Utusan Malaysia
8/12/2009
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) optimis kerajaan akan memenuhi permintaan mereka untuk memberikan bayaran khas RM500 yang kedua bagi menggantikan bonus yang dituntut sebelum ini.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, daripada beberapa pertemuan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau cukup positif lebih satu juta kakitangan awam di negara ini bakal menerima khabar gembira tersebut tidak lama lagi.
Kata beliau, ini berikutan reaksi meyakinkan yang ditunjukkan Perdana Menteri apabila menyentuh tentang permintaan CUEPACS itu setelah kerajaan memutuskan tidak akan membayar bonus kepada kakitangan awam.
''Misalnya, baru-baru ini saya sempat menyambut Perdana Menteri di lapangan terbang di Langkawi, apabila ditanya mengenai tuntutan itu, beliau memberi reaksi positif.
''Cuma kita pohon, sekiranya perkara ini diluluskan kerajaan ia dapat diberikan kepada penjawat awam sebelum bermulanya musim persekolahan tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan yang kerajaan tidak akan membayar bonus kepada kakitangan awam tahun ini memandangkan keadaan ekonomi tidak menentu.
Bagaimanapun kerajaan memutuskan untuk membayar bantuan khas sebanyak RM500 diberikan kepada kakitangan awam dan pesara.
Pada perkembangan berasingan, Omar meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menilai semula Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) selepas penambahbaikan dilakukan ke atas sistem itu baru-baru ini.
Menurutnya, ini perlu kerana selepas penambahbaikan dilakukan, ramai kakitangan awam yang menduduki peperiksaan terbabit tidak lulus.
''Oleh itu, CUEPACS mahu peperiksaan penilaian itu yang akan diadakan pada bulan ini ditangguh terlebih dulu, sehingga semakan semula dilakukan.
''Memandangkan peperiksaan ini penting untuk anjakan kenaikkan gaji, apakah elemen yang diguna pakai dalam peperiksaan ini.
''Apakah kakitangan awam itu di nilai melalui produktiviti dan prestasi ataupun peperiksaan semata-mata," jelasnya.
Selain itu, Omar berkata, pihaknya juga akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, bagi memastikan pekerja kontrak yang akan ditamatkan tempoh perkhidmatannya pada akhir bulan ini mendapat pembelaan sewajarnya.

presiden CUEPACS SILA LETAK JAWATAN KERANA ANDA SUDAH GAGAL MEMIMPIN ....kalau mintak habuan drpd kerajaan selalunya hanya untuk kumpulan sokongan sahaja. Anda perlu sedar anda presiden untuk semua kakitangan kerajaan, so kalau berjuang perlu untuk semua bro....................
BalasPadamayat saya mudah saja..... "jangan haraplah nak dapat"...
BalasPadamayat ni berdasarkan banyak senario2 yg jelas di depan mata, projek F1 1M diteruskan,Permata diutamakan,belanja ganti bumbung RM15.6 juta dan lain2 lagi...