Berita Harian
13/12/2009
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan khabar angin kerajaan akan menarik balik pembayaran Elaun Sara Hidup (Cola) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada kakitangan awam mulai tahun depan. Presidennya, Omar Osman, berkata ini kerana sebarang penarikan elaun perlu dimaklumkan kepada Cuepacs. "Cuepacs tidak menerima sebarang maklumat mengenai penarikan balik elaun itu.
"Malah dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada bulan lalu pun, perkara berkenaan tidak dibincangkan langsung. "Mengikut kebiasaan, Cuepacs akan dimaklumkan terlebih dulu jika kerajaan ingin membuat sebarang perubahan dalam pembayaran elaun," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah laman web bahawa pembayaran Cola dan ITP yang dinikmati kakitangan awam ketika ini akan dihapuskan, dalam usaha menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang masih belum pulih sepenuhnya ekoran daripada krisis kewangan dunia.
Cola diberi bagi membantu kakitangan awam berikutan peningkatan kos sara hidup dan kadarnya bergantung kepada lokasi selepas mengambil kira pelbagai kos seperti makanan, perumahan, pengangkutan, bayaran tol dan minyak. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Omar berkata, penarikan balik elaun berkenaan juga tidak wajar kerana ia akan membebankan semua kakitangan awam khususnya kakitangan sokongan. "Tindakan menarik balik kedua-dua elaun itu akan memberi impak kepada semua kakitangan kerajaan bagi jangka masa yang panjang kerana jumlah elaun yang diterima itu agak besar. "Jika dilaksanakan juga, sebahagian besar kakitangan awam khususnya kumpulan sokongan akan berada di bawah Paras Garis Kemiskinan dan sekali gus boleh menjejaskan semua urusan seharian mereka," katanya.
Mengenai permohonan Cuepacs bagi mendapatkan tambahan bantuan khas RM500, beliau berkata, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk mengumumkannya.

Takkan pokok bergoyang jika tak di tiup angin pak omar oiii... Harap-harap tak jadi begitulah....
BalasPadamKUP belumpun terlaksana...dah ada khabar angin nak tarik COLA dan ITP...biar betul ni....
BalasPadamTakde angin pun pokok bole bergoyang... ada monyet bergayut rupanya
BalasPadamKalau tak nak tambah janganlah tarik apa yang ada.
BalasPadamundilah PAKATAN RAKYAT...........pada PRU 13 nanti.Biar BN takut sikit.............kuasa PKA
BalasPadamkalau korang rasa kerajaan sekarang tak bagus next pilihan raya jangan undi lagi cuba pakatan rakyat lak. aper susah jangan bising2 dengan pilihan yang telah kita buat
BalasPadamhurm... apa lah nasib...
BalasPadamLangkah penjimatan yg dilaksanakan tahun 2010 adalah pengurangan 15% di bawah Objek Am 20000 iaitu Perbelanjaan Bekalan & Perkhidmatan.
BalasPadamPeruntukan Objek Am 10000 Emolumen yg meliputi gaji dan elaun2 tidak terlibat.
Namun demikian, Di bawah Seksyen 13 Akta Tatacara Kewangan 1957 menyatakan Menteri Kewangan boleh menghadkan/menggantung apa-apa
perbelanjaan.
Apa-apapun masih terpulang kepada budi bicara Menteri Kewangan.
takpelh....inilah kali terakhir PM mentadbir malaysia jika beliau potong elaun dan gaji PKA.
BalasPadamTahniah..potong le cepat supaya nyawa UMNO pun cepat habis...Sokong balik Pak Lah!!! zzzzzzzz
BalasPadamhidup.......................pakatan rakyat
BalasPadammungkin terikut iklan potong kot hehehehe 2 yang nak memotong je.....
BalasPadamala itp tak payah potong.cola potong pun takpe.kami yang berkhidmat kat sabah/swk tak dapat cola pun.kos hidup dekat sini lagi tinggi.
BalasPadamaku cadang elaun yang banyakkkkkkkkk yang si KSN yang penyegan dan pemalu itu dipotong....hari tu dalam tv di cakap kakitangan awam harus meningkatkan mutu kerja dan bukan meminta bonus, elaun atau kenaikan gaji.jadi Tuan Haji sila kemukakan cadangan kepada Si Najib Damn supaya bayar KSN cuma dengan gaji pokok dan hapuskan semua elaun2 yang diterima sebelum ni
BalasPadamEhem CUEPACS lu orang berani kah sama si kumis jarang-jarang kadang-kadang tu......
BalasPadamberani tak PKA mogok bila semua elaun di tarik balik ???
BalasPadamentahlah labuuuuuuuu
BalasPadamtambah lagi ITP jdkan RM275.00 spt anggota POlis & COLA di tambah menjadikan dari RM100.00&RM200.00 kpd RM300.00 itu harapan PA2
BalasPadamHai cepatlah BN tumbang kalau macam ni. Eloklah tu Najib. Pak Lah ada juga hati kesian pada penjawat awam dengan memberi bonos dan naik gaji, sebab dia dulu pun kerja kerajaan sebelum jadi ahli parlimen. Nampaknya Najib akan menjadi PM Dinasti terakhir BN!
BalasPadamNajib akan menjadi PM Dinasti terakhir BN!
BalasPadamsokong PAKATAN RAKYAT................................................................................
I LOVE PAKATAN
biasanya semua tu hangat2 tahi ayam.sokong pakatan konon.dulu macam tu juga.tiada bonus mau sokong pembangkan.bila mau dekat pilihan raya bn kasi bonus semua ucap alhamdulilah dan berterimakasih pada pm.lupa la kisah 2009 tiada bonus.samalah macam mana lu orang lupa KSN segan.apa2 pun haji umar paling hebat.teruskan usaha.
BalasPadamumar cecupak nie tak tau malu ke?
BalasPadamtak habis2 meminta2.
dia ingat negara nie cuma PA je la yang jadi rakyat.selain PA semuanya pendatang la kunun nye?
come on la....yang dia mintak tu duit rakyat la...bukan duit najib...
korang semua makan duit rakyat je tau..selain dari tu keje lembab,asyik minum2 pagi minum2 petang....
pastu asyik terlibat dengan tari-menari, nyanyian, pertunjukan pentas, sukaneka, hari keluarga, drama, kelab dan pelbagai aktiviti yang tiada faedah kepada rakyat tapi menggunakan masa dan duit rakyat.
Sila sedarkan diri kamu ye. Bonus, pangkat, naik gaji dan elaun itu sajalah kamu mampu selain tepat pada masa untuk minum pagi, awal untuk makan tengahari, lama untuk rehat tengahari dan pantas lagi cekap untuk punch out pada jam 4.30 atau 5.00 petang.
pakatan punya tempat pulau pinang PKA akan dapat RM250 tambahan lagi
BalasPadam.malunya BN dan Najib
cola tu hak kerajaan..dia nak tarik balik itu hak dia. gaji dan imbuhan lain tu baru hak PA.
BalasPadamApala korang ni gaduh2 pasal rezki Allah...be profesional.Tujuan kesatuan sekerja ditubuhkan untuk membela pekerja...betul la tindakan Omar Osman..fight untk bonus untuk PA.soal kerajaan nk bagi ke x terpulang kt Najib.yang penting mintak..yg keje swasta jgn dengki kt org keje gomen...korang pn ade kesatuan pekerja...ape guna jadi ahli MTUC kalau x fight untuk kebajikan pekerja...jgn dengki each other..setiap org Allah dh tentukan jln hidupnya.ade yg keje gomen.ade yg keje swasta.ade yg berniaga..jgn dengki sesama kita...bersatulah kita..rakyat penentu kemajuan negara...be profesional...jgn gaduh2 n dengki2...support & fight for each other..think positive...
BalasPadamuntuk org yang berdengki kakitangan kerajaan dapat elaun@imbuhan,buanglh sikap tu..dapat elaun, tapi ada yang kena tarik balik secara halus,korang xsedar pun...cola tu penting bg PA..klu cmtu apa kata tarik jer semua elaun2 yang org gomen dapat termasuk pemerintahnya sekali? org selalu ckp org gomen wat keje lembab,asyik minum siang malam..tapi korang tahu ker? nak minta itu payah..ini payah..itu xder peruntukan..cotohnya iventori opis pun cukup la..korang ingt kerja kerajaan senang ker?korang semua patut bersyukur apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T...PA minta elaun bkn untuk berfoya2 even ada segelintir mcm tu..mcm yang digred bawahan..walaupun bujang, dari keluarga yang susah..mak ayah xkerja..adik2 bergantung harap padanya sorang mcm mn? kornag hanya nampak pada dasar, pada hakikat korang tak tahu langsung.klu dah dengki sgt brenti kerja swasta, mnta keje gomen...
BalasPadamCuepacs tak hebat cam NUTP, baru ckp sket dh dpt elaun hidup susah sampai RM1500, tu lebih tinggi dr gaji N27, lebih tinggi dari gaji PAR, lebih tinggi dari gaji N17 sebulan baru hebat cikgu belum campur gaji dan elaun lain. Keja pun mengajar, menyemak tapi mintak lagi pembantu guru bagi tolong diorang check buku pastu diorang lepak kt bilik, kan best. Sekarang cikgu tk pakai lagi kancil/wira, diorang dh pakai toyota, honda, barang pun branded sume. Apalah nasib, kitapun kakitangan awam juga, kita pun ada yang diarahkan/ditransfer ke pedalaman tapi takde pun terima elaun tu. Berat sebelah betullah..
BalasPadamkalu bagi kat pakatan...lagi hampeh...ntah2..gaji pun ditarik..tgk je lah janji manis PKR DAP kat penang..tol jambatan mansuh...at las..ambik ko..RM 7 lag..bengong...
BalasPadamtak bagi cola hak kerajaan tapi undi
BalasPadampru 13 hak individu
kerajaan nk tarik blk cola kena fikir dua tiga kali jg.. sbb masa kerajaan bg cola, mesti ramai org gomen yg buat loan/overlap..
BalasPadammau bank2 pn lps ni x bleh nk cari mkn.. sbb ramai org gomen yg x mmpu nk baya hutang nti..
undi pas!!! 3
BalasPadampencapaian didahulukan
BalasPadamrakyat di kemudiankan........
pak cik keje gomen n swasta skali..
BalasPadamAl-hamdulillah rezeki..kekeke..
smua keje ade susahnya..so jgn perlekeh keje org lain..kite xtau kalo kite x masuk bidang kerje nye.. mencabar ke x..
contohi pemimpin NUTP yg berjaya perjuangkan cikgu cikgi nya..
selamat berjaya cuepacs.
Korang dok heboh pasal COLA, tapi yang peliknya Pekeliling pasal tu tak ada, atau macam mana. Mungkin dibesar-besarkan untuk mendapat sokongan untuk satu pihak di samping nak jatuhkan pihak lain. Kita sama sebangsa dok berperang tapi orang lain nanti peluang nak kalahkan kita. Jangan jadi bangsa Iraq, sudah Merdeka tapi dijajah!!! Sebabnya kekecohan masing-masing nak rebut kuasa, akhirnya dapat kat orang luar.
BalasPadamwahai rakyat malaysia....sepatutnya kita sebagai rakyat yg prihatin...berilah komen2 yg membina, bkn nk jatuhkan mane2 pihak...kepada PM tolong lah pertimbangkan tentang penarikan balik elaun cola ni...sesungguhnya kami golongan yg berpendapatan rendah amat2 mengharapkan pembelaan dari kerajaan. andai kata ianya benar2 terjadi bagaimana dengan nasib kami???
BalasPadamkes ITP pun bnyak yg blum dijelaskan..org yg duduk kuartes kerajaan dipotong ITP 100%,sedangkan dalam pay slip tercatit sewa kuartes hanya RM40...kalau ITP utk guru DG41 ialah rm250 dan setelah ditolak sewa RM40, mana hilangnya baki RM210..tak dinyatakn pun di dalam slip
BalasPadamrupanya fitnah ini sengaja dijaja oleh ulat2 pakatan rakyat yg duduk dalam kerajaan. jpa sudah nafikan. haramjadah punya pakatan. tak sudah2 tabur fitnah.
BalasPadamsewa kuarters mana rm40? zaman pak kadok mana kamu pakai rate sewa tu? hehehe
BalasPadamkerja malas....lambat...minum teh kerap... masa kerja main internet...buat blog politik...fitnah situ fitnah sini....itu lagi nak minta lebih...kalau aku jadi pm dah lama aku tarik semua kemudahan. biar jadi macam swasta.
BalasPadamIni hanyalah kabar-kabar angin kentut yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat. Dah abis modal dh diorang ni. Klau nk sgt sokongan, buat je yang terbaik. JPA pun dah keluarkan statement MENAFIKAN isu ni.Hanya yang terbaik kan menang dan yang menang itulah yang terbaik.
BalasPadamKalu nak potong, potong la elaun keraian, elaun2 yang banyak2 kat kakitangan kerajaan golongan atasan ni. Kami ni memang dah gaji kecik..
BalasPadamknapa penjawat awam kat sabah tidak dpt COLA
BalasPadam