06 November 2009

CUEPACS AKUR ISU BONUS DUA BULAN

Berita Harian
Oleh Nor Fazlina Abdul
6/11/2009







Tuntutan imbuhan keputusan kongresKUALA LUMPUR: Presiden Cuepacs, Omar Osman, mendakwa tindakannya yang meminta bonus dua bulan membabitkan 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam adalah suara kongres bukan permintaan individu sehingga dilabelkan salah dari segi moral. Pada masa sama, beliau memahami kesulitan masalah ekonomi negara yang tidak stabil, namun itu hanyalah permintaan yang dilakukan mewakili kongres, bukannya mendesak atau perbuatan melampau untuk mendapatkan bonus berkenaan.
Katanya, beliau terima dan hormati teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun sedikit kecewa kerana permintaan Cuepacs itu dilabelkan salah dari segi moral. “Perlu faham, bonus itu hanya permintaan bagi menyuarakan hasil mesyuarat kongres pada semua peringkat termasuk Sabah dan Sarawak, kalau tak mahu bagi, Cuepacs tak mengamuk. “Bukannya kita desak kerajaan sehingga perlu menunaikan bonus dua bulan itu. Apabila kerajaan mengumumkan RM500 untuk semua kakitangan dan bekas pesara awam, Cuepacs ingat ada imbuhan susulan daripada bajet yang dibentangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri tindakan Cuepacs menuntut dua bulan bonus untuk 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya adalah salah dari segi moral. Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya membandingkan kakitangan awam dengan swasta dari segi kemudahan termasuk bonus tahunan kerana ia mempunyai jarak yang luas. “Setiap tahun kakitangan swasta memperoleh bonus yang banyak dan Cuepacs hanya meminta bonus dua bulan gaji. Selaku presiden bagi memperjuangkan hak kakitangan awam dan tidak pernah terfikir untuk memperoleh populariti di kalangan penjawat awam,” katanya.

4 ulasan:

  1. saya menyokong penuh kenyataan oleh presiden cuepacs EN. OMAR OSMAN.

    BalasPadam
  2. minta lagi buat apa nak akur.... kalo F1 boleh buat tak kan bonus tak leh nak bagi...kata ekonomi meleset...tapi wat apa nak masuk F1... sedangkan toyota, honda, bmw tarik diri... apa ke jadahnya masuk F1 tu... tak memberi kesenangan pada rakyat pun... di kita kan kroni didahulukan rakyat disisihkan....

    BalasPadam
  3. kepada presiden sila teruskan perjuangan jangan akur dengan teruran PM semua itu alasan minta lagi mintaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... lagi kami berada di belakang tuan (1 MALAYSIA KATAKAN)

    BalasPadam
  4. BINI NAJIB DAPAT 7 JUTA KASI LA KT P.A SAMA...BARU 1 MALAYSIA..

    BalasPadam