Berita Harian
17/10/2009
SAYA mewakili kumpulan warga kerja Radio Televisyen Malaysia (RTM) ingin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan RTM yang mengabaikan kebajikan Pekerja Sementara (Piecemeal) dan Artis Berjadual (AB). Masalah kebajikan dua kumpulan ini pernah dibangkitkan tetapi tiada tindakan konkrit. Persoalannya, adakah golongan seperti kami, Piecemeal tidak layak mendapat perhatian yang sewajarnya walaupun kebanyakan kami terdiri daripada lulusan diploma dan ijazah? Ada juga di antara kami yang bekerja bertahun-tahun lamanya namun masih gagal dinaikkan sebagai Artis Berjadual (AB). Taraf AB boleh mendapat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan boleh menuntut lebih masa bekerja. Secara ringkasnya, peluang pekerjaan sebagai Piecemeal haruslah dikaji semula.
Antara yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab;
Tiada jaminan masa depan - Kami sebenarnya bangga berkhidmat untuk RTM walaupun sekadar Piecemeal. Namun, tiada jaminan masa depan kerana Piecemeal boleh diberhentikan atau dibuang kerja tanpa sebarang notis. Jika dihitung bilangan pekerja Piecemeal dan AB di RTM, bilangannya lebih ramai daripada jumlah pekerja tetap. Bayangkan jika semua pekerja Piecemeal dan AB diberhentikan. Sudah tentu ini akan merugikan RTM.
Setiap bulan, pelbagai kerenah birokrasi yang terpaksa kami lalui bagi mendapatkan gaji yang kami sifatkan sebagai nak minta gaji pun susah. Terbaru, sehingga kini kami masih tidak mengetahui nasib pembayaran gaji September yang sepatutnya sudah mula diterima awal minggu ini.
Lebih mengecewakan lagi, RTM gagal memberi notis awal berhubung kelewatan pembayaran gaji. Bayangkan, selepas berlalunya sambutan Aidilfitri, barulah pihak tertentu memaklumkan mengenai ketiadaan peruntukan untuk membayar keringat kami.
Kaji semula caruman KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial - Kebanyakan Piecemeal di RTM sudah bekerja lebih setahun. Selama tempoh itu kami tidak diberi caruman KWSP mahupun Perkeso. Tiada siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada kami. Sehubungan itu, kami berharap agar pihak RTM mengkaji semula pengambilan Peicemeal pada masa akan datang. Jika sesetengah pihak berpendapat Piecemeal ini membebankan, fikir-fikirkan semula. Ini berikutan, tidak ramai pekerja tetap di RTM melainkan golongan seperti kami yang masih diambil berkhidmat memajukan industri penyiaran di RTM ini. Kami tidak meminta pemberian bonus, elaun, pencen mahupun pangkat tetapi cukuplah sekadar memenuhi tuntutan jaminan kemanusiaan.
ANTIKABEL RTM,
Kuala Lumpur.

SETUJU DENGAN KIRIMAN INI. PEGAWAI2 PENERANGAN DI JAB. HAL EHWAL KHAS (JASA) JUGA MASIH BERSTATUS KONTRAK. WALHAL MEREKALAH SIANG MALAM BEKERJA MEMBANTU KERAJAAN UNTUK TERUS BERADA DI PUNCAK KEJAYAAN TANPA JEMU WALAUPUN SERING MENDAPAT KRITIKAN DAN ANCAMAN OLEH PIHAK2 TERTENTU.
BalasPadamminta tolong pihak CUEPACS gesa pihak kerajaan supaya serapkan kakitangan kontrak kepada tetap dengan segera. Mereka pun bekerja spt kakitangan tetap juga.malah khidmat mereka lebih dikerah dan diperlukan untuk hujung minggu dan syif malam...
BalasPadamDi selangor misalnya ada ramai kakitangan kontrak yang dah berkidmat lebih 25 tahun dan 2@3 tahun ini akan berpencen wajib apabila umur dah cecah 56 tahun.fikir-fikirkanlah nasib golongan ini....
itu belum yang diberhentikan secara mengejut.mereka juga beri sumbangan penting kepada jabatan masing2..dan mereka juga ingin mendapat hak istimewa seperti pencen, pinjaman perumahan dll... jadi,minta jasa baik pihak Cuepacs berjuang habis-habisan untuk kakitangan kontrak ini....
memang begitu lah nasib pekerja kontrak, tiada hak untuk bersuara atas alasan bukan kakitangan. gaji lewat tanpa notis..
BalasPadam- sedih lum dpt gaji wp sudah tengah bulan
SEKARANG PEKERJA SAMBILAN DAN PEKERJA KHIDMAT SINGKAT TELAH DIUBAH MENJADI PEKERJA SAMBILAN HARIAN. DIHARAP PIHAK CUEPACS GESA PIHAK KERAJAAN UNTUK PERTIMBANGKAN SEMULA PERKARA INI. APAKAH JAMINAN TERHADAP PEKERJA SAMBILAN HARIAN DI HARI MENDATANG???
BalasPadam