Harian Metro
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
19/12/2009
PUTRAJAYA: Khabar gembira bakal diterima 137 kakitangan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) yang sebelum ini dilaporkan bakal kehilangan kerja mulai 1 Januari depan apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk ditempatkan di agensi atau kementerian berkaitan.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Malaysia, Datuk Muhd Khairun Aseh, berkata jaminan itu diberikan Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi JPA, Datuk Farida Ali dalam mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat JPA, semalam.
“Dalam mesyuarat kira-kira dua jam tadi (semalam), JPA memberi jaminan untuk mempertimbangkan permohonan mereka. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kelulusan pelbagai agensi lain termasuk Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kewangan.
“Insya-Allah, kita harap akan menerima berita gembira daripada JPA dan semua kakitangan MTPN akan mendapat pekerjaan selepas 31 Disember ini,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan wakil JPA di sini, semalam.

Bagaimana pula dengan nasib pekerja kontrak di bawah KPM?kami masih lagi menunggu dengan penuh kesabaran tentang nasib kami.
BalasPadamBERKHIDMAT UNTUK NEGARA
"1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
bagaimana dengna nasib kami kakitangan kontrak di johor pula, tak ada yang nak membela ke ?
BalasPadamnasib kami pun sama cuma JPA asyik saja menolak permohonan sekiranya dari johor yang buat.
ADA YANG SUDAH DIPANGGIL TEMUDUGA PUN PADA TAHUN 2008, TAPI JAWAPAN TEMUDUGA DISIMPAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA KERAJAAN NEGERI HINGGA JAWATAN TU JUMUD pada 2009.... KESIAN KAN?
BalasPadambantulah mereka yaa cuepacs. Mereka tersangatlah teraniaya.
yang tu kena tengok kat johor je kot...
BalasPadamYa..jawapan untuk pekerja kontrak di KPM macamana? Sabar ja yang ada dalam diri ni. Kami nda pun pernah meminta untuk diberikan bonus. Jadi kali ni..tunaikanlah permintaan kami..sambung kontrak.
BalasPadamLagi bersyukur kalau dapat diserap masuk ke jawatan tetap. KPM memang memerlukan pekerja kontrak ni..tahap keinginan untuk terus menaikkan prestasi kerja adalah tinggi. Mengapa perlu diwujudkan atau diadakan temuduga besar-besaran dengan perkhidmatan yang diperlukan hanya dalam tempoh kurang setahun? Kementerian lain contohnya Kementerian Sumber Manusia, Pekerja Kontrak di bawah pakej yang sama pun khidmatnya hingga Disember 2010? Apa relevan KPM mengambil pekerja kontrak dari Jun hingga Disember 2009 saja?
Kerajaan kan sentiasa mengutamakan rakyat malaysia. Kami PEKERJA KONTRAK ADALAH RAKYAT MALAYSIA juga.
"1 MALAYSIA..! RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".
Realisasikanlah slogan itu sebenar-benarnya
Bersabar aje lah.
BalasPadam