14 November 2009

MINDA PENGARANG: KAKITANGAN AWAM ELAK TUNTUT BONUS SETIAP TAHUN

Berita Harian
14/11/2009




KITA anggap isu bonus dua bulan gaji seperti dituntut Cuepacs selesai apabila Datuk Seri Najib Razak dalam satu pertemuan tertutup dengan pihak kesatuan terbabit kelmarin, memutuskan tiada pemberian bonus tahun ini berikutan keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya. Tahun lalu, kerajaan terpaksa memperuntukkan kira-kira RM1.5 bilion untuk membayar bonus kepada hampir 1.2 juta kakitangan awam itu. Inilah jumlah peruntukan setiap tahun andai bonus diberikan. Namun, kita puji pendirian Cuepacs kerana akur dengan keputusan Najib tidak memberi bonus tahun ini dan kita berharap kakitangan awam terus menjalankan tugas seperti biasa. Rasanya mungkin lebih rasional dan elok jika isu bonus tidak lagi ditimbulkan saban tahun menjelang pembentangan belanjawan yang memberi persepsi negatif bahawa kakitangan awam terlalu menuntut ganjaran, sedangkan isu perkhidmatan masih menghantui rakyat. Misalnya, mutu khidmat awam kian merosot sejak 2005 sehingga aduan bertambah tiga kali ganda tahun lalu, menjadikan 6,095 aduan diterima Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam. Kakitangan awam harus menerima hakikat bahawa nasib mereka lebih baik berbanding pekerja sektor swasta, dalam keadaan tertentu. Malah mereka tidak dibuang kerja, melainkan untuk kes disiplin, berbanding ribuan pekerja swasta diberhentikan kerana hambatan kegawatan ekonomi, berikutan banyak kilang dan syarikat ditutup hingga sekarang. Contohnya, sepanjang tahun lalu saja, pelbagai insentif diberi kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara. Selepas pengumuman mengenai lanjutan usia persaraan daripada 56 kepada 58 tahun pertengahan tahun lalu, elaun sara hidup (Cola) dan bonus turut diberi, selain kebenaran kepada kakitangan tertentu bekerja samHuruf condongbilan dalam kegawatan ekonomi. Kemudian, kerajaan mengumumkan beberapa lagi langkah memperkemaskan sektor awam. Misalnya, jika sebelum ini, ramai kakitangan awam yang menyertai skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluh kerana tidak mendapat faedah sama seperti dinikmati kakitangan kerajaan yang memilih opsyen pencen, mereka boleh menarik nafas lega kerana mulai awal tahun ini, kira-kira 40,000 kakitangan awam yang sebelum ini memilih skim KWSP boleh membuat pilihan semula sama ada kekal dalam skim KWSP atau pencen. Dengan pelaksanaan itu, kerajaan terpaksa membelanjakan tambahan sehingga RM20 juta setahun bagi memenuhi keperluan kakitangan untuk memilih skim pencen. Kerajaan turut memberi ex-gratia kepada ibu bapa anggota bujang yang meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan. Namun, apabila keadaan ekonomi pulih nanti, kita harap Cuepacs jangan terus mengeluarkan kenyataan menuntut kembali bonus kerana itu janji kerajaan. Contohi sikap pekerja swasta yang sesetengahnya bertungkus lumus memastikan syarikat mencatat untung, kerana akhirnya mereka juga memperoleh ganjaran.

21 ulasan:

  1. putuk lah kau...........

    BalasPadam
  2. sedih menjadi PKA.dah tentu kelak tidak akan dapat bonus lagi

    lebih baik kerja dengan swata. tentu ada 1 bulan bonus

    BalasPadam
  3. kepada PA, marilah kita bersama-sama memberi servis dengan hampeh kepada sume termasuk lah terutama kepada orang ramai..Kerajaan Negeri Sabah selamba je boleh bagi? BTW, minda pengarang ni sapa? cakap pakai mulut senang bah..bangang!!!

    BalasPadam
  4. nie sapa plak minda pengarang nie..tak tau pa2..nak bagi komen..pekerja swasta dapat bonus, da kakitangan awam bising dan kuar kenyataan tak sokong..tak der..jadi bila kami semua tak dapat bonus, yang org lain plak memekak dan kata2 mcm..pasai pa..

    bonus perlu la selepas setahun kerja, sbg pengiktirafan la atas kerja yang dibuat.ko ingat kerja dengan robot ker?manusia la.mesti la ada kesilapan dan kelemahan.sah2 kerja da masalah dan bukan dapat beri perkhidmatan 100 peratus terbaik.tapi kami semua bekerja lebih dari itu.lebih dari pekerja swasta..mcm2 kerja perlu dibuat untuk menjayakan sesuatu perkara yang dibuat oleh kerajaan.tapi bukan dapat apa2..k

    oleh itu pada minda pengarang, ko jgn bagi komen yg ko tak tau.ok.jika ko kerja dgn kerajaan baru ko tahu la nilai bonus nie.jika ko org luar..you better shut up...ok...sb kenyataan ko mcm bangang jer bunyi nyer..

    BalasPadam
  5. ni semuanya PENGAMPU TEGAR TAK BOLEH BUAT APA-APA. SURUH DEPA PI MAKAN TAIK LAGI BAGUIH.

    BalasPadam
  6. ada can dpt tambahan rm500. terus terang saya ckap memang benar staff kerajaan x cekap contoh jkr, majlis daerah, pejabat daerah, terutamanya kerajaan negeri.

    kami kerja di sekolah, x ada can minum air di luar.

    saya tengok dgn mata sendri.

    BalasPadam
  7. WOI KAMAL....TAK PAYAH KOMEN ORANG LAIN..CERMIN DULU DIRI SENDIRI BARU KOMEN, YANG KO RASA KO CEKAP SANGAT NI...DAH DAPAT BERAPA KALI CEMERLANG???? ADA KE....

    LAGIPUN KO TU SETAKAT PEMBANTU MAKMAL...MANA KO TAU KERJA KAMI DI KERAJAAN NEGERI NI...PENYIBUK...

    BalasPadam
  8. WOI KAMAL....TAK PAYAH KOMEN ORANG LAIN..CERMIN DULU DIRI SENDIRI BARU KOMEN, YANG KO RASA KO CEKAP SANGAT NI...DAH DAPAT BERAPA KALI CEMERLANG???? ADA KE....

    LAGIPUN KO TU SETAKAT PEMBANTU MAKMAL...MANA KO TAU KERJA KAMI DI KERAJAAN NEGERI NI...PENYIBUK...

    SIAP LETAK GAMBAR PULA TU... NAK GLAMOR KE...PERASAAN HANSOM...POOODAAAHHHH......

    BalasPadam
  9. Saya seorang penasihat kewangan ingin tolong mengurangkan beban semua kakitangan kerajaan, jika sesiapa yang ada pinjaman peribadi koop atau bank-bank lain, tolong emel saya pertanyaan@nichetelsb.com atau SMS ke 019 3233681 (Jangan membuat panggilan hanya SMS) untuk mendapatkan pakej pinjaman peribadi yang lebih bagus untuk pembiayaan semula supaya tak perlu membayar faedah tinggi yang dicaj oleh pinjaman peribadi lama.

    BalasPadam
  10. apa lagi boykot la paper nie...bagi rasa sikit penanganorg tak beli paper. kompom tahun depan pengarang bangang tu tak dapat bonus

    BalasPadam
  11. ini pasti En. Za.... , aku dpt cam.
    memang betul org kerajaan negeri memang keje mcm apa yg aku kata,
    kalu nak tahu aku balik jam 4.15, dua tiga kenderaan gomen berhenti minum air kat warung goreng pisang rumah aku lpas tu dekat time nak balik, baru buat cbuk, dah tu claim ot, HARAM ... makan hasil mcm ni. any way tq 4 give publiciti
    to me. bls lah lagi c...

    ttg cemerlang dah 2 x dpt, ptk dah P3, so what yr comment.

    BalasPadam
  12. tak payah la nak cakap keje gomen ke ape ke..semua sama..kilang ke ape ke sama je..tnb, telekom pun sama....

    BalasPadam
  13. kalau sama ada bran benti gomen pegi keje swasta?

    BalasPadam
  14. Minda pengarang jangan jadi pengampu bangang kelas pertama. Kalau Tun M selamatkan MISC syarikat anaknya suatu masa dulu dengan wang Petronas, tak de pulak minda pengarang nak komen! Itu sikit duit ke? Itu belum lagi kehilangan wang negara lebih RM4 billion di PKFZ. Pemimpin BN kenduri besar! Akhirnya minda pengampu mengutuk penjawat awam. Apa punya manusia si Minda Pengarang BH ni!

    BalasPadam
  15. X pe lah kalau x boleh mintak bonus lagi. Kerja kita teruskan macam biasa. Malah kita tingkatkan usaha kita. X kerja kerajaan x tahu betapa susahnya especially peringkat bawahan.

    Pegawai x tau apa2 cuma mesyuarat2 itu je la. Kami ni perlukan tari menari, joget sana sini, nyanyian, kelab, jinjing plastik beg merah sana sini, baca surat khabar, minum, buat part time, MLM, melaram, beli minyak wangi, beli handphone baru dan banyak lagi.

    Susah keje ni... so kena tingkatkan lagi la usaha kita ye tak? Takkan nak tunggu PRU13 je... takut depa buang kita n ganti yang lebih cekap... woooo fenin

    Lagi Ikhlas,
    Penyokong Omar

    BalasPadam
  16. woi kamal yg ko p sibuk pasal org lain pe hal ha? akupun pem makmal sek gak xde lak nak sibuk hal org lain..dah2 ni da ujung tahun pg buat kemaskini stok kat makmal tu dr dok sibuk hal org lain..macam bagus jer komen ko tu...piraahhhh

    BalasPadam
  17. ahli persatuan berkata :

    GO TO HELL U

    BalasPadam
  18. F1 ni aku x setuju langsung! Apakah faedahnya??? setakat nk tunjuk pada dunia ada apa? Mat2 saleh yang datang kt malaysia untuk tgk F1 tu apa lah sangat pentingnya? Diorang tu menyemak je dok hotel dan berbelanja sana sini satu malaysia. sakit mata aku!!

    Sepatutnya duit bangungkan F1 tu diberi kepada PA sebagai bonus bangunkan negara. Tahukah pak najib bahawa harga teh tarik dan roti canai walaupun x berubah tapi semakin kecil saiz.

    X percaya? Cubalah pak najib turun padang pada waktu minum kami. Kata suruh turun padang? Mana ada? X pernah nmpk pon pak najib dan rosmah turun minum kat kedai2 mamak time 9-10.30 pagi? Ini ke pemimpin???

    Lu pikirlah sendiri!

    BalasPadam
  19. bagusnya gomen, gaji masuk awal bulan ni sepatutnya 25hb. ditukar kpd hari ini 23hb. nov.

    ini yg buat aku setia pada gomen, duklu, kini dan selamanya. rupanya gomen amat prihatin terhadap masalah pa yg ambil gaji awal pada 08 okt lalu. tq 2 gomen.

    BalasPadam
  20. saya adalah penjawat awam dibawah kementerian kewangan.... pasal bonusss. semua orang mengharapkan... bohong laa kalau orang tu tak nak duit... jadi mudah ada ... sekiranya ada bonus itulah rezeki kitaaa.. kalau tak dapat nak buat macam mana dah orang taknak bgi... pasal kerja kita buat macam biasa... maklumlaa kerja kita itu untuk menyara keluarga kita dengan rezekinya ... semua pekerja sektor awam terutama golongan berpendapatan rendah amat perit terutama tiba musim perayaan atau musim persekolahan anak2 jadi atas dasar keperihatinan kerajaan yang menjadi majikan kita untuk memberikan sedikit ganjaran untuk meringankan beban....


    from addy7111

    BalasPadam