27 Oktober 2009

'LEBIH KUAH DARIPADA SUDU

Utusan Malaysia
27/10/2009





APA yang ingin saya luahkan ialah rasa tidak puas hati terhadap golongan penjawat awam dan juga CUEPACS. Pada pengamatan saya, mereka ini semua sudah lebih kuah daripada sudu!
Sepatutnya mereka harus sedar dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana kerajaan masih prihatin terhadap tuntutan mereka, dengan memberikan RM500 kepada hampir semua lapisan perkhidmatan awam walaupun negara dalam peringkat pemulihan ekonomi.
Kepada kumpulan-kumpulan yang pandai meminta-minta ini, haruslah sedar sebagai penjawat awam, kerajaan sudah sekian lama memberikan pelbagai insentif untuk kesenangan mereka. Janganlah kerana Bajet 2010 kerajaan tidak memberikan bonus, mereka tetap tegas hendak meminta lagi. Pernahkah mereka berfikir sejenak, sudah berapa banyak kerajaan habiskan untuk kemudahan mereka? Tidak perlulah saya senaraikan di sini kerana terlalu banyak faedah jika bekerja dengan kerajaan.
Pernahkah CUEPACS terfikir pemberian bonus itu datangnya daripada wang rakyat juga, daripada pembayar cukai? Di mana hasil kutipan kebanyakannya datang dari sektor swasta? Mengapa pula hendak dimanja-manjakan sangat penjawat awam?
Pernah terfikir, kami yang bekerja sendiri atau di sektor swasta tidak pernah merasakan bonus tetapi kami tidak berani untuk merungut sampai ke dada akhbar?
Isu kualiti kerja ialah satu lagi, sudahlah boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja rungutan tentang etika dan kualiti kerja penjawat awam yang kurang memuaskan dan lambat.
Sampai bila harus jadi begini? Kerja tidak seberapa tetapi hendak dimakan hidangan sebesar gajah di meja.

Renung-renungkanlah teguran saya ini.

LEPAS GERAM
Kuala Lumpur

48 ulasan:

  1. banyaklah engkau punya cengkadak.
    jgn bohong kau tak dapat bonus.

    BalasPadam
  2. kenapa org yang tak keje gomen nak menyibuk..apa salahnya kalau kami semua yang keje gomen dapat bonus..ini ialah penghargaan kerajaan kpd stafnya..yang ko org dengki kat kami semua kenapa????
    tuhan dah bagi rezeki masing2..kenapa rezeki kami kamu nak kacau..kami pun keje untuk pembangunan negara..

    BalasPadam
  3. apasal la ada manusia yg dengki khianat busuk hati dalam dunia ni..kita orang bukan mintak duit nko pun..

    BalasPadam
  4. org yg tak keje gomen yg dengki tu bukan apa, dulu ada mintak tapi tak dapat tak layaklah tu, tapi bila kita tanya dia kata tak minat gaji sikit pas tu, la ni bila dengar org gomen dapat macam-macam mula lah tak senang hati nyesal lah tu he he he ...

    BalasPadam
  5. banyak cantik la muka ko.....
    pengampu...

    BalasPadam
  6. KENAPA DENGKI SANGAT.YANG PEKERJA PLUS ,TNB DAN LAIN LAIN DAPAT BERBULAN BULAN TU HANG TAK KOMPLAIN PULAK .HANG INGAT DEPA TU BAGUS SANGAT KA.ENTAH 2 HANG YANG TAK BAGUS .CUBA HANG MAI KEJA KERAJAAN .BARU HANG TAU.CAKAP TAK SERUPA BIKIN. PIIIIRAHHHH

    BalasPadam
  7. orang tulis ulasan dlm akhbar tu orang yang tak ada otak..jgn pertikaikan kerja kami..kami semua penjawat awam berkerja dgn sesungguh hati..jgn pandai cakap sahaja..tah2 yang tulis tu PEMALAS..tak ada keja..asyik nak salahkan penjawat awam sahaja..

    BalasPadam
  8. kami hanya memohon bonus dan bukan
    memaksa kalau kerajaan betul-betul
    tidak duit kami pun kakitangan awam
    boleh menolong kalau setakat 100 ratus bolehlah. dan kakitangan awam
    adalah kerajaan dan kerajaan adalah
    kakitangan awam tidak boleh dipisahkan.apapula malu minta bonus
    kepada kerajaan daripada merompak
    dan meminta sedekah.kalau tiada bonus tiadalah terima kasih lah.

    BalasPadam
  9. kami hanya memohon bonus dan bukan
    memaksa kalau kerajaan betul-betul
    tidak duit kami pun kakitangan awam
    boleh menolong kalau setakat 100 ratus bolehlah. dan kakitangan awam
    adalah kerajaan dan kerajaan adalah
    kakitangan awam tidak boleh dipisahkan.apapula malu minta bonus
    kepada kerajaan daripada merompak
    dan meminta sedekah.kalau tiada bonus tiadalah terima kasih lah.

    BalasPadam
  10. Syarikat Swasta cap ayam kalau kerja memang la takde bonus.. tapi kebanyakkan syarikat swasta yang bebesar dapat bonus antara 2-3 bulan gaji so kalau nak compare jangan compare epal dengan limau banggang!..

    Kalau cita pasal pemulihan ekonomi jangan nak berangan buat F1 dan project2x mega.. mengapa terlalu difikirkan pelabur asing yang dtng ke malaysia sedangkan yang kerja operator nye kebanyakkan orang2x indon. Indonesia yang miskin tu pun penjawat awam dia dapat bonus.. renung2xkan lahh

    BalasPadam
  11. banyak lah ko...elaun sara hidup pun xcukup hantar anak 2 orang bagi orang jaga pun dah rm500 ko ape tahu...aku pun geram gak kat orang yang xmemahami perasaan kami ni penjawat awam...kami di katogari kan rakyat paling miskin kat kuala lumpur ni..sekurang2nye kami sebagai rakyat perlu gak didahulukan...betul x kawan2..

    BalasPadam
  12. ye betul tuuuuu...bangang punya orang yang komplain ni kami ni sudu lagi banyak doh kuah sikit mana lah cukup suma pakai duit bukan pakai daun saya mengesa kerajaan mempertimbang kan permintaan kami ni agar dapat membantu
    kami yang dal;am kesusahan dan kemiskinan di ibu kota ini

    BalasPadam
  13. saya boleh terima jika kerajaan kata tiada bonus tahun ni, walau sesen pon tak mampu nak kasi bonus apabila :

    1.kerajaan terpaksa berbelanja berhemah,ikat perut.duit cukup2 je nak bayar gaji n elaun kki tgn awam setiap bulan, menteri termasuk ahli2 parlimen sbagai pemimpin berjiwa rakyat memotong dan memberi elaun2 mereka kepada rakyat marhaen

    2. tiada projek mewah dan mega dilaksanakan,segala2 projek yg ada "wholly n exclusively" utk kebajikan rakyat bknnya gah nama di pentas dunia spt F1 1M dan angkasawan yg terbang bersama duit RM rakyat

    3. berlakunya bencana alam timpa menimpa di negara kita,yg pastinnya menuntut kepada perhatian kerajaan yg lebih utk membantu mangsa2 bencana dan musibah

    4. dan lain2 faktor

    BalasPadam
  14. Orang dengki memang mcm tu...dah keje sendiri sape nak bagi bonus, sendiri la bg bonus....HEHE HE.. HAMPEHH!!!!!

    BalasPadam
  15. mai kita pakat2 kalih cakap saja buat apa...tengok nak jadi macam mana...

    BalasPadam
  16. Piirah Mabuk......Mana perginya slogan rakyat didahulukan? Habis kami nie bukan Rakyat Malaysia ker? Salahkah kami menuntut hak kami? Patutnya kerajaan bersyukur sebab kami tak tuntut naik gaji...baru minta bonus 2 bulan dah melatah pulak dia. Cuba fikir sikit, harga minyak dah naik (Hadiah Kemerdekaan ke 52), maka harga barang pun akan naik. Kami kakitangan kerajaan jugak yang teruk merasa bahangnya.

    BalasPadam
  17. apalah kau bibir sana. swasta dapat 2-10 bulan bonus, atau dapat kenaikan gaji, pasaran tiada heboh pun nak naikkan harga barangan pun,,,,


    tapi.......

    apabila 1.2 jtan kakitangan dapat 1 bulan atau dapat kenaikan gaji, kejam punya pasaran pula nak naikan harga baranga.
    adakah ini adil?

    swasta dapat bonus senyap senyap, pasaran pun senyap senyap tidak naik harga barang....


    apa pula terjadi kepada kakitangan awam malaysia?

    kesiannya,..............

    BalasPadam
  18. macam mana pula lebih kuah daripada sudu tahu kerajaan tiada
    duit diakah menteri kewangan
    ataupun perdana menteri malaysia,
    perdana menteri malaysia sendiri
    tidak beritahu tiada duit.

    BalasPadam
  19. pigi daaahhh si orang lepas geram niii..

    BalasPadam
  20. salam..
    tiada patut permintaan bonus dipandang sinis dan dilekeh, selain sbg ganjaran ia juga sbg tanda penghargaan buat warga kerajaan yang berdikasi dalam khidmat untuk rakyat malaysia.

    bonus tu bukan untuk buat joli atau bazir sebaliknya untuk keperluan belanja sekolah,buku bayar insuran lagi dll.. walhasil duit itu berkitar kpd ekonomi negara .

    dan lagi ~1 juta penjawat awam terima bonus pasti tempiasnya kena sanak saudara mereka melalui hadiah ,pemberian dll.
    kesimpulannya.. bonus dinikmati bukan sekadar untuk penjawat awam malahan bernilai untuk seluruh rakyat amnya..

    BalasPadam
  21. Puki mak orang yang buat kenyataan ini....kalau dia kakitangan entah mengemis minta 10 bulan gaji....piiraahhh.

    BalasPadam
  22. nak bonussssssssssssssss

    BalasPadam
  23. dulu pilih swasta dengan alasan gaji kakitangan awam ciput....pastu bila kakitangan awam dpt bonus depan nak menyalak..ish ish tak paham.....

    kakitangan awam adalah jentera kerajaan dalam penyampaian dan pelaksanaan dasar2nya...tanpa jentera????? lu pikirla sendiri

    BalasPadam
  24. sabar-sabar, saya pun nak bonus dak...tapi janganlah mengunakan perkataan yang 'kasar'....bahasa menunjukkan bangsa...

    BalasPadam
  25. memang betul kerjaan belanja banyak untuk penjawat awam, tapi lebih banyak kerajaan membazirkan wang untuk projek yang tidak menguntungkan rakyat. F1 adakah menguntungkan rakyat? siapa yang untung sudah tentu kroni-kroni, projek-projek mega sana sini siapa yang untung. apabila berkaitan dengan penjawat awam susah nak beri bonus, balik-balik cerita lama kerajaan telah beri pelbagai kemudahan itu dan ini. cerita basi sedemikian tak payahlah dibangkitkan. orang yang makan gaji dengan kerajaan apa tahu tentang tugas kami yang semakin membebankan, semua kerja yang kami takpun diucapkan terima kasih. Anda di luar kerajaan tak payah menyibuk. Kami kakitangan kerajaan berhak membuat tuntutan. kami juga pembayar cukai langsung dan tak langsung. Anda yang berniaga kami yang bayar cukai untuk anda kerana setiap kali harga barang naik, kami juga kena bayar kenaikan itu. cukai naik kaum peniaga akan menaikkan harga barang. jadi yang bayar cukai itu bukan kamu peniaga tetapi kami yang membayar, oleh itu memang wajar kami menuntut bonus 2 bulan. anda jangan iri hati.

    BalasPadam
  26. Sebelum ditawarkan jadi penjawat awam,saya pernah kerja swasta..bos ada bagi bonus hari raya ataupun hujung tahun..bos yang prihatin tahu jaga kebajikan pekerja dan sepatutnya pemimpin kerajaan perlu contohi sikap bos di sektor swasta..penjawat awam hanya makan gaji sehingga hujung tahun..kami penjawat awam ditapis sebelum masuk gomen..tidak perlu isukan soal kualiti kerja.

    BalasPadam
  27. projek mega, komisyen 500 juta = satu sudu cedok semua kuah

    BalasPadam
  28. ok ler tue.pandangan dia.biar la dia.yang penting kita dapat gak rm500.jadi ler daripada tak der.mungkin tiada rezeki lagi untuk kita.mungkin PM ada idea lain kot.kita tunggu dan lihat jer dulu.samada ada bonus atau tidak.mungkin kita kakitangan awam nie tidak dihargai.jadi pa leh buat.dah PM tak hargai kita.maka kita tak leh buat apa dah.trima ajer dan tunggu PM baru ajer ler.hehhehehehhe

    BalasPadam
  29. ni sekadar pandangan, jika sebuah syarikat swasta, penentuan bonusnya berdasarkan kpd keuntungan semasa syarikat. bagi kerajaan pula, salah satunya berdasarkan kepada pendapatan atau lebihan semasa, baru diisytiharkan bonus. Jika kita lihat rekod2 tahun2 sebelum ini semasa zaman pentadbiran Tun Dr. M, paling rendah pon 1/2 bulan gaji kasi bonus. Adakah semata2 hendak dikaitkan atau disalahkan ekonomi global saja?atau mungkin disebabkan faktor2 di luar kawalan kerajaan?ataupun, tak tahu menari,dikatakan lantainya tak rata,berjongkang jongket? knapa Tun Dr. M boleh? Knapa sejak 2 menjak ni macam tak boleh je?Dia tu boleh ke tak?

    BalasPadam
  30. kpd lepas geram, kl

    mu bodoh, x tahu apa. jgn ckp

    BalasPadam
  31. janganlah marah kakitangan awam yang tidak cekap berkerja apakurang
    nya swasta barangan merika tidak
    berkualiti langsung terutama jam
    dinding kalau beli hanya tiga bulan
    sajaha sudah rosak beteri pun sudah
    pakai tiga hari sudah rosak kipas
    angin tiga bulan pakai sudah rosak
    tolong buat barang berkualiti.
    macam mana buat kerja begitu teruk
    sangat. cuepacs tolonglah tengok
    kerja merika.

    BalasPadam
  32. Kami minta kerana kerajaan adalah majikan kami. Kalau kami minta daripada swasta itu adalah rasuah namanya. kakitangan swasta majikannya adalah pihak swasta. jadi dia boleh meminta daripada majikan beliau. Kakitangan swasta juga kalau meminta-minta dari kerajaan tidak dikatakan rasuah kerana adalah tanggungjawab kerajaan memerintah untuk membantu rakyat. Kami kakitangan kerajaan adalah berkhidmat untuk rakyat. kakitangan swasta adalah untuk syarikat dan bos beliau. Lu fikirlah sendiri !!!!!

    BalasPadam
  33. Kami minta kerana kerajaan adalah majikan kami. Kalau kami minta daripada swasta itu adalah rasuah namanya. kakitangan swasta majikannya adalah pihak swasta. jadi dia boleh meminta daripada majikan beliau. Kakitangan swasta juga kalau meminta-minta dari kerajaan tidak dikatakan rasuah kerana adalah tanggungjawab kerajaan memerintah untuk membantu rakyat. Kami kakitangan kerajaan adalah berkhidmat untuk rakyat. kakitangan swasta adalah untuk syarikat dan bos beliau. Lu fikirlah sendiri !!!!!

    BalasPadam
  34. Kakitangan kerajaan nak dapat sebulan gaji pun susah. Kami minta pada kerajaan, sebab mereka majikan kami. Abang saya bekerja di Felda Plantation. Nak tahu beapa bulan gaji dia dapat. 7 bulan. tahu tak 7 bulan gaji...
    Kakitangan kerajaan tak bising kenapa??? sebab FELDA majikan mereka. Tapi bila Kakitangan Kerajaan minta 2 bulan gaji yang tak pernah kunjung tiba, bising satu Malaysia. Membazir wang rakyat dan sebagainya. Bila swasta dapat bonus berbulan-bulan gaji. ooh, memang tepat pada masanya. Kerja mereka bagus.

    Bila kakitangan kerajaan minta dua bulan, lebih sudu dari kuah Kakitangan kerajaan kerja tak seberapa. Itulah dia, dengki mengdengki yang wujud di Malaysia.

    BalasPadam
  35. apasal ko plak sibuk2 nak lepas geram kat kami?? ko jeles ye sebab ko x keje gomen? ntah2 ko ni menganggur tak?
    kerajaan boss kitorg suke ati kitorg laa nak mintak bonus ke nak mintak naik gaji ke, ko pehal pulak??

    Itu terpulang laa pada boss kami klu dia nak bg bonus kami amik, klu dia tak nak bg, dok diam sudah laa..

    Apa2 hal pun,

    Tun Mahathir still da best..!! pemimpin yg pandai ambil hati rakyat. Dia tau apa yg penjawat awam inginkan..hehe..

    Pak Lah?? hmmm...ada laa juga bg kenaikan gaji, bonus paling koman pun sebulan gaji..

    Najib?? baru 1st time pegang PM cuma dapat RM500 jek, tu pun bayo 2 kali..huhu..sedey betul..:-(

    BalasPadam
  36. bodek Mahathir nampak. Ada ape-ape ke ni

    BalasPadam
  37. YANG KO SIBUK NAK KATA KITA ORG NI LEBIH KUAH DARI SUDU APA HAL BRO..... SUKA HATI KITA ORG LAH.... DH KJAAN TU BOS KITA ORG... KALO MASA YANG BG BANTUAN KHAS TU DIA CKP BONUS... TAK LAH KITA K/AWAM NI MENGHARAPKAN ADA LAGI BONUS DLM PEMBENTANGAN BAJET YANG LEPAS... SO KITA NAK TUNTUTLAH HAK KITA SEBAGAIMANA TAHUN2 YG LALU... 1.2 JUTA K/A..BELUM MASUK FAMILI ANAK ATAU SEDARA MARA APA AKAN JADI PADA PRU KE 13 KALO SEMUA BERUBAH ARAH........SEDIH DAN TERLALU TERKILAN....

    BalasPadam
  38. ni bkn kes bodek membodek, tapi fakta la bro....
    PM terbaik d Malaysia, sila pilih 1
    A. Tun Dr. M
    B. Tun AAB
    C. DSNR

    Rasa2nya, takpayah nak tunggu 5tahun ke, kasi pluang la 5 tahun baru compare, semua org nmpak lagi terang lagi bersuluh jawapannya, dah tentula A,walaupon ada yg tak suka ngn dia, tapi tetap A jadi pilihan hatikuuuuuuu

    BalasPadam
  39. apa salah kami minta bonus?
    pergi jahanam awak..............

    BalasPadam
  40. JANGAN NAK MENYIBUK LA..... ITU KAMI PUNYA PASALLAHHHHHHHHHHHHHHH.

    BalasPadam
  41. Rujuk post Rabu, Oktober 28, 2009 4:23:00 PM
    Tanpa Nama berkata...

    bodek Mahathir nampak. Ada ape-ape ke ni.

    BODEK?? Aku ni org kecik je..
    takde maknanye aku nak pi bodek mana2 pemimpin pun..untuk pengetahuan ko, masa Tun Mahathir jadi PM, aku blm ada lagi dlm. gomen tp aku nampak Tun Mahathir memang jaga kebajikan/memahami penjawat awam..Masa Pak Lah jadi PM baru aku join keja gomen dan sekarang ni najib plak..

    Apa masalahnyer kalau aku bg pandangan utk 3 pemimpin ni??
    Itu kira bodek ke?? Lain kali kalau menaip, guna kepala otak sikit..!!

    BalasPadam
  42. KakitanganAwam berkata...

    ni bkn kes bodek membodek, tapi fakta la bro....
    PM terbaik d Malaysia, sila pilih 1
    A. Tun Dr. M
    B. Tun AAB
    C. DSNR

    Rasa2nya, takpayah nak tunggu 5tahun ke, kasi pluang la 5 tahun baru compare, semua org nmpak lagi terang lagi bersuluh jawapannya, dah tentula A,walaupon ada yg tak suka ngn dia, tapi tetap A jadi pilihan hatikuuuuuuu

    Rabu, Oktober 28, 2009 6:23:00 PM

    Aku sokong ko..!!

    BalasPadam
  43. Kalau ikut konsep zakat, kami staf kerajaan ni macam amil, patut dapat 1 per lapan dari hasil kutipan pendapatan negara... sekarang ni apa yg kami dapat belum pun 50% dari 1 per lapan tu... wajarkah kami dianaktirikan?

    BalasPadam
  44. kepada yang anta ulasan ni..cakap siang pandang-pandang..jangan sedap mulut je cakap macam tu..ini periuk nasi kami,rezki kami, kami bkn minta ko bagi kami gaji ke,bonus ke, ape ke..kami minta ciput je untuk keluarga kami..sektor swasta yang syarikat besar dapat bonus banyak, knp tak ko bising plak?harga barang naik, beban kerja bertambah,jadi patut ar kami minta kerajaan selaku bos kami untuk tunaikan tuntutan kami..

    jd, kepada kakitangan swasta jgn banyak cengkadak, ko jaga hal kebajikan ko, kami jaga hal kebajikan kami..masing2 ada majikan, jadi kerjalah anda sebelum anda dikerjakan..fikir2kanlah..

    BalasPadam
  45. orang tak berada dalam keadaan kita,orang tak paham..
    sentimen 'orang kerajaan kerja malas' masih ada dalam kepala otak mereka.
    ubahlah persepsi anda terhadap kami.
    saya kecewa dengan pemberian bonus tahun ini,tapi saya masih akan kerja seperti biasa kerana itu adalah kewajipan (tak buat,berdosa).
    tapi ingat kerajaan,sampai mati, takder satu undi dari saya yang anda akan dapat.

    BalasPadam
  46. mcm ni ke perangai kakitangan kerajaan, tak boleh terima teguran secara positif,tak profesional langsung

    BalasPadam
  47. apa pun x bolehh.... tambah loan jer bolehh

    BalasPadam