanpa gaji.Perlu ada satu mekanisme khas untuk cuti ini.Harap Pimpinan perlu melihat perkara ini.
    harap perkara ini bawa ke MBJ bersama JPA

    BalasPadam
  8. saye dari kump. pro.. sokong Omar Os jadi presiden SEUMUR HIDUP.. walaupun mase kumpulan sokomgan dapat 500.00, dia lansung tidak merayu kpd kerajaan utk bagi pade kumpl. pro. Kami kumpl. pro terpaksa merayu pada Rose

    BalasPadam
  9. oiii apa bising-bising ni, buat F1 1Malaysia lagi untung dari bagi bonus kat korang.

    Hidup Najib, Sokong 1Malaysia!!!

    BalasPadam
  10. PAP R1 gred gaji sama dgn gred 54 gamaknya, sebab itu dapat bonus sama untuk bantuan sara hidup, patutkah gaji pokok RM7832.45 disamakan dgn R1 bergaji pokok RM876.32. Apalah pula pemikiran macam tu, budak 8 tahun pun boleh kira perbezaan.

    BalasPadam
  11. bodo piang punya pak omar..penakut pahit..mai lah bg aku jd presiden ceupacs...oppss silap,cuepacs...nnti bonus hangpa pun aku tersilap bg kat aku sndiri...

    BalasPadam
  12. le,dlu org suruh belajar rajin2 jd doktor lawyer arkitek,tak mau..malas...skrg,rm500 punya hal pun nak bising..tgk aku,rumah 4,keta 4,bini 4,anak 18...tak bising pun...tp apa2 pun pak omar mmg bodoh piang...aku jer yg pandai.!!

    BalasPadam
  13. tutur kata anda semua lebih menyedihkan daripada sedihnya mendapat hanya rm500.. x kasi bising.. bila kasi pun bising.. x satu pun yang anda puas hati..malah anda memandang rendah pulak kepada kakitangan bawahan... ingatlah bahawa ada juga kakitangan bawahan yang layak melanjutkan pelajaran untuk menjadi lawyer..doktor.. arkitek cuma x terfikirkah anda semua bahawa ada yang tidak bermampuan utk melanjutkan pelajaran.. kalau anda mahu menuntut hak anda jagalah patah perkataan anda.. tidak semua org bernasib baik seperti anda..tidak salah anda mahu luahkan rasa tidak puashati anda tetapi jgn smpi memandang rendah kepada org lain...

    BalasPadam
  14. yer ler.spm dah sama dengan degree.jadi patut ler malaysia nie hanya SPM ajer.senang.sambung bljr pun sama ajer.gaji sama dengan kump sokongan ajer.huhuhuhu.patut tak payah adakan jawatan profesional.biar semua sokongan ajer.mudah ajer kn..RM500 ajer..anak ader 5..huhuhuu..jika PM nie jadi kakitangan awam baru dia tau perit.nie sedap ler dok kat atas.semua tangung,berak cangkung

    BalasPadam
  15. Betul kata orang terdahulu.........layanan PM kita sekarang terhadap kakitangan awam adalah tidak setaraf dan tidak sama adil....apa guna kerja tahap tinggi...cukai kena bayar(41 keatas)..bonus sama rata banyak...Contohilah PM Mahathir ngan PM Pak Lah....wahai Pak Najib....ini adalah first impression/layanan kurang 'comel' anda terhadap kakitangan awam....lepas tuh tahun2 lain...sikit pun takper....janji layanan pertama anda bagus.....

    BalasPadam
  16. Ingatlah Wahai Najib, layanan pertama anda terhadap Penjawat Awam sungguh mengecewakan kami.

    Kami lebih suka pendekatan TUN MAHADHIR ,

    Kembalikan kedudukan PM kepada Tun Mahadhir semula.

    BalasPadam
  17. 1 Malaysia ape ke bendanyaIsnin, Oktober 26, 2009 9:27:00 PG

    Kurang asam punya Perdana Menteri, Dah 2 tahun tak bagi Bonus kat Kami.

    BalasPadam
  18. RM 500 celah gigi aje.

    BalasPadam
  19. cuba kau conver rm500 tu kepada coins seposen-seposen.tengok celah gigi ka???? ini nama dia orang yang paling ndak pandai bersyukur.bagi seribu mau dua ribu.bagi sebulan mau dua bulan.bagi rm500 siap cakap celah gigi.lu makan apa o????nasi timbang harga emas ka??

    BalasPadam
  20. Salam...alamdulillah..terima ksih kerajaan..RM500 adalah mencukupi bagi owang yg menghargai..dari x dpat apa apa ini sudah cukup bagus..manusia x penah berpuas hati dgn apa yg ada..diberi cket mintak lebih.diberi lebih melawan kata pulak..kita di bawah ingat kepentngan kita je..owang atas pasti ada sebab kenapa n mengapa..kalo smuanya sntiasa senang n di suap..nah...bencana alam sekarang ini adalah akibatnya..yg lebih pnting skrang urusan dengan Allah..di akhir zaman ini kita lebih baik mengingati Allah dari asyik mengingati wang...
    saya bukan owng dalam kerajaan juga bukan pegawai tinggi tapi sama seperti kamu di luar sana pegawai biasa gred 41..rezeki yang halal dgn diberkati Allah pasti cukup...wassalam..

    BalasPadam