03 November 2009

BAYARAN KHAS RM500 KEPADA PESARA KERAJAAN

JPA
SIARAN AKHBAR
3/11/2009


Berhubung dengan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri semasa pembentangan
Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009, sukacita Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
memaklumkan bahawa bayaran khas sebanyak RM500 akan diberikan kepada
semua penerima pencen (termasuk pesara pilihan dan pesara atas sebab lain,
serta balu, duda dan anak). Pemberian bayaran khas ini juga meliputi penerima
pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Penerima pencen yang layak
menerima bayaran khas ini ialah mereka yang menerima pencen bulanan pada
bulan Disember 2009.
Bayaran melalui bank akan dilakukan pada 14 Disember 2009 (Isnin) iaitu sehari
sebelum tarikh pembayaran pencen bagi bulan Disember 2009 yang ditetapkan
pada 15 Disember 2009 (Selasa). Bagi mereka yang dibayar secara waran, waran
berasingan akan dikirimkan pada awal Disember bagi membolehkan penunaian
pada 14 Disember 2009.
Penjelasan selanjutnya mengenai perkara ini boleh diperolehi di
www.jpapencen.gov.my.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam
2 November 2009

12 ulasan:

  1. Tahniah Pesara....dapat juga RM 500 tak kira pencen wajib ke tidak....kami yang lum bersara ni apa citer...mana bonus

    BalasPadam
  2. Terima Kasih...kepada yg. bagi rezeki...bertambahlah sedikit duit pakcik masa tua-tua nih...tapi tekak pakcik nih masih tak lalu nak sokong BN. entahlah....

    BalasPadam
  3. ada tak ko nak ber bonus ni

    BalasPadam
  4. Syukurla pesara2 dpt Rm500 tp we want bonus..!! x ada bonus x ada BN

    BalasPadam
  5. Ini yang sepatutnya.....Cuepacs teruskan perjuangan anda. Buat KSN yang amat pemalu lagi penyegan jalankan tanggungjawab anda.Buang perasaan malu, segan dan rendah diri sepertimana anda nasihatkan kepada kami.buktikan anda bukan seorang TIN KOSONG KEPALA SEPARUH BOTAK. cakap banyak tapi tak serupa bikin.blahla lu KSN

    BalasPadam
  6. Ini sogokan politik belakaaaa....

    BalasPadam
  7. Tindakan Cuepacs minta bonus salah dari segi moral: PM



    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan Cuepacs meminta bonus adalah salah dari segi moral dalam keadaan ekonomi negara yang belum pulih daripada kegawatan global.

    Perdana Menteri berkata demikian pada majlis Forum Bankers Club, di sini, tengah hari tadi.

    CEUPACS SALAH ??????

    BalasPadam
  8. Hairan tapi ajaib kalau Najib cakap isu moral....setahu aku sekarang banyak ketua2 cawangan UMNO/BN yang sudah kaya raya baru-baru ni dapat lagi projek.bukan seorang satu projek tapi seorang sepuluh projek yang diperolehi daripada lesen yang berlainan.cakap untuk rakyat.untuk rakyat atau ahli politik.buat jalan raya untuk ke rumah ketua-ketua cawangan tu untuk rakyat ka???? Bila Cuepacs minta bonus pandai pula dia bangkit isu moral.nasiblah aku tidak diizinkan berpolitik.Pilih BN susah pilih PR pun susah.ada parti komunis ka mau tubuh?????

    BalasPadam
  9. DAH TAK LARAT LAGI DAH NAK MINTA APA-APA NI...APA YANG DIHARAPKAN SEMUANYA (TERUTAMANYA BONUS) TAK DIBERIKAN ...NAMPAK GAYA NAK KENA CARI ALONG LAGI LA NI....APA BOLEH BUAT ANAK 10 SEMUANYA BERSEKOLAH...DARI MANA LAGI NAK DAPAT DUIT PENDAFTARAN SEKOLAH DAN LAIN-LAIN PERBELANJAAN. WALAUPUN GAJI ADA TAPI BARU UNTUK MINYAK KERETA PUN DAH TAK CUKUP...MANA UNTUK BAYAR ANSURAN KERETA, PEMBANTU RUMAH, BIL AIR DAN API,HUTANG BANK SANA-SINI,CREDIT CARD SANA-SINI,....PAYAH BETULAH HIDUP SEKARANG NI....KERAJAAN PULA LANGSUNG TAK PRIHATIN....

    BalasPadam
  10. herm..kerajaan oh kerajaan~
    ibu bapa saya pesara Telekom Malaysia..
    Suatu ketika dulu, Telekom Malaysia merupakan sebuah jabatan kerajaan..
    setiap tahun pesara2 selain dari telekom, seperti polis,cikgu,jabatan kerja raya dan sebagainya mendapat pelbagai imbuhan..beribu-ribu ringgit dapat sebagai elaun pencen,tapi ibu bapa saya yang berkhidmat berpuluh tahun dgn telekom (previously jabatan) pencen sorang 200 dan 300 jer..
    ape nak makan? zaman ekonomi mcm ni? segala mcm mahal.makan pasir?
    tiada siapa yang ambil tahu tentang pesara2 telekom.
    harap-harap cuepacs dapat mendengar dan dapat berbuat sesuatu.amin..

    BalasPadam
  11. isteri saya pesara telekom..memperolehi setiap bulan 250.00..2 bulan sudah setengah pesara dapat RM500.00 bantuan khas..setengah lagi tidak dapat banytuan tersebut..bila akan diberikan bantuan RM500.00 itu..Tolong beri pencerahan

    BalasPadam
  12. setengah pesaran Teekom telah menerima pada bulan April yg baru lalu...setengah rakan rakan saya pun masih beum menerima bantuan untuk pesara teekom itu...tolong berikan pencerahan..ada yg mengatakan bayaran berperingat peringkat...terima kasih

    BalasPadam